You are on page 1of 14

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ UNDANG HAJI ADNAN

KAJIAN KES SEJARAH


TINGKATAN 5
TAHUN 2021
BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU

NAMA :
KAD PENGENALAN :
TINGKATAN :

DIMENSI PENTAKSIRAN TAHAP PENGUASAAN SKOR


MENGUMPUL MAKLUMAT
MERANCANG
MENGAPLIKASI
MEMBUAT REFLEKSI
BERKOMUNIKASI
ETIKA DAN KEROHANIAN
KESELURUHAN

PERAKUAN MURID
Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan grafik dan
gambar rajah yang dinyatakan sumbernya.

Tandatangan: ………………………………………………

PERAKUAN GURU : PERAKUAN GKMP :

TANDATANGAN : ……………………………… TANDATANGAN :


………………………………….
TARIKH : TARIKH :
TEMA : MALAYSIA DAN MASA DEPAN
TAJUK 3 :
JADUAL KERJA

BIL TARIKH/ PERKARA T.TANGAN


HARI GURU
1. 28/8/2021 Menerima taklimat peringkat sekolah dari Ketua Panitia
Sabtu Sejarah menerusi Google Meet
2. 30/8/2021 Membina PERNYATAAN MASALAH yang sesuai
Isnin
3. 30/8/2021 Membuat PERSOALAN KAJIAN mengikut tajuk
Isnin
4. 13/9/2021 Mencari dan membuat KAJIAN LITERATUR melalui
pelbagai sumber sekurang-kurangnya 1 atau 2.
Isnin
5. 6/9/2021 Menentukan OBJEKTIF KAJIAN yang sesuai mengikut
tajuk sekurang-kurangnya 3 objektif
Isnin
6. 6/9/2021 Menentukan KAEDAH KAJIAN yang digunakan
sekurang-kurangnya 3 kaedah
Isnin
7. 8/9/2021 Melaksanakan LAPORAN KAJIAN dengan sumber yang
betul
Rabu
8. 13/9/2021 Membuat KESIMPULAN dan CADANGAN
Isnin
9. 13/9/2021 Membuat SUMBER RUJUKAN sekurang-kurangnya 3
sumber mengikut ‘Kaedah Kajian’
Isnin
10. 13/9/2021 LAMPIRAN
Isnin
1.0 PERNYATAAN MASALAH

Malaysia memperkenalkan dasar ekonomi


baharu (DEB) untuk meningkatkan taraf hidup
rakyat dan membangunkan ekonomi negara.
2.0 PERSOALAN KAJIAN

i.Latar Belakang

Bagaimanakah latar belakang DEB dilaksanakan?

II.(BUKTI)

Bagaimanakah pencapaian Dasar ekonomi baru (DEB) dari aspek sosial?

III.(NILAI)

Nilai yang diperolehi daripada kesan Dasar Ekonomi Baru (DEB)?

3.0 KAJIAN LITERATUR

Kajian Literatur 1

Berdasarkan tinjauan kajian lepas, terdapat beberapa kajian yang menyentuh mengenai tajuk
ini. Menurut kajian yang telah dibuat oleh Jack Parkinson dan Rais B.Saniman pada tahun
1990 dalam jurnalnya yang bertajuk DEB:Pertumbuhan dan ke Ketaksamarataan telah
menjelaskan tentang kelebihan dan kelemahan terhadap sektor ekonomi negara. Malah
rujukan ini menerangkan secara lengkap pelaksanaan DEB yang telah mengubah corak
ekonomi negara serta memastikan matlamat penyatuan semula rakyat bukanlah omongan
kosong.

Kajian literatur 2

Seterusnya,hasil kajian yang dimuatkan oleh Fong Chan Onn telah menulis jurnalnya yang
bertajuk Dinamo Ekonomi Baru : Struktur dan Peluang Pelaburan di Malaysia telah
menerangkan dengan terperinci mengenai matlamat DEB dengan memberi sedikit gambaran
tentang struktur pengeluaran hasil negara sebelum DEB diperkenalkan. Kesimpulannya
rujukan ini sangat membantu untuk melihat keadaan ekonomi negara sebelum dan selepas
DEB diperkenalkan.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN

A.Menghuraikan latar belakang pengasasan DEB. Jelaskan.

