You are on page 1of 38

LIM YAN JUN 040217130030

AKTIVITI KEMASYARAKATAN YANG DAPAT MEMUPUK


SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN PENDUDUK DI PEKAN
KANOWIT

ABSTRAK

Kajian ini bertajuk ‘Aktiviti Kemasyarakatan yang Dapat Memupuk Semangat


Perpaduan Dalam Kalangan Penduduk di Pekan Kanowit. Objektif kajian adalah
untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dapat memupuk
semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di Pekan Kanowit dan mengkaji
kelebihan yang terdapat daripada aktiviti kemasyarakatan dalam kalangan
masyarakat di Pekan Kanowit.

Kawasan Pekan Pekan Kanowit dipilih sebagai lokasi kerana sekolah terletak di
sini. Kaedah kajian adalah melalui pemerhatian, soal selidik dan rujukan. Seramai
30 orang penduduk di daerah ini dilibatkan sebagai responden. Data kajian
berbentuk Skala Likert dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan
dipersembahkan ke bentuk grafik. Dapatan kajian menunjukkan sumber rujukan
yang banyak, sudut berinformasi dan suasana kondusif serta alat penghawa dingin,
sebagai faktor menarik pelajar ke perpustakaan. Dapatan juga menunjukkan faktor
pusat gedung ilmu, suasana tenang serta memanfaatkan masa sebagai faktor
kepentingan. Kesimpulannya, faktor dominan menarik pelajar ialah kepelbagaian
bahan bacaan dan faktor kepentingan dominan ialah pusat gedung ilmu, pelbagai
jenis bahan dan memanfaatkan masa lapang. Diharap perpustakaan ini dapat
dimanfaatkan semua pelajar.

1
LIM YAN JUN 040217130030

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA M/S


ABSTRAK 1
ISI KANDUNGAN 2
PENGHARGAAN 3
1.0 PENGENALAN 4
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 7
3.0 LOKASI KAJIAN 8
3.1 PETA NEGERI 8
3.2 PETA DAERAH 10
3.3 PETA LOKASI 11
4.0 METODOLOGI KAJIAN 18
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 23
6.0 RUMUSAN/KESIMPULAN 34
7.0 RUJUKAN/BIBLIOGRAFI 35
8.0 LAMPIRAN/BORANG SOAL SELIDIK 37

2
LIM YAN JUN 040217130030

PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir
Sekolah Menengah Kebangsaan khasnya Pengetua SMK Kanowit iaitu Encik Jarit
Anak Jarmit, Penolong Kanan Pentadbiran Encik Andrew Anak Atan dan
Penolong Kanan Tingkatan Enam Encik Lasu Anak Luta kerana sudi memberi
sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus pengajian
am ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada Cikgu Ariff bin Abdul Hamid sebagai guru pengajian
am saya. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar
dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada semua guru yang telah
memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang proses melakukan kerja
kursus ini. Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada
kedua-dua ibu saya yang sangat kasihi, iaitu Puan Chua Hie Choo yang telah
banyak berkorban untuk saya dari segi tenaga, dorongan serta dari segi kewangan
bagi memastikan kerja kursus ini berjalan dengan lancar.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya


kerana sudi membantu dan memberi nasihat sepanjang tempoh menyiapkan
kerja kursus pengajian am ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada
semua responden kerana telah memberi komitmen yang sangat baik semasa
menjawab soal selidik yang telah diedarkan oleh saya.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja
kursus saya.

3
LIM YAN JUN 040217130030

1.0 PENGENALAN

Dalam masyarakat yang berbilang kaum ini, semangat perpaduan telah menjadi
matlamat yang utama bagi kita mencapaikannya. Malah perpaduan juga diberi
nafas Baharu apabila pada 2020 telah diwujudkan Kementerian Perpaduan
Negara yang diterajui oleh Menteri Perpaduan Negara Yang Berhormat Datuk
Halimah Binti Mohamad Sadique seterusnya merangka Dasar Perpaduan
Negara dengan menyediakan Rangka Tindakan Pelan Perpaduan Negara 2023-
2030 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Dato’ Haji
Muhyiffin bin Haji Muhammad Yassin. Namun begitu, semangat perpaduan
masih menjadi isu yang perlu diusahakan dalam masyarakat negara kita ini.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2016) , perpaduan bermaksud keadaan
atau hal berpadu; persatuan. Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan
(1995) pula, perpaduan ialah percantuman, pertemuan, pertautan, pergabungan,
penyatuan, pergaulan, percampuran. Selain itu, menurut Kamus Melayu Global
(2006), perpaduan ditakrifkan sebagai perhubungan yang erat di antara kaum.

