You are on page 1of 33

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

SARJANA MUDA PENTADBIRAN KESIHATAN (KEPUJIAN)

KERTAS KERJA KONSEP

PERLAKSANAAN INDEKS PERPADUAN NASIONAL


DISEDIAKAN OLEH:

(1) NURUL SYAFIQAH BINTI IDRIS - KETUA 2021197345


(2) AIFAA AREENA BINTI ABD RAHIM 2021858428
(3) KHAIRUNNISA BINTI MOHD MOKHTAR 2021470874
(4) NUR AMIRATUL AQMA BINTI ABDUL MUTALLIB 2021124179
(5) NURAIDA HUSNA BINTI JAAFAR 2021196753
(6) RADIA AMALIN BINTI ROSDI 2021112259
(7) SYAIDATUL IZWANI BT AZMI 2021114437

Kertas Kerja Konsep ini Dihantar kepada USTAZAH ANIS HAMIZAH BINTI HAMID
dalam Memenuhi Sebahagian Keperluan untuk
CTU 554 (PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN II)

SEMESTER 4
SESI 1 OKT 22 - FEB 23
ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN.................................................................................................................................1
2. OBJEKTIF KAJIAN.........................................................................................................................2
3. KONSTRUK INDEKS PERPADUAN NASIONAL (IPNas) 2018................................................2
3.1. Nilai Skor Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2018.............................................................3
3.2. Pelan Strategik Indeks Perpaduan Nasional...........................................................................4
4. KEPENTINGAN KAJIAN INDEKS PERPADUAN NASIONAL................................................6
5. ASAS-ASAS IDEA MEMBANGUNKAN INDEKS PERPADUAN NASIONAL........................8
5.1. Asas Sebuah Masyarakat..........................................................................................................8
5.2. Tiga Teras Utama: Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatupaduan........................................9
5.3. Mengenal Pasti Deficit Sosial..................................................................................................10
6. IMPLIKASI INDEKS PERPADUAN NASIONAL......................................................................11
7. RUMUSAN.......................................................................................................................................14
8. KESIMPULAN KAJIAN................................................................................................................16
9. RUJUKAN.......................................................................................................................................17
1. PENGENALAN
Seperti yang kita ketahui, perpaduan adalah salah satu komponen penting dalam pembangunan
sesebuah negara. Perpaduan boleh dipupuk dalam komuniti sejagat di dalam sesbuah negara apabila
melibatkan semua pihak yang bertanggungjawab untuk mencapai tahap perpaduan yang harmoni dalam
masyarakat. Menurut kamus bahasa, perpaduan bermaksud penggabungan, peleburan, persesuaian,
kecocokan, perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu serta sebagai bahasa yang boleh menjadi
penggerak ke arah mencapai nasional (Pustaka, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2017). Perpaduan adalah
salah satu aspek yang jarang diambil berat oleh seluruh masyarakat kerana cara pemikiran yang berbeza
menyebabkan kesepaduan masyarakat tidak diamalkan dalam kehidupan seharian. Hal ini dapat
dibuktikan dengan keratin akhbar yang menyatakan bahawa tugas paling kritikal bagi penduduk Malaysia
adalah untuk memastikan keharmonian kaum dan agama dengan mengekang sifat ekstremisme yang
dapat menjejaskan keharmonian kaum (Khazzi, 2019). Sehubungan dengan itu, Kementerian Perpaduan
Negara (KPN) telah menubuhkan Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) dimana ianya bertujuan untuk
mengukur tahap perpaduan dan keharmonian negara justeru menyimpulkan tentang keaadaan hubungan
masyarakat berbilang kaum di Malaysia (Kementerian Perpaduan Negara, n.d.). Sebelum penubuhan
IPNas ini, kerajaan juga telah melaksanakan beberapa usaha proaktif terawal iaitu yang bertujuan untuk
mengurangkan jurang antara etnik di Malaysia dengan menubuhkan Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) pada tahun 1969, Majlis Perundangan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara pada tahun
1970 dan Kawasan Rukun Tetangga pada tahun 1975 (Beh et al., 2021).

Fokus penubuhan IPNas terhadap perpaduan dan keharmonian negara selari dengan 7 konstruk
dan 34 kompnen yang termaktub di dalam struktur IPNas ini. Antara konstruk yang diutamakan dalam
IPNas ini adalah tahap keetnikan, batas etnik, hubungan social rentas etnik, kesepaduan social, etos
bangsa, tadbir urus dan pembangunan serta detik perpaduan. IPNas diukur berdasarkan nilai skor IPNas
oleh Cohen (1988) di antara skala 0 hingga 1 dimana ianya merupakan petunjuk paling sesuai bagi kajian
sains tingkah laku manusia. Skor 0.02 hingga 0.12 adalah rendah, skor 0.13 hingga 0.25 adalah sederhana
manakala 0.26 hingga 1.00 adalah tinggi merangkap skor terbaik untuk menggambarkan perpaduan
masyarakat (Kementerian Perpaduan Negara, n.d.).

1
2. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk mendalami konstruk dan nilai skor IPNas dengan lebih jelas di
samping mengkaji kepentingan IPNas dalam membentuk perpaduan kaum di Malaysia. Selain itu, kajian
ini dijalankan adalah untuk mengetahui asas-asas idea membangunkan IPNas ini dimana ia memerlukan
usaha yang jitu dan idea yang bernas untuk menghasilkan sebuah struktur yang kukuh dalam membantu
negara membentuk perpaduan yang teguh dalam kalangan masyarakat. Tambahan pula, kajian ini
bertujuan untuk melihat keberkesanannya melalui implikasi IPNas selepas pelancarannya di Malaysia.

3. KONSTRUK INDEKS PERPADUAN NASIONAL (IPNas) 2018


Penilaian tahap perpaduan di negara Malaysia dapat di kaji menggunakan instrumen Indeks
Perpaduan Nasional (IPNas) 2018 di mana ia terdiri daripada tujuh konstruk analitikal utama iaitu Tahap
Keetnikan, Batas Etnik, Hubungan Sosial Rentas Etnik, Kesepaduan Sosial, Etos Bangsa, Tadbir Urus
Dan Pembangunan, serta Detik Perpaduan. Tujuh elemen ini menjadi teras kepada perpaduan, kesepaduan
dan penyatupaduan. Tahap keetnikan merupakan kecenderungan setiap individu kepada kumpulan etnik
dan tahap keetnikan rakyat Malaysia akan dinilai melalui tiga komponen iaitu keetnikan, kemodenan, dan
juga stabiliti. Konstruk yang kedua ialah Batas Etnik dimana rakyat Malaysia perlu membuat pilihan
secara rasional agar menjadi pendorong kepada tingkahlaku dalam kehidupan pelbagai etnik. Material,
status, Tindakan gantian serta tuntutan sosial merupakan komponen batas etnik (Kementerian Perpaduan
Negara, 2018).

