You are on page 1of 30

Pocket Book of

IPNas 2018
(Indeks Perpaduan Nasional)

Bahagian Penyelarasan Kajian dan Maklumat


Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

P a g e 1 | Kemaskini 13 Julai 2020


KANDUNGAN
1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN PEMBANGUNAN 3
INDEKS PERPADUAN NASIONAL (IPNas)
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 3
3.0 KEPENTINGAN IPNas 4
4.0 JENIS-JENIS INDEKS 4
5.0 INDEKS ANTARABANGSA DAN NASIONAL 5
BERKAITAN PERPADUAN
6.0 ASAS IDEA MEMBANGUNKAN IPNas
6.1 Asas 1: Tiga Idea Asas Memahami Masyarakat 8
6.2 Asas 2: Tiga Konsep Teras-Perpaduan, Kesepaduan, 9
Penyatupaduan
6.3 Asas 3: Tiga Proses Penyelesaian 10
6.4 Asas 4: Tapak Integrasi 10
6.5 Asas 5: Defisit Sosial 11
7.0 METODOLOGI KAJIAN
7.1 Kajian Tinjauan 13
7.2 Kaedah Pengumpulan Data 14
7.3 Batasan Kajian 14
7.4 Konstruk-konstruk IPNas 2018 14
7.5 Kesahan dan kebolehpercayaan Konstruk 16
7.6 Penganalisisan Data 16
8.0 DEMOGRAFI RESPONDEN 17
9.0 RINGKASAN NILAI SKOR SETIAP KONSTRUK IPNas
1) Detik Perpaduan (Perbezaan Semantik dan Situasi Hipotetikal) 20
2) Kesepaduan Sosial 20
3) Etos Bangsa 21
4) Tahap Keetnikan 22
5) Batas Etnik 22
6) Hubungan Sosial Rentas Etnik 22
7) Tadbir Urus dan Pembangunan 22
10.0 MODEL STRUKTUR IPNas
10.1 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kesepaduan Nasional 23
10.2 Nilai Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2018 24
10.3 Bagaimana IPNas Mempengaruhi Polisi Malaysia 26
10.4 Analisis Pemetaan Importance-Performance 27
11.0 RUMUSAN 28
12.0 WHAT’S NEXT? 28
13.0 KRONOLOGI IPNas 2018 30

P a g e 2 | Kemaskini 13 Julai 2020


1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN PEMBANGUNAN INDEKS PERPADUAN
(IPNas)

Pada tahun 2018, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU), JPM telah menjalankan
Kajian Pembangunan Indeks Perpaduan Nasional (IPNas). Sementara itu,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Kajian Etnik, (KITA) telah
yang dilantik sebagai pakar runding bagi kajian ini. Kajian ini telah siap pada Mac
2019.

Keperluan mewujudkan satu instrumen indeks bagi mengukur tahap perpaduan


negara telah ditimbulkan buat pertama kalinya di dalam sidang Dewan Rakyat
pada bulan Mei 2015. Indeks ini dicadangkan untuk mengambil kira indikator-
indikator yang berkait rapat dengan perpaduan melalui pengukuran pelbagai
komponen dan konstruk perpaduan yang bersesuaian.

Langkah ini bagi membolehkan Malaysia mempunyai satu kaedah pengukuran


secara saintifik dan bersistematik untuk menilai tahap perpaduan dari semasa ke
semasa. Ukuran nilai indeks tersebut akan menggambarkan tahap perpaduan
untuk satu jangka masa tertentu bagi membolehkan Kerajaan mengenal pasti dan
merancang usaha-usaha dan program-program intervensi berkaitan.

Pembangunan instrumen indeks ini juga adalah bertepatan dengan keperluan


negara pada masa ini iaitu selari dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan
Malaysia Kesebelas (KSP RMKe-11) 2018 - 2020 yang berhasrat untuk
mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmoni, progresif dan bersatu padu.
Hasrat ini menyentuh kepentingan saling memahami, hormat-menghormati dan
menerima kepelbagaian yang wujud dalam kalangan masyarakat majmuk di
Malaysia.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini adalah membangunkan Indeks Perpaduan Nasional yang
akan menggambarkan keadaan hubungan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.
Selain itu, pembangunan dan penghasilan IPNas ini adalah satu usaha
komprehensif untuk membangunkan satu petunjuk kepada perpaduan yang akan
menjadi rujukan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara mengenai tahap
perpaduan kaum di Malaysia.

Indeks Perpaduan Nasional atau nama singkatan IPNas adalah sebuah model
komprehensif pengukuran di peringkat nasional dengan menggunakan kaedah
empirikal dan sistematik bagi memahami dan menjelaskan kedinamikan
masyarakat di Malaysia.

P a g e 3 | Kemaskini 13 Julai 2020


Laporan IPNas 2018 telah dibincang dan dibuat penambahbaikan melalui
pandangan dan cadangan yang telah diberikan melalui beberapa siri mesyuarat
yang telah diadakan di peringkat Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa
Pemandu. Seterusnya, Laporan IPNas telah dimuktamadkan dan dipersetujui oleh
kedua-dua jawatankuasa tersebut yang telah dianggotai oleh wakil-wakil dari
Kementerian dan Agensi Kerajaan.

3.0 KEPENTINGAN IPNas

2.1 Menjadi penanda aras dalam mengukur pencapaian tahap perpaduan dan
keharmonian negara.

2.2 Mewujudkan konstruk yang komprehensif dalam mengukur tahap


kesepaduan sosial dan perpaduan di Malaysia.

2.3 Memandu pembentukan pelan tindakan bagi meningkatkan tahap


perpaduan dan hubungan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.

2.4 Menyediakan input bagi pelaksanaan program perpaduan/integrasi


nasional di Malaysia.

2.5 Mengukur tahap perpaduan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia bagi


melihat trend perubahan bersesuaian dengan isu semasa dan
perubahan masyarakat.

2.6 Menjadikan Malaysia negara pertama yang mempunyai mekanisme


pengukuran tahap perpaduan negara.

4.0 JENIS-JENIS INDEKS

Mengikut bidang dan keperluan:

1) Bidang Penerbitan
Setiap buku yang baik dan bermutu mesti ada indeks dihujungnya
membolehkan setiap pembaca menyemak skop buku dan mengenalpasti idea
dan pemikiran utama yang menjadi kerangka buku.