Menurut Hussein Haji Ahmad “Pengurusan Pembangunan Konsep Perpaduan


Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Satu Kajian Di Klang,
Selangor” dalam Jurnal Kepimpinan Pendidikan 2(4), 1-15, 2017, perpaduan
adalah penyatuan tenaga, pemikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam
penghambaan hubungan manusia yang kuat. Sementara itu, konsep perpaduan
merangkumi sikap, nilai norma dan proses kea rah Pembangunan semangat
patriotism untuk negara dan Masyarakat.

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu pula, perpaduan ialah penyatuan, dan


darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun

4
LIM YAN JUN 040217130030

kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang
mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi
ataupun sains kemasyarakatan. Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat
berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan
hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi
masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor
yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITTI),


Datuk Seri Mustapa Mohamad, agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan
kerana dengan Bersatu hati kita dapat membina sebuah negara yang aman
damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa mementingkan perpaduan dan negara
aman, politiknya tidak huru-hara, serta ekonomi yang baik dan dapat menarik
minat pelabur asing. Tambahan pula, Konsep 1 Malaysia yang berasaskan
prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” juga menerangkan
bahawa hubungan harmoni dan kerjasama antara pelbagai kaum merupakan
kunci atau senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran
supaya negara kita dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Rasional pengkaji memilih tajuk ini adalah kerana pengkaji ingin mengenal
pasti kelebihan yang dapat diperolehi penduduk apabila menjalankan aktivitik
kemasyarakatan dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
penduduk di sekitar Pekan Kanowit, Kanowit Sarawak. Selain itu, pengkaji
mendapati tiada lagi kajian yang dibuat berkenaan tajuk kajian yang dipilih
pengkaji menguatkan lagi niat pengkaji untuk mengkaji tajuk berkenaan.

5
LIM YAN JUN 040217130030

Tujuan ini adalah untuk mengetahui aktiviti kemasyarakatan yang dapat


memupuk semangat perpaduan. Kajian ini dijalankan dengan penuh
keprihatinan terhadap aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di Pekan
Kanowit, Kanowit, Sarawak. Diharapkan kajian ini dapat membuka minda
penduduk tentang kelebihan aktiviti kemasyarakatan dalam meningkatkan
semangat perpaduan antara kaum .

6
LIM YAN JUN 040217130030

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan kepada dua objektif iaitu:

1.1Mengenal pasti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dapat memupuk


semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat di Pekan Kanowit

1.2 Mengkaji kelebihan yang terdapat daripada aktiviti kemasyarakatan


dalam kalangan masyarakat di Pekan Kanowit.

7
LIM YAN JUN 040217130030

3.0 LOKASI KAJIAN


Kajian ini dilaksanakan di kawasan Pekan Kanowit di daerah Kanowit yang
terletak di Negeri Sarawak Sibu

3.1 Peta Negeri Sarawak

Peta 1: Peta Negeri Sarawak


Sumber: Google map
https://www.google.com/maps/place/%E7%A0%82%E6%8B
%89%E8%B6%8A/@2.9201462,109.9649759,7z/data=!3m1!4b1!4m6!3m5!
1s0x31f62a0f014b6e47:0xf25aa56ec5fe1300!8m2!3d2.5574285!4d113.0011989!
16zL20vMDZfejA

8
LIM YAN JUN 040217130030

Lokasi utama kajian yang dijalankan oleh pengkaji ialah di negeri Sarawak.
Sarawak (Jawi: ‫ )س))راوق‬dikenali juga Sarawak Bumi Kenyalang ( ‫)س))راوق ب))ومي کڽ))الڠ‬
merupakan wilayah yang terbesar di Malaysia. Sebelum pembentukan Persekutuan
Malaysia, Sarawak bebas dari kolonial British pada 22 Julai 1963.

Pada peringkat awalnya, Sarawak merupakan sebuah wilayah Borneo yang


bergabung bersama-sama Sabah (dahulu dikenali Borneo Utara), Singapura dan
Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Akibat
masalah ekonomi dan politik, idea penggabungan diterima oleh masyarakat
Sarawak. Sarawak memiliki kawasan yang terbesar di Malaysia. Sarawak, Labuan
dan Sabah dikenali sebagai Malaysia Timur.

Negeri ini terbahagi kepada 12 bahagian iaitu Miri, Bintulu, Kuching, Sibu, Sri
Aman, Limbang, Sarikei, Kapit, Samarahan, Mukah, Betong danSerian. Antara
bandar-bandar utama yang terdapat di negeri Sarawak adalah Kuching,Miri, Sibu,
Sarikei, Bintulu, Sri Aman dan Limbang. Sarawak dipisahkan denganSemenanjung
Malaysia sejauh 6000km oleh Laut China Selatan di sebelah barat dansempadan
dengan negeri Sabah di sebelah timur laut, Kesultanan Brunei di utara
danKalimantan, Indonesia di sebelah timur. Keluasan negeri Sarawak ialah 124,
450 km dan mempunyai bilangan penduduk sebanyak 702.7 ribu.

