You are on page 1of 18

SISTEM PEMERINTAHAN

&
PENTADBIRAN DI
MALAYSIA TAHUN 2021

Nama Pelajar : MUHAMMAD AMEER HUSAINI BIN KHAIRUL AFNAN

Tingkatan :1 BASRAH
1.0 Objektif Kajian:
1.1 1. memahami sistem pemerintahan di Malaysia.
1.2. mengetahui sejarah Sistem Pemerintahan di Malaysia.
1.3. mengetahui dengan lebih mendalam tentang sistem demokrasi.
2.0 Kaedah Kajian
Membaca maklumat-maklumat baru yang terkini berkaitan dengan Parlimen
Malaysia.
Ambil maklumat dari pelayar web dan buku berkenaan dengan Sistem
Pemerintahan dan Pentadbiran di Malaysia.
Memahami demokrasi berparlimen.
Merekodkan maklumat-maklumat Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran di
Malaysia untuk rujukan di masa akan datang.
3.0 Pengenalan/Pendahuluan
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah
pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah
digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan
pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen
adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan
iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran).
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem
Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada
peruntukan ini Negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor,
Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak
dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-
masing seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain
lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan
Malaysia untuk di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Setiap negeri tersebut
diberikan hak untuk mentadbir perkara-perkara tersebut.
Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, diperuntukan oleh
Perlembagaan Institusi Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di
sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja yang mana Raja-raja Melayu
telah diberi kuasa untuk memelihara keistimewaan dan adat istiadat orang
Melayu dan pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi Negeri-
negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah
Persekutuan.
Yang di-Pertuan Agong memerintah di sembilan buah negeri dan Majlis
Raja-raja yang mana Raja-raja Melayu telah diberi kuasa untuk memelihara
keistimewaan dan adat istiadat orang Melayu.Manakala Yang di-Pertuan
Agong adalah Ketua Agama Islam bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka,
Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi
Angkatan Tentera Malaysia. Baginda menjalankan tugas-tugas di bawah
Perlembagaan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah
Menteri.

3.1 Struktur Parlimen di Malaysia


Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan.Badan penggubal
undang – unda Parlimen negara terdiri daripada tiga komponen utama:

1. SPB Yang di-Pertuan Agong


2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat

Berikutan pilihan raya umum yang pertama selepas negara mencapai kemerdekaan,
Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu diadakan
pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pada tarikh
tersebut, Dewan Negara dan Dewan Rakyat buat julung-julung kalinya bersidang
serentak di Dewan Tunku Abdul Rahman. Aturan Urusan Mesyuarat yang pertama ialah
pemilihan Yang di-Pertua bagi kedua-dua dewan tersebut. Ini diikuti oleh majlis
mengangkat sumpah oleh kesemua 38 Ahli Dewan Negara dan 104 Ahli Dewan Rakyat.

Pada 16 September 1963, Malaysia telah terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan
Singapura menjadi sebahagian daripadanya. Berikutan itu, nama Parlimen Persekutuan
Tanah Melayu telah bertukar kepada Parlimen Malaysia.

Keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 Ahli bagi Dewan Negara dan 222
Ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung
tinggi dan akan terus menjadi lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-
lamanya.

