You are on page 1of 36

040224050397

MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN DALAM KALANGAN PENDUDUK


TAMAN TUANKU JAAFAR SEPANJANG BULAN RAMADHAN

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk Taman Tuanku Jaafar sepanjang bulan Ramadhan. Objektif kajian ini
adalah untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Taman Tuanku Jaafar serta mengkaji
kesan daripada aktiviti yang dilakukan ketika bulan Ramadhan. Seramai 30 orang
responden beragama Islam telah dipilih secara rawak mudah untuk kajian ini . Bagi
mengkaji persepsi penduduk terhadap jenis aktiviti yang dilakukan untuk menyuntik
semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Taman Tuanku Jaafar dan kesan
daripada aktiviti yang dilakukan ketika bulan Ramadhan kaedah soal selidik,
pemerhatian dan rujukan telah digunakan. Data kajian dianalisis dan dipaparkan
secara kuantitatif dan kualitatif. Hasil daripada dapatan kajian persepsi penduduk
terhadap jenis aktiviti yang dilakukan untuk menyuntik semangat kejiranan dalam
kalangan penduduk Taman Tuanku Jaafar yang paling dominan adalah Solat Jemaah
di Masjid Taman Tuanku Jaafar dan Program membuka puasa di Masjid dan
Surau.Selain itu,kajian ini juga dapat menyimpulkan kesan utama daripada aktiviti
yang dilakukan ketika bulan Ramadhan iaitu mengeratkan hubungan silaturahim
antara penduduk Taman Tuanku Jaafar.Secara kesimpulannya,persepsi responden
terhadap jenis aktiviti yang dilakukan untuk menyuntik semangat kejiranan dalam
kalangan penduduk Taman Tuanku Jaafar supaya kesan-kesan daripada aktiviti yang
dilakukan dapat dikenal pasti dan dinikmati bersama oleh penduduk Taman Tuanku
Jaafar.Melalui kajian ini diharap, pihak berkuasa akan mengambil tindakan
sewajarnya untuk mengatasi sebarang kenyataan dinyatakan.

1
040224050397

Kandungan

Perkara Muka surat

Abstrak 1

Kandungan 2

Penghargaan 3

1.0 Pengenalan 4-6

2.0 Objektif kajian 7

3.0 Lokasi kajian 8-9

4.0 Metodologi 10-13

5.0 Dapatan kajian dan perbincangan 14

5.1 Demografi Responden 14

5.2 Persepsi penduduk terhadap jenis aktiviti yang dilakukan 15-19


untuk menyuntik semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk Taman Tuanku Jaafar

5.3 Kesan daripada aktiviti yang dilakukan ketika bulan Ramadhan. 20-27

6.0 Rumusan dan kesimpulan 28-29

Rujukan 30

Lampiran 31-35

2
040224050397
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir Kolej
Tingkatan Enam Forest Heights Seremban khasnya Tuan Pengetua Kolej Tingkatan
Enam Forest Heights Seremban Norfaimi Bin Mohamad Nor kerana memberi
sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini .Dalam
usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada Pn.Maliga Mayyar selaku guru Pengajian Am saya. Beliau
telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya
untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih
kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakkan kepada saya sepanjang
penghasilan kerja kursus ini.Khas untuk kedua ibu bapa saya yang sangat saya kasihi,
iaitu Encik K.Kannis a/l A.Kanniah dan Pn. Kalairani a/p Retnam jutaan terima kasih
dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang
masa.Penghargaan kepada rakan-rakan sekelas saya kerana
sudian membantu dan segala nasihat yang diberikan. Tidak lupa juga, terima kasih
kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soal
selidik yang dikemukakan oleh saya untuk mengumpul maklumat dan dapatan bagi
kajian ini.Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus
ini.Sekian terima kasih.

3
040224050397

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan edisi ke-4 kejiranan bermaksud berhubungan dengan jiran
atau hidup sebagai jiran. Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah
seseorang.(Kamus Dewan edisi ke-4)

Berdasarkan satu analisis yang telah dilakukan oleh akhbar Sinar Harian ternyata
bahawa pada zaman nenek moyang kita dahulu, keseronokan dan keindahan hidup berjiran
menjadi satu perkara yang sangat penting. Mereka hidup aman damai tanpa pergaduhan .Ia
juga boleh dikatakan bahawa kemesraan antara jiran tetangga amat erat. Jika ada kenduri
atau kematian, pasti berduyun-duyun orang kampung akan menghadiri dan menziarahi satu
sama lain.
(https://www.sinarharian.com.my/article/125074/suara-sinar/analisis-sinar/sentiasa-berbuat-baik-
dengan-jiran-tetangga)

Namun begitu ,semangat kejiranan semakin meluntur dalam kalangan masyarakat pada
zaman kini akibat kepesatan teknologi yang mendadak. Mungkin sekarang ini konsep berjiran
sudah tidak membawa sebarang makna atau sudah ketinggalan zaman. Terdapat pelbagai
punca yang menyebabkan semangat kejiranan semakin meluntur dalam kalangan masyarakat.
Antaranya ialah perubahan gaya hidup masyarakat yang terlalu sibuk dengan hal sendiri
serta sibuk mencari rezeki masing-masing. Akibat kesibukan kerja ini masyarakat tiada masa
untuk berbual atau saling tegur menegur antara satu sama lain.Malah tidak hairan ada yang
tidak kenal dengan jiran sebelah walaupun sudah tinggal di kawasan perumahan y ang sama
sejak 10 tahun.

Negara kita yang terdiri daripada penduduk berbilang kaum haruslah memiliki
perpaduan yang amat utuh untuk mengekalkan keamanan negara. Negara kita dengan agama
Islam sebagai agama rasmi tetapi sentiasa menghormati kepercayaan agama -agama lain yang
dianuti oleh penduduk kita menunjukkan kepentingan perpaduan dan semangat kejiranan.Hal ini
demikian kerana Islam sangat mementingkan hubungan persaudaraan dan sentiasa
menganjurkan umatnya untuk sentiasa hidup bersatu-padu bagi mengelakkan perselisihan.
Kita hidup di dunia ini saling memerlukan di antara satu sama lain dan tiada siapa boleh hidup
bersendirian.

