You are on page 1of 36

041216-12-1356

ABSTRAK

Kertas kerja kursus bertajuk kajian terhadap aktiviti gotong – royong yang dijalankan oleh
penduduk PPR Taman Murni .Kawasan kajian sebagai tempat memupuk semangat integrasi
dan perpaduan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis aktiviti gotong-royong
yang sesuai dijalankan oleh penduduk Taman Murni yang memupuk integrasi dan perpaduan
dan kesan aktiviti gotong-royong kepada penduduk di Kawasan kajian . Metodologi kajian
yang saya gunakan ialah soal selidik,kajian lapangan, pemerhatian dan rujukan internet .
Seramai 30 orang penduduk telah menjadi responden dalam kajian ini . Instrumen boring
soal selidik dibentuk berdasarkan objektif kajian. Data telah dianalisis menggunakan kaedah
statistik deskriptif seperti frekuensi untuk melihat peratusan dan purata . Pemerhatian telah
dilakukan dalam masa beberapa hari seperti memerhatikan aspek persekitaran di Taman
Murni . Kajian internet digunakan mendapatkan maklumat mengenai aktiviti gotong-royong
dan lokasi kajian . Kesimpulannya, Taman Murni mampu menjadi wadah untuk memupuk
integrasi dann perpaduan dalam kalangan penduduk PPRTaman Murni .

1
041216-12-1356

ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Abstrak
2 Isi Kandungan
3 Penghargaan
4 1.0 Pengenalan
5 2.0 Objektif Kajian
6 3.0 Lokasi Kajian
7 4.0 Metodologi Kajian

4.1 Reka Bentuk Kajian

4.2 Kaedah Kajian

4.3 Persampelan Kajian

4.4 Instrumen Kajian

4.5 Cara Persembahan Data

8 5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan

5.1 Data Demografi Responden

5.2 Mengenal pasti jenis aktiviti gotong-royong

5.3 Mengkaji kesan aktiviti gotong-royong


terhadap penduduk

9 6.0 Rumusan dan Kesimpulan


10 7.0 Rujukan
11 8.0 Lampiran

1
041216-12-1356

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Ilahi saya dapat menyiapkan kerja kursus ini .
Dalam usaha menyiapkan kerja kursu ini, says ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Shim Siew Yee selaku guru Pengajian Am saya yang
telah meluangkan banyak masa dalam memberikan bimbingan dan tunjuk ajar hingga saya
dapat melengkapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang ditetapkan .
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah
banyak membantu dan meberikan dorongan,galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya
menjalankan kajian ini.
Terima kasih juga turut diucapkan kepada rakan-rakan di sekolah saya kerana berkongsi
idea dan banyak memberikan komen membina dan bersama-sama membantu saya mencari
bahan untuk tajuk kajian saya. Tidak lupa juga,terima kasih kepada semua responden saya
kerana sudi meluangkan masa menjawab boring soal selidik .
Akhir kata, seikhlas setulus kata terima kasih kepada semua pihak yang terlibata
membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjalankan kerja kursus ini.

1
041216-12-1356

1.0 PENGENALAN

Takrif sosial menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah segala yang berkaitan
dengan kemasyarakatan. Sosial juga berkaitan dengan persahabatan, pergaulan, dan aktiviti
masa lapang. Aktiviti yang melibatkan perjumpaan dalam keramaian. Selain itu, sosial juga
membawa maksud demokrasi faham atau ajaran yang bertujuan membangunkan masyarakat
secara damai untuk mencapai masyarakat sosialis, demokrasi penganut atau penganjur faham
sosial demokrasi. Sosial bercampur gaul (biasanya dimaksudkan anatara lelaki dengan
perempuan) dan pemuda – pemudi yang pandai menyesuaikan diri dengan peralihan zaman
sekarang .

Definisi bagi budaya menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah tamadun,
peradaban bagi sesebuah masyarakat yang mempunyai cara berfikir dengan akal budi ( cara
berfikir) yang sudah maju dan berkelakuan dan sebagainya .Sebagai contohnya , budaya
adat , pakaian , tingkah laku dan sebagainya yang diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau
bangsa yang mebudayakan sesuatu perkara menjadi kebiasaan atau kelaziman . Justeru,
budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang boleh yang diamalkan oleh
kumpulan tertentu dan merangkumi kebendaan atau kerohanian , politik , kepercayaan , adat
resam , sikap dan nilai .Selain itu, menurut Rohana Yusof (2010) menyatakan bahawa budaya
berkaitan dengan perkara budi dan akal . Permasalahan diselesaikan menggunakan budi dan
akal yang baik. Jika penyelesaian yang diambil daripada hasil pemikiran tersebut diterima
dan dapat dijadikan amalan bersama . Menurut tokoh pertama iaitu Taylor (1974)
mendefinisikan budaya sebagai satu keseluruhan yang bersifat kompleks.

Perkataan kejiranan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sesuatu perkara
yang berhubungan dengan jiran atau hidup sebagai jiran. Jiran sinonim dengan tetangga atau
orang yang tinggal berhampiran atau bersebelahan dengan rumah seseorang (Kamus Dewan
Edisi Empat) . Menurut pandangan Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah jiran merupakan orang yang
tinggal di sekeliling kita sama ada di depan, belakang, kiri, atau pun kanan . Jiran mampu
menjadi orang yang membantu kita selain keluarga Ketika berada dalam kesusahan . Selain
itu , Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas ,

1
041216-12-1356

Maksud aktiviti menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah kegiatan . Kegiatan
sosial , jiran membawa pemahaman hubungan kekeluargaan atau pertalian darah . sukan dan
budaya yang bersama – sama melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang sudah dirancang .

Aktiviti berasal daripada Bahasa latin iaitu “perbuatan” makna asas “melakukan” atau
“lakukan”.