2) Bidang Ekonomi
Mengukur keadaan ekonomi semasa atau jangka pendek dan jangka panjang,
atau harga barangan dan kos kehidupan (CPI).

P a g e 4 | Kemaskini 13 Julai 2020


3) Bidang Sains & Teknologi
Menyusun dan mengakses pengkalan data yang digunakan untuk
membentang penemuan ujian-ujian saintifik untuk dibanding secara
universal

4) Bidang Sosial
Memahami dengan lebih mendalam pola hubungan sosial dalam masyarakat,
membuat ramalan dan membantu pembinaan dasar awam.

Dua Jenis Indeks Utama Dalam Bidang Sosial

1) Indeks Situasi
Indeks sosial yang ditentukan sasaran khusus seperti:
 Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM)
 Indeks Ketegangan Masyarakat (JPNIN)
 Indeks Belia Malaysia (IYRES, KBS)
 Indeks Kesejahteraan Keluarga (LPPKN)

2) Indeks Struktur
 Indeks sosial yang meliputi skop luas keseluruhan masyarakat
sesebuah negara untuk memahami kompleksiti hubungan etnik.
 IPNas adalah indeks struktur pertama di Malaysia.

5.0 INDEKS ANTARABANGSA DAN NASIONAL BERKAITAN


PERPADUAN

Pembinaan indeks ini telah mengambil kira amalan yang dilaksanakan di dalam
dan luar negara. Penandaarasan bagi kajian ini telah dibuat dengan negara-negara
terpilih seperti New Zealand, Kanada dan Scanlon-Monash Index (SMI) of Social
Cohesion di Australia di mana mereka menggunapakai konsep asas yang sama
iaitu kesepaduan sosial.

IPNas yang telah dihasilkan berada dalam landasan yang betul kerana selari
dengan asas kesepaduan sosial yang digunakan di seluruh dunia. Konsep yang
sama boleh digerakkan menggunakan acuan berbeza bergantung kepada
sociological imagination bersesuaian dengan negara dan keperluan masing-
masing. Konsistensi metodologi dan bersifat semasa mampu mengangkat IPNas
setanding dengan indeks-indeks antarabangsa yang lain. Realitinya, tiada satu
kaedah pun yang benar-benar tepat dalam mengukur tingkahlaku manusia kerana
sifat manusia adalah sentiasa berubah. Penemuan setiap kajian pasti akan
membuka ruang kefahaman dan penambahbaikan kepada individu, masyarakat
dan organisasi terlibat.

P a g e 5 | Kemaskini 13 Julai 2020


Indeks Antarabangsa

Global Peace Index

 Dua indeks antarabangsa yang mempunyai aspek berkaitan perpaduan diteliti


dalam usaha membangunkan IPNas.

 Global Peace Index (GPI) dikeluarkan oleh Institute for Economics and Peace
(IEP).

 Fokus indeks - memahami aspek keselamatan, ketenteraman dan konflik yang


berlaku di dalam negara dan di peringkat antarabangsa berdasarkan
penelitian terhadap 163 buah negara.

 Tahap keamanan di Malaysia direkodkan mengukuh pada kedudukan ke-25


pada tahun 2018.

Scanlon Monash Index (SMI) of Social Cohesion

 Scanlon-Monash Index (SMI) of Social Cohesion di Australia merupakan suatu


indeks yang dibangunkan untuk menunjukkan kesepaduan sosial dalam
kalangan masyarakat di Australia sejak tahun 2007 sehingga 2018.

P a g e 6 | Kemaskini 13 Julai 2020


Indeks Nasional

Indeks Belia Malaysia (IBM)

 Dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia


(IYRES).

 Indeks Belia Malaysia 2015 memaparkan nilai indeks 70.22 sebagai


pencapaian sederhana berdasarkan 12 domain dan 58 indikator dalam
mengukur kualiti dan kesejahteraan hidup belia.

 Memfokus kepada pelbagai indikator yang dapat menunjukkan pencapaian


belia.

Indeks Kesejahteraan Keluarga (IKK)

 Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia dihasilkan oleh Lembaga Penduduk


dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) kali pertama pada tahun 2011.
Dalam laporan IKK 2016 memperlihatkan skor pada nilai 7.33 sebagai berada
pada tahap sederhana.

 IKK 2016 telah ditambah satu domain pengukuran dan mengekalkan ketujuh-
tujuh domain pengukuran pada tahun 2011.

 Mampu memberi gambaran yang baik mengenai tahap kesejahteraan


sesebuah keluarga melalui domain terpilih.

P a g e 7 | Kemaskini 13 Julai 2020


6.0 ASAS IDEA MEMBANGUNKAN IPNas
6.1 ASAS #1– Tiga Asas Memahami Masyarakat (Struktur, Sejarah
dan Biografi)
 Indeks ini dibina berdasarkan tiga idea asas yang mendukung sesebuah
masyarakat iaitu struktur, sejarah, dan biografi.

 Jalinan struktur sosial dan sejarah menghasilkan biografi individu,


keluarga dan komuniti dalam masyarakat pelbagai etnik.

 Setiap individu hidup dalam struktur sosial dan mengalami latar


belakang sejarah tersendiri yang akan membentuk dan mentakrif
biografi masing-masing.

 Struktur sosial ini mengandungi tiga elemen teras, iaitu masyarakat,


negara, dan pasaran, yang akan mempengaruhi individu, institusi, dan
masyarakat secara langsung dan tidak langsung.

P a g e 8 | Kemaskini 13 Julai 2020


6.2 ASAS #2 - Tiga Konsep Teras - Perpaduan, Kesepaduan dan
Penyatupaduan
 Kepelbagaian etnik masyarakat di Malaysia lebih tepat dikaji secara
mendalam dan meluas dengan menggunakan tiga konsep teras, iaitu
PERPADUAN, KESEPADUAN DAN PENYATUPADUAN.
Aplikasi tiga konsep ini akan mempertingkatkan lagi kefahaman
terhadap masyarakat.

 PERPADUAN adalah kesatuan masyarakat yang masih diidamkan


dan merupakan matlamat akhir negara Malaysia yang berbilang etnik.

 KESEPADUAN SOSIAL ialah keadaan aman, stabil, makmur dan


sejahtera tetapi mengakui masih terdapat perbezaan dalam bentuk
defisit sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat.