3.2 Bangunan Perlimen

- Sejarah Awal
Persidangan Pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu yang
diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman
merupakan sejarah penting tanah air kerana buat julung kalinya
Parlimen Persekutuan telah bersidang dengan ahli-ahlinya. 
Persidangan Parlimen tersebut telah dirasmikan oleh SPB Yang di-
Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku
Muhammad.
Dewan persidangan tersebut dikenali sebagai Kompleks Penerangan
Pelancongan Malaysia (MATIC).Pada asalnya dewan ini merupakan
Kediaman En. Eu Tong Sen, seorang pelombong dan pengusaha
ladang getah yang kaya dan terkenal di Kuala Lumpur.  Ia telah
diubahsuai dan ditokok tambah oleh tukang-tukang atau “master
builders” yang diupah khas untuk menjadikan kediaman tersebut
sebagai dewan persidangan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Pada 16 September 1963, Persidangan Pertama Parlimen Malaysia
telah diadakan di Bangunan Parlimen Malaysia yang terletak di
kawasan Taman Tasik Perdana, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pembinaan bangunan ini dibuat apabila tercetusnya idea Perdana
Menteri Malaysia Pertama iaitu YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-
Haj untuk mendirikan sebuah bangunan khusus sebagai Bangunan
Parlimen Malaysia.
Ekoran daripada itu, pada tahun 1959, satu kawasan yang
berkeluasan 16.2 hektar berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur
telah dipilih sebagai tapak yang sesuai bagi pembinaan bangunan
tersebut.  Kawasan tersebut terletak di atas sebuah bukit dan
berhampiran dengan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.
Pada 31 Ogos 1962, SPB Yang di-Pertuan Agong Ketiga, Tuanku Syed
Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail  telah berkenan
untuk meletakkan batu asas bagi membina Bangunan Parlimen
Malaysia di kawasan tersebut. Kerja-kerja pembinaan mula
dilaksanakan setelah upacara meletakkan batu asas.  Kemuncak bukit
mula diratakan pada paras 61 meter dari aras laut pada  bulan
September 1962.Manakala bagi melengkapkan sistem infra ke
Bangunan Parlimen Malaysia, satu jambatan telah dibina untuk
menghubungkan Bukit Parlimen dengan Pusat Bandaraya.
Pada masa itu, kos keseluruhan pembinaan Bangunan Parlimen
adalah sebanyak RM 18 juta.  Bangunan Parlimen ini  telah
dirasmikan oleh SPB Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed
Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail pada 2
November.
Bangunan Parlimen mempunyai tiga blok iaitu Blok Utama, Blok
Menara dan Dewan Serbaguna. Berikut adalah penerangan ringkas
mengenai ketiga-tiga blok tersebut. Berikut adalah penerangan
ringkas mengenai ketiga-tiga blok tersebut; 

- Bangunan Utama
Blok Utama mempunyai tiga tingkat yang bersaiz 380 kaki X 290 kaki.
Blok ini mempunyai rekabentuk yang amat unik di mana
bumbungnya terdapat bentuk sebelas segitiga yang tersusun dan
dikenali sebagai Pinnacle dan di bawah bumbung tersebut
terletaknya Dewan Rakyat.  Keseluruhan blok tersebut mempunyai
fasad yang mempunyai rekabentuk kulit nenas yang diperbuat
daripada terazo berukuran 11 kaki tinggi dan 40 inci lebar serta
berfungsi sebagai kawalan terhadap sinaran matahari kepada blok
tersebut. Manakala keseluruhan dinding di Blok Utama
menggunakan panel kaca. 

- Bangunan Menara
Blok Menara terdiri daripada 17 tingkat, berketinggian 76.2 meter
dan bersaiz 450 meter persegi setiap aras.  Blok Menara dan Blok
Utama dihubungkan dengan dua jambatan sepanjang 50 meter. Pada
asalnya, Blok Menara menempatkan pejabat para menteri dan Ahli-
ahli Parlimen.  apabila bilangan kakitangan Parlimen bertambah, Blok
Menara telah diubah fungsi menjadi pejabat pentadbiran Parlimen. 
Walau bagaimanapun, beberapa ruang pejabat masih dikekalkan
seperti Pejabat Perdana Menteri di tingkat 2, Pejabat Timbalan
Perdana Menteri di Tingkat 3, Pejabat Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Hal Ehwal Parlimen) di Tingkat 15, dan Pejabat Ketua
Pembangkang di Tingkat 14.
Tingkat 17, merupakan tingkat yang teratas, Ruang ini juga dikenali
sebagai Anjung Parlimen.  Pemandangan dari Tingkat 17 amat
menarik, berlatar belakangkan permandangan bangunan-bangunan
pencakar langit dan panorama Ibu Kota Kuala Lumpur .

- Dewan Banquet
Bangunan Parlimen juga turut dilengkapi dengan kemudahan
beriadah seperti gelanggang tenis, badminton, futsal, bola tampar,
gimnasium, bilik sauna untuk kemudahan Ahli-ahli Parlimen dan
Kakitangan.

