You are on page 1of 28

MPU3113 HUBUNGAN ETNIK

SEMESTER PERTAMA 2018/2019 (A181)

KUMPULAN H

TAJUK TUGASAN:

KEPELBAGAIAN MAKANAN DAN PEMAKANAN ETNIK DI MALAYSIA

DISEDIAKAN KEPADA:

USTAZ AZMAN BIN MD ZAIN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK


KHOO CAI LIAN 254200
LAI YEE TING 254453
NUR IRDINATUL NAZURAH BINTI NAZARI 256223
FARSHA IMAN BINTI SHAHRUM 256230
NUR’AIN RUHAIZA BINTI MOHD ZARINA 256258
NURUL SYAFIQA IZZATI BINTI MOHD ROMZI 256264
MUHAMMAD MUHAIMIN BIN ABD HALIM 256268
NASHATUL AZEERA KARMILA BINTI ISMAIL 256336
KHAIRUNEESYA BINTI KAMARUZAMAN 256337
NURUL SHAIRAH BINTI MD MARZUKI 256340

TARIKH PENYERAHAN: 21 OKTOBER 2018

1
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan ........................................................................................................................... 3

2.0 Pernyataan Masalah ............................................................................................................. 4

3.0 Objektif Kajian..................................................................................................................... 4

4.0 Definisi Kebudayaan ............................................................................................................ 5

5.0 Hubungan Makanan dengan Budaya ................................................................................... 7

6.0 Makanan Pelbagai Etnik ...................................................................................................... 9

6.1 Cina .................................................................................................................................. 9

6.2 Melayu ............................................................................................................................ 12

6.3 India ................................................................................................................................ 14

6.4 Iban ................................................................................................................................. 16

6.5 Kadazan-Dusun .............................................................................................................. 19

7.0 Budaya Pemakanan Pelbagai Etnik ................................................................................... 21

7.1 Cina ................................................................................................................................ 21

7.2 Melayu ............................................................................................................................ 23

7.3 India ................................................................................................................................ 25

9.0 Kesimpulan ........................................................................................................................ 27

Rujukan .................................................................................................................................... 28

2
1.0 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat dengan identiti nasional tersendiri.
Malaysia mempunyai keistimewaan, iaitu mempunyai masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai etnik. Kependudukan Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, yang mana majoriti
60.1% merupakan Melayu dan Bumiputera. 23% penduduk Malaysia adalah berketurunan Cina,
6.9% nerupakan orang India, dan 1% terdiri daripada etnik lain seperti Iban, Kadazan, Melanau,
dan lain-lain (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2018). Oleh itu, kepelbagaian kumpulan etnik
telah membentuk cara hidup dan budaya yang berbeza, termasuk budaya dari segi makanan.

Setiap etnik mempunyai makanan yang istimewa dan diwarisi secara turun-temurun.
Sebagau contoh, orang Cina makan nasi ayam Hainan biasanya berperisa dengan daun pandan
tropika dan dihidangkan dengan sos cili untuk mencelup. Manakala bagi orang Melayu, mereka
makan Nasi Lemak dengan sambal sebagai sarapan mereka. Orang India pula suka
menggunakan rempah, herba, dan sayur-sayuran yang ditumbuh di India dalam masakan
mereka.

Kepelbagaian dari segi makanan dapat menjadi pemangkin perpaduan di Malaysia


kerana ia dapat memberi ruang kepada pembentukan kesepaduan sosial. Bukan sahaja orang
India suka makan di mamak tetapi terdapat juga orang Cina dan orang Melayu makan roti canai,
mi goreng mamak, dan minum Teh Tarik serta berbual-bual pada waktu malam. Keadaan ini
juga berlaku apabila siaran langsung seperti perlawanan bola sepak. Orang Melayu juga gemar
makan makanan etnik Cina seperti Yong Tau Fu manakala orang Cina suka makan makanan
etnik Melayu seperti Lemang.

Setiap etnik pula mempunyai budaya pemakanan yang berbeza. Sebagai contoh, budaya
makanan khususnya kaum cina ialah dengan menggunakan chopstick, berbeza dengan kaum
melayu yang menggunakan tangan tetapi perbezaan ini tidak membawa kepada perpecahan
malahan memberi peluang kepada kaum itu sendiri untuk mengekalkan identiti kaum mereka
serta memberi peluang kepada kaum lain untuk memgetahui budaya makanan kaum tersebut
yang merupakan indentiti masyarakat tertentu. Ia sekali gus menunjukkan setiap kaum itu
mempunyai identiti mereka yang tersendiri, secara tidak langsung ia melahirkan keunikan
kaum itu sendiri serta negara.

3
2.0 Pernyataan Masalah
(a) Pada zaman sekarang, masyarakat terutamanya remaja jarang mengetahui makanan dan
budaya pemakanan yang berasal daripada etnik mereka sendiri dan juga etnik lain.
(b) Masyarakat lebih menggemari makanan Barat seperti spaghetti dan makanan segera seperti
McDonald, PizzaHut dan KFC dan semakin melupai makanan dan budaya pemakanan
etnik mereka.
(c) Oleh itu, pengkaji terpanggil untuk mengkaji mengenai makanan dan budaya pemakanan
pelbagai kumpulan etnik yang penting dan istimewa bagi kumpulan etnik tersebut.

3.0 Objektif Kajian


(a) Untuk mengenalpasti makanan etnik Cina, Melayu, India, Iban, dan Kadazan-Dusun di
Malaysia.
(b) Untuk mengkaji budaya pemakanan etnik Cina, Melayu, dan India, di Malaysia.

