You are on page 1of 49

000319-03-XXXX

MAJLIS KENDURI KAHWIN YANG DIADAKAN SEBAGAI MEDIUM PEMUPUKAN


INTEGRASI DAN PERPADUAN DI KALANGAN PENDUDUK KAMPUNG
BERTEMPAT DI FELDA CHIKU 03 GUA MUSANG, KELANTAN.

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh
penduduk kampung dalam suasana Kenduri Kahwin dan mengkaji kesan aktiviti kenduri
kahwin sebagai pemangkin dalam pemupukan integrasi dan perpaduan yang bertempat di
Felda Chiku 03, 18300 Gua Musang, Kelantan. Kajian ini mempunyai dua objektif kajian.
Objektif pertama mengenal pasti aktiviti yang dilakukan oleh penduduk kampung dalam
kenduri kahwin yang bertempat di Felda Chiku 03. Objektif kedua mengkaji kesan aktiviti
kenduri kahwin sebagai pemangkin dalam pemupukan integrasi dan perpaduan yang
bertempat di Felda Chiku 03. Lokasi yang dipilih adalah di kawasan Felda Chiku 03. Bagi
mencapai tujuan kajian, kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual, dan (kepustakaan) telah
dijalankan. Data dikumpul melalui kajian soal selidik yang melibatkan 30 orang responden
yang dipilih secara rawak. Kesimpulannya, dengan sambutan majlis kenduri kahwin yang
diadakan sememangnya menarik tetamu-tetamu yang turut hadir ke kawasan kajian serta
mengubah struktur sosiobudaya masyarakat setempat di Felda Chiku 03.

1
000319-03-XXXX

SENARAI KANDUNGAN

BIL BUTIRAN MUKA SURAT

1 Penulisan : Abstrak 1

2 Kandungan 2
3 Penghargaan 3

4 1.0 Pengenalan 4-5


2.0 Objektif Kajian

5 Mengenal pasti 6
Kesan
3.0 Lokasi Kajian
Peta Kelantan
6 7-10
Peta Gua Musang
Peta Bandar Chiku
4.0 Metodologi Kajian
4.1 Persampelan Kajian
7 11-13
4.2 Pengumpulan Data
4.3 Teknik Penganalisis Data
5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan
5.1 Data Demografi Responden

8 5.2 Bahagian soal selidik 14-41


5.2.1 Hasil Kajian Melalui Temu Bual
5.3 Kaedah Pemerhatian

9 6.0 Rumusan/Kesimpulan 42

10 7.0 Rujukan 43

11 8.0 Lampiran 44-49

2
000319-03-XXXX

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dengan rasa kesyukuran saya panjatkan kepada Allah kerana dengan
limpah kurniaNya, dapat juga saya menyiapkan Kerja Kursus Pengajian Am kertas 4 (900/4)
Penggal 2 tahun 2019 yang bertajuk “Majlis Kenduri Kahwin” yang diadakan di Felda Chiku 03
dalam masa yang telah ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu Encik Abdullah Bin Abdul Rahman
yang merupakan guru Pengajian Am di sekolah.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak
terhingga kepada Tuan Pengetua Encik Mohd Kamalluddin Kamil Bin Mohamed Noor yang
merupakan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Chiku, kerana telah memberi
keizinan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan teratur.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Pengajian Am
saya iaitu Encik Abdullah B. Abdul Rahman kerana telah banyak meluangkan masa, memberikan
tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu saya menyiapkan kajian ini. Selain itu juga, memberikan
semangat kepada saya untuk menjalankan tugasan ini dengan sebaik-baiknya.

Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa
saya iaitu Encik Hassan Bin Idris dan Puan Karimah Binti Abdul Ghani yang telah banyak
berkorban untuk saya dari segi tenaga, dorongan serta dari segi kewangan untuk memastikan kerja
kursus ini berjalan dengan lancar.

Akhir sekali, di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya
serta pihak- pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu saya
menyiapkan kerja kursus Pengajian Am ini.

Semasa saya menjalankan kerja kursus Pengajian Am ini, saya telah menghadapi banyak
kesukaran dan cabaran dalam menyiapkan kajian, akan tetapi dengan berkat kesabaran dan doa
yang tidak putus ke hadapan Tuhan, dapat juga saya menyiapkan kerja khusus ini dengan jayanya.

3
000319-03-XXXX

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2013) halaman 582, integrasi
didefinisikan sebagai perihal iaitu merujuk kepada penggabungan atau pergabungan dua atau
beberapa kaum (unsur, bahagian, dll) menjadi satu kesatuan, penyatuan. Integrasi dan perpaduan
juga memainkan peranan penting yang sangat besar dalam memajukan negara. Oleh hal yang
demikian, kerajaan juga menjadikan sektor pendidikan sebagai medium memupuk perpaduan
integrasi yang kuat diantara kaum-kaum di Malaysia. Integrasi pula membawa maksud penyatuan
kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza, lalu menjadi satu identiti
yang terikat oleh nilai serta kepentingan bersama, juga berperanan untuk menyatupadukan
pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui identiti bersama kerana perpaduan rakyat menjadi
teras kepada kemerdekaan negara yang berdaulat. Manakala perpaduan merupakan suatu yang
menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-
tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan
kebangsaan bersama di kalangan mereka.

Menurut Tokoh Negara Malaysia iaitu Tun Hussein B. Dato’ Onn (1922-1990) Perdana
Menteri Malaysia Ketiga mendefinisikan perpaduan sebagai elemen utama dalam pentadbiran. Ini
kerana perpaduan boleh merapatkan lagi jurang hubungan antara pelbagai kaum. Beliau juga
menyusun langkah untuk menyatupadukan rakyat dengan penggunaan bahasa kebangsaan dan
menambahkan kepelbagaian ciri identiti nasional agar dapat dikongsi bersama dengan masyarakat
yang berbilang bangsa.

Adat didefinisikan sebagai peraturan masyarakat atau undang-undang yang lazim dan dipakai
sejak dahulu-kala. Adat merupakan satu kebiasaan kepada masyarakat yang menjadi sebagai suatu
peraturan hidup yang perlu dipatuhi. Adat merupakan sesuatu kebiasaan yang diulang-ulang dan
diterima oleh masyarakat. Adat resam perkahwinan masyarakat melayu merupakan antara adat
resam yang paling penting dan dipegang teguh oleh kebanyakkan orang melayu baik di kawasan
luar bandar mahupun di bandar. Sebagaimana kaum, ia memerlukan perbelanjaan yang agak besar
dan terdapat segolongan yang berbelanja melebihi pendapatan dan terpaksa menjual harta atau
meminjam wang untuk tujuan ini. Adat resam perkahwinan ini sangat dititikberatkan bagi
masyarakat melayu kerana perkahwinan ini merupakan satu ikatan yang sah yang mengikat antara

4
000319-03-XXXX

lelaki dan perempuan untuk menjadi suami isteri. Perkahwinan ini dilakukan bersama pihak
berkuasa iaitu MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN [MAIK] bersama dengan wali yang
berkaitan. Dalam adat perkahwinan masyarakat melayu sesuatu upacara itu dilakukan dengan
penuh adat, dan penuh dengan kemeriahan. Masyarakat melayu ini sememangnya masyarakat yang
berpegang teguh dengan adat resam. Hal ini kerana, adat ini merupakan warisan yang diguna pakai
sejak nenek moyang terdahulu lagi tetapi telah berubah mengikut tahun. Sebagaimana kita semua
dimaklumkan bahawa setiap kaum mempunyai adat mereka yang tersendiri. Adat dan tradisi
perkahwinan yang berbeza telah memberikan keunikan terhadap tradisi ini. Di Malaysia terdapat
tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Kaum ini mempunyai pelbagai kebudayaan dan
corak kehidupan yang berbeza-beza.