4
040224050397

Jiran bukan sahaja merujuk kepada orang yang tinggal berdekatan dengan rumah atau tinggal
setempat tetapi juga rakan sekerja di meja sebelah.Seorang pendakwah, Ahmad Fuad Mohamad
Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Da‘i Fuad berkata, mengikut ulama, terdapat tiga elemen yang
perlu kita ketahui mengenai adab hidup berjiran.Pertama, jangan sesekali menyakiti hati jiran.
Kedua, bersabar apabila disakiti dan ketiga, menghormati dan berbuat baiklah dengan jiran.Jelas
Da‘i Fuad lagi, seandainya kita memiliki jiran yang menguji kesabaran dan menyakiti kita,
beliau menyarankan agar kita tetap menunjukkan perwatakan dan keperibadian yang
baik.“Namun jika mereka (jiran) telah melampaui batas dan melibatkan hal-hal keselamatan setelah
melakukan perbincangan, maka lanjutkanlah kepada pihak berkuasa,” kata Da’i Fuad lagi.
(https://www.sinarharian.com.my/article/125074/suara-sinar/analisis-sinar/sentiasa-berbuat-baik-
dengan-jiran-tetangga)

Untuk berbuat baik kepada jiran, masing-masing ada kemampuan tersendiri.


Tanggungjawab itu juga boleh dilaksanakan melalui pelbagai bentuk sama ada yang dapat
dilihat secara zahir seperti saling bertukar-tukar juadah makanan, menghulur bantuan kewangan
jika dalam kesusahan, ziarah-menziarahi, bertanya khabar, tolong-menolong dan bergotong-
royong jika ada sesuatu majlis keraian dan sebagainya.

Bagi merealisasikan kenyataan ini ,kajian ini telah dilaksanakan sebagai salah satu langkah
penyuntikan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat .Oleh kerana itu, saya sebagai
penduduk yang berjasa dan berbakti kepada negara telah diamanahkan untuk menjalankan kajian ini
dengan tujuan memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Taman Tuanku Jaafar
sepanjang bulan Ramadhan .Skop kajian ini memberi keutamaan kepada mengetahui dan
mengenali aktivtiti-aktiviti yang dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk Taman Tuanku Jaaafar sepanjang bulan Ramadhan atau dikenali sebagai bulan
puasa.Dua objektif utama telah menjadi tumpuan untuk mendapatkan hasil kajian ini.

Objektif yang pertama ialah mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Taman Tuanku Jaafar. Objektif yang kedua pula
ialah untuk mengkaji kesan daripada aktiviti yang dilakukan ketika bulan Ramadhan.

5
040224050397

Akhir sekali, kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap semangat kejiranan yang terdapat dalam
kawasan kajian.Semua aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan memberikan pelbagai
kesan baik dan sumbangan ke arah langkah memupuk semangat perpaduan dan patriotisme dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum yang menetap di kawasan Taman Tuanku Jaafar dengan
penuh harmoni serta aman damai dan saling bertolenrasi tanpa mengira perbezaan latar belakang
kaum atau budaya .

Kesimpulanya ,kajian kes ini sangat membantu pengkaji untuk megetahui keperluan semangat
kejiranan dalam kawasan kediaman kerana ia menjadi titik permulaan kepada negara yang maju dan
bersatu padu tanpa berpecah belah atau pengaruh agama yang ekstrem.Segala maklumat yang telah
dikumpulkan adalah benar dan sahih yang menunjukkan pendapat responden dengan hati yang
terbuka dan secara langsung tanpa sebarang bantahan.Semangat kejiranan haruslah dipelihara agar
masyarakat yang bersatu padu dapat diwujudkan.

6
040224050397

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk memupuk semangat


kejiranan dalam kalangan penduduk Taman Tuanku Jaafar.

2. Mengkaji kesan daripada aktiviti yang dilakukan ketika bulan Ramadhan.

7
040224050397
3.0 LOKASI KAJIAN
Kajian ini dijalankan di negeri Negeri Sembilan. Negeri Sembilan terletak di
Malaysia.Lokasi kawasan ini merupakan negeri yang terletak antara Negeri Selangor
dan Negeri Melaka.

Peta 1: Negeri Sembilan Darul Khusus


Sumber:https://goo.gl/maps/9B9BWpMEPZ2rga7B8
Seremban merupakan ibu negeri kepada Negeri Sembilan dan bandar utama bagi
negeri ini

.
Peta 2:Bandar Seremban
Sumber:https://goo.gl/maps/HSQr2v4M3AzTh3xW9

8
040224050397

Taman Tuanku Jaafar terletak dalam linkungan Bandar Seremban dan daerah
Seremban 2. Penduduknya rata-rata terdiri daripada pelbagai kaum seperti
Melayu ,Cina dan India.

Peta 3:Taman Tuanku Jaafar


Sumber:https://goo.gl/maps/xxNjEbqJV4VeQNAQ9

9
040224050397

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Objektif utama rekabentuk kajian ini disediakan adalah untuk menghubungkan


dan mengaitkan objektif kajian dengan hasil kajian.

Rekabentuk kajian
Kaedah rawak mudah telah menjadi pilihan utama untuk digunakan dalam
penyelidikan ini .Kaedah rawak mudah ini dipilih kerana proses yang terlibat dalam
mendapatkan maklumat yang tepat,sahih,mudah serta relevan dengan objektif yang
telah ditetapkan.Borang soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan maklumat
daripada responden.(Marson etc 1998).Dapatan kajian boleh diperolehi dengan
borang soal selidik yang diedarkan kepada responden.Kemudian, maklumat yang
diterima daripada borang soal selidik tersebut akan dianalisis secara kuantitatif.Data
jenis kuantitatif ini akan diproses berdasarkan beberapa kategori iaitu yang
menggunakan kekerapan,angka,dan skor.Hal ini demikian kerana data jenis kuantitatif
sesuai bagi penyelidikan yang menggunakan instrumen soal selidik untuk
mendapatkan maklumat kajian.(Muhammad Najib 1999).

Di samping itu rekabentuk lain yang telah dipilih ialah kaedah tinjauan ataupun
dikenali sebagai kaedah pemerhatian yang digunakan untuk memerhati atau meninjau
kawasan kajian.Dapatan kajian bagi kaedah ini boleh didapati melalui gambar foto
yang ditangkap atau direkod menggunakan telefon pintar atau kamera pintar ketika
melakukan pemerhatian di kawasan kajian.Selepas itu,imej yang telah direkodkan
akan dianalisis mengikut tarikh,hari dan masa ketika imej itu diambil.