4
4.0 Definisi Kebudayaan
Pada umumnya, istilah ‘kebudayaan’ sukar diberi takrif yang tepat kerana kebudayaan
itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas. Malahan boleh dikatakan hampir setiap
pengkaji cuba memberi definisi kebudayaan mengikut tafsiran masing-masing. Perkataan
‘budaya’ berasal daripada bahasa Sanskrit, buddhayah iaitu kata jamak yang berasal daripada
perkataan buddhi yang membawa maksud budi dan akal.

Perkataan “culture” dalam bahasa Inggeris diambil daripada bahasa Latin, “colore”
yang bererti mengolah dan mengerjakan. Berpandukan dua definisi ini mungkin dirasakan
belum memadai untuk memberi gambaran yang jelas tentang maksud ‘kebudayaan’, Dalam
pengertian umum,’kebudayaan’ merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek
pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang
lain melalui proses pembelajaran. Mengikut takrif kamus dewan pula, ‘kebudayaan’ membawa
maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan.

Buku Moden Dictionary of Sociology merujuk kebudayaan sebagai keseluruhan cara


hidup manusia meliputi kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.
Budaya kebendaan atau artifact merupakan apa saja ciptaan manusia yang berbentuk objek-
objek tertentu seperti alat, bangunan, senjata dan kenderaan. Budaya bukan kebendaan atau
mentifact pula ialah sesuatu ciptaan manusia yang berbentuk abstrak seperti kepercayaan, adat
resam, undang-undang dan sebagainya. Secara amya, kebudayaan berfungsi melindungi diri
terhadap alam, mengatur hubungan manusia dan sebagai wadah bagi segenap lapisan
masyarakat. Kebudayaan tersebar melalui perlakuan manusia, sama ada baik ataupun buruk.
Dengan kata lain, kebudayaan merangkumi segala kelakuan manusia yang tidak statik tetapi
dinamik serta berubah mengikut perkembangan manusia dan persekitaran.

Justeru dapat dirumuskan bahawa ‘kebudayaan’ merupakan keseluruhan cara hidup


manusia sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan, perlakuan ataupun penghasilan dalam
sesebuah masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar anggota masyarakat itu dan diwarisi
secara turun temurun. Pendek kata kebudayaan termasuklah bentuk sosial, politik, adat istiadat
serta ekonomi sesebuah masyarakat.

Antara jenis-jenis kebudayaan adalah kaum melayu. Dari segi bahasa, bahasa yang
dituturkan oleh orang Melayu adalah daripada kelompok bahasa Austronesia. Bahasa ini
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu mengikut tiga kumpulan manusia berdasarkan kedudukan
geografi masing-masing. Tiga kumpulan tersebut adalah di semenanjung dan Kepulauan

5
Melayu yang meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina dan Madagascar, kedua Malenesia, dan
kepulauan sekitarnya serta ketiga Polinesia dan kepulauan sekitarnya. Bahasa yang digunakan
oleh orang Melayu ialah bahasa Melayu. Sebelum kedatangan barat, tulisan yang digunakan
oleh orang Melayu ialah tulisan jawi, iaitu pengaruh yang dibawa oleh pedagang-pedagang
Arab sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

6
5.0 Hubungan Makanan dengan Budaya
Makanan memainkan peranan yang penting dalam memupuk hubungan yang erat
antara kaum utama di Malaysia. Pada era ini, masyarakat bukan Melayu seperti Cina dan India
termasuk juga etnik bumipetera di Sabah dan Sarawak telah menerima budaya etnik Melayu
dari segi makanan. Kaum lain selain Melayu menikmati juadah makanan Melayu seperti
rendang daging, ketupat nasi, lemang, dan sebagainya sudah menjadi lumrah bagi etnik bukan
Melayu. Bagi orang Melayu pula, mereka mula menerima masakan Cina dan India.
Kebiasaannya, ia berbeza antara satu kaum dengan kaum yang lain. Tetap di Malaysia
keterbukaan atau toleransi antara kaum telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang
mempunyai pelbagai budaya, bahasa, agama, muzik, tarian dan kesenian, pakaian dan makanan
yang ada antaranya boleh dikongsi bersama. Kepelbagaian kaum ini menjadikan masyarakat
yang wujud di Malaysia lebih unik dan menarik.

Melalui kepelbagaian makanan setiap kaum, masyarakat Malaysia dapat


menyatupadukan kaum yang terdiri daripada masyarakat majmuk dengan mengadakan
sambutan pesta makanan yang dianjurkan setiap tahun bagi memeperkenalkal kepelbagaian
makanan daripada setiap kaum di Malaysia bagi merapatkan hubungan antara kaum di
Malaysia. Dengan adanya kepelbagaian makanan dalam setiap kaum di Malaysia, setiap kaum
dapat mempelajari budaya kaum lain melalui cara permakanan mereka serta dapat menerima
budaya setiap kaum di Malaysia.