Objektif kajian ialah mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat dalam
kenduri kahwin yang bertempat di Felda Chiku 03, Gua Musang, Kelantan. Seterusnya mengkaji
kesan aktiviti kenduri kahwin sebagai pemangkin dalam pemupukan integrasi dan perpaduan
bertempat di Felda Chiku 03, Gua Musang, Kelantan.

Lokasi yang dipilih bagi menjalankan kajian ini untuk mengetahui aktiviti yang dilakukan
oleh masyarakat dalam majlis kenduri kahwin dan kesan aktiviti masyarakat jika bersatu padu di
Felda Chiku 03, Gua Musang, Kelantan.

Rasional kajian ini kerana pengkaji ingin mengetahui bahawa ada segelintir penduduk
kampung yang mempunyai sikap mementingkan diri sendiri tanpa mengambil tahu keadaan
penduduk-penduduk yang lain menyebabkan budaya sesama jiran semakin renggang. Justeru itu,
pengkaji juga ingin memastikan adakah penduduk kampung Felda Chiku 03 masih mengamalkan
sikap integrasi dan perpaduan dalam diri masyarakat.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kawasan kediaman (terdiri daripada sekumpulan
rumah dll) di luar bandar, desa, dusun; nya terletak kira-kira 12 km dari Kuala Lumpur; (ketua)
kepala orang yang menjadi ketua kepada penduduk kampung; orang penduduk kampung; orang
yang tidak moden (masih berpegang pada kebiasaan atau tradisi lama); rumah yang reka bentuknya
(buatannya dsb) seperti yang lazimnya terdapat di kampung; tanah yang terletak di kawasan
kampung (bukan tanah di kawasan perbandaran); kawasan dalam bandar tempat sesuatu kaum
tinggal berkelompok: cina, melayu.

5
000319-03-XXXX

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian bagi Kertas Projek ini dengan tujuan untuk memenuhi objektif berikut:

1. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh penduduk kampung dalam kenduri
kahwin yang bertempat di Felda Chiku 03, Gua Musang, Kelantan.

2. Mengkaji kesan aktiviti kenduri kahwin sebagai pemangkin dalam pemupukan integrasi
dan perpaduan yang bertempat di Felda Chiku 03, Gua Musang, Kelantan.

6
000319-03-XXXX

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 PETA NEGERI KELANTAN

Peta 1: Negeri Kelantan


(Sumber: google map)

Kelantan Darul Naim atau dahulu lebih dikenali sebagai Negeri Che Siti Wan Kembang
merupakan sebuah negeri yang terdiri daripada 13 buah negeri di Malaysia. Kelantan mempunyai
keluasan lebih kurang 14,922 KM yang terletak di Semenanjung Malaysia yang berhadapan
dengan Laut China Selatan serta bersempadan dengan Provinsi Narathiwat, Thailand. Kelantan
ialah sebuah negeri pertanian yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan
nelayan. Berdasarkan pada bancian tahun 2000, Kelantan mempunyai penduduk seramai
1,313,014 orang. Kaum Melayu merupakan kaum terbesar dengan 95% diikuti dengan kaum Cina
sebanyak 3.8%. Manakala, kaum India pula seramai 0.3% dan lain-lain kaum 0.9% berdasarkan

7
000319-03-XXXX

bancian tersebut. Sebanyak 95% beragama Islam diikuti dengan agama Buddha sebanyak 4.4%,
manakala, Kristian sebanyak 0,2%, Hindu sebanyak 0.2% dan lain-lain agama ialah 0.2%.

3.2 PETA DAERAH GUA MUSANG

Peta 2: Daerah Gua Musang


(Sumber: Google Map)

Peta di atas menunjukkan kawasan kajian yang dijalankan di kawasan Gua Musang,
Kelantan. Gua Musang merupakan sebuah Bandar, daerah dan kawasan Parlimen di selatan
Kelantan, Malaysia. Gua Musang ditadbir oleh Majlis Daerah Gua Musang. Daerah Gua Musang

8
000319-03-XXXX

bersempadan dengan negeri Pahang di selatan, Terengganu ke timur, Perak di sebelah barat
manakala Kuala Krai dan Jeli di utara. Ia adalah sebuah bandar kereta api kecil kira-kira 140 KM
ke selatan ibu negeri Kota Bharu. Gua Musang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah di Dewan
Rakyat. Bandar ini terletak di laluan kereta api dari Tumpat ke Gemas.

9
000319-03-XXXX

3.3 PETA LOKASI KAJIAN

Peta 3: Felda Chiku 03, Gua Musang, Kelantan


(SUMBER: GOOGLE MAP)

FELDA CHIKU 03 terletak ditengah-tengah laluan utama Gua Musang Ke Kuala Krai iaitu
48 km dari Gua Musang. Kawasan penempatan lain yang berhampiran ialah Felda Chiku 5 (3km),
Felda Chiku 06, Felda Chiku 07 dan Kesedar Paloh. Felda-felda ini terletak dalam Dewan
Undangan Negeri Paloh, yang diwakili oleh YB Datuk Nozula Mat Diah (BN) dan Kawasan
parlimen Gua Musang yang diwakili oleh YB Tengku Razaliegh Hazmah (BN). Imej untuk ke
destinasi lain, dari Felda Chiku 03 boleh melalui lebuh Raya Kuala Krai-Gua Musang. Jika ingin
menggunakan perkhidmatan awam, perkhidmatan bas, teksi juga boleh didapati disini.

10
000319-03-XXXX

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi merupakan satu kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kajian ke atas
subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang teratur. Tujuan adalah untuk menghasilkan
kajian yang baik. Oleh itu, pengkaji sedaya upaya mahu memanfaatkan teori penyelidikan tersebut
dalam penghasilan ke atas projek ini. Oleh itu, bahagian ini pengkaji membincangkan reka bentuk
kajian, sampel kajian, batasan kajian, instrumen kajian dan prosedur analisis data bagi menjawab
persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukan lebih awal. Selain itu, metodologi kajian juga
boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data yang sah dan
dipercayai. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menghubungkaitkan persoalan dan objektif
kajian dengan hasil kajian. Kaedah ini menggunakan instrumen borang kaji selidik yang mana
ianya mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden.

4.1 PERSAMPELAN KAJIAN

Kajian ini menggunakan persampelan secara terpilih bertujuan untuk menjawab objektif
yang diaturkan oleh pengkaji. Seramai 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab borang
selidik tentang aktiviti dan kesan daripada majlis perkahwinan itu. Selain 30 orang responden
terdapat satu orang informen yang membantu bagi menyelesaikan kajian ini. Menurut informen
aktiviti yang dilakukan di majlis perkahwinan ini memberikan kesan yang positif terhadap
integrasi dan perpaduan yang ada di kawasan kajian. Pemilihan responden adalah berdasarkan
kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik.

4.2 PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data yang digunakan adalah menggunakan borang soal selidik, temu bual,
pemerhatian dan kepustakaan. Borang soal selidik dibentuk untuk mendapatkan maklumat tentang
hasil kajian di Felda Chiku 03, Gua Musang, Kelantan.

