You are on page 1of 43

INTERNATIONAL MEDICAL SCHOOL (IMS)

BACHELOR OF MEDICINE AND BACHELOR OF SURGERY(MBBS) OCTOBER 2020

KOD SUBJEK: MPU2023U1202010002

SUBJEK: ISLAMIC CIVILISATION AND CIVILISATION ASIA

NAMA PENSYARAH: CIK NOOR FARHANA BT AHMAD PAZIL

NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIK

NITHYA SRI 012020100081

PRIYALAKSHMI MANIKAM 012020100086

RAOUL DILLON A/L RANGANATHAN 012020100159

SATISH A/L MOHAN 012020100129

SERENA SHANTINI A/P RICHARD IRUTHIAM 012020100011

SHARMINI A/P KULANTHAIVEL 012020100090

SHARMITA A/P KULANTHAIVEL 012020100091

SOMESVAREN A/L SIVANATHAN 012020040061

TEIVASRI A/P DEVENDERAN 012020100038

VAISSHANAVY REDDY A/P SUBRAMANIAM 012020100004


PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG KAJIAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dalam sains dan teknologi mahupun kaya
dengan pelbagai warisan budaya yang sering menarik minat pelancong dari negara luar untuk
berkunjung ke Malaysia. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, warisan membawa maksud
peninggalan harta pusaka yang diwarisi secara turun temurun dan mengikut Jabatan Warisan
Negara, warisan dikaitkan dengan sesuatu yang diterima secara turun temurun. Definisi warisan
boleh dibahagikan kepada dua iaitu ketara dan tidak ketara. Warisan ketara berkait rapat
dengan peninggalan lama dalam bentuk benda yang kekal seperti bangunan bersejarah,
monumen, artifak yang merujuk kepada bahan kebudayaan seperti tembikar, batu nisan, keris,
manik dan lain-lain. Warisan tak ketara pula merupakan peninggalan lama dalam bentuk bukan
benda seperti tradisi kebangsaan, adat resam dan kebudayaan, kepercayaan sesebuah agama,
adat perayaan serta bahasa dan pertuturan. Bertitik tolak daripada maksud warisan, apakah
maksud budaya?. Perkataan budaya berasal dari bahasa Sanskrit iaitu perkataan Buddi atau
Budayyah yang memberi maksud budi atau akal. Selain itu, budaya juga merujuk kepada
tatacara sesebuah masyarakat serta perihal kehidupan secara bersama. Maksud budaya
merangkumi pelbagai aspek seperti, kepercayaan, kemorolan, kesenian dan undang undang
kehidupan. Di samping itu, budaya mempunyai kaitan rapat dengan tamadun dan hal ini
dikatakan demikian kerana kebudayaan sesebuah masyarakat yang terpuji menonjolkan
kehidupan bertamadun. Jadi, secara keseluruhan warisan budaya boleh dikatakan sebagai
peninggalan artifak atau cara hidup masyarakat yang diwarisi sejak zaman nenek moyang kita
sehingga generasi muda kini. Artifak merupakan barangan buatan manusia peninggalan
sesuatu zaman dahulu dan ia juga boleh menjadi faktor membuktikan kewujudan sesuatu
tamadun pada masa dahulu misalnya seperti penemuan batu nisan di Kampung Permatang
Pasir, Pahang dan penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan. Fokus utama kajian ini adalah
untuk memartabatkan artifak dari Tamadun Islam dan China dalam bidang perubatan untuk
mengekalkan warisan kebudayaan di negara kita. Berdasarkan replika artifak yang kami telah
buat iaitu patung dakan dan materia medica, artifak-artifak tersebut mengajar kita tentang
kegunaannya pada masa dahulu dan juga kini. Persoalannya, adakah artifak-artifak bersejarah
dapat mengekalkan warisan budaya dalam kalangan masyarakat kita? Pengekalan artifak dari
zaman dahulu menjamin kesinambungan warisan budaya di negara kita dan hal ini dikatakan
demikian kerana warisan budaya melambangkan identiti negara kita dan kita harus
mengekalkan warisan budaya agar generasi akan datang akan mengetahui kepentingan
sesebuah budaya dan mengenal asal usul negara mereka.
PERMASALAHAN KAJIAN

1. Sifat masyarakat di negara kita yang mudah dipengaruhi budaya barat membahaskan
adat istiadat mereka yang menyebabkan warisan budaya dilupai oleh sebab
pengetahuan orang ramai yang terhad.
2. Kemajuan dalam teknologi telah memberikan masyarakat perkara yang lebih dangkal
untuk dibimbangkan. Masyarakat kini lebih meminati perkembangan teknologi yang
berlaku di dunia kini sehingga mengabaikan kepentingan pengetahuan sejarah.
3. Oleh kerana globalisasi, orang lebih berminat dengan budaya barat sehingga mereka
lupa budaya asal usul mereka sendiri. Sebagai contoh, perubatan moden lebih disukai
berbanding ubat tradisional kerana sebilangan orang tidak mempercayai keberkesanan
perubatan tradisional.
4. Pengenalpastian perbezaan antara artifak dari tamadun yang berbeza kerana pengaruh
dari tamadun lain. Oleh kerana pengaruh yang besar terhadap artifak dari tamadun lain,
orang sering keliru mengenai akar umbi warisan budaya mereka.
5. Dengan niat pemodenan, segelintir masyarakat menggabungkan unsur perubatan
tradisional dan moden untuk menemui perubatan kontemporari yang baru. Oleh kerana
percampuran unsur, kepentingan dan peranan artifak asli dilupakan dan tidak
diutamakan.

OBJEKTIF

1. Kajian ini memberikan kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan artifak sesebuah
tamadun kepada masyarakat pada masa dahulu.
2. Kajian ini juga meningkatkan pengetahuan tentang kegunaan artifak tersebut kepada
masyarakat pada masa kini.
CARTA ORGANISASI
MATERIA MEDICA

ARTIFAK ASLI REPLIKA ARTIFAK

PATUNG DAKAN

ARTIFAK ASLI REPLIKA ARTIFAK


SEJARAH TAMADUN CHINA

Tamadun China dipercayai bermula sejak tahun 200 S.M. Dinasti terawal yang terbentuk dalam
tamadun China adalah Dinasti Xia/Hsia yang dipercayai terbentuk daripada kebudayaan
Neolitik Hwang Ho (Lembah Sungai Kuning). Para sejarawan kebanyakannya mendakwa
bahawa dinasti pertama yang terbentuk adalah Dinasti Shang (1766-1122 S.M) ataupun
(1523-1027 S.M). Banyak bandar utama yang telah dibina dalam tamadun awal antaranya,
Anyang. Anyang adalah bandar tertua di Loyang, Chagan dan China. Selain itu, Anyang juga
digelar sebagai ibu negeri dinasti Shang. Pada peringkat awal, kehidupan masyarakat tamadun
China bergantung kepada kesuburan tanah di Sungai Kuning atau lebih dikenali sebagai Sungai
Sungai Huanghe bermula di pergunungan Yagradegze yang terletak di bahagian barat China.
Sungai ini ada lumpur berwarna kuning yang sesuai dan subur untuk menjalankan kegiatan
pertanian. Antara salah satu faktor yang memakmurkan tamadun China adalah hasil lumpur
yang subur ini yang lembap dan mudah dikerjakan sebagai kawasan penempatan dan
pertanian. Penduduk yang mendiami di kawasan penempatan ini menjalankan pertanian di
selatan Dataran Tinggi Loes yang melebar ke arah barat hingga ke lembah Sungai Wei dan di
timur hingga ke dataran tinggi di utara China. Tapak tradisi kebudayaan era-Neolitik China yang
dipanggil Yangshoa muncul di teres-teres berdekatan cawangan-cawangan Sungai Wei dan
Huanghe.

Para petani yang bekerja di kawasan pertanian yang ternyata di atas menetap di dalam rumah
berbentuk subterranean di mana dindingnya serta diperbuat dari tanah liat manakala atapnya
diperbuat dari jerami. Sumber karbohidrat utama bangsa Yangshoa adalah tanaman millet
seperti bijirin . Sumber makanan yang lain adalah sayur-sayuran, ikan yang ditangkap serta
burung. Bangsa Yangshoa juga arif dalam pembuatan tembikar, mata kail, jarum dan alat
penebuk.

Satu lagi kebudayaan baru yang muncul pada zaman neolitik dikenali sebagai kebudayaan
Tembikar hitam atau kebudayaan Lungshan yang bermula pada pertengahan kurun ke-2 atau
milenium pertama. Penduduk Lungshan hidup menetap berbanding masyarakat Yangshoa. Di
bukit-bukit kecil dan kaki bukit di dataran lanar , penempatan China dibina. Satu ciri unik setiap
penempatan adalah mereka dikelilingi tembok yang bertindak sebagai benteng penahan banjir.
Perkembangan daripada segi penempatan ini merintis jalan ke arah kewujudan bandar-bandar
pada zaman dinasti Shang ( 1766-1122 S.M.)
Perkembangan masyarakat awal China yang berlaku sepanjang zaman Neolitik dengan
pertolongan sungai-sungai utama ini secara perlahan-lahan membawa kepada kemajuan
tahap-tahap dalam tamadun China. Kualiti kehidupan masyarakat yang semakin tersusun dan
baik membawa kepada kelahiran suatu sistem pemerintahan dinasti mahupun keluarga yang
diwarisi secara turun-temurun dan menjadi simbol keagungan tamadun China.

SEJARAH ARTIFAK

LATAR BELAKANG KEMUNCULAN ARTIFAK : MATERIA MEDICA

Semasa Dinasti Ming (1368-1644) sebuah karya , Shen Nong’s Classic of Materia Medica yang
juga dikenali sebagai Bencao Gangmu ( Compendium of materia medica) di China telah ditulis
oleh Li Shizhen yang dilahirkan pada 1518 di Provinsi Hubei yang kini dikenali sebagai
Quichun. Datuknya, seorang padler perubatan yang membawa beg diisi herba dan ubat-ubatan
untuk menyembuhkan orang di kawasannya manakala bapanya pula (Li yen-Wen), seorang
pengamal perubatan dan penulis. Mereka inilah yang menjadi inspirasi kepada Li Shizhen untuk
belajar klasik perubatan, merawat penduduk kota setempat dan akhirnya menjadi cukup berjaya
untuk mendapatkan beberapa jawatan singkat pada peringkat awal kerjaya beliau. Pada
mulanya Li Yen-Wen mahu anak mudanya yang cemerlang ini untuk memasuki peperiksaan
kho-chsl dan menyertai perkhidmatan awam. Pada usia 14 tahun, Li Shi Zen berjaya melepasi
peperiksaan awal dan menjadi pu-chu-seng. Malangnya, tiga percubaan beliau kemudian dalam
peperiksaan yang lebih susah tidak berjaya jadi bapanya menegaskan kepada beliau bahawa
beliau harus menumpukan perhatian dalam kajian perubatan. Selepas mendapat sedikit
pengalaman beliau berprofil tinggi di ibu kota dan berteman dengan beberapa sarjana
berpengaruh.

