You are on page 1of 7

KERTAS KERJA CADANGAN

PROGRAM LAWATAN SAMBIL


BELAJAR KE KUALA LUMPUR
ANJURAN PEMBIMBINGAN
RAKAN SEBAYA
KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI
PETANI 2
1.0 PENGENALAN

Pendidikan terbahagi kepada dua iaitu pendidikan formal dan pendidikan


tidak formal. Pendidikan formal dapat diperolehi daripada sesi pengajaran
serta pembelajaran yang dilakukan di sekolah atau institut pendidikan
manakala pendidikan tidak formal boleh diperolehi dengan memerhatikan
keadaan sekeliling dan pengajaran dilakukan di luar bilik darjah.
Pendidikan yang diberikan kepada pelajar-pelajar haruslah seimbang bagi
pendidikan formal dengan pendidikan tidak formal supaya dapat
melahirkan anak-anak pelajar yang holistik serta mempunyai kemampuan
dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan juga sosial seiring dengan
aspirasi pendidikan negara. Oleh itu, Pembimbing Rakan Sebaya Kolej
Vokasional Sungai Petani 2 akan menganjurkan sebuah aktiviti lawatan
yang berpandukan pendidikan tidak normal iaitu Lawatan Sambil Belajar
ke Kuala Lumpur sebagai salah satu aktiviti yang sesuai dilakukan bagi
meningkatkan tahap kepimpinan serta kemampuan Pembimbing Rakan
Sebaya dalam berfikir serta menyelesaikan masalah. Aktiviti yang
dijalankan ketika lawatan ini dapat memberikan banyak manfaat serta
faedah kepada semua ahli Pembimbing Rakan Sebaya disamping
merapatkan lagi ikatan silaturrahim antara guru-guru kaunseling dan
Pembimbing Rakan Sebaya serta guru-guru dan Pembimbing Rakan
Sebaya Kolej Vokasional Gombak. Di samping itu, dengan jalannya aktiviti
ini dapat memberikan peluang kepada pelajar-pelajar mengumpul dan
mendapat pengalaman baharu serta belajar serba sedikit tentang
berkaitan dengan sikap berdikari.

2.0 TUJUAN KERTAS KERJA

1. Memohon kebenaran daripada pihak kolej bagi mengadakan lawatan


sambil belajar.
2. Kertas kerja lawatan sambil belajar ini dikemukan dengan tujuan untuk
memaklumkan serta memohon kebenaran daripada pihak kolej untuk
menjalankan aktiviti lawatan ini.
3. Memohon jasa baik MPIBG bagi memperuntukkan kewangan dengan
tujuan membantu pembiayaan yang diperlukan untuk lawatan sambil
belajar ini seperti penginapan, pengangkutan serta makanan.
3.0 OBJEKTIF

Lawatan ini khusus dijalankan bagi Pembimbing Rakan Sebaya Kolej


Vokasional Sungai Petani 2. Objektif lawatan sambil belajar ini diadakan adalah
seperti berikut:-
1. Lawatan ini dilakukan bagi mendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang
suasana pembelajaran yang baharu
2. Mendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang sejarah negara Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum.
3. Memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk mendalami asas
kemajuan sains di negara kita.
4. Memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk melakukan interaksi
antara satu sama lain tanpa mengikut peringkat umur.
5. Mendapatkan pengalaman bekerjasama di antara Kolej Vokasional
Sungai Petani 2 dan Kolej Vokasional Gombak.

4.0 MATLAMAT

1. Melahirkan Pembimbing Rakan Sebaya yang berkualiti dan bijak dalam


mengurus diri serta berfikiran terbuka terhadap keadaan sekeliling.
2. Mewujudkan sikap bertanggungjawab dan peka terhadap arahan serta
tugasan yang diberikan.
3. Mampu untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan PRS
yang lain semasa lawatan dijalankan.
4. Menerapkan sikap prihatin dan bijak dalam mengadaptasi pembelajaran
baharu.
5. Pembimbing Rakan Sebaya dapat mempraktikkan pembelajaran atau
pengetahuan yang baru dipelajarinya kepada rakan-rakan yang lain di
kolej.

5.0 TARIKH

26 Jun 2023 hingga 29 Jun 2023

6.0 TEMPAT

Kolej Vokasional Gombak, Muzium Negara, Pusat Petrosains Negara KLCC,


Pusat Sains Negara,
7.0 PENYERTAAN

Bil. Penyertaan Jumlah

1. Guru 4

2. Pelajar 35

JUMLAH 39

8.0 SUMBER KEWANGAN

Bil. Perkara Sumber Jumlah

1. Yuran

2. Sumbangan kolej

3. Sumbangan MPIBG

Jumlah keseluruhan

9.0 ANGGARAN PEMBELANJAAN

Bil. Perkara Maklumat Jumlah

1. Pengangkutan Bas Pengangkutan pergi dan


balik (disediakan oleh pihak
kolej)

2. Penginapan Asrama KV 3 hari 2 malam


Gombak

3. Makanan Sarapan Disediakan oleh KV Gombak

Makan Hari Pertama


Tengahari
Hari Kedua

Hari Ketiga

Makan Malam Malam Pertama

Malam Kedua (barbeque)


4. Kelengkapan Air Mineral 8 Karton
lain
Makanan Untuk disediakan makan
Ringan ketika berada di dalam bas
sewaktu pergi dan balik

Air Kotak 5 Karton

5. Aktiviti Kuiz Lawatan Saguhati bagi 5 orang


Sambil Belajar pelajar

6. Lawatan Muzium Negara Tiket masuk

Pusat Sains Tiket masuk


Negara

Pusat Tiket masuk


Petrosains,
KLCC

7. Dana Digunakan
Kecemasan sekiranya
berlaku
sebarang
kecemasan

8. Dana Digunakan
Kesihatan sekiranya
berlaku
sebarang
kecederaan atau
masalah
kesihatan

9. Cenderamata KV Gombak Cenderamata kepada PRS


KV Gombak serta guru yang
terlibat sama

JUMLAH KESELURUHAN
10.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANAAN

Ahli Jawatankuasa Induk


PENAUNG : PUAN HAJAH MAJMIN BINTI MD NOOR

PENGERUSI : NURADILA INSYIRAH BINTI MOHD RIFAE

SETIAUSAHA :

BENDAHARI :

Ahli Jawatankuasa
AJK Fotografi :
● 1
● 2
AJK Pendaftaran :
● 1
● 2
AJK Makanan :
● 1
● 2
● 3
AJK Buku Program :
● 1
● 2
AJK Hadiah & Sijil :
● 1
● 2
AJK Pengurusan Kewangan :
● 1
● 2
AJK Keselamatan :
● 1
● 2
AJK Kebersihan :
● 1
● 2

11.0 PENUTUP
Harapan bagi Program Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur ini
dilakukan adalah supaya silaturahim di antara guru kaunseling dan Pembimbing
Rakan Sebaya Kolej Vokasional Sungai Petani 2 serta pihak yang terlibat di
Kolej Vokasional Gombak dapat dieratkan lagi seiring dengan memberikan
pengalaman baharu kepada PRS yang terlibat. Seterusnya, diharapkan juga
agar program ini dapat memberikan impak yang positif kepada semua pihak
yang terlibat. Selain itu, diharapkan juga semua Pembimbing Rakan Sebaya
yang turut serta bersama dalam program ini dapat berkongsi ilmu pengetahuan
dan pengalaman baharu sepanjang program ini kepada rakan-rakan dan orang
sekeliling. Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar.

You might also like