4.2.1 DATA PRIMER

Kaedah soal selidik dan temu bual bersemuka dilakukan dengan para pengunjung dan
tetamu yang menghadiri ke majlis perkahwinan yang dilangsungkan. Selain itu, kaedah
pemerhatian turut digunakan untuk meninjau kawasan kajian iaitu di Felda Chiku 03, Gua Musang,
Kelantan.

11
000319-03-XXXX

4.2.2 DATA SEKUNDER

Data sekunder diperoleh dari perpustakaan Smk Bandar Chiku dan laman web rasmi seperti
blogspot dan lain-lain. Data-data penting termasuklah buku keratan akhbar dan bahan ilmiah yang
lain. Selain itu, peta dan gambar rajah diperoleh daripada laman web google dan juga pengkaji.

4.2.2.1 BORANG SOAL SELIDIK

Soal selidik merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul data. Data yang
diperoleh daripada borang soal selidik dengan responden dijalankan dalam suasana semulajadi
yang memberikan data berbentuk jelas dan tepat tanpa dimanipulasi dan campur tangan orang lain.
Seramai 30 orang responden dipilih secara rawak yang hadir ke majlis perkahwinan untuk
menjawab borang soal selidik tanpa paksaan dan kerelaan. Borang soal selidik ini berbentuk
tertutup. Rasional menggunakan soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang
berbeza dan mudah dibandingkan untuk direkodkan. Bagi soal selidik yang berbentuk terbuka
pula, rasionalnya adalah untuk memudahkan responden bebas memberikan berbagai bentuk
jawapan, responden juga bebas memberikan pendapat yang dirasakan sesuai.

4.2.2.2 TEMU BUAL

Terdapat dua jenis instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat dalam kajian
ini. Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada tetamu undangan ditemu bual secara rawak
bagi melaksanakan kajian ini. Satu daripada instrumen yang mempunyai kaitan dengan kaedah
kualitatif ini adalah menggunakan teknik temu bual. Terdapat tiga jenis teknik temu bual iaitu
secara formal, tidak formal dan terbuka. Borang temu bual ini mengandungi dua aneka soalan
berkenaan aktiviti dan juga kesan. Temu bual ini dijalankan beserta dengan borang soal selidik.
Kesemua maklumat temu bual ditulis semula dalam bentuk jadual dan rajah.

4.2.2.3 PEMERHATIAN

Kaedah pemerhatian adalah kaedah alternatif yang ada dalam pengumpulan maklumat atau
kumpulan data selain soal selidik dan temu bual. Pemerhatian memerlukan pengkaji memerhati
sendiri kawasan yang dikaji. Kaedah ini membantu pengkaji mengkaji dengan lebih mendalam.
Pemerhatian dilakukan semasa para tetamu hadir ke majlis tersebut. Maklumat yang dilihat dan

12
000319-03-XXXX

diperhati direkodkan dan ditulis sebagai kajian. Kaedah ini membolehkan pengkaji lebih
memahami situasi yang sebenar yang hendak digambarkan oleh responden.

4.2.2.4 KEPUSTAKAAN

Kaedah rujukan adalah kaedah yang membantu pengkaji untuk mencari sebarang
maklumat yang digunakan. Rujukan yang dilakukan ini bertujuan untuk memenuhi hasil kajian
yang selengkapnya. Kaedah ini membolehkan pengkaji mendapatkan maklumat lebih tepat dan
padat. Maklumat yang diperoleh hasil dari rujukan ditulis dan dicatat sebagai kajian.

4.3 TEKNIK PENGANALISIS DATA

Dibahagikan kepada teknik penganalisan data secara kuantitatif dan kualitatif.


Penganalisan data yang dikumpul direkodkan dan dikaji dalam bentuk rajah dan jadual.

4.3.1 DATA PENGANALISAN KUANTITATIF DAN KUALITATIF

Data penganalisan kuantitatif: Data dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam


bentuk peratusan dan kekerapan. Data yang terkumpul dikaji dan dipersembahkan dalam bentuk
rajah dan jadual bagi memudahkan pemerhatian

Data penganalisan kualitatif: Satu penerangan terperinci tentang situasi peristiwa orang
interaksi dan kelakuan orang yang diperhatikan. Kualitatif juga dikatakan sebagai penggunaan
petikan daripada orang yang berpengalaman, sikap dan pemikiran mereka sendiri. Penganalisan
kualitatif ini diguna pakai hasil daripada temu bual antara pengkaji dan responden hasil dari
pengetahuan dan perkara yang disampaikan oleh responden.

13
000319-03-XXXX

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan pemerhatian serta tindak
balas responden terhadap soal selidik yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh
penduduk kampung dalam majlis kenduri kahwin dan kesan aktiviti kenduri kahwin sebagai
pemangkin dalam pemupukan integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk kampung Felda
Chiku 03, 18300 Gua Musang, Kelantan. Terdapat 30 orang responden yang telah mengisi borang
soal selidik manakala beberapa orang penduduk telah ditemu bual oleh pengkaji. Pemilihan
responden secara rawak dapat mewujudkan variasi penduduk yang berlainan latar belakang.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

5.1.1 KATEGORI UMUR

Untuk mengkaji kajian ini, seramai 30 orang responden yang terdiri daripada beberapa
orang tetamu yang ditemu bual dan disoal selidik oleh pengkaji. Huraian analisis latar belakang
melibatkan aspek umur, jantina, bangsa, dan pekerjaan yang dipersembahkan dalan bentuk jadual
dan rajah.

JADUAL 1: KATEGORI UMUR

Kategori umur Bilangan responden Peratus


(tahun) (orang) (%)
15-20 4 13.33
21-25 6 20.00
26-30 2 6.67
31-35 5 16.67
36-40 4 13.33
41 dan ke atas 9 30.00

Jumlah 30 100

(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

14
000319-03-XXXX

UMUR

41 dan ke atas, 15-20, 13.33%


30.00%

21-25, 20.00%

36-40, 13.33% 26-30, 6.67%

31-35, 16.67%

RAJAH 1: KATEGORI UMUR


(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

Daripada 30 orang responden, 4 orang yang merupakan individu yang berumur antara 15-
20 tahun dan mewakili (13.33%) daripada jumlah keseluruhan. Seramai 6 orang iaitu (20%)
daripada kategori umur 21-25, 2 orang bersamaan dengan (6.67%) dalam kategori umur 26-30
tahun, 5 orang persamaan (16.67%) dalam kategori umur 31-35, 4 orang persamaan (13.33%)
dalam kategori umur 36-40 dan 9 orang persamaan (30%) dalam kategori umur 41 dan ke atas.
Kategori umur yang paling banyak ialah kategori umur 41 dan ke atas. Maka dapat dilihat bahawa
kumpulan responden yang majoriti ialah responden yang sudah berusia. Hal ini disebabkan kerana
pada peringkat usia yang muda, sesetangah responden tidak terikat dengan sebarang komitmen
seperti perkahwinan, pekerjaan dan sebagainya. Mereka pada peringkat usia sebegini, mereka
lebih suka melancong bagi meneroka benda yang baru.

15
000319-03-XXXX

5.1.2 JANTINA

Seramai 30 orang responden telah disoal selidik yang merangkumi jantina lelaki dan
perempuan yang tinggal daripada luar kawasan kajian. Responden telah dipilih secara rawak bagi
menyelesaikan kajian. Huraian ini dijelaskan dalam bentuk rajah dan jadual.