Definisi bagi gotong-royong daripada menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah
gotong – royong bermaksud tolong – menolong atau kerja bersama – sama. Aktiviti gotong –
royong masih banyak masih giat dilakukan di kampung – kampung . Royong membawa
maksud mengusahakan (mengerjakan) sesuatu bersama – sama penduduk setempat .
Manakala gotong bermaksud membawa sesuatu yang berat bersama orang lain dan tidak
dilakukan seorang diri. Selain itu, menurut sumber dalam talian Sinar Harian , gotong –
royong adalah salah satu budaya rakyat Malaysia . Dalam suasana masyarakat majmuk di
Malaysia, aktiviti gotong- royong sebenarnya mampu mewujudkan persefahaman antara
kaum melalui semangat bantu – membantu dan bekerjasama.

Definisi wadah integrasi menurut Kamus Bahasa Melayu untuk perkataan wadah ialah
saluran untuk melakukan atau menyampaikan sesuatu informasi . Manakala definisi bagi
integrasi ialah penggabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan . Berdasarkan
takrif yang dikemukakan itu wadah integrasi dapat dinyatakan sebagai sesuatu saluran untuk
menyampaikan sesuatu maklumat dalam usaha untuk menyatupadukan sesuatu bangsa dan
kaum .

Definisi perpaduan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Puataka mentakrifkan perpaduan
sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian , kecocokan dan perihal berpadu iaitu
bergabung menjadi satu sepakat . Menurut buku teks Sejarah tingkatan 5 bab 7 perpaduan
bermaksud keadaan rakyat daripada pelbagai etnik, agama, dan wilayah hidup dengan aman
dalam masyarakat yang Bersatu. Mereka juga memberi komitmen penuh kepada identity
kebangsaan berlandaskan Perlembagaan Persatuan dan Rukun Negara.

1
041216-12-1356

Penduduk menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke-4 dapat ditakrifkan sebagai
orang yang menduduki sesuatu daerah di sesebuah negeri. Menurut laman web
CourseHero.com. Mengikut pandangan Haji Rodzli, Keng Su Seng (2012) penduduk

merupakan komponen yang sangat penting dalam suatu wilayah atau negara dalam proses
kemajuan negara.

PPR Taman Murni Batu 7 Jalan Army Camp 90000, Sandakan, Sabah.
Taman perumahan ini merupakan lokasi kajian saya untuk menjalan kan kajian ini. Taman
Murni dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik yang
lancer,kemudahan infrastruktur pengangkutan jalan raya yang baik , kemudahan kesihatan
seperti Klinik 1 Malaysia , Kemudahan masjid dan Kemudahan sekolah kebangsaan Kem
Tentera yang berhampiran dengan kawasan perumahan dan akhir sekali kemudahan
persekolahan Tabika Kemas yang berada di dalam Kawasan PPR Taman Murni .

Rasional kajian bagi kerja Kursus ini ialah aktiviti gotong – royong di persekitaran
rumah, di taman permainan , gelanggang dan tong sampah digalakkan untuk dilakukan
bersama – sama pada hari hujung minggu . Aktiviti gotong – royong tersebut merupakan
salah satu medium yang boleh dilakukan bersama – sama dengan penduduk di Taman Murni
sebagai cara memupuk integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk di Taman Murni
Batu 7, Jalan Army Camp 90000 Sandakan, Sabah .

Kesimpulannya, pengkaji telah memilih Taman Murni Batu 7, Sandakan, Sabah sebagai
tempat pengkaji membuat kajian . Hal ini penting bagi menjalankan kajian ini dengan lebih
spesifiklagi mengenai Kawasan tersebut supaya mengukuhkan perpaduan dan semangat
kejiranan dalam kalangan penduduk di Kawasan Taman Murni Blok F, Sandakan, Sabah .

1
041216-12-1356

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Mengenal pasti jenis aktiviti gotong- royong yang dijalankan oleh penduduk di PPR
Taman Murni Batu 7, Sandakan , Sabah .

2.2 Mengkaji kesan gotong – royong yang dijalankan bagi memupuk integrasi dan perpaduan
dalam kalangan penduduk di PPR Taman Murni, Batu 7 , Sandakan , Sabah .

1
041216-12-1356

3.0 LOKASI KAJIAN

Peta 1: Negeri Sabah

Sumber: https://peta-hd.com/peta-sabah/

Sabah merupakan negeri di Bawah Bayu. Sabah ialah negeri kedua terbesar di Malaysia
yang terdiri daripada 13 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan .Keluasan kawasannya
mengjangkau kira-kira 72,500 kilometer persegi . Sabah dipenuhi dengan pantai yang
dikelilingi oleh Laut China Selatan di bahagian Barat,Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan
Laut Celebes di bahagian Timur . Sabah terletak di bahagian paling utara Borneo dan
merupakan pulau ke-3 terbesar di dunia.

Penduduk Sabah terdiri daripada 33 kumpulan peribumi yang berkomunikasi dalam lebih
50 bahasa dan 80 dialek etnik. Kumpulan etnik terbesar di Sabah ialah Kadazandusun. Pesta
Menuai yang disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun ialah perayaan yang disambut oleh
etnik Kadazandusun dengan tujuan untuk menghormati “roh beras” serta menzahirkan rasa
syukur mereka kerana hasil tuaian yang lumayan. Etnik lain di Sabah ialah Bajau, juga
dikenali sebagai “Koboi Timur”, serta Murut, iaitu orang-orang bukit dan pemburu kepala
pada masa lalu.Di samping itu, kumpulan etnik kedua dan ketiga terbesar di Sabah. Suku
kaum etnik lain yang terdapat di Sabah ialah Bisaya, Iranun, Melayu Brunei, Bugis, Kedayan,
Lotud,

1
041216-12-1356

Lundayeh, Rungus, Suluk, Minokok, Bonggi, Ida'an, dan banyak lagi. Selain itu, bangsa Cina
juga merupakan kumpulan utama bukan peribumi di Sabah.

