You are on page 1of 55

ZZZT 1043 : HUBUNGAN ETNIK

TAJUK TUGASAN :

“Permasalah perpaduan dalam hubungan etnik di kampus UKM;

Kajian tentang PESTA KONVOKESYEN sebagai instrumen


perpaduan.”
ISI KANDUNGAN

TAJUK________________________________________________________MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
1.1 Objektif Kajian 2
1.2 Penyataan Masalah 2
1.3 Metodologi Kajian 3
2.0 KAJIAN LITERATUR 4
2.1 Definisi Perpaduan 4
2.2 Masyarakat Majmuk 4
2.3 Dasar Perpaduan 5
2.4 Punca Masalah Perpaduan-
Sistem Pendidikan Yang Berbeza (Faktor Penghalang) 6
2.5 Bagaimana Pendidikan Boleh Membentuk Perpaduan 7
2.6 Asas – Asas Perpaduan Sistem Pendidikan 7
2.6.1 Sistem persekolahan yang sama bagi semua 7
2.6.2 Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama 8
2.6.3 Kurikulum yang sama 8
2.6.4 Sukatan pelajaran yang seragam 8
2.6.5 Peperiksaan yang seragam 9
2.7 Perpaduan Dariapada Akar Umbi 9
2.8 Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Implikasi Terhadap Hubungan Etnik
Di Malaysia. 9
2.9 Mengatasi Polemik Hubungan Etnik 11
2.10 Sambutan Hari Malaysia 16 September 2010 14
2.11 Rentetan Peristiwa Penubuhan Malaysia 15
3.0 LATAR BELAKANG PESTA KONVOKESYEN UKM 17
3.1 PENGENALAN 17
3.2 MATLAMAT 18
3.3 MISI 18
3.4 OBJEKTIF 18
3.5 SEKRETARIAT YANG TERLIBAT 19
3.6 LOGO PESTA KONVOKESYEN UKM KE-38 24
3.7 CADANGAN 26
4.0 ANALISIS DATA 27
4.1 SOAL SELIDIK 27
4.2 GRAF BERDASARKAN SOALAN YANG DIPILIH 28
4.3 TEMURAMAH TOKOH PESTA KONVOKESYEN UKM KE-38 33
4.3.1 Dialog bersama Tokoh Pesta Konvokesyen UKM ke-38 34
4.3.2 Latar Belakang Tokoh Pesta Konvokesyen UKM Ke-38 38
5.0 PERBINCANGAN 39
6.0 KESIMPULAN 40
7.0 RUJUKAN 41
8.0 LAMPIRAN 42
SENARAI JADUAL

JADUAL______________________________________________________MUKA SURAT
Jadual 1: Cara-cara mencapai perpaduan 5

SENARAI GAMBAR

GAMBAR______________________________________________________MUKA SURAT

Gambar 1: Logo Pesta Konvokesyen UKM ke-38 24


Gambar 2: Semasa artis tanahair iaitu Aishah membuat persembahan 42

Gambar 3: Kepelbagaian kaum dalam Sekretariat Pesta Konvo 42

Gambar 4: Tarian daripada pelbagai etnik di Malaysia semasa persembahan

kebudayaan Pesta Konvo 43

Gambar 5: Proses jual beli di gerai Pesta Konvo 43

Gambar 6: Gerai kaum India di tapak gerai Pesta Konvo 43

Gambar 7: Kaum Cina turut membeli barangan kaum Melayu 44

Gambar 8: Semasa menemuramah tokoh Pesta Konvo 44

Gambar 9: Sukan Paintball menjadi salah satu aktiviti Pesta Konvo UKM 44
2.0 PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun dan ke arah mencapai status
negara maju. Pembangunan berlaku semakin pesat, selari dengan matlamat wawasan 2020
yang telah diutarakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir dengan matlamat nama
Malaysia dikenali di seluruh pelosok dunia. Ekoran daripada itu, proses urbanisasi semakin
pesat berlaku dan seterusnya menjurus ke arah peningkatan taraf hidup rakyat.
Sekiranya diimbas kembali sejarah tamadun manusia, manusia sebenarnya lebih
cenderung kepada cara hidup berkumpulan terutamanya masyarakat di kawasan bandar.
Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian kaum dan budaya yang berbeza-beza,
dimana majoriti adalah kaum Melayu, diikuti kaum Cina dan India. Walau bagaimanapun
kedudukan dan hak orang bukan Islam di negara ini adalah terpelihara. Tiada penindasan
berlaku ke atas orang bukan Islam di kalangan rakyat Malaysia. Mengikut ajaran Islam,
hubungan dengan orang-orang non-Muslim ialah firman Allah SWT: “ Allah tiada melarang
kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadp orang-orang yang tiada pula mengusir
kamu dari negerimu sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Allah
hanya melarang kamu menjadikannya sebagai kawanmu, orang-orang yang memerangi kamu
kerana agama, dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu orang lain untuk
mengusirmu. Dan barang siapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim.” (Q.S. 60: 8-9)
Justeru itu, kedudukan orang bukan Islam di bawah pemerintahan Islam di Malaysia
dilihat dari beberapa aspek, iaitu kebudayaan, agama, politik, ekonomi dan pendidikan.
Malah dapat diperhatikan bahawa hak-hak istimewa orang Melayu tidak menyekat dan
menindas kebebasan dan hak orang bukan Melayu di negara ini. Oleh itu, suasana yang
harmoni wujud di kalangan rakyat dan ini telah menjadi satu topik yang popular dan sering
dibincangkan di kalangan manusia di semua pelosok dunia.
Kajian ini telah meletakkan Pesta Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia
sebagai instrument perpaduan di kalangan mahasiswa mahasiswi di dalam kampus UKM
sendiri. Pesta Konvo UKM adalah salah satu program tahunan yang cukup besar di UKM
dan ianya mampu mewujudkan perpaduan dalam pelbagai aspek kerana UKM sendiri
mempunyai kepelbagaian latar belakang pelajarnya. Kajian ini berdasarkan Pesta Konvo
UKM ke-38 yang baru sahaja selesai baru-baru ini.

1.1 Objektif Kajian

 Memahami Pesta Konvokesyen UKM sebagai instrumen perpaduan.


 Memperihalkan ciri-ciri Pesta Konvokesyan UKM.
 Mengkaji bentuk aktiviti di Pesta Konvokesyen UKM yang dapat membentuk
perpaduan.

1.2 Penyataan Masalah

Isu permasalahan kaum adalah isu yang sensitif di negara ini, lebih-lebih lagi dikalangan
generasi muda masa kini. Ramai dikalangan pemimpin negara melahirkan kebimbangan terhadap
ekstremisme berasaskan kaum di kalangan generasi muda yang semakain serius. Kini, amalan
berkelompok mengikut kaum di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di institusi pengajian awam
mahupun swasta menampakkan lagi keseriusan masalah ini. Pelajar kini ada yang sedar dan tidak
kurang yang langsung tidak ambil peduli akan bahaya yang mungkin timbul daripada amalan
atau budaya tidak menghormati perasaan kaum-kaum lain. Justeru itu, banyak pendekatan yang
telah diambil oleh pucuk pimpinan institusi pengajian di negara ini untuk memupuk perpaduan
dikalangan pelajarnya. Salah satu instrument yang dapat mengubati masalah ini secara langsung
atau tidak langsung adalah melalui pesta konvokesyen di UKM. Perkara ini kerana, pihak
universiti telah memberi hak kepada pelajar sendiri untuk menguruskan pesta konvokesyen.
Walaupun tidak semua pengurusan diletakkan di bahu pelajar, tetapi ia dapat mengeratkan
perpaduan dan dapat mencapai kesepakatan dalam mencapai keputusan yang akan dibuat.
Organisasinya yang mempunyai kepelbagaian kaum juga memperlihatkan bahawa ia adalah
instrument yang dapat menyelesaikan permasalahan kaum walaupun tidak sepenuhnya. Adakah
Pesta Konvokesyen UKM 2010 berperanan sebagai suatu alat perpaduan antara masyarakat
berbilang kaum di UKM khususnya dan kawasan Bangi secara amnya?.

1.3 Metodologi Kajian

Kajian Pesta Konvokensyen sebagai instrument perpaduan ini telah dimulakan


dengan pencarian maklumat melalui kajian perpustakaan yang melibatkan buku-buku
penyelidik, jurnal, kajian penyelidik dan majalah. Kajian perpustakaan ini juga termasuk
pencarian maklumat di internet melalui laman sesawang kerajaan, mahupun individu
yang membuat kajian mengenai perpaduan. Kerja lapangan atau survey pula adalah
bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang situasi sebenar kajian Pesta
Konvokesyen ini di kalangan mahasiswa , mahasiswi dan pengunjung luar yang hadir.
Borang-borang soal selidik akan diedarkan secara rambang kepada mahasiswa dan
mahasiswi yang berbilang kaum di tapak pesta konvokesyen iaitu Dewan Gemilang,
UKM. Selepas itu, keputusan borang-borang soal selidik tersebut akan dikaji serta
dianalisa dengan teliti bagi mendalami, mengetahui, mengenalpasti dan membandingkan
maklumat yang telah diperoleh.

Peratusan kaedah pengumpulan maklumat adalah seperti berikut:

(a) Kajian perpustakaan:

 60% adalah daripada buku, journal, kajian penyelidik atau majalah.

 Bahan internet-hanya daripada sumber rasmi dan akademik.

(b) Kajian lapangan:

 Survey melalui borang soal selidik adalah sebanyak 30%.


 Temuramah tokoh adalah melibatkan sebanyak 10%.

3.0 KAJIAN LITERATUR

3.1 Definisi Perpaduan.


Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya
melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu
identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan
mereka. Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada
perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan
ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.