JADUAL 2: JANTINA

Jantina Bilangan responden Peratus


(orang) (%)
Lelaki 14 46.67

Perempuan 16 53.33

Jumlah 30 100

(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

16
000319-03-XXXX

JANTINA

53.33%

46.67%

Lelaki

Perempuan

RAJAH 2: JANTINA
(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

Berdasarkan dapatan hasil kajian yang dilakukan, majoriti jantina lebih memihak kepada
responden perempuan berbanding responden lelaki. Daripada 30 orang responden, seramai 14
orang yang mewakili sebanyak (46.67%) adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala
responden perempuan ialah seramai 16 orang. Peratusan yang diwakili oleh responden perempuan
ialah (53.33%). Maklumat yang jelas dapat dilihat dalam rajah di atas. Seperti yang dapat dilihat,
majoriti bagi kedua-dua belah responden lebih ramai perempuan berbanding lelaki. Hal ini
demikian kerana responden perempuan mempunyai banyak masa berbanding lelaki. Selain itu,
kaum lelaki lebih banyak mempunyai komitmen berbanding perempuan terutama dalam bidang
pekerjaan.

17
000319-03-XXXX

5.1.3 BANGSA

Responden-responden terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, dan India. Jadual 3 dan Rajah
3 menunjukkan bilangan responden mengikut bangsa masing-masing.

JADUAL 3: BANGSA

Bangsa Bilangan Responden Peratus (%)


(orang)

Melayu 20 66.67

Cina 3 10.00

India 7 23.33

Jumlah 30 100

(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

18
000319-03-XXXX

BANGSA

23.33%

10%
66.67%

Melayu Cina India

RAJAH 3: BANGSA RESPONDEN


(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

Dalam kalangan 30 orang responden, majoriti ialah bangsa Melayu iaitu sebanyak 20 orang
yang mewakili (66.67%) jumlah keseluruhan. Manakala pula, bilangan bangsa Cina ialah 3 orang
bangsa Cina yang mewakili (10%) dan bangsa India bilangan responden iaitu 7 orang yang
mewakili (23.33%) daripada jumlah keseluruhan.

19
000319-03-XXXX

5.1.4 PEKERJAAN

JADUAL 4: PEKERJAAN RESPONDEN

Jenis Pekerjaan Bilangan responden (orang) Peratus (%)

Peneroka 8 26.67

Buruh 5 16.67

Pelajar 3 10

Bekerja sendiri 14 46.67

Jumlah 30 100

(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

20
000319-03-XXXX

PEKERJAAN

26.67%

46.67%
16.67%
10%

Peneroka Buruh Pelajar Bekerja sendiri

RAJAH 4: PEKERJAAN RESPONDEN


(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

Kebanyakkan responden adalah terdiri daripada golongan bekerja sendiri iaitu sebanyak
14 orang (46.67%), diikuti dengan peneroka iaitu sebanyak 8 orang (26.67%) jumlah keseluruhan.
Selebihnya adalah terdiri daripada pekerja buruh iaitu sebanyak 5 orang (16.67%) dan terdapat
daripada 3 orang (10%) ialah golongan pelajar.

21
000319-03-XXXX

1 2 3
Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju

JADUAL 5: AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKUKAN OLEH PENDUDUK KAMPUNG


DALAM KENDURI KAHWIN

BIL 1 2 3
AKTIVITI-AKTIVITI Bilangan Peratus% Bilangan Peratus% Bilangan Peratus
YANG DILAKUKAN responden responden responden %
1 Memasang dan menghias 3 10 7 23.33 20 66.67
khemah bersama-sama
2 Membuat “goodies” bersama- 13 43.33 6 20 11 36.67
Sama
3 Aktiviti memasak, 1 3.33 5 16.67 24 80
Penyediaan makanan yang
dilakukan bersama-sama
4 Aktiviti gotong-royong, 3 10 9 30 18 60
membersihkan kawasan
rumah yang dilakukan
bersama-sama
5 Persembahan kebudayaan dan 7 23.33 8 26.67 15 50
Kesenian seperti silat, dikir
barat dll

(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

22
000319-03-XXXX

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKUKAN OLEH PENDUDUK


KAMPUNG DALAM MAJLIS KENDURI KAHWIN DI FELDA
CHIKU 03
90% 80%
80%
66.67%
70% 60%
60% 50%
50% 43.33%
36.67%
40% 30%
23.33% 26.67%
23.33%
30% 20% 16.67%
20% 10% 10%
10% 3.33%
0%
Memasang dan Membuat Aktiviti memasak, Aktiviti gotong- Persembahan
menghias khemah "goodies" penyediaan royong, kebudayaan dan
bersama-sama bersama-sama makanan yang membersihkan kesenian seperti
dilakukan kawasan rumah silat, dikir barat dll
bersama-sama yang dilakukan
bersama-sama
TIDAK SETUJU TIDAK PASTI SETUJU

RAJAH 5: AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKUKAN DALAM MAJLIS KENDURI


KAHWIN
(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

Berdasarkan Jadual 5 di atas, soalan 1 iaitu memasang dan menghias khemah bersama-
sama. Bilangan responden yang menjawab “Tidak Setuju” adalah 3 orang yang mewakili (10%)
manakala bilangan responden yang menjawab “Tidak Pasti” adalah 7 orang yang mewakili
(23.33%) dan bilangan responden yang menjawab “Setuju” adalah sebanyak 20 orang yang
mewakili (66.67%).

Selain itu, soalan 2 iaitu membuat “goodies” bersama-sama. Bilangan responden yang
menjawab “Tidak Setuju” adalah 13 orang yang mewakili (43.33%) manakala bilangan responden
yang menjawab “Tidak Pasti” adalah 6 orang yang mewakili (20%) dan bilangan responden yang
menjawab “Setuju” adalah 11 orang yang mewakili (36.67%).

Seterusnya, soalan 3 iaitu aktiviti memasak, penyediaan makanan yang dilakukan bersama-
sama. Bilangan responden yang menjawab “Tidak Setuju” adalah 1 orang yang mewakili (3.33%)
manakala bilangan responden yang menjawab “Tidak Pasti” adalah 15 orang yang mewakili
(16.67%) dan bilangan responden yang menjawab “Setuju adalah 24 orang yang mewakili

23
000319-03-XXXX

sebanyak (80%). Rasional kajian ini menunjukkan bahawa bilangan responden yang menjawab
setuju adalah paling ramai berbanding bilangan yang tidak bersetuju.

Disamping itu, soalan 4 iaitu aktiviti gotong-royong, membersihkan kawasan rumah yang
dilakukan bersama-sama. Bilangan responden yang menjawab “Tidak Setuju” adalah 3 orang yang
mewakili (10%) manakala bilangan responden yang menjawab “Tidak Pasti” adalah 9 orang yang
mewakili (30%) dan bilangan responden yang menjawab “Setuju” adalah 18 orang yang mewakili
(60%).

Akhir sekali, soalan 5 iaitu persembahan kebudayaan dan kesenian seperti silat, dikir barat
dan lain-lain. Bilangan responden yang menjawab “Tidak Setuju” adalah 7 orang yang mewakili
(23.33%) manakala bilangan responden yang menjawab “Tidak Pasti” adalah 8 orang yang
mewakili (16.67%) dan bilangan responden yang menjawab “Setuju” adalah 15 orang yang
mewakili (50%).