Iklim di Sabah ialah iklim khatulistiwa dengan suhu kira-kira 32°C (90°F) bagi kawasan
tanah rendah dan purata suhu 21°C (70°F) bagi kawasan tanah tinggi. Sabah mengalami
cuaca panas dan cerah sepanjang tahun. Sabah mengalami hujan sepanjang tahun tetapi boleh
menjadi jauh lebih lembap ketika musim Monsun Timur Utara (Oktober - Februari), dan
panas / kering antara bulan Mei dan September.

Dari segi pertuturan cara berbahasa, Sabah bercakap Bahasa Malaysia walau
bagaimanapun orang Sabah menggunakan dialek Sabahan Baku yang mempunyai sedikit
perbezaan daripada dialek orang Malaysia Barat,Semenanjung. Selain Bahasa ibunda
Kadazan, Dusun, Murut, Bajau serta beberapa Bahasa inggeris juga dipertuturkan di negeri
ini.

1
041216-12-1356

Peta 2: daerah Sandakan,Sabah

Sumber: sabahtravelguide.com/eng/sandakan-map-2/

Sandakan ialah bandar dan Pelabuhan, Timur Sabah, Malaysia Timur, Timur Laut
Borneo. Sandakan juga merupakan bandar utama di Sabah dan merupakan bandar kedua
terbesar di negeri tersebut . Terletak di kedudukan 5° 30” Utara sehingga ke 6° 17” ke Utara,
manakala di kedudukan garis bujur adalah 117° 37” Timur sehinggalah 118° 21” Timur.
Sandakan merupakan bandar di negara Malaysia yang paling ke timur dari aspek garis lintang
dan bandar yang terletak paling ke timur bagi negeri Sabah. Bandar Sandakan juga terletak
kira-kira 1,900-kilometer dari Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia dan hanya kira-kira 28
kilometer dari sempadan negara Filipina. Bandar Sandakan telah wujud sebagai sebuah
residensi semenjak tahun 1948.

1
041216-12-1356

Ditubuhkan pada tahun 1874 sebagai Elopura, pembangunan pelabuhan bergantung


kepada perdagangan hasil hutan seperti rotan, kayu , sarang burung, kelapa, dan dammar.
Pautan komersilnya secara sejarah adalah dengan Hong Kong, Jepun dan Australia.
Dikelilingi oleh tanah tinggi, kebanyakan kawasan tengah Sandakan telah dibina di atas tanah
yang ditebus dari laut sejak awal 1920-an.

Sandakan mempunyai lapangan terbang di Batu 7 dan dihubungkan melalui jalan raya
ke Kota Kinabalu, ibu negeri, melalui Ranau.

1
041216-12-1356

Peta 3: Taman murni Batu 7

Sumber: Google Map

Gambar 1: Taman Murni Batu 7

Sumber: Kerja Lapangan 2023

1
041216-12-1356

Pengkaji telah memilih PPR Taman Murni Batu 7 sebagai tempat pengkaji membuat
kajian kerana pengkaji tinggal di kawasan perumahan tersebut. Hal ini dapat memudahkan
pengkaji memperoleh maklumat dengan lebih cepat dan mudah. Taman Murni terletak 14.4
km jarak dari Bandar Sandakan. Bilangan unit di taman perumahan ini ialah sebanyak 500
unit. Hal ini memudahkan pengkaji mendapat kan lebih banyak responden untuk menjawab
borang soal selidik yang akan diberikan kepada responden. Bilangan responden yang banyak
ini membantu pengkaji mendapat kan maklumat dengan banyak dan cekap. Kawasan
perumahan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti kemudahan sekolah,
kemudahan kesihatan dan kemudahan internet. Sekolah Tabika Kemas merupakan
kemudahan sekolah yang ada di dalam Kawasan perumahan Taman Murni. Terdapat juga
kemudahan masjid yang membolehkan penduduk muslim di taman tersebut menjalankan
ibadah sembahyang. Klinik Kesihatan 1 Malaysia merupakan contoh kemudahan kesihatan
yang ada di dalam Kawasan perumahan Taman Murni Batu 7 Sandakan, Sabah.

1
041216-12-1356

4.0 METODOLOGI
Metodologi merupakan satu kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kajian keatas
subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang teratur.Menurut Ustaz Kenali dan para
pengkaji penyelidikan metodologi penyelidikan merupakan kaedah mereka bentuk,
mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong
sesuatu kajian dan dapat merumuskan kajian yang dikaji. Metodologi menerangkan cara
sesuatu masalah yang dikaji dan sebab tertentu digunakan. Tujuan metodologi adalah untuk
membantu memahami dengan lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan
membuat huraian tentang proses kajian.
4.1 REKA BENTUK
Reka bentuk kajian merupakan cara untuk mendapatkan maklumat dan data yang berkait
dengan tujuan kajian yang dilaksanakan. Reka bentuk kajian akan membawa ke arah
mendapatkan maklumat dan data yang berhubung dengan tujuan kajian dijalankan. Antara
salah satu tujan membuat reka bentuk adalah untuk mencari jawapan setiap persoalan yang
dinyatakan kajian.Kajian ini adalah mengenalpasti jenis aktiviti gotong-royong yang
biasanya dilakukan oleh penduduk di Taman Murni

4.2 KAEDAH KAJIAN


Kaedah kajian merujuk kepada sesuatu pendekatan yang digunakan untuk mencari jawapan
atau penelesaian kepada sesuatu masalah yang hendak dikaji Kaedah kuantitatif dan kaedah
kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Kuantitatif bertujuan 'bagaimana'.Kuantitatif
mengklasifikasikan mengira ciri, dan membina model statistik dalam usaha untuk
menjelaskan apa yang deperhatikan. Kuantitatif menggunakan alat seperti soal selidik untuk
mengumpul data berangka. Indikator kuantitatif ialah peratus, nisbah, min dan kadar.
Obejektif kaedah kuantutatif adalah untuk menunjukkan perbezaan dan menerangkan secara
statistik. Kualitatif bertujuan ‘ mengapa’. Kualitatif memberatkan usaha untuk mencari dan
memberikan keterangan.Pemerhatian kualitatif bukan numerical , iaitu tidak bergantung
kepada statistik atau nombor. Indikator kuanlitatif ialah komen lisan, penyataan, pendapat dan
persepsi.