Dengan mengadakan rumah terbuka yang sering kali dikaitkan dengan perayaan-
perayaaan yang ada di Malaysia ini dapat mengeratkan hubungan antara kaum. Dengan
menghadirkan diri ke rumah terbuka sesuatu kaum itu, dapat melihat dan menyaksikan budaya
masyarakat lain. Sebagai contohnya ketika sambutan rumah terbuka Aidilfitri, kaum bukan
Melayu akan mengetahui budaya makanan dan pemakanan masyarakat Melayu. Tidak
dinagikan masyarakat bukan Melayu akan teruja dengan hidangan masakan Melayu seperti
rendanga, ketupat, soto, lemang dan sebagainya, yang tidak ada dalam menu rumah terbuka
atau ketika perayaan agama lain. Hal ini membuktikan bahawa tidak hanya kaum Melayu
sahaja boleh menyambut perayaan Aidilfitri dan tidak hanya kaum Melayu sahaja yang boleh
memakan makanan kaum mealyu. Malahan kaum lain turut boleh menerima makanan kaum
lain tanpa menghiraukan perbezaan kaum. Sealin itu, masyarakat di Malaysia dapat mendalami
pengetahuan tenteng tradisi dan budaya kaum lain dengan menghadiri rumah terbuka. Saling
bertukar-tukar pendapat mengenai makanan dan cara pemakanan selain dapat menghormati
kaum lain dari segi budaya kaum lain. Masyarakat Malaysia perlu tahu bahawa makanan adalah

7
sebahagian daripada asas perpaduan kaum di negara ini. Begitu juga dengan orang Melayu,
mereka tidak akan dapar merasai makanan tradisi orang Cina dan India kecuali ketika amalan
rumah terbuka.

Walaupun kepelbagaian kaum ini adakalanya menimbulkan sedikit masalah kerana


kurangnya perasaan saling memahami antara satu kaum dengan kaum lain tetapi perkara ini
bukanlah sesuatu yang sukar jika setiap kaum bersedia untuk mempelajari dan mengetahui
dengan lebih mendalam tentang kaum-kaum lain. Cara ini juga boleh membantu kita untuk
memahami dengan lebih baik tentang masyarakat yang kita bersama-sama menganggotainya.
Boleh dikatakan makanan untuk kaum-kaum di Malaysia ini kebanyakannya disajikan semasa
perayaan-perayaan utama sesuatu kaum. Ia terdiri daripada makanan utama dan juga kuih muih
untuk dijadikan pencuci mulut.

Walaupun setiap kaum di Malaysia mempunyai kebudayaan berbeza namun wujud


beberapa aspek persamaan yang boleh ditemui di kalangan semua kaum seperti adat resam dan
nilai-nilai keagamaan. Misalnya kaum Melayu dan India mempunyai cara pemakanan yang
sama iaitu dengan menggunakan tangan. Sebagai contoh, kita dapat lihat persamaan antara
kaum Melayu dan India dari segi aspek kaum india menggunakan daun pisang sebagai alas
untuk meletakkan makanan mereka. Begitu juga dengan kaum Melayu yang banyak
menggunakan daun pisang. Contohnya, nasi lemak menggunakan daun pisang sebagai alas.

Akhirnya, Penerimaan budaya makanan dan pemakanan membawa maksud sesuatu


kebudayaan itu semakin berkembang dan diamalkan oleh masyarakat yang berbeza kaum
sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara.

8
6.0 Makanan Pelbagai Etnik
6.1 Cina
(a) Kuih Bulan

Kuih bulan merupakan sejenis makanan yang dimakan semasa menyambut perayaan
pertengahan musim luruh. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang
merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Mereka biasanya dimakan dalam
bahagian kecil diiringi dengan Teh Cina.
Kini, Kuih Bulan telah dimodenkan dengan pelbagai warna dan adunan dengan
pelbagai perisa seperti pandan, durian, keladi dan macam-macam lagi. Terserempak juga kuih
bulan yang dibuat dalam bentuk ais krim dan agar-agar dengan pelbagai warna dan bentuk
tetapi masih mengekalkan konsep bulat seperti bulan.
Kuih Bulan sangat berkait rapat dengan satu peristiwa sejarah dalam memperingati
perjuangan rakyat China yang bangkit menuntut kebebasan di bawah pemerintahan Mongol
yang menindas dan kejam. Kekejaman dalam pemerintahan Mongol memaksa pihak Ming
bersepakat untuk memberontak memperjuangkan dinasti mereka.
Pemimpin Xhu Yuan Zhang dan pengikutnya, Liu Bo Wen telah menyelitkan sepucuk
nota ke dalam kuih bulan kepada rakyat. Mesej yang diselit menerangkan cara-cara dan
pesanan untuk rakyat bersatu menentang puak Mongol yang menindas mereka selama ini.
Pemberontakan berjaya maka kuih bulan menjadi makanan kebanggaan dan simbol perjuangan
keadilan dan juga dikenali sebagai perayaan Pertengahan Musim Luruh.