 PENYATUPADUAN ialah usaha berterusan pada semua peringkat


lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial melalui pelbagai
siri Tapak Integrasi yang akan melibatkan proses Tawar-menawar
(bargaining), Perundingan (negotiation) dan Mediasi (mediation)

P a g e 9 | Kemaskini 13 Julai 2020


6.3 ASAS #3 - Tapak Integrasi

 Tapak integrasi adalah sebuah ruang abstrak atau fizikal di mana


pelbagai pihak yang berbeza dalam sesebuah masyarkaat bertemu dan
bergerak demi keharmonian, kedamaian dan kestabilan masyarakat.

 Tapak integrasi sangat diperlukan untuk mengurus kepelbagaian,


perbezaan dan keterpisahan.

 Inisiatif pembinaan tapak integrasi boleh dari atas ke bawah,


bawah ke atas atau sesama sendiri di kalangan masyarakat di
peringkat akar umbi.

 Atas-Bawah (Top-Bottom)
Contoh: Kewujudan lebih 8,000 Kawasan Rukun Tetangga, semenjak
1970 di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN).

 Bawah-Atas (Bottom-Up)
Contoh: Inisiatif sendirian para NGOs, CBOs dan kumpulan
masyarakat sivil.

 Peringkat Akar Umbi (Grass root level)


Contoh: Insitiatif kelompok strategic local untuk memenuhi
kepentingan jangka pendek bersama, seperti ratusan street weddings
yang dianjurkan setiap hujung minggu di kawasan perumahan seluruh
negara.

6.4 ASAS #4 - Tiga Proses Penyelesaian (Bargaining, Negotiation


and Mediation)

 Usaha ke arah perpaduan, dicapai melalui pelbagai siri Tapak


Integrasi yang mendukung kesepaduan dan dipandu oleh prinsip
tawar-menawar, perundingan, dan mediasi.

 Ketiga-tiga proses ini berlaku berterusan dalam masyarakat pelbagai


etnik dan kelompok strategik (strategic groups).

(1) Tawar Menawar (Bargaining)


Dua atau beberapa pihak yang berlainan kepentingan tetapi
mempunyai kelebihan masing-masing bertemu dengan
sukarela dan dalam semangat positif untuk menawarkan

P a g e 10 | Kemaskini 13 Julai 2020


sumbangan masing-masing untuk akhirnya dikongsi bersama
secara menang-menang (win win).
(2) Perundingan (Negotiation)
Dua atau beberapa pihak yang tidak bersetuju dalam sesuatu
perkara tetapi bersetuju duduk bersama untuk membincang
dan mencari jalan penyelesaian secara aman damai.

(3) Perantaraan (Mediation)


Dua atau beberapa pihak yang tidak menemukan persetujuan
tentang sesuatu hal dan apabila keadaan menjadi kusut
mereka bersetuju memilih pihak atau orang ketiga menjadi
pengantara, akhirnya menemukan penyelesaian dan berbaik.

6.5 ASAS #5 – Mengenalpasti Defisit Sosial

 Dalam kesepaduan sosial yang dialami ini, wujud lompang-lompang


atau perbezaan sosial yang dinamakan sebagai defisit sosial.
 Ia bermaksud, masih terdapat beberapa persoalan besar dan kecil
yang belum terurus dalam ruang-ruang berikut - Etnisiti, Agama,
Kelas Sosial, Pendidikan, Bahasa, Jurang Generasi, Gender,
Politik Federalisme, Ruang Bandar-Desa, dan Media.
 Defisit Sosial wujud sebagai penggugat kepada kesepaduan sosial.
 Untuk menguruskan hal-hal berkenaan, tindakan penyatupaduan
perlu diusahakan melalui tadbir urus dan pembangunan negara secara
adil dan terangkum, dan memberi fokus utama kepada isu-isu tertentu
dari masa ke semasa.

 Sumber data : 9 + 1 Defisit Sosial


D1: Analisis Dialog Perpaduan Tahun 2015 dan 2018
D2: Input daripada 5 kumpulan Kerja
D3: Input Perjumpaan Khas Badan-Badan Berkepentingan
D4: Input Analisis Media Massa
D5: Hasil Kajian KITA-UKM
D6: Hasil Kajian KITA-MESRA
D7: Input Analisis Kajian JPNIN

P a g e 11 | Kemaskini 13 Julai 2020


Definisi 10 Defisit Sosial

BIL DEFISIT SOSIAL DEFINISI


1 Etnisiti Menjelaskan rasa kekitaan sebuah kumpulan etnik tertentu
akibat mempunyai atau berkongsi sejarah, bahasa, budaya,
nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.
2 Agama Tingkah laku mengenai kepercayaan, nilai, dan amalan yang
berkaitan dengan keraguan atau kerohanian.
3 Kelas Sosial Susun lapis masyarakat mengikut ciri kuasa dan status
sosioekonomi (Max Weber)
4 Pendidikan Sistem dan proses membina keupayaan intelektual pada
individu, keluarga dan komuniti dalam sesebuah
masyarakat.
5 Bahasa Menjadi saluran sepunya berkomunikasi demi membina
kesatuan dalam sebuah masyarakat yang berbilang etnik.
6 Jurang Generasi Menyentuh tentang jurang atau perbezaan umur, misalnya
antara yang tua dan yang muda, dan kadang-kadang
melibatkan dua atau tiga generasi, seperti antara generasi
nenek, anak, dan cucu.
7 Gender Menyentuh jantina, lelaki dan perempuan, yang sekali gus
bersifat biologi (terjelma dengan alat kelamin) dan sosial
(terjelma dengan perawakan dikaitkan dengan sifat biologi).
Gabungan kedua-dua sifat ini membentuk sahsiah dan
perilaku sosial yang berbeza-beza sehingga mewujudkan
kelompok jantina/gender yang lebih luas skopnya yang
dikenal sebagai LGBT (lesbian, gay, bisexual dan
transgender).
8 Politik Federalisme atau Persekutuan adalah sebuah sistem politik
Federalisme yang diamalkan di Malaya/Malaysia yang menggabungkan
beberapa negeri yang terikat, mula-mulanya, oleh
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan
kemudiannya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1957 dan akhirnya Perlembagaan Persekutuan Malaysia
1963.
9 Ruang Bandar- Ruang membawa dua makna, ruang fizikal dan ruang sosial
Desa (lazimnya bersifat abstrak).
10 Media Media ialah saluran komunikasi massa, termasuk
penyiaran, penerbitan dan Internet.