Semasa beliau berusia 27 tahun (1543), beliau berjaya mengubati anak lelaki raja Chu di kota
Wuchang. Ini membuka peluang untuk beliau menjawat jawatan yang berprestij di “Imperial
Institusi Beijing” (Tai Yi Yuan). Semasa di situ beliau mendapat akses kepada teks perubatan
yang lama dan jarang dijumpai.Beliau juga mendapati terdapat teks perubatan yang ada
informasi yang tidak tepat dan bercanggah antara satu sama lain . Beliau hendak menyusun
semua maklumat yang betul yang belum dijumpai dalam sebuah sistem organisasi yang logik.
Beliau hendak mengkaji semua pengetahuan yang ada pada masanya dan menulis teks
perubatan semulajadi yang paling tepat yang pernah ditulis. Jadi, beliau mendedikasikan
hidupnya untuk menulis teks perubatan yang dapat membantu generasi untuk menjalani
kehidupan tanpa penyakit.

Tahun: Mula ditulis pada 1568. Draf pertama selesai bermula pada 1578. Dicetak di Nanjing
pada 1596

Cara pembuatan: Bagi tujuan penyelidikan untuk menghasilkan karya agungnya, beliau
mengembara secara meluas dan mendapat pengalaman pertama dengan pelbagai herba dan
ubat-ubat rakyat serantau. Beliau juga merujuk pelbagai buku perubatan. Beliau bekerja keras
untuk menghasilkan karya beliau dengan menemu ramah pemburu, nelayan, penyembuh
tempatan, membaca omnivor dan mencuba pelbagai rawatan untuk pesakitnya sendiri
sehingga dia mengumpulkan maklumat yang cukup untuk memuaskan dirinya bahawa sudah
waktunya untuk duduk dan menyusun ensiklpedia sendiri. Secara keseluruhan, penulisan dan
penerbitan Bencao Gangmu memakan masa tiga puluh ke empat puluh tahun. Setelah beliau
meninggal percetakan yang tidak berkualiti dihasilkan oleh sebuah syarikat percetakan swasta.
Beliau pada mulanya mahukan karyanya dicetak oleh mahkamah tetapi pihak mahkamah
enggan pencetaknya. Walau bagaimanapun, suatu edisi dengan ilustrasi yang baik diterbitkan
sebelum pencerobohan Manchu pada tahun 1644. Karya itu kemudian diakui sebagai karya
agung dan selepas melalui beberapa lagi cetakan pada tahun 1600-an dan 1700-an Bencao
Gangmu menjadi teks rujukan ubat semula jadi yang standard.

Bahan asli pembuatan

Dinasti Ming adalah salah satu era makmur dalam sejarah China kerana penemuan percetakan
warna blok kayu, kertas dan proses percetakan dua warna. Ini menjangkaui semua teknik
percetakan terdahulu dari dinasti sebelumnya. Bencao Gangmu diperbuat daripada proses
percetakan dua warna agar ia mudah dibaca.

SEJARAH ARTIFAK

LATAR BELAKANG KEMUNCULAN ARTIFAK : PATUNG DAKAN

Kepercayaan umum di kalangan masyarakat Melanau ialah jika sesuatu ubat tidak dapat
menyembuh penyakit, maka penyakit itu adalah disebabkan oleh makhluk halus atau kuasa
ghaib. Bomoh yang handal yang dipanggil sebagai a-bayoh yang bertindak sebagai perantara
dengan kuasa ghaib dalam usaha menyembuhkan penyakit. Menurut kebiasaan , mengubati
penyakit dengan menggunakan a-bayoh hanya dilakukan apabila cara-cara lain sudah gagal
atau tidak boleh dilakukan. Apabila cara-cara lain sudah gagal upacara be-bayoh akan
diadakan. Jika usaha ini juga gagal sebagai langkah terakhir , upacara pengubatan yang paling
tinggi iaitu payun dilakukan. Jika tidak sembuh juga, harapan untuk sembuh dianggap tipis.
Dalam proses mengendalikannya kerana kebolehan mereka menghubungi dan menggunakan
kuasa ghaib tow dan sebagainya. Setiap, a-bayoh akan dibantu dengan tow-tow yang tertentu
bagi menolong a-bayoh mengenal pasti asal-usul penyakit yang dihadapi oleh pesakit.

Antara cara pengubatan tradisional yang biasa dilakukan oleh masyarakat Melanau. Menurut
Jeniri, Rosline & Rudi ( 2007) cara pengubatan ini menggunakan patung-patung tow tertentu.
Dakan merupakan patung yang diukir oleh pakar dalam bidang ini. Orang yang mengamalkan
cara ini tidak semestinya a-bayoh atau bomoh. Kebolehan mengukir dakan dan mengetahui
penyakit yang dapat diubati itu akan diperturunkan secara ajaib melalui mimpi. Mereka boleh
mengetahui penyakit yang disebabkan tow-tow dan menentukan jenis dakan yang sesuai untuk
digunakan bagi menyembuhkannya. Antara tow yang sering menyebabkan penyakit adalah
seperti berikut Anea’ Jejah, Gelap Da-at, Gelap Gu-un, Putih Anea dan pulun.

Cara dakan digunakan: Pakar dakan itu mesti mengenali terlebih dahulu tow yang
menyebabkan penyakit. Kemudian, barulah dia akan mengukir sebuah patung kecil yang
menyerupai tow tersebut. Sirih pinang dikunyah kemudian akan disemburkan kepada patung itu
dengan menyeru “ Ka-aw ( nama tow) a-menyingen , ka-awlah ba mengadik”. Maksudnya,
kamu ( nama tow) yang menyebabkan penyakit ini, maka kamulah yang menyembuhkannya.
Jika tow yang dinamakan itu betul , penyakit akan keluar dari badan pesakit memasuki patung
itu. Bagi memudahkan, perkara ini tow akan tow akan digantung di bawah rumah pesakit
selepas dicurahkan air ke atas dakan dan dikumpulkan untuk memandikan pesakit. Selepas
tiga hari, apabila dipastikan tow tersebut telah memasuki dakan, ia akan diambil dan dibuang
atau diletakkan di tempat tow jenis ini tinggal seperti hutan, sungai atau laut.

Bahan asli pembuatan: Dahan pokok rumbia


FUNGSI-FUNGSI ARTIFAK

Pada zaman ini, timbulnya isu untuk melupakan artifak-artifak lama yang mempunyai nilai
sejarah yang sungguh berharga. Hal ini kerana artifak tersebut telah lama dan tidak berfungsi
dengan baik dan pemuda zaman sekarang berpandangan sarwa hanya menilai kepentingan
artifak tanpa melihat kepentingan artifak yang bersejarah kepada negara kita. Oleh itu, fungsi
yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.
Pada hemat saya, fungsi artifak adalah sebagai identiti negara. Artifak yang dikaji oleh
kumpulan kami ialah Materia Medica dan Patung Dakan . Dua-dua artifak ini merupakan
warisan dari budaya-budaya lain yang penuh dengan nilai sejarah. Hanya di Malaysia kita boleh
melihat artifak-artifak yang bercirikan pelbagai kaum. Artifak yang terdapat di Muzium Negara
merupakan identiti yang memaparkan budaya negara kita dimana kemajmukan bangsa dan
agama tidak menjadi penghalang kepada permuafakatan untuk hidup aman dan sentosa dalam
satu negara. Pemeliharaan artifak-artifak ini akan memastikan nilai muafakat dalam diri setiap
warganegara sentiasa dirai apabila mereka dapat melihat dan hidup dalam suasana di negara
kita. Di samping itu, artifak-artifak berfungsi sebagai sumber penyelidikan dan Pendidikan.
Pelbagai ilmu dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji artifak-artifak lama. Misalnya,
Materia Medica mengandungi pelbagai ubat dan herba yang boleh digunakan untuk merawat
pesakit yang menghidap pelbagai jenis penyakit. Lebih-lebih lagi, penyelidik boleh mengubah
suai pengetahuan zaman lampau dan mengasimilasikan dengan zaman sekarang.
Artifak-artifak ini berfungsi untuk mebangunakan proses arkeologi di negara kita. Justeru itu,
artifak-artifak sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri dan langkah pemuliharaan adalah
penting untuk dikekalkan. Dalam masa yang sama, artifak-artifak ini dapat menjadi produk
pelancongan utama negara. Ramai orang akan tampil ke muzium-muzium di setiap negeri
untuk mengkaji atau menghayati artifak yang dipaparkan. Alangkah baiknya sekiranya kita
melaburkan dana ke arah pemeliharaan artifak daripada memusnahkan habitat flora dan fauna
dalam membina kawasan pelancongan baharu yang bakal memberi padah di masa hadapan.
Usaha seperti ini bakal menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia dan dapat menjadi
sumber pendapatan negara. Natijahnya, artifak secara tidak langsung berfungsi untuk
membantu industri pelancongan negara.Tuntasnya, pelbagai kepentingan tersirat dan tersurat
artifak dalam negara kita. Pembentukan minda generasi muda negara yang menghayati
warisan dan khazanah negara perlu diikhtiarkan. Artifak merupakan aset yang patut dihayati
dan diwarisi dari satu generasi ke generasi-generasi lain. Persis mutiara kata, hujan emas di
negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri yang bermaksud nilai yang
terdapat di negara kita adalah tinggi sekiranya kita pandai mengenali dan menghargainya
berbanding melihat negara lain.