9
(b) Yee Sang

Yee Sang, atau Yusheng, adalah sejenis salad ikan mentah (kebiasaannya salmon) yang
dicampur dengan potongan sayur-sayuran dan pelbagai sos serta perasa. Dalam bahasa
Kantonis, yee bermaksud ikan dan ia juga bermaksud mudah (senang) dan sang pula
bermaksud hidup. Maka, yee sang diterjemahkan sebagai “ikan mentah (hidup)” atau “senang
hidup”. Ia menjadi konotasi untuk kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.
Yee Sang telah diisytihar sebagai makanan warisan negara oleh Jabatan Warisan
Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Dari keseluruhan 241 warisan negara,
151 adalah makanan warisan dan yee sang berada pada kedudukan 61 keseluruhan.
Hidangan ini direka di kawasan pantai selatan Cina seperti Chaozhou dan Shantou kira-
kira 1,500 tahun dahulu, ketika Dinasti Song. Menurut lagenda, seorang dewi Cina yang
dikenali sebagai Nǚwō (女娲) memperbuat manusia daripada tanah dan lumpur pada hari
ketujuh bulan pertama tahun baru qamari. Sejak itu, hari ini dikenali sebagai "Hari Lahir
Manusia". Adalah dipercayai bahawa kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam
amat menghormati mitos ini. Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam jamuan atau upacara
keagamaan, bukan sahaja untuk memperingati peristiwa itu, malah untuk memberi
penghormatan kepada Nüwo. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan nelayan ini
berhijrah ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura untuk kehidupan
yang lebih baik, dan membawa bersama hidangan tradisi ini.
Ramuan-ramuan biasa termasuk: ikan salmon segar, daikon (lobak putih), lobak merah,
cili kembung, halia, kaffir lime leaves, parsli Cina, potongan kacang tanah, biji bijan bakar,
keropok udang Cina (atau udang kering goreng), dan tepung lima rempah. Kuahnya diperbuat
terutamanya daripad sos plum.

10
(c) Jiao Zi

Sejak lebih 1800 tahun dahulu, Jiaozi merupakan makanan paling popular kerana Jiaozi
merujuk kepada makanan paling sedap khususnya orang Cina di Utara. Lebih menarik lagi,
Jiaozi mempunyai kaitan yang erat dengan perkumpulan kerana suatu masa dahulu orang Cina
akan berkumpul beramai-ramai untuk makan Jiaozi bersama lebih-lebih lagi ketika merayakan
Tahun Baru Cina. Bentuk Jiaozi seperti “Yuanbao” iaitu sejenis wang emas atau wang perak.
Maka tidak hairan memakan Jiaozi melambangkan “duit datang”. Kulit Jiaozi diperbuat
daripada tepung gandum dan intinya daripada pelbagai jenis bahan termasuk daging, sayur-
sayuran, hasil laut dan lain-lain. Jiaozi boleh dimasak dengan pelbagai cara samada dikukus,
digoreng atau direbus. Bagi rasa lebih enak, Jiaozi boleh dicelup dengan sedikit cuka, kicap
yang dicampur dengan sedikit minyak bijan mengikut citarasa masing- masing.

11
6.2 Melayu
(a) Nasi Lemak

Secara tradisional, ini datang sebagai sepiring makanan dibungkus daun pisang, dengan
hirisan timun, teri kering kecil (ikan bilis), kacang goreng, telur rebus, dan panas pedas sos
(sambal) pada intinya. Sebagai makanan yang lebih substansial, nasi lemak juga boleh datang
dengan pelbagai menyertai lain seperti ayam, cumi-cumi, kerang, aduk goreng convolvulus air
(kangkung), sayur-sayuran acar (achar), daging lembu rendang (daging lembu rebus dalam air
kelapa dan rempah-rempah) atau paru (paru-paru lembu). Secara tradisional kebanyakan
iringan yang pedas di alam.

Nasi lemak secara meluas dimakan di Malaysia, bahkan sebagai hidangan disajikan di
sekolah-sekolah Malaysia. Nasi lemak adalah hidangan sarapan biasa, pagi-pagi dijual di
warung pinggir jalan di Malaysia, di mana ia sering dijual dibungkus dalam surat khabar, kertas
coklat, atau daun pisang. Namun, ada restoran yang menyajikannya di atas piring sebagai
makan siang atau malam hari, sehingga memungkinkan untuk hidangan yang akan dimakan
sepanjang hari. Nasi lemak kukus yang bermaksud lemak nasi panas adalah nama lain yang
diberikan kepada nasi lemak yang dihidangkan dengan nasi panas.

12
(b) Kuih Bahulu

Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang
biasanya sangat terkenal terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. Walaupun
demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya-pasaraya pada bila-bila masa
kerana sambutan yang menggalakkan.

Secara amnya kuih bahulu terdiri daripada 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu
cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati
di pasaraya kerana perlu ditempah daripada pembuat kuih tradisional.,

Cara membuat ketiga-tiga jenis kuih bahulu tersebut agak mudah dan memerlukan
resepi yang ringkas iaitu telur, tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak masak/minyak sapi.
Bahulu lapis dan gulung ditambah jem atau kaya.

13
6.3 India
(a) Vadai

Vadai sejenis makanan tradisional jenis kering malah kuih tersebut berbentuk gelung.
Ianya amat sesuai dihidangkan ketika masih panas dan sebagai hidangan minum petang. Selain
itu ianya turut dihidangkan pada hari perayaan Deepavali. Vadai atau disebut “Wah-dei”,
merupakan sejenis makanan orang India Selatan. Terdapat juga hirisan cili hijau, daun kari dan
bawang merah dicampurkan sekali. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak
untuk memastikan gorengannya menjadi mampat. Terdapat dua jenis Vadai, iaitu Ulundu
Vadai yang diperbuat daripada dal dan kentang, satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang
diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ulundu Vadai
biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kari.

14
(b) Roti Naan

Roti naan seperti roti canai yang biasanya dimakan bersam kuah kari dan cara
pembuatannya unik. Roti naan dicanai dan ditampal pada dinding tempayan. Roti naan
biasanya dimasak pada serabi besi atau sedikit cekung dipanggil tavaa. Resipi moden
kadang-kadang menggunakan serbuk penaik untuk menggantikan yis. Susu atau yogurt
juga boleh digunakan supaya naan akan menjadi lebih tebal. Biasanya, naan yang akan
dihidangkan panas dan diberus dengan minyak sapi atau mentega. Ia juga boleh dimakan
dengan campuran daging cincang atau kambing.