Seterusnya, konstruk yang ketiga ialah Hubungan Sosial Rentas Etnik bagi membentuk hubungan
sosial di antara individu, komuniti serta institusi di Malaysia. Antara komponen yang terlibat adalah
individu, komuniti, dan penyertaan dalam institusi. Tahap Keetnikan, Batas Etnik, serta Hubungan Sosial
Rentas Etnik merupakan usaha bagi mencapai penyatupaduan. Tawar-menawar, perundingan, mediasi
merupakan alat penyatupaduan yang digunakan bagi menyatukan pelbagai etnik (Prof. Dr. Mansor Mohd
Noor & Prof Madya Dr. Mohd Sobhi Ishak, 2019). Tawar-menawar dan perundingan antara penduduk
dapat mengeratkan penyatupaduan antara etnik Sebagai contoh, dari aspek hubungan kerjasama antara
etnik, aktiviti pinjam meminjam budaya seperti masakan, pakaian dan sebagainya mengeratkan perpaduan
antara kaum. Tambahan pula, perkhidmatan mediator yang menjadi pengantara bagi tujuan
menyelesaikan salah faham serta pertikaian dalam kalangan masyarakat di Malaysia merupakan satu
usaha yang dilihat menunjukkan impak yang positif bagi mengukuhkan penyatupaduan antara masyarakat
Malaysia.

2
Di samping itu, Kesepaduan Sosial adalah konstruk keempat Indeks Perpaduan Nasional dimana
matlamat negara berada dalam keadaan stabil, aman, harmoni dan sejahtera dicapai. Kesepakatan sosial
yang dibina sejak dahulu memberi kesan yang positif dimana masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa
dan etnik dapat hidup secara harmoni. Namun demikian, perbezaan pendapat dan pertikaian tetap wujud
kerana melibatkan hubungan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa dan
pendidikan. (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, 2021). Perkhidmatan mediator merupakan
salah satu inisiatif yang baik bagi mengelakkan berlakunya defisit sosial yang boleh meletakkan jurang
antara etnik. Selain itu, Etos Bangsa iaitu kesetiaan terhadap negara yang dapat melahirkan semangat
patriotisme dalam diri setiap individu merupakan konstruk yang kelima yang melibatkan lima komponen
iaitu kekitaan, keterangkuman, penyertaan pengiktirafan, legitimasi serta kesamarataan (Kementerian
Perpaduan Negara, 2018).

Konstruk keenam ialah Tadbir Urus Dan Pembangunan diamana ia melibatkan komponen seperti
ekonomi, politik, jenayah dan rasuah, perkhidmatan awam, kemudahan awam, dan pengurusan
masyarakat. Konstruk yang ketujuh ialah Detik Perpaduan merupakan detik dimana perpaduan antara
etnik dapat dieratkan melangkaui batas perkauman, agama, budaya dan Bahasa. (Shamsul A. B, 2021)
Sebagai contoh, sukan seperti bola sepak dan badminton menyatu rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Detik perpaduan juga berlaku dari segi ekonomi, seni budaya dan sosial (Kementerian Perpaduan Negara,
2018).

3.1. Nilai Skor Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2018


Nilai Skor Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2018 juga dikenali sebagai nilai Kesepaduan
Nasional dimana ia akan dijadikan sebagai kayu ukur tahap perpaduan dalam kepelbagaian. Skala 0
hingga 1 yang ditetapkan oleh (Cohen J, 1988) menjadi ukuran tahap kesepaduan masyarakat negara
Malaysia.

NILAI UKURAN
0.26 hingga 1.00 Tinggi
0.13 hingga 0.25 Sederhana
0.02 hingga 0.12 Rendah

Jadual 1: Skala Pengukuran Cohen

3
Jadual Skala Pengukuran Cohen menunjukkan ukuran nilai kesepaduan social terbahagi kepada tiga
bahagian iaitu tinggi, sederhana dan rendah mengikut nilai yang telah ditetapkan.

Rajah 1: Tahap Kesepaduan Nasional

Menurut Kementerian Perpaduan Negara, hasil pertama kajian Indeks Perpaduan Nasional
mendapati nilai kesepaduan nasional ialah 0.567 dimana berdasarkan jadual Skala Pengukuran Cohen, ia
berada di tahap tinggi. Nilai 0.567 menunjukkan bahawa perpaduan di Malaysia adalah kuat dan baik.

3.2. Pelan Strategik Indeks Perpaduan Nasional


Asas penemuan Etos Bangsa, strategi yang dilakukan ialah membudayakan perpaduan dengan
mengadakan program yang dapat memberi didikan dan kesedaran tentang pentingnya perpaduan dalam
aspek kehidupan disamping memupuk amalan dan penghayatan berteraskan Rukun Negara. Sebagai
contoh, aktiviti Modul Rukun Negara diperkenalkan dalam program pembelajaran dan pengajaran di
tabika dan taska seawal usia empat hingga enam tahun dalam usaha memupuk sifat perpaduan di
peringkat awal persekolahan. Selain itu, asas penemuan Hubungan Sosial Rentas Etnik memperkasakan
khidmat komuniti dimana ia dapat menggalakkan semangat kesukarelawan dan menerapkan sifat
perpaduan dalam kalangan masyarakat serta meningkat keharmonian masyarakat sejagat seperti aktiviti
gotong-royong dan aktiviti kebajikan.

Manakala bagi Tadbir Urus Dan Pembangunan, inisiatif yang dilakukan ialah mengukuhkan
integrasi nasional dimana fasiliti sosial seperti dewan orang ramai, taman permainan menjadi satu tempat
untuk menerap semangat Muhibbah di samping membina hubungan harmoni dalam masyarakat yang
berbilang kaum. Asas penemuan Tahap Keetnikan mengukuhkan kecekapan organisasi dengan meluaskan
jaringan komunikasi strategik serta meningkatkan kecekapan organisasi. Sebagai contoh, Menyenarai dan

4
meneliti perbezaan dan cabaran antara komuniti untuk diselesaikan (Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional, 2021).

Seterusnya, inisiatif memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat Malaysia


dengan membentuk masyarakat yang cintakan negara serta mempunyai jati diri yang teguh.
Memperbanyakkan aktiviti dan program yang berkaitan patriotisme diperluaskan kepada pelbagai lapisan
masyarakat termasuk penjawat awam, pemimpin masyarakat, sektor swasta dan NGO. Masyarakat juga
digalakkan untuk mengamalkan nilai murni bagi mewujudkan persekitaran yang harmoni. Sebagai
contoh, saling hormat-menghormati tidak kira bangsa mahupun agama, bekerjasama dalam mengekalkan
perpaduan, serta meningkatkan semangat hidup kemasyarakatan.

Di samping itu, strategi meningkatkan keselamatan dan keharmonian komuniti bagi


mengekalkkan perpaduan serta memelihara keharmonian budaya, agama dan kaum dengan melakukan
aktiviti keselamatan komuniti dalam kawasan kejiranan. Tamsilnya, pemerkasaan Skim Rondaan
Sukarela (SRS) iaitu organisasi sukarelawan keselamatan komuniti. Usaha ini bukan sahaja dapat
membanteras segala bentuk jenayah malah ia turut menyumbang kepada keharmonian dan kesejahteraan
masyarakat (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, 2021).