24
000319-03-XXXX

1 2 3
Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju

JADUAL 6: KESAN AKTIVITI KENDURI KAHWIN SEBAGAI PEMANGKIN DALAM


PEMUPUKAN INTEGRASI DAN PERPADUAN DI FELDA CHIKU 03

BIL KESAN AKTIVITI 1 2 3


KENDURI KAHWIN
Bilangan Peratus Bilangan Peratus Bilangan Peratus
responden responden responden %
% %

1 Mengeratkan hubungan 1 3.33 1 3.33 28 93.33


silaturahim antara ahli
keluarga, jiran, sahabat dll

2 Memberi peluang remaja 2 6.67 11 36.67 17 56.67


mendapatkan kenalan dan
pengalaman

3 Mewujudkan kerjasama 1 3.33 4 13.33 25 83.33


dengan penduduk setempat
dalam membuat tugasan yang
diberikan

4 Dapat mengenali penduduk 1 3.33 7 23.33 22 73.33


dengan lebih dekat

5 Meningkatkan interaksi atau 1 3.33 2 6.67 27 90


komunikasi antara penduduk

(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

25
000319-03-XXXX

KESAN AKTIVITI KENDURI KAHWIN SEBAGAI PEMANGKIN


DALAM PEMUPUKAN INTEGRASI DAN PERPADUAN DI FELDA
CHIKU 03
100.00% 93.33% 90.00%
90.00% 83.33%
80.00% 73.33%
70.00% 56.67%
60.00%
50.00% 36.67%
40.00%
30.00% 23.33%
20.00% 13.33%
3.33%3.33% 6.67% 3.33% 3.33% 3.33%6.67%
10.00%
0.00%
Mengeratkan Memberi peluang Mewujudkan Dapat mengenali Meningkatkan
hubungan remaja mendapat kerjasama dengan penduduk dengan interaksi atau
silaturahim antara kenalan dan penduduk setempat lebih dekat komunikasi antara
ahli keluarga, jiran, pengalaman dalam membuat penduduk
sahabat dll tugasan yang
diberikan

TIDAK SETUJU TIDAK PASTI SETUJU

RAJAH 6: KESAN AKTIVITI KENDURI KAHWIN SEBAGAI PEMANGKIN


DALAM PEMUPUKAN INTEGRASI DAN PERPADUAN DI FELDA CHIKU 03
(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

Untuk keseluruhan bagi kesan aktiviti kenduri kahwin sebagai pemangkin dalam
pemupukan integrasi dan perpaduan di Felda Chiku 03 ialah majoriti yang menjawab “Setuju”.
Hal ini dapat dilihat melalui kesan aktiviti kenduri kahwin iaitu mengeratkan hubungan silaturahim
antara alhi keluarga, jiran, sahabat dan lain-lain. Daripada kesan ini, bagi yang menjawab “Tidak
Setuju” ialah 1 orang sahaja yang mewakili (3.33%) manakala bagi yang menjawab “Tidak Pasti”
ialah 1 orang sahaja juga yang mewakili (3.33%). Perubahan ini nampak agak ketara kerana
kebanyakkan responden menjawab “Setuju” iaitu sebanyak 28 orang yang bersamaan dengan
(93.33%).

Selain itu, dapat memberi peluang remaja mendapat kenalan dan pengalaman. Responden
yang menjawab “Ttidak Setuju” ialah 2 orang yang mewakili (6.67%) manakala yang menjawab
“Tidak Pasti” ialah 11 orang yang mewakili (36.67%). Tambahan pula, responden yang menjawab
“Setuju” ialah seramai 17 orang yang mewakili (56.67%).

Seterusnya, dapat mewujudkan kerjasama dengan penduduk setempat dalam membuat


tugasan yang diberikan. Responden yang menjawab “Tidak Setuju” ialah 1 orang sahaja yang

26
000319-03-XXXX

mewakili (3.33%). Manakala, bagi yang menjawab “Tidak Pasti” ialah 4 orang yang mewakili
(13.33%) dan responden yang menjawab “Setuju” ialah seramai 25 orang yang mewakili
(83.33%).

Di samping itu, dapat mengenali penduduk dengan lebih dekat. Responden yang menjawab
“Tidak Setuju” ialah 1 orang sahaja yang mewakili (3.33%). Bagi yang menjawab “Tidak Pasti”
pula ialah 7 orang iaitu (23.33%) dan yang menjawab “Setuju” ialah seramai 22 orang bersamaan
(73.33%).

Akhir sekali, responden yang menjawab “Tidak Setuju” bagi kesan untuk meningkatkan
interaksi atau komunikasi antara penduduk ialah 1 orang sahaja iaitu (3.33%). Manakala yang
menjawab “Tidak Pasti” ialah 2 orang yang mewakili (6.67%), dan responden yang menjawab
“Setuju” sebanyak 27 orang yang bersamaan (90%)

27
000319-03-XXXX

5.2 KAEDAH TEMU BUAL

Foto 1: Proses Pengagihan Borang Soal Selidik Kepada Responden


(Sumber: Kajian Lapangan 2019)
Gambar di atas menunjukkan pengkaji yang telah menjalankan kajian di sekitar kawasan Felda
Chiku 03 iaitu pengagihan borang soal selidik di mana salah seorang responden berkenaan yang
bernama Mohd Bostaman Bin Abdullah yang tinggal di Felda Chiku 03, 18300 Gua Musang,
Kelantan. Proses pengagihan borang soal selidik ini dilakukan 6 Mac 2019 kira-kira 8:45 malam.
Proses ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti berapa banyak jumlah responden yang telah
menjawab soalan yang terdapat dalam borang tersebut berdasarkan pendapat masing-masing sama
ada tidak setuju, tidak pasti, dan setuju.

28
000319-03-XXXX

Foto 2: Proses Menemu bual Informen Tentang Integrasi dan Perpaduan


(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

Gambar 1 di atas menunjukkan proses menemu bual antara pengkaji dan satu orang informen yang
bernama Puan Karimah Binti Abdul Ghani di mana lokasinya adalah kawasan Felda Chiku 03,
18300 Gua Musang, Kelantan. Proses temu bual ini berlangsung pada tarikh 5 Mac kira-kira jam
3.40 petang bertempat di halaman informen sendiri. Tujuan pengkaji menemu bual informen
berkenaan adalah untuk mengetahui sedikit sebanyak berkaitan dengan penglibatan para penduduk
kampung Felda Chiku 03 yang melakukan aktiviti majlis kenduri kahwin di kawasan Felda Chiku
03 dimana ianya dapat mewujudkan nilai integrasi dan perpaduan terhadap masyarakat kampung.

29
000319-03-XXXX

5.2.1 HASIL KAJIAN MELALUI TEMU BUAL

Temu bual dihasilkan kerana untuk menyempurnakan lagi kerja kursus pengkaji. Pengkaji
telah menemu bual tiga orang responden di kalangan penduduk kampung Felda Chiku 03, 18300
Gua Musang, Kelantan. Dalam menemu bual, pengkaji telah menanyakan beberapa soalan kepada
responden di majlis kenduri kahwin. Walaupun soalan yang diajukan kepada tiga orang responden
tersebut merupakan soalan yang sama, tetapi setiap responden telah memberi jawapan yang
berlainan mengikut pandangan masing-masing.