KEGUNAAN SEMASA TAMADUN LAMPAU

Dalam kajian ini kita telah membincangkan tentang dua artifak warisan negara yang amat
penting iaitu Patung Dakan budaya Melayu Melanau dan Materia Medica Tamadun China.
Kedua-dua artifak ini memberi banyak sumbangan dan kegunaan kepada masyarakat zaman
dulu. Secara umumnya, warisan negara merupakan suatu identiti yang perlu dipelihara supaya
tidak ditelan masa. Warisan negara juga memainkan peranan yang amat penting dalam
melahirkan generasi yang mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap bangsa dan negara
kita. Usaha memelihara serta menghargai warisan-warisan ini perlu lebih tertumpu kepada aset
negara yang mendapat pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Patung Dakan merupakan satu artifak yang diwarisi oleh masyarakat Sarawak dengan lebih
terperinci masyarakat Kampung Tellian,Mukah. Menurut Augustine bin Aanyahub, patung ini
diperbuat daripada dahan rumbia.Salah satu kegunaan patung ini ialah sebagai medium
perubatan bagi melawan penyakit.Setiap patung dakan mempunyai ukiran unik dan nama
tersendiri.Contohnya Dakan Jin Betapa digunakan untuk mengubati sakit badan seseorang dan
Dakan Sebulang Langit digunakan untuk mengubati sakit kepala. Orang yang mengamalkan
cara ini tidak semestinya a-bayoh atau bomoh. Kebolehan mengukir dakan dan mengetahui
penyakit yang dapat diubati itu akan diperturunkan secara ajaib melalui mimpi. Mereka boleh
mengetahui penyakit yang disebabkan tow-tow dan menentukan jenis dakan yang sesuai untuk
digunakan bagi menyembuhkannya.

Artifak ini memainkan peranan yang amat besar dalam adat kepercayaan mereka. Setiap
kumpulan kaum etnik walau di mana juga mempunyai kepercayaan dan adat masing masing
yang tidak dapat ditinggalkan.Begitu juga dengan etnik melanau. Kepercayaan mereka
terhadap alam amat mempengaruhi kewujudan patung dakan ini.Dalam kepercayaan
masyarakat Melanau Tradisional, dunia ini mempunyai tiga lapis iaitu, atas, pertengahan dan
bawah tanah. Dalam karya Hang Tuah Merawin (2000) beliau memperincikan lagi
dengan menamakan tiga lapisan atau wilayah tersebut sebagai Langit, Tana’ dan Iyang. Langit
merupakan zon awang-awangan yang dikenali juga sebagai wilayah kayangan. Tana’ ialah zon
daratan, bumi atau alam fizikal (terrestrial) yang boleh dipijak, dilihat dan dirasa dengan
pancaindera manusia biasa. Tana’ ialah wilayah yang fana bagi manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan. Iyang pula ialah alam akuatik atau wilayah akuatik atau wilayah dalam air di
bawah zon bumi.Kepercayaan ini telah menyumbang besar kepada patung dakan yang
dihasilkan dari sumber alam semula jadi juga.Patung ini merupakan satu medium yang telah
mengukuhkan kepercayaan mereka dan merapatkan mereka dengan alam semula jadi.Ini
member satu medium kepada generasi muda mereka untuk memahami konsep kepercayaan
mereka.

Melalui kepercayaan mereka telah menerapkan nilai moral di dalam diri mereka yang boleh
diambil contoh oleh semua generasi hingga kini .Melanau adalah satu-satunya kaum di
Sarawak yang boleh menerima kepelbagaian agama dalam ahli keluarga tanpa menghadapi
sebarang masalah. Bukan satu kepelikan dalam satu keluarga ada orang alim tetapi terdiri
daripada pelbagai agama, atau ada yang masih pangan (tanpa agama) namun mereka boleh
hidup aman dan damai bersama.

Manual Cina materia Medica yang paling awal, Shennong Bencao Jing telah diterbitkan pada
abad ke-1 Masihi semasa dinasti Han, yang dikaitkan dengan mitos Shennong. Karya ini
mempunyai sekitar tiga ratus enam puluh lima ubat, dua ratus lima puluh dua daripadanya
adalah ramuan herba. Karya sastera sebelumnya telah menyertakan cara mengubati penyakit
tertentu, yang dicontohkan oleh Lima Puluh Dua Penyakit yang dijumpai di makam Mawangdui,
yang dimeteraikan pada tahun 168 S.M. Generasi yang berjaya menambah Shennong Bencao
Jing, seperti di Yaoxing Lun (Risalah mengenai Sifat Herba Ubat), sebuah risalah Dinasti Tang
abad ke-7 mengenai perubatan herba

De materia medica merupakan sumber utama sejarah mengenai ubat-ubatan yang telah
digunakan oleh orang yunani, rom serta budaya kuno yang lain. Karya ini juga telah
mencatatkan nama bagi beberapa tanaman Dacian yang sebaliknya jika tidak dicatat
berkemungkinan besar akan hilang. Karya ini mempunyai sekitar 600 tumbuhan perubatan,
bersama dengan beberapa haiwan dan zat mineral, dan sekitar 1000 ubat yang dibuat dari
sumber-sumber ini. Ahli botani tidak selalu berpendapat tumbuhan Dioscorides mudah dikenali
dari keterangannya yang singkat, sebahagiannya adalah kerana beliau telah menggambarkan
tumbuhan dan haiwan dari Eropah tenggara secara semulajadi, sedangkan pada abad keenam
belas bukunya telah digunakan di seluruh Eropah dan di seluruh dunia Islam. Ini bermaksud
bahawa orang berusaha untuk memaksa pertandingan antara tanaman yang mereka kenal dan
yang dijelaskan oleh Dioscorides, yang membawa kepada apa yang boleh menjadi hasil
bencana.

Pada masa ini lebih daripada 12 000 jenis ubat cina direkodkan dan digunakan. Selama
beribu-ribu tahun terdahulu, ubat-ubatan cina telah digunakan dalam pencegahan pelbagai
penyakit. Tambahan pulai, ubat-ubatan cina telah memberikan sumbangan besar untuk
kesejahteraan pembiakan bangsa cina dan telah sangat mendorong perkembangan perubatan
dunia. Pada zaman dahulu, para doktor perubatan tradisional Cina sering gemar menggunakan
ubat-ubatan asli tertentu kerana kualitinya yang baik dan murni. Ubat-ubatan yang asli tersebut
merujuk kepada materia medica yang mempunyai sejarah panjang, habitat yang tepat, spesies
halus, pengeluaran besar, pemprosesan tertentu, kesan terapeutik yang luar biasa.

Prinsip asas bagi materia medica ini adalah mencegah dan merawat penyakit dengan
perubatan Cina tidak lebih dari menguatkan kesihatan serta menghilangkan patogen.
Ubat-ubatan ini juga menghilangkan faktor etiologi, mendapatkan kembali koordinasi fungsi
organ, memperbaiki sifat kegembiraan yang tidak normal dan membiarkan tubuh kembali
normal seboleh mungkin. Ahli perubatan Cina mempunyai fungsi-fungsi yang telah dinyatakan
di atas dan secara langsung mempunyai kelebihan untuk menyasarkan setiap keadaan patogen
kerana setiap ubat Cina mempunyai sifatnya yang unik. Juga ditekankan bahawa salah satu
sifat utama ubat tersebut adalah ia mempunyai kelebihan untuk memperbaiki sifat kegembiraan
yang tidak normal atau kelemahan yin dan yang ditunjukkan oleh penyakit. Tindakan
ubat-ubatan Cina pada tubuh merangkumi kesan terapi dan reaksi buruk. Di klinik, kesan terapi
ubat-ubatan harus digunakan sepenuhnya secara munasabah, sementara reaksi buruk harus
dihindari sebanyak mungkin. Ini adalah jaminan keberkesanan tinggi dalam perubatan dan
amalan tamadun cina; lebih-lebih lagi, ini adalah prinsip asas perubatan klinikal.
KESINAMBUNGAN PENGGUNAAN ARTIFAK PADA HARI INI

Materia Medica

Penggunaan ubat-ubatan daripada tumbuh-tumbuhan mempunyai kesinambungan dengan


penggunaan ubat moden pada masa kini. Pada masa dahulu, ubat-ubatan yang dibuat daripada
tumbuh-tumbuhan herba seperti tertera dalam buku Materia Medica dapat mengawal dan
mengubati pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, kaedah ini juga digunakan untuk merawat
pasukan tentera Roman yang cedera.Sebanyak 7,000 spesies tumbuhan mengenai cara
mengubati penyakit telah diterangkan dalam buku Materia Medica Tamadun China.Sehingga
hari ini, segelintir masyarakat masih menggunakan kaedah pengubatan herba untuk merawat
penyakit walaupun adanya perubatan moden. Kini di Universiti Putra Malaysia (UPM),
pelajar-pelajar bersama ahli kajian telah mengkaji penggunaan ubat melalui tumbuh-tumbuhan
herba tanpa memberi kesan sampingan kepada badan manusia. Maka jelaslah bahawa,
kaedah pengubatan daripada buku Materia Medica masih digunakan sehingga hari ini.

Kebanyakan pesakit dan mangsa barah (Kanser) menderita dengan penyakit ini dan dengan
kesan sampingan rawatan konvensionalnya. Pada masa lalu, data klinikal menunjukkan
bahawa beberapa ubat pelengkap dan “Complementary and Alternative Medicine”(CAM) memiliki
sifat anti barah, tetapi ada kekurangan bukti saintifik mengenai CAM. Oleh itu, terdapat banyak
permintaan untuk meneroka pengetahuan saintifik dan bukti mengenai CAM dalam bidang anti
kanser. Dengan tujuan ini, beberapa buku diterbitkan mengenai materia medica tentang pelbagai
jenis barah. Buku ini mengandungi bukti eksperimen dan klinikal antikanser untuk merawat
pelbagai jenis barah. Selain itu, buku ini juga mempunyai gambaran keseluruhan materia
medica berdasarkan bukti untuk prevensi barah, dan juga membincangkan mengenai
farmakokinetik anti barah materia medica.
Patung Dakan

Seterusnya, amalan menyembuh pesakit menggunakan jenis dakan yang sesuai dapat
mengawal dan merawat pelbagai jenis penyakit. Khususnya, kaum Melanau yang
menggunakan kaedah merawat menggunakan patung Dakan. Antara jenis penyakit yang dapat
dirawat ialah sakit kepala yang biasa, demam panas,perempuan yang hamil, tubuh lelaki yang
gatal dan lain-lain. Elemen seperti ini masih lagi digunakan sehingga hari. Misalnya, daripada
maklumat sumber lapangan dan keperpustakaan telah membuktikan bahawa ada juga kes-kes
dimana seseorang individu telah berjaya diubati dengan menggunakan perubatan tradisional
melalui kaedah sembuh selepas gagal merawat menggunakan kaedah ubatan yang moden.
Keadaan ini mungkin disebabkan amalan penyembuhan ini merangkumi upacara doa-doa yang
tertentu selain daripada pengetahuan mengenai tumbuh-tumbuhan.Kaedah perubatan
tradisional ini yang menggunakan patung dakan saling dikait rapatkan dengan unsur
keagamaan masyarakat melanau.
KESIMPULAN