5
4. KEPENTINGAN KAJIAN INDEKS PERPADUAN NASIONAL
Malaysia merupakan satu negara bangsa yang besar merangkumi Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak. Ia mengimbangi nisbah penduduk terdiri pelbagai agama, budaya dan bangsa. Kajian Indeks
Perpaduan Nasional merupakan batu asas yang dijadikan panduan kepada Kerajaan dan pihak
berkepentingan dalam melaksanakan usaha berterusan untuk memupuk, mengukuh dan memelihara
perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ianya juga satu strategi dan usaha berterusan yang dirangka
untuk menetapkan hala tuju perpaduan negara dalam memupuk, mengukuh serta memelihara perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia. IPNas akan bertindak bagi mencapai Malaysia sebagai sebuah negara
yang bersatu padu, harmoni dan makmur. Perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam
mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Oleh karena itu Kajian Indeks
Perpaduan Nasional ini penting yang bertindak sebagai instrumen pengukuran rasmi tahap perpaduan dan
keharmonian negara, ianya menjadi penanda aras dalam mengukur pencapaian tahap perpaduan negara.
IPNas ini juga telah mengambil kira amalan yang dilaksanakan di dalam dan luar negara. Selain itu,
IPNas adalah bagi mengukur tahap perpaduan dan keharmonian negara untuk menggambarkan keadaan
hubungan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia di peringkat nasional dan negeri bagi melihat trend
perubahan bersesuaian dengan isu semasa dan perubahan masyarakat.

Selain daripada itu, kewujudan Kajian Indeks Perpaduan Nasional akan menjadi kayu pengukur
terhadap keberkesanan pelaksanaan inisiatif dan program-program yang dilaksanakan. IPNas dapat
menyediakan input bagi pelaksanaan program perpaduan/intergasi nasional supaya dapat memandu pelan
tindakan bagi meningkatkan tahap prpaduan di Malaysia. Ini membolehkan kerajaan membina sebuah
pelan strategik penyatupaduan bagi mengukuhkan kesepaduan rakyat dengan tindakan yang
komprehensif, bersasar, konsisten dan berterusan. Usaha mendidik, membentuk peribadi dan tingkahlaku
masyarakat yang berhemah dengan ketinggian akal budi adalah cabaran besar bagi sebuah negara majmuk
yang meletakkan kepelbagaian sebagai identiti bangsa serta bersedia mendokong semangat perpaduan
sebagai budaya kehidupan yang dihayati dan diamalkan oleh seluruh Keluarga Malaysia. Kemajmukan
rakyat daripada berbilang bangsa mewujudkan kepelbagaian kebudayaan di negara ini. Penduduk yang
berbilang kaum ini menyambut pelbagai jenis perayaan sepanjang tahun dalam keadaan yang meriah serta
muhibah. Dalam setiap perayaan, tradisi mengadakan rumah terbuka telah memberi peluang kepada
pelbagai kaum untuk kunjung-mengunjungi antara satu sama lain bagi memeriahkan satu-satu perayaan
sekali gus dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.

6
Kepentingan Kajian Indeks Perpaduan Nasional membolehkan Malaysia dipeta setaraf dengan
negara negara maju yang mempunyai indeks bagi mengukur kestabilan masyarakat berasaskan pretasi dan
pencapaian kesepaduan sosial. Perpaduan kaum dalam masyarakat juga dapat menarik kedatangan
pelancong ke Malaysia. Asas perpaduan yang kukuh dan kebudayaan yang unik di samping kepelbagaian
adat resam yang membentuk identiti sesebuah masyarakat dapat memikat hati pelancong untuk
berkunjung, sekali gus dapat memajukan ekonomi negara. Makanan mampu menjadi satu daripada
medium pengikat perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini berikutan setiap hidangan tersebut
mempunyai keunikan dan identitinya tersendiri selain rasanya yang enak. Di samping itu, ia juga dapat
menarik minat masyarakat serta pelancong mengenali lebih dekat budaya etnik lain. Selain itu, muzik
bersifat universal dan kepelbagaian seni muzik di Malaysia daripada pelbagai kaum dapat membantu
pelacong mengenali budaya yang terdapat di Malaysia. Keunikan inilah yang menyebabkan pelancong
dari Eropah, Timur Tengah dan Asia Timur datang ke Malaysia. Ekonomi Malaysia pasti bertambah
mantap apabila perpaduan kaum dapat dikekalkan. Sektor ekonomi Malaysia yang mantap dan masih
mampu bertahan jika dibandingkan dengan negara serantau yang berhempas pulas menghadapi
kepincangan ekonomi.

Kajian Indeks Perpaduan Nasional juga dapat memberikan gambaran trend hubungan etnik,
keharmonian dan kesepaduan sosial di Malaysia untuk memerhati dan menarik pelabur asing yang
berminat membuat pelaburan di Malaysia. Hal ini akan memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk
melabur di Malaysia kerana keadaan negara yang aman dan damai. Tidak dapat dinafikan bahawa antara
sebab utama pelabur asing berani menanam modal di sesebuah negara adalah kerana kestabilan politik
dan perancangan kerajaan yang mesra pelabur. Hal ini kerana mereka tidak mahu modal yang dilaburkan
di sesebuah negara akan rugi akibat pergolakan yang berlaku di sesebuah negara. Malaysia bertuah kerana
menjadi destinasi pelabur asing dari Amerika, Eropah, Jepun, China dan India. 

7
5. ASAS-ASAS IDEA MEMBANGUNKAN INDEKS PERPADUAN NASIONAL
5.1. Asas Sebuah Masyarakat
Dalam membangunkan ideks perpaduan nasional, terdapat 3 asas iaitu yang pertama ialah asas
sebuah masyarakat. Indeks perpaduan ialah satu cara untuk mengukur seberapa baik sesebuah masyarakat
itu distrukturkan, sejauh mana sejarahnya direkodkan dan sejauh mana warganya dilayan. Oleh itu
terdapat tiga idea asas sebuah masyarakat iaitu struktur, sejarah dan biografi.

Cara orang berinteraksi antara satu sama lain dan persekitaran mempengaruhi cara hidup mereka
berubah. Ini benar terutamanya dalam masyarakat berbilang etnik di mana kumpulan orang yang berbeza
telah hidup bersama untuk masa yang lama. Maklumat biografi ini selalunya rumit dan menarik. Struktur
sosial merangkumi tiga bahagian teras iaitu masyarakat, negara, dan pasaran. Bahagian ini akan memberi
impak yang besar kepada individu, institusi, dan masyarakat secara keseluruhan.