B.Menghuraikan pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dari aspek sosial. Jelaskan.

C.Menghuraikan nilai pelaksanaan dasar ekonomi baru. Jelaskan.


5.0 KAEDAH KAJIAN

1.Melayari internet
Melalui kajian ini,saya mencari maklumat mengenai pelaksanaan dan pembentukan (DEB)
dan (DPN) dengan melayari internet seperti . Saya telah mencari sumbernya melalui
https://isis.org.my . Kita boleh mendapatkan banyak maklumat dan fakta-fakta melaluinya
dalam pelbagai bahasa.

2.Buku teks
Kajian juga dilakukan dengan mencari maklumat melalui BUKU TEKS TINGKATAN 5
bab 8 muka surat 165 sehingga 187. Terdapat pelbagai maklumat mengenai membina
kemakmuran negara yang terdapat di dalam buku teks ini

3.Perpustakaan online
Membuat rujukan melalui perpustakaan online mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara
terperinci seperti di youtube dan aplikasi perpustakaan sejarah mengenai Dasar Ekonomi
Baru.

6.0 LAPORAN KAJIAN

PENDAHULUAN
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksankan dalam tempoh 20 tahun bermula pada tahun 1970
hingga tahun 1990 sebagai rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara.DEB
dilancarkan melalui rangka rancangan jangka panjang pertama (RPJP1) yang merangkumi
empat rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia,Dasar ini bertujuan memulihkan
ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum,antara wilayah dan antara
kawasan dalam wilayah yang sama
Objektif Pertama: Menghuraikan latar belakang pengasasan DEB.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan dalam tempoh 20 tahun bermula pada tahun 1970
hingga tahun 1990 sebagai rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara. DEB
dilaksanakan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) yang merangkumi
empat Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia. Dasar ini bertujuan memulihkan
ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum, antara wilayah dan antara
kawasan dalam wilayah yang sama.

Majlis Perundingan Negara ( MAPEN ) ditubuhkan pada bulan Januari 1970. MAPEN
dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat. MAPEN ditubuhkan untuk mengadakan garis
panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk identiti
kebangsaan dalam kalangan rakyat. Hasilnya, terbentuk satu dasar ekonomi negara yang
dikenali sabagai DEB. Beberapa pakar ekonomi dari dalam dan luar negara diamanahkan
untuk merancang dan merangka dasar berkenaan. Antara pakar yang terlibat termasuklah Dr.
Rais Saniman ( Malaysia ), Dr. Just Faaland ( Norway ) dan Dr. Jack R.Parkinson ( Britain ).

Objektif Kedua: Menghuraikan pencapaian Dasar Ekonomi Baru dari aspek sosial ( DEB )

Pencapaian sosial yang pertama yang dapat dilihat ialah dari penurunan kadar kemiskinan.
Kadar kemiskinan di Malaysia berjaya dikurangkan disebabkan usaha kerajaan yang
mempelbagaikan kegiatan ekonomi. Ia dapat membuka peluang pekerjaan dan menambah
pendapatan isi rumah yang melibatkan semua kaum. Pelaksanaan DEB menyebabkan kadar
kemiskinan penduduk dapat dikurangkan daripada 49.3 peratus pada 1970 kepada 17 .1
peratus pada tahun 1990

Pencapain seterusnya ialah, peningkatan kualiti hidup rakyat yang meningkat. Hal ini dapat
dilihat dari aspek kesihatan rakyat yang semakin baik. Begitu juga dari aspek pendidikan,
pemilikan barang keperluan asas dan penyediaan infrastruktur seperti hospital dan klinik
untuk keperluan rakyat. Kualiti hidup menunjukkan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran
negara semakin baik selepas tahun 1990.

Di samping itu, pembangunan pendidikan berlaku seiring dengan pembangunan ekonomi.


Pembangunan ekonomi memrlukan tenaga kerja mahir yang berpendidikan. Selepas tahun
1990, berlaku pertumbuhan institusi pendidikan di bawah kelolaan pihak kerajaan dan
swasta. Kebolehan dalam bidang ini amat diperlukan kerana permintaan yang tinggi dalam
bidang perindustrian dan k-ekonomi.