9
LIM YAN JUN 040217130030

3.2 Peta Daerah Kanowit

Peta 2 : Peta Daerah Kanowit, Sarawak

Sumber : Google Maps

https://www.google.com/maps/@2.2911094,111.9545533,8.95z/data=!5m1!1e4

Kanowit merupakan satu daerah kecil yang terletak di dalam Bahagian Sibu,
Sarawak, Malaysia dengan keluasan 2,253.5 km persegi. Jumlah penduduknya
28,600 orang (2002).Daerah kecil ini dapat dihubungkan dengan menggunakan
laluan air dan laluan darat dari Sibu menghala ke bahagian Kapit dan daerah Julau.
Perjalanan dari Sibu ke Kanowit mengambil masa 1 jam perjalanan. Kedudukan
Kanowit amat strategik kerana menjadi tempat persinggahan sementara bagi
pengguna laluan air sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan pedalaman
Sarawak.

10
LIM YAN JUN 040217130030

3.3 Peta Lokasi Pekan Kanowit

Peta 2 : Peta Pekan Kanowit

Sumber : Google Maps

https://www.google.com/maps/@2.1014592,112.1521189,16.42z

11
LIM YAN JUN 040217130030

3.3.1 Kubu Emma Kanowit

Foto 1
Kubu Emma merupakan sebuah tempat bersejarah yang paling utama dalam
Daerah Kanowit ini. Kubu Emma yang berusia lebih 160 tahun dijadikan sebagai
muzium warisan Kanowit. Kubu Emma antara lima kubu yang dibina pada era
kolonial yang kini menjalani proses pemuliharaan dan dinaik taraf di bawah
Rancangan Malaysia Ke-11. Kubu Emma kini berwajah baharu dengan projek
pemuliharaan yang menelan kos RM5 juta bermula Ogos 2018 dan siap pada tahun
2020 Februari .

12
LIM YAN JUN 040217130030

3.3.2 Tugu Piagam Kanowit

Foto 2
Terletak di dataran Fort Emma di Jalan Kubu (Berhadapan Majlis Daerah
Kanowit), ia telah dibuka secara rasmi pada 29 Oktober 2016. Tugu Pahlawan
dibina untuk mengenang jasa dan pengorbanan pengakap sempadan mereka, 5
askar rang batalion pertama dan satu Cawangan Khas Cina yang terbunuh di Lukut
pada tahun 1971 semasa pemberontakan komunis.

13
LIM YAN JUN 040217130030

3.3.2 Tokong Hock Ann Teng Kanowit

Foto 3
Tokong Hock Ann Teng merupakan sebuah tempat ibadat bagi orang Cina
tempatan yang menganut Taoisme. Ia terletak pada sebelah Sungai Rajang
Kanowit dan juga menjaga keamanan sungai ini . Empat Tuhan diibadatkan dalam
tokong ini iaitu Tuhan Guang Gong, Tuhan Tua Pek Kong ,Tuhan Wen Chang Di
Jun serta Tuhan Avalokitesvara.

14
LIM YAN JUN 040217130030

3.3.3 Masjid Ar-Rahman Kanowit

Foto 4
Masjid Al-Rahman yang menjadi tempat utama komuniti muslim di Kanowit
beribadat kepada Allah. Masjid ini terletak pada sebelah kampung Melayu dan
juga berhampiran dengan sungai Rajang. Komuniti Islam di Kanowit adalah kecil
dan ianya disokong oleh kumpulan guru-guru Melayu yang berasal dari
Semenanjung yang bertugas di sekolah-sekolah sekitarnya.

15
LIM YAN JUN 040217130030

3.3.4 Gereja Kanowit

Foto 5 : Gereja Katolik St. Francis Xavier, Kanowit

Foto 6 : Gereja Methodist IK Ong, Kanowit


Agama Kristian merupakan agama yang paling popular bagi penduduk tempatan
Daerah Kanowit sama ada bagi kaum Iban atau kaum Cina.

16
LIM YAN JUN 040217130030

Foto 7: Pekan Kanowit


Pekan Kanowit merupakan tempat kajian yang bertujuan untuk melalukan kajian.
Pekan Kanowit ialah tempat perniagaan yang paling utama bagi penduduk
tempatan malakukan aktiviti ekonomi , beriadah dan berkereasi. Terdapat dua baris
kedai terletak di Pekan Kanowit ini sebagai pusat bagi Daerah ini.

17
LIM YAN JUN 040217130030

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Pada bahagian metodologi kajian, pengkaji akan membincangkan reka bentuk


kajian yang terdiri daripada kaedah kajian yang digunakan apabila menjalankan
kajian ini, sampel kajian yang dipilih dan cara menganalisiskan data. Metodologi
kajian yang digunakan akan menjawab objektif kajian yang telah ditetapkan pada
awal perancangan kajian dan memastikan objektif kajian dapat dicapai menerusi
data yang bakal diperoleh.