Para sarjana Islam telah banyak menghabiskan masa membincangkan kepentingan akhlak dan
akhlak dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Akhlak ialah cara bertingkah laku yang selari dengan
akal dan syariat Islam. Moral bermaksud mempunyai pemikiran yang baik dan melakukan perkara yang
betul, yang biasanya dipersetujui oleh masyarakat. Moral dan akhlak adalah penting kerana ia membantu
membentuk modal insan yang menjadi asas kepada setiap insan. Untuk mewujudkan masyarakat yang
mampan, kita perlu mengambil kira faktor persekitaran, ekonomi dan sosial.

Terdapat tiga perkara penting yang perlu disediakan untuk masyarakat menjadi sihat dan berjaya:
kepercayaan anda, undang-undang yang berdasarkan kepercayaan tersebut dan cara anda menjalani
kehidupan anda. Semua perkara ini perlu dihormati oleh setiap orang dalam sesebuah masyarakat.
Melalui teras akidah, semua orang perlu sedar bahawa amanah yang Allah berikan kepada mereka untuk
menguruskan gaya mini adalah satu penghormatan yang besar. Syariah mengawal cara kita menjalani
kehidupan kita dan cara kita memperlakukan orang lain. Prinsip Maqasidah Syariah adalah penting, tetapi
ia perlu diperkasakan dengan melaksanakan perkara-perkara yang menjaga agama kita, nyawa kita, akal
kita, keturunan kita, dan harta kita. Mempercayai perkara seperti agama dan sihir difikirkan boleh
membantu manusia mencapai matlamat hidup mereka dengan membantu mereka bahagia dan sihat di
dunia dan di akhirat.

Dalam masyarakat majmuk, terdapat pelbagai cara berfikir dan melakukan sesuatu. Ini kerana
manusia mempunyai akhlak dan etika yang berbeza. Ini bermakna setiap orang dalam masyarakat
majmuk boleh mempunyai pendapat dan cara hidup mereka sendiri.

8
5.2. Tiga Teras Utama: Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatupaduan
Asas kedua dalam membangunkan indeks perpaduan nasional ialah terdapat tiga teras utama iaitu
perpaduan, kesepaduan, dan penyatupaduan. Matlamat utama sebuah negara yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan budaya adalah untuk bersatu. Kesepaduan sosial adalah cara berada dalam masyarakat
di mana orang merasakan keamanan, kestabilan, kemakmuran, dan kesejahteraan. Walau bagaimanapun,
masih terdapat beberapa perbezaan antara orang, yang boleh membawa kepada defisit sosial. Integrasi
adalah satu proses cuba menyelesaikan masalah sosial yang wujud dalam masyarakat dengan bekerjasama
di peringkat yang berbeza. Tapak Integrasi ialah tempat di mana orang ramai boleh bekerjasama untuk
mencari penyelesaian.

Nilai-nilai Islam dilihat sebagai satu cara untuk membantu perpaduan rakyat dari pelbagai budaya
di Malaysia. Umat Islam mempunyai peranan besar dalam kerajaan Malaysia sejak sekian lama, dan itu
tidak bermakna agama lain tidak disertakan.

Malaysia sama seperti negara lain dan tidak terkecuali daripada perkara yang boleh menyebabkan
ia tidak selamat untuk penduduk di sana. Malaysia tidak berada dalam situasi perang seperti negara lain
yang mengalami masalah. Namun, ada kalanya berlaku di Malaysia yang boleh membuatkan negara rasa
aman. Peristiwa 16 Mei 1969 merupakan peristiwa sejarah hitam yang melibatkan masalah kaum dan
etnik. Ini membawa kepada tragedi, dan ramai orang mati akibatnya. Malaysia bukan sahaja diancam oleh
ancaman dalaman tetapi luaran juga. Satu ancaman itu ialah pencerobohan Lahat Datu, yang telah
membunuh lapan anggota keselamatan Malaysia. Peristiwa itu jelas menunjukkan bahawa bersatu padu
dan aman adalah penting untuk individu, masyarakat dan negara. Dengan memastikan komuniti kita
selamat dan aman, kita boleh melindungi nyawa kita, harta benda kita, dan negara kita daripada sebarang
kemungkinan bahaya.

Perpaduan bukanlah sesuatu yang mudah dicapai, ia memerlukan banyak masa dan usaha untuk
mengekalkan nilai-nilai yang menyatukan bangsa. Semua orang perlu terlibat dalam proses ini untuk
menjadikannya berfungsi. Tanpa usaha individu sendiri, perpaduan tidak akan terjadi di Malaysia. Oleh
itu, rakyat Malaysia hendaklah kekalkan perpaduan yang telah baik selepas tragedy 16 Mei dan harus
bertolak ansur antara satu sama lain. Menghormati agama dan kaum lain juga penting dalam membentuk
perpaduan kaum.

9
5.3. Mengenal Pasti Deficit Sosial
Apabila kita bersatu dalam pengalaman yang sama, kadang-kadang ada jurang antara kita. Kita
perlu bekerjasama untuk menguruskan perbezaan ini. Kesepaduan sosial bermakna menjadi sebahagian
daripada kumpulan di mana semua orang berasa selesa dan diterima. Perbezaan sosial bermakna berbeza
daripada orang lain, dan boleh membuat orang berasa tidak selesa. Defisit sosial bermakna mempunyai
defisit dalam kesepaduan sosial. Ini adalah beberapa defisit sosial yang telah dikenal pasti - agama, kelas
sosial, pendidikan, bahasa, jurang generasi, jantina, ideologi politik, dan ruang (bandar/luar bandar).
Perlembagaan melindungi semua rakyat Malaysia daripada diskriminasi, dan membenarkan mereka
mengamalkan budaya dan agama mereka dengan bebas. Ini dilakukan demi membantu membina model
pembinaan negara bangsa yang mengikut kedudukan istimewa rakyat Malaysia sebagai rakyat yang
bertamadun. Tindakan penyatuan perlu dilaksanakan melalui jabatan kerajaan dan pembangunan negara
secara adil dan menyeluruh, serta pada masa tertentu berdasarkan isu khusus yang perlu ditangani.

Skala indeks ini digunakan untuk mengukur tingkah laku manusia. Indeks itu menunjukkan
perpaduan Malaysia stabil, walaupun masih wujud defisit sosial. Kadang-kadang masalah ini berlaku,
tetapi ia tidak bertahan lama. Sesetengah defisit sosial boleh membawa kepada perasaan tidak puas hati.
Defisit ini perlu diperbetulkan supaya orang itu berasa puas. Perjanjian Malaysia membabitkan isu-isu
berbeza yang memberi kesan kepada masyarakat orang asli, cara negara dikendalikan, dan cara ekonomi
berkembang. Dasar kerajaan persekutuan juga memainkan peranan dalam bidang ini.

Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata di Malaysia perpaduan sudah lama
diidamkan, namun masih belum tercapai. Perkara yang wujud ialah perpaduan. Katanya, bersatu
bermakna mempunyai keadaan aman, politik yang stabil, ekonomi makmur dan kesejahteraan. Rakyat
dalam sebuah negara bersatu bersetuju untuk bersetuju untuk tidak bersetuju supaya semua orang dapat
bersama. Perselisihan faham boleh melambatkan proses menyelesaikan beberapa masalah besar.

Idea di sebalik membangunkan indeks perpaduan nasional adalah untuk mengenal pasti defisit
sosial dalam negara. Defisit ini kemudiannya boleh digunakan untuk membantu meningkatkan perpaduan
negara. Ini kerana dengan memahami defisit sosial, kita boleh berusaha membina perpaduan kaum di
Malaysia.

10
6. IMPLIKASI INDEKS PERPADUAN NASIONAL
Dapat kita lihat dengan jelas di sini bahawa perlaksanaan indeks perpaduan nasional (IPNas)
memainkan peranan yang begitu penting dalam aspek utama yang difokuskan iaitu perpaduan, penyatuan
dan penyatupaduan. Perlaksanaan indeks perpaduan nasional juga adalah frasa yang dapat kita lihat
membawa maksud yang amat nyata kepada pembentukan sebuah negara yang harmoni. Tambahan pula,
Malaysia ialah sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang kaum, agama dan
budaya di bawah satu bumbung yang sama. Justeru itu, hubungan etnik yang damai dan sejahtera dalam
kalangan masyarakat sesebuah negara itu sangat diperlukan. Indeks perpaduan nasional juga bukan sahaja
penting dalam aspek pembentukan negara harmoni malah dapat membantu negara dalam menyelesaikan
permasalahan yang melibatkan kepelbagaian etnik yang wujud di negara ini. Namun begitu, setiap
perkara yang dirangka dan dirancang pasti mempunyai impak atau implikasi pada hari yang mendatang
jika tidak dilaksanakan dengan sebaik mungkin ibarat melepaskan batuk di tangga.

Antara implikasi sekiranya indeks perpaduan nasional tidak wujud dan dilaksanakan di negara
kita ialah keharmonian dan keamanan negara akan terjejas. Hal ini terjadi disebabkan kerana tidak ada
kesepaduan dan kesepakatan dalam kalangan masyarakat. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hujurat
ayat 13: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan
perempuan dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-
kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi
Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan
amalan kamu)”. Ayat ini jelas mengatakan bahawa kita diseru untuk bersama-sama meraikan perbezaan
antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. Kita hendaklah saling memahami dan
bertoleransi untuk hidup dalam kepelbagaian negara Malaysia yang bertuah ini. Dengan meraikan
perbezaan ini, kekuatan sesebuah masyarakat majmuk itu akan terbina dengan lahirnya masyarakat yang
prihatin dan cakna dengan perkembangan masing-masing tanpa mengira warna kulit. Oleh itu, perasaan
ego dan terancam dengan pencapaian dan keberadaan kaum lain yang berada di sekitar kita dapat
dilenyapkan justeru dapat bersama-sama memperbaiki diri ke arah yang lebih positif dan terbuka.

Di samping itu, kestabilan politik negara juga boleh tergugat apabila indeks perpaduan nasional
(IPNas) tidak dilaksanakan dengan baik. Hal ini kerana dalam sesebuah negara majmuk yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan bangsa, politik seharusnya menjadi titik penyatuan dan bukannya
merobohkan sesebuah institusi kemasyarakatan itu. Tidak dinafikan juga bahawa perbezaan nilai antara
etnik juga boleh mengakibatkan hubungan antara kaum menjadi rumit. Namun begitu, perkara ini dapat

11
menjadikan rakyat Malaysia lebih terbuka untuk menerima dan saling meraikan perbezaan parti yang ada
tanpa sebarang perbalahan antara satu sama lain. Pemimpin negara juga memainkan peranan yang penting
dalam menyedari tanggungjawab memupuk kebersamaan ialah hak bersama, bukan melaga-laga serta
mendorongkan perbezaan yang memecahkan. Selain itu, kestabilan politik juga memberikan kesan yang
drastik kepada ekonomi negara untuk terus berkembang maju dan memberikan kesejahteraan kepada
rakyat. Politik yang tidak stabil di sesebuah negara itu akan menyebabkan pelabur dari luar tidak mahu
mengambil risiko dan kurang yakin untuk melabur di negara kita. Kestabilan politik memberikan jaminan
kepada pelbagai pihak berkepentingan seperti pelabur asing begitu juga pelabur tempatan untuk
memajukan perniagaan masing-masing di samping dapat memulihkan ekonomi negara kita.

Sistem pendidikan di Malaysia merupakan salah satu tunjang kepada pembangunan negara.
Namun begitu, sistem pendidikan di Malaysia boleh terjejas sekiranya tiada kesepaduan dan perpaduan
dalam kalangan masyarakat. Seperti mana yang kita ketahui antara objektif Kementerian Pelajaran
Malaysia ialah membentuk kepemimpinan menuju ke arah membina Negara Bangsa meliputi aspek
perpaduan, patriotisme, dan jati diri bagi mendokong aspirasi nasional. Jelas dinyatakan dalam objektif
Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa hal kesepaduan dan perpaduan amat dititikberatkan dalam
sistem pendidikan di negara kita. Apabila wujudnya masalah perpaduan dalam negara maka terjadilah
ketidaksamaan matlamat dan perselisihan pendapat antara masyarakat dalam membantu kemajuan sistem
pendidikan di Malaysia. Sejarah pendidikan negara menyaksikan banyak perubahan dilalui bermula
daripada pendidikan mengikut kaum dan sekolah Inggeris sehingga kepada sistem yang digunakan ketika
ini. Sebagai contohnya, Malaysia masih mengamalkan sistem pendidikan vernakular yang berorientasikan
kaum dan kurikulum yang digunakan adalah mengikut kaum masing-masing. Hal ini menyebabkan
adanya jurang antara pelajar kerana mereka dipisahkan mengikut kaum. Tambahan pula, sistem dan
silibus pendidikan serta peperiksaan yang digunakan di negara ini tidak sama untuk semua masyarakat.
Sehubungan dengan itu, sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan perlu mendapat sukatan
pelajaran yang sama serta penggunaan kurikulum yang sama di sekolah iaitu berdasarkan kurikulum
kebangsaan. Oleh itu, jurang antara kaum, bangsa dan agama dapat dieratkan serta keharmonian negara
kita akan terpelihara.