3.2 Masyarakat Majmuk.


Ciri yang nyata dalam sesebuah masyarakat yang bersifat majmuk ialah
wujudnya jurang perpisahan di antara berbagai golongan etnik atau bangsa yang
tinggal di dalam masyarakat yang berkenaan. Di negara kita, perpisahan sedemikian
iaitu secara fizikal, telah lama wujud di kalangan penduduk di satu-satu petempatan
bahkan pada zaman Kesultanan Melaka keadaan ini wujud untuk memudahkan
perjalanan sistem pentadbiran – iaitu satu-satu golongan pendatang itu biasanya
diletakkan di bawah ketua golongan itu sendiri. Maka muncullah perkampungan
Cina, Jawa, India dan sebagainya.
Terdapat perbezaan yang besar di antara keadaan dahulu, iaitu seperti di
zaman kesultanan Melaka dengan keadaan yang wujud semasa zaman penjajah.
Dahulu, orang asing yang bermastautin di Malaysia ini tidak ramai, apa lagi mereka
yang mengambil keputusan untuk berintegrasi dengan penduduk pribumi dan
seterusnya menghilangkan keperibadian asalnya. Pastinya soal status politik
penduduk asing itu tidak pernah dipertikaikan : orang mendatang mempunyai negara
ibunda masing-masing; kehadiran mereka di kawasan ini hanyalah sebagai penduduk
sementara walaupun, pada hakikatnya, ramai juga yang akhirnya dikebumikan di
negara ini.
Walau bagaimanapun, akibat penjajahan pada abad ke 19 terutamanya di Asia
Tenggara telah membawa perubahan yang besar kepada komposisi penduduk di
beberapa negara jajahan takluk. Wujudnya pentadbiran British di negara ini
menggalakkan lebih ramai orang Cina berhijrah masuk kerana permintaan bijih timah
yang meningkat di Eropah. Untuk mempercepatkan lagi pengeluaran hasil ladang
terutamanya getah, kaum Tamil telah dibawa masuk ke negara ini dari India yang
sememangnya sudah menjadi tanah jajahan British. Perkembangan ekonomi yang
semakin peast ini sedikit sebanyak mengubah keadaan. Penduduk negara luar
semakin ramai di negara ini dan masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.
Pada tahun-tahun 1920-an, pola masyarakat majmuk semakin nyata. Orang
Melayu tinggal di kawasan desa atau pinggir bandar; orang Cina di kawasan bandar
dan orang India di ladang-ladang getah. Perpisahan fizikal ini menyebabkan
hubunbgan antara kaum menjadi semakin minima.

3.3 Dasar Perpaduan.

Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi.
Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan
kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam
sesebuah unit politik. Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana
kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan
sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Menurut Vender Zanden,
seorang ahli sosiologi, asimilasi adalah satu proses dalam mana kelompok-kelompok
yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam
kesatuan sosial serta budaya yang sama.

Cara-cara mencapai perpaduan


Politik Sosial Ekonomi
·        Integrasi politik ·        Integrasi kebudayaan ·        Integrasi wilayah

·        Integrasi sosial ·        Integrasi ekonomi

·        Integrasi pendidikan

Jadual 1: Cara-cara mencapai perpaduan.

3.4 Punca Masalah Perpaduan – Sistem pendidikan yang berbeza (Faktor


Penghalang).

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan


sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu
pada peringkat permulaannya, di Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu, pihak
British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina
dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian. 

Pelajaran Cina telah membarai kesedaran kebangsaaan pemuda –pemuda


Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa
pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China
dan berkiblatkan China. 

Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar


yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian
besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan.
Walau bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil tidak pernah setanding dengan sekolah-
sekolah Cina, Melayu atau Inggeris. 

Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem


persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran
Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari
segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris
juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas
sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting
mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan
dua golongan terdidik – berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernacular – yang
tidak mempunyai pandangan dunia (world – view) yang sama.

Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem


pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat
hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat
untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.
 
3.5 Bagaimana Pendidikan Boleh Membentuk Perpaduan. 

Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang
dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang
bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan
dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai
kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.

Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah


negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa
pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah
lama disedari. Sistem pelajaran yang ada pada hari ini ialah suatu usaha yang
disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada
masalah perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat
diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

3.6 Asas-Asas Perpaduan Sistem Pendidikan. 


3.6.1 Sistem persekolahan yang sama bagi semua.
   Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-
sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa
pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai
bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan.

      Seterusnya walaupun pada peringkat rendah ini sekolah-


sekolah diasingkan oleh bahasa pengantar yang berbeza namun sukatan
pelajaran dan sistem persekolahan disamakan. Pada peringkat menengah
pula ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan pengantar bahasa
Melayu dan semua kanak-kanak akan memasuki sama ada Sekolah
Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Inggeris tanpa mengira
bahasa pengantar yang dilaluinya pada peringkat rendah.

3.6.2 Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.


   Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan.
Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu
kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga.
Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara
kaum di negara ini.

3.6.3 Kurikulum yang sama.


   Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang
terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-
nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah
menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya.
Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina
perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan
emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikilum juga berperanan untuk
melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan
perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan
tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.

3.6.4 Sukatan pelajaran yang seragam.


Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan
oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem
pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran
Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan.
Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan
dan perasaan hormat menghormati terutama dlam masyarakat yang
berbilang kaum, agama dan adat resam.

3.6.5 Peperiksaan yang seragam.


Rancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum di sekolah-
sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem
peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan
peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu
apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses
menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan
keperibadian yang sama. 

2.7 Perpaduan Daripada Akar Umbi.


Pada peringkat sekolah rendah lagi, sekolah beraliran telah diwujudkan, tetapi ia
disatukan menjadi satu aliran pada peringkat sekolah menengah. Perkara ini kerana,
matlamat perpaduan kaum menjadi tunjang utama kerajaan dan dengan itu sekolah satu
aliran mungkin menjadi titk tolak ke arah itu.

Malah kerajaan telah menyokong cadangan tokoh sejarah Prof Emeritus Tan Sri
Khoo Kay Tim supaya sekolah satu aliran dilaksanakan sebagai satu usaha mewujudkan
perpaduan kaum di Negara ini. Kewujudan sekolah satu aliran dapat membantu rakyat
menyelami erti perpaduan atau makna sebenar gagasan 1 Malaysia.

2.8 Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dan Implikasi Terhadap Hubungan Etnik Di
Malaysia.

Pada 10 Mac 2010 yang lalu, Jabatan Pengajian Islam dan Kemanusiaan, Pusat
Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah
menganjurkan sebuah wacana ilmu yang bertemakan ‘Dasar Ekonomi Baru (DEB) Dan
Implikasi Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia’. Wacana ini telah menjemput Prof.
Datuk Dr Shamsul Amri Bin Baharuddin, Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) sebagai
panel pembentang. Tema DEB ini telah dipilih berdasarkan keadaan sosio-politik semasa
yang memungkinkan berlaku pelbagai perdebatan pro dan kontra terhadap perlaksanaan
dasar itu dan implikasinya dari sudut yang jarang diterokai iaitu kesan pada hubungan
sesama etnik di Malaysia.

Prof. Datuk Dr Shamsul Amri menyatakan bahawa walaupun pada hakikatnya,


DEB telah lama tamat, namun semangat DEB masih tetap diteruskan dalam perbincangan
politik, perbincangan semasa dan juga di dalam sembang lapangan maya (internet).
Seperti yang telah dimaklumkan, penubuhan DEB ini bertujuan untuk membasmi
kemiskinan dan juga menyusun semula masyarakat sejurus berlakunya peristiwa berdarah
13 Mei 1969. Untuk memahami kronologi kepada wujudnya DEB, maka perlu untuk
merenung semula tirai sejarah negara Malaysia dalam konteks awal penubuhannya.

Malaysia ketika awal merdeka, masih lagi sebuah negara yang muda tetapi perlu
berhadapan dengan pelbagai cabaran utama seperti pembangunan ekonomi, pemerintahan
dan kestabilan politik, hubungan antara kaum dan juga perang dingin antara blok
komunis dan blok kapitalis. Beliau menambah, cabaran-cabaran besar ini membawa
kepada wujudnya krisis-krisis seperti isu pembangunan ekonomi di kawasan bandar dan
luar bandar. Krisis hubungan kaum ketika itu walaupun masih belum dikategorikan
sebagai darurat, namun boleh disifatkan cukup membimbangkan. Masing-masing
bertikam lidah tentang kepentingan kaum masing-masing. Situasi ini cukup menyamai
dengan apa yang sedang berlaku dewasa ini di Malaysia. Bermula dari cabaran, kemudian
krisis, akhirnya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969 hasil gabungan pelbagai krisis dan
diterjemahkan dalam satu konflik terbuka.

Kelahiran DEB selepas konflik 13 Mei 1969 dilihat sebagai satu usaha
penyelesaian untuk semua masalah yang dihadapi ketika itu. Dipertengahan hujah, Prof.
Datuk Dr Shamsul Amri sempat menimbulkan persoalan, benarkah DEB merupakan ubat
yang cukup mujarab bagi mengubati semua penyakit yang berlaku pada ketika itu?.
Terdapat dua masalah besar yang dinyatakan oleh beliau mengenai kefahaman perpaduan
sosial rakyat di Malaysia. Masalah pertama ialah mengenai penekanan yang keterlaluan
terhadap satu-satu peristiwa konflik berdarah semata. Seolah-olah tiada langsung
gambaran perpaduan dan kehidupan rakyat diperlihatkan sebagai senantiasa berkonflik.

