You are on page 1of 19

KAJIAN KES KSSM SEJARAH TINGKATAN 1

TAJUK KAJIAN PENINGKATAN TAMADUN YUNANI DALAM


ASPEK PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

NAMA MURID AMIR RAZEEQ BIN OSMAN

KELAS 1 MUTIARA

GURU MATAPELAJARAN PN ELVIA BINAWAN


TAJUK KAJIAN

PENINGKATAN TAMADUN YUNANI DALAM


ASPEK PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

2
JADUAL KERJA

3
1.0 PERNYATAAN MASALAH

Tamadun Yunani merupakan pencetus kepada perkembangan tamadun Eropah. Hal ini
kerana, dalam Tamadun Yunani aspek pemerintahan dan pentadbiran merupakan
sumbangan terpenting dalam perkembangan sejarah dan tamadun manusia melalui
pengenalan sistem Demokrasi. Ini terbukti apabila aspek ini diwarisi oleh generasi
selepas Tamadun Yunani dan diamalkan oleh kebanyakan negara termasuk Malaysia
sehingga kini.

4
2.0 PERSOALAN KAJIAN

a) Apakah perkembangan sistem Demokrasi di Athens?


b) Apakah ciri-ciri sistem Demokrasi di Athens?
c) Apakah fungsi badan pemerintahan dan pentadbiran di Athens?
d) Apakah kebaikan amalan Demokrasi di negara kita?

5
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Saya dapat memahami perkembangan sistem Demokrasi di Athens.


2. Saya dapat mengetahui ciri-ciri sistem Demokrasi di Athens.
3. Saya dapat menghuraikan fungsi badan pemerintahan dan pentadbiran di Athens
4. Saya dapat menghargai amalan Demokrasi Berparlimen di negara kita.

6
4.0 KAEDAH KAJIAN
1. KAEDAH PERPUSTAKAAN (PEMBACAAN BUKU / BUKU ILMIAH)
BUKU TEKS
Saya membuat rujukan dengan menggunakan buku teks Sejarah Tingkatan 1 (KSSM) pada
mukasurat 120 hingga 125. Dalam buku tersebut, saya telah memperoleh pelbagai maklumat
tentang Sistem Demokrasi di Athens.

BUKU RUJUKAN
Selain itu, saya juga merujuk buku rujukan Achiever Sejarah Revisi Visual
KSSM Tingkatan 1 bagi menambah maklumat dalam kajian kes ini.

7
4.0 KAEDAH KAJIAN

2. LAMAN TERBITAN SOSIAL (YOUTUBE)


Saya juga menonton beberapa video di youtube tentang cara-cara menghasilkan Kajian Kes Sejarah

ini. Terdapat dua video yang saya tonton, iaitu :

Pautan https://www.youtube.com/watch?v=olCnEG8Gz0Y
youtube
Pemilik Cikgu Hamieza
Tajuk Kajian Kes Sejarah (Part 1)
Tarikh Dicapai pada 26 Ogos 2021

8
4.0 KAEDAH KAJIAN

Pautan https://www.youtube.com/watch?v=vQuSq7JAiIM
youtube
Pemilik Cikgu Hamieza
Tajuk Kajian Kes Sejarah (Part 2)
Tarikh Dicapai pada 26 Ogos 2021

9
4.0 KAEDAH KAJIAN
3. KAEDAH MELAYARI INTERNET
Saya turut menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi bagi menjalankan kajian
kes ini dengan melayari internet untuk mencari laman-laman web yang berkaitan dengan kajian saya
secara terperinci. Antara contoh laman web yang telah saya layari ialah :

Laman http://dandelions99.blogspot.com/2016/12/cadangan
Web -jawapan-sejarah-spm.html
Pemilik Dandelions99 Study Cafe
Tajuk Cadangan Jawapan Sejarah SPM 2016 (Demokrasi
Berpelembagaan Malaysia)
Tarikh Dicapai pada 26 Ogos 2021

10
4.0 KAEDAH KAJIAN
Laman https://tahutuai.com/dewan-perhimpunan-athens/
Web
Pemilik Jaqueline Solomi
Tajuk Dewan Perhimpunan Athens
Tarikh Dicapai pada 26 Ogos 2021

11
5.0 LAPORAN KAJIAN
5.1 Perkembangan Sistem Demokrasi di Athens

Perkembangan sistem pemerintahan dan pentadbiran berlaku


melalui perubahan yang dilaksanakan bagi memantapkan aspek
tersebut. Ini mempertunjukkan kematangan politik masyarakat
Athens yang memilih sistem demokrasi sebagai sistem
pemerintahan dan pentadbiran rasmi mereka. Sistem demokrasi
kemudian diamalkan oleh kebanyakan negara moden seperti
Malaysia dan Singapura.