- Keistimewaan Bangunan Parlimen

Bangunan Parlimen Malaysia dibina dengan menggunakan lebih dari


1 juta batu bata, 2,200 tan besi waja, 54,000 tan konkrit, 200,000
kampit simen dan 300 tan kaca. Rekabentuk Bangunan Parlimen
ditambah lagi serinya dengan rekabentuk lanskap yang dilengkapi
dengan sistem kolam dan air pancuran di Blok Utama dan Blok
Menara.  
Selain daripada itu, Bangunan Parlimen juga mempunyai sebuah
Dewan Bankuet yang boleh menempatkan 500 orang tetamu pada
satu-satu masa. Dewan Bankuet ini juga digunakan buat pertama
kalinya untuk Majlis Jamuan Negara pada 18 September 1963.  Ia
turut juga digunakan sebagai tempat untuk istiadat penghormatan
terakhir Bekas Perdana Menteri Malaysia Kedua, Allahyarham Tun
Abdul Razak sebelum dikebumikan.
Bangunan ini juga turut dihiasi dengan beberapa jenis tumbuhan
yang  jarang ditemui seperti Pokok Beringin (Ficus Benjamina) dan
Pokok Hujan Hujan (Samanea Saman).Menempatkan berpuluh-puluh
ekor rusa dari spesis Axis-axis yang telah dihadiahkan oleh Presiden
Suharto kepada Parlimen Malaysia. Pada tahun 2007, Bangunan
Parlimen telah diwartakan sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan di
bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
4.0 Faedah Mempelajari Sistem Pemerintahan di Malaysia.
1.Dapat memahami sistem pemerintahan di Malaysia.
2.Dapat mengetahui sejarah Sistem Pemerintahan di Malaysia.
3.Dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang sistem demokrasi.
5.0 Rumusan
Sistem pemerintahan dan pentadbiran Malaysia mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen dibawah pentadbiran Raja Berperlembagaan. Malaysia juga
mengamalkan sistem demokrasi berasaskan kepada sistem persekutuan. Seri
paduka baginda Yang di-Pertuan Agong ialah ketua negara. Demokrasi
berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam
pemerintahan iaitu perundangan,kehakiman dan eksekutif (pentadbiran).
6.0 Sumber Rujukan
Sumber Portal Rasmi Parlimen Malaysia.
7.0 Lampiran

DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku
Muhammad diiringi masuk ke Dewan Tunku Abdul Rahman dalam istiadat pertabalan Baginda.

Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman menyembahkan surat Titah Ucapan ke Bawah Duli SPB
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad di upacara pembukaan
Parlimen pada 11 September 1959. Turut sama Raja Permaisuri Agong Tuanku Kurshiah Tunku
Besar Burhanuddin.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan
Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah  Al
Musta'in Billah merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu di Dewan Tunku Abdul


Rahman, Jalan Ampang, Kuala lumpur.
Kompleks Parlimen siap pada 1963.

Persidangan Parlimen 11 September 1959.


Kawasan berbukit seluas 16.2 hektar yang dahulunya dikenali sebagai 'West Folly
Hill'  sedang diratakan bagi kerja-kerja awal pembinaan Kompleks Bangunan Parlimen
1961.

Bangunan Parlimen dalam pembinaan. 


Upacara peletakan batu asas pembinaan Kompleks Parlimen. Kapsul masa yang dibentuk
khas dengan permukaanya diperbuat daripada batu marmar, seberat 385kg (850 lb)
bersaiz dua kaki lebar dan lima kaki tinggi, mengandungi salinan penyata rasmi
perbahasan pertama Dewan Rakyat 1958, akhbar, sedikit mata wang Malaysia dan sedikit
bijih timah, getah dan padi sebagai symbol.

Blok Utama sekarang.


Blok Menara sekarang.

Dewan Serbaguna (Sebelum Diubahsuai).


Dewan Bankuet.

Taman Rusa di Bangunan parlimen.

You might also like