You are on page 1of 12

K A JI A N

K E S
JA
SE M u R
s e u m AH
TINGKATAN5
SOALAN 3
CIKGU HANISAH BT
IBRAHIM
AMMAR SYAZWAN
BIN NOR AZMAN
5 AR
KANDUNGAN
JADUAL PERNYATAA OBJEKTIF KAEDAH LAPORAN SUMBER
KERJA MASALAH KAJIAN KAJIAN KAJIAN RUJUKAN
JADUAL KERJA 2023
BIL TARIKH PERKARA

01 04/07
Menerima taklimat daripada cg Siti
Hanisah
02 Membuat rujukan awal berkaitan
04/07 tajuk yang diterima
03
10/07 Menunjuk bahan dan menetapkan

04
tajuk bersama guru

15/07 Objektif kajian dibincangkan


05
22/07 Menyiapkan proses awal

06 23/07 Menulis rumusan dan


melengkapkan kajian
BIL TARIKH TARIKH

07 24/07 Menyusun hasil kerja dan


melengkapkan kajian kes

08 24/07 Menghantar yang lengkap


kepada guru
PERNYATAAN MASALAH
Bangunan Parlimen mempunyai sejarahnya yang
tersendiri sebagai lambang demokrasi berpalimen serta
simbol perpaduan Kerajaan Persekutuan
Malaysia.Bincangkan

OBJEKTIF KAJIAN
Melalui Kajian Kes Sejarah,saya dapat mengetahuis
sejarah tersendiri bangunan parlimen sebagai
lambang demokrasi berpalimen.Seterusnya,saya dapat
mengetahui penubuhan bangunan parlimen di negara
Malaysia.selain itu, saya juga dapat mengetahui fungsi
dan peranan parlimen.Akhir sekali,kita juga
mengetahui ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi ahli
parlimen
KAEDAH KAJIAN
Berdasarkan kajian sejarah ini,saya telah menggunakan 3
kaedah kajian iaitu melayari internet,kaedah audio visual
dan lawatan maya ke laman web perpustakaan
selain itu,saya melayari internet untuk mendapatkan sedikit
bahan dan maklumat.Saya telah melayari laman sesawang
berikut iaitu:
http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perka
ra40-Ma.Html

setrusnya,sya telah melayari audio visual tersubut:


https://www.youtube.com/watch?v=pettOtER1vI iaitu
bagaimna parlimen Malaysia berfungsi

Akhir sekali,saya telah melayari lawatan maya ke laman


web perpustakaan berikut:

https://www.pnm.gov.my/index.php/search/results?
search=parlimen+malaysia iaitu bertajuk parlimen Malaysia
PELAPORAN
Bangunan parlimen mempunyai sejahnya yang tersendiri sebagai lambang
demokrasi berpalimen serta simbol perpaduan kerajaan persekutuan Malaysia
disediakan oleh : Ammar Syazwan b.Nor Azman
Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia
terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi
gelaran Senator. Fungsi dan peranan Parlimen ialah meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang
persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.
Parlimen juga menjadi forum untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan orang ramai.

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda
Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk
pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam
pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka
diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja.
Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-
wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah
Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri
atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri
Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Selain itu,Bangunan Parlimen Malaysia ialah sebuah bangunan yang tersegam indah di bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia dan
merupakan simbol demokrasi berparlimen serta simbol perpaduan kerajaan persekutuan Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Tugu
Peringatan Negara di Taman Tasik Perdana.Kompleks bangunan Parlimen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebuah bangunan
utama 3 tingkat dan sebuah menara setinggi 17 tingkat. Bangunan utama 3 tingkat ini menempatkan dua buah dewan utama iaitu Dewan
Rakyat dan Dewan Negara manakala sebuah menara setinggi 17 tingkat pula menempatkan pejabat pentadbiran, pejabat Yang di-Pertua
Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara.