12
Majlis merupakan jawatankuasa yang mengendalikan urusan

5.0 LAPORAN KAJIAN penting yang berkaitan pemerintahan dan pentadbiran. Ahli
majlis akan dilantik oleh Dewan Perhimpunan terdiri daripada
5.2 Ciri-Ciri Sistem Demokrasi Athens 500 orang dengan keahlian selama dua tahun. Ahli sebanyak
500 orang ini kemudiannya akan dipecahkan kepada 10
Dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Athens,
jawatankuasa (Prytany) yang setiap satu dianggotai oleh 50
badan tertinggi ialah Dewan Perhimpunan. Di bawahnya pula
orang. Pemilihan pengerusi pula akan dilakukan pada setiap kali
terdapat Majlis, Majistret dan Juri. Keanggotaan Dewan
persidangan diadakan.
Perhimpunan diwakili oleh semua semua warganegara lelaki
Majistret merupakan badan yang melaksanakan segala dasar
di Athens. Setiap warganegara lelaki berpeluang memegang
yang telah ditetapkan. Ahli majistret mestilah warganegara
jawatan selama enam bulan hingga setahun. Perhimpunan ini
Athens. Badan ini dianggotai oleh 6000 orang ahli dan sebanyak
bersidang sekurang-kurangnya tiga kali sebulan dan semua
200 hingga 500 orang merupakan hakim. Sebanyak 10 orang
warganegara dibenarkan menghadiri perhimpunan ini.
jeneral tentera akan menganggotai badan ini.

Juri merupakan badan yang bertanggungjawab dalam hal


keadilan. Juri dianggotai oleh 101 hingga 1001 orang
berdasarkan keseriusan kes yang sedang dibicarakan dan

13perbicaraan ini akan diketuai oleh pengerusi.


5.0 LAPORAN KAJIAN
5.3 Fungsi Badan Pemerintahan dan Pentadbiran Athens

Badan tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Athens ialah Dewan Perhimpunan. Terdapat
beberapa fungsi Dewan Perhimpunan di Athens, antaranya ialah sistem demokrasi ini berperanan melantik Ahli
Majlis sebagai sebahagian sistem pentadbiran yang wujud. Selain itu, sistem demokrasi di Athens juga
berperanan menggubal undang-undang bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan dengan seadil-adilnya di
Athens. Seterusnya, sistem demokrasi ini juga berfungsi untuk membuat deklarasi peperangan bagi
mempertahankan kedaulatan di Athens. Perjanjian dengan negara lain bagi melicinkan hubungan antarabangsa
kedua-dua pihak juga dilaksanakan dalam sistem demokerasi Athens ini. Ciri-ciri lain yang ditunjukkan oleh
sistem demokrasi di Athens ialah membincangkan hal kewangan dan percukaian bagi mengukuhkan ekonomi
Athens serta menerima duta dari negara asing bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak.

14
Di bawah badan tertinggi Dewan Perhimpunan, terdapat tiga badan pemerintahan dan pentadbiran, iaitu Majlis, Majistret dan
Juri. Majlis merupakan jawatankuasa yang mengendalikan urusan dan perbincangan hal-hal penting yang berkaitan pemerintahan
dan pentadbiran. Majlis juga dikenali sebagai Majlis 500. Antara fungsi Majlis ialah melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan.
Selain itu, ahli-ahli Majlis juga bertanggungjawab mengendalikan jabatan-jabatan kerajaan dan kuasa Majlis tidak mengatasi kuasa
Dewan Perhimpunan.

Seterusnya, majistret merupakan badan yang melaksanakan segala dasar yang telah ditetapkan. Majistret sama dengan
perkhidmatan awam dalam sistem pentadbiran hari ini. Majistret merupakan kakitangan kerajaan dan melaksanakan dasar-dasar
yang telah diputuskan oleh Majlis. Majistret juga berfungsi untuk menguruskan hal-ehwal pendidikan, percukaian, dan sebagainya.