Akhir sekali,kajian perpustakaan telah menjadi data sekunder kepada kajian ini.
Sumber rujukan yang telah digunakan adalah seperti artikel daripada akhbar Sinar
Harian melalui rujukan laman web dalam talian dan kamus dewan edisi yang ke -4

10
040224050397
Instrumen kajian

Instrumen ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep


yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar
belakang. Dalam kajianini, instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data adalah
dengan menggunakan borang soal selidik, kaedah pemerhatian dan kaedah
rujukan.Kaedah Instrumen kajian Kuantitatif Borang soal selidik, kajian
perpustakaan iaitu sumber rujukan internet dan kamus dewan edisi -4 serta
pemerhatian kawasan kajian dan rakaman imej kawasan kajian.

Kaedah Instrumen Kajian


Kuantitatif Borang Soal Selidik
Kajian perpustakaan Sumber rujukan internet dan kamus
dewan edisi -4
Pemerhatian Imej kawasan kajian yang dirakam

Cara mendapatkan responden


Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk Taman Tuanku Jaafar.
Daripada jumlah keseluruhan penduduk adalah terdiri daripada10 orang lelaki dan 20
orang perempuan daripada penduduk Taman Tuanku Jaafar akan diambil sebagai
responden. Responden terbatas kepada penduduk Taman Tuanku Jaafar yang tinggal
di sekitar kawasan Taman Tuanku Jaafar dan mengisi borang soal selidik dengan
lengkap pada hari kajian dijalankan. Bagi teknik persampelan yang digunakan dalam
kajian ini pula ialah menggunakan teknik persampelan rawak mudah di mana dengan
menggunakan prosedur persampelan ini, setiap penduduk di Taman Tuanku Jaafar
mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden. Sampel kajian terdiri
daripada 30 orang penduduk,30 set borang soal selidik akan diberikan kepada mereka
secara rawak mudah untuk memperoleh data yang lebih tepat. . Selain itu, kaedah
rujukan dan pemerhatian akan dilakukan oleh saya sendiri.

11
040224050397

Cara mendapatkan maklumat/data daripada responden

Borang soal selidik yang sesuai telah saya buat untuk mendapat dan mengumpul
maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang soal selidik telah
diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian. Borang soal selidik
terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah
mengenai maklumat demografi responden manakala Bahagian B adalah persepsi
penduduk terhadap jenis aktiviti yang dilakukan untuk menyuntik semangat kejiranan
dalam kalangan penduduk Taman Tuanku Jaafar dan kesan daripada aktiviti yang
dilakukan ketika bulan Ramadhan. Kajian ini menggunakan skala pemarkahan likert
lima mata yang mengandungi lima aras, iaitu 1 = sangat tidak setuju, 2= tidak setuju,
3 = kurang setuju, 4 = setuju, 5 = sangat setuju.

Jadual 4.0 :Skala likert 5 aras digunakan

Sangat tidak setuju 1


Tidak setuju 2
Kurang setuju 3
Setuju 4
Sangat setuju 5

Seterusnya, kaedah kedua yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui kaedah
rujukan. Pengkaji telah merujuk surat khabar, majalah, internet dan Kamus Dewan
Edisike-4. Pengkaji telah mencari banyak perkataan dengan maknanya daripada
Kamus Dewan sebagai sokongan hasil kerja.Akhir sekali, kaedah ketiga ialah kaedah
pemerhatian yang dijalankan di kawasan kajian oleh pengkaji secara sendiri.

12
040224050397

Memproses dan mempersembahkan data

Kaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data yang berbentuk skala
Likert. Untuk memudahkan penganalisisan data, skala Likert akan dikategorikan
seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.1.
Jadual 4.1 Pengkelasan Skala Likert
Kategori Tidak Setuju Setuju
1 2 3 4 5
Sangat Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju
tidak setuju

Selain itu, dalam aspek penganalisisan data, pengiraan manual akan diguna pakai.
Oleh sebab itu, kekerapan dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk dianalisis.
Data yang dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk grafik iaitu graf bar dan
jadual.
Rumusan
Metodologi yang dikenal pasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan dan
kesahandapatan kajian. Sehubungan dengan itu, pengkaji akan mengikut tatacara
kajian yang ketatdan menepati prosedur kutipan data dan instrumen yang telah
dikenal pasti.

13
040224050397

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas
responden terhadap persepsi penduduk terhadap jenis aktiviti yang dilakukan untuk
menyuntik semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Taman Tuanku Jaafar dan
kesan daripada aktiviti yang dilakukan ketika bulan Ramadhan.

5.1 Demografi Responden


Jadual 5.1 menunujukkan pecahan responden daripada kalangan penduduk Taman
Tuanku Jaafar berdasarkan jantina,bangsa dan sektor pekerjaan.
Jadual 1 : Latar Belakang Responden

Bil. Aspek Kategori Kekerapan Peratusan


1 Jantina Lelaki 19 63%
Perempuan 11 37%
2 Bangsa Melayu 30 100%
India 0 0%
Cina 0 0%
Lain-lain 0 0%
3 Sektor Kerajaan 1 3.33%
pekerjaan Swasta 28 93.33%
Lain-lain 1 3.33%

14
040224050397

Jadual 5.2 :Persepsi penduduk terhadap jenis aktiviti yang dilakukan untuk
menyuntik semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Taman Tuanku
Jaafar
BIL JENIS AKTIVITI BILANGAN PERATUSAN
.
1. Bazar Ramadhan 28 93.33%
2. Pemberian makanan 21 70%
percuma kepada penduduk
setempat
3. Program Tazkirah 20 66.67%
4. Sumbangan kepada anak yatim 21 70%
dan murid kurang mampu
5. Solat Jemaah di Masjid Taman 29 96.67%
Tuanku Jaafar
6. Program membuka puasa di 29 96.67%
Masjid dan Surau
7. Edaran risalah Ramadhan 6 20%
8. Pertandingan kuiz Ramadhan, 7 23.33%
mencipta kad raya dan sampul
raya.
9. Berkongsi juadah bersama jiran 27 90%
tetangga ketika membuka puasa
10. Majlis Penutup Ihya Ramadhan 12 40%
dan penyampaian hadiah
11. Kutipan Derma untuk membantu 23 76.67%
golongan yang memerlukan
12. Program Membuat bubur di 25 83.33%
kawasan rukun tetangga
13. Menunaikan solat Jumaat di 28 93.33%
Masjid