15
6.4 Iban
(a) Hinava

Hinava adalah salah satu makanan kaum Iban yang selalu disajikan sewaktu perayaan
Hari Gawai. Sajian ini juga dikenali sebagai Hinava Ginapan. Dahulunya, hinava adalah
berbentuk bulat dan diperbuat daripada isi ikan sahaja dan kebiasaannya menggunakan isi ikan
tenggiri yang dihiris dan dipotong berbentuk dadu, serta dicampurkan dengan sedikit lada,
halia, bawang merah, biji buah bambangan yang diparut, garam dan sedikit jus limau tetapi
masyarakat Iban sudah menvariasikan sajian ini dengan menambahkan isi ikan yu, udang,
sotong dan sebagainya. Serba sedikit sejarah tentang sajian ini adalah pada zaman
pemerintahan Kesultanan Brunei, seorang pelayar dari China telah singgah di Sarawak dan
memperkenalkan sajian ini kepada masyarakat di sana. Walaupun pelayar tersebut adalah
berlainan etnik dengan masyarakat di Sarawak, mereka menerima budaya makanan yang
dibawanya dan sajian tersebut masih diamalkan sehingga sekarang. Sajian ini dihidangkan
sewaktu majlis-majlis penting seperti perkahwinan, pertunangan dan lain-lain.

16
(b) Pekasam Ensabi

Pekasam Ensabi adalah makanan tradisional kaum Iban yang begitu digemari di rumah
panjang dan merupakan sejenis sayur sawi yang dibuat jeruk hingga menjadikannya sebagai
pekasam. Sajian ini juga dikenali sebagai “kasam ensabi”. Pada zaman dahulu, masyarakat iban
akan menanam sayur ensabi semasa bumai (bersawah). Mereka akan membuat sayur pekasam
agar sayur tahan lama dan tidak mudah rosak. Cara membuat jeruk ensabi tidak ubah seperti
penyediaan jeruk kubis atau kimchi di Korea dengan rasanya yang masam selepas diperap
menggunakan garam, cuma jenis sayur yang digunakan berbeza malah jeruk ensabi tidak
dicampur dengan cili. Pekasam ensabi yang telah dikasam (dijeruk) akan diperap selama
seminggu sebelum digoreng untuk disediakan sebagai satu sajian. Rasanya yang masam dan
sedikit masin amat sedap dinikmati dengan hidangan nasi panas dan dicampur dengan limau.

17
(c) Manok / Ayam Pansuh

Manok pansuh atau juga dikenali sebagai ayam pansuh merupakan salah satu makanan
tradisional yang popular bagi kaum Iban di Sarawak malah masyarakat dari Semenanjung serta
pelancong luar negara juga akan mencubanya jika berada di Sarawak. Sama seperti lemang,
sajian ini dimasak dengan menggunakan buluh lemang sebelum dibakar dengan kayu api.
Bezanya, ayam pansuh dimasak tanpa menggunakan daun pisang sebagai pelapik di dalam
buluh dan mengambil masa hanya kira-kira 40 hingga 50 minit untuk siap dimasak, bergantung
kepada api yang digunakan. Sajian ini boleh dikategorikan sebagai menu sihat kerana dimasak
tanpa menggunakan minyak masak dan juga air serta kaya dengan herba tradisi yang sangat
berkhasiat untuk tubuh badan. Sajian ini kebiasaannya dihidangkan kepada tetamu sebagai
menu tengahari setiap kali tiba musim perayaan di negeri tersebut.

18
6.5 Kadazan-Dusun
(a) Nonsoom

Ia terdiri dalam pelbagai jenis seperti nonsoom sada (ikan) di mana ia menggunakan
ikan air tawar yang dibersihkan dan dijeuk bersama buah pangi (ditumbuk), nasi dan garam.
Campurkan kesemua bahan dan diisi ke dalam bekas lalu dibiarkan selama beberapa hari
sehingga boleh dimakan. Juga terdapat nonsoom bambangan yang bahannya adalah isi buah
bambangan yang dihiris dicampur pula dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan
sedikit garam. Sama juga seperti nonsoom sada (ikan), campurkan kesemua bahan dan isi ke
dalam bekas lalu biarkan selama seminggu sebelum dimakan.

(b) Pinaasakan

Di mana ikan air tawar atau ikan air masin dibersihkan dan dicampur dengan sedikit
biji kunyit dan halia yang ditumbuk, sedikit asam jawa atau buah asam ‘takob-takob’, garam,
serbuk perasa serta sedikit air. Lalu, biarkan ia mendidih sehingga air hampir kering.

19
(c) Bosou

Ia biasanya menggunakan ikan kepayang atau daripada daging mentah hasil buruan.
Cara membuatnya ialah dengan menggaulkan nasi putih, garam dan buah bersama-sama
dengan ikan atau daging tadi. Buah yang boleh digunakan ialah nenas muda, nangka dan tuhau.
Buah ini digunakan bagi menambah perisa ke dalam bosou tersebut. Campuran ini
kemudiannya akan diperam di dalam bekas dan ditutup rapat selama seminggu atau sehingga
betul-betul telah masak sebelum dapat dimakan. Sekiranya nasi yang digunakan baru di masak,
campuran itu akan dibiarkan sehingga mencapai suhu bilik sebelum disimpan. Bosou biasanya
disimpan dalam bekas tertutup kemas dan kedap udara.