P a g e 12 | Kemaskini 13 Julai 2020


Teras Utama Indeks Perpaduan Nasional (IPNas)

• Perpaduan (yang diidamkan):


Detik Perpaduan

 Kesepaduan (yang dicapai):


Kesepaduan Sosial
Etos Bangsa

 Penyatupaduan (yang diusahakan):


Tahap Keetnikan
Batas Etnik
Hubungan Sosial Rentas Etnik
Tadbir Urus & Pembangunan

7.0 METODOLOGI KAJIAN

7.1 Kajian Tinjauan Peringkat Nasional Tahun 2018

 Kajian peringkat nasional telah dilaksanakan pada tahun 2018 bagi


mendapatkan data primer sebagai pasak IPNas.
 Kaedah persampelan diperoleh daripada kawasan kejiranan di setiap
Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia.

P a g e 13 | Kemaskini 13 Julai 2020


 Populasi kajian adalah ahli komuniti Kawasan Rukun Tetangga
(KRT) dan ahli komuniti bukan Kawasan Rukun Tetangga (Bukan
KRT).
 Menggunakan kaedah persampelan rawak yang distratakan
mengikut negeri di seluruh Malaysia.

7.2 Kaedah Pengumpulan Data

 Sejumlah 5,275 responden telah melengkapkan soal selidik atas


talian menggunakan aplikasi SurveyMonkey yang ditadbir sendiri
oleh pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan
enumerator yang dilantik.
 Setiap Jabatan Perpaduan Negeri memilih 300 responden secara
rawak berdasarkan rekod ahli KRT di negeri masing-masing dengan
jumlah keseluruhan responden seramai 4,166 orang.
 100 org responden kawasan bukan KRT dilibatkan di seluruh negara
dengan jumlah keseluruhan responden seramai 1,109 orang.
 Kutipan data dijalankan menggunakan borang soal selidik atas talian
menggunakan aplikasi SurveyMonkey

7.3 Batasan Kajian

 Kajian ini hanya mengukur pada tahap nasional sahaja.


 Tidak bertujuan untuk membuat perbandingan di antara negeri atau
ciri-ciri demografi tertentu

7.4 Konstruk-Konstruk IPNas 2018

Instrumen IPNas terdiri daripada tujuh konstruk analitikal seperti berikut:


1) Tahap Keetnikan (TK)
2) Batas Etnik (BE)
3) Hubungan Sosial Rentas Etnik (HSRE)
4) Tadbir Urus dan Pembangunan (TUP)
5) Etos Nasional Bangsa Malaysia (EB)
6) Kesepaduan Sosial (KS)
7) Detik Perpaduan (DP)

P a g e 14 | Kemaskini 13 Julai 2020


Tujuh (7) Konstruk Analitikal IPNas 2018

P a g e 15 | Kemaskini 13 Julai 2020


Bil KONSTRUK DEFINISI MUDAH DIMENSI/ SUMBER
KOMPONEN
1. Tahap Mengukur kecenderungan 1) Keetnikan (Furnival, 1948;
Keetnikan keterikatan seseorang individu 2) Kemodenan Mansor, 2000)
dengan identiti etniknya, 3) Stabiliti
kemodenan dan kestabilan.
2. Batas Etnik Merujuk kepada tebal atau nipis 1) Material (Barth, 1969,
batas etnik semasa berhubungan 2) Status Mansor &
dengan kumpulan etnik yang lain 3) Tuntutan Sosial Banton, 1992)
berdasarkan pilihan kepentingan 4) Tindakan
etnik atau sejagat. Gantian
3. Hubungan Jaringan seorang individu dalam 1) Individu (Mansor, 2000-
Sosial Rentas dia berhubungan melangkau 2) Komuniti 2019)
Etnik kumpulan etniknya dan bersifat 3) Penyertaan
bukan etnik hingga terbina Dalam Institusi
hubungan sosial antara individu,
komuniti dan institusi dalam
masyarakat.
4. Etos Bangsa Kesetiaan/Kecintaan kepada 1) Perkongsian Mahathir
negara yang melahirkan semangat Sejarah Mohamad
patriotisma, nasionalisma dan jati 2) Perkongsian (1992)
diri Nilai
3) Perasaan
Kekitaan
Bersama
4) Perkongsian
Masa Depan
5) Kesetiaan
6) Komitmen
7) Keterikatan
Emosi Negara
5. Kesepaduan Keadaan aman, stabil, makmur dan 1) Kekitaan Jenson, 1998;
Sosial sejahtera dalam konsep 2) Keterangkuman Bernard, 1999;
kepelbagaian etnik/budaya 3) Penyertaan Shamsul, 2014)
4) Pengiktirafan
5) Legitimasi
6) Kesamarataan
6. Tadbir Urus Soal bagaimana kerajaan sedia ada 1) Ekonomi (Shamsul,
dan berupaya mengurus berkaitan 2) Politik 2000; Mansor,
Pembangunan pengurusan masyarakat 3) Jenayah & 2012; 2014;
Rasuah 2016)
4) Perkhidmatan
Awam
5) Kemudahan
Awam
6) Pengurusan
Masyarakat
7. Detik Perkara yang hadir mengikut 1) Politik (Dialog
Perpaduan keadaan/detik tertentu secara 2) Ekonomi Perpaduan,
formal/tidak formal 3) Pendidikan 2013; 2018;
4) Sosial IPNas Project,
2017-2018)

P a g e 16 | Kemaskini 13 Julai 2020


7.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Secara teknikal, kesemua konstruk telah mencapai tahap kesahan


konvergen dan diskriminan serta kebolehpercayaan Alpha Cronbach.