Akhir sekali, Juri merupakan badan yang bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan keadilan. Juri dianggotai oleh
101 hingga 1001 orang berdasarkan keseriusan kes dan perbicaraan diketuai oleh pengurusi. Juri akan menjadi pemutus kepada
sesuatu kes. Sekiranya terdapat pesalah yang ingin merayu dalam sesuatu kes, pesalah perlu merayu terus kepada warganegara.
Kuasa pengadilan terletak dalam tangan warganegara.

15
5.0 LAPORAN KAJIAN
5.4 Kebaikan Amalan Sistem Demokrasi di Negara Kita

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen. Terdapat beberapa kelebihan sistem Demokrasi di
negara kita, antaranya ialah rakyat terlibat dalam memilih dan membentuk kerajaan melalui proses pilihanraya.
Hal ini memberi ruang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang berkebolehan dan berkualiti tinggi. Justeru,
rakyat akan berpuas hati dan menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada pemimpin tersebut.
Selain itu, melalui sIstem Demokrasi Berparlimen di Malaysia juga, segala permasalahan negara yang timbul
juga dapat diselesaikan melalui rundingan. Ini menunjukkan kematangan negara kita dalam mengendalikan
sesuatu perkara. Terdapat banyak kelebihan yang dapat diperoleh sekiranya pemimpin dan rakyat bersatu hati
menyelesaikan masalah, antaranya ialah dapat mengekalkan keharmonian hidup pelbagai kaum. Selain itu,
negara kita juga dapat mengelakkan campur tangan negara asing disamping memajukan ekonomi negara.

16
6.0 KESIMPULAN DAN RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, melalui kajian kes ini, saya dapat mengetahui dan mendalami tentang
sistem pemerintahan Demokrasi yang mula diperkenalkan di Athens. Demokrasi yang diamalkan di
Athens adalah melalui penubuhan Dewan Perhimpunan yang meliputi Majlis, Majistret dan Juri.
Justeru, banyak iktibar yang dapat kita peroleh daripada sistem pemerintahan Demokrasi di Athens
ini seperti wujudnya kerjasama antara pemerintah dan rakyat dalam memastikan negara sentiasa
berada dalam suasana aman dan damai. Saya berharap agar sistem demokrasi di negara kita
dapat dikekalkan demi kestabilan dan kedaulatan negara. Untuk penambahbaikan, saya
mencadangkan agar demokrasi negara kita akan membuka peluang mengundi pada umur 20 tahun
kerana pemuda dan pemudi pada umur ini sudah mampu berfikir dengan baik dan melontarkan
idea-idea yang bernas bagi membantu kemajuan negara.

17
7.0 RUJUKAN
Buku Sumber lain, Youtube
Mohd bin Samsudin, Azharudin bin Mohamed Dali, Sharifah Cikgu Hamieza, “Kajian Kes Sejarah (Part 1)”,
Afidah binti Syed Hamid, 2016. Sejarah Tingkatan 1 (KSSM), https://www.youtube.com/watch?v=olCnEG8Gz0Y. Dicapai paga
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka 26 Ogos 2021. 

Nizan Said, 2017. Achiever Sejarah Revisi Visual KSSM Cikgu Hamieza, “Kajian Kes Sejarah (Part 2)
Tingkatan 1, Bangi, Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. https://www.youtube.com/watch?v=vQuSq7JAiIM . Dicapai pada
26 Ogos 2021.

Internet

Dandelions99 Study Cafe, Cadangan Jawapan Sejarah SPM 2016,


http://dandelions99.blogspot.com/2016/12/cadangan-jawapan-sejarah-spm.html Dicapai pada 26 Ogos 2021.

Jaqueline Salomi, 2020, Dewan Perhimpunan Athens, https://tahutuai.com/dewanperhimpunan-athens/ Dicapai pada 26 Ogos 2021.

18
LAMPIRAN

Rajah 3
Rajah 1
Sistem Demokrasi di
Sistem Demokrasi di Rajah 2 Malaysia (Parlimen
Athens Malaysia) Rajah 4
Sistem Demokrasi
Berparlimen di Malaysia Sumber Rujukan Utama
(Pilihan Raya)
Buku Teks Sejarah
Tingkatan 1 KSSM
19

You might also like