Masalah kedua pula bersangkut paut pada kesilapan meletakkan persamaan


apabila menyatakan perpaduan sosial itu sama dengan perpaduan ekonomi. Sifat-sifat
utama perpaduan gagal difahami dan tidak disentuh, antaranya elemen asimilasi,
akomodasi, akulturasi dan amalgamasi. Sering kali kita beranggapan, jika pembahagian
ekonomi seperti yang dirancang melalui DEB berhasil, maka secara langsung Malaysia
mampu mencapai perpaduan bersifat nasional. Namun, hasilnya ia tidak seperti yang
diharapkan. Perpaduan nasional telah ditafsirkan dengan fahaman sempit dan berubah
menjadi satu bentuk pertandingan merebut hak milik ekonomi. Kesannya, kita lebih
banyak bercakap mengenai soal ‘pertandingan’ ini berbanding matlamat utama untuk
mewujudkan perpaduan yang akhirnya telah dikesampingkan. Dari perbincangan
perpaduan nasional, isu ini menjalar menjadi ‘perebutan nasional’ antara kelompok etnik.
Prof Datuk Dr Shamsul Amri menyatakan bahawa perebutan nasional ini wujud dalam
pelbagai bentuk seperti inter-etnik, intra-etnik, inter-kelas, dan intra-kelas. Ekonomi
hanyalah wadah kepada satu usaha ke arah perpaduan, namun objektif dan matlamat
harus jelas.

Pengakhiran ucapan, beliau menekankan betapa penting anjakan paradigma yang


melihat isu dari konflik kepada penyatuan dalam tindakan. Penyatuan tindakan ini
penting dalam memberikan satu bentuk kesatuan dalam kepelbagaian dan bukan pula
kesatuan dalam kesamarataan bagi merialisasikan gagasan 1 Malaysia. Isi dan gaya
penghujahan beliau yang tidak bias pada mana-mana pihak yang berkepentingan dan
hanya menekankan soal fakta dan akademik harus dipuji. Sikap ini menandakan
kematangan beliau sebagai ahli akademik yang cukup masak dalam arena perdebatan
sosio-politik di Malaysia.          

2.9 Mengatasi Polemik Hubungan Etnik.

Keputusan kerajaan berkaitan Akta Hubungan Kaum sudah jelas. Tetapi itu tidak
bermakna isu berkaitan hubungan kaum terhenti begitu sahaja. Dasar dan program yang
jelas perlu dirangka agar polemik hubungan kaum dapat ditangani. Sukarnya perpaduan
di Malaysia daripada segi pentadbiran adalah kerana walaupun diletakkan di bawah
Kementerian Perpaduan, Kesenian dan Warisan (KEKWA), isu perpaduan juga adalah
teras perkhidmatan di kementerian-kementerian lain.

Kerajaan mungkin bimbang kewujudan sebuah kementerian khusus berkaitan


perpaduan akan menunjukkan bahawa masalah hubungan kaum di negara ini seperti tidak
terkawal. Namun daripada sudut lain, sebuah kementerian khusus seperti itu sangat
diperlukan demi mencapai kestabilan negara. Perpaduan memerlukan satu usaha yang
berterusan khususnya melalui pendidikan. Ada baiknya kerajaan merangka kembali dasar
dan strategi perpaduan kaum di negara ini. Perubahan ini memerlukan pemikiran dan
dasar baru. Hubungan etnik juga tidak lagi sekadar berdasarkan kaum Melayu, Cina dan
India sahaja.

Selain ras dan perbezaan fizikal, bahasa, adat, budaya dan agama, sekarang jurang
ekonomi, lokasi residensi dan pekerjaan juga menyebabkan masyarakat negara ini
menjadi semakin kompleks dan berbeza. Oleh demikian, bekas Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi menyuarakan bahawa sangat penting untuk kita
mengetahui apakah asas-asas bersama kehidupan antara etnik di Malaysia.

Tiga asas bersama tersebut ialah menghormati Perlembagaan negara, berkongsi


kuasa politik dan ekonomi secara adil serta membina sistem pendidikan yang dipersetujui
bersama. Profesor Robert Park, ahli sosiologis hubungan etnik dalam bukunya The
Nature of Race Relations (1950) menegaskan, hubungan etnik secara lumrahnya akan
wujud bila dua atau lebih kumpulan yang berbeza budaya, agama dan adat berada dalam
ruang yang sama.

Situasi hubungan etnik hanya wujud bila kumpulan tersebut menyedari adanya
perbezaan. Jika mereka tidak mengambil sikap mengabaikan perbezaan itu, maka
hubungan etnik tidak akan menjadi satu isu yang perlu diuruskan. Dua kerangka utama
yang sering digunakan untuk memahami hubungan etnik ialah model asimilasi dan juga
model pluralisme. Asimilasi merujuk kepada usaha untuk meningkat kebersamaan dan
keserasian antara etnik di sesebuah negara. Demikian itu, Perlembagaan Persekutuan
dibentuk untuk mewujudkan kebersamaan tersebut. Penarafan Bahasa Melayu dan agama
Islam sebagai entiti rasmi negara adalah strategi untuk membina kebersamaan tersebut.

Malah cadangan pembentukan sekolah satu aliran juga sebenarnya satu lagi usaha
untuk membina keserasian antara kaum. Kerangka asimilasi boleh dijayakan menerusi
empat peringkat utama iaitu asimilasi budaya, struktur, psikologi dan biologikal. Model
pluralisme pula merujuk kepada usaha menjayakan hubungan dengan meraikan
kepelbagaian etnik melalui budaya, sukan, muzik, fesyen dan makanan. Ia akan membina
toleransi identiti dan seterusnya meningkatkan usaha hubungan etnik.

Bagi menjayakan hubungan etnik ini, yang utama ialah seluruh rakyat menghayati
dan memahami Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan hubungan etnik sebagai asas
bersama. Kegagalan memahaminya akan menyebabkan kita kembali berpolemik. Kajian
oleh Nur Atiqah T. Abdullah (2006) di Pusat Pengajian Umum UKM mengenai
Perlembagaan Persekutuan menunjukkan, tahap pengetahuan responden daripada semua
etnik masih rendah. Pengetahuan yang rendah dalam pelbagai aspek melibatkan
perpaduan antara kaum akan mendedahkan rakyat kepada risiko perbalahan antara kaum
dan menjejaskan kestabilan negara.

Perlembagaan Persekutuan merupakan sumber tertinggi perundangan negara.


Semua undang-undang yang digubal perlu memenuhi semangat dan aturan yang
termaktub di dalamnya.Satu bangsa Malaysia hanya boleh wujud secara realistik bila
keluhuran perlembagaan diterima, dihormati dan dihayati oleh seluruh lapisan
masyarakat pelbagai etnik di negara ini.

Penelitian dokumen Perlembagaan Persekutuan (cetakan terbaru - sehingga 5 Mac


2008) menunjukkan, daripada 183 Perkara, tujuh menyentuh isu hubungan etnik.
Antaranya ialah Perkara 3 yang menyatakan, Islam adalah agama rasmi Malaysia.
Perkara ini jelas dan tidak sukar untuk difahami. Tinggal lagi atas niat seseorang untuk
mempertikaikan perkara tersebut. Perkara 8 berkaitan dengan jaminan sama rata daripada
segi undang-undang dan semua warganegara berhak mendapat perlindungan tanpa
membezakan agama, kaum, keturunan, tempat lahir dan jantina. Perkara 11 mengenai
kebebasan beragama. Penganut mana-mana agama dibenarkan menguruskan hal ehwal
agamanya melalui persatuan dan yayasan serta menjana dan memiliki harta mengikut
undang-undang. Perkara 14 pula berkaitan dengan jaminan sebagai setiap rakyat yang
layak berhak untuk memiliki kewarganegaraan.

Penting hak ini difahami oleh semua kaum sebagai menghargai pengorbanan
orang Melayu dan pribumi lain yang bersedia membuka jalan untuk kaum Cina dan India
menjadi warganegara semasa peringkat awal kemerdekaan dahulu. Perkara 149 pula
melibatkan usaha pengawalan sensitiviti berkaitan hubungan etnik melalui pencegahan
kepada perlakuan subversif seperti hasutan serta penghinaan terhadap kumpulan etnik
yang lain. Perkara 152 pula berkaitan pengiktirafan bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan. Namun liberalisasi toleransi yang tinggi kepada seluruh warganegara
menyebabkan tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan
bahasa lain untuk tujuan komunikasi umum.
Sementara itu, Perkara 153 pula menyatakan mengenai kedudukan istimewa
orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hak ini diberikan dengan jaminan
bahawa orang bukan Melayu tidak akan dipinggirkan daripada perancangan serta turut
menikmati sepenuhnya kemajuan ekonomi negara. Maka, keputusan untuk tidak
meneruskan penggubalan Akta Hubungan Kaum menunjukkan sikap positif kerajaan
berkaitan hubungan kaum di negara ini.

Sebagai alternatifnya, sangat penting untuk merangka satu dasar hubungan etnik
dan perkemaskan pelaksanaannya sebagai satu proses mendidik generasi muda. Usaha
institusi-institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta dalam mencapai perpaduan
kaum dengan mewujudkan pelajaran khusus seperti Hubungan Etnik sememangnya harus
mendapat pujian kerana ianya adalah salah satu instrument perpaduan di dalam institusi
pengajian tersebut Semoga hubungan etnik di negara ini akan berkembang subur dan
menjadi contoh kepada negara lain di dunia.

2.10 Sambutan Hari Malaysia 16 September 2010.

Sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September tahun 2010 ini berbeza
daripada tahun-tahun sebelumnya kerana pertama kali kerajaan mengiktirafnya sebagai
sambutan peringkat Kebangsaan (cuti umum). Dengan pengiktirafan ini, bermakna pada
tahun-tahun akan datang semangat nasionalisme dan sentimen positif rakyat bukan hanya
dilahirkan pada 31 Ogos tetapi juga bagi tarikh 16 September setiap tahun. Pada tahun ini
juga, negeri Sabah sangat bertuah kerana dipilih sebagai tuan rumah pertama untuk
sambutan peringkat kebangsaan tu.

Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan ini sebenarnya secara tidak


langsung menyampaikan mesej yang jelas kepada setiap rakyat negara ini bahawa
kedudukan negeri-negeri di Malaysia ini adalah sama pada semua aspek. Sabah, Sarawak
mahupun negeri-negeri di Semananjung Malaysia sama-sama membentuk Malaysia dan
kekuatan atau kelemahan “Malaysia” terletak pada semua rakyat tanpa mengira di mana
dia berasal atau sedang bermastautin. Sebab itulah, sikap toleransi antara satu sama lain
perlu ada dan kutuk-mengutuk atau kata-kata penghinaan yang boleh mengganggu
sensitiviti masyarakat negeri lain perlu dielakkan supaya semangat 1 Malaysia sentiasa
terpelihara.

2.11 Rentetan Peristiwa Penubuhan Malaysia.

27 Mei 1961 – Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan
Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan
tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah
Melayu, Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik.

23 Julai 1961 – Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan
Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan
Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.

Ogos 1961 – Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan


di Sabah.

18-20 Disember 1961 – Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia


diadakan di Kuching Sarawak.

6-7 Januari 1962 – Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia


diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur.

17 Januari 1962 – Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan


penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak. Suruhanjaya dianggotai
oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali
Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Mr H. Harris bertindak sebagai
Setiausaha.

3-4 Februari 1962 – Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia.

21 Jun 1962 – Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada
kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Julai 1962 – Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku
Abdul Rahman dengan Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British untuk
mengadakan rundingan.

9 Julai 1963 – Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel


di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah
ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak dan Singapura.

16 September 1963 – Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka


Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana
Menteri, Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia.
4.0 LATAR BELAKANG PESTA KONVOKESYEN UKM

4.1 PENGENALAN

Pesta Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan satu acara


tahunan yang gilang-gemilang dan juga merupakan acara yang terbesar anjuran Persatuan
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) sesi 2009/2010 dalam meraikan para
mahasiswa/i yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Pada tahun ini, Sekretariat Pesta
Konvokesyen Ke-38 di bawah kendalian Exco Konvokesyen dan Hubungan Alumni PMUKM
sekali lagi akan menganjurkan projek mega ini. Sepanjang tempoh 37 tahun memasuki tahun ke
38, Pesta Konvokesyen telah mencetuskan pelbagai revolusi yang memberi impak mendalam
pada seluruh warga UKM serta masyarakat luar. Pesta Konvokesyen mencerminkan imej
universiti sebagai pusat pengembangan ilmu dan pembentukan modal insan yang berkualiti dan
mempunyai nilai tambahnya yang tersendiri. Pelaksanaannya juga dapat dilihat sebagai wadah
yang menghubungkan mahasiswa/i UKM dengan organisasi dan masyarakat luar. Program
terbesar universiti ini akan disempurnakan oleh Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.

Konvokesyen telah berjaya merealisasikan kesinambungan kerjasama dengan pelbagai


organisasi korporat terkemuka di seluruh negara. Kerjasama yang dimeterai dari segi
perkongsian maklumat, material, dan kewangan adalah bagi membolehkan Pesta Konvokesyen
dapat dilaksanakan dengan penuh meriah dan jayanya. Selain itu, ia berjaya memartabatkan
nama dan imej universiti di mata masyarakat tempatan sebagai sebuah universiti yang mampu
melahirkan para intelektual berdedikasi, berketrampilan, berwawasan dan berkepimpinan.

Sejajar dengan status universiti penyelidikan di samping Anugerah Kualiti Perdana


Menteri yang telah diperoleh, sudah cukup untuk membuktikan bahawa UKM adalah sebuah
institusi pendidikan yang terulung di Malaysia. Justeru, peranan Pesta Konvokesyen Ke-38
adalah mewujudkan nilai tambah dalam pemeliharaan imej universiti serta membantu
mempromosikan para intelektual yang lahir dari UKM.

4.2 MATLAMAT

Untuk menjadi badan organisasi pelajar yang menerapkan nilai-nilai kualiti, integrasi dan
intelek konsep Pesta Konvokesyen Ke-38 adalah berteraskan kepada jati diri mahasiswa yang
merangkumi aspek kepimpinan, kecemerlangan akademik, pengurusan organisasi yang
profesional, penguasaan teknologi maklumat dan pemuliharaan budaya bangsa. Di samping itu,
ia juga boleh dijadikan satu tanda aras bagi semua program yang lain. Justeru, Sekretariat Pesta
Konvokesyen berperanan bagi menzahirkan dan melaksanakan setiap perincian yang telah
digariskan seperti di atas secara menyeluruh.

4.3 MISI

Menjadi sebuah organisasi yang mampu melatih dan melahirkan individu yang
berketrampilan, fleksibel dan dinamik disamping mengembangkan kemahiran berorganisasi agar
manfaatnya dapat dirasai oleh semua warga UKM terutamanya.

4.4 OBJEKTIF
 Meraikan para graduan UKM yang akan menamatkan pengajian pada tahun 2010 di
samping memberi penghargaan ke atas kecemerlangan mereka.
 Menonjolkan kecemerlangan warga UKM di dalam pelbagai bidang akademik serta
penguasaan teknologi semasa seiring dengan era globalisasi masa kini.
 Memberi peluang kepada mahasiswa/i universiti untuk melihat perkembangan dunia
luar berdasarkan suasana pembudayaan ilmu di dalam kampus selain menimba
pengalaman berorganisasi.
 Menepati dasar utama pelaksanaan Pesta Konvokesyen Ke-38 iaitu program yang
mencerminkan citra universiti sebagai pusat menimba ilmu dan pusat pengkulturan
masyarakat terpelajar.
 Memberi ruang kepada organisasi-organisasi luar untuk mempromosikan produk
mereka kepada warga universiti dan juga masyarakat luar di samping menjalankan
urusan perniagaan yang memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak melalui
program-program berbentuk kerjasama.

4.5 SEKRETARIAT YANG TERLIBAT


 Sekretariat Cenderamata & Penerbitan

Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan satu siri acara tahunan


yang gilang-gemilang anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
(PMUKM) sesi 2009/2010. Sekretariat Cenderamata & Penerbitan Pesta Konvokesyen
Ke-38 telah mengendalikan jualan cenderamata dan penerbitan buku cenderamata bagi
projek mega ini. Pada kali ini, Sekretariat Cenderamata telah mencetuskan pelbagai
revolusi yang memberi impak besar kepada keuntungan Pesta Konvokesyen. Sekretariat
Cenderamata & Penerbitan berusaha untuk memberi satu kenangan manis kepada bakal
graduan.
Sekretariat Cenderamata & Penerbitan telah berjaya merealisasikan kesinambungan
kerjasama dengan pelbagai syarikat dan pembekal. Kerjasama yang dimeterai dari segi
perkongsian maklumat, material, dan kewangan adalah bagi membolehkan Sekretariat
Cenderamata & Penerbitan dapat mempelbagaikan barangan cenderamata dengan harga
yang berpatutan dan kualiti yang tinggi. Selain itu, ia berjaya memartabatkan nama dan
imej Pesta Konvokesyen Ke-38 di mata masyarakat tempatan sebagai suatu program
yang mempunyai identiti tersendiri. Matlamat Sekretariat Cenderamata & Penerbitan,
Pesta Konvokesyen Ke-38 adalah untuk menjadi jawatankuasa badan organisasi pelajar
yang menerapkan nilai-nilai kualiti, integriti dan intelek. Sekretariat Cenderamata &
Penerbitan juga bertujuan memupuk jati diri ahli jawatankuasa yang merangkumi aspek
kepimpinan, pengurusan peniagaan yang profesional dan pemuliharaan budaya
mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, Sekretariat Cenderamata &
Penerbitan berteraskan perkhidmatan dan barangan yang berkualiti di samping harga
yang setimpal. Justeru, Sekretariat Cenderamata & Penerbitan berperanan bagi
melaksanakan setiap matlamat yang telah ditetapkan seperti di atas secara menyeluruh.
 Sekretariat Pemasaran

Antara ruang lingkup kerja Sekretariat Pemasaran termasuklah mencari dana,


tajaan dan sumbangan untuk menjayakan program Pra-konvo dan semasa tarikh
konvokesyen itu sendiri baik dari segi kewangan mahupun barangan Sekretariat
Pemasaran juga akan mendapatkan cenderamata untuk bakal graduan UKM.
Cenderamata tersebut akan diedarkan kepada para graduan semasa Sekretariat
Cenderamata dan Penerbitan membuka kaunter promosi cenderamata graduan di tempat
pengambilan jubah. Selain itu, semua sekretariat lain bekerjasama menganjurkan
program untuk mendapatkan tajaan dan sumbangan untuk kejayaan pelaksanaan program.

 Sekretariat Kebajikan & Tugas-Tugas Khas


Sekretariat Kebajikan dan Tugas-tugas Khas mengorak langkah bagi
menggalakkan penglibatan semua pihak termasuk seluruh warga UKM, badan-badan
kerajaan, syarikat korporat serta semua lapisan masyarakat agar menyertai kami untuk
sama-sama memastikan Pesta Konvokesyen berlangsung dengan selamat,selesa dan
dengan jayanya. Matlamat Sekretariat Kebajikan dan Tugas-tugas Khas ialah untuk
menjadi satu jawatankuasa badan organisasi pelajar yang menerapkan nilai-nilai kualiti,
integriti dan intelek. Sekretariat Kebajikan dan Tugas-tugas Khas juga akan memupuk
jati diri ahli jawatankuasa yang merangkumi aspek kepimpinan, pengurusan perniagaan
yang profesional dan pemuliharaan budaya mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia
serta mencetuskan perubahan yang membawa semua ke masa depan yang lebih cerah dan
gemilang. Selain itu, Sekretariat Kebajikan dan Tugas-tugas Khas akan berusaha menjadi
organisasi yang peka terhadap kekeliruan dan kesalahan yang berlaku dan memastikan
kebajikan setiap pihak berada pada tahap maksimum. Justeru, Sekretariat Kebajikan dan
Tugas-tugas Khas berperanan bagi melaksanakan setiap matlamat yang telah ditetapkan
seperti di atas secara menyeluruh.