Akhir sekali, pencapaian DEB dapat dilihat melalui pengangkutan dan perhubungan yang
moden seperti jaringan sistem jalan raya, pengangkutan udara, kereta api dan pelabuhan yang
moden. Sistem pengangkutan juga memudahkan proses integrasi antara Semenanjung
Malaysia dengan Sarawak dan Sabah.

Objektif ketiga:Menghuraikan nilai pelaksanaan dasar ekonomi baru.

Nilai pelaksanaan dasar ekonomi baru dapat dillihat melalui penyatuan dan kerjasama antara
semua kaum utnuk mendapatkan kemudahan seperti pekerjaan. Kerajaan meluaskan lagi
peluang peluang pekerjaan bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.Hal ini dapat
dibuktikan apabila kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan tanpa terikat dengan
dasar ekonomi pecah dan perintah penjajah seperti kaum melayu diberi peluang luas untuk
menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan bidang bidang lain yang sebelum ini kaum
melayu terikat hanya dengan kegiatan pertanian sara diri di luar bandar.Begitu juga dengan
kaum lain seperti cina dan india untuk menguasai bidang ekonomi lain seperti bidang
perkhidmatan dan perindustrian.Kerajaan menggalakkan pernyataan semua kaum dalam
sektor sektor yang berpotensi tinggi dan daya pengeluaran yang tinggi seperti
perniagaan,perindustrian dan perkhidmatan. Hal ini bertujuan untuk membantu meningkatkan
lagi pembangunan ekonomi negara.
7.0 KESIMPULAN

Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru,memberikan pengalaman dan menjadi bukti bahawa


Malaysia mempunyai sejarah dan telah berjaya mengukuhkan asas ekonomi negara.

Selain itu,beberapa kejayaan dapat dilihat hasil daripada pelaksaan DEB seperti penurunan
kadar kemiskinan,peningkatan taraf pendidikan serta pengurangan jurang pendapatan antara
kaum yang akhirnya membawa kepada peningkatan taraf hidup rakyat secara
keseluruhannya.Namun masih terdapat beberapa kepincangan daripada pelaksaan DEB
ini.Oleh itu,penambahbaikan boleh dilakukan bagi memantapkan lagi kemajuan ekonomi
negara Malaysia terutamanya pada zaman pandemik kini.

Rakyat juga perlu mengambil iktibar daripada pelaksaan DEB ini kerana usaha memajukan
ekonomi negara bukan sahaja yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya,malah ianya
memerlukan perubahan sikap,tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.Usaha yang jitu
juga bakal diperlukan selepas Perintah kawalan Pergerakan berakhir bagi meningkatkan
kembali ekonomi negara.

8.0 CADANGAN

Cadangan yang perlu di buat oleh kerajaan adalah meningkatkan


9.0 RUJUKAN/BIBLIOGRAFI

Sumber internet

Pengseimbangan melalui dasar ekonomi baru di Malaysia https://www.isis.org.my/wp


content/uploads/2008/03/390_MAZ_Kompass_220907.pdf
03DASAR_EKONOMI_BARU
https://www.pmo.gov.my/dokumenatached/Dasar/03DASAR_EKONOMI_BARU.pdf
Looking back at Malaysia’s New Economic Plan. https://youtu.be/c0noyFCTc

Sumber Buku

Dr.Azharuddin bin Mohammad Dali,Dr Mohd bin Samsudin.2020. Buku Teks Sejarah
Tingkatan 5 KSSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mukhriz Mahathir,Khairy Jamaluddin (2004).Dasar Ekonomi Baru : Intipati.Taman Shamelin


Perkasa,Cheras,Kuala Lumpur.Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
https://books.google.com.my/books

Sumber Jurnal

Harzidatul ‘Aini Binti Bohari (2015), Dasar Ekonomi Baru : Kesan Sosioekonomi di Daerah
Manjung,Peral (1970-1990),Ijazah Sarjana Sastera,Universtiti Sains Malaysia
10.0 LAMPIRAN

You might also like