You are on page 1of 4

SMK GUNUNG RAPAT, IPOH, PERAK.

Jalan Teoh Kim Swee, 31350 Ipoh, Perak.

TUGASAN SEJARAH
TINGKATAN 1

TEMA: SEJARAH KITA DAN DUNIA


TAJUK: PENINGKATAN TAMADUN

NAMA : AMIR DANI BIN AMIR ADLI


TINGKATAN : 1 NOBLE
GURU PEMBIMBING : EN. MOHD SALLEHUDDIN SHAH BIN ZAINAL ABIDIN
2.0 PERNYATAAN MASALAH
2.1 PENGENALAN
Tamadun ialah kemampuan manusia menggunakan pemikiran untuk
mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam sekitar. Tamadun akan
membawa kepada kehidupan yang lebih maju dan kompleks berbanding
sebelumnya.
Tamadun Yunani yang berkembang antara tahun 1000 SM hingga
800 SM merupakan pencetus kepada perkembangan tamadun Eropah. Zaman
ini dilihat oleh masyarakat Eropah moden sebagi zaman yang memberikan
inspirasi dan panduan kepada kehidupan manusia yang lebih baik menerusi
pelbagai pencapaian dalam pemerintahan dan bidang pentadbiran melalui
pengenalan sistem demokrasi, ekonomi , sains dan teknologi, kesusasteraan
serta falsafah dan pendidikan.
Tamadun Rom pula terkenal dengan kepakaran dalam bidang
senibina. Orang Rom bukan sahaja membina bangunan bersaiz besar dan
mempunyai nilai estetika, tetapi setiap binaan mempunyai kegunaan yang
khusus.
Tamadun India telah mengalami peningkatan yang sangat
mengagumkan dalam pelbagai bidang seperti pemerintahan, perluasan kuasa,
ekonomi, kebudayaan, teknologi dan keagamaan. Pencapaian inilah yang
meletakkan Tamadun India antara tamadun terunggul di dunia.

2.2 OBJEKTIF KAJIAN


2.2.1 Menyatakan bentuk peningkatan Tamadun Yunani dalam sapek
pemerintahan dan pentadbiran.
2.2.1.1 Dalam Tamadun Yunani, aspek pemerintahan dan pentadbiran
merupakan sumbangan terpenting dalam perkembangan sejarah
dan tamadun manusia. Hal ini, demikian kerana aspek ini
diwarisi oleh generasi selepas tamadun Yunani dan kekal
sehingga kini. Terdapat 5 sistem pemerintahan yang diamalkan di
kebanyakan polis, iaitu monarki, oligarki, aristokrasi, tirani dan
demokrasi.
2.2.1.2 Sistem demokrasi di Athens melalui beberapa tahap
perkembangan. Athens telah melalui sistem pemerintahan
bercorak monarki, oligarki, aristokrasi dan tirani. Sistem
demokrasi yang diamalkan di Athens merupakan demokrasi
langsung. Demokrasi langsung bermaksud setiap warganegara
Athens terlibat secara langsung dalam perbincangan dan
perdebatan bagi menentukan sesutu dasar dan peraturan. Pada
zaman pemerintahan Pericles (495 – 429 SM), penekanan
diberikan kepada kuasa rakyat bagi memantapkan sistem
demokrasi. Walaubagaimanapun, demokrasi menjadi lemah dan
terhapus pada zaman Raja Phikip yang menguasaoi Yunani pada
tahun 338 SM.

2.2.2 Membincangkan peningkatan Tamadun Rom dalam aspek seni bina.


2.2.2.1 Seni bina Rom merupakan gabungan teknik seni bina yang
diwarisi sejak zaman Yunani dengan inovasi yang dilakukan oleh
orang Rom dengan menggunakan bahan binaan baharu serta reka
bentuk yang kreatif. Gabungan ini membolehkan bangunan dan
binaan dalam Tamadu Rom mempunyai ciri-ciri yang tersendiri
yang kekal sehingga kini.
2.2.2.2 Seni bina Rom yang terkenal dan masih kekal sehingga hari ini
ialah Colosseum, Pantheon, Amfiteater, Akudeuk, Jalan Radya,
Tembok Pertahanan dan Tempat Mandi Awam.
2.2.3 Menyatakan faktor-faktor kehebatan Tamadun India dalam aspek
perluasan kuasa.
2.2.3.1 Terdapat pelbagai faktor perluasan kuasa yang saling berkait.
Faktor tersebut termasuklah kekuatan ketenteraan, dasar
pemerintahan, sumber manusia, diplomasi keagamaan dan
kewangan.
2.2.3.2 Terdapat dua bentuk perluasan kuasa dalam Tamadun India iaitu
peluasan fizikal dan kperluasan keagamaan.
2.2.4 Menghuraikan faktor-faktor kemajuan dan pencapaian seni bina
merupakan simbol inteletual bagi sesebuah negara.
2.2.4.1
2.3 KAEAH KAJIAN
2.3.1 Penyelidikan Pusat Sumber
2.3.2 Melayari Internet
https://hermanzaini.wordpress.com/nota-ting-4/bab-2-peningkatan-tamadun/