Sebagai penggulungan, setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan unsur-unsur tersendiri


yang melambangkan kecemerlangan dan kemewahan tamadun tersebut. Menurut Bapa
Ekonomi Islam, iaitu Ibn Khaldun, tamadun bermakna sekumpulan manusia yang tinggal kekal
di sesuatu tempat seperti kota, wilayah ataupun tanah pertanian yang akhirnya merintis
kemajuan,kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama. Berdasarkan teori beliau,
maka kelangsungan sesebuah tamadun ialah hasil sikap terbuka dan inovatif masyarakat
dalam menerima serta mengubah suai sebarang pengaruh dari segi ilmu, sosial, agama dan
teknologi tamadun lain. Terangnya, segala kemodenan yang kita menghargai pada hari ini ialah
hasil sumbangan tamadun-tamadun purba. Bukan itu sahaja, warisan budaya yang ditinggalkan
oleh bibit buwit kita juga melambangkan asal usul generasi abad ke-21 ini. Berdasarkan kajian
warisan budaya kumpulan kami, artifak Materia Medica yang ditinggalkan oleh tamadun Cina
masih menyumbang kepada bidang perubatan dari segi penghasilan ubat homeopati dalam
bidang farmasi. Artifak tersebut juga digelarkan sebagai sebuah ensikolpedia yang paling
berpengaruh dalam sejarah ilmu kedoktoran dan farmasi. Selain itu, kajian artifak kami yang
kedua, iaitu patung Dakan, pula merupakan warisan budaya tamadun Islam. Patung Dakan juga
memainkan peranan dalam bidang perubatan. Patung ini digunakan untuk merawat kesakitan
yang ringan seperti demam panas, sakit kepala dan kegatalan akibat gigitan serangga. Kini, kita
telah pun menggantikan cara rawatan menggunakan patung Dakan dengan ubat-ubat yang
lebih efektif. Meskipun demikian, pengaruh patung Dakan masih dirangkumi dalam rawatan
berdasarkan psikologi. Jelasnya bahawa, fakta-fakta sebegini dapat menerang kepada kita
tentang manfaat-manfaat warisan budaya untuk generasi hari ini. Walaubagaimanapun,
generasi darah muda hari ini masih memandang rendah akan tajuk ini dan tidak sedar akan
kepentingannya. Oleh hal begitu, kita haruslah berusaha dengan sedaya-upaya untuk
memelihara dan memupuk semangat memartabatkan warisan budaya yang disumbangkan oleh
nenek moyang kita. Secara ringkasnya, terdapat beberapa langkah efisien yang kita boleh
mengusahakan bagi mencapai matlamat yang dinyatakan di atas. Misalnya, Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bertanggungjawab untuk mengadakan
aktiviti kebudayaan rakyat Malaysia. Selain itu, kempen-kempen perlu diadakan dalam
kalangan masyarakat untuk memartabatkan warisan budaya masing-masing sama ada dalam
negara mahupun luar negara. Dengan ini, haraplah warisan budaya yang disumbangkan oleh
nenek moyang dapat dihargai dan disanjung tinggi oleh generasi kini.
RUJUKAN

1. Shengyan Xi,Yuewen Gong-Essentials of Chinese Materia Medica and Medical


Formulas New Century Traditional Chinese Medicine-Academic Press (2017)
2. Aloysius J. Dri. An Overview: The Cultural Future of The Melanau Community. The
Sarawak Museum Journal. Vol XL VII. Disember 1997, Sarawak museum Department
3. Yusoff, M. Y. (2018). Pemuliharaan Warisan Budaya Melalui Perundangan.
Pemuliharaan Warisan Budaya Melalui Perundangan, 143-157.
4. Parker, Linette A. '' Sejarah ringkasan Materia Medica," dalam Jurnal Kejururawatan
America Vol. 15.
5. David S. Riley, Materia Medica of New and Old Homeopathic Medicines. 2012
TRANSKRIP TEMUBUAL 1

Vaisshanavy :
Salam sejahtera. Apa khabar ? Kami adalah pelajar tahun pertama Sarjana Muda Perubatan
dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) yang kini mengambil Tamadun Islam dan Tamadun
Asia sebagai salah satu Jeneral Mata pelajaran pendidikan (MPU).Sebagai sebahagian
daripada kajian kami mengenai warisan budaya, kami seharusnya mengadakan sesi
temuramah mengenai artifak yang telah kami pilih iaitu tentang buku Materia Medica .
Berkenaan dengan wawancara, kami ingin menemu ramah anda untuk mendapatkan maklumat
mengenai artifak.

Dr Lavanyah :
Salam sejahtera kepada semua.Baiklah, saya sihat. Saya berasa sangat gembira kerana dapat
menjadi sebahagian daripada kajian tugas kamu semua.Semoga temubual kajian ini berjaya
diselesaikan.

Vaisshanavy :
Baiklah, saya akan mulakan sekarang.Terima kasih kerana sudi ditemu bual.Bagi buku Materia
Medica, Bolehkah anda menceritakan mengenai latar belakang buku materia medica secara
umum ?

Dr Lavanyah :
ya boleh. Sebagai umumnya, buku materia medica ini menjadi kepunyaan tamadun
China.Perubatan tradisional cina menggunakan banyak kaedah terapi, yang utama adalah
perubatan herba cina. Perkembangannya adalah proses sejarah yang mengalir dan
berkembang dengan budaya cina. Amalannya mengikuti teori prinsip holistik dan
integratif.Untuk pengetahuan anda semua,Tradisi sastera pengetahuan herba cina juga bermula
pada dinasti Han kemudian dengan Shen Nong's Herbal (Shen Nong Ben Cao Jing), juga
dikenali sebagai klasik Materia Medica. Ini adalah materia perubatan pertama yang muncul di
china. Teks ini merangkumi produk tumbuhan, haiwan dan mineral tetapi produk tumbuhan
menjadi majoriti. Oleh itu, karya farmakologi Cina sering disebut Ben Cao, yang secara umum
bermaksud "asal tumbuhan". Klasik dari Materia Medica adalah ringkasan pengalaman klinikal
dan pengetahuan umum tentang farmasi sebelum dinasti Han.Sebanyak 7 000 spesies
tumbuhan telah digunakan dan kesannya didokumentasikan dan diteliti dalam empat milenia
yang lalu.

Vaisshanavy : Baiklah Dr Lavanyah. Terima kasih atas penjelasan kamu terhadap latar
belakang buku materia medica. Seterusnya, saya ingin bertanya mengenai Grand Compendium
buku materia medica and bilakah buku ini telah dibuat ?

Dr Lavanyah :
Untuk pengetahuan kamu semua, artifak yang kamu pilih mengenai Grand Compendium Of
Materia Medica telah dihasilkan pada tahun 1578 and buku ini mengandungi sebanyak 52 jilid.
Buku ini terdiri daripada 1892 ubat, 374 ubat baru,lebih daripada 1000 ilustrasi dan 11,096
formula.Semasa dinasti ming, Li Shi Zhen menyusun Compendium materia medica terkenalnya
(Ben Cao Gang Mu), juga disebut sebagai Grand Materia Medica. Buku ini dengan 52 jilid
mencatatkan 1892 bahan perubatan, termasuk 1173 dari tumbuh-tumbuhan, 444 dari haiwan
dan 275 dari mineral. Ia merangkumi lebih daripada 10,000 persepsi serta lebih daripada 1000
ilustrasi zat ubat.

Vaisshanavy :
ohh, begitu. Faham faham ! Terima kasih. Bagaimana pula dengan pembangunan sistem
perubatan di china mengenai perubatan tradisional ?

Dr Lavanyah :
kajian mengenai penyatuan perubatan herba tradisional dengan Perubatan Barat telah
digalakkan di China. Semakin banyak ubat baru yang berasal dari botani telah ditemui dan
formula-formula perubatan herba tradisional telah dinilai semula menggunakan piawaian
perubatan Barat. Proses ini tentu akan mempercepat pengembangan perubatan herba cina
pada masa akan datang.

Vaisshanavy :
Terima kasih Dr Lavanyah. Kami dapat memperoleh banyak maklumat melalui temu bual ini
bersama kamu.

Dr Lavanyah : Sama-sama.
GAMBAR
TRANSKRIP TEMUBUAL 2

Nithya :
Selamat sejahtera puan dan terima kasih kerana menerima jemputan kami untuk temu ramah
ini. Untuk pengetahuan anda, kami adalah pelajar dari Management and Science University
(MSU). Kami ingin menemu bual anda mengenai patung Dakan, iaitu salah satu artifak
perubatan yang telah kami pilih untuk kajian Kolokium CULCIV. Oleh hal demikian, kami ingin
bertanya anda beberapa soalan tentang Patung Dakan ini. Puan, apakah kaitan patung Dakan
dengan masyarakat Melanau.

Puan Shiveeshankhari :
Terima kasih kerana menjemput saya untuk temuduga ini. Mengenai soalan anda, masyarakat
Melanau juga bergantung kepada perubatan tradisional selain daripada perubatan moden untuk
mengatasi masalah berkaitan dengan kesihatan. Terdapat banyak kes di mana seseorang
pesakit yang telah berubat secara moden dan kemudiannya beralih kepada perubatan
tradisional sembuh dengan sepenuhnya. Pengetahuan mengenai perubatan tradisional tidak
hanya terbatas kepada penggunaan tumbuh-tumbuhan malah masyarakat ini juga
menggunakan makhluk halus, jampi mentera dan doa-doa tertentu untuk menyembuhkan
penyakit. Oleh itu, kepercayaan dan agama Islam berperanan penting dalam perubatan
tradisional masyarakat Melayu Melanau. Justeru, beberapa cara pengubatan tradisional yang
biasa dilakukan oleh masyarakat Melayu Melanau. Antaranya, ialah dengan menggunakan
patung Dakan.

Nithya:
Oh, begitulah sebenarnya. Puan, bolehkah anda jelaskan dengan lebih lanjut mengenai latar
belakang Patung Dakan ini?

Puan Shiveeshankhari :
Boleh, patung Dakan ini merupakan patung yang diukir daripada dahan pokok rumbia oleh
pakar dalam bidang ini. Kebolehan mengukir dakan dan mengetahui penyakit yang dapat
diubati itu akan diperturunkan secara ajaib melalui mimpi. Mereka boleh mengetahui penyakit
yang disebabkan tow-tow dan menentukan jenis dakan yang sesuai untuk digunakan bagi
menyembuhkannya.
Nithya :
Baiklah puan, bolehkah kita mengetahui penyakit-penyakit yang dapat disembuhkan
menggunakan patung dakan ini ?