7.6 Penganalisisan Data

 Data dianalisis menggunakan Partial-Least Square Structural


Equation Modelling (SmartPLS) bagi membina model indeks ini.
 Kesemua konstruk digabungkan ke dalam model hipotesis struktural
bagi membina hubungan antara sebab-akibat bagi menilai
perubahan konteks kesepaduan sosial yang dipengaruhi oleh
beberapa faktor yang telah dipilih.
 Analisis Pemodelan Persamaan Struktur digunakan untuk
menganggarkan model hipotesis kajian, akan membolehkan satu
nilai akhir indeks diperolehi berdasarkan nilai varian Pekali
Penentuan (R2).
 Analisis Pemetaan Importance-Performance telah digunakan bagi
mengenal pasti tahap kemustahakan dan pencapaian setiap konstruk
Kesepaduan Sosial sebagai formula untuk membina kerangka dasar
dan program intervensi.

8.0 DEMOGRAFI RESPONDEN

Seramai 5,275 responden (82.4%) telah terlibat dalam kajian ini mewakili
pelbagai etnik, jantina, pekerjaan dan lokaliti tempat tinggal

P a g e 17 | Kemaskini 13 Julai 2020


Pecahan Kutipan Data Mengikut Etnik

BUKAN KRT JUMLAH


KRT (n=4166)
(n=1109) (n=5275)
Etnik Bil. % Bil. % Bil. %
Melayu 2624 63.0 726 65.5 3350 63.5
Cina 562 13.5 245 22.1 807 15.3
India 292 7.0 32 2.9 324 6.1
Bumiputera
424 10.2 30 2.7 454 8.6
Sabah
Bumiputera
168 4.0 63 5.7 231 4.4
Sarawak
Lain-lain 96 2.3 12 1.1 108 2.0
Tidak
0 0 1 0.1 1 0.02
menyatakan

P a g e 18 | Kemaskini 13 Julai 2020


Pecahan Kutipan Data Mengikut Jantina

Kutipan Data Mengikut Kediaman

KRT BUKAN KRT JUMLAH


Kawasan Kediaman (N=4166) (N=1109) (n=5275)
Bil. % Bil. % Bil. %
Rumah teres (setingkat/dua
1683 40.4 368 33.2 2051 38.9
tingkat/dua tingkat setengah)
Rumah kampung tradisi
813 19.5 176 15.9 989 18.7
(kawasan tidak tersusun)
Rumah kampung moden
628 15.1 184 16.6 812 15.4
(kawasan tersusun)
Rumah bertingkat
581 13.9 154 13.9 735 13.9
(flat/apartment/kondominium)
Rumah berkembar (semi-D) 204 4.9 88 7.9 292 5.5
Rumah banglo 148 3.6 98 8.8 246 4.7
Lain-lain 109 2.6 41 3.7 150 2.8

P a g e 19 | Kemaskini 13 Julai 2020


Kutipan Data Mengikut Agama

KRT BUKAN KRT JUMLAH


(N=4166) (N=1109) (n=5275)
Agama Bil. % Bil. % Bil. %
Islam 2989 71.7 762 68.7 3751 71.1
Buddha 576 13.8 205 18.5 781 14.8
Kristian 317 7.6 103 9.3 420 8.0
Hindu 250 6.0 29 2.6 279 5.3
Lain-lain 31 0.8 9 0.8 40 0.8
Tidak
3 0.1 1 0.1 4 0.1
menyatakan

Kutipan Data Mengikut Pekerjaan

BUKAN
KRT JUMLAH
KRT
Kategori Pekerjaan (N=4166) (n=5275)
(N=1109)

Bil. % Bil. % Bil. %


Petani/Kerja kampung/Buruh/Penjaja 681 16.3 35 3.2 716 13.6
Teknikal/Guru/Kerani/
1936 46.5 167 15.1 2103 39.9
Jurujual/Peruncit
Profesional/Eksekutif/Pemborong/Pemilik
457 11.0 166 15.0 623 11.9
Firma Industri
Lain-lain 1060 25.4 740 66.7 1800 34.1
Tidak menyatakan 32 0.8 1 0.1 33 0.6

9.0 RINGKASAN NILAI SKOR SETIAP KONSTRUK IPNas


Perpaduan
(1) Detik Perpaduan
Beberapa detik perpaduan telah dikaji bagi menjelaskan perpaduan sebagai
suatu proses berterusan dibina ke dalam set soalan menggunakan perbezaan
semantik dalam empat komponen, iaitu ekonomi, politik, pendidikan, dan
sosial. Hasil dapatan menunjukkan:

 Lebih 80% responden bersetuju bahawa pembangunan ekonomi telah


dicapai.
 Hampir 80% responden mengambil berat masa depan pendidikan
generasi baru di Malaysia.

P a g e 20 | Kemaskini 13 Julai 2020


 Lebih 70% responden percaya bahawa warganegara Malaysia adalah
celik politik dan akan menggunakan undi melalui pilihan raya untuk
perubahan.
 Lebih 90% responden bersetuju bahawa mereka meraikan detik
perpaduan dan menghargai kebersamaan tanpa mengira kumpulan
etnik dan perbezaan melalui pelbagai tapak integrasi, iaitu, majlis
perkahwinan jalanan, isu kesihatan, festival dan karnival, makanan dan
restoran, dan ketika situasi krisis.
Detik Perpaduan juga telah dinilai dengan menggunakan teknik situasi
hipotetikal. Keputusan kajian mendapati melebihi 95% responden telah
membuat pilihan kepada tingkah laku kepelbagaian dalam politik,
organisasi, jaringan ekonomi, pendidikan, dan konteks sosial.

Kesepaduan Nasional

Fenomena moden ini diukur dalam dua bentuk iaitu kesepaduan sosial dan
etos bangsa.

(2) Kesepaduan Sosial


Konsep ini diperkenalkan oleh Jenson (1998) dan Bernard (1999) dan ianya
mengandungi beberapa elemen, iaitu, Rasa Kepunyaan, Keterangkuman,
Partisipasi, Dihargai, Legitimasi, dan Kesamarataan. Kesemua komponen
ini adalah asas yang digunakan oleh Scanlon-Monash untuk memetakan
tahap Kesepaduan Sosial dalam masyarakat di Australia (2007-2018). Hasil
pemetaan IPNas memaparkan responden bersetuju kepada komponen ini
iaitu:

 Rasa kekitaan (90.1%)


 Penyertaan (87.0%)
 Kesamarataan (82.0%)
 Pengiktirafan (80.4%)
 Legitimasi (77.3%)
 Keterangkuman (76.0%)

(3) Etos Bangsa


Etos Bangsa buat pertama kalinya diperkenalkan oleh Perdana Menteri
keempat, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan pada 1992 yang
mengandungi tujuh komponen utama. Kenyataan ini telah diangkat sebagai
konstruk Etos Bangsa. Hasil penemuan IPNas bagi Etos Bangsa
menunjukkan tahap penerimaan setiap komponen dipapar seperti berikut:

 Rasa kekitaan bersama (91.9%);


 Rasa keterikatan emosi negara yang tinggi (91.8%);

P a g e 21 | Kemaskini 13 Julai 2020


 Inginkan perkongsian masa depan yang baik (87.5%);
 Perkongsian nilai 84.8%;
 Kesetiaan (83.4%);
 Komitmen (82.2%); dan
 Perkongsian sejarah (81.8%).