 Sekretariat Pameran
Sekretariat Pameran Pesta Konvokesyen Ke-38 terdiri daripada 11 orang ahli dan
dipantau oleh Timbalan Pengarah Eksekutif I. Sekretariat ini pada dasarnya lebih
menumpukan kepada pameran- pameran yang berbentuk ilmiah dan berinformasi untuk
tatapan para pelajar dan para pengunjung setiap program Pra-Konvo dan sepanjang Pesta
Konvokesyen ke-38. Antara bidang tugas sekretariat ini adalah menyediakan pameran
untuk semua program Pra-konvo yang memerlukannya. Di samping itu kami juga
mencari penajaan untuk program Pra-Konvo anjuran sekretariat kami serta mencari
pempamer untuk pameran di dalam Dewan Gemilang dan Dataran Gemilang. Selain itu,
Sekretariat Pameran juga bertanggungjawab untuk menganjurkan Hari Masyarakat Sihat
dengan kerjasama Sekretariat Ekspo dan Jualan. Akhirnya, kami berharap agar gerak
kerja yang telah dirancang berjalan lancar dan seterusnya menjayakan Pesta
Konvokesyen Ke-38.

 Sekretariat Kebudayaan & Kesenian


Pesta Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan satu siri acara
tahunan yang gilang-gemilang anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan
Malaysia (PMUKM) sesi 2009/10. Sekretariat Pesta Konvokesyen Ke-38 adalah di
bawah kendalian Exco Konvokesyen dan Hubungan Alumni PMUKM.
Bersempena dengan itu, Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian telah diberi
tanggungjawab yang besar untuk melakukan aktiviti-aktiviti kebudayaan serta
mendapatkan sebanyak mungkin penyertaan bagi program-program yang dianjurkan.

 Sekretariat Keselamatan & Pengangkutan


Sekretariat ini akan menguruskan pengangkutan semasa program
dijalankan.Selain itu,keselamatan barang-barang yang penting juga akan dijaga oleh
sekretariat ini. Sekretariat ini juga selalu perlu bertindak susul dengan Jabatan
Perkhidmatan Pelajar (JPPel) dan Pusat Perkembangan Pelajar (PPP).

 Sekretariat Program
Sekretariat Program merupakan salah satu daripada 13 buah sekretariat yang
bertanggungjawab dalam menjayakan Pesta Konvokesyan ke-38, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Sekretariat ini bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan
program-program yang akan memeriahkan Pesta Konvokesyen ke-38. Bagi
merealisasikan matlamat UKM terutamanya dalam membangunkan masyarakat yang
dinamis dan berakhlak mulia, maka Sekretariat Program merancang beberapa program
yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat bagi meningkatkan pengetahuan
mahasiswa/i dalam pelbagai perkara. Sehubungan dengan itu, program-program ini dapat
dijadikan sebagai platform untuk melahirkan graduan yang mempunyai ‘soft skill’ dan
modal insan yang diharapkan oleh kerajaan. Program-program yang diadakan dapat
menonjolkan mahasiswa/i sebagai pemangkin dan peneraju yang sama-sama
mengharungi arus teknologi dalam ledakan era globalisasi. Selain itu, adalah menjadi
harapan kami agar program-program yang dirancang akan meningkatkan semangat
perpaduan antara mahasiswa/i yang berlainan agama dan bangsa dalam memeriahkan lagi
Pesta Konvokesyen ke-38 ini.

 Sekretariat Teknikal
Sekretariat Teknikal bertujuan memupuk jati diri ahli jawatankuasa yang
merangkumi aspek kepimpinan dan pemuliharaan budaya mahasiswa/i Universiti
Kebangsaan Malaysia. Selain itu, Sekretariat Teknikal bertanggungjawab untuk
memastikan keperluan program Pesta Konvokesyen Ke-38 mencukupi. Sekretariat
Teknikal merupakan sekretariat sokongan untuk Pesta Konvokesyen Ke-38 UKM.
Sepanjang Pesta Konvokesyen Ke-38 termasuklah program-program Pra-Konvo,
Sekretariat Teknikal bertanggungjawab dalam menyediakan segala peralatan seperti
kerusi, meja, dan sebagainya. Kami juga akan mengawal PA Sistem dan pencahayaan
untuk semua aktiviti. Bagi melancarkan pelaksanaan program, kami akan memastikan
bekalan elektrik berada dalam keadaan baik sepanjang program berlangsung. Dengan
kerjasama yang erat sesama ahli, kami berharap dapat menyempurnakan segala aktiviti
yang bakal berlangsung sempena Pesta Konvokesyen ke-38 ini.

 Sekretariat Ekspo & Jualan


Pesta Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan satu siri acara
tahunan yang berprestij anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
(PMUKM) sesi 2009/10.Sekretariat Ekspo dan Jualan memikul tanggungjawab untuk
memastikan Pesta Konvokesyen Ke-38 dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya
mencapai matlamatnya. Sekretariat Ekspo dan Jualan juga memainkan peranan untuk
mendapatkan penggerai yang ingin membuka gerai jualan ketika berlangsungnya Pesta
Konvokesyen Ke-38. Sekretariat Ekspo dan Jualan akan mengorak langkah bagi
menggalakkan penglibatan semua pihak termasuk seluruh warga UKM, badan-badan
kerajaan, syarikat korporat serta semua lapisan masyarakat agar menyertai kami untuk
sama-sama memastikan Pesta Konvokesyen berlangsung dengan selamat,selesa dan
dengan jayanya.

 Sekretariat Perhubungan Awam

Sekretariat ini merupakan salah satu tulang belakang kepada Pesta Konvokesyen
Ke-38 dan bertanggungjawab atas segala protokol perjalanan setiap program yang akan
dijalankan. Sekretariat ini mengendalikan tiga aktiviti utama iaitu Majlis Pelancaran
Logo Dan Watikah Pelantikan, Malam Perasmian dan Majlis Penutup Pesta
Konvokesyen Ke-38.

 Sekretariat Teknologi & Dokumentasi


Sekretariat Teknologi dan Dokumentasi memikul tanggungjawab untuk
memastikan Pesta Konvokesyen Ke-38 dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya
mencapai matlamatnya. Sekretariat Teknologi dan Dokumentasi juga memainkan
peranan untuk mendapatkan penggerai yang membuka gerai jualan ketika
berlangsungnya Pesta Konvokesyen Ke-38.
Sekretariat Teknologi dan Dokumentasi akan mengorak langkah bagi memastikan segala
aktiviti yang dijalankan sepanjang Pra Konvo dan juga semasa Pesta Konvo ke-38
berlangsung didokumentasikan. Ini supaya gambar-gambar ini dapat dijadikan kenangan
dan teladan bagi Pesta Konvo yang akan datang. Matlamat Teknologi dan Dokumentasi
ialah untuk menjadi satu jawatankuasa badan organisasi pelajar yang menerapkan nilai-
nilai kualiti, integriti dan intelek. Sekretariat Teknologi dan Dokumentasi juga akan
memupuk jati diri ahli jawatankuasa yang merangkumi aspek kepimpinan, pengurusan
perniagaan yang profesional dan pemuliharaan budaya mahasiswa/i Universiti
Kebangsaan Malaysia serta mencetuskan perubahan yang membawa semua ke masa
depan yang lebih cerah dan gemilang. Selain itu, Sekretariat Teknologi dan Dokumentasi
akan berusaha menjadi organisasi yang peka terhadap kekeliruan dan kesalahan yang
berlaku dan memastikan kebajikan setiap pihak berada pada tahap maksimum. Justeru,
Sekretariat Teknologi dan Dokumentasi berperanan bagi melaksanakan setiap matlamat
yang telah ditetapkan seperti di atas secara menyeluruh.

 Sekretariat Publisiti & Media


Pesta Konvokesyen merupakan acara tahunan yang paling meriah dan
menyeluruh di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Persatuan Mahasiswa Universiti
Kebangsaan Malaysia (PMUKM) adalah sebagai badan induk persatuan mahasiswa di
UKM di bawah kendalian Exco Perhubungan Alumni dan Konvokesyen UKM, bersedia
menyahut cabaran dan menyambut amanah bagi melaksanakan pesta ini dengan jayanya.
Bersempena dengan itu, Sekretariat Publisiti Dan Media telah diberi tanggungjawab yang
besar untuk melakukan publisiti dan mendapatkan liputan media mengenai program yang
dianjurkan oleh Sekretariat Pesta Konvokesyen Ke-38 ke seluruh mata masyarakat
Malaysia.

 Sekretariat Sukan & Rekreasi


Pesta Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan acara tahunan
berprestij yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan anjuran Persatuan
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM)
Ahli jawatankuasa Pesta Konvokesyen Ke-38 yang terdiri daripada mahasiswa/i
Universiti Kebangsaan Malaysia juga merupakan organisasi yang melibatkan pelbagai
individu yang berbilang kaum. Sekretariat Sukan dan Rekreasi merupakan salah satu
sekretariat yang berada dalam organisasi Pesta Konvokesyen Ke-38 dan akan
menjalankan pelbagai program sukan bagi menjayakan dan mempromosikan Pesta
KonvokesyenKe-38.
Selain itu, sekretariat sukan dan rekreasi akan melatih pelajar dalam mengendalikan
program dan dalam pada masa yang sama dapat mengeratkan silaturrahim di antara
semua warga UKM.

3.6 LOGO PESTA KONVOKESYEN UKM KE-38

Gambar 1 : Logo Pesta Konvo UKM ke-38.

 Tema:

Gemilang Generasi Glokal.

 Warna hitam:

Melambangkan bahawa pesta konvokesyen adalah satu program yang eksklusif, elegan,
berprestij dan terbesar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

 Warna biru:

Melambangkan Perpaduan di dalam Sekretariat Pesta Konvokesyen ke-38 dan


merupakan warna rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia.