4.3 PERSAMPEL KAJIAN


Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah dengan memberi arahan
kepada responden untuk menjawab boring soal selidik yang disediakan oleh pengkaji ( sila
rujuk kepada Lampiran untuk mendapat contoh boring soal selidik). Seramai 30 responden
telah dipilih secara rawak untuk mengisi borang soal selidik. Bilangan sampel bersesuaian
dengan kajian kuantitatif .

1
041216-12-1356

4.4 INSTRUMEN KAJIAN


Kaedah ini menggunakan instrument soal selidik, pemerhatian, kajian internet.
4.4.1 SOAL SELIDIK
Soal selidik adalah bentuk kajian yang popular sering digunakan oleh kebanyakan
penyelidikkerana soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka dengan
mudah. Melalui soal selidik maklumat berhubung dengan responden boleh dirahsiakan.
Pengkaji mengedarkan 30 borang selidik kepada 30 orang responden penduduk di Taman
Murni Batu 7 , Sandakan, Sabah. Borang digunakan untuk memudahkan pelaksanaan kajian
in dan maklumat responden dikumpulkan bagi mendapat data yang berunsur
kuantitatif .Borang soal selidik ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu Bahagian A berkenaan
maklumat responden penduduk Taman Murni Batu 7 , Bahagian B merupakan bahagian
mengenai jenis – jenis aktiviti gotong – royong yang boleh dilakukan setiap hujung minggu
oleh penduduk Taman Murni Batu 7 dan Bahagian C berkaitan kesan aktiviti bergotong –
royong yang dijalankan bagi memupuk perpaduan dalam kalangan penduduk di Taman Murni
Batu 7.

4.4.2 PEMERHATIAN
Pemerhatian merupakan kaedah seorang pengkaji menjalankan pemerhatian ke atas jenis
aktiviti yang sesuai dijalankan . Tujuan Pemerhatian pemerhatian adalah untuk mendapat
gambaran sebenar atau secara langsung ke stas perkara- perkara yang sedang dikaji Pengkaji
melakukan beberapa sesi pemerhatian semasa pulang dari sekolah pada 17 dan 18 April 2017
dari pukul 2.40 petang hingga 5.00 petang . Pengkaji telah mengambil gambar sebagai bukti
dan hasil pemerhatian (sila rujuk kepada Lampiran).

4.4.3 KAJIAN INTERNET


Kajian internet memudahkan pengkaji untuk mencari dan memperoleh maklummat dengan
cepat hanya melalui pelbagai medium media sosial untuk mendapatkan maklumat ha ya
menggunakan telefon bimbit Oleh itu. Pengkaji mudah mendapatkan maklumat dengan lebih
jelas dan skop yang luas.

4.5 CARA PERSEMBAHAN DATA


Pengkaji tElah mencari 30 orang responden untuk menjawab solan dalam borang soal selidik.
Melalui kaedah kiraan bilangan, peratusan, min, jadual, graf dan carta, pengkaji dapat
mengetahui demografi responden dan mengenal pasti jenis-jenis aktiviti gotong-royong yang
sesuai dijalankan oleh penduduk PPR Taman Murni serta kesan aktiviti gotong-royong yang
dialankan bagi memupuk semangat integrasi dan perpaduan kepada penduduk di Kawasan
kajian. Cartai pai sesuai digunakan untuk menggambarkan saiz komponen bagi sesuatu
jumlah. Graf merupakan cara grafik bagi mempersembahkan maklumat dan data. Selain
mudah dibaca dan ditafsir, rupa graf juga menarik.

1
041216-12-1356

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

BAHAGIAN A : DATA DEMOGRAFI RESPONDEN

Jadual 1 dibawah menunjukkan pecahan 30 orang responden yang merupakan penduduk di


Taman Murni Batu 7, Sandakan Sabah yang telah menjawab borang soal selidik yang
penyelidik edarkan kepadan para responden .

1. Jantina Responden

Carta 1 : Analisis Peratusan Jantina Responden


Sumber : Borang Soal Selidik (google form)
Berdasarkan carta diatas terdapat seramai 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab soalan
ini. Daripada carta 1 bilangan jantina responden adalah sama . Penyelidik memberikan soalan soal
selidik kepada 15 orang perempuan dan 15 orang lelaki iaitu masing – masing bersamaan dengan 50%

1
041216-12-1356

2. Umur Responden

Carta 2 : Analisis Peratusan Umur Responden


Sumber : Borang soal selidik (google form )
Carta 2 menunjukkan jumlah responden berdasarkan umur di kawasan kajian . Berdasarkan
carta tersebut , seramai 13 orang responden yang berumur 19 tahun dan ke bawah iaitu
bersamaan dengan 43.3%. Seramai 26.7% yang berumur 20-29 tahun iaitu seramai 8 orang
responden . Bagi golongan umur 30 – 39 tahun dan 40 – 49 tahun menunjukkan bilangan
peratusan responden yang sama iaitu 13.3 % yang mewakili 4 orang responden . Akhir
sekali , umur responden yang berumur 50 tahun dan ke atas mewakili 1 orang
responden .Lingkungan umur yang paling tinggi ialah golongan umur 19 tahun dan ke bawah
kerana lingkungan umur seperti itu merupakan remaja yang bergiat aktif dalam setiap aktiviti
pembersihan gotong – royong .

1
041216-12-1356

3. Bangsa RespondeM

Carta 3 : Analisis Peratusan Bangsa Responden


Sumber : Borang Soal Selidik ( google form )
Berdasarkan carta di atas , seramai 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang
disediakan oleh pengkaji . Carta 3 menunjukkan bilangan responden mengikut bangsa di kawasan
kajian . Seramai 21 orang responden atau bersamaan dengan 70% adalah berbangsa Melayu .
Manakala responden yang berbangsa cina adalah 3 orang atau 10.0 % . Seramai 2 orang respoden
yang berbangsa india atau bersamaan 6.7% .Bilangan responden berbangsa lain-lain lebih ramai
daripada responden berbangsa cina dan india iaitu sebanyak 4 orang responden tandai bangsa lain –
lain atau bersamaan 13.3% . Hal ini dikatakan demikian kerana responden mungkin berbangsa suluk
dan sungai .