Puan Shiveeshankhari :
Antara penyakit yang dapat disembuhkan adalah seperti berikut:
1) Anea’ Jejah - demam panas yang boleh menyebabkan seseorang hilang ingatan dan
akhirnya gila.
2) Gelap Da-at - pening kuat dan pengsan bagi seseorang yang baru pulang dari laut.
3) Gelap Gu-un - sakit kepala yang biasa
4) Putih Anea’ - menyebabkan tubuh lelaki gatal dan perempuan hamil tumpah darah secara
mengejut.
5) Pulun - berjalan tanpa sedar semasa tidur

Nithya :
Baiklah, terima kasih puan kerana meluangkan masa anda bersama kami pada hari ini.
GAMBAR

]
REFLEKSI INDIVIDU
NAMA: NITHYA SRI NOMBOR MATRIK: 012020100081

Projek ini yang bertajuk "KOLOKIUM CULCIV" adalah mengenai warisan budaya dari
pelbagai tamadun awal Asia seperti tamadun Melayu, tamadun India dan tamadun Cina. Tujuan
utama kajian ini adalah untuk memberi kesedaran dan kefahaman mengenai warisan budaya
seperti artifak-artifak perubatan yang dikaji. Saya percaya projek ini telah membolehkan saya
menerokai warisan budaya dan peradaban Asia yang saya tidak mengendahkan sebelum
pelaksanaan projek ini.

Dua artifak yang telah dipilih oleh kumpulan saya dan termasuk dalam kajian ini adalah
Materia Medica dari Tamadun Cina dan Patung Dakan dari Tamadun Melayu Sarawak. Saya
telah memperoleh banyak ilmu daripada pelaksanaan projek ini seperti pengetahuan sejarah di
sebalik kedua-dua artifak ini. Materia Medica adalah sebuah buku yang dirujuk untuk
mendapatkan penawar yang dibuat oleh herba dan rawatan bagi penyakit pada zaman tamadun
awal sedangkan Patung Dakan adalah patung yang dikatakan dapat menghilangkan penyakit
sederhana daripada pesakit melalui tenaga positif yang mempengaruhi tubuh kita. Hari ini,
dapat dikatakan bahawa peranan Patung Dakan telah diambil alih oleh amalan perubatan
moden seperti perubatan oral atau intervensi psikologi sedangkan Materia Medica masih
mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang perubatan kerana memainkan peranan penting
dalam kajian farmasi dan perubatan tradisional Cina. Saya mengetahui bahawa artifak
peninggalan dari tamadun-tamadun awal asia ini memainkan peranan penting dalam perubatan
moden masa kini kerana artifak-artifak ini menjadi asas kepada perubatan moden masa kini.
Sebagai sebuah negara yang kaya dengan pelbagai warisan budaya saya percaya bahawa kita
mempunyai banyak warisan budaya untuk dipelajari, dikongsi dan dihayati. Saya percaya
bahawa warisan budaya adalah sesuatu yang amat berharga dan mesti dipelihara segala daya
untuk memastikan penghayatan warisan budaya tamadun awal tidak terhakis. Generasi kini
harus memikul tanggungjawab untuk memelihara dan menjaga artifak-artifak seperti yang dikaji.

Kajian ini turut dilakukan dalam sebuah kumpulan bersama rakan-rakan saya yang lain.
Melalui kajian berkumpulan yang dilaksanakan, saya dapat memahami kepentingan kerjasama
dan komunikasi. Melalui tugasan berkumpulan ini, kita terdorong menimba ilmu pengetahuan
sejarah dan warisan budaya yang amat luas, unik, penting dan harus dihayati.
Walaubagaimanapun, kita juga terpaksa mengatasi beberapa cabaran ketika pelaksanaan
kajian ini seperti kekurangan sumber ilmu sejarah oleh sebab pandemik yang berlangsung.
Selain itu, kita juga menghadapi kesukaran berkomunikasi dengan pihak-pihak yang
mempunyai artifak asli yang dikaji oleh sebab Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan
sebagai usaha mengatasi pandemik Covid-19. Kesimpulannya, tugasan ini telah banyak
memberi impak yang positif kepada saya dan ahli kumpulan saya untuk memupuk, memelihara
serta menghayati lagi warisan budaya ini. Warisan budaya haruslah dipelihara oleh semua
pihak supaya generasi akan datang mempunyai peluang untuk menyanjung dan mengenali
warisan budaya kita.
NAMA: PRIYALAKSHMI MANIKAM NOMBOR MATRIK: 012020100086

Kajian tentang replika artifak ini memberikan pelbagai kebaikan kepada saya, cabaran
untuk saya mengatasi dan saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang artifak yang
kami pilih serta mempelajari warisan budaya di negara kita. Pada pandangan saya, artifak yang
kami pilih iaitu Materia Medica dan patung Dakan merangkumi pelbagai kepentingan dan
kegunaan kepada masyarakat hari ini. Misalnya, Materia Medica memberi sumbangan kepada
bidang perubatan khususnya dalam bidang Farmasi dan hal ini dikatakan demikian kerana,
buku materia medica mengandungi maklumat mengenai ubat-ubatan serta perubatan
homeopati yang masih digunakan sebagai rujukan dalam bidang Farmasi. Selain itu, patung
dakan dapat menyembuh simptom-simptom yang agak ringan seperti sakit kepala, demam
panas dan kegatalan akibat gigitan serangga pada masa dahulu. Oleh kerana Malaysia
merupakan negara yang maju dalam bidang perubatan, kegunaan patung Dakan digantikan
dengan cara perubatan lain yang lebih canggih dan efektif. Seperti contoh, terdapat suntikan
dan pelbagai perubatan yang boleh menyembuh demam atau penyakit lain.
Walaubagaimanapun, kedua-dua artifak ini telah menyumbang kepada masyarakat negara dari
segi bidang perubatan sehingga hari ini dan tidak terlupa juga, Materia Medica masih lagi
digunakan di Malaysia oleh pelajar Farmasi untuk mempelajari perubatan secara terperinci.
Bertitik tolak daripada isi tersebut, buku ini juga boleh digunakan oleh orang ramai yang
mempunyai minat dalam bidang perubatan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Misalnya,
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) menyediakan Materia Medica sebagai salah satu
subjek yang boleh diambil oleh pelajar sana. Ini membuktikan artifak bersejarah bukan sahaja
memberi sumbangan malah ia boleh mempengaruhi negara untuk maju dalam bidang
perubatan.
Artifak- artifak ini perlu dipelihara kerana sesuatu benda peninggalan zaman
melambangakan warisan kebudayaan di negara kita. Warisan kebudayaan merupakan aset
utama bagi pembangunan negara Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana, warisan
kebudayaan yang diikuti secara turun temurun melambangkan identiti sesebuah negara.
Sebagai contoh, amalan tradisional pelbagai kaum misalnya pakaian tradisional atau makanan
tradisional mendedahkan orang ramai tentang sifat majmuk masyarakat kita. Di samping itu,
warisan budaya harus dikekalkan agar kita dapat mengenal asal usul keluarga dan masyarakat
kita dan warisan budaya perlu dimartabatkan supaya generasi akan datang akan mengetahui
dan mengenali asal usul mereka. Bukan itu sahaja, warisan kebudayaan di Malaysia juga
penting dalam memupuk perpaduan negara yang terdiri dari pelbagai bangsa. Jadi, saya
menekankan bahawa warisan budaya harus dipelihara bagi menjamin kehidupan yang harmoni
antara pelbagai bangsa di Malaysia.

Melalui kajian ini, saya juga dapat meningkatkan kemahiran bekerja dalam kumpulan.
Apabila kita bekerja dalam kumpulan, kita dapat memupuk nilai bekerjasama dan saling
membantu antara satu sama lain dalam motif menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu,
tugasan secara berkumpulan mengurangkan beban seseorang individu kerana kita dapat
mengagihkan kerja yang ada secara sama rata kepada semua ahli kumpulan bak kata pepatah
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Misalnya, ketua kumpulan saya telah mengagihkan
tugas kepada semua ahli kumpulan lain secara adil. Kumpulan saya juga telah mengadakan
perjumpaan efektif melalui zoom untuk membincang tentang kajian ini. Cadangan dan
penambahbaikan bagi tugasan akan datang adalah untuk menyediakan sumber rujukan yang
lebih tepat dan berpatutan. Hal ini kerana, terdapat sedikit kesulitan dalam mencari sumber
rujukan dari internet seperti rujukan disekat atau perlu membuat bayaran untuk menggunakan
sesebuah jurnal. Bukan itu sahaja, disebabkan kelas perlu dilaksanakan secara online,
kumpulan saya tidak mendapat masa atau situasi yang menyokong kita untuk mengadakan
mesyuarat secara berdepanan dengan ahli kumpulan lain. Jadi, kami terpaksa menjalankan
kajian ini secara online yang menjadikan agar sukar bagi saya. Saya harap kajian yang kita
jalankan pada masa akan datang tidak akan dilangsungkan secara online agar semua ahli
kumpulan boleh berkomunikasi lebih baik antara satu sama lain. Konklusinya, kajian replika
artifak memberikan impak yang positif kepada diri saya dan semua artifak perlu dipelihara bagi
memartabatkan warisan budaya negara kita sebelum ditelan zaman.
NAMA: RAOUL DILLON NOMBOR MATRIK: 012020100159