Penyatupaduan

Proses penyatupaduan melalui aktiviti Tadbir Urus dan Pembangunan adalah


penting bagi memantau dan mengurus kecairan hubungan pelbagai etnik seperti
mana yang digambarkan oleh petunjuk Tahap Keetnikan, Batas Etnik dan
Hubungan Sosial Rentas Etnik.

(4) Tahap Keetnikan


Hasil penemuan bagi Tahap Keetnikan menunjukkan 90.6% responden
telah memberi keutamaan kepada identiti etnik masing-masing, namun
86.4% lebih memilih kepada elemen keharmonian dan kestabilan negara
manakala 75.8% menekankan pemodenan. Responden memberi keutamaan
kepada keetnikan mereka tetapi tidak menafikan keharmonian dan
kestabilan negara.

(5) Batas Etnik


Umumnya, 64.5% responden bersetuju dalam pilihan tingkah laku mereka
mengenai keuntungan dari norma sejagat berbandingkan perkiraan etnik
yang melibatkan dimensi material, tuntutan sosial, status sosial, dan
tindakan gantian dalam konstruk Batas Etnik.

(6) Hubungan Sosial Rentas Etnik


Dalam Hubungan Sosial Rentas Etnik, hasil kajian memaparkan lebih 80%
responden bersetuju bahawa tahap hubungan sosial rentas etnik adalah baik
dalam aspek individu dan komuniti. Namun begitu, data menunjukkan
hampir 60% responden hanya terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan secara
sukarela.

(7) Tadbir Urus dan Pembangunan


Kerajaan telah memainkan peranan yang aktif dalam mengurus masyarakat
pelbagai etnik melalui Tadbir Urus dan Pembangunan secara efektif.
Berdasarkan dapatan IPNas, responden bersetuju bahawa kerajaan secara
relatif telah berjaya:

 Mengurus perkhidmatan awam (73.8%)


 Mengurus masyarakat (69.9%)
 Mengurus politik (66.9%)
 Membasmi jenayah dan rasuah (65.2%)

P a g e 22 | Kemaskini 13 Julai 2020


 Menyediakan kemudahan awam (63.9%)
 Membangunkan ekonomi (55.7%)

Secara keseluruhan, IPNas menyerlahkan bahawa Tadbir Urus dan


Pembangunan adalah asas penting bagi mengukuhkan kesepaduan sosial
secara langsung mahupun secara tidak langsung.

10.0 MODEL STRUKTUR IPNas

Model struktur IPNas menunjukkan jalinan konstruk Tahap Keetnikan, Batas


Etnik, Hubungan Sosial Rentas Etnik, Tadbir Urus dan Pembangunan, Etos
Bangsa, Kesepaduan Sosial dan Detik Perpaduan dalam satu model.

10.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi Kesepaduan Sosial

Dapatan kajian ini menunjukkan pengaruh utama dalam membina


hubungan etnik dan Kesepaduan Nasional adalah Tadbir Urus dan
Pembangunan, dan juga Hubungan Sosial Rentas Etnik. Batas Etnik dan
Etos Bangsa juga boleh, masing-masing, mempengaruhi Detik Perpaduan
(Perbezaan Semantik) dan Kesepaduan Sosial.

Pola penganalisisan ini menunjukkan bahawa faktor Tadbir Urus dan


Pembangunan adalah jentera penting dalam menentukan Perpaduan
Malaysia.

Faktor Tadbir Urus dan Pembangunan (TUP) didapati signifikan dalam


mempengaruhi secara langsung faktor Hubungan Sosial Rentas Etnik
(HSRE) (𝜷 =0.379, p<0.05), Kesepaduan Sosial (𝜷 =0.121, p<0.05) dan

P a g e 23 | Kemaskini 13 Julai 2020


Etos Bangsa (𝜷 =0.119, p<0.05). Dapatan ini menunjukkan bahawa Tadbir
Urus dan Pembangunan telah membuktikan berlaku perubahan sosial
melalui proses penghijrahan, perbandaran dan pembinaan kelas menengah
sehingga terbina Hubungan Sosial Rentas Etnik yang menyebabkan berlaku
pergaulan di antara etnik yang berbeza seperti di taman, tempat kerja,
kompleks membeli-belah, gelanggang sukan, di pasar malam, bazar
Ramadhan dan sebagainya sehingga terbina Etos Bangsa dan Kesepaduan
Sosial.

Faktor Hubungan Sosial Rentas Etnik (HSRE) didapati signifikan dalam


mempengaruhi Etos Bangsa (EB) (𝜷 =0.315, p<0.05) dan Kesepaduan
Sosial (KS) (𝜷 =0.308, p<0.05). Dapatan ini menunjukkan bahawa dengan
terbinanya Hubungan Sosial Rentas Etnik dapat menjelaskan telah
berlakunya pergaulan di antara etnik dan agama hingga telah
mengukuhkan lagi Kesepaduan Sosial dan Etos Bangsa.

Faktor Batas Etnik (BE) didapati signifikan dalam mempengaruhi Detik


Perpaduan Situasi Hipotetikal (DPH) (𝜷 =0.322, p<0.05). Situasi ini
menunjukkan bahawa Batas Etnik yang nipis telah membuktikan detik-
detik perpaduan boleh berlaku dalam pelbagai suasana sosial dan suasana
malapetaka seperti banjir, kebakaran, kemalangan dan juga di kedai-kedai
makan, pasar malam, bazar Ramadhan, gelanggang sukan dan sebagainya.
Faktor Tahap Keetnikan (TK) didapati signifikan dalam mempengaruhi
Etos Bangsa (EB) (𝜷 =0.356, p<0.05). Dapatan ini menunjukkan bahawa
perlembagaan dan pembinaan negara bangsa berdasarkan integrasi di
mana setiap identiti etnik diperakui, diterima, dikongsi dan diraikan.
Dalam kepelbagaian ini, kestabilan negara diutamakan oleh setiap
kumpulan etnik demi menjamin kemakmuran negara.