1
041216-12-1356

4.Pekerjaan

Carta 4 : Analisis Peratusan Pekerjaan Responden


Sumber : Borang Soal Selidik ( google form )
Berdasarkan Carta di atas, seramai 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang
disediakan oleh pengkaji. Carta 4 menunjukkan jenis pekerjaan responden di kawasan kajian. Seramai
12 orang atau bersamaan 40% memilih pekerjaan lain-lain . Pekerjaan dibawah kerajaan menunjukkan
bilangan 4 orang responden atau 13.3% yang mungkin bekerja sebagai seorang guru Tadika Kemas,
dan Perawat klinik kesihatan .Manakala pekerjaan swasta bersamaan dengan 5 orang responden atau
16.7 % . Sebanyak 9 orang atau bersamaan dengan 30% responden memiliki pekerjaan sendiri iaitu
berniaga sendiri seperti pekerjaan menjual pisang goreng dan kedai runcit .

1
041216-12-1356

5. STATUS PERKHAWINAN

Carta 3 : Analisis Peratusan Status Perkhawinan Responden


Sumber : Borang Soal Selidik ( google form )

Berdasarkan carta di atas seramai 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab soalan
soal selidik. Carta 5 menunjukkan status perkahwinan para responden . Kebanyakkan
daripada responden merupakan seorang yang berstatus bujang iaitu sebanyak 20 oeang atau
bersamaan dengan 66.7%.Manakala responden yang berstatus sd berkahwin adalah sebanyak
8 orang atau 26.7% sahaja . Para responden yang berstatus duda dan janda masing – masing
adalah 1 orang sahaja atau 3.3% sahaja .

1
041216-12-1356

BAHAGIAN B

OBJEKTIF 1 : Mengenal pasti jenis aktiviti gotong-royong yang dijalankan oleh


penduduk Taman Murni Batu7,Sandakan,Sabah

PERKARA SANGAT TIDAK TIDAK SETUJU SANGAT


TIDAK SETUJU PASTI SETUJU
SETUJU

BIL (%) BIL (%) BIL (%) BIL (%) BIL (%)
S1 Membersihkan surau 0 0.0 0 0.0 0 0.0 13 43.3 17 56.7
S2 Menyapu sampah di 0 0.0 0 0.0 3 10 9 30 18 60.0
persekitaran rumah
S3 Membersihkan longkang 0 0.0 0 0.0 1 3.3 13 43.3 16 53.3
yang dipenuhi sampah
sarap

S4 Membersihkan lantai blok 0 0.0 1 0.0 1 3.3 15 50 13 43.3


yang berlumut dan
bersampah

S5 Menanam anak pokok di 0 0.0 0 0.0 5 16.7 17 56.7 7 23.3


kawasan lapang

Jadual 1 : Mengenal pasti jenis aktiviti gotong-royong yang dijalankan oleh penduduk

Taman Murni Batu7,Sandakan,Sabah

Sumber : Borang Soal Selidik

Jadual 1 menunjukkan bahagian B untuk mengenal pasti aktiviti gotong-royong yang


dijalankan oleh penduduk di Taman Murni Batu7,Sandakan,Sabah dan jumlah responden
serta jumlah peratusan yang diperoleh melalui kaedah boring soal selidik.

1
041216-12-1356

Graf 1 : Mengenalpasti pasti jenis aktiviti gotong - royong yang dijalankan ole penduduk di PPR
Taman Murni Batu 7

Sumber : Borang Soal Selidik

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan seramai 30 orang responden telah menjawab borang
soal selidik . Pengkaji mendapati bahawa 17 orang responden atau bersamaan dengan 56.7%
sangat setuju bahawa aktiviti membersihkan surau dapat memupuk integrasi di Taman Murni,
manakala 13 orang responden atau bersamaan 43.3% bersetuju. Seterusnya, tiada responden
yang memilih atau kosong peratus untuk skala likert sangat tidak setuju dan tidak bersetuju .

1
041216-12-1356

Hal ini menunjukkan bahawa ramai responden yang sangat bersetuju kerana apabila
membersihkan surau bersama akan meningkatkan ukhuwah antara para jemaah surau.

Seterusnya, aktiviti gotong-royong menyapu sampah di persekitaran rumah (S2) ,


seramai 18 orang responden atau bersamaan dengan 60% sangat setuju dan terdapat 9 orang
responden atau 30% memilih setuju. Manakala, 3 orang responden atau 10% tidak pasti.
Skala Likert bagi sangat tidak setuju dan tidak setuju pula tiada responden yang memilihnya
atau kosong peratus . Menurut pemerhatian pengkaji,a aktiviti menyampu sampah di
persekitaran rumah dapat memupuk perpaduan. Hal ini dikatakan demikian kerana, penduduk
menyapu sampah bukan sahaja di hadapan persekitaran rumah mereka sahaja tetapi juga
membantu menyapu sampah di persekitaran rumah jiran – jiran ketika jiran sibuk .

Aktiviti gotong royong membersihkan longkang yang dipenuhi sampah sarap (S3) .
Sebanyak 16 orang responden atau 53.3% sangat bersetuju dan 13 orang responden atau
43.3% memilih setuju . Manakala, terdapat responden yang memilih tidak pasti iaitu 1 orang
responden atau 3.3% . Skala Likert bagi sangat tidak setuju dan tidak setuju pula tiada
responden yang memilihnya atau kosong peratus .Berdasarkan pemerhatian pengkaji,
penduduk mengeluh kerana longkang dipenuhi dengan sampah sarap. Oleh itu,
membersihkan longkang bersama – sama dapat mewujudkan sikap tanggungjawab dan untuk
amanah menjaga kebersihan longkang daripada sampah sarap .