15
0
5
10
15
20
25
30
35
Jaafar
Bazar Ramadhan

Pemberian makanan percuma

Program Tazkirah

Sumbangan

16
Solat di masjid

Program membuka puasa di Masjid dan


Surau

Edaran risalah Ramadhan

Pertandingan kuiz Ramadhan,


TUANKU JAAFAR

Rajah 5.2.1.1 :Bilangan Responden


Berkongsi juadah bersama jiran

Majlis Penutup Ihya Ramadhan

Kutipan Derma untuk membantu go-


longan yang m

Program Membuat bubur di kawasan


rukun tetangga
5.2.1 Rajah persepsi penduduk terhadap jenis aktiviti yang dilakukan untuk
menyuntik semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Taman Tuanku

AKTIVITI-AKTVITI YANG DILAKUKAN UNTUK MEMUPUK SE-

040224050397
040224050397

MANGAT KEJIRANAN DALAM KALANGAN PENDUDUK TAMAN

Menunaikan solat Jumaat di Masjid


20.00%
40.00%
60.00%
80.00%

0.00%
100.00%
Bazar Ramadhan 120.00%

93.33%
Pemberian makanan percuma

70.00%
Program Tazkirah

66.67%

17
Sumbangan

70.00%
Solat di masjid

Program membuka puasa di Masjid dan


Surau
96.67% 96.67%

Edaran risalah Ramadhan

20.00%
Pertandingan kuiz Ramadhan,

23.33%
TAMAN TUANKU JAAFAR

Rajah 5.2.1.2: Peratusan Responden


Berkongsi juadah bersama jiran
90.00%

Majlis Penutup Ihya Ramadhan


40.00%

Kutipan Derma untuk membantu go-


longan yang m
76.67%
SEMANGAT KEJIRANAN DALAM KALANGAN PENDUDUK
AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKUKAN UNTUK MEMUPUK

Program Membuat bubur di kawasan


rukun tetangga
83.33%

040224050397
Menunaikan solat Jumaat di Masjid
93.33%
Berdasarkan Jadual 5.2 dan graf 5.2.1 dan 5.2.2 dapatan kajian ini telah diambil
daripada 30 orang responden yang beragama Islam dan berbangsa Melayu secara
rawak mudah yang meliputi 19 orang responden lelaki sebanyak 63% dan 11 orang
responden perempuan sebanyak 37% daripada jumlah keseluruhan responden untuk
mengetahui aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan penduduk Taman Tuanku Jaafar..Kebanyakkan responden adalah
daripada sektor pekerjaan swasta iaitu sebanyak 93.33 % manakala segelintir yang
lain adalah daripada sektor kerajaan sebanyak 3.33% dan terdapat juga lain-lain
seperti suri rumah sebanyak 3.33% .Sehubungan dengan data demografi responden
yang telah dianalisis oleh pengkaji,terdapat pelbagai data yang membantu
menjayakan kajian lapangan ini secara berkesan,benar dan sahih.
Berdasarkan data yang dikumpul didapati paling ramai responden menyatakan
persepsi mereka bahawa aktiviti yang paling kerap dilakukan untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Taman Tuanku Jaafar ialah aktiviti
Solat Jemaah di Masjid Taman Tuanku Jaafar dan Program membuka puasa di Masjid
dan Surau iaitu seramai 29 orang responden bersamaan 96.67%.Aktiviti ini dilakukan
sepanjang Bulan Ramadhan di Masjid Taman Tuanku Jaafar(Masjid Kariah Taman
Tuanku Jaafar dan Surau As Sobirin Taman Tuanku Jaafar.
Selain itu, terdapat dua lagi aktiviti yang mendapat respons yang tinggi dan
setanding daripada responden iaitu aktiviti Bazar Ramadhan dan Menunaikan solat
Jumaat di Masjid iaitu seramai 28 orang responden bersamaan 93.33%.Persepsi ini
telah dikemukan oleh responden kerana aktiviti ini adalah rutin yang dilakukan setiap
hari dan setiap minggu dalam bulan Ramadhan. Tapak Bazar Ramadhan di kawasan
Taman Tuanku Jaafar adalah berlokasi berhampiran dengan kawasan industrial
senawang dan ia merupakan Bazar Ramadhan yang diadakan oleh penduduk Taman
Tuanku Jaafar sendiri.Pelbagai jenis juadah yang lazat yang terdapat di bazar ini
menyebabkan para penduduk Taman Tuanku Jaafar keluar membeli sambil
berkomunikasi antara satu sama lain sambil mengeratkan hubungan. Disebaliknya
aktiviti Menunaikan solat Jumaat di Masjid adalah wajib dilakukan setiap hari Jumaat
oleh semua umat Islam telah mengalakkan aktiviti ini menjadi tumpuan responden.

040224050397

18
Seterusnya aktiviti ketiga tertinggi adalah Berkongsi juadah bersama jiran
tetangga ketika membuka puasa iaitu seramai 27 orang responden bersamaan dengan
90% menyokong aktiviti ini kerana ia mengeratkan hubungan sosial mereka dengan
jiran.
Di samping itu,aktivi keempat tertinggi disokong oleh responden adalah Program
Membuat bubur di kawasan rukun tetangga iaitu seramai 25 orang responden
bersamaan 83.33%.Aktiviti ini telah dilakukan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga
Taman Tuanku Jaafar Fasa 3 sepanjang bulan Ramadhan.
Pilihan seterusnya adalah Kutipan Derma untuk membantu golongan yang
memerlukan iaitu seramai 23 orang responden bersamaan dengan 76.67%.Aktiviti ini
dilakukan di Masjid dan Surau Taman Tuanku Jaafar ketika bulan Ramadhan untuk
membantu golongan yang kurang bermampu di kawasan kajian .
Aktiviti Sumbangan kepada anak yatim dan murid kurang mampu juga diberi
sokongan yang tinggi oleh responden iaitu seramai 21 orang bersamaan dengan 70%.
Aktiviti ini dilakukan oleh penduduk Taman Tuanku Jaafar untuk meringankan kos
menyambut hari raya kepada golongan anak yatim yang tiada kemampuan untuk
menyambut bulan Ramadhan dengan pelbagai juadah .
Program Tazkirah adalah aktiviti yang juga mendapat perhatian responden yang
agak tinggi juga iaitu seramai 20 orang responden bersamaan dengan 66.67%.Aktiviti
ini dilakukan di Masjid dan Surau Taman Tuanku Jaafar.
Akhir sekali terdapat tiga aktiviti yang mendapat respons responden yang paling
kurang berbanding aktiviti yang lain.Aktiviti Majlis Penutup Ihya Ramadhan dan
penyampaian hadiah hanya mendapat respons seramai 12 orang responden sahaja
iaitu bersamaan dengan 40%.Aktiviti kedua yang mendapat sokongan yang paling
sikit adalah aktiviti Pertandingan kuiz Ramadhan,mencipta kad raya dan sampul raya
iaitu mendapat sokongan seramai 7 orang responden bersamaan dengan
23.33%.Aktiviti yang paling terakhir dan paling sedikit mendapat sokongan daripada
responden adalah seramai 6 orang iaitu bersamaan dengan 20% daripada jumlah
keseluruhan responden.