 Warna merah:
Menunjukkan keberanian dan kecekalan dalam membentuk kredibiliti setiap ahli
Sekretariat Pesta Konvokesyen ke-38 bagi menjayakan pesta konvokesyen.

 Warna kuning:

Melambangkan kegemilangan, keceriaan dan kemeriahan Pesta Konvokesyen.

 Topi graduan:

Melambangkan pesta konvokesyen merupakan pesta untuk meraikan kejayaan para


graduan serta simbolik kepada Majlis Konvokesyen.

 Gabungan perkataan Pesta Konvo, Gemilang Generasi Glokal dan bunga raya yang
membentuk bulatan:

Melambangkan kesepakatan dan kerjasama antara semua ahli pesta konvokesyen tanpa
mengira kaum dan agama ahli pesta konvokesyen dalam menjayakan pesta konvokesyen
yang berprestij.

 Debunga dan bunga raya:

Bunga raya merupakan bunga kebangsaan selaras dengan nama Universiti Kebangsaan
Malaysia.

 Angka 38:

Melambangkan Sekretariat Pesta Konvokesyen ke-38.

3.7 CADANGAN

Cadangan lain yang telah dikenalpasti dapat meningkatkan hubungan antara kaum menerusi
Pesta Konvokesyen adalah:
a. Membuat satu gerai besar yang meliputi pelbagai jualan makanan daripada pelbagai
bangsa dan budaya.

b. Tidak ada jurang antara kaum apabila menyediakan masakan.

c. Mempelbagaikan persembahan dengan melibatkan kaum lain dalam persembahan kaum


lain. Sebagai contoh, kaum Cina mengadakan persembahan ‘Zapin’, manakala Melayu
mengadakan persembahan ‘Bharatanatyam’ ( tarian klasik India).

d. Mengadakan satu warung atau booth untuk kursus Hubungan Etnik. Seperti di Dataran
Gemilang mempamerkan semua fakulti di UKM.

e. Perlu untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian


dan Warisan dalam aktiviti dan program yang berunsurkan kebudayaan.

f. Menyuarakan pendapat, pendangan serta temu bula dalam bicara siswa tentang ‘Pesta
Konvokesyen’. Contohnya sebuah rancangan di TV1 bersama Dr. Fazley.

g. Melalui penambahan gerai makanan yang pelbagai. Contohnya gerai makanan Cina,
India dan pelajar asing.

h. Menjemput artis pelbagai kaum untuk membuat persembahan di pesta tersebut.

i. Mengadakan pertandingan pakaian tradisional terbaik iaitu:

 Syaratnya, seseorang pelajar mesti memakai pakaian etnik yang lain dan ianya
mestilah cantik dan kemas.

 Contohnya, pelajar perempuan Cina perlu memakai baju kebaya atau pelajar
lelaki India memakai baju Melayu.

 Hadiah yang berpatutan perlu disediakan.


4.0 ANALISIS DATA

4.1 SOAL SELIDIK

Merujuk kepada soal selidik yang telah dijalankan, terdapat 10 soalan dimana lapan
adalah soalan berskala dan dua adalah soalan bertulis. Soalan-soalan adalah seperti
dalam lampiran, lima soalan terbaik telah dipilih untuk analisa data yang diperolehi.
Soalan-soalan tersebut adalah seperti di bawah.

1. Pesta konvokesyen UKM berkesan dalam mengeratkan hubungan antara


kaum terutama dalam kalangan mahasiswa/i.

2. Pertandingan yang dianjurkan dapat mengeratkan kerjasama dan perpaduan


antara kaum.

3. Program silang budaya yang dianjurkan dalam Pesta Konvokesyen UKM


memaparkan identiti kaum yang berbilang.

4. Pesta Konvokesyen UKM membuka ruang kepada anda untuk mencuba


makanan kaum lain.

5. Pesta Konvokesyen UKM meningkatkan pengetahuan anda tentang kaum lain.


4.2 GRAF BERDASARKAN SOALAN YANG DIPILIH

 Soalan 1 : Pesta konvokesyen UKM berkesan dalam mengeratkan


hubungan antara kaum terutama dalam kalangan mahasiswa/i.

Pesta Konvokesyen UKM berkesan dalam


mengeratkan hubungan antara kaum terutama
dalam kalangan mahasiswa/i.
18

16

14

12

10 Responden
8

0
)

u)
)

u)
u)

sti
ju

uj
uj
uj

tu

pa

et
et
et

se

ts
(S
ks

ak
ak

ga
id

4
da

id

(T

an
t ti

(T

(S
ga

5
an
(S
1

 Keterangan :
Majoriti telah memilih setuju bagi soalan ini, maka jelas bahawa Pesta
Konvokesyen UKM berjaya dalam misi mengeratkan hubungan antara kaum.
Perkara ini kerana, kepelbagaian dari segi aktiviti mahupun aspek lain telah
ber jaya memikat pelbagai kaum untuk memeriahkan lagi pesta konvokesyen
sekaligus merapatkan hubungan antara etnik di UKM.

 Soalan 2: Pertandingan yang dianjurkan dapat mengeratkan kerjasama dan perpaduan


antara kaum.

Pertandingan yang dianjurkan dapat


mengeratkan kerjasama dan perpaduan
antara kaum.
16
14
12
10
Responden
8
6
4
2
0
u u ti ju u
uj uj as tu uj
set set p Se set
ak ak ak t
Tid ga
t tid Tid Sa
n
a
ng
Sa

 Keterangan:
Hampir semua responden telah memilih setuju bagi soalan ini. Terbukti pertandingan
yang telah dianjurkan bersesuaian dengan kepelbagaian etnik di UKM dan telah menarik
minat mereka supaya sama-sama menyertai pertandingan yang dianjurkan. Penganjur
telah berjaya menganjurkan pertandingan yang berunsurkan kerjasama dan dalam isi
tersirat mengeratkan perpaduan antara kaum.

 Soalan 3: Program silang budaya yang dianjurkan dalam Pesta Konvokesyen UKM
memaparkan identiti kaum yang berbilang.

Program silang budaya yang dianjurkan


dalam Pesta Konvokesyen UKM
memaparkan identiti kaum yang berbilang.
16

14

12

10
Responden
8

0
sti

ju
ju

ju

ju

tu
tu

tu

tu
pa

se
se

se

Se
ak

at
ak

ak

Tid

ng
tid

Tid

Sa
at
ng
Sa
 Keterangan:
Merujuk pada graf, 26 daripada 35 responden telah bersetuju untuk soalan ini. Contoh
program silang budaya adalah seperti tarian pelbagai etnik dan persembahan seni
mempertahankan diri daripada pelbagai etnik telah berjaya memaparkan identiti kaum
yang berbilang. Perkara ini dapat dibuktikan menerusi pemakaian sesebuah etnik, tarian
yang ditunjukkan dan lagu latar yang dimainkan semasa program dijalankan.

 Soalan 4: Pesta Konvokesyen UKM membuka ruang kepada anda untuk mencuba
makanan kaum lain.

Pesta Konvokesyen UKM membuka ruang


kepada anda untuk mencuba makanan kaum
lain.
16
14
12
10
Responden
8
6
4
2
0
sti
ju

ju

ju

ju
tu

tu

tu

tu
pa
se

se

Se

se
ak

at
ak

ak

Tid

ng
tid

Tid

Sa
at
ng
Sa
 Keterangan:
Graf menunjukkan 21 daripada 35 responden memilih setuju bagi soalan ini. Perkara ini
kerana, kepelbagaian makanan iaitu daripada kaum Melayu, Cina dan India telah
membuka ruang kepada pengunjung Pesta Konvokesyen UKM mencuba makanan
daripada kaum lain. Pengunjung mengambil kesempatan mencuba masakan kaum lain
sepanjang berlangsungnya pesta konvo ini kerana kepelbagaian makanan ini berada pada
satu tempat yang sama.

 Soalan 5: Pesta Konvokesyen UKM meningkatkan pengetahuan anda tentang kaum lain.

Pesta Konvokesyen UKM meningkatkan


pengetahuan anda tentang kaum lain.

Setuju; 15
Tidak pasti; 14

16
14
12
10
8 Tidak setuju; 3
Sangat setuju; 2
6 Sangat tidak setuju; 1
4
2
0
u u ti ju u
uj uj as tu uj
set set p Se set
ak ak ak t
Tid ga
tid Tid Sa
n
at
ang
S
 Keterangan:
Merujuk pada graf, 14 responden ‘tidak pasti’, empat responden’ tidak setuju’ manakala
selebihnya ‘setuju’ untuk soalan ini. Perkara ini kerana, kemungkinan infomarsi berkaitan
kepelbagaian kaum di Malaysia tidak di pamerkan pada pesta konvo UKM untuk
dikongsi kepada pengunjung yang hadir. Walaupun sebelum ini majoriti responden
bersetuju program atau aktiviti yang dianjurkan berunsur perpaduan, namun ianya masih
tidak dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam aspek lain sesebuah etnik tersebut.

4.3 TEMURAMAH TOKOH PESTA KONVOKESYEN UKM KE-38

Berdasarkan temubual kami bersama Eksekutif Program Pesta Konvokesyen ke-38,


kami telah mendapati beberapa perkara yang penting. Pada soalan yang pertama, kami
bertanyakan tentang konsep yang di ketengahkan dalam pesta konvokesyen pada tahun ini.
Melalui jawapan yang telah diberikan, dapatlah kita fahami bahawa konsep asas pesta
konvokesyen itu bukan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan mahasiswa universiti. Ia
mempunyai matlamatnya yang tersendiri dan tidak berkait terus untuk memupuk perpaduan
dalam kalangan mahasiswa UKM. Ini kerana soalan-soalan berikutnya membuktikan yang
ada juga sumbangan pesta kovokesyen dalam menjadi instrumen perpaduan mahasiswa
UKM.

