You are on page 1of 3

FORUM

SISTEM PEMERINTAHAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA:


SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN
Pengerusi : Amiratuz Zalifah binti Zulkurnain
Panel 1: Nor Faziah binti Ab Razak
Panel 2: Sin Jia Le
Pengerusi Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani kepada ahli
panel dan sidang hadirin yang disayangi sekalian.

Hadirin yang dihormati, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita


yang bergaya pada hari ini, izinkan saya untuk mengupas terlebih dahulu
tajuk forum kita pada hari ini iaitu sistem Demokrasi Berparlimen.

Parlimen merupakan suatu badan yang amat penting dalam sesebuah negara.
Hal ini kerana Parlimen mempunyai kedudukan yang tertinggi dan
mempunyai kuasa yang banyak. Kerajaan berparlimen seperti yang
diamalkan di Malaysia dan banyak negara lain di dunia ini adalah berasaskan
kepada prinsi pdemokrasi, iaitu pilihanraya bebas, perwakilan berinstitusi
dan kebebasan mengkritik.

Baiklah sidang hadirin, sebelum kita menelusuri lebih mendalam topik


perbincangan moleknya kita berkenalan dengan kedua-dua ahli panel kita
pada hari ini. Di sebelah kanan saya merupakan seorang pakar Sejarah
Malaysia iaitu Datin Nor Faziah binti Ab Razak yang merupakan ahli panel
pertama. Selamat datang Datin. Apa khabar?
Panel 1 Terima kasih pengerusi, Alhamdulillah sihat hendaknya. Saya berharap puan
pengerusi juga sihat hendaknya.

Pengerusi Seterusnya saya memperkenalkan ahli panel kedua kita, Datuk Sin Jia Le
atau lebih dikenali sebagai Datuk Stanley, pensyarah bagi Program Sejarah
di UKM . Apa khabar Datuk?
Panel 2 Terima kasih pengerusi, khabar baik dan sihat hendaknya.

Pengerusi Usai salam, perkenalan daripada semua ahli panel, kembali kita kepada topik
forum kita tentang Demokrasi Berparlimen.

Sidang hadirin yang dihormati, apakah sebenarnya Demokrasi Berparlimen.


Kita sering mendengar istilah ini tapi tahukah kita takrif sebenar istilah ini
yang sebenarnya?

Bagi menjawab persoalan ini, izinkan saya mengajukan soalan kepada ahli
panel kedua kita, Datuk Stanley untuk menerangkan takrif Demokrasi
Berparlimen.
Silakan Datuk.
Panel 2 Definisi demokrasi berparlimen adalah rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat
setia rakyat. Rakyat juga bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya di
mana mereka berhak menyokong, atau menukar kerajaan yang sedia ada
melalui pilihan raya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil,
sejahtera dan stabil.
Pengerusi Alhamdulillah. Penerangan yang sangat jelas daripada Datuk Stanley tadi ya.

Baiklah, saya ingin saya mohon penjelasan tentang ciri-ciri Demokrasi


Berparlimen daripada ahli panel pertama kita, Datin Faziah. Silakan, Datin.
Panel 1 1.Perlembagaan
Merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada
pembentukan sesebuah negara.
Perlembagaan rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan
prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan
mentadbir negara.

2. Raja Berperlembagaan
Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut
pembentukan dalam perlembagaan malaysia. YDPA bertindak berdasarkan
Perlembagan Malaysia.

3. Parlimen
• Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia
membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.

• Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan


kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar
kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai
yang baru.

4. Pilihan Raya
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat unuk memerintah samada
pada peringkat negeri mahupun persekutuan . Pemilihan ini dilakukan
secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur.
5. Kuasa Pemerintahan
Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi berparlimen yang
mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa pemerinahan dibahagikan
kepada tiga bahagian iaiu badan perundangan badan pelaksana dan badan
kehakiman.

6. Parti parti politik


Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi
politik untuk mencapai malamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang
untuk mendapatkan kuasa

7. Kebebasan Asasi
Terbahagi kepada dua bahagian iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan
bersyarat.Kebebasan mutlak adalah kebebasan yang tidak bersyarat.
Manakala kebebasan bersyarat pula berlandaskan kepada peraturan tertentu.

Pengerusi Terima kasih atas penjelasan yang panjang lebar tersebut, datin. Saya yakin
setelah mendengar penjelasan daripada Datin, para hadirin semakin faham
ciri-ciri Demokrasi Berparlimen yang dijalankan di negara kita ini.

Selanjutnya sebelum mengakhiri forum, saya ingin mempersilakan ahli panel


kita mengupas tentang harapan mereka kepada sistem Demokrasi
Berparlimen Malaysia Madani ini.

Silakan mana-mana ahli panel untuk membuat kupasan.


Panel 1 Saya berharap dengan sedikit penerangan mengenai sistem demokrasi
berparlimen ini dapatlah anak-anak muda zaman sekarang lebih peka dan
lebih prihatin mengenai sistem pemerintahan dan struktur pentadbiran
negara.
Ia serba sedikit menjelaskan keseimbangan hak dan tanggungjawab antara
raja dan rakyat, demi kemantapan dan kemakmuran masyarakat sendiri.

Pengerusi Terima kasih Datin Faziah. Kita dengar pula kupasan harapan daripada ahli
panel yang kedua.

Panel 2 Saya beharap dengan penjelasan demokrasi parlimen ini akan menarik
perhatian anak anak muda zaman ini lebih ambil berat tentang pentadbiran
negara.
Pengerusi Baik. Begitulah tadi kupasan harapan daripada Datuk Stanley. Semoga
harapan murni ini akan termakbul hendaknya.

Terima kasih kepada semua ahli panel yang sudi hadir untuk membicarakan
tentang sistem Demokrasi Berparlimen pada hari ini. Semoga forum ini
menjadi wadah yang melahirkan lebih ramai ahli politik yang berwibawa
dan mampu mengangkat sistem Demokrasi Berparlimen negara kita ke
peringkat yang lebih unggul lagi. Harapan saya, forum ini juga dapat
memberi informasi bermanfaat buat semua hadirin yang dihormati.

Saya mewakili semua ahli panel mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih


kepada semua hadirin kerana sudi menyaksikan pertandingan forum remaja
ini.

Sekian, terima kasih. Salam sejahtera dan Malaysia Madani.

You might also like