040224050397

19
Bi Kesan daripada aktiviti yang STS TS KS S SS Min
l. dilakukan ketika bulan (1) (2) (3) (4) (5)
Ramadhan. f % f % f % f % f %

20
1. Mengeratkan hubungan 0 0 0 0 2 7 7 23 21 70 4.9
silaturahim antara penduduk
Taman Tuanku Jaafar
2. Meningkatkan komunikasi antara 0 0 0 0 2 7 15 50 13 43 4.6
jiran tetangga
3. Menjamin keselamatan dan 0 0 1 3 0 0 16 54 13 43 3.83
keamanan kawasan setempat.
4. Memberi peluang mengenali adat 0 0 0 0 3 10 12 40 15 50 4.8
istiadat kaum lain
5. Memberi peluang bertukaran 0 0 3 10 2 7 14 46 11 37 4.0
pendapat antara jiran
6. Menyemai sikap prihatin dan baik 0 0 0 0 0 0 7 23 23 77 4.8
hati dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum
7. Mewujudkan suasana yang aman 0 0 0 0 0 0 8 27 22 73 4.7
dan harmoni
8. Mengukuhkan semangat 0 0 0 0 0 0 12 40 18 60 4.6
perpaduan
9. Meningkatkan keselamatan sosial 0 0 0 0 3 10 13 43 14 47 4.4
10 Memudahkan urusan semua pihak 0 0 0 0 3 10 14 47 13 43 4.3
.
11 Meningkatkan kesedaran 0 0 1 3. 0 0 12 40 17 57 4.5
. masyarakarat tentang kepentingan
semangat kejiranan
12 Menyemai sikap bertolak ansur 0 0 0 0 0 0 12 40 18 60 4.6
. antara masyarakat berbilang kaum
13 Mengelakkan perselisihan faham 0 0 0 0 0 0 13 43 17 57 4.6
. antara jiran tetangga

Jadual 5.3: Kesan daripada aktiviti yang dilakukan ketika bulan Ramadhan.
040224050397

21
0
20
40
60
80
100
120
140
160

1
2
3
4
Rajah5.3.1

1
0
2
7
9
30
Mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk Taman Tuanku Jaafar
Kesan

4.9

2
0
4
13
15
50
Meningkatkan komunikasi antara jiran tetangga
4.6

22
STS
3
0
1
3
0
12
40
Menjamin keselamatan dan keamanan kawasan setempat.
3.83
daripada

4
0
3
10
15
50
Memberi peluang mengenali adat istiadat kaum lain
4.8

Series8
Series2
5
0
2
7
2
7
4

14
Memberi peluang bertukaran pendapat antara jiran 47
aktiviti

SS
TS
6
0
7
23
Menyemai sikap prihatin dan baik hati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum
4.8
yang

Series4
Series10
RAMADHAN

7
0
8
27
Mewujudkan suasana yang aman dan harmoni
4.7

KS
Min
8
0
12
40

Mengukuhkan semangat perpaduan


4.6
dilakukan

9
0
3
10
13
43

Meningkatkan keselamatan sosial


4.4

Series6
0
3
4.3

10
10
14
47

Memudahkan urusan semua pihak


ketika

0
1
3
0

11
12
40

Meningkatkan kesedaran masyarakarat tentang kepentingan semangat kejiranan


4.5
KESAN DARIPADA AKTIVITI YANG DILAKUKAN KETIKA BULAN

0
bulan

12
12
40

Menyemai sikap bertolak ansur antara masyarakat berbilang kaum

040224050397
4.6

0
4.6

13
13
43

Mengelakkan perselisihan faham antara jiran tetangga


Berdasarkan Jadual 5.3 adalah keputusan dan hasil dapatan kajian yang dikumpul
oleh pengkaji menggunakkan borang soal selidik dalam bentuk skala lima likert
dengan meliputi kategori sangat tidak setuju,tidak setuju,kurang setuju,setuju serta
sangat setuju.
Bagi penyataan yang pertama didapati paling ramai responden sangat setuju
dengan penyataan mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk Taman
Tuanku Jaafar sebagai kesan daripada aktiviti yang dilakukan ketika bulan
Ramadhan., iaitu seramai 21 orang responden bersamaan 70% memilih sangat setuju.
Disebaliknya seramai 7 orang responden telah memilih setuju untuk penyataan
tersebut menunjukkan bilangan kedua terbesar dalam peratusan iaitu sebanyak 23%
dan jumlah responden yang palig kurang diperolehi adalah untuk kurang setuju iaitu
seramai 2 orang bersamaan dengan 7% daripada keseluruhan peratusan untuk
kenyataan pertama ini.Bertunjangkan kepada penyataan pertama ,keputusan
memaparkan 93% responden [70%(sangat setuju) + 23%(setuju)] bersetuju dengan
persepsi tersebut manakala 7% yang selebihnya[ 7% (kurang setuju)] tidak bersetuju
dengan persepsi mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk Taman Tuanku
Jaafar sebagai kesan daripada aktiviti yang dilakukan ketika bulan Ramadhan.Min
responden bagi keseluruhan penyataan pertama adalah 4.9 .
Seterusnya,penyataan yang kedua adalah meningkatkan komunikasi antara jiran
tetangga mendapat bilangan responden yang paling tinggi untuk setuju iaitu seramai
15 orang bersamaan dengan 50%.Terdapat juga persepsi penduduk yang hampir
mencecah bilangan responden dan peratusan yang sama seperti setuju iaitu sangat
setuju dengan bilangan responden kedua terbanyak sebanyak 13 orang bersamaan
dengan 43 % dan jumlah yang paling rendah disokong adalah untuk persepsi kurang
setuju iaitu seramai 2 orang bersamaan dengan 7%.Berasaskan kepada penyataan
kedua, keputusan memaparkan 93% responden [43%(sangat setuju) + 50%(setuju)]
bersetuju dengan persepsi tersebut manakala 7% yang selebihnya[ 7% (kurang
setuju)] tidak bersetuju dengan persepsi meningkatkan komunikasi antara jiran
tetangga sebagai kesan daripada aktiviti yang dilakukan ketika bulan Ramadhan.Min
responden bagi keseluruhan penyataan kedua adalah 4.6.