20
7.0 Budaya Pemakanan Pelbagai Etnik
7.1 Cina
Ahli falsafah Cina yang terkenal Lao Tzu pernah berkata: “Mentadbir sebuah negara
yang besar adalah seperti memasak ikan yang kecil”, iaitu membawa maksud memerintah
sesebuah negara adalah ibarat seperti perlu memasukkan perencah-perencah yang betul ke
dalam masakan dan memerlukan kepada pengubahsuaian yang tertentu untuk mencapai hasil
yang baik. Mentadbir sebuah negara yang besar adalah seperti memasak ikan yang kecil. Selain
itu, berdasarkan falsafah Cina, penyediaan makanan konsep lima unsur turut diambilkira.
Dalam penjagaan kesihatan, segala aktiviti dan makanan yang diambil menitik beratkan
tentang konsep Yin dan Yang serta konsep lima unsur iaitu api, air, tanah, angin dan kayu.

Bentuk muka bumi negara asal Cina akan mempengaruhi bentuk masakan dan makanan
masyarakat Cina. Secara umumnya terdapat dua cara masakan iaitu cara masakan bahagian
utara dan cara masakan bahagian selatan.

Cara memasak bahagian utara lebih kepada yang berminyak tetapi ia tidak memuakkan
selera. Penggunaan cuka dan bawang putih menjadikan masakan lebih di gemari dan popular.
Di samping itu, pasta memainkan peranan yang penting di dalam masakan antaranya untuk
membuat mi, membuat adunan tepung yang direbus atau dikukus seperti kue tiew, membuat
roti pau, mengoreng tepung yang mengandungi daging dan roti yang dikukus dengan
mempunyai pelbagai rasa untuk menghasilkan rasa yang tersendiri.

Bahan utama dalam hidangan dan menjadi kelaziman dan semasa perayaan tertentu
ialah haiwan dan isi ikan. Daging mentah pula digunakan dan keseluruhan binatang akan
dipanggang tetapi yang selalu dilakukan ialah daging itu akan di keringkan, dimasak atau
dijeruk. Jika daging tersebut hendak dikeringkan ia akan dipotong menjadi jalur panjang dan
di masak dengan halia, kulit kayu manis dan lain-lain yang disukai kemudian baru di keringkan.
Jika dimasak daging itu akan dipotong dengan tiga cara iaitu di dadu dan cincang dengan tulang,
secara kepingan atau dikisar. Ia kemudiannya akan di rebus, rendidih (stewed), stim atau di
panggang di samping itu semasa proses memasak ini dilakukan beberapa ingredien lain akan
dimasukkan.

Manakala cara memasak di bahagian selatan pula adalah cara memasak Szechwan dan
Hunan yang terkenal dengan penggunaan serbuk cili, manakala cara Kiangsu dan Chekiang
pula lebih menekankan aspek kesegaran dan mudah di kunyah dan dimakan. Seterusnya bagi
Kantonis pula ia lebih kepada sesuatu yang manis dan penuh dengan kepelbagaiannya. Beras

21
dan hasil beras seperti meehon, kek beras dan beras congee, merupakan beberapa cara masakan
yang boleh di dapati di bahagian selatan.

Di dalam teknik memasak, perlu adanya lima rasa (manis, masam, pedas, pahit dan
masin) yang perlu digabungkan untuk mencapai keharmonian. Dengan memotong atau
mencincang daging dan ikan juga di anggap sebagai keperluan untuk menghasilkan makanan
yang baik. Semasa dinasti Han ada diperkenalkan makanan baru yang boleh dimakan seperti
anggur, alfafa, buah delima, kacang, bijan, bawang, pis dan timun telah diperkenalkan di Cina
sebelum merentasi barat.

Bagi orang-orang Cina dalam budaya yang berkaitan dengan makan terdapat beberapa
peraturan dan adab. Contohnya makanan mesti dimakan setelah duduk. Terdapat peraturan bagi
mereka yang duduk dahulu di kalangan lelaki, perempuan, tua atau muda dan orang yang utama
mesti makan menggunakan penyepit kayu dan menceduk sup dengan menggunakan sudu.
Jamuan bagi orang-orang Cina dilakukan berasaskan setiap meja iaitu setiap meja selalunya
diduduki oleh sepuluh hingga ke dua belas orang. Keadaan ini bertujuan untuk memastikan
hidangan berada dalam keseimbangan. Seterusnya di dalam menyediakan sup, kuantiti air yang
digunakan mestilah berjumlah tujuh persepuluh daripada kandungan mangkuk hidangan.
Tujuan menyediakan kadar kandungan yang betul adalah bagi memastikan setiap hidangan
mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi.

22
7.2 Melayu
Antara kelebihan makanan orang Melayu adalah tahan lama. Contohnya seperti lempok
yang diperbuat daripada durian, wajik dan dodol, tapai, kerepek pisang, keledek, keladi atau
ubi, keropok, pisang salai, tempoyak, cencaluk, budu, belacan dan lain-lain lagi. Keaslian
makanan yang disimpan biasanya berkekalan dari segi rasa dan aromanya walaupun tidak
menggunakan bahan pengawet seperti mana yang digunakan di dalam teknologi moden hari
ini.

Selain itu, keunikan masakan orang Melayu ini ialah teknik masakannya yang pelbagai
seperti membakar, merebus, menggoreng, merendang, mengukus, menjemur dan memerap.
Kombinasi penggunaan alat-alat untuk memasak seperti periuk dan kuali dengan bahan semula
jadi seperti buluh, daun kelapa muda, daun palas dan daun pisang sebenarnya telah membantu
lagi memberikan rasa yang tersendiri masakan tradisional masyarakat Melayu.