Faktor Etos Bangsa (EB) merupakan faktor terpenting dalam


mempengaruhi Kesepaduan Sosial (𝜷 =0.412, p<0.05). Dapatan ini
menunjukkan bahawa pembentukan etos nasional bangsa Malaysia adalah
penting supaya semua warga Malaysia akan mempunyai nilai bangsa
Malaysia yang akan memacu usaha berterusan dalam mencapai
Kesepaduan Nasional.

10.2 Nilai Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2018

Nilai IPNas adalah berdasarkan nilai varian keseluruhan yang terkumpul


dalam konstruk Kesepaduan Sosial yang disebabkan oleh pengaruh faktor
Tahap Keetnikan, Batas Etnik, Hubungan Sosial Rentas Etnik, Tadbir Urus
dan Pembangunan, dan Etos Bangsa. Nilai ini juga boleh dipanggil sebagai

P a g e 24 | Kemaskini 13 Julai 2020


nilai Kesepaduan Nasional kerana perubahan nilai Kesepaduan Sosial
adalah hasil pengaruh Etos Bangsa.

Oleh itu, Nilai IPNas Malaysia 2018 ialah 0.567. Nilai indeks ini adalah
tinggi berdasarkan skala di antara 0 hingga 1 yang dinyatakan oleh Cohen
(1988) sebagai petunjuk yang sesuai bagi kajian sains tingkah laku manusia.
Dapatan ini menunjukkan bahawa tahap perpaduan yang
diperolehi melalui IPNas adalah kuat dan kukuh walaupun
defisit sosial masih berterusan dan muncul sekali sekala.
Skala Pengukuran Cohen
Nilai Ukuran
0.26-1.00 Tinggi
0.13-0.25 Sederhana
0.02-0.12 Rendah

Model Indeks Perpaduan Nasional (IPNas)

P a g e 25 | Kemaskini 13 Julai 2020


10.3 Bagaimana IPNas mempengaruhi Polisi Malaysia

Analisis Pemetaan Importance-Performance menunjukkan bahawa tiga


faktor penting yang perlu difokuskan bagi meningkatkan Kesepaduan
Sosial ialah Etos Bangsa, Hubungan Sosial Rentas Etnik dan Tadbir Urus
dan Pembangunan.

Tindakan utama yang perlu dilakukan untuk mencapai prestasi


Kesepaduan Sosial yang baik ialah dengan mempertingkatkan Etos Bangsa.
Usaha ini perlu dilaksanakan dengan memberi kefahaman dan
penghayatan berterusan kepada semua rakyat Malaysia mengenai
kepentingan memahami sejarah negara yang telah membentuk biografi diri
mereka. Rakyat juga perlu difahamkan tentang stuktur sosial meliputi
negara, masyarakat dan pasaran.

Seterusnya, Hubungan Sosial Rentas Etnik perlu disemarakkan dan


disegarkan sentiasa melalui pelbagai aktiviti peringkat individu, keluarga
dan komuniti. Kesemua ini mesti menjadi agenda formal institusi berkaitan
perpaduan dan usaha berterusan secara tidak formal melalui teladan
pemimpin masyarakat.

Terakhir, Tadbir Urus dan Pembangunan Negara juga perlu dilaksanakan


dengan baik untuk kesejahteraan rakyat. Masyarakat hanya mahu masalah
kehidupan mereka diselesaikan dengan segera baik khususnya yang
melibatkan kos sara hidup harian.

Tahap Keetnikan
Etos Bangsa
Kesepaduan Sosial

Hubungan Sosial Rentas Etnik

Tadbir urus dan


Pembangunan
Batas Etnik

Analisis Pemetaan Importance Performance Konstruk Kajian

P a g e 26 | Kemaskini 13 Julai 2020


10.4 Analisis Pemetaan Importance Performance

Penelitian lebih terperinci berdasarkan Analisis Pemetaan Importance-


Performance menunjukkan bagi setiap komponen dalam setiap konstruk
yang digunakan dalam model IPNas ini menunjukkan bahawa:

1. Tahap Keetnikan melihat ciri dan diri etnik masing-masing tidak


dapat dipisah daripada pemikiran masyarakat Malaysia. Hal ini perlu
ditadbir urus dengan baik. Setiap etnik juga memerlukan
pembangunan yang khusus demi menjaga keperluan dan kebajikan
setiap etnik masing-masing. Jika usaha ini dibuat dengan baik,
Kesepaduan Sosial sudah pasti akan kekal dan meningkat.
2. Semua etnik mahu kestabilan negara diperkukuh dan dipertahankan
oleh setiap warganya. Kestabilan negara bermakna setiap etnik tidak
merasa terganggu dan tertekan untuk hidup bersama dengan etnik-
etnik lain.
3. Hubungan Sosial Rentas Etnik pada tahap individu perlu diasuh
dalam pelbagai peringkat secara berterusan sama ada secara formal
atau tidak formal.
4. Etos Bangsa mesti dibangunkan melalui kefahaman sejarah, struktur
dan biografi. Dengan itu identiti dan jati diri rakyat akan menjadi
bekal menjaga maruah negara pada setiap masa.
5. Hubungan Sosial Rentas Etnik pada tahap komuniti juga perlu
diusahakan secara berterusan. Proses perundingan, tawar menawar
dan mediasi perlu dirancang dalam setiap aspek Defisit Sosial diurus
dengan baik supaya Kesepaduan Nasional akan dapat menunjang
dengan kukuh.

Tahap Keetnikan Tahap Kestabilan Etos Bangsa

HSRE (individu) HSRE (komuniti)

Analisis Pemetaan Importance Performance Komponen Konstruk Kajian

P a g e 27 | Kemaskini 13 Julai 2020


11.0 RUMUSAN

Usaha pembentukan IPNas adalah berasaskan buah fikiran dalam bentuk teori
dan konsep dan juga indeks lain yang pernah dibentuk dan diasaskan di dalam dan
di luar negeri. Kewujudan indeks ini sebagai sebuah model pengukuran
komprehensif dan sistematik di peringkat nasional ini adalah usaha julung kali
untuk memahami dan menjelaskan kedinamikan masyarakat di Malaysia. Justeru,
usaha mewujudkan IPNas sebagai instrumen untuk memantau tahap perpaduan
dan keharmonian adalah antara komitmen serius Kerajaan dalam usaha
meningkatkan kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara.