Responden pertama yang telah ditemu bualkan ialah En. Mohd Bostaman Bin Abdullah
yang berusia 32 tahun. Soalan pertama yang telah diajukan ialah “pada pandangan En. Bostaman,
adakah majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga, jiran,
sahabat dll?”. En. Bostaman telah memberikan jawapan bahawa dia bersetuju dengan soalan yang
diajukan kerana pada pandangan beliau majlis kenduri yang diadakan ini adanya penting untuk
merapatkan lagi hubungan mereka tidak kira sesiapa dan secara automatiknya beliau yakin mereka
dapat mengenali dengan lebih rapat lagi. Seterusnya soalan kedua ialah “adakah dengan majlis
perkahwinan ini ia dapat memberi peluang remaja mendapat kenalan dan pengalaman?”. En.
Bostaman menyatakan bahawa beliau kurang setuju kerana remaja zaman sekarang kita dapat lihat
mereka lebih kea arah sosial dan kurang bergaul dengan orang yang lebih berumur apatah lagi
mempunyai pengalaman dalam kenduri seperti ini. Soalan ketiga pula ialah, “bagaimanakah
perpaduan dapat diterapkan dalam kalangan penduduk kampung di Felda Chiku 03?”. En.
Bostaman menyatakan bahawa perpaduan dapat diterapkan melalui dengan kerjasama yang
dilakukan oleh penduduk kampung dan mereka yang menghadiri majlis kenduri kahwin yang
dilangsungkan. Soalan keempat seterusnya ialah “jika semangat kerjasama tidak dilakukan dalam
majlis tersebut, apakah kesan yang akan berlaku dalam majlis kenduri itu?”. En. Bostaman
memberitahu kesannya ialah jika semangat kerjasama tidak wujud dalam diri penduduk kampung
maka majlis itu akan menjadi huru-hara dan tidak akan berjalan dengan lancar. Soalan yang
terakhir ialah “apakah aktiviti yang dapat dilihat dalam majlis kenduri tersebut?”. En. Bostaman
memberitahu secara keseluruhannya aktiviti yang dapat dilihat oleh beliau dalam majlis kenduri
salah satunya adalah aktiviti memasak yang dilakukan secara beramai-ramai.

30
000319-03-XXXX

Seterusnya, responden kedua yang telah ditemu bualkan ialah Puan Karimah Binti Abdul
Ghani yang berusia 59 tahun. Soalan pertama yang diajukan ialah “pada pandangan Puan Karimah,
adakah majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga, jiran,
sahabat dll?”. Puan Karimah telah memberikan jawapan bahawa hubungan silaturahim ini bukan
sahaja merapatkan yang lebih dekat tetapi ia juga boleh merapatkan lagi orang yang berada di jauh
dalam suasana majlis kenduri ini. Seterusnya soalan kedua ialah “adakah dengan majlis
perkahwinan ini ia dapat memberikan peluang remaja mendapat kenalan dan pengalaman?”. Puan
Karimah menyatakan bahawa beliau setuju dengan soalan yang diajukan kerana ada sesetengah
remaja yang melibatkan diri dalam majlis seperti ini untuk menghulurkan bantuan dan
memberikan sumbangan dari segi tenaga mereka. Ini dapat menambah bilangan kawan baru dan
jaringan hubungan sosial remaja. Soalan ketiga ialah “bagaimanakah perpaduan dapat diterapkan
dalam kalangan penduduk kampung di Felda Chiku 03?”. Puan Karimah memberitahu bahawa
perpaduan dapat diterapkan sekiranya mereka berganding bahu antara satu sama lain dan tidak kira
tua atau muda dalam melakukan sesuatu kerja. Seterusnya soalan keempat ialah “jika semangat
kerjasama tidak dilakukan dalam majlis tersebut, apakah kesan yang akan berlaku dalam majlis
kenduri itu?”. Puan Karimah memberitu kesannya ialah jika semangat kerjasama tidak diterapkan
dalam diri penduduk kampung, beliau merasakan suasana majlis kenduri yang dilakukan secara
besar-besaran tidak akan berjalan dengan lancar seperti apa yang dirancang. Soalan terakhir yang
ditemu bual ialah “apakah aktiviti yang dapat dilihat dalam majlis kenduri tersebut?”. Puan
Karimah memberitahu secara keseluruhannya aktiviti yang dilakukan semasa hari kejadian adalah
aktiviti memasak, penyediaan makanan yang dilakukan bersama-sama oleh penduduk kampung.

Responden terakhir yang telah ditemu bualkan ialah Puan Siti Laila Najwa Binti Hassan
yang berusia 22 tahun. Soalan pertama yang diajukan ialah “pada pandangan Puan Laila, adakah
majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga, jiran, sahabat
dll?”. Puan Laila mengatakan hubungan sebegini dapat dipupuk dalam kalangan mereka sekiranya
sesuatu majlis diadakan di setiap kampung, terutamanya majlis kenduri kahwin seperti ini.
Seterusnya soalan kedua ialah “adakah dengan majlis perkahwinan ini ia dapat memberikan
peluang remaja mendapat kenalan dan pengalaman?”. Puan Laila menyatakan bahawa beliau
sangat setuju dengan soalan yang ditujukan kerana remaja boleh menyumbangkan kepada
masyarakat dalam pelbagai bidang. Sumbangannya termasuklah seperti aktiviti yang melibatkan
majlis salah satunya majlis kenduri kahwin. Dengan ini, penglibatan mereka dapat meluaskan

31
000319-03-XXXX

pengalaman dan jaringan sosial dalam kalangan penduduk dapat diwujudkan. Soalan ketiga ialah
“bagaimanakah perpaduan dapat diterapkan dalam kalangan penduduk kampung di Felda Chiku
03?”. Puan Laila memberitahu bahawa perpaduan dapat dipupuk melalui aktiviti yang dilakukan
oleh penduduk kampung semasa majlis kenduri perkahwinan berlangsung. Di mana kita boleh
melihat mereka saling membantu dalam sesuatu pekerjaan. Soalan keempat ialah “jika semangat
kerjasama tidak dilakukan dalam majlis tersebut, apakah kesan yang akan berlaku dalam majlis
kenduri itu?”. Puan Laila memberitahu kesannya ialah majlis kenduri perkahwinan yang
dilangsungkan akan menimbulkan kekalutan dari segi penyediaan makanan dan sebagainya.
Soalan terakhir dalam temu bual ialah “apakah aktiviti yang dapat dilihat dalam majlis kenduri
tersebut?”. Puan Laila memberitahu aktiviti yang dapat beliau lihat dalam suasana majlis tersebut
ialah aktiviti membuat “goodies” bersama-sama yang merupakan aktiviti orang perempuan.

32
000319-03-XXXX

5.3 KAEDAH PEMERHATIAN

Foto 3: Memasang dan Menghias Khemah Bersama-sama


(Sumber: Kajian Lapangan 2019)
Gambar di atas menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh penduduk kampung iaitu memasang
dan menghias khemah bersama-sama. Hal ini demikian kerana dengan menyediakan khemah
juga penduduk kampung dapat berkumpul dan bertemu dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini
penduduk kampung dapat memupuk integrasi dan perpaduan di kalangan penduduk kampung
setempat.

33
000319-03-XXXX

Foto 4: Khemah yang telah dipasang siap oleh penduduk Kampung di Felda Chiku 03
(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

34
000319-03-XXXX

Foto 5: Aktiviti Memotong Daging yang dilakukan bersama-sama penduduk Kampung


Felda Chiku 03
(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

Gambar di atas menunjukkan beberapa penduduk kampung sedang menjalankan aktiviti


memotong daging bersama-sama. Hal ini dapat dilihat wujudnya kerjasama antara mereka dalam
membuat sesuatu tugasan.