Orang Melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa
makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ini adalah bertujuan untuk
pengajaran dan menjaga sopan santun orang Melayu.

Orang Melayu mempunyai adab dan tatatertib yang berkaitan dengan makan. Ketika
berkunjung ke rumah orang, apabila tuan menghidangkan makanan atau minuman, adalah tidak
baik untuk menolaknya. Jika kenyang, kita hendaklah makan sedikit hidangan yang disajikan
itu. Setelah makanan dihidangkan, orang yang lebih tua haruslah duduk dahulu kemudian
diikut oleh orang muda. Anak perempuan pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan
orang yang lebih tua. Ketika makan, mereka akan mengambil makanan yang berhampiran.
Mereka akan meminta bantuan orang lain untuk mendapatkan makanan yang sukar dicapai.

Selain itu, ketika menghulur atau menyambut makanan, orang Melayu akan
menggunakan tangan kanan. Semasa mengambil kuah atau nasi, tangan kiri digunakan supaya
sudu atau senduk tidak kotor. Orang Melayu tidak bercakap semasa makan. Seterusnya,
seseorang itu dianggap tidak sopan jika mengemas apabila orang lain masih menikmati
hidangan kerana tindakan tersebut ibarat melarang orang tersebut menghabiskan makanannya.

Terdapat beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

a. Makan mencangkung payah dapat rezeki.


b. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
c. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.

23
d. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
e. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
f. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
g. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
h. Makan tidak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
i. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
j. Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.
k. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
l. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
m. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
n. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

24
7.3 India
Konsep pengambilan makanan bagi orang-orang India banyak dipengaruhi oleh kitab
ayurveda yang bermaksud the science of living. Ayur bermaksud kehidupan dan veda
bermaksud ilmu. Kitab ini merupakan kitab perubatan yang sangat terkenal dan perubatan yang
digunakan hanya menggunakan tumbuhan atau herba.

Secara tradisinya, orang-orang India akan mengamalkan sistem diet ayurveda yang
berasaskan kepada tiga konsep untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Ia berasaskan kepada
penentuan secara klinikal terhadap tanda-tanda dan simtom-simtom, memperakui bahawa
perlakuan dan alam sekitar mempengaruhi kesihatan atau penyakit dan percaya bahawa
makanan akan mempengaruhi kesihatan.

Tubuh badan manusia dianggap terdiri daripada lima unsur atau elemen (bhutas), iaitu
alam (prithive), angin (vayu), api (theyu), air(appu) dan ether (akasa). Terdapat tiga humor
iaitu air (kapha), api (pitta) dan angin (vayu). Seterusnya terdapat jus organik (rasa) dan enam
dhatus iaitu darah (raka), daging (mamsa), lemak (medas), tulang (asthi), sum-sum tulang
(majja) dan simen (sukra). Seterusnya terdapat enam rasa (rasas) iaitu manis (madhura) masam
(amla), masin (lavana), pedas (katu), pahit (katu) dan pedar (kashaya).

Kesihatan seseorang bergantung pada imbangan kandungan unsur-unsur tersebut. Jika


imbangan berubah maka seseorang itu akan jatuh sakit. Untuk mengatasi masalah ini
kandungan lima unsur perlu diseimbangkan kembali. Salah satu cara untuk mengimbangi
unsur-unsur tersebut ialah dengan melakukan amalan-amalan seperti berpantang, memakan
makanan tertentu, mandi, berkumur, berbekam dan lain-lain lagi. Oleh itu, ada ketikanya
mereka hanya makan sayur sahaja dalam budaya orang India bertujuan untuk mengimbangkan
kembali unsur-unsur yang ada dalam badan.

Seterusnya, makanan (anna) merupakan prinsip dalam kehidupan dan semua makanan
akan di kelompokkan ke dalam lima elemen. Jadi tubuh badan manusia juga dibentuk daripada
lima elemen berkenaan yang berkait dengan lima deria. Makanan yang dimakan akan
ditukarkan kepada jus yang asas iaitu rasa yang kemudiannya ditukarkan kepada enam dhatus.
Penghadaman makanan dan metabolisma dhatus akan menghasilkan prasada iaitu nilai
pemakanan yang baik dan mala iaitu sisa dan bahan buangan.

Beberapa peraturan dan adab amat diambil berat semasa menjamu makanan. Misalnya
ketua rumah haruslah menjamu tetamu-tetamu terlebih dahulu. Pelayan tidak dibenarkan untuk
bercampur dengan tetamu semasa makan. Ketua rumah haruslah memastikan anak-anak, orang

25
yang tidak berkemampuan, wanita yang mengandung orang yang memerlukan bantuannya
dalam keluarga mendapat makanan yang mencukupi. Biasanya kenduri dan majlis makan
beramai-ramai diadakan pada hari kebesaran dan upacara keagamaan.

Bagi orang-orang Aryan yang ingin makan adalah disuruh untuk membasuh tangan,
mulut dan kaki. Manakala bagi orang Sudras pula mereka perlu mencukur rambut dan janggut,
mengerat kuku dan mandi sebelum dibenarkan untuk masak makanan bagi mereka yang
berkasta tinggi. Makanan yang ditinggalkan tidak akan diambil kecuali dalam keadaan terdesak
atau ditimpa malapetaka. Makanan yang dimasak oleh wanita di dalam keadaan datang bulan
dianggap tidak suci. Susu lembu yang telah diperah tidak akan digunakan selepas sepuluh hari.
Disarankan juga seseorang itu makan hanya dua kali sehari dan orang yang mengamalkan
pemakanan demikian orang itu akan menjadi seorang yang bijak dan mempunyai fikiran yang
cerdik.