23
040224050397

Bagi penyataan ketiga pula,iaitu menjamin keselamatan dan keamanan kawasan


setempat terdapat seorang responden yang telah mengemukakan persepsi beliau untuk
tidak setuju bersamaan dengan 3% daripada 100% keputusan bagi kenyataan
ini.Disebaliknya pula terdapat 13 orang responden yang memilih sangat setuju
bersamaan dengan 43% dan jumlah responden yang paling tinggi diperolehi untuk
setuju iaitu seramai 16 orang bersamaan dengan 54% daripada keseluruhan peratusan
responden.Melihat pada penyataan ketiga, keputusan memaparkan bahawa 97%
responden [43%(sangat setuju) + 54%(setuju)] bersetuju dengan persepsi tersebut
manakala 3% yang selebihnya[ 3% (kurang setuju)] tidak bersetuju dengan persepsi
menjamin keselamatan dan keamanan kawasan setempat sebagai kesan daripada
aktiviti yang dilakukan ketika bulan Ramadhan.Min responden bagi keseluruhan
penyataan ketiga adalah 3.83.
Selanjutya,adalah penyataan keempat iaitu memberi peluang mengenali adat
istiadat kaum lain yang telah memperoleh jumlah responden yang paling tinggi bagi
sangat setuju iaitu seramai 15 orang merupakan sebahagian daripada jumlah 30
responden dan bersamaan dengan 50 %.Bagi persepsi setuju pula seramai 12 orang
responden telah memilih setuju bersamaan dengan 40 % dan kumpulan responden
yang paling sedikit diperolehi bagi pesepsi kurang setuju iaitu 3 orang bersamaan
10%.Tuntasnya,keputusan memaparkan bahawa 90% responden [50%(sangat setuju)
+ 40%(setuju)] bersetuju dengan persepsi tersebut manakala 10% yang
selebihnya[ 3% (kurang setuju)] tidak bersetuju dengan persepsi memberi peluang
mengenali adat istiadat kaum lain sebagai kesan daripada aktiviti yang dilakukan
ketika bulan Ramadhan.Min responden bagi keseluruhan penyataan keempat adalah
4.8 .

040224050397

24
Di samping itu,penyataan kelima adalah memberi peluang bertukaran pendapat
antara jiran memperoleh jumlah responden yang paling ramai bagi setuju iaitu
seramai 14 orang bersamaan dengan 47% diikuti dengan responden yang kedua
banyak diperoleh oleh sangat setuju iaitu seramai 11 orang bersamaan dengan
37%.Jumlah responden yang paling sedikit diperolehi bagi tidak setuju dan kurang
setuju iaitu seramai 3 orang bagi tidak setuju dan 2 orang bagi kurang setuju dan
masing-masing bersamaan dengan 10% dan 7% dalam peratusan.Impaknya,keputusan
yang diperoleh menunjukkan bahawa 83% responden [37% (sangat setuju) + 47%
(setuju)]bersetuju dan baki selebihnya iaitu 17% [10% (tidak setuju + 7%(kurang
setuju)] mengemukakan pendapat mereka untuk tidak bersetuju dengan penyataan
yang diberi sebagai kesan daripada aktiviti yang dilakukan ketika bulan
Ramadhan.Min responden bagi keseluruhan penyataan kelima adalah 4.0 .
Berikutnya pula adalah penyataan keenam yang dikemukan oleh pengkaji kepada
responden iaitu menyemai sikap prihatin dan baik hati dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum.Kenyataan ini mendapat perhatian responden dalam dua skala sahaja
iaitu dalam skala sangat setuju dan setuju di mana masing-masing mendapat bilangan
responden yang berbeza iaitu 23 orang bersamaan dengan 77% bagi skala sangat
setuju dan 7 orang bersamaan dengan 23% responden bagi skala setuju.Penyataan ini
adalah salah satu penyaataan atau dikenali sebagai kesan yang amat dominan yang
berlaku di Taman Tuanku Jaafar kerana penyataan ini dipersetujui oleh responden
100% kerana tiada responden yang memilih skala selain sangat setuju dan setuju.Min
responden bagi keseluruhan penyataan keenam ini adalah 4.8
Begitu juga dengan ,penyataan ketujuh mewujudkan suasana yang aman dan
harmoni kerana penyataan ini turut mendapat perhatian responden dalam dua skala
yang sama sahaja iaitu sangat setuju dengan bilangan responden seramai 22 orang
bersamaan dengan 73 % dan skala setuju dengan bilangan responden 8 orang
bersamaan dengan 27% menyebabkan dapatan kajian bagi penyataan ini dipersetujui
100% oleh para penduduk Taman Tuanku Jaafar.Min responden bagi keseluruhan
penyataan ini adalah 4.7.

040224050397

25
Kemudian,bagi penyataan kelapan iaitu mengukuhkan semangat perpaduan turut
mendapat responden dalam dua skala yang diletakkan dalam kategori bersetuju
kepada kenyataan tersebut iaitu skala sangat setuju dengan bilangan responden yang
paling ramai iaitu seramai 18 orang bersamaan dengan 60% dan skala setuju seramai
12 orang responden iaitu bersamaan dengan 40% datipada jumlah
keseluruhan.Persetujuan bagi penyataan ini adalah sama seperti dua penyataan
sebelum ini iaitu 100% kerana keseluruhan 30 responden bersetuju kepada penyataan
ini sebagai kesan daripada aktiviti yang dilakukan ketika bulan Ramadhan.Min
responden bagi keseluruhan penyataan kelapan adalah 4.6.
Namun begitu,bagi penyataan kesembilan iaitu meningkatkan keselamatan sosial
terdapat responden yang menyatakan pendapat bahawa tidak bersetuju kepada
penyataan tersebut kerana antara skala yang dipilih oleh responden termasuk juga
skala kurang setuju dengan bilangan responden sebanyak 3 orang bersamaan dengan
10%. Walaubagaimanapun terdapat juga skala setuju dan sangat setuju dimana
masing-masing memporeleh bilangan responden seramai 13 orang bagi setuju dan 14
orang bagi sangat setuju.Peratusan bagi kedua-dua skala adalah 43% dan 47%
masing-masing.Berasaskan kepada penyataan ini, keputusan memaparkan 90%
responden [47%(sangat setuju) + 43%(setuju)] bersetuju dengan persepsi tersebut
manakala 10% yang selebihnya[ 10% (kurang setuju)] tidak bersetuju dengan persepsi
meningkatkan keselamatan sosial sebagai kesan daripada aktiviti yang dilakukan
ketika bulan Ramadhan.Min responden bagi keseluruhan penyataan kesembilan ini
adalah 4.4