Aktiviti gotong-royong lain adalah aktiviti membersihkan lantai blok yang berlumut
dan bersampah (S4) . Sejumlah 13 orang responden atau bersamaan 43.3% responden sangat
setuju, manakala responden yang menanda setuju adalah sebanyak 15 orang atau bersamaan
dengan 50% responden . Bagi tidak pasti mempunyai 1 orang responden atau 3.3% dan tidak
setuju juga mempuyai 1 orang responden atau 3.3% yang memilihnya . Namun, tiada orang
atau kosong peratus responden yang memilih bagi sangat tidak setuju . Menurut pemerhatian
pengkaji, remaja di kawasan kajian membersihkan blok yang berlumut beramai – ramai . Hal
ini dapat mewujudkaan integrasi dan perpaduan dalam kalangan remaja walaupun berbeza
umur .

Akhir sekali, aktiviti gotong-royong bagi menanam anak pokok di kawasan lapangan
(S5) . Sebanyak 7 orang responden atau bersamaan dengan 23% sangat bersetuju dan
bilangan responden yang memilih setuju adalah paling tinggi iaitu sebanyak 17 orang
responden atau bersamaan dengan 56.7% . Manakala, 5 orang atau 16.7% tidak pasti .
Selanjutnya, sangat tidak setuju dan tidak setuju pula tidak ada responden atau kosong
peratus reponden yang memilihnya . Aktiviti menanam anak pokok ini boleh dilakukan oleh
kanak – kanak di kawasan kajian . Hal ini dapat mewujudkan semangat perpaduan dalam diri
kanak – kanak sejak kecil lagi .

1
041216-12-1356

BAHAGIAN C

OBJEKTIF 2 : Mengkaji kesan gotong-royong yang dijalankan bagi memupuk


integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk di PPR Taman Murni
Batu7,Sandakan,Sabah

PERKARA SANGAT TIDAK TIDAK SETUJU SANGAT


TIDAK SETUJU PASTI SETUJU
SETUJU
BIL (%) BIL (%) BIL (% BIL (%) BIL (%)
)
S1 Dapat mengeratkan 0 0.0 0 0.0 0 0.0 9 30 21 70
perpaduan antara kaum
S2 Dapat mewujudkan 0 0.0 0 0.0 2 6.7 6 20 22 73.3
sikap bekerjasama
dalam melakukan
sesuatu aktiviti
S3 Dapat menjadikan 0 0.0 1 3.3 2 6.7 11 36. 16 53.3
sesuatu pekerjaan 7
menjadi cepat disiapkan
S4 Dapat melahirkan 0 0.0 0 0.0 1 3.3 17 56. 12 40
masyarakat yang 7
bertanggungjawab
S5 Dapat menjamin 0 0.0 0 0.0 0 0.0 14 46. 16 53.3
kebersihan persekitaran 7
yang cantik dan teratur

Jadual 2 : Mengkaji kesan gotong-royong yang dijalankan bagi memupuk integrasi dan

perpaduan dalam kalangan penduduk di PPR Taman Murni Batu 7,Sandakan,

Sabah

Sumber : Borang Soal Selidik

1
041216-12-1356

Graf 1 : Mengenalpasti pasti jenis aktiviti gotong - royong yang dijalankan ole penduduk di PPR
Taman Murni Batu 7

Sumber : Borang Soal Selidik

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan seramai 30 orang responden telah menjawab borang
soal selidik . Pengkaji mendapati bahawa 17 orang responden atau bersamaan dengan 56.7%
sangat setuju bahawa aktiviti membersihkan surau dapat memupuk integrasi di Taman Murni,
manakala 13 orang responden atau bersamaan 43.3% bersetuju. Seterusnya, tiada responden
yang memilih atau kosong peratus untuk skala likert sangat tidak setuju dan tidak bersetuju .
Hal ini menunjukkan bahawa ramai responden yang sangat bersetuju kerana apabila
membersihkan surau bersama akan meningkatkan ukhuwah antara para jemaah surau.

1
041216-12-1356

Seterusnya, aktiviti gotong-royong menyapu sampah di persekitaran rumah (S2) ,


seramai 18 orang responden atau bersamaan dengan 60% sangat setuju dan terdapat 9 orang
responden atau 30% memilih setuju. Manakala, 3 orang responden atau 10% tidak pasti.
Skala Likert bagi sangat tidak setuju dan tidak setuju pula tiada responden yang memilihnya
atau kosong peratus . Menurut pemerhatian pengkaji,a aktiviti menyampu sampah di
persekitaran rumah dapat memupuk perpaduan. Hal ini dikatakan demikian kerana, penduduk
menyapu sampah bukan sahaja di hadapan persekitaran rumah mereka sahaja tetapi juga
membantu menyapu sampah di persekitaran rumah jiran – jiran ketika jiran sibuk .

Aktiviti gotong royong membersihkan longkang yang dipenuhi sampah sarap (S3) .
Sebanyak 16 orang responden atau 53.3% sangat bersetuju dan 13 orang responden atau
43.3% memilih setuju . Manakala, terdapat responden yang memilih tidak pasti iaitu 1 orang
responden atau 3.3% . Skala Likert bagi sangat tidak setuju dan tidak setuju pula tiada
responden yang memilihnya atau kosong peratus .Berdasarkan pemerhatian pengkaji,
penduduk mengeluh kerana longkang dipenuhi dengan sampah sarap. Oleh itu,
membersihkan longkang bersama – sama dapat mewujudkan sikap tanggungjawab dan untuk
amanah menjaga kebersihan longkang daripada sampah sarap .

Aktiviti gotong-royong lain adalah aktiviti membersihkan lantai blok yang berlumut
dan bersampah (S4) . Sejumlah 13 orang responden atau bersamaan 43.3% responden sangat
setuju, manakala responden yang menanda setuju adalah sebanyak 15 orang atau bersamaan
dengan 50% responden . Bagi tidak pasti mempunyai 1 orang responden atau 3.3% dan tidak
setuju juga mempuyai 1 orang responden atau 3.3% yang memilihnya . Namun, tiada orang
atau kosong peratus responden yang memilih bagi sangat tidak setuju . Menurut pemerhatian
pengkaji, remaja di kawasan kajian membersihkan blok yang berlumut beramai – ramai . Hal
ini dapat mewujudkaan integrasi dan perpaduan dalam kalangan remaja walaupun berbeza
umur .