Selain itu, masyarakat yang mementingkan diri sendiri juga akan lahir akibat daripada indeks
perpaduan nasional yang tidak dilaksanakan dengan berkesan. Bak kata pepatah bagai enau di dalam
belukar melepas pucuk masing-masing, sikap ini perlu ditegah dan dihapuskan dalam diri setiap peringkat
masyarakat apatah lagi masyarakat Malaysia yang hidup dalam sebuah negara yang majmuk. Sikap
negatif seperti ini bukan sahaja menjejaskan perpaduan kaum malah dapat merencatkan sesebuah negara
itu untuk berkembang maju. Sikap mementingkan diri antara punca menyebabkan masyarakat tanpa

12
segan-silu menabur fitnah terhadap orang lain mahupun diri sendiri. Hal ini akan mencetuskan provokasi
dan perbalahan antara kaum yang boleh menyebabkan permasalahan etnik yang membimbangkan.
Sebuah negara majmuk dan penyayang akan terbentuk apabila masyarakatnya saling mengambil berat
dan prihatin akan keadaan satu sama lain dan menepikan perasaan pentingkan diri sendiri. Sikap egois
dan mementingkan diri sendiri perlu dielakkan kerana bak kata pepatah malang tidak berbau, mungkin
salah seorang daripada mereka yang akan membantu kita apabila berada dalam keadaan susah atau
kecemasan kelak. Oleh itu, kita perlukan menjadi masyarakat yang mempunyai perasaan empati yang
tinggi dan saling membantu tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Seterusnya, implikasi akibat tidak melaksanakan indeks perpaduan nasional (IPNas) dengan baik
adalah masyarakat demokratik, mengamalkan bentuk kesepakatan yang matang tidak dapat dibentuk
dalam masyarakat. Hal ini kerana masyarakat demokratik yang matang akan lebih berfikiran jauh dan
terbuka dalam menerima pandangan, berkongsi pendapat dan bertindak dalam apa jua situasi. Tambahan
pula, masyarakat demokratik yang bijak tidak akan sesekali melanggar Perlembagaan Persekutuan
walaupun mempunyai perbezaan dari segi kaum, budaya atau parti politik. Dalam sebuah negara
berdemokrasi, setiap lapisan masyarakat berhak mendapat kebebasan hak asasi, bebas untuk bergerak,
bercakap, berhimpun dan sebagainya. Pihak yang memerintah atau mentabir negara dipandu oleh
perlembangaan dan hendaklah menjalankan tugas dengan adil dan beramanah. Kegagalan dalam
pembentukan sebuah masyarakat demokratik akan membantutkan lagi pembangunan negara justeru
melengahkan hasrat negara kita daripada menjadi sebuah negara maju pada masa akan datang. Oleh itu,
sebagai rakyat Malaysia yang berdaya saing dan matang, kita haruskan bersepakat dan bekerjasama untuk
mengekalkan perpaduan di negara kita demi kepentingan bangsa dan sejagat.

Kesimpulannya, setiap rakyat Malaysia perlulah menyahut seruan dan semangat untuk
mengukuhkan perpaduan demi menjamin keharmonian yang menyeluruh dalam segenap lapisan
masyarakat majmuk di Malaysia. Kepelbagaian kaum di Malaysia seharusnya menjadi kekuatan dan
simbol perpaduan kepada masyarakat dunia. Tidak dapat kita nafikan bahawa perpaduan merupakan
pemangkin kepada kemajuan negara. Perpaduan yang telah kita bina sejak beberapa dekad yang lalu
haruslah kita syukuri dan pertahankan supaya dapat memberi teladan kepada generasi yang akan datang.
Peribahasa Melayu “yang dikejar tidak dapat yang dikendong berkeciciran” jelaslah membawa maksud
bahawa jika kita tidak dapat mencari jalan keluar terhadap permasalahan yang berlaku, sudah memadai
untuk kita sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa meraikan kepelbagaian untuk memperkukuhkan
perpaduan yang sedia ada agar tidak terhakis dan ditelan zaman. Akhir kata, Malaysia Baharu sepatutnya
menjadi model dalam mengukuhkan aspirasi perlembagaan kita, bukannya mengadaptasi liberalisasi
mahu ekstremis untuk kepentingan sesetengah pihak.

13
7. RUMUSAN
Rumusannya, pada isi dan huraian yang pertama adalah Konstruk Indeks Perpaduan Nasional
(Ipnas), 2018 merupakan penilaian tahap perpaduan di Malaysia akan dinilai melalui tiga komponen iaitu
keetnikan, kemodenan dan stabiliti. Seterusnya, rakyat Malaysia perlu membuat pilihan secara rasional
agar menjadi pendorong kepada kestabilan etnik. Kesepaduan sosial merupakan matlamat negara agar
sentiasa berada dalam keadaan yang stabil, harmoni dan sejahtera. Tambahan pula, sifat dan ciri sesuatu
bangsa menunjukkan kesetiaan terhadap negara yang dapat melahirkan sifat patriotisme di dalam diri
setiap individu.

Pada isi dan huraian yang kedua adalah Kepentingan Kajian Indeks Perpaduan Nasional.
Malaysia merupakan satu negara yang mempunyai berbilang kaum dan bangsa yang ramai, hal ini
merangkumi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Oleh itu, Kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas)
akan bertindak bagi mencapai Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu-padu, harmoni dan makmur.
Selanjutnya, pelbagai jenis makanan di Malaysia mampu menjadi satu medium pengikat perpaduan dalam
kalangan rakyat negara ini berikutan setiap hidangan tersebut. Contohnya, makanan kaum Melayu ialah
lemang, rendang dan dodol. Makanan kaum Cina ialah dim sum, kuih bulan dan kuih bakul manakala
makanan kaum India pula adalah maruku, tosai dan ayam tandoori. Kepentingan kajian indeks perpaduan
nasional juga dapat menarik kedatangan pelancong ke Malaysia. Contohnya, Janda Baik di Pahang dan
Pulau Perhentian di Terengganu.

Pada isi dan huraian yang ketiga adalah Asas-Asas Idea Membangunkan Indeks Perpaduan
Nasional. Dalam asas sebuah masyarakat, kaedah interaksi yang berkesan dalam masyarakat berbilang
etnik yang berbeza telah hidup bersama untuk masa yang lama. Oleh itu, terdapat tiga idea asas iaitu
struktur, sejarah dan biografi. Seterusnya, di dalam teras perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan
merupakan nilai Islam yang dilihat sebagai satu cara untuk membantu perpaduan rakyat dari pelbagai
budaya di Malaysia. Integrasi adalah satu proses untuk menyelesaikan masalah sosial yang wujud. Di
samping itu, kesepaduan sosial menjadi sebahagian daripada kumpulan di mana semua orang berasa
selesa dan diterima dalam mengenal pasti deficit sosial.

14
Pada isi dan huraian yang terakhir adalah Implikasi Indeks Perpaduan Nasional. Peranan yang
begitu penting dalam aspek pembentukan negara harmoni dapat membantu negara dalam menyelesaikan
permasalahan yang melibatkan kepelbagaian etnik yang wujud di negara kita. Seperti yang kita tahu,
masyarakat majmuk akan terbina dengan wujudnya perbezaan sesama masyarakat tanpa mengira bangsa,
agama dan budaya. Selain itu, kestabilan politik negara turut tergugat sekiranya indeks perpaduan
nasional (IPNas) tidak disemai dan dihapuskan dalam masyarakat Malaysia. Justeru itu, sistem
pendidikan di Malaysia merupakan salah satu tunjang kepada pembangunan negara. Jelas dinyatakan
dalam objektif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa hal kesepaduan dan perpaduan amat
ditekankan di negara kita. Tambahan pula, mementingkan diri atau sikap egois antara punca
menyebabkan masyarakat tanpa segan dan takut menabur fitnah terhadap orang lain.