Soalan yang kedua menjurus kepada perlaksanaan program. Pada soalan yang kedua
ini, responden mengenalkan tentang beberapa program yang ada di dalam pesta konvokesyen
dan struktur asas perlaksanaan pesta konvokesyen ke-38. Dapatan dari soalan ini adalah,
terdapat program-program yang mengamalkan silang budaya seperti yang disebutkan iaitu
“International Culture Show”. Program ini memperkenal pakaian-pakaian dari pelbagai
bangsa di UKM, lantas turut menyumbang kepada perpaduan antara kaum di dalam UKM.

Soalan yang berikutnya berkaitan dengan polarisasi kaum yang mungkin terjadi
dalam sekretariat pesta konvo sendiri. Responden tidak menafikan terjadinya polarisasi kaum
dalam sekretariat mereka. Namun beliau menjelaskan yang ia terjadi bukan kerana isu
perpaduan mahupun perkauman sebaliknya terjadi kerana kemasukan ke dalam secketariat
pesta konvokesyen adalah berdasarkan ajakan rakan. Disamping itu mereka turut
mengadakan program-program “group binding” dalam “Family Day” sekretariat bagi
menjadikan mereka rapat bagaikan sebuah keluarga. Jadi tiada isu perpaduan di situ.
Polarisasi kaum juga didapati tidak berlaku dalam bilangan penggerai. Memang tidak
dinafikan terdapat perbezaan ketara pada bilangan penggerai mengikut kaum, namun situasi
ini tidak dapa dielakkan kerana tapak seharusnya direbut oleh sesiapa sahaja yang berminat.

Soalan-soalan yang lain menumpukan kepada pandangan beliau sebagai Eksekutif


Program Pesta Konvokesyen Ke-38, samada pesta konvokesyen ini digunakan oleh warga
UKM sebagai instrument perpaduan. Dari jawapan beliau dapatlah diamati bahawa
sememangnya terdapat aktiviti-aktiviti seperti jamuan, perjumpaan dan sebagainya, namun ia
tidaklah sebegitu meriah. Jadi boleh dikatakan juga yang pesta konvokesyen ini tidak
digunakan secara maksimum oleh mahasiswa untuk meningkatkan perpaduan antara kaum
dan berlainan etnik.

Kesimpulannya, Pesta Konvokesyen Ke-38 ini secara dasar dan konsepnya tidaklah
begitu menekankan aspek perpaduan antara etnik di UKM. Tetapi mereka juga tidak
menghalang apa-apa bentuk perpaduan dan persefahaman yang boleh dibina dari program-
program dalam pesta konvokesyen sendiri. Program yang dilaksanakan juga ada yang
berbentuk silang budaya.

4.3.1 Dialog Bersama Tokoh Pesta Konvokesyen UKM Ke-38

Aniq : Assalamualaikum Azie, saya dan Syarul sedang melakukan kajian bertajuk Pesta
Konvokesyen UKM Sebagai Instrumen Perpaduan Mahasiswa. Jadi kami ingin
bertanyakan beberapa soalan kepada Azie yang merupakan Eksekutif program bagi Pesta
Konvo ke-38.
Azie : Wa’alaikumussalam dan selamat petang kepada Aniq dan Syarul. Selaku salah seorang
yang telah berkhidmat dalam Pesta Konvokesyen saya berharap dapat membantu sedikit
sebanyak dalam kajian anda. Jadi, apa yang anda ingin tahu?

Aniq : Pertama sekali, kami berminat ingin mengetahui dalam Pesta Konvokesyen ke-38,
apakah konsep yang ingin diketengahkan?

Azie : Konsep asas Pesta Konvokesyen kali ini mudah diterjemahkan daripada tema kami
sendiri iaitu ‘Gemilang Generasi Glokal’. Ini menunjukkan yang dalam Pesta
Konvokesyen kali ini kami ingin mahasiswa yang bakal menjadi pelapis dan pewaris
negara ini mempunyai fikiran dan ilmu di tahap global dan mengaplikasi di peringkat
“local” atau tempatan dalam Bahasa Melayu.

Aniq : Jadi kita teruskan dengan soalan kedua kita. Bagaimanakah pelaksaan program-program
dalam Pesta Konvokesyen sendiri? Adakah program yang diadakan khas untuk satu-satu
kaum sahaja?

Azie : Dalam gerak kerja sekretariat kami, terdapat dua bahagian utama iaitu program dan
kebudayaan. Program-program berbentuk kebudayaan utama kami adalah International
Culture Show di mana dalam program ini terdapat berbagai-bagai pakaian dari pelbagai
kaum dipersembahkan. Ini dapat menggalakkan lagi perpaduan antara kaum dengan
mengenali pakaian-pakaiannya. Terdapat juga penglibatan dari mahasiswa luar Negara
yang menuntut di UKM seperti dari Iran dan China. Ini menunjukkan program kami
bukan sekadar memupuk perpaduan sesama rakyat Malaysia tetapi mengeratkan
perpaduan dengan bukan rakyat Malaysia yang juga warga UKM. Selain itu kami ada
program Boria dan Citra Tari yang penyertaannya tidak dihadkan kepada sesuatu kaum
semata dan dapat dilihat kepelbagaian kaum dalam dua pertandingan ini kerana
mahasiswa berbilang kaum bersama-sama dalam satu gerak tari dan lagu boria.

Aniq : Berdasarkan penerangan Azie tadi jelaslah yang dalam Pesta Konvokesyen terdapat
program yang bercirikan silang budaya. Adakah program-program yang Azie sebutkan
tadi baru diadakan tahun ini?

Azie : Tidaklah, program-program ini sudah ada pada tahun sebelumnya. Memang dari tahun
sebelumnya program-program silang budaya ini mendapat sambutan yang sangat baik,
jadi sekretariat sangat gembira untuk meneruskan program yang disebutkan tadi.

Aniq : Azie telah menerangkan kepada kami betapa Pesta Konvokesyen sememangnya
mempunyai program-program yang memupuk perpaduan. Namun saya juga berminat
dengan sekretariat anda sendiri. Adakah terdapat suatu bentuk polarisasi kaum dalam
bekerja?

Azie : Saya tidak menafikan terdapat bahagian dalam sekretariat kami yang tertumpu pada satu
kaum sahaja, namun ini tidak bermakna kami memecah belahkan kaum dalam secretariat
kami. Kami ada program seperti ‘Family Day’ yang mengeratkan silaturrahim kami
antara sekretariat.

Aniq : Jika dari sudut penggerai pula bagaimana? Ada kuota untuk mana-mana kaum?

Azie : Sememangnya tiada kuota atau apa-apa pilih kasih mengikut kaum dalam memilih
penggerai. Kami iklankan dan terima sahaja mana-mana penggerai yang berminat.
Asalkan ada sahaja individu atau kumpulan yang berminat kami akan usahakan untuk
adil pada semua. Jika dilihat dari penggerai makanan sahaja kita dapat lihat perpaduan
kaum kerana terdapat gerai makanan dari pelbagai kaum seperti kaum india, melayu dan
Indonesia. Tidak ada limitasi pada kaum-kaum tertentu.

Aniq : Jadi sememangnya pesta konvokesyen ini tidak ada mengamalkan diskriminasi kaum.
Dalam pengetahuan Azie, adakah pelajar ini menggunakan pesta konvokesyen sebagai
satu kaedah megeratkan hubungan sesama mereka? Ada yang dating ke tapak pesta untuk
membuat “reunion” atau majlis sambutan hari jadi misalnya?

Azie : Aktiviti yang diadakan sendiri oleh pelajar tidak ada dalam pengetahuan kami secara
rasminya. Namun, perkara-perkara seperti perjumpaan mahupun “reunion” adalah suatu
perkara yang biasa di tapak kami. Jamuan hari jadi tidak perrnah kami lihat. Tapi kami
pasti tapak pesta kami sememangnya mengeratkan hubungan mahasiswa-mahasiswa
UKM kerana hampir tiada pelajar yang datang bersendirian, semuanya beramai-ramai.

Aniq : Selaku mantan Eksekutif Program Pesta Konvokesyen ke-38, apakah harapan Azie
dalam konteks hubungan antara kaum mahasiswa untuk pesta konvokesyen secara
keseluruhannya.

Azie : Malaysia adalah Negara yang berbilang kaum, jadi jika ada sesuatu upacara atau majlis,
eloklah kita sama-sama memeriahkannya. Perkara akan menjadi seronok dan baik jika
kita bekerjasama. Seperti aktiviti-aktiviti yang kami Sekretariat Pesta Konvokesyen
adakan, tidaklah menjurus kepada untuk sekelompok golongan sahaja. Sesiapa yang
berminat boleh menyertai tanpa diskiminasi.
Aniq : Terima kasih Azie atas segala komen-komen dan juga pendapat yang telah anda
utarakan tadi. Semuanya bermakna dan berguna pada kajian kami. Setakat ini sahaja sesi
temubual kita. Terima kasih sekali lagi.

Azie : Sama-sama.

4.3.2 Latar Belakang Tokoh Pesta Konvokesyen Ke-38

Tokoh Pesta Konvokesyen UKM yang terpilih untuk kajian pesta konvokesyen sebagai
instrumen perpaduan adalah Siti Norazilah Binti Ramli. Mengambil kursus Geologi di Fakulti
Sains dan Teknologi UKM sebagai kursus pilihan sebagai platform untuk membina kerjaya
suatu hari nanti. Anak jati Paka, Terengganu ini tidak kekok dalam memberi ulasan sepanjang
temuramah dijalankan.

Tahun 2009 adalah tahun permulaan Norazilah memberanikan diri berkecimpung dalam
pengurusan pesta konvo UKM. Sebagai permulaan, tahun satu hanya dibenarkan memegang
jawatan AJKP iaitu Ahli jawatankuasa Pelaksana sebagai memberikan pendedahan kepada
pelajar tahun satu dalam pesta konvo UKM dan seterusnya dapat menerajui organisasi ini untuk
tahun dua dan seterusnya.