4.1 PENDAHULUAN

Menurut Hornby (1985) (Nor Hidayah Binti Mohamed, 2004), metodologi


kajian merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke
atas subjek kajian yang tertentu. Penyelidikan juga boleh didefinikasikan sebagai
usaha-usaha bagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang
dikemukakan berkenaan sesuatu permasalahan ( Ahmad Mahdzan Ayob, 1992) .
Dalam sesuatu kajian penyelidikan, kaedah atau metodologi merupakan factor
penting bagi membolehkan keputusan yang diperoleh mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang tinggi. Oleh sebab itu, pengkaji perlu mengenal pasti
tentang perdekatan cara persampelan dan penganalisisan data adalah betul
digunakan agar ia bersesuaian dengan objektif kajian yang telah dikaji kerana
kegagalan dengan objektif kajian yang telah dikaji keranan kegagalan
menggunakan kaedah pengumpulan data atau kaedah kajian yang sesuai dan
berkedan akan menghasikan maklumat yang tidak tepat, kabur dan boleh
menyebabkan beban maklumat.

18
LIM YAN JUN 040217130030

4.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk tinjauan. Kajian tinjauan merupakan satu rangka


rujuk mengenai perkara- perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran
dan analisi data. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan yang dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan
masyarakat di Pekan Kanowit dan mengkaji kelebihan yang terdapat daripada
aktiviti kemasyarakatan dalam kalangan masyarakat di Pekan Kanowit.

4.3 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen merupakan proses menyediakan alat mengumpul data menerusi


konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar
belakang. Dalam kajian ini, instrumen digunakan untuk mendapatkan data dengan
menggunakan borang borang temu bual, borang soal selidik dan kaedah rujukan.

Jadual 1 di bawah menunjukkan kaedah kajian yang digunakan.

Jadual 1 : Kaedah Kajian dan Instrumennya

Kaedah Instrumen Kajian


Kuantitatif Soal Selidik
Kualitatif Pemerhatian / Rujukan / Borang Temu
Bual
Sumber: Kajian Lapangan (2022)

19
LIM YAN JUN 040217130030

4.3.1 PEMERHATIAN

Kaedah pemerhatian boleh digunakan semasa lawatan ke Kawasan kajian.


Kaedah ini digunakan untuk memerhatikan perlakuan indidvidu atau kumpulan
orang atau kawasan yang dikaji. ( Manual Kerja Kursus Pengajian Am. 2022)

Kaedah pemerhatian ini dijalankan di kawasan kajian yang dipilih oleh


pengkaji iaitu di Pekan Kanowit, Daerah Kanowit, Sarawak. Pemerhatian ini
dijalankan pada 27 April 2023 bersamaan dengan hari Khamis jam 3 petang.
Pengkaji mengunakan kaedah ini dengan tujuan untuk memerhatikan aktiviti
kemasyarakatan yang dijalankan oleh penduduk di Pekan Kanowit.

4.3.2 TEMU BUAL

Kaedah temu bual melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal.
Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawaran/ pangkat
dalam sebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual ini menyentuh
mengenai maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus. Manakala temu
bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual dengan orang persendirian,
Kaedah ini kebiasannya menggunakan alat perakam suara untuk merakam
perbualan dan kemudiannya digunakan untuk menganalisiskan temu bual tersebut.

(Manual Kerja Kursus Pengajian Am, 2022)

Menerusi kajian ini, temu bual secara berstruktur telah digunakan. Temu bual
berstruktur ini dijalankan secara formal dengan menggunakan soalan yang terdapat
dalam soal selidik pengkaji. Beberapa soalan akan dipilih dan ditanyakan kepada 5
orang responden kajian.

20
LIM YAN JUN 040217130030

4.3.3 SOAL SELIDIK

Kaedah soal selidik dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepar
dan betul. Dalam kaedah ini, boring soal selidik akan dirangka untuk memudahkan
lagi kajian yang hendak dijalankan. Pengkaji mereka bentuk borang soal selidik
yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan dapat memenuhi objektif kajian. Borang
itu boleh diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian.

Kaedah soal selidik, temu bual berstruktur, pemerhatian dan kajian rintis
dijalankan untuk mendapatkan data tentang aktiviti kemasyarakatan yang dapat
memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk di Pekan Kanowit.

Dalam membuat kajian ini , seramai 30 orang responden telah dipilih untuk
menjawab borang soal selidik dan bagi mendapatkan dan mengumpulkan data.