Warisan adalah sesuatu yang diterima secara turun-temurun oleh seseorang atau
sesuatu kelompok masyarakat daripada generasi yang terdahulu. Ianya menggambarkan
keseluruhan kehidupan sesuatu bangsa yang melambangkan ketamadunnya.
Artifak pertama yang dibentangkan adalah Materna Medica Cina. Bahan botani,
mineral, dan zoologi yang digunakan oleh perubatan tradisional Cina sebagai bahan utama
untuk mencegah dan merawat penyakit dirujuk sebagai cina materia. Dengan perederan masa,
orang ramai jarang mengamalkan atau menggunakan perubatan tradisional Cina, kerana
generasi sekarang lebih percaya kepada perubatan dunia barat. Perkara ini amat sedih,
memikirkan orang Cina sendiri, terutamanya yang bergerak jauh dari budaya mereka. Pada
pendapat saya, untuk memelihara keunikan perubatan tradisional Cina daripada ditelan zaman,
kita harus menjaga kualiti buku ini sebaik mungkin.Suatu lagi alasan kukuh bagi memelihara
buku ini adalah ia mengandungi maklumat berharga dalam dunia perubatan.Beberapa
pengetahuan asas dalam perubatan barat yang diamalakan hari ini telah berasal dari
kandungan buku Materia Medica.
Artifak kedua yang dibentangkan adalah Patung Dakan.Kumpulan Melanau memegang
idea bahawa jika sesuatu penawar gagal untuk menyembuhkan penyakit, penyakit ini
disebabkan oleh makhluk halus atau kuasa yang tidak diketahui.Penyakit dirawat dengan
a-bayoh hanya apabila semua pilihan lain telah gagal atau tidak ada pilihan lain. Pada masa
kini patung Dakan jarang digunakan dan kitalah yang harus memeliharanya. Ini kerana artifak
tradisional ini telah menyelamatkan orang tanpa menggunakan perubatan modern. Di samping
itu, dengan memelihara Patung Dakan kita dapat memelihara tradisi masyarakat Melanau.
Dalam tugasan ini, setiap orang dalam kumpulan saya telah memainkan peranan
penting dan bekerjasama seperti berat sama dipikul, ringan sama dijinjing untuk menyelesaikan
tugasan ini dengan lancar dan hantarnya tepat pada masa yang ditetapkan. Sumbangan saya
dalam menyelesaikan tugasan ini adalah untuk menghasilkan replika patung Dakan daripada
tanah liat. Pembuatan patung Dakan dari tanah liat adalah agak sukar namun dengan bantuan
rakan sepasukan saya, kami dapat menghasilkan patung Dakan yang lebih kurang menyerupai
patung Dakan yang sebenar .Selain itu, saya juga telah membantu pasukan saya untuk
membuat replika buku Materia Medica . Kedua-dua artifak itu dibuat dan disiapkan pada hari
yang sama dan ia hampir memakan masa sepanjang hari.
Kesimpulannya, kedua-dua artifak ini telah dicipta untuk tujuan yang tertentu oleh
nenek moyang kita tetapi mereka ini perlahan-lahan dilupakan akibat perkembangan teknologi
moden.Tambahan pula, dunia perubatan berkembang pesat setiap hari. Untuk mengekalkan
nilai artifak purba ini kita haruslah sentiasa menggunakan dan menghayati mereka.Sebagai
contoh, nilai, asal usul, tujuan dan kegunaan sesebuah artifak perlu diajar sejak kecil supaya,
generasi akan datang dapat menghargai kehadiran dan nilai mereka. Generasi semasa pula
perlu meneruskan penggunaan artifak ini dengan kerap. Apabila generasi kini terus
menggunakan artifak, generasi baharu yang akan datang akan lebih cenderung untuk
menggunakannya dan menjadikan artifak tersebut sebagai salah satu amalan dalam kehidupan
seharian.
NAMA: SATISH A/L MOHAN NOMBOR MATRIK: 012020100129

Kajian KOLOKIUM CULCIV ini, iaitu tentang warisan budaya, telah banyak memberi manfaat
kepada saya dari segi ilmu pengetahuan tentang artifak yang kumpulan kami pilih serta
kesedaran akan kepentingan warisan budaya di negara kita. Artifak yang telah kami pilih ialah
“Materia Medica” dari tamadun Cina dan “patung Dakan” dari tamadun Islam. Bak kata pepatah,
“tak kenal maka tak cinta” sangat sesuai untuk menggambarkan pengalaman saya sepanjang
kajian ini. Pada pendapat saya, warisan budaya merupakan salah satu lambang kecemerlangan
dan keunggulan sesebuah negara. Dalam perspektif tersebut, negara kita boleh digelarkan
sebagai sebuah negara yang kaya dengan warisan budaya daripada pelbagai tamadun.
Berdasarkan artifak yang kumpulan kami kaji, saya berpendapat bahawa artifak Materia
medica, iaitu dari tamadun China, telah memain peranan yang amat penting dalam
perkembangan bidang perubatan dan kedoktoran di negara kita mahupun luar negara. Materia
Medica merupakan sebuah ensiklopedia yang mengandungi perincian mengenai ubat-ubatan
homeopati dan cara penggunaannya untuk pelbagai penyakit. Pada hari ini, pelbagai syarikat
farmasi sedang menghasilkan ubat-ubatan yang baharu berdasarkan ilmu daripada Materia
medica. Seterusnya, artifak kedua ialah patung Dakan, iaitu dari tamadun Islam, juga telah
menyumbang kepada masyarakat dengan merawat kesakitan ringan seperti sakit kepala,
demam panas dan kegatalan akibat gigitan serangga. Rawatan ini lebih berdasarkan konsep
tenaga positif dan negatif yang boleh mempengaruhi kesihatan badan kita. Pada zaman yang
berteknologi ini, kegunaan patung Dakan telah digantikan dengan ubat-ubat yang lebih efektif
tetapi pengaruhnya masih wujud, khususnya dalam rawatan psikologi. Terasnya, kita sebagai
generasi kini patutlah menanggung tanggungjawab masing-masing untuk memelihara dan
menjaga artifak-artifak sebegini. Hal ini demikian kerana, ramai orang sekarang berpendapat
bahawa kecemerlangan sesebuah negara hanya berdasarkan status ekonomi negara tersebut
di persada dunia. Pendapat ini mesti ditumbangkan dalam kalangan masyarakat kerana kita
sebagai umat manusia haruslah menghargai jasa bibit-buwit kita yang banyak berkorban demi
keharmonian kita. Warisan budaya yang ditinggalkan oleh pelbagai tamadun purba di tanah air
kita membuktikan bahawa sifat majmuk masyarakat sudahpun diamalkan secara turun-temurun.
Bukan itu sahaja, kajian ini juga telah memberi peluang kepada saya untuk bekerja dalam
kumpulan. Melalui kerja kumpulan ini, saya telah banyak sedar akan kekuatan kita apabila
berusaha bersama-sama. Kerja kumpulan juga telah memupuk keyakinan yang tinggi dalam diri
saya. Cadangan dan penambahbaikan bagi tugasan akan datang adalah untuk menyediakan
sumber rujukan yang lebih senang diakses serta tepat. Hal ini demikian kerana, kumpulan saya
mengalami sedikit kesukaran dalam mencari rujukan disebabkan kebanyakan jurnal dan artikel
di internet perlu membuat bayaran untuk diakses oleh orang luar. Akhirnya, kajian bertema
warisan budaya ini telah memberi kesan positif kepada diri saya dan memupuk semangat
memartabatkan warisan budaya dalam hati saya. Tugas memelihara dan memartabatkan
warisan budaya bukanlah tanggungjawab seorang tetapi setiap warganegara.
NAMA: SERENA SHANTINI A/P RICHARD IRUTHIAM NOMBOR MATRIK: 012020100011

Sebagai seorang individu yang lahir dan dibesarkan seluruh hidupnya di tanah yang
bersejarah dan berbilang bangsa ini,Warisan budaya sudah semesti bukan satu perkara yang
asing. Apakah warisan budaya? Menurut wikipedia warisan budaya merupakan peninggalan
artifak fizikal dan ciri tidak ketara sebuah kelompok yang diwarisi daripada generasi terdahulu,
dikekalkan pada masa kini serta dipelihara untuk generasi akan datang. Artifak juga termasuk
dalam kategori warisan budaya ini. Dalam laporan ini kita telah berbincang dengan mendalam
tentang dua artifak penting iaitu Patung dakan dan Materia Medica. Patung Dakan menarik
perhatian diri apabila kajian ini dilakukan. Hal ini kerana patung ini merupakan warisan budaya
bangga Sarawak. Namun begitu saya telah mendapat tahu bahawa warisan ini semakin hari
semakin dilupakan dan ditelan zaman.

Patung dakan diperbuat daripada dahan rumbia. Patung ini digunakan sebagai media
untuk memindahkan penyakit yang dialami oleh si pesakit adalah antara kaedah rawatan
tradisional kaum Melanau dahulu kala. Dengan ini kita boleh tahu bahawa impak patung ini
kepada masyarakat Sarawak adalah amat besar. Patung ini unik kerana bukan semua yang
boleh mengukur nya,hanya orang orang tertentu dengan “titah” atau diperturunkan di dalam
mimpi boleh mengukur nya.Ketika proses pengukiran dakan itu berlangsung, ‘a bayoh’ akan
turut membaca jampi dan mantera yang tertentu. Setiap jampi serapah dan mantera yang
digunakan untuk proses ini berbeza mengikut jenis dakan atau belum yang digunakan. Saya
dapat melihat bahawa walaupun artifak ini diberi nama”patung”,di kalangan masyarakat artifak
ini amat dihormati dan dilihat sebagai sesuatu yang amat berkuasa.

Artifak kedua yang telah dikaji oleh kami ialah Material Medica(Pen Tsoao Kang Mu). Karya
ini juga diterjemahkan dalam bahasa asing dan cukup berpengaruh di negara-negara Asia
Timur dan Eropah. Konsep Karya ini dengan ringkasnya ialah cara perawatan penyakit
menerusi rawatan secara pemberian bahan-bahan seperti herba dan bahan galian.
Sehubungan dengan ini orang Cina membuat beberapa kajian tentang aspek tumbuhan.
Mereka berjaya menemui alkaloid dalam efendia(sejenis sayur) bagi mengubati penyakit asma
atau lelah. Iodin dalam rumput laut bagi mengubati penyakit beguk dan sebagainya

Menurut kajian ini saya telah tahu bahawa artifak memberi banyak impak dan amat penting
di kalangan masyarakat dulu mahupun kini. Patung Dakan budaya Sarawak telah disanjung
tinggi dan secara tidak langsung masyarakat telah bersatu padu dan lebih rapat melalui
perkongsian kepercayaan yang sama. Selain itu,artifak ini merupakan bukit cara hidup etnik
melanau yang menghormati alam sekitar dan bumi. Mereka menggunakan hadiah alam dengan
sepenuhnya. Pada pendapat saya,sifat ini perlu diambil sebagai contoh oleh generasi kini yang
semakin terperangkap dalam alam teknologi dan tidak mempunyai masa bagi menghargai alam
semula jadi. Selain itu,dalam pandangan saya sumbangan artifak Material Medica juga amat
besar. Karya ini menunjukkan kepentingan alam semula jadi dan bumi yang mampu menjadi
sumber perubatan kepada manusia. Melalui ini masyarakat telah menerapkan nilai bagi lebih
menghargai bumi dan alam semua jadi dan tidak mengambil muda hadiah besar ini.