35
000319-03-XXXX

Foto 6: Aktiviti Mengupas Bawang yang dilakukan oleh Kaum Wanita di kawasan Felda
Chiku 03
(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

Gambar di atas menunjukkan penduduk kampung yang saling bekerjasama dalam melakukan
aktiviti mengupas bawang di dalam majlis kenduri kahwin yang bertempat di kawasan Felda Chiku
03. Hal ini dapat dilihat wujudnya kerjasama di mana ia mendorong kepada integrasi dan
perpaduan dalam kalangan penduduk kampung.

36
000319-03-XXXX

Foto 7: Aktiviti Memasak


(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

Gambar di atas menunjukkan aktiviti yang dilakukan pada majlis perkahwinan tersebut ialah
aktiviti memasak di kampung Felda Chiku 03, 18300 Gua Musang, Kelantan. Aktiviti ini
dilakukan oleh kaum wanita sepenuhnya pada hari kejadian. Aktiviti memasak ini boleh memupuk
integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk kampung Felda Chiku 03. Hal ini dapat
membuatkan penduduk kampung lebih mengenali lebih dekat rakan-rakan mereka.

37
000319-03-XXXX

Foto 8: Aktiviti Memasak


(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

38
000319-03-XXXX

Foto 9: Generasi Muda Juga Turut Terlibat dalam Majlis Kenduri Kahwin yang
diadakan di Felda Chiku 03
(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

Gambar di atas menunjukkan sesetengah remaja yang melibatkan diri dalam majlis seperti ini
untuk menghulurkan bantuan dan memberikan sumbangan dari segi tenaga mereka. Ini dapat
menambah bilangan kawan baru dan jaringan hubungan sosial remaja.

39
000319-03-XXXX

Foto 10: Rombongan Dari Pihak Pengantin Lelaki


(Sumber: Kajian Lapangan 2019)
Gambar di atas menunjukkan ketibaan rombongan dari pihak pengantin lelaki di kampung Felda
Chiku 03, 18300 Gua Musang, Kelantan. Dengan ini boleh dikatakan majlis seperti ini dapat
mengenal lebih dekat dengan masyarakat yang lain. Hal ini demikian kerana dengan melakukan
majlis kenduri kahwin dapat membuatkan penduduk kampung lebih erat lagi.

40
000319-03-XXXX

Foto 11: Pasangan Pengantin Lelaki dan Perempuan


(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

41
000319-03-XXXX

6.0 RUMUSAN

Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dilakukan
oleh penduduk kampung pada Majlis Kenduri Kahwin yang bertempat di Felda Chiku 03, 18300
Gua Musang, Kelantan. Bukan itu sahaja, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji kesan aktiviti
kenduri kahwin sebagai pemangkin dalam pemupukan integrasi dan perpaduan yang bertempat di
Felda Chiku 03. Bahagian ini merumuskan bagi kedua-dua dapatan kajian yang telah dianalisis
oleh pengkaji.

1) Kajian yang pertama ialah aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada majlis kenduri kahwin
di Felda Chiu 03. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakkan pendapat yang telah
dikemukakan oleh responden adalah berbeza. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh penduduk
kampung dalam suasana majlis kenduri kahwin yang paling ramai dan tertinggi persetujuan ialah
aktiviti memasak, penyediaan makanan yang dilakukan bersama-sama dan kedua tertinggi pula
ialah aktiviti memasang dan menghias khemah yang dilakukan oleh penduduk kampung.
Manakala, untuk yang ketiga tertinggi pula ialah aktiviti gotong-royong, membersihkan kawasan
rumah yang dilakukan bersama-sama. Akhir sekali, bagi sederhana ialah membuat “goodies”
bersama-sama dan persembahan kebudayaan dan kesenian seperti silat, dikir barat dan lain-lain.

2) Seterusnya, berdasarkan kajian kesan aktiviti kenduri kahwin kepada integrasi dan
perpaduan di Felda Chiku 03. Kesan kepada penduduk kampung yang mencatat persetujuan yang
paling tinggi ialah dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga, jiran, sahabat
dan lain-lain. Manakala, yang kedua tertinggi pula ialah dapat meningkatkan interaksi atau
komunikasi dengan penduduk kampung, mewujudkan kerjasama dengan penduduk setempat
dalam membuat tugasan yang diberikan, dan juga dapat mengenali penduduk dengan lebih dekat.
Akhir sekali, kesan yang mencatat persetujuan paling rendah ialah memberi peluang remaja
mendapat kenalan dan pengalaman.

42
000319-03-XXXX

7.0 RUJUKAN

a) Menurut Kamus

 Kamus Pelajar Edisi Keempat

b) Menurut Internet

 Jganraj.blogspot.com
 Nawwarislam.blogspot.com
 http://penatokoh.blogspot.com/2014/01/tokoh-tun-hussein-onn.html

43
000319-03-XXXX

8.0 LAMPIRAN

Maklumat Kepada Responden


Borang soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus untuk mata
pelajaran Pengajian Am (900/4). Soal selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti
aktiviti-aktiviti Majlis Kenduri Kahwin di Kampung Felda Chiku 03, 18300 Gua
Musang, Kelantan. Segala maklumat yang diberikan adalah rahsia dan hanya
digunakan untuk kepentingan kajian ini sahaja.
*Kerjasama anda amatlah dihargai*
BORANG SOAL SELIDIK
BAHAGIAN A: MAKLUMAT RESPONDEN
ARAHAN: Sila tandakan (/) mengikut maklumat diri yang dinyatakan di bawah.
MAKLUMAT DIRI RESPONDEN:

1. KATEGORI UMUR: 15-20 ( )


: 21-25 ( )
: 26-30 ( )
: 31-35 ( )
: 36- 40 ( )
: 41 DAN KE ATAS ( )

2. JANTINA : LELAKI ( )
: PEREMPUAN ( )

3. BANGSA : MELAYU ( )
: CINA ( )
: INDIA ( )

4. PEKERJAAN : PENEROKA ( ) PELAJAR ( )


: BURUH ( ) BEKERJA SENDIRI ( )

44
000319-03-XXXX

BAHAGIAN B : SOAL SELIDIK TENTANG AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKUKAN


OLEH MASYARAKAT DALAM KENDURI KAHWIN BERTEMPAT DI FELDA CHIKU
03, 18300 GUA MUSANG, KELANTAN.
ARAHAN: Nyatakan sejauhmanakah anda bersetuju dengan soalan yang diajukan. Dengan
menggunakan skala 1 hingga 3 yang tertera dibawah. Sila tandakan jawapan anda didalam kotak
yang disediakan. Tandakan satu jawapan sahaja.

1 2 3
Tidak setuju Tidak Pasti Setuju

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKUKAN OLEH MASYARAKAT DALAM KENDURI


KAHWIN DI FELDA CHIKU 03, 18300 GUA MUSANG, KELANTAN.

BIL. AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKUKAN 1 2 3

1 Memasang dan menghias khemah bersama-sama

2 Membuat “goodies” bersama-sama

3 Aktiviti memasak, penyediaan makanan yang


dilakukan bersama-sama

4 Aktivit gotong-royong, membersihkan kawasan


rumah yang dilakukan bersama-sama

Persembahan kebudayaan dan kesenian seperti silat,


5 dikir barat dll.