pada 31 Ogos 1962, SPB Yang di-Pertuan Agong Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail telah berkenan
untuk meletakkan batu asas bagi membina Bangunan Parlimen Malaysia di kawasan tersebut. Kerja-kerja pembinaan mula dilaksanakan
setelah upacara meletakkan batu asas. Kemuncak bukit mula diratakan pada paras 61 meter dari aras laut pada bulan September 1962.
Kerja-kerja pembinaan Bangunan Parlimen yang terdiri dari satu blok tiga tingkat dan satu blok menara 17 tingkat telah mengambil masa
hampir setahun. Manakala bagi melengkapkan sistem infra ke Bangunan Parlimen Malaysia, satu jambatan telah dibina untuk
menghubungkan Bukit Parlimen dengan Pusat Bandaraya.Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, menyetujui
cadangan pembinaan Parlimen pada Disember 1959. Kerja-kerja pembinaan disiapkan pada September 1962, dan perasmian bangunan
Parlimen yang baru dijalankan oleh Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong yang ketiga, pada 21
November 1963. Pembinaan bangunan ini menelan kos perbelanjaan sebanyak RM18 juta
Akhir sekali,ciri-ciri yang perlu ada untuk seseorang masyarakatmenjadi ahli parlimen negara ialah pertma, Berkemampuan bermaksud
seseorang pemimpin yang terkumpul segala kebolehan, keupayaan, kemahiran, ilmu, prinsip, disiplin dan mempunyai kecekapan.Dengan
kata lain, seorang pemimpin yang berkemampuan mempunyai segala kemampuan yang membolehkannya melalui kerjasama orang yang
ditadbirnya, melaksanakan tanggungjawab kepimpinan yang cemerlang dan terkedepan.Seseorang yang dapat menjalankan tugasnya
dengan sempurna sudah tentu layak diangkat sebagai pemimpin. Pemimpin yang baik dan berpengaruh akan dapat melahirkan lebih ramai
pemimpin di bawah pentadbirannya.Kedua, amanah yang menjadi lambang watak berIntegriti. Amanah adalah asas keperibadian yang
mendapat kepercayaan pengikutnya. Kepercayaan tidak boleh diminta tetapi ia terbina.Mustahak bagi seorang pemimpin dipercayai atas
kata-katanya yang seiring dengan perlakuannya. Rasuah, khianat, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan harta tidak harus terkait
dengannya kerana ia mampu merenggut segala status kepercayaan yang telah dibina.Ketiga,Jujur merupakan sifat ketiga yang menjadi
pengukuh kepada sifat amanah. Sifat jujur ini bertembung dengan sifat-sifat bermuslihat, berdusta dan berbohong yang merosakkan serta
membawa kepada kehancuran.Gandingan dua sifat ini iaitu jujur dan amanah memberikan kredibiliti kepada seorang pemimpin.
Jujur dan amanah merupakan dua ciri tertinggi yang menyerlah dalam setiap profil kepimpinan individu yang berjaya menurut Kouzes dan
Posner, iaitu dua pengkaji Barat yang terkenal dan berpengalaman lama dalam kajian kepimpinan.Berkemampuan, amanah dan jujur
merupakan tiga sifat asas seorang pemimpin yang harus ada tapi sukar terkumpul dalam watak seseorang pemimpin.
SUMBER RUJUKAN
MELAYARI INTERNET

https://www.parlimen.gov.my/
https://www.pmo.gov.my/ms/langsung-dari-parlimen-dewan-
rakyat/
https://www.sinarharian.com.my/article/45150/infografik/jom-
ketahui-sejarah-di-sebalik-pembinaan-bangunan-parlimen
https://iluminasi.com/bm/kisah-pembinaan-bangunan-
http://lencanajayadiri.blogspot.com/p/fungsi-
parlimen.htmlparlimen-malaysia.html
AUDIO VISUAL
https://www.youtube.com/watch?v=bS0LUpsfiy8
https://www.youtube.com/watch?v=pettOtER1vI&t=104s

LAMAN WEB MAYA KE LAMAN WEB PERPUSTAKKAN


https://ikram.org.my/calon-pru15-3-ciri-pemimpin-yang-harus-
ada-presiden-ikram/
LAMPIRAN

You might also like