040224050397

26
Tambahan lagi,penyataan kesepuluh iaitu memudahkan urusan semua pihak turut
mendapat jumlah responden yang sama seperti penyataan kesembilan untuk skala
kurang setuju iaitu seramai 3 orang bersamaan dengan 10%Manakala untuk skala
sangat setuju dan setuju berlaku sedikit perubahan iaitu skala sangat setuju mendapat
jumlah responden seramai 13 orang bersamaan 43 % dan bagi skala setuju adalah 14
orang bersamaan 47% orang responden.Berasaskan kepada penyataan ini, keputusan
memaparkan 90% responden [43%(sangat setuju) + 47%(setuju)] bersetuju dengan
persepsi tersebut manakala 10% yang selebihnya[ 10% (kurang setuju)] tidak
bersetuju dengan persepsi memudahkan urusan semua pihak sebagai kesan daripada
aktiviti yang dilakukan ketika bulan Ramadhan.Min responden bagi keseluruhan
penyataan kesembilan ini adalah 4.3.
Penyataan kesebelas iaitu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan
semangat kejiranan mendapat perhatian daripada seorang responden bagi skala tidak
setuju bersamaan dengan 3%.Bagi skala sangat setuju dan setuju bilangan responden
adalah 17 orang dan 12 orang masing-masing bersamaan dengan 57% dan
40%.Tuntasnya, berdasarkan kepada penyataan ini, keputusan memaparkan bahawa
97% responden [57%(sangat setuju) + 40%(setuju)] bersetuju dengan persepsi
tersebut manakala 3% yang selebihnya[ 3% (tidak setuju)] tidak bersetuju dengan
persepsi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan semangat kejiranan
sebagai kesan daripada aktiviti yang dilakukan ketika bulan Ramadhan.Min
responden bagi keseluruhan penyataan kesepuluh adalah 4.5.
Sebelum menyentuh penyataan terakhir, melihat kepada penyataan keduabelas iaitu
menyemai sikap bertolak ansur antara masyarakat berbilang kaum mendapat
persetujuan 100% kerana tiada responden yang memilih skala lain selain sangat setuju
dan skala setuju dengan masing-masing mengumpul responden seramai 18 dan 12
orang responden bersamaan dengan 60% dan 40%.Min responden bagi keseluruhan
penyataan ini adalah 4.5.

040224050397

27
Akhir sekali penyataan yang paling terakhir bagi kajian kes ini adalah penyataan ke
tigabelas iaitu menggelakkan perselisihan faham antara jiran tetangga mendapat
persetujuan 100%daripada keseluruhan responden kerana 17 orang responden telah
memilih skala sangat setuju bersamaan dengan 57% dan 13 orang bagi skala setuju
bersamaan dengan 43%.Min responden bagi keseluruhan penyataan ini adalah 4.6.
Konklusinya, dengan menyimpulkan keseluruhan data yang telah diperoleh dan
dianalisis oleh pengkaji menunjukkan daripada lima skala likert yang dikemukakan ke
hadapan responden melalui borang soal selidik menyatakan bahawa skala likert yang
paling ketara dan banyak dipilih adalah skala likert sangat setuju dan setuju.Skala
yang jarang dipilih adalah kurang setuju dan tidak setuju manakala bagi skala sangat
tidak setuju tidak menjadi pilihan mana-mana responden daripada jumlah keseluruhan
yang diedarkan soal selidik.Segala data yang telah diperoleh dan dipaparkan adalah
data yang sahih dan benar yang diambil daripada para penduduk Taman Tuanku
Jaafar.Kesemua kesan yang dinyatakan telah menerima respons yang positif daripada
semua responden dan telah banyak membantu menjayakan kajian kes ini.

28
040224050397

6.0RUMUSAN
Secara kesimpulannya, terdapat 2 objektif yang telah dikenal pasti dalam kajian
ini.Kajian ini telah dilaksanakan di Taman Tuanku Jaafar, objektif kajian ini adalah
untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan penduduk Taman Tuanku Jaafar dan mengkaji kesan
daripada aktiviti yang dilakukan ketika bulan Ramadhan.Demi mencapai objektif
kajian tersebut, seramai 30 orang penduduk Taman Tuanku Jaafar telah dipilih secara
rawak mudah sebagai responden untuk menjawab borang soal selidik.
6.1Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan penduduk Taman Tuanku Jaafar.
Dapatan kajian juga mendapati terdapat 13 aktiviti yang dilakukan untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Taman Tuanku Jaafar.Setiap aktiviti
yang dijalankan telah mendapat persepsi yang pelbagai daripada para responden bagi
mengenal pasti aktiviti yang paling kerap dan efektif yang dilakukan untuk memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Taman Tuanku Jaafar. Menurut soal
selidik yang telah dijalankan, responden telah menjawab soal selidik mengikut setiap
jenis aktiviti yang telah disenaraikan dan juga telah menandakan aktiviti yang mereka
percaya bahawa aktiviti itu dijalankan di lokasi kajian.Antara aktiviti yang popular
dan kerap menjadi pilihan responden adalah mengadakan bazar
Ramadhan,menunaikan solat Jumaat di Masjid dan Program membuka puasa di
Masjid dan Surau serta Program Membuat bubur di kawasan rukun tetangga.
6.2Mengkaji kesan daripada aktiviti yang dilakukan ketika bulan Ramadhan.
Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat 13 kesan yang menarik minat
responden untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk di lokasi
kajian. Menurut soal selidik yang dijalankan, mereka setuju 100% dengan beberapa
kesan yang dikemukakan di dalam soalan.Antara kesan yang disokong penuh oleh
responden adalah menyemai sikap prihatin dan baik hati dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum,mewujudkan suasana yang aman dan harmoni,mengukuhkan
semangat perpaduan dan menyemai sikap bertolak ansur antara masyarakat berbilang
kaum.Terdapat juga segelintir responden yang tidak bersetuju untuk beberapa kesan
yang dikemukakan namun responden yang bersetuju adalah lebih dominan dan
majoriti daripada yang tidak bersetuju.