Sebagaimana kita tahu artifak merupakan warisan budaya yang penting sehingga hari
kini. Warisan budaya amat penting terutamanya di Malaysia kerana ia melambangkan identiti
sesebuah negara atau tamadun. Sifat majmuk dan keharmonian masyarakat dulu boleh diambil
contoh oleh masyarakat kini. Selain itu,membantu dalam mengekalkan kesinambungan
tamadun. Melalui budaya tradisional kita mengetahui asal usul dan tidak lupa daratan.
Mengambil kehidupan masyarakat dulu sebagai iktibar.Seterusnya,Warisan budaya turut
menarik minat pelancongan luar. Keunikan budaya kita dapat membantu menjana ekonomi
negara dengan saluran duit luar melalui pelancong. Pelancong banyak melawat kerana ingin
mendekati corak kehidupan dan kebudayaan kita.

Kajian artifak ini telah berjaya dihasilkan dengan kerjasama kumpulan.Pada pandangan
saya,tanpa kerja kumpulan hasil kerja ini sudah semestinya tidak sempurna.Saya amat
menghargai semua ahli kumpulan saya dan setiap ahli telah memikul beban dan berganding
bahu membuat kajian ini.Ketua memainkan peranan yang amat besar dan telah memastikan
semua individu faham atas pembahagian tugasan mereka..Dalam kajian yang akan dilakukan
masa depan,Saya berharap sikap ini boleh diteruskan.Saya berharap di masa depan kita dapat
mencari lebih banyak sumber dan jurnal untuk rujukan .Selain itu saya berharap kita dapat
berkomunikasi dengan lebih baik antara satu sama lain.
NAMA: SHARMINI A/P KULANTHAIVEL NOMBOR MATRIK: 012020100090

Pada pandangan saya, kepentingan artifak buku Materia Medica dan Patung Dakan ialah
dapat memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memupuk perubatan tradisional.Justeru,
kajian artifak ini mengenai Warisan Budaya menjadi salah satu langkah untuk memupuk
perubatan tradisional yang semakin lama hilang ditelan zaman. Keadaan sebegini tidak
sewajar-lah dilakukan kerana tanpa penggunaan tradisional, maka tiadalah perubatan moden
pada zaman ini. Di samping itu,kaedah perubatan tradisional seperti yang dijelaskan dalam
buku Materia Medica ialah selamat dan lebih baik digunakan.Hal ini demikian kerana ubat-ubat
ini yang dibuat daripada tumbuh-tumbuhan herba biasanya kaya dengan nutrien dan bersifat
semula jadi.Di samping itu, ubat yang dihasilkan daripada kaedah tradisional ini bebas daripada
bahan-bahan kimia berbahaya yang mampu membawa kesan sampingan.Selain daripada itu,
kos perubatan tradisional yang menggunakan herba adalah lebih murah jika berbanding dengan
ubat moden secara klinikal. Contohnya, tumbuh - tumbuhan herba biasanya boleh diperoleh
secara mudah. Sebagai contoh, daun belimbing buluh yang biasanya dapat diperoleh di
kawasan rumah dapat merawat pesakit darah tinggi.Begitu juga dengan pelbagai lagi
tumbuh-tumbuhan herba di sekeliling kita mampu menjadi ubat tradisional. Maka jelaslah,
bahawa ubat tradisional dapat menjimatkan kos kehidupan kita sekaligus mempunyai manfaat
kesihatan. Warisan budaya perlu dikekalkan supaya generasi akan datang dapat mengenalkan
dan mewariskan budaya kita. Hal ini demikian kerana budaya tradisional yang dikekalkan dalam
setiap kaum melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Di samping itu, ialah untuk
membentuk sikap jati diri bangsa Malaysia. Dengan mengekalkan warisan budaya, kita dapat
mengetahui dan memahami asal usul kita tentang budaya tradisional.Keadaan ini dapat
memberi kesedaran kepada masyarakat tentang budaya tradisional. Pada pendapat saya,
aktiviti berkumpulan dapat membantu saya meningkatkan pengetahuan.Sebagai contoh, ahli
kumpulan dapat berbincang, memberi dan menerima pelbagai jenis pendapat serta idea baharu
yang dapat menambah ilmu pengetahuan.Selain itu, dapat meningkatkan pemahaman terhadap
sesuatu topik. Contohnya, rakan-rakan dalam kumpulan dapat mengajar dan menerangkan
sesuatu topik sekiranya rakan lain tidak memahaminya. Cadangan saya ialah untuk
meningkatkan tempoh pembelajaran tentang warisan budaya sekurang-kurang 2 hari dalam
seminggu supaya dapat memahami dengan lebih lanjut. Selain daripada itu,ialah
memperkenalkan lebih banyak aktiviti kursus berkaitan dengan warisan budaya.Hal ini demikian
kerana, seseorang individu dapat memahami dan mendapat lebih banyak ilmu melalui kajian
yang mendalam terhadap sesuatu topik.
NAMA: SHARMITA A/P KULANTHAIVEL NOMBOR MATRIK: 012020100091
Pada pandangan saya, artifak perubatan yang telah kami pilih iaitu Materia Medica dan Patung
Dakan yang mempunyai pelbagai kegunaan. Salah satu kepentingan artifak Materia Medica
ialah dapat memperoleh pengetahuan tentang sifat terapeutik herba serta dapat mengetahui
tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk menyembuh sesuatu penyakit. Jadi, artifak ini
memanfaatkan masyarakat untuk meneroka pengetahuan tradisional dalam bidang perubatan.
Kepentingan seterusnya ialah memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mengenal pasti
fungsi flora dan tanaman berkhasiat sebagai sumber perubatan tradisional untuk merawat
masalah kesihatan. Di samping itu, artifak Dakan yang telah kami kaji memberi kesedaran
kepada kita bahawa kepercayaan, adat dan agama masyarakat pada zaman dahulu
memainkan peranan yang penting dalam bidang perubatan tradisional yang diamalkan.
Contohnya, kemampuan mengukir patung Dakan oleh pakar dalam bidang tersebut akan
diturunkan secara ajaib dalam mimpi. Oleh itu, kajian tentang artifak ini menyedarkan kami
kepentingan untuk mengetahui kepercayaan dan adat yang diwarisi secara turun-temurun
dalam bidang perubatan tradisional. Warisan ialah sesuatu yang dikekalkan secara
turun-temurun serta diamalkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya dan budaya
merupakan kehidupan majmuk masyarakat berbilang kaum. Sehubungan dengan itu, artifak,
perubatan tradisional dan alam semula jadi merupakan antara warisan negara kita yang sedang
dikekalkan daripada tamadun pada zaman sejarah awal sehingga hari ini. Jadi, warisan budaya
perlu dikekalkan kerana ia merupakan jati diri bangsa dan identiti masyarakat Malaysia. Oleh
hal demikian, usaha daripada pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta sumbangan
setiap individu amat penting bagi mengekalkan warisan budaya negara kita. Hal ini demikian
kerana, ia dapat memupuk kesedaran masyarakat terhadap kekayaan warisan sejarah, budaya
dan kepercayaan pelbagai kaum serta sumber alam semula jadi di negara ini. Pada pandangan
saya, kerja berkumpulan merupakan satu strategik yang baik dan efektif, di mana semua ahli
kumpulan yang mempunyai satu matlamat yang sama dapat bekerjasama untuk melaksanakan
sesuatu tugas yang diberi dengan sempurna dalam suasana yang harmonis. Sehubungan
dengan itu, kerja secara berkumpulan dapat mengurangkan beban kerja dengan mengagihkan
tugasan bersama ahli kumpulan. Selain itu, kita juga dapat memperoleh pelbagai idea dan
pendapat untuk menyelesaikan tugasan. Oleh itu, saya berasa syukur kerana mendapat
peluang untuk menyelesaikan kajian ini bersama ahli kumpulan saya secara sempurna.
Cadangan saya ialah untuk melakukan penyelidikan yang lebih mendalam sebelum memilih
artifak yang ingin dikaji untuk mengelakkan kesusahan untuk mencari maklumat.
NAMA: SOMESVAREN A/L SIVANATHAN NOMBOR MATRIK: 012020040061
Kerancakan pembangunan ekonomi negara telah memesatkan kadar pertumbuhan
kewujudan teknologi-teknologi yang baru. Pembangunan gajet dan teknologi bertambah saban
hari seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Rentetan itu,timbulnya polemik untuk melupakan
artifak-artifak yang mempunyai nilai sejarah yang sungguh berharga. Hal ini kerana artifak
tersebut telah lama tidak berfungsi dengan baik atau bukan dalam trend-trend baru.Oleh
itu,saya amat berterima kasih atas kesempatan untuk membuat kajian tentang artifak-artifak
masa lampau dalam negara kita. Antaranya ialah Patung Dakan. Dakan merupakan patung
yang diperbuat daripada bahan rumbia.Patung ini digunakan untuk mengubati pelbagai jenis
penyakit.Seseorang yang mahir dalam bidang Dakan selalunya diperturunkan secara ajaib
melalui mimpi. Yang kedua pula ialah Materia Medica. Materia Medica merupakan buku sumber
rujukan yang digunakan pada zaman Cina. Buku itu mengandungi 365 ubat dan 252 adalah
merupakan herba. Buku itu merupakan asas kepada kebanyakan perubatan herbal yang
diamalkan pada zaman ini.

Pada hemat saya,pengekalan warisan budaya di Malaysia adalah penting sebagai


identiti negara kita. Artifak-artifak dibuat berdasarkan pengaruh dan ciri-ciri pemerintahan waktu
dahulu.Hanya di Malaysia kita boleh melihat artifak-artifak yang bercirikan pelbagai jenis
budaya. Selain itu, warisan budaya Malaysia perlu dikekalkan supaya menjadi sumber
penyelidikan dan Pendidikan. Pelbagai ilmu yang dapat dipelajari dengan memahami dan
mengkaji artifak lama. Artifak-artifak ini sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri dan
langkah pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan warisan budaya adalah penting untuk
dikekalkan. Dalam masa yang sama,pengekalan warisan budaya ini dapat menjadi produk
pelancongan utama negara. Alangkah baiknya sekiranya kita melaburkan dana ke arah
pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan,artifak dan monumen bersejarah daripada
memusnahkan habitat flora dan fauna dalam membina kawasan pelancongan baharu yang
bakal memberi padah di masa hadapan.