Akhir sekali, aktiviti gotong-royong bagi menanam anak pokok di kawasan lapangan
(S5) . Sebanyak 7 orang responden atau bersamaan dengan 23% sangat bersetuju dan
bilangan responden yang memilih setuju adalah paling tinggi iaitu sebanyak 17 orang
responden atau bersamaan dengan 56.7% . Manakala, 5 orang atau 16.7% tidak pasti .
Selanjutnya, sangat tidak setuju dan tidak setuju pula tidak ada responden atau kosong
peratus reponden yang memilihnya . Aktiviti menanam anak pokok ini boleh dilakukan oleh
kanak – kanak di kawasan kajian . Hal ini dapat mewujudkan semangat perpaduan dalam diri
kanak – kanak sejak kecil lagi .

1
041216-12-1356

Graf 2 : Mengkaji kesan gotong – royong yang dijalankan bag memupuk integrasi dan
perpaduan dalam kalangan penduduk di PPR Taman Murni, Batu 7
Sumber : Soal Selidik

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidi
kepada 30 orang responden di kawasan kajian. Kesan daripada aktiviti gotong-royong
adalahdapat mengeratkan perpaduan antara kaum (S1). Bilangan responden yang memilih
sangat setuju adalah paling tinggi iaitu seramai 21 orang responden atau bertepatan dengan
70% responden . Manakala, 9 orang responden atau 30% bersetuju . Seterusnya, skala likert
bagi tidak pasti,tidak setuju dan sangat tidak setuju pula masing – masing tiada responden
atau kosong peratus yang memilihnya . Menurut pemerhatian pengkaji, aktiviti gotong-
royong dapat mengeratkan perpaduan kaum kerana pelbagai bangsa di kawasan kajian
bekerjasama melakukan aktiviti gotong-royong itu . Ekoran daripada itu, wujud integrasi
antara kaum di kawasan kajian.

Selain itu, Kesan daripada aktiviti gotong-royong adalah dapat mewujudkan sikap
bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti ( S2) . Seramai 22 orang responden atau

1
041216-12-1356

bertepatan dengan 73.3% adalah sangat setuju , manakala sebanyak 6 orang responden atau
20% bersetuju . Bilangan yang memilih tidak pasti adalah 2 orang atau 6.7% dan tiada
responden yang memilih atau kosong peratus untuk skala likert sangat tidak setuju dan tidak
bersetuju . Hasil kajian mendapati bahawa ramai responden menyetujui aktiviti gotong-
royong dapat meningkatkan semangat kerjasama kerana penduduk bersatu padu
membersihkan Taman Murni demi kepentingan bersama .

Seterusnya, dapat menjadikan sesuatu pekerjaan menjadi cepat disiapkan (S3) .


Sebanyak 16 orang atau 53.3% merupakan responden yang memilih sangat setuju serta
sebanyak 11 orang atau bersamaan dengan 36.7% bersetuju . Manakala, tidak pasti
mempunyai 2 orang responden atau 6.7% dan bagi responden yang tidak bersetuju iaitu 1
orang atau 3.3% sahaja. Tiada responden atau kosong peratus yang memilih sangat tidak
setuju akan kesan tersebut . Menurut pemerhatian pengkaji, penduduk di kawasan kajian
bertungkus lumus melaksanakan aktiviti gotong-royong dan ramai penduduk dari pelbagai
bangsa turut menjalankan gotong-royong agar kesemua aktiviti tersebut dapat disiapkan
dengan cepat.

Selanjutnya, dapat melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab (S4) . Bilangan


responden yang setuju adalah lebih tinggi daripada bilangan sangat setuju iaitu 17 orang
responden atau bertepatan dengan 56.7% , berbanding dengan bilangan sangat setuju iaitu
sebanyak 12 orang responden atau bertepatan dengan 40% . 1 orang responden atau 3.3%
responden yang memilih tidak pasti. Berbeza dengan sangat tidak setuju dan tidak setuju pula
tiada responden yang memilihnya atau kosong peratus . Hal ini dapat dibuktikan dengan jika
para responden yang menjalankan aktiviti gotong-royong bersama dapat membentuk
semangat tanggungjawab .

Dapat mengelakkan tercetus perbalahan antara penduduk di kawasan kajian (S5) .


Seramai 16 orang responden atau bertepatan dengan 53.3% sangat setuju dan bilangan
responden yang bersetuju adalah seramai 14 orang atau bertepatan dengan 46.7% . Manakala,
bilangan tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju pula tiada responden atau kosong
peratus . Menurut pemerhatian pengkaji, dapat mengelakkan tercetus perbalahan kerana
wujud persefahaman dan kesedaran dalam kalangan penduduk . Penduduk tidak saling
menunding jari antara satu sama yang lain jika persekitaran rumah mereka kotor kerana
Taman Murni telah dibersihkan bersama – sama .

1
041216-12-1356

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis aktivit gotong-royong yang dijalakan
oleh penduduk di PPR Taman Murni .Secara umumnya bagi melaksanakan kajian ini terdapat
tiga kaedah yang telah digunakan seperti soal selidik, pemerhatian dan kajian internet.
Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Penyelidik telah
menjalankan kajian kepada 30 oeang responden di PPR Taman Murni .