Bagi ketua rumah pula, ketua rumah hanya dibenarkan makan selepas mandi dan
berpakaian kemas dan bersih. Beliau perlu membasuh tangan, mulut dan kaki mereka sebelum
makan. Tempat beliau duduk pula mestilah menghala ke arah timur atau utara. Di samping itu
seseorang itu akan dikatakan tidak bersopan jika makan makanan yang ditinggalkan oleh orang
lain.

Seterusnya, makanan tidak harus diambil semasa di atas katil atau kerusi. Makanan
haruslah dimakan secara senyap. Sajian dimulakan dengan makanan yang manis diikuti dengan
makanan yang masin, makanan yang masam pada pertengahan jamuan dan diakhiri dengan
makanan yang pahit. Selain itu orang yang memulakan makan dengan makanan yang berbentuk
cecair perlu diikuti dengan makanan yang berbentuk pepejal dan diakhiri dengan makanan
yang berbentuk cecair semula agar supaya menjadi lebih kuat dan sihat.

26
9.0 Kesimpulan
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai budaya yang berlainan
seperti budaya makanan dan pemakanan, budaya perpakaian dan budaya kesenian. Dalam
budaya makanan dan pemakanan, setiap masyarakat mempunyai cita rasa yang melahirkan
budaya makanan dan pemakanan tersendiri. Cita rasa ini berbeza mengikut kawasan geografi
iklim dan masyarakat. Ia diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Makanan
pelbagai kaum turut melambangkan jati diri bangsa dan identiti etnik. Budaya makanan dan
pemakanan sesebuah kaum dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di
Malaysia.

Masyarakat dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara
tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India serta bangsa yang lain di
Malaysia seperti Baba Nyonya, Kadazan dan Bidayuh. Selain mengetahui keunikan yang ada
pada setiap jenis makanan tersebut di mana makanan tradisi ini pula mempunyai keunikan yang
tersendiri mampu menarik kaum lain untuk merasa. Walaupun Malaysia terdiri daripada
pelbagai kaum yang berlainan agama, fahaman, pemikiran, latar belakang kerjaya mahupun
politik, namun tiada siapa yang menafikan budaya makanan dan pemakanan mampu menjadi
kuasa integrasi antara kaum. Sikap keterbukaan untuk menerima keunikan masing-masing
membolehkan Malaysia mewujudkan masyarakat majmuk yang mempunyai kesepaduan sosial
yang kukuh.

Budaya makanan dan pemakanan sudah menjadi identiti masyarakat di Malaysia dan
kami berasa sangat selesa dan bangga untuk menikmati bersama kaum yang lain. Inilah
Malaysia, sebuah Negara yang mempunyai pelbagai etnik tetapi hidup di bawah satu bumbung
dalam suasana yang aman damai. Kesyukuran setiap rakyat diluahkan melalui perkongsian
budaya tetapi menghormati agama masing-masing. Begitu juga dengan makanan, bukan
sekadar kesedapan makanan itu yang dinikmati tetapi di sebalik penerimaan itu, mewujudkan
keharmonian dalam masyarakat pelbagai kaum dan etnik yang menjadi keunikan Malaysia.

27
Rujukan
Norzailina Nordin. (2011). 100 Juadah Perayaan. Selangor: Grup Buku Karangkraf Sdn.Bhd.
A. Aziz Deraman. (1948). Masyarakat dan kebudayaan Malaysia (suatu pengenalan latar
belakang dan sejarah ringkas). Kuala Lumpur: Chawa Pantai (M) Sdn. Bhd.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2018). Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia, 2017-2018.
Dicapai dari
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=T0lmSHlwOXJ1aWl
zcjBlam9ObUZpdz09
Kepelbagaian Makanan. (n.d.). Dalam Portal 1Klik. Dicapai dari
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/home/33-masakan-dan-makanan/139-
kepelbagaian-makanan.html
Arkib. (2003, Jun 16). Tingkat perpaduan rakyat melalui makanan pelbagai kaum. Utusan
Malaysia. Dicapai dari
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
Makanan Tradisi Kaum Cina. (2012, Feb 9.). Dalam Wordpress. Dicapai dari
https://totallydelicious.wordpress.com/2012/02/09/makanan-tradisi-kaum-cina/
Lao Tzu Quotes. (n.d.). Dalam BrainyQuote. Dicapai dari
https://www.brainyquote.com/quotes/lao_tzu_130856
What is Ayurveda. (n.d.). Dalam Ayurvedic Foundations. Dicapai dari
http://www.ayur.com/about.html
Che Wan Jasimah binti Wan Mohamed Radzi. (2009). Budaya Pemakanan Masyarakat
Malaysia dari Perspektif Agama, Polisi, Sains dan Teknologi dengan Rujukan Khusus kepada
Pengaruh Islam dalam Penghasilan.
Dicapai dari http://studentsrepo.um.edu.my/4342/8/Combine.pdf
Saiful Nordin. (2014, Ogos 16). Bab 2: Budaya. Dicapai dari
http://libguides.gwumc.edu/c.php?g=27779&p=170343

28

You might also like