29
040224050397

6.3 Kesimpulan
Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati persepsi responden terhadap aktiviti-
aktiviti yang dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk Taman Tuanku Jaafar berbeza bagi setiap jenis aktiviti yang dikemukan
oleh pengkaji . Daripada kesemua jenis aktiviti yang dijalankan yang paling menarik
perhatian responden adalah Program membuka puasa di Masjid dan Surau.Selain
daripada itu, hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati pelbagai kesan yang
membantu memupuk semangat kejiranan dan perpaduan dalam kalangan penduduk
Taman Tuanku Jaafar.Antara kesanya adalah menyemai sikap prihatin dan baik hati
dalam kalangan masyarakat berbilang kaum,mewujudkan suasana yang aman dan
harmoni,mengukuhkan semangat perpaduan dan menyemai sikap bertolak ansur
antara masyarakat berbilang kaum.Kesemua kesan adalah kesan yang paling kerap
dirasai oleh penduduk Taman Tuanku Jaafar daripada 13 kesan yang
dikemukakan.Daripada kajian ini,diharapkan pihak berkenaan terutamanya penduduk
Taman Tuanku Jaafar serta pihak berkuasa setempat dapat mencari jalan
penambahbaikan dan langkah drastik untuk meningkatkan dan mengekalkan
semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Taman Tuanku Jaafar demi
kemakmuran dan kesejahteraan semua pihak.

30
040224050397
RUJUKAN

https://www.mpm.edu.my/stpm/bahan-kerja-kursus-stpm/category/900-pengajian-am
Manual pelaksanaan kerja kursus Pengajian Am SEM 2

https://www.google.com,google maps

Kamus Dewan,2007.Edisi ke-4

https://www.academia.edu/36678031/CONTOH_KERJA_KURSUS_PENGAJIAN_
AM_STPM_2016 , Contoh kerja kursus di Internet

https://www.sinarharian.com.my/article/125074/suara-sinar/analisis-sinar/sentiasa-berbuat-baik-
dengan-jiran-tetangga , Artikel Sentiasa berbuat baik dengan jiran tetangga ,Sinar Harian
22Februari2021

31
040224050397
LAMPIRAN

MASJID TAMAN TUANKU JAAFAR

MENUNAIKAN SOLAT JEMAAH DI MASJID

32
040224050397

BAZAR RAMADHAN TAMAN TUANKU JAAFAR

33
040224050397

BORANG SOAL SELIDIK


KERJA KURSUS PENGAJIAN AM
KOD MATA PELAJARAN 900/4

MAKLUMAN KEPADA RESPONDEN:


Soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan Kerja Kursus untuk mata pelajaran
Pengajian Am 900/4.Soal selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang
dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Taman Tuanku
Jaafar serta mengkaji kesan daripada aktiviti yang dilakukan ketika bulan Ramadhan.Segala
maklumat yang diberikan akan dirahsiahkan dan ia akan digunakan bagi kepentingan kajian
sahaja.

BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN


ARAHAN:Sila tandakan (√ ) mengikut maklumat diri yang dinyatakan di bawah.

MAKLUMAT DIRI RESPONDEN:

1. JANTINA:
a) Lelaki b) Perempuan

2. BANGSA:
a) Melayu b)India c) Cina

d) Lain-lain(Nyatakan)

3. SEKTOR PEKERJAAN:
a) Kerajaan b)Swasta c)Lain-lain(Nyatakan)

34
040224050397
BAHAGIAN B: MENGENAL PASTI AKTIVITI-AKTIVITI YANG
DILAKUKAN UNTUK MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN DALAM
KALANGAN PENDUDUK TAMAN TUANKU.

ARAHAN:Sila tandakan (√ ) pada ruangan aktiviti yang dijalankan di Taman Tuanku


Jaafar

BIL. JENIS AKTIVITI TANDAKAN (√ )


1. Bazar Ramadhan
2. Pemberian makanan percuma
kepada penduduk setempat
3. Program Tazkirah
4. Sumbangan kepada anak yatim
dan murid kurang mampu
5. Solat Jemaah di Masjid Taman
Tuanku Jaafar
6. Program membuka puasa di
Masjid dan Surau
7. Edaran risalah Ramadhan
8. Pertandingan kuiz Ramadhan,
mencipta kad raya dan sampul
raya.
9. Berkongsi juadah bersama jiran
tetangga ketika membuka puasa
10. Majlis Penutup Ihya Ramadhan
dan penyampaian hadiah
11. Kutipan Derma untuk membantu
golongan yang memerlukan
12. Program Membuat bubur di
kawasan rukun tetangga
13. Menunaikan solat Jumaat di
Masjid

35
040224050397
BAHAGIAN C: MENGKAJI KESAN DARIPADA AKTIVITI YANG
DILAKUKAN KETIKA BULAN RAMADHAN.

ARAHAN:Sila tandakan (√ ) mengikut skala yang dinyatakan dibawah


Skala likert:
1 2 3 4 5
Sangat tidak Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat Setuju
setuju
SOAL SELIDIK TAMAT
BIL. KENYATAAN 1 2 3 4 5
1. Mengeratkan hubungan silaturahim antara
penduduk Taman Tuanku Jaafar
2. Meningkatkan komunikasi antara jiran tetangga
3. Menjamin keselamatan dan keamanan kawasan
setempat.
4. Memberi peluang mengenali adat istiadat kaum
lain
5. Memberi peluang bertukaran pendapat antara
jiran
6. Menyemai sikap prihatin dan baik hati dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum
7. Mewujudkan suasana yang aman dan harmoni
8. Mengukuhkan semangat perpaduan
9. Meningkatkan keselamatan sosial
10. Memudahkan urusan semua pihak
11. Meningkatkan kesedaran masyarakarat tentang
kepentingan semangat kejiranan
12. Menyemai sikap bertolak ansur antara
masyarakat berbilang kaum
13. Mengelakkan perselisihan faham antara jiran
tetangga

SEKIAN TERIMA KASIH

36

You might also like