Analisis kajian ini dilakukan secara deskriptif dengan mengambil kira kekerapan, dan
peratusan dikira sebagai data untuk dianalisis . Dalam kajian ini terdapat dua objektif yang
ingin dicapai oleh pengkaji. objektif yang pertama ialah mengenal pasti jenis-jenis aktiviti
gotong-royong yang dilakukan oleh penduduk di Taman Murni dan objektif kedua ialah
mengkaji kesan aktiviti gotong-royong yang dijalankan bagi memupuk integrasi dan
perpaduan dalam kalangan penduduk. Pengkaji telah menetapkan tiga demogra responden
yang terdapat dalam bahagian A iaitu jantina,umur,bangsa,pekerjaan,status perkhawinan.
Borang soal selidik yang diberikan kepada responden adalah tujuan mendapatkan pandangan
dan persepsi tentang semua soalan yang ditujukan tentang aktiviti gotong-royong. Hasil
analisis data melalui borang soal selidik didapati bahawa ramai responden bersetuju bahawa
aktiviti gotong-royong ini dapat menjadi Langkah paling efektif untuk memupuk semangat
kejiranan serta dapat memupuk integrasi antara penduduk tersebut.

Kesimpulannya,pelbagai jenis aktiviti gotong-royong boleh dilakukan dan pelbagai


kesan juga akan dipeoleh oleh penduduk sekiranya melakukan aktiviti gotong-royong. Oleh
itu, penduduk di PPR Taman Murni perlulah memainkan peranan penting dalam memastikan
aktiviti gotong-royong dengan Bersatu padu ini supaya semangat kejiranan yang semakin
luntur dapat dipupuk dalam diri penduduk setempat.

1
041216-12-1356

7.0 RUJUKAN

Rohana Yusof,2010 : KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Jurnal Melayu Newmark ( 1988: 940 ) Universiti Malaya,Kuala Lumpur

Taylor (1974 )

Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah

BAHAN INTERNET

Mengenal Pati Jenis Aktiviti Gotong-Royong yang Boleh Dilakukan oleh Penduduk Taman
Murni

http://ysffahmad.blogspot.com/2019/12/gotong-royong-mega-2.html?m=1#( diakses pada 15


April )

Mengkaji Kesan Aktiviti Gotong-Royong

https://www.ipendidikan.my/kelebihan-amalan-gotong-royong.html ( diakses pada 15 April)

1
041216-12-1356

8.0 LAMPIRAN

KOLEJ TINGKATAN ENAM DATUK PENGIRAN GALPAM

PETI SURAT 200, PEJABAT POS JALAN UTARA,

90307, SANDAKAN, SABAH.

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 900/4

Borang Soal Selidik :

Borang soal selidik mengenai aktiviti gotong-royong yang dijalankan sebagai wadah
integrasi dan perpaduan kaum dalam kalangan penduduk di PPR Taman Murni batu 7,
Sandakan, Sabah .

Makluman kepada responden ; Borang soal selidik ini bertujuan untuk memenuhi keperluan
kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Am 900/4 . Soal selidik ini bertujuan untuk
mengkaji manfaat perlaksaan aktiviti gotong- royong yang dijalankan oleh penduduk Taman
Murni dalam memupuk integrasi dan perpaduan penduduk. .Semua maklumat yang diperoleh
dalam boring ini akan dirahsiakan dan akan digunakan untuk tujuan kajian sahaja .

1
041216-12-1356

BAHAGIAN A : DATA DEMOGRAFI RESPONDEN


Sila Tandakan (/) Pada Ruangan Yang Berkenaan untuk menunjukkan respon anda terhadap
pernyataan di bawah

1) JANTINA
Lelaki ( )
Perempuan ( )
2) UMUR
0 – 18 Tahun ( ) 19 – 36 Tahun ( )
37 – 59 Tahun ( ) 60 Tahun ke atas ( )

3) BANGSA
Melayu ( ) India ( )
Cina ( ) Lain – lain _____________ ( )

7) PEKERJAAN
Kerajaan ( ) Swasta ( )
Sendiri ( ) Lain- lain __________________ ( )

8) STATUS PERKAHWINAN
Berkahwin ( ) Duda ( )
Bujang ( ) Janda ( )

1
041216-12-1356

BAHAGIAN A : JENIS AKTIVITI GOTONG-ROYONG YANG DAPAT


DIJALANKAN OLEH PENDUDUK TAMAN MURNI DALAM MEMUPUK
SEMANGAT INTEGRASI DAN PERPADUAN KAUM
SKOR 1 : SANGAT TIDAK SETUJU
SKOR 2 : TIDAK SETUJU
SKOR 3 : TIDAK PASTI
SKOR 4 : SETUJU
SKOR 5 : SANGAT SETUJU

Arahan : Tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan .


BIL PERKARA 1 2 3 4 5
1 Membersihkan Surau
2 Menyapu Sampah
3 Membersihkan Longkang yang
Dipenuhi Sampah Sarap
4 Membersihkan Lantai Blok yang
Berlumut dan Bersampah
5 Menanam Anak Pokok di Kawasan
Lapang

1
041216-12-1356

BAHAGIAN B :

BAHAGIAN A : KESAN
SKOR 1 : SANGAT TIDAK SETUJU
SKOR 2 : TIDAK SETUJU
SKOR 3 : TIDAK PASTI
SKOR 4 : SETUJU
SKOR 5 : SANGAT SETUJU

Arahan : Tandakan ( / ) pada ruangan yang disediakan .


BIL PERKARA 1 2 3 4 5
1 Aktiviti gotong-royong dapat
mengeratkan perpaduan antara kaum
2 Aktiviti gotong-royong dapat
mewujudkan sikap bekerjasama
3 Aktiviti gotong-royong dapat
menjadikan sesuatu pekerjaan
menjadi cepat disiapkan
4 Aktiviti gotong-royong dapat
melahirkan masyarakat yang
bertanggungjawab
5 Aktiviti gotong-royong dapat
menjamin kebersihan persekitaran
yang cantik dan teratur

1
041216-12-1356

BUKTI PEMERHATIAN

FOTO 1 : Penduduk membersihkan lantai blok yang berlumut

Dan bersampah di Kawasan kajian

Sumber : Diambil oleh pengkaji sendiri di kawasan kajian

FOTO 2 : Pintu masuk ke kawasan PPR Taman Murni

1
041216-12-1356

Sumber : Diambil oleh pengkaji sendiri di kawasan kajian

You might also like