Akhir sekali, perpaduan yang telah kita bina sejak beberapa dekad yang lalu haruslah kita syukuri
dan pertahankan supaya dapat memberi teladan kepada generasi yang akan datang. Kebelbagaian kaum di
Malaysia merupakan lapisan masyarakat majmuk di Malaysia. Oleh hal yang demikian, tidak dapat kita
nafikan bahawa perpaduan merupakan pemangkin kepada kemajuan negara.

15
8. KESIMPULAN KAJIAN
Hendaklah kita memupuk nilai-nilai murni dalam diri agar perpaduan antara kaum dapat
ditingkatkan. Contohnya, kesetiaan terhadap negara merupakan sifat patriotisme untuk Negara tercinta.
Selain itu, kesepaduan sosial merupakan matlamat negara agar sentiasa berada dalam keadaan yang stabil,
harmoni dan sejahtera. Dalam objektif Kementerian Pelajaran Malaysia (IPNas) ada menyatakan bahawa
integrasi adalah satu proses untuk menyelesaikan masalah sosial yang wujud.

Maka, menepatilah objektif kajian yang telah dinyatakan di awal kajian untuk mengetahui dan
mendalam sejauh mana Perlaksanaan Indeks Perpaduan Nasional di Malaysia. Antaranya adalah nilai,
kepentingan, asas-asas idea untuk membangun, keberkesanan dan implikasi terhadap Perlaksanaan Indeks
Perpaduan Nasional di Malaysia.

Sesungguhnya, dalam usaha kita untuk menjadi sebuah Negara yang mempunyai berbilang
bangsa, pelbagai strategi, pendekatan dan dasar telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Negara impian
dan idaman kita bukan sahaja perlu makmur dan maju dalam semua bidang, malah rakyatnya juga
mestilah memiliki kesatuan dan perpaduan yang utuh (Abdullah, 2022). Oleh itu, perpaduan kaum dan
integrasi nasional merupakan tunjang kestabilan sosiopolitik di negara kita agar dapat menjamin
kemajuan dan keutuhan bangsati.

Rajah 2: Perpaduan kaum melambangkan Negara yang berintegrasi tinggi

16
9. RUJUKAN
Abdullah, N. (2022). Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia. Retrieved from Studocu:
https://www.studocu.com/my/document/kolej-vokasional-datuk-seri-mohd-zin/etika/pemantapan-
kesepaduan-nasional-malaysia/25384021

Kementerian Perpaduan Negara. (n.d.). Indeks Perpaduan Negara. Retrieved from Indeks Perpaduan
Negara: https://www.perpaduan.gov.my/index.php/bm/dasar-pelan/kajian-dan-literasi-
perpaduan/kajian-dan-literas-perpaduan

Khazzi, H. (2019, September 2019). Perpaduan kaum di Malaysia perlu terus utuh. Retrieved from Berita
Harian: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/605018/perpaduan-kaum-di-
malaysia-perlu-terus-utuh

Pustaka, D. B. (2017). Dewan Bahasa dan Pustaka. Retrieved from https://prpm.dbp.gov.my/cari1?


keyword=kesepaduan

Pustaka, D. B. (n.d.). Pusat Rujukan Persatuan Melayu. Retrieved from https://prpm.dbp.gov.my/cari1?


keyword=kesepaduan

Beh, S. H., Pue, G. H., Ishak, M. S., & Mohd Noor, M. (2021). Kesepaduan Nasional Penduduk Kawasan
Rukun Tetangga di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH),
6(7), 40–53. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i7.821

hidayah. “Indeks Perpaduan Nasional (IPNas).” Perpaduan.gov.my, 22 Nov. 2022,


www.perpaduan.gov.my/index.php/bm/dasar-pelan/kajian-dan-literasi-perpaduan/kajian-dan-
literas-perpaduan. Accessed 22 Nov. 2022.
Hussin, Zaharah, et al. “PEMBANGUNAN AKHLAK DAN MORAL KE ARAH MASYARAKAT
LESTARI.” Al-Hikmah, vol. 7, no. 2, 2015, pp. 72–87,
spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/142. Accessed 22 Nov. 2022.
news. “Prof Ulung: Pengurusan Defisit Sosial Asas Penyatupaduan Malaysia.” Sarawakvoice.com, 26
Aug. 2021, sarawakvoice.com/2021/08/26/prof-ulung-pengurusan-defisit-sosial-asas-
penyatupaduan-malaysia/. Accessed 22 Nov. 2022.
Syatirah, Wan, and Zuliana Zubir. “Perpaduan Dalam Membentuk Keamanan Umat Islam Di Malaysia.”
Usim.edu.my, 2020, oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/6952, 2756-8156. Accessed 22
Nov. 2022.
Cohen J. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioural Sciences (2nd ed.). Hillsdale: NJ:
Laurence Erlbaum Associates.

17
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. (2021). Pelan Strategik 2021-2025. Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, 5-56. Retrieved November 19, 2022, from
https://www.jpnin.gov.my/sites/default/files/PS%20JPNIN%202021-2025.pdf

Kementerian Perpaduan Negara. (2018). Indeks Perpaduan Nasional (IPNas). Retrieved from
Kementerian Perpaduan Negara:
https://www.perpaduan.gov.my/index.php/bm/dasar-pelan/kajian-dan-literasi-perpaduan/kajian-
dan-literas-perpaduan

Prof. Dr. Mansor Mohd Noor , & Prof Madya Dr. Mohd Sobhi Ishak. (2019, October 16). IPNas: Model
Integrasi Kesepaduan Nasional Rakyat Malaysia. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional, 18-33. Retrieved November 19, 2022, from
https://www.jpnin.gov.my/sites/default/files/Seminar%20IPNas_Prof.%20Dr%20Mansor%20dan
%20PM%20Dr.%20Mohd%20Sobhi.pdf

Perpaduan negara: Masihkah ada jurang? (2022, August 28). MalaysiaGazette.


https://malaysiagazette.com/2022/08/28/perpaduan-negara-masihkah-ada-jurang/

Shamsul A. B. (2021). Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah: Evolusi Kefahaman Mengenai Perpaduan
di Malaysia. Akademika, 201-215. doi:https://doi.org/10.17576/akad-2021-9103-16

Kestabilan Politik Mampu Tarik Lebih Banyak Pelaburan. (n.d.).


https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/09/863794/kestabilan-politik-mampu-tarik-
lebih-banyak-pelaburan