45
000319-03-XXXX

BAHAGIAN C : KESAN AKTIVITI KENDURI KAHWIN SEBAGAI PEMANGKIN


DALAM PEMUPUKAN INTEGRASI DAN PERPADUAN BERTEMPAT DI FELDA
CHIKU 03, 18300 GUA MUSANG, KELANTAN.
ARAHAN: Nyatakan sejauhmanakah anda beretuju dengan soalan yang diajukan. Dengan
menggunakan skala 1 hingga 3 yang tertera di bawah. Sila tuliskan jawapan anda di dalam kotak
yang disediakan. Tuliskan satu jawapan sahaja.

1 2 3
Tidak setuju Tidak Pasti Setuju

KESAN KEPADA INTEGRASI DAN PERPADUAN

BIL KESAN 1 2 3

1 Mengeratkan hubungan silaturahim antara


ahli keluarga, jiran , sahabat dll

2 Memberi peluang remaja mendapat kenalan


dan pengalaman

3 Mewujudkan kerjasama dengan penduduk


setempat dalam membuat tugasan yang
diberikan

4 Dapat mengenali penduduk dengan lebih


dekat

5 Meningkatkan interaksi atau komunikasi


antara penduduk

46
000319-03-XXXX

BAHAGIAN C: SOALAN TEMU BUAL


ARAHAN: Sila jawab soalan yang disediakan.

Informan 1: Mohd Bostaman Bin Abdullah


Umur: 32 Tahun
Bil Soalan Jawapan
1 Pada pandangan En. Bostaman, Ya. Betul, kerana pada pandangan saya majlis
adakah majlis seperti ini dapat kenduri yang diadakan ini adanya penting untuk
mengeratkan hubungan silaturahim merapatkan lagi hubungan mereka tidak kira sesiapa
antara ahli keluarga, jiran, sahabat dan secara automatiknya saya yakin mereka dapat
dll? mengenali dengan lebih rapat lagi.
2 Adakah dengan majlis perkahwinan Baik. Diatas soalan yang ditujukan, saya kurang
ini ia dapat memberi peluang remaja setuju kerana remaja zaman sekarang kita dapat lihat
mendapat kenalan dan pengalaman? mereka lebih kearah sosial dan kurang bergaul
dengan orang yang lebih berumur apatah lagi
mempunyai pengalaman dalam kenduri seperti ini.
3 Bagaimanakah perpaduan dapat Perpaduan dapat diterapkan melalui dengan
diterapkan dalam kalangan penduduk kerjasama yang dilakukan oleh penduduk kampung
kampung di Felda Chiku 03? dan mereka yang menghadiri majlis kenduri
perkahwinan yang dilangsungkan.
4 Jika semangat kerjasama tidak Pada pendapat saya, jika semangat kerjasama tidak
dilakukan dalam majlis tersebut, wujud dalam diri penduduk kampung maka majlis
apakah kesan yang akan berlaku itu akan menjadi huru-hara dan tidak akan berjalan
dalam majlis kenduri itu? dengan lancar
5 Apakah aktiviti yang dapat dilihat Secara keseluruhan, aktiviti yang dapat dilihat oleh
oleh En. Bostaman dalam majlis saya dalam majlis kenduri salah satunya adalah
kenduri tersebut? aktiviti memasak yang dilakukan secara beramai-
ramai.

47
000319-03-XXXX

Informan 2: Karimah Binti Abdul Ghani


Umur: 59 Tahun

Bil Soalan Jawapan


1 Pada pandangan Puan Karimah, Ya, saya setuju. Hubungan silaturahim ini bukan
adakah majlis seperti ini dapat sahaja merapatkan yang lebih dekat tetapi ia juga
mengeratkan hubungan silaturahim boleh merapatkan lagi orang yang berada di jauh
antara ahli keluarga, jiran, sahabat dalam suasana majlis kenduri ini.
dll?
2 Adakah dengan majlis perkahwinan Diatas soalan yang ditujukan, saya setuju kerana ada
ini ia dapat memberi peluang remaja sesetengah remaja yang melibatkan diri dalam
mendapat kenalan dan pengalaman? majlis seperti ini untuk menghulurkan bantuan dan
memberikan sumbangan dari segi tenaga mereka. Ini
dapat menambah bilangan kawan baru dan jaringan
hubungan sosial remaja.
3 Bagaimanakah perpaduan dapat Perpaduan dapat diterapkan sekiranya mereka
diterapkan dalam kalangan penduduk berganding bahu antara satu sama lain dan tidak kira
kampung di Felda Chiku 03? tua atau muda dalam melakukan sesuatu kerja.
4 Jika semangat kerjasama tidak Jika semangat kerjasama tidak diterapkan dalam diri
dilakukan dalam majlis tersebut, penduduk kampung, saya rasa suasana majlis
apakah kesan yang akan berlaku kenduri yang dilakukan secara besar-besaran tidak
dalam majlis kenduri itu? akan berjalan dengan lancar seperti apa yang
dirancang.
5 Apakah aktiviti yang dapat dilihat Pada pandangan saya, aktiviti yang dilakukan
oleh Puan Karimah dalam majlis semasa hari kejadian adalah aktiviti memasak,
kenduri tersebut? penyediaan makanan yang dilakukan bersama-sama
oleh penduduk kampung.

48
000319-03-XXXX

Informan 3: Siti Laila Najwa Binti Hassan


Umur: 22 Tahun
Bil Soalan Jawapan
1 Pada pandangan Puan, adakah majlis Pada pandangan saya, sudah pasti hubungan
seperti ini dapat mengeratkan silaturahim dapat dipupuk dalam kalangan mereka
hubungan silaturahim antara ahli sekiranya sesuatu majlis diadakan di setiap
keluarga, jiran, sahabat dll? kampung, terutamanya majlis kenduri perkahwinan
seperti ini.
2 Adakah dengan majlis perkahwinan Saya sangat setuju dengan soalan yang ditujukan
ini ia dapat memberi peluang remaja kerana remaja boleh menyumbangkan kepada
mendapat kenalan dan pengalaman? masyarakat dalam pelbagai bidang. Sumbangannya
termasuklah seperti aktiviti yang melibatkan majlis
salah satunya majlis kenduri kahwin. Dengan ini,
penglibatan mereka dapat meluaskan pengalaman
dan jaringan sosial dalam kalangan penduduk dapat
diwujudkan.
3 Bagaimanakah perpaduan dapat Perpaduan dapat dipupuk melalui pelbagai aktiviti
diterapkan dalam kalangan penduduk yang dilakukan oleh penduduk kampung semasa
kampung di Felda Chiku 03? majlis kenduri perkahwinan berlangsung. Dimana
kita boleh melihat mereka saling membantu dalam
sesuatu pekerjaan.
4 Jika semangat kerjasama tidak Sekiranya sikap kerjasama tidak diterapkan dalam
dilakukan dalam majlis tersebut, kalangan penduduk kampung sudah pasti majlis
apakah kesan yang akan berlaku kenduri perkahwinan yang dilangsungkan akan
dalam majlis kenduri itu? menimbulkan kekalutan dari segi penyediaan
makanan dan sebagainya.
5 Apakah aktiviti yang dapat dilihat Aktiviti yang dapat saya lihat dalam suasana majlis
oleh Puan dalam majlis kenduri tersebut ialah aktiviti membuat “goodies” bersama-
tersebut? sama yang merupakan aktiviti untuk orang
perempuan.

49

You might also like