Pada pandangan saya, kerja berkumpulan merupakan satu konsep yang dianggap
unsur terpenting dalam kebudayaan masyarakat kita sejak dahulu. Semua pihak memahami
kepentingan amalan ini diamalkan. Amalan yang sudah begitu lama tertanam dalam naluri
masyarakat kita ini membawa pelbagai unsur-unsur positif dalam kumpulan kita. Antaranya
ialah wujudnya semangat positif antara ahli kumpulan terutama untuk memastikan tugasan ini
mampu dilaksanakan dengan berkesan dan sebaiknya. Walaupun tugasan yang diberikan tidak
mudah dan berat kerjanya, kumpulan saya mampu menyelesaikan dengan begitu baik sekali
kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Kalau tahap perpaduan antara ahli begitu tinggi
sudah pasti semua ahlinya memahami satu sama lain dengan mendalam. Ini memudahkan
urusan-urusan semasa perjumpaan dan tidak berlakunya konflik sesama lain.
Sesungguhnya,kerja berkumpulan ini menjadikan projek ini tidak susah dan membolehkan
semua pihak menikmati keselesaan semasa projek ini dibuat.

Antara cadangan dalam pandangan saya ialah kajian ini boleh disesuaikan dengan
keadaan semasa iaitu PKP. Sebenarnya,ramai anggota dan badan yang kumpulan kami ingin
berjumpa tidak berlaku kerana PKP. Walau bagaimanapun,kerana ahli kumpulan yang
berdedikasi,kami telah melakukan projek ini dengan bagusnya.
NAMA: TEIVASRI A/P DEVENDERAN NOMBOR MATRIK: 012020100038

Saya Teivasri a/p Devenderan bersama ahli kumpulan lain dari kumpulan Bunga Api
Teratai telah membuat kajian mengenai dua warisan negara iaitu Patung Dakan dan Materia
Medica. Melalui hasil kajian saya, kedua-dua warisan negara tersebut telah diamalkan oleh
masyarakat purba.
Patung Dakan merupakan warisan negara yang diamalkan oleh kaum Melanau Dalat
dan Dakan untuk tujuan perubatan dan mengubati pelbagai jenis penyakit. Setiap patung dakan
mempunyai corak dan ukiran yang berbeza mengikut peranan sendiri. Patung Dakan diperbuat
daripada dahan pokok rumbia dan diukir menggunakan Pisau Kayan.Upacara Bayoh digunakan
untuk mengenal pasti penyakit yang dihadapi. Dahan rumbia akan diukir bermula daripada
mengukir bahagian badan patung dan barulah mata patung akan diukir. Selepas patung diukir,
pesakit akan duduk dan patung dakan akan disimpan di atas kepala pesakit dan air disiram di
atas patung tersebut ke pesakit yang duduk. Jampi digunakan semasa membuat patung
tersebut. Selepas berubat pesakit, patung dakan tersebut akan dihanyutkan ke sungai yang
jauh dari kawasan perumahan dan tidak boleh disimpan di dalam rumah. Selain daripada itu,
patung yang dibuang tidak boleh diambil dan jika ditemui atau mengganggu patung tersebut,
nescaya akan meninggal dunia.
Manual Cina materia Medica yang paling awal, Shennong Bencao Jing telah diterbitkan
pada abad ke-1 Masihi semasa dinasti Han, yang dikaitkan dengan mitos Shennong. Karya ini
mempunyai sekitar 365 ubat, 252 daripadanya adalah ramuan herba. Materia Medica adalah
istilah dalam Bahasa Latin yang diambil dari Sejarah Farmasi mengenai pengetahuan tentang
kesan terapeutik yang terjadi pada tubuh dari setiap zat yang digunakan untuk penyembuhan.
Istilah ini berasal dari judul sebuah karya Yunani kuno bernama Pedanius Dioscorides pada
abad ke-1 Masihi, "De materia medica" Istilah materia medica digunakan dari Zaman
Kegemilangan Roman hingga abad ke-20, tetapi sekarang dalam dunia perubatan secara
umum telah diganti dengan istilah Farmakologi. Namun istilah ini masih dipakai dalam "British
Medical Journal" dengan tajuk " Materia Non Medica"
Pada pendapat saya, warisan negara merupakan amalan yang penting dan perlu
dipelihara oleh masyarakat. Namun demikian, sesetengah warisan tidak dapat diamalkan
secara langsung dalam era moden ini disebabkan oleh perubahan dari segi pemikiran dan
penerimaan masyarakat. Warisan patung dakan tidak boleh diamalkan pada zaman modern ini
biarpun ia dapat mengubat pelbagai jenis penyakit. Hal ini kerana, ia mengandungi unsur mitos
dan unsur jampi yang membahayakan nyawa seseorang. Selain itu, dalam era moden ini,
kebanyakan masyarakat lebih bergantung pada perubatan modern. Materia Medica merupakan
warisan yang perlu diamalkan. Hal ini kerana, sebarang ilmu yang tertera dalam buku tersebut
boleh dijadikan sebagai bahan rujukan. Selain itu, warisan tersebut merupakan asas kepada
bidang perubatan yang bukan sahaja diamalkan di negara kita, malah diamalkan hampir
seluruh dunia.
Mesyuarat dilakukan secara dalam talian melalui google meet. Oleh itu, kami
menghadapi beberapa masalah dengan sambungan internet yang memperpanjang masa
perbincangan kami. Selain itu, ada di antara kita yang tidak kenal satu sama lain yang
menjadikannya agak sukar untuk mengadakan perbincangan yang sangat produktif kerana
sebilangan daripada kita sangat ragu-ragu untuk menyuarakan pendapat kita. Kami dapat
mengatasi konflik ini dengan kebanyakan berbual kerana semua orang kelihatan lebih selesa
untuk memberikan idea melalui cara itu. Kami berjaya mengumpulkan semua mata yang
diperlukan kerana menyumbang jumlah mata yang sama
Kami berkomunikasi dengan berkesan. Kami mempunyai ketua pasukan yang
menunjukkan kemahiran kepimpinan yang baik dalam membantu kumpulan. Dia membantu
membuat kumpulan menjadi interaktif dan menetapkan tugas yang sesuai untuk satu sama lain.
Kami juga berjaya membahagikan tugas dengan sama rata antara kami yang menjadikan
perbincangan kami berjalan lancar
NAMA: VAISSHANAVY REDDY A/P SUBRAMANIAM NOMBOR MATRIK: 012020100004

Pada pendapat saya warisan budaya adalah ciri tidak ketara atau peninggalan artifak
fizikal oleh sesebuah masyarakat atau kelompok yang diwarisi secara turun-temurun,
dikekalkan dan dipelihara sehingga masa kini agar manfaat artifak tersebut dapat dinikmati oleh
generasi yang akan datang. Warisan budaya juga harus dipelihara kerana ia mencerminkan dan
melambangkan identiti sesebuah bangsa dan negara. Antara warisan budaya penting yang
harus dipelihara adalah Materna Medica daripada Dinasti Ming. Hal ini kerana buku ini memberi
penjelasan mengenai 1892 dadah dan cara-cara menyediakan 11,000 preskripsi perubatan
untuk pelbagai perubatan. Jilid 1-4 buku ini mengandungi senarai ramuan lengkap yang boleh
mengubati penyakit yang paling biasa manakala jilid 5 hingga 53 ada senarai ramuan sebanyak
1892 untuk merawat penyakit biasa. Untuk setiap ramuan terdapat catatan pada nama
mereka,penerangan, bau , sifat, fungsi perubatan, kesan dan resipi. Saya sangat percaya buku
ini harus dipelihara kerana ia mengandungi banyak maklumat yang amat penting bagi
menyediakan perubatan tradisional. Walaupun saya sebagai pelajar MBBS saya yakin bahawa
perubatan tradisional berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan perubatan moden. Hal ini
kerana, ubat-ubatan tradisional ada potensi untuk menyembuhkan pelbagai penyakit yang
kronik yang kadang kala lambat disembuhkan atau tidak dapat disembuhkan dengan perubatan
moden. Contohnya , ramai yang mempercayai dan gemar menjalani perubatan akupuntur yang
terkandung dalam materia medica. Pengamal akupuntur dan pesakit percaya bahawa prosedur
ini menggalakkan aliran tenaga yang penting melalui semua bidang tubuh. Penyelidik
berspekulasi bahawa akupuntur boleh membantu dalam pembebasan ubat penahan semula
jadi badan serta bahan kimia yang mengawal tekanan darah. Rawatan sebegini tidak
menyebabkan sebarang kesan sampingan dan tidak memakan masa yang lama untuk
pemulihan.
Lebih lebih lagi, maklumat perubatan yang terkandung dalam materia medica boleh
digunakan oleh para saintis, pakar perubatan, dan para penyelidik bagi tujuan penyelidikan
mereka untuk mencipta sesuatu ubat yang baru yang berkemungkinan besar boleh menjadi
penawar kepada pelbagai penyakit yang tiada belum ada sebarang ubat.
Seterusnya patung patung yang diperbuat oleh nenek moyang kita harus dipelihara.
Antara contohnya adalah patung dakan yang kerap digunakan oleh masyarakat Melanau.
Patung ini boleh digunakan sebagai medium untuk memindahkan penyakit yang dialami oleh si
pesakit kepada patung itu.Penggunaan patung ini lebih kepada kepercayaan animisme yang
melibatkan roh, makhluk halus dan kuasa ghaib. Ini melambangakan keunikan masyarakat
Melanau yang tidak dapat dijumpai di mana-mana negara mahupun suku kaum. Faktor ini boleh
menyumbang kepada tarikan pelancong dan menjana pendapatan negara melalui sektor
pelancongan.
Di samping itu, saya juga mempelajari bertapa pentingnya kerjasama antara ahli
kumpulan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Dalam kumpulan saya, saya secara sukarela
sudi berhubung dengan pihak Universiti Tunku Abdul Rahman yang mempunyai buku materia
medica di perpustakaan. Tambahan bila saya berurusan dengan Encik Tazudin Mohtar yang
merupakan pengaruh Jabatan Muzium Sarawak bagi mendapatkan maklumat mengenai patung
Dakan. Manakala, ahli-ahli kumpulan saya yang lain juga bertungkus-lumus membuat
penyelidikan yang perlu bagi menyiapkan tugasan ini tepat pada masa ya tanpa mengira siang
dan malam. Ini menjadi pembuka mata kepada saya bahawa semua orang dalam sesebuah
kumpulan perlu menjalin hubungan bagai aur dengan tebing untuk melaksanakan sesuatu
projek dengan jayanya.
Akhir sekali,budaya warisan seharusnya dikekalkan untuk mengelakkan warisan budaya
sesebuah bangsa mahupun negara pupus ditelan zaman. Ini kerana, budaya ini ialah warisan
yang diturunkan daripada nenek moyang kita yang patut dijaga sebaik mungkin agar dapat
diwarisi oleh generasi baharu yang akan datang. Semua pihak perlulah memainkan watak yang
penting dalam menjadikan dan menjaga warisan budaya sebagai satu identiti negara, kaum dan
maruah bangsa.
RUBRIK

You might also like