REFLEKSI
18
Dalam usaha kita untuk menjadi
sebuah negara bangsa, pelbagai
strategi, pendekatan dan
dasar telah dilaksanakan oleh
kerajaan untuk menjadikan negara
ini bukan sahaja makmur dan maju
dalam semua bidang, tetapi juga
mempunyai hubungan etnik yang
harmoni dan bersatu padu, serta
mencapai integrasi nasional di
bawah sistem persekutuan.
Sesungguhnya, dalam usaha kita
untuk menjadi sebuah negara
bangsa, pelbagai strategi,
pendekatan dan dasar telah
dilaksanakan oleh kerajaan untuk
mencapai negara impian tersebut.
19
Negara impian dan idaman kita
bukan sahaja perlu makmur dan
maju dalam semua bidang, tetapi
mempunyai hubungan etnik yang
harmoni dan bersatu padu, serta
mencapai integrasi nasional di
bawah sistem persekutuan.
Malaysia yang kita impikan ialah
sebuah negara yang menyaksikan
rakyat berbilang kaum, budaya dan
agama dapat hidup dalam keadaan
aman dan damai. Rakyatnya
memiliki kesatuan dan perpaduan
yang utuh, sementara hubungan
kerajaan negeri dengan kerajaan

20
persekutuan berada dalam keadaan
harmoni sesuai dengan tuntutan
perlembagaan. Melangkah ke
hadapan, tidak dapat dinafikan
bahawa bahasa dan sastera
Melayu, turut menyumbang ke
arah
kelahiran sebuah negara yang
bersatu dari segi kaum dan
wilayah. Perpaduan kaum dan
integrasi
nasional merupakan tunjang
kestabilan sosiopolitik di negara
ini. kemajuan dan keutuhan
bangsa.

21
Malaysia yang kita impikan ialah
sebuah negara yang menyaksikan
rakyat berbilang kaum,
budaya dan agama dapat hidup
dalam keadaan aman dan damai
dengan rakyatnya yang memiliki
kesatuan dan perpaduan yang utuh,
sementara hubungan kerajaan
negeri dengan kerajaan
persekutuan berada dalam keadaan
harmoni sesuai dengan tuntutan
perlembagaan. Perpaduan
kaum dan integrasi nasional
merupakan tunjang kestabilan
sosiopolitik di negara ini yang
dapat

22
menjamin kemajuan dan keutuhan
bangsa.
REFLEKSI
Dalam usaha kita untuk menjadi
sebuah negara bangsa, pelbagai
strategi, pendekatan dan
dasar telah dilaksanakan oleh
kerajaan untuk menjadikan negara
ini bukan sahaja makmur dan maju
dalam semua bidang, tetapi juga
mempunyai hubungan etnik yang
harmoni dan bersatu padu, serta
mencapai integrasi nasional di
bawah sistem persekutuan.

23
Sesungguhnya, dalam usaha kita
untuk menjadi sebuah negara
bangsa, pelbagai strategi,
pendekatan dan dasar telah
dilaksanakan oleh kerajaan untuk
mencapai negara impian tersebut.
Negara impian dan idaman kita
bukan sahaja perlu makmur dan
maju dalam semua bidang, tetapi
mempunyai hubungan etnik yang
harmoni dan bersatu padu, serta
mencapai integrasi nasional di
bawah sistem persekutuan.
Malaysia yang kita impikan ialah
sebuah negara yang menyaksikan

24
rakyat berbilang kaum, budaya dan
agama dapat hidup dalam keadaan
aman dan damai. Rakyatnya
memiliki kesatuan dan perpaduan
yang utuh, sementara hubungan
kerajaan negeri dengan kerajaan
persekutuan berada dalam keadaan
harmoni sesuai dengan tuntutan
perlembagaan. Melangkah ke
hadapan, tidak dapat dinafikan
bahawa bahasa dan sastera
Melayu, turut menyumbang ke
arah
kelahiran sebuah negara yang
bersatu dari segi kaum dan
wilayah. Perpaduan kaum dan
integrasi
25
nasional merupakan tunjang
kestabilan sosiopolitik di negara
ini. kemajuan dan keutuhan
bangsa.
Malaysia yang kita impikan ialah
sebuah negara yang menyaksikan
rakyat berbilang kaum,
budaya dan agama dapat hidup
dalam keadaan aman dan damai
dengan rakyatnya yang memiliki
kesatuan dan perpaduan yang utuh,
sementara hubungan kerajaan
negeri dengan kerajaan
persekutuan berada dalam keadaan
harmoni sesuai dengan tuntutan
perlembagaan. Perpaduan

26
kaum dan integrasi nasional
merupakan tunjang kestabilan
sosiopolitik di negara ini yang
dapat
menjamin kemajuan dan keutuhan
bangsa.
REFLEKSI
Dalam usaha kita untuk menjadi
sebuah negara bangsa, pelbagai
strategi, pendekatan dan
dasar telah dilaksanakan oleh
kerajaan untuk menjadikan negara
ini bukan sahaja makmur dan maju
dalam semua bidang, tetapi juga
mempunyai hubungan etnik yang
harmoni dan bersatu padu, serta
27
mencapai integrasi nasional di
bawah sistem persekutuan.
Sesungguhnya, dalam usaha kita
untuk menjadi sebuah negara
bangsa, pelbagai strategi,
pendekatan dan dasar telah
dilaksanakan oleh kerajaan untuk
mencapai negara impian tersebut.
Negara impian dan idaman kita
bukan sahaja perlu makmur dan
maju dalam semua bidang, tetapi
mempunyai hubungan etnik yang
harmoni dan bersatu padu, serta
mencapai integrasi nasional di
bawah sistem persekutuan.
Malaysia yang kita impikan ialah
sebuah negara yang menyaksikan
28
rakyat berbilang kaum, budaya dan
agama dapat hidup dalam keadaan
aman dan damai. Rakyatnya
memiliki kesatuan dan perpaduan
yang utuh, sementara hubungan
kerajaan negeri dengan kerajaan
persekutuan berada dalam keadaan
harmoni sesuai dengan tuntutan
perlembagaan. Melangkah ke
hadapan, tidak dapat dinafikan
bahawa bahasa dan sastera
Melayu, turut menyumbang ke
arah
kelahiran sebuah negara yang
bersatu dari segi kaum dan
wilayah. Perpaduan kaum dan
integrasi
29
nasional merupakan tunjang
kestabilan sosiopolitik di negara
ini. kemajuan dan keutuhan
bangsa.
Malaysia yang kita impikan ialah
sebuah negara yang menyaksikan
rakyat berbilang kaum,
budaya dan agama dapat hidup
dalam keadaan aman dan damai
dengan rakyatnya yang memiliki
kesatuan dan perpaduan yang utuh,
sementara hubungan kerajaan
negeri dengan kerajaan
persekutuan berada dalam keadaan
harmoni sesuai dengan tuntutan
perlembagaan. Perpaduan

30
kaum dan integrasi nasional
merupakan tunjang kestabilan
sosiopolitik di negara ini yang
dapat
menjamin kemajuan dan keutuhan
bangs

31

You might also like