Soal selidik yang direka oleh pengkaji terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
Bahagian A,B,dan C. Bahagian A ialah soalan yang berkaitan dengan demografi
responden yang terdiri daripada 5 soalan seperti agama, peringkat umur, jantina,
kaum,dan jenis pekerjaan . Bahagian B ialah soalan yang berkaitan dengan objektif
pertama kajian iaitu aktiviti kemasyarakatan yang telah diadakan di Pekan Kanowit
seperti menyambut hari perayaan, gotong-royong, pertandingan perabot, rondaan
RELA, dan hari keluarga manakala bagi Bahagian C ialah soalan yang berkaitan
dengan objektif kedua kajian iaitu kelebihan daripada aktiviti kemasyarakatan di
tempat kajian yang terdiri daripada 5 soalan seperti merapatkan hubungan
silaturahim, memupuk sikap kerjasama dan menceriakan kawasan kajian .

4.3.4 KAJIAN LEPAS

Kajian lepas yang dilaksanakan oleh pengkaji adalah mencari pelbagai sumber
rujukan yang berkait dengan kajian. Antara sumber rujukan yang digunakan oleh
pengkaji ialah bahan ilmiah dan bahan dari Internet. Antaranya ialah kamus Dewan
21
LIM YAN JUN 040217130030

seperti Kamus Dewan Edisi Baru dan Kamus Melayu Global. Selain itu, pengkaji
turut mengambil rujukan dari keratan akhbar atas talian dan Wikipedia. Kaedah ini
memudahkan pengkaji untuk mencari dan memperoleh maklumat dengan cerpat
walau di mana pengkaji berada. Oleh itu, pengkaji mudah mendapatkan maklumat
dengan lebih jelas dan skop yang luas.

4.4 PERSAMPELAN

Persampelan merupakan statistik yang seringkali digunakan dalam penyelidikan.


Hal ini kerana pensampelan merupaka satu cara yang praktikal untuk mendapatkan
maklumat tentang populasi terutamanya apabila bilangan unsur dalam populasi
adalah tidak sehingga ( Zulkarnain dan Hishamuddin, 2001). Kajian ini telah
memanfaatkan kaedah Persampelan Bertujuan. Persampelan bertujuan merujuk
kepada prodesur persampelan iaitu sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri
tertentu sahaja dipilih sebagai responden kajian berdasarkan pengetahuan dan
tujuan khusus penyelidikan pengkaji. Ini bermakna tidak semua kajian lain dalam
populasinya dipilih oleh pengkaji sebagai responden.

4.5 ANALISIS DATA

Pada peringkat akhir kajian ini, data telah dianalisis secara deskriptif untuk
mendapatkan dapatan kajian. Data yang telah diperoleh akan dianalisis dengan
menggunakan kekerapan, peratusan, jadual, graf dan carta. Pengkaji akan
menganalisis data bagi penyataan yang menggunakan skala likert 3 aras seperti
berikut:

Setuju 1
Sangat setuju 2
Tidak setuju 3

22
LIM YAN JUN 040217130030

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini menerangkan tentang keputusan analisis data berdasarkan tindak


balas responden terhadap soal selidik, pemerhatian dan temu bual ringkas yang
dijalankan.

Jadual 2 menunjukkan pecahan 30 orang responden yang merupakan penduduk di


Pekan Kanowit, Sarawak yang telah menjawab borang soal selidik yang diedarkan.

BIL BUTIR KATEGORI KEKERAPAN PERATUSAN(%)


1. Jantina Lelaki 16 53.3
Perempuan 14 46.7
2. Umur 15-20 tahun 11 36.7
21-30 tahun 10 33.3
31-40 tahun 4 13.3
41-50 tahun 5 16.7
51 ke atas… 0 0
3. Kaum Iban 8 26.7
Cina 15 50
Melayu 7 23.3
Lain-lain 0 0
4. Agama Kristian 8 26.7
Buddha 13 43.3
Islam 7 23.3
Lain-lain 0 0
5. Jenis Pekerjaan Kerajaan 6 20
Swasta 4 13.3
Sendiri 7 23.3
Lain-lain 13 43.3

Jadual 2 : Latar Belakang Responden

23
LIM YAN JUN 040217130030

5.1 Latar Belakang Responden

Graf 1 : Latar Belakang Responden Mengikut Jantina

Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk di Pekan Kanowit.


Daripada graf 1, bilangan responden lelaki adalah seramai 16 orang iaitu
bersamaan 53.3% manakala bilangan responden perempuan adalah seramai 14
orang iaitu bersamaan 46.7 %. Hal ini menjelaskan bahawa factor jantina tidak
mempengaruhi data keputusan ini kerana tiada perbezaan pendapat yang terlalu
ketara. Bilangan responden lelaki lebih ramai berbanding bilangan responden
perempuan adalah kerana perempuan lebih peka terhadap aktiviti kemasyaraktan di
Pekan Kanowit ini.