Akhir kata, perpaduan akan terus diidamkan, kesepaduan dicapai dan dilanjutkan,
usaha penyatupaduan dilakukan terus menerus atas prinsip tawar menawar,
perundingan dan mediasi.

12.0 WHAT’S NEXT?


1. Bagi tujuan kesinambungan IPNas di masa akan datang, kutipan data dan
analisis dicadang untuk dilaksanakan secara berkala bagi melihat trend
perubahan tahap kesepaduan nasional bersesuaian dengan isu semasa dan
perubahan masyarakat.

2. Kajian Indeks Perpaduan Kedua (IPNas 2) akan dilaksanakan bagi


memantau pencapaian tahap perpaduan berbanding tahun 2018.

3. Nilai skor IPNas 2018 akan dijadikan sebagai asas (baseline) atau penanda
aras kepada pengukuran tahap perpaduan masyarakat bagi tahun-tahun
berikutnya.

4. Melaksanakan usaha kolaborasi dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi


merangka, menyelaras dan melaksanakan program perpaduan di negara
ini.

5. Dengan adanya Indeks Perpaduan ini, Malaysia menjadi negara pertama


yang mempunyai mekanisme pengukuran pencapaian tahap
perpaduan negara.

P a g e 28 | Kemaskini 13 Julai 2020


13.0 KRONOLOGI IPNas 2018
BIL TINDAKAN GERAK KERJA TARIKH
1 IKLIN menerima arahan secara rasmi bagi pelaksanaan Indeks 13 Mac 2017
Perpaduan Nasional
2 IKLIN memulakan perbincangan pelaksanaan Indeks Perpaduan 27 Mac 2017
Nasional (TOR/Gantt Chart/Milestone/Anggaran Kos)
3 Mesyuarat Pelaksanaan Indeks Perpaduan Nasional 30 Mac 2017
(dipengerusikan oleh Puan TKPP)
4 Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Perunding Bil.1 14 April 2017
5 Menghantar Surat Pelawaan kepada KITA 17 April 2017
6 Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Perunding Bil. 2 26 April 2017
7 Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Perunding Bil. 3 28 April 2017
8 IKLIN mengemukakan surat permohonan perlanjutan tempoh 9 Mei 2017
Kajian Indeks Perpaduan Nasional kepada EPU
9 Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Perunding Bil. 4 11 Mei 2017
10 IKLIN mengadakan perjumpaan bersama EPU untuk perbincangan 17 Mei 2017
lanjut berhubung tempoh Kajian Indeks Perpaduan Nasional
11 Unit Perolehan mengemukakan surat permohonan pelantikan 24 Mei 2017
perunding secara lantikan terus kepada MOF melalui JPM
12 Jabatan menerima Surat Kelulusan perlanjutan tempoh kajian 26 Mei 2017
sehingga Jun 2019 daripada EPU.
13 Unit Perolehan mengemukakan semula surat permohonan 2 Jun 2017
pelantikan perunding secara lantikan terus kepada MOF melalui
JPM bersama dengan maklum balas kuiri.
14 Unit Perolehan mengangkat permohonan kelulusan ini melalui 7 Jun 2017
sistem Electronic Government Procurement Application (eGPA)
seperti arahan JPM.
15 JPM memperakukan permohonan kelulusan pelantikan perunding 21 Jun2017
secara lantikan terus untuk dihantar ke MOF.
16 MOF melalui emel memohon kerjasama Jabatan untuk 7 Julai 2017
memberikan penjelasan terhadap beberapa perkara.
17 IKLIN menghantar maklum balas dan penjelasan terhadap perkara
yang dikemukakan MOF.
18 Mengemukakan surat pemulangan waran peruntukan No.W055 1 Ogos 2017
kepada EPU.
19 Jabatan menerima Surat Kelulusan Khas daripada MOF untuk 2 Ogos 2017
melantik Institut Kajian Etnik (KITA) secara lantikan terus beserta
kos syiling bagi melaksanakan Kajian Indeks Perpaduan Nasional.
20 Mengemukan surat kepada EPU berhubung peruntukan yang tidak 9 Ogos 2017
digunakan bagi Kajian Indeks Perpaduan Nasional Tahun 2017.
21 Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Perunding Bil.5 17 Ogos 2017
22 Surat Setuju Terima dikeluarkan kepada perunding 29 Ogos 2017
23 Dokumen Perjanjian ditandatangani 1 Okt 2017
24 Draf MJM bagi Pelaksanaan dan Pemantauan Indeks Perpaduan 12 Julai 2019
Nasional beserta lampiran berkaitan telah dikemukakan kepada
Bahagian Dasar dan Perancangan
25 Pembentangan Laporan IPNas kepada YB Menteri 12 Sept 2019

P a g e 29 | Kemaskini 13 Julai 2020


BIL TINDAKAN GERAK KERJA TARIKH
Deliverables/Mesyuarat
Laporan Awal (10%) 29 Dis 2017
1 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil.1 19 Dis 2017
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bil.1 11 Jan 2018
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil.2 17 Jan 2018
Laporan Kemajuan 1 (20%) 31 Julai 2018
2 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil.3 18 Julai 2018
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bil.2 30 Julai 2018
Laporan Kemajuan 2 (10%) 31 Okt 2018
3 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil.4 23 Okt 2018
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bil.3 29 Okt 2018
Laporan Kemajuan 3 (10%) 28 Dis 2018
4 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil.5 18 Dis 2018
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bil.4 21 Dis 2018
Draf Laporan Akhir (20%) 28 Feb 2019
5 Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil.6 30 Jan 2019
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil.7 20 Feb 2019
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bil.5 26 Feb 2019
Laporan Akhir (30%) 29 Mac 2019
6 Bengkel Semakan Laporan Akhir 11 Mac 2019
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bil.6 20 Mac 2019

P a g e 30 | Kemaskini 13 Julai 2020

You might also like