You are on page 1of 8

TAJUK KAJIAN :

SISTEM PEMERINTAHAN
& PENTADBIRAN DI
MALAYSIA TAHUN 2021

NAMA : RAJA HARITH NASRULLAH BIN RAJA


MAZETA
TINGKATAN : 1 DIMASHQ

ISI KANDUNGAN:
Sistem pemerintahan negara Malaysia hari ini
telah mewarisi ciri-ciri negara bangsa kerajaan
awal Alam Melayu.
1.0 Objektif kajian:
1.1 Objektif kajian ini adalah untuk
mendapatkan informasi dan mengetahui
secara lebih lanjut tentang sistem
pemerintahan negara Malaysia.
1.2 Selain itu, kajian ini juga dapat
menambahkan pengetahuan saya tentang
perbezaan dan persamaan antara sistem
pemerintahan negara pada masa kini dan
juga pada masa lalu.
1.3 Seterusnya, melalui kajian ini, saya juga
dapat meluahkan pendapat saya setelah
saya membuat kajian yang mencukupi
sama ada sistem pemerintahan negara
Malaysia hari ini telah mewarisi sistem
pemerintahan negara bangsa kerajaan
awal Alam Melayu.
2.0 kaedah kajian
Bagi memperoleh maklumat untuk menyiapkan
kerja kursus ini saya telah menggunakan beberapa
kaedah. Antara kaedah yang saya telah gunakan
ialah kaedah rujukan. Contohnya, saya telah
menemu bual ibu bapa saya untuk mendapatkan
maklumat. Selain itu, saya menggunakan kaedah
kajian internet bagi menyemak dan mengemas kini
maklumat yang saya peroleh. Akhir sekali, saya juga
telah menggunakan kaedah temu bual untuk
mendapatkan informasi.
3.0 Pengenalan/Pendahuluan
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi
Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong sebagai ketua Negara.
Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan
mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk
membolehkan pelaksanaan sistem ini.

3.1 Struktur Parlimen di Malaysia


Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur
demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi
rakyat melalui perwakilan dan dipilih. Parlimen
Malaysia yang merupakan badan pengubal undang-
undang tertinggi negara terdiri daripada tiga
komponen utama:
1.SPB Yang di-Pertuan Agong
2.Dewan Negara
3.Dewan Rakyat
3.1 Bangunan Parlimen
Persidangan Pertama Parlimen Persekutuan Tanah
Melayu yang diadakan pada 11 September 1959 di
Dewan Tunku Abdul Rahman. Dewan persidangan
tersebut, sekarang ini dikenali sebagai Kompleks
Penerangan Pelancongan Malaysia [MATIC].Dewan
in terletak di Jalan Ampang dan dibina pada tahun
1935. Pada asalnya dewan ini merupakan kediaman
En. Eu Tong Sen, seorang pelombong dan
pengusaha ladang getah yang kaya dan terkenal di
Kuala Lumpur.
Kompleks bangunan Parlimen ini dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu sebuah bangunan utama
3 tingkat dan sebuah menara setinggi 17 tingkat.
Bangunan utama 3 tingkat ini menempatkan dua
buah dewan utama iaitu Dewan Rakyat dan Dewan
Negara manakala sebuah menara setinggi 17 tingkat
pula menempatkan pejabat pentadbiran, pejabat
Yang di-Pertuan Dewan Rakyat dan Yang di-Pertuan
Dewan Negara.
Selain daripada itu, Bangunan Parlimen juga
mempunyai sebuah Dewan Bankuet yang boleh
menempatkan 500 orang tetemu pada satu-satu
masa. Dewan bankuet ini juga digunakan buat
pertama kalinya untuk Majlis Jamuan Negara pada
18 September 1963.
Bangunan Parlimen Malaysia ini dibina dengan
menggunakan lebih daripada 1 juta batu bata, 2,200
tan besi waja, 54,000 tan konkrit, 200,000 kampit
simen dan kaca. Reka bentuk Bangunan Parlimen
ditambah lagi serinya dengan reka bentuk lanskap
yang dilengkapi dengan sistem kolam dan air
pancuran di Blok Utama dan Blok Menara.
4.0 Faedah Mempelajari Sistem Pentadbiran Di
Malaysia
- Dapat menambah pengetahuan tentang sistem
pemerintahan di Malaysia
- Memelihara kedaulatan negara
- Memupuk semangat patriotik
5.0 Rumusan
Pengalaman sistem demokrasi berpalimen
sesungguhnya mendatangkan banyak kebaikan
kepada rakyat negara ini. Sejak diperkenalkan
sehingga kini, sistem tersebut telah dapat
mewujudkan suasana politik yang stabil, aman, dan
makmur. Melalui demokrasi berparlimen,
kewujudan seorang raja berpelembagaan telah
mengekalkan kesinambungan tradisi pemerintahan
di negara ini. Manakala kerajaan yang dipilih oleh
rakyat pula, perlu bijak memenangi hati rakyat dan
tidak boleh berat sebelah kerana keadan ini akan
menjatuhkan kerajaan pemerintahan pada masa
yang akan datang.
6.0 Sumber Rujukan
Sumber internret

7.0 Lampiran

You might also like