Tahun dua, Norazilah telah diberi kepercayaan oleh tampuk teratas organisasi pesta
konvo UKM untuk memegang jawatan Eksekutif Program Sekretariat Pesta Konvokesyen UKM
ke-38. Peluang ini tidak disia-siakan dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Kesibukan
sepanjang memegang jawatan tersebut tidak mematahkan semangat beliau untuk menjayakan
pesta konvo ini bersama sekretariat lain sehingga pesta konvo kali ini telah berjaya dilaksanakan
dengan jayanya.

Biodata:

Nama : Siti Norazilah Ramli

Tarikh Lahir : 29 MAC 1989

Matriksn No. : A128917

Fakulti : Fakulti Sains dan Teknologi

Jawatan : Mantan Eksekutif Program Sekretariat Pesta Konvokesyen UKM


ke-38 (20101).

Bekas Ahli Jawatankuasa Pelaksana Sekretariat ProgramPesta


Konvokesyen UKM ke-37 (2009).

Matrikulasi : Kedah.

Lain-lain : Fasilitator Kimia semasa di Matrikulasi Kedah.

5.0 PERBINCANGAN
Setelah meneliti kajian yang telah dijalankan mengenai Pesta Konvokesyen UKM
sebagai instrumen perpaduan, dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa Pesta Konvokesyen
UKM berjaya dalam mencapai perpaduan dikalangan pelajar UKM sendiri mahupun pengunjung
luar yang hadir semasa pesta berkenaan berlangsung. Walaupun ianya tidak mencapai 100
peratus perpaduan yang diinginkan, tetapi secara tidak langsung atau secara otomatik ianya
berjaya dicapai.

Perkara ini adalah kerana aktiviti dan program yang telah dianjurkan oleh secretariat yang
terlibat berjaya menarik minat para pelajar dan juga pengunjung luar dari pelbagai kaum
menyertainya. Organisasi Pesta Konvokesyen yang terdiri daripada pelbagai kaum, malahan
pelbagai etnik adalah salah satu faktor keberkesanan instrumen ini sebagai alat untuk
mewujudkan dan mengeratkan lagi perpaduan antara kaum. Para penggerai yang terlibat dalam
proses jual beli juga adalah datang daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India telah
membuka peluang kepada para pengunjung untuk mencuba makanan yang pelbagai.

Walaupun Pesta Konvokesyen UKM ini dikendalikan oleh pelajar UKM sendiri dan telah
dibantu oleh kakitangan UKM, mereka telah berjaya mengeluarkan idea-idea yang cukup
menarik dan seterusnya diterjemahkan dalam bentuk program dan aktiviti untuk menjayakan
pesta tersebut. Pesta Konvokesyen kali ini telah berjaya dilaksanakan dengan tersusun dan
berjalan mengikut tentatif yang telah dibuat, tetapi yang lebih penting adalah ianya berjaya
menjadi alat untuk mewujudkan perpaduan dikalangan pelbagai kaum.
6.0 KESIMPULAN

Malaysia merupakan negara yang di bawah pemerintahan Islam. Negara ini terdiri
daripada berbilang kaum, warna kulit, dan agama. Walaubagaimanapun, keamanan dan cara
penduduk di negara ini bergaul menjadi teladan kepada negara asing yang terdiri daripada satu
kaum dan juga pelbagai kaum.Negara ini boleh dikatakan merupakan negara yang amat aman
damai berbanding dengan negara lain yang juga terdiri daripada pelbagai etnik. Penduduk
Malaysia menghormati antara satu sama lain, tidak cuba menimbulkan pergaduhan antara kaum,
tidak mempersoalkan isu perkauman, keagamaan, dan lain-lain yang boleh menimbulkan huru-
hara dan perselisihan faham antara kaum.

Salah satu faktor yang menjadikan Malaysia menjadi perhatian negara asing adalah
kebudayan di negara ini. Ini disebabkan Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik dan agama.
Setiap etnik mempunyai cara hidupnya yang tersendiri. Mereka mempunyai kesenian, cara
pemakaian, dan makanan yang berbeza. Hari perayaan dan kenduri perkahwinan setiap etnik
bukan sahaja menarik perhatian penduduk di negara ini malahan pelancong-pelancong asing.
Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan
dan penyesuaian secara berterusan.

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah, dengan dapatan yang telah diperolehi dan kajian
yang telah dilakukan menunjukkan Pesta Konvokesyen UKM ke-38 adalah instrumen terbaik
dalam mengeratkan perpaduan antara kaum di UKM dan kawasan yang berdekatan dengan UKM
turut merasai impak perpaduan yang wujud secara tidak langsung semasa pesta ini berlangsung.
Malah pesta konvokesyen di IPTA dan IPTS diseluruh Malaysia juga perlu mengambil peluang
ini untuk mengeratkan lagi perpaduan antara kaum. Dengan harapan institusi kerajaan dan
swasta dapat sama-sama menyokong dan memberi dorongan terhadap aktiviti atau program yang
berunsurkan perpaduan.
7.0 RUJUKAN

Atasi Polemik Hubungan Etnik, 28. 01. 2009 oleh Anuar Ahmad, Pensyarah Sosiologi
Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (Utusan Online).

Artikel: Perpaduan Agenda 2009, 1.01.2009, oleh Sivamurugan Pandian,


http://www.ipislam.edu.my/index.php/perpaduan-agenda-2009.

Dasar Ekonomi Baru dan Implikasi Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia, Selasa 16.03.2010,
oleh Abdul Azim Roslan (UTeM).
http://www.al-ahkam.net/index.php/.

Kontrak Sosial Sebagai Pemangkin Perpaduan Masyarakat, 2.08.2008, oleh Syafiqe.


http://syafiqe.wordpress.com/2008/08/02/artikel-terkini-kontrak-sosial-sebagai-pemangkin-
perpaduan-masyarakat/.

Sekolah Satu Aliran Bantu Wujud Perpaduan Kaum, 29.10.2009, Berita Politik, Tempatan, oleh
Danzaimar. Bharian.com.my.

Siri Perpaduan Negara, Pendidikan Ke Arah Perpaduan, Petaling Jaya, oleh Fatimah Azzahra &
Yusri Ab. Malik, Penerbit Setiamas, 1995.

Siri Perpaduan Negara, Perpaduan Antara Kaum, Petaling Jaya, oleh Fatimah Azzahra & Yusri
Ab. Malik, Penerbit Setiamas, 1995.
8.0 LAMPIRAN

5.1 GAMBAR-GAMBAR SEMASA PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

Gambar 2: Semasa artis tanahair iaitu Aishah membuat persembahan.


Gambar 3: Kepelbagaian kaum dalam Sekretariat Pesta Konvo.

Gambar 4: Tarian daripada pelbagai etnik di Malaysia semasa persembahan kebudayaan Pesta
Konvo.
Gambar 5: Proses jual beli di gerai Pesta Konvo.

Gambar 6: Gerai kaum India di tapak gerai Pesta Konvo.


Gambar 7: Kaum Cina turut membeli barangan kaum Melayu.

Gambar 8: Semasa menemuramah tokoh Pesta Konvo.


Gambar 9: Sukan Paintball menjadi salah satu aktiviti Pesta Konvo UKM.

PESTA KONVOKESYEN SEBAGAI INSTRUMEN PERPADUAN


(a) Latar belakang peribadi
Tandakan ( √ ) di petak yang bersesuaian.

1 Fakulti:

Umur:
2  
    19 tahun dan ke bawah
   
    20 - 25 tahun  
   
    26 - 30 tahun  
   
    31 - 35 tahun  
   
    35 - 40 tahun  
   
    41 tahun dan ke atas
                 
3 Jantina:  
   
    Lelaki   Perempuan
                 
4 Bangsa:  
   
    Melayu   India  
   
    Cina   Lain-lain  
________________
  _  
 
                 
5 Agama:  
   
    Islam   Buddha  
   
    Kristian   Lain-lain  
________________
  _  
  Hindu  
   
               
(b) Soal selidik

Bulatkan pada skala yang bersesuaian.

Skala: (1) sangat tidak setuju (2) tidak setuju (3) tidak pasti (4) setuju (5) sangat setuju

No PERSOALAN SKALA
1. Pesta Konvokesyen UKM berkesan dalam mengeratkan hubungan antara 1 2 3 4 5
kaum terutama dalam kalangan mahasiswa/i.
2. Pertandingan yang dianjurkan dapat mengeratkan kerjasama dan perpaduan 1 2 3 4 5
antara kaum.
3. Program silang budaya yang dianjurkan dalam Pesta Konvokesyen UKM 1 2 3 4 5
memaparkan identiti kaum yang berbilang.
4. Pesta Konvokesyen dapat meningkatkan interaksi antara kaum. 1 2 3 4 5

5. Pesta Konvokesyen UKM membuka ruang kepada anda untuk mencuba 1 2 3 4 5


makanan kaum lain.
6. Pesta Konvokesyen UKM meningkatkan pengetahuan anda tentang kaum 1 2 3 4 5
lain.
7. Para pelajar mengambil sikap berat sebelah terhadap penjual (mahasiswa/i) 1 2 3 4 5
yang berlainan bangsa dalam Pesta Konvokesyen.
8. Pesta Konvokesyen UKM boleh menimbulkan sebarang salah faham atau 1 2 3 4 5
pergaduhan.
9. Bagaimanakah sambutan daripada pelbagai kaum terutamanya mahasiswa mahasiswi
terhadap Pesta Konvokesyen UKM?

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

10. Dari penghayatan anda, apakah persepsi anda tentang perlaksanaan program yang
melibatkan pelbagai kaum di Pesta Konvokesyen UKM?

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

You might also like