24
LIM YAN JUN 040217130030

Graf 2 : Latar Belakang Responden Mengikut Umur

Carta 2 menunjukkan jumlah responden berdasarkan umur di kawasan kajian.


Berdasarkan carta tersebut, sebanyak 36.7% yang berumur 15-20 tahun iaitu
seramai 11 orang responden. Hanya 33.3% yang berumur 21-30 tahun iaitu
seramai 10 orang responden. Seramai 13.3% bagi peringkat umur 31-40 tahun iaitu
4 orang . Berumur 41-50 tahun adalah sebanyak 16.7% seramai 5 orang manakala
bagi umur 51 ke atas adalah 0% .

25
LIM YAN JUN 040217130030

Graf 3 : Latar Belakang Responden Mengikut Kaum

Graf 3 di atas pula menunjukkan demografi responden berdasarkan kaum iaitu


kaum Melayu, Cina, Iban dan lain-lain. Daripada 30 orang responden yang disoal
selidik, seramai 15 orang iaitu kaum Cina bersamaan 50% manakala kaum iban
dan melayu masing-masing terdiri daripada 26.7% dan 23.3% dengan 8 orang dan
7 orang.

26
LIM YAN JUN 040217130030

Graf 4 : Latar Belakang Responden Mengikut Agama

Berdasarkan graf 4 yang menyatakan latar belakang responden mengikut agama,


responden adalah terdiri daripada agama Kristian , Buddha dan Islam. Seramai
43.3% responden menganut agama Buddha iaitu sebanyak 13 orang. Selain itu,
26.7% responden menganut agama Kristian iaitu seramai 8 orang manakala 23.3%
responden adalah agama Islam iaitu 7 orang renponden. Tiada rensponden yang
menganut agama selain daripada tiga agama tersebut.

27
LIM YAN JUN 040217130030

Graf 5 : Latar Belakang Responden Mengikut Jenis Pekerjaan

Berdasarkan Rajah 5 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jenis


pekerjaan . Daripada 30 orang yang di soal selidik, seramai 13 orang (43.3%)
adalah terdiri daripada responden yang menjalankan perkerjaan yang selain
daripada pekerjaan yang dinyatakan di atas . Responden yang berkerja kerajaan
adalah seramai 6 orang iaitu 20% manakala jumlah responden yang menjalankan
perniagaan sendiri adalah seramai 7 orang iaitu 23.3 %. Jumlah reponden yang
menunjukkan data yang paling rendah ialah sektor perkerjaan swasta iaitu seramai
4 orang (13.3%).

28
LIM YAN JUN 040217130030

5.2 Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dapat memupuk semangat


perpaduan dalam kalangan masyarakat di Pekan Kanowit.

BIL. Jenis aktiviti kemasyarakatan Kekerapan Peratusan(%)


1 Gotong-royong 2 6.7
2 Penyambutan Hari Gawai 8 26.7
3 Penyambutan Hari Raya Aldifitri 12 40
4 Penyambutan Tahun Baru Cina 21 70
5 Pertandingan perabot 18 60
6 Rondaan RELA 16 53.3
7 Lain-lain 3 10

Jadual 3: Jenis aktiviti kemasyarakatan yang terdapat di Pekan Kanowit


Sumber: Borang Soal Selidik

Jadual 2 menunjukkan jenis aktiviti kemasyarakatan yang terdapat di Pekan


Kanowit dan jumlah responden serta jumlah peratusan yang diperoleh melalui
kaedah borang soal selidik

Graf 6 : Jenis aktiviti kemasyarakatan yang terdapat di Pekan KanowitSumber:


Borang Soal Selidik
29
LIM YAN JUN 040217130030

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, seramai 21 orang responden bersamaan

70% setuju bahawa penyambutan tahun baru cina ialah aktiviti kemasyaraktan
yang paling kerap dilihat daripada Pekan Kanowit, manakala 18 orang responden
bersamaan 60% berpendapat bahawa pertandingan perabot merupakan aktiviti
kemasyarakatan yang kedua kerap diadakan di Pekan Kanowit. Selain itu, seramai
16 kekerapan bersamaan 53.3% berpendapat rondaan RELA merupakan aktiviti
kemasyarakatan yang ketiga kerap muncul di Pekan Kanowit. Seterusnya, diikuti
dengan penyambutan Hari Raya Aldifitri iaitu kekerapan 12 orang bersamaan 40%,

penyambutan Hari Gawai dengan kekerpan 8 orang bersamaan 26.7% dan aktiviti
gotong-royong menunjukan kekerapan yang paling iaitu seramai 2 kekerapan
bersamaan 6.7%. Terdapat 3 orang responden bersamaan 10% berpendapat
terdapat akitiviti-aktiviti kemasyarakatan lain diadakan di Pekan Kanowit ini.

30
LIM YAN JUN 040217130030

5.3 Kelebihan yang terdapat daripada aktiviti kemasyarakatan dalam


kalangan masyarakat di Pekan Kanowit.
KELEBIHAN AKTIVITI SETUJU SANGAT TIDAK
KEMASYARAKATAN SETUJU SETUJU

Bil. (%) Bil. (%) Bil. (%)


Melahirkan nilai toleransi 27 76 5 16.6 2 6.67
Memupuk perpaduan 22 73.3 8 26.6 0 0
Menjamin keselamatan 19 63.3 10 33.3 1 3.33
setempat
Memudahkan sesuatu 18 60 12 40 1 3.33
pekerjaan disiapkan
Menarik minat pelancong 21 70 5 16.6 4 13.3
asing

Jadual 4: Kelebihan yang terdapat daripada aktiviti kemasyarakatan dalam


kalangan masyarakat di Pekan Kanowit.
Sumber: Borang Soal Selidik

Graf 7 : Kelebihan yang terdapat daripada aktiviti kemasyarakatan dalam


kalangan masyarakat di Pekan Kanowit.
Sumber: Borang Soal Selidik

31
LIM YAN JUN 040217130030

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, seramai 23 orang responden bersamaan

76.6% setuju bahawa kelebihan aktiviti kemasyaraktan yang diadakan di Pekan


Kanowit adalah melahirkan nilai toleransi, manakala 5 orang responden bersamaan
16.6% sangat setuju dan 2 orang responden bersamaan 6.67% tidak setuju.

Menurut pemerhatian pengkaji, telah didapati bahawa ramai responden yang


bersetuju kerana yakin bahawa penduduk-penduduk di Pekan Kanowit akan
bertolak ansur untuk menjayakan aktiviti kemasyarakatan di Pekan Kanowit ini.

Seterusnya, memupuk perpaduan, seramai 2 orang responden bersamaan 73.3%


setuju akan kelebihan ini manakala 8 orang responden bersamaan 26.6% sangat
setuju dan 0 responden bersamaan 0% tidak bersetuju.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, aktiviti kemasyarakatan dapat mengumpulkan


penduduk-penduduk Pekan Kanowit yang terdiri daripada berbilang kaum. Mereka
akan bekerjasama untuk melaksanakan aktiviti dan juga menyebarkan budaya-
budaya yang berlainan daripada kaum-kaum yang berbeza.

Seterusnya, menjamin keselamatan setempat telah mencatatkan 19 orang


responden bersamaan 63.3% yang setuju manakala seramai 10 orang responden
bersamaan 33.3% sangat setuju dan 1 orang responden bersamaan 3.33% tidak
setuju. Menurut pemerhatian pengkaji, hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti
kemasyarakatan rondaan RELA memang dapat menambah keselamatan di Pekan
Kanowit . Akibatnya, jenayah dapat dikurangkan.

Selanjutnya, mengenai kelebihan memudahkan sesuatu pekerjaan disiapan,


seramai 18 orang responden bersamaan 60% setuju manakala seramai 12 orang
responden bersamaan 40% sangat setuju dan 1 responden bersamaan 3.33% tidak
setuju.

32
LIM YAN JUN 040217130030

Menurut pemerhatian pengkaji, setiap diantara ahli komuniti di Pekan Kanowit


terbabit melibatkan diri bersama-sama melakukan aktivit kemasyarakatan seperti
mengutip sampah dan menyapu dedaun kering untuk bergotong-royong, ia pasti
dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Akhir sekali, seramai 21 orang responden bersamaan 70% setuju bahawa


kelebihan daripada aktiviti kemasyarakatan di Pekan Kanowit adalah menarik
minat pelancong asing untuk mengunjung ke sini manakala terdapat 5 responden
bersamaan 16.6% sangat setuju dan seramai 4 orang responden bersamaan 13.3%
tidak setuju.

Berdasarkan kajian pengkaji, aktiviti kemasyarakatan yang wujud di Pekan


Kanowit ini seperti pertandingan perabot akan menarik perhatian pelancong dari
daerah lain untuk mengunjung ke sini menikmati suasana pertandingan. Hal ini
juga dapat meningkatkan sektor ekonomi di Pekan Kanowit.

Ringkasnya, kelebihan utama aktiviti kemasyaraktana di Pekan Kanowit adalah


melahirkan nilai toleransi. Selain itu, diikuti dengan memupuk perpaduan dan
menarik minat pelancong.

33
LIM YAN JUN 040217130030

6.0RUMUSAN DAN KESIMPULAN


Kesimpulannya, aktiviti kemasyarakatan merupakan sala satu usahayang dapat
memberikan pelbagai faedah. Antara kelebihan aktiviti kemasyarakatan ialah
memupuk semangat perpaduan antara penduduk masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Rasional kajian ini adalah untuk mengetahui
kemampuan aktiviti kemasyarakatan dalam mewujudkan kesefahaman dan
mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat. Pengkaji melaksanakan
kajian ini berdasarkan kepada dua objektif iaitu untuk mengenal pasti aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan yang dapat memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan masyarakat di Pekan Kanowit dan untuk mengkaji kelebihan yang
wujud daripada aktiviti kemasyarakatan .

Bagi mencapai kedua-dua objektif kajian, seramai 30 orang penduduk yang


terdiri daripada penduduk Pekan Kanowit telah menjadi responden dalam
kajian ini. Setelah menerima hasil data daripada responden, pengkaji akan
melakukan penganalisisan data dan pengiraan data secara manual. Oleh itu,
kekerapan dan peratusan dikira dan dijadikan sebagai data untuk dianalisis.

Berdasarkan hasil data di dalam borang soal selidik, ramai responden


menyatakan bahawa aktiviti kemasyarakatan yang biasa diperhatikan
merupakan aktiviti penyambutan Tahun Baru Cina. Hal ini disebabkan kerana,
melalui pemerhatian, taburan penduduk kaum Cina lebih bertumpu di Pekan
Kanowit ini. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa kesan yang paling
ketara daripada aktiviti kemasyaratan ini adalah melahirkan nilai toleransi
kerana penduduk-penduduk Pekan Kanowit amat memberikan kerjasama untuk
menjayakan perjalanan aktiviti dan menghargai suasana yang mesra.

34
LIM YAN JUN 040217130030

Hasil kajian yang telah dijalankan, telah didapati bahawa aktiviti


kemasyarakatan dapat mengeratkan hubungan perpaduan. Oleh itu, pelbagai
langkah yang boleh dilaksanakan bagi menggalakkan masyarakat melibatkan
diri dalam aktiviti kemasyarakatan untuk mempertingkatkan semangat
perpaduan. Antaranya adalah mengadakan pelbagai iklan yang dapat
meningkatkan kesedaran tentang kewujudan aktiviti-aktiviti itu.

7.0 RUJUKAN
1. Kamus Pelajar Edisi Kedua, 2016, Edisi Kedua : Kuala Lumpur

2. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, 1995, Edisi Pertama : Kuala Lumpur:
Perpustakaan Negara Malaysia

3. Kamus Melayu Global, 2006, Edisi Keempat : Shah Alam Selangor

4. Hussein Haji Ahmad, Pengurusan Pembangunan Konsep Perpaduan Dalam


Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Satu Kajian Di Klang, Selangor ,
dlm Jurnal Kepimpinan Pendidikan 2(4), hlm. 1-15,2017

5. Malaysia. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI),


Datuk Seri Mustapa Mohamad, 2013. Kuala Lumpur.

6. Tn.Hj Md Lasa bin Yahya , Hajah Nora binti Sahmat dan Norhayati binti
Othman, 2023. Nota Minda & Lembaran Praktis Pengajian Am STPM ( Semester
2 ), Puchong Selangor : Local Publications (M) Sdn Bhd.

35
LIM YAN JUN 040217130030

7. Google map Sarawak, dicapai pada 10 Mei 2023

https://www.google.com/maps/place/%E7%A0%82%E6%8B
%89%E8%B6%8A/@2.9201462,109.9649759,7z/data=!3m1!4b1!4m6!3m5!
1s0x31f62a0f014b6e47:0xf25aa56ec5fe1300!8m2!3d2.5574285!4d113.0011989!
16zL20vMDZfejA

8. Sarawak, Wikipedia, Ensiklopedia bebas, dicapai pada 10 Mei 2023

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sarawak

9. Kubu Emma, dicapai pada 12 Mei 2023

https://www.utusanborneo.com.my/2020/07/16/serpihan-seramik-peluru-meriam-
ditemui-semasa-proses-pemuliharaan-kubu-emma

https://chinese.sarawaktourism.com/attraction/fort-emma-rejang-kanowit/

10. Gereja katolik, dicapai pada 12 Mei 2023

https://www.catholic.my/dioceseofsibu/?page_id=1779

11. Definisi Perpaduan, dicapai pada 14 Julai 2023

https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan

36
LIM YAN JUN 040217130030

8.0 LAMPIRAN

Foto 8 : Aktiviti persembahan tarian singa di Pekan Kanowit yang dianjurkan


oleh tokong Hock Ann Teng semasa Tahun Baru Cina untuk menyambut hari
perayaan.

37
Foto 9: Pertandingan perabot di Sungai Rajang Pekan Kanowit
LIM YAN JUN 040217130030

Foto 10: Aktiviti advokasi dan Kempen Keselamatan Jalan raya dijalankan pada
hari pertama 'Op Selamat 20' sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 di Daerah
Kanowit oleh pasukan polis Daerah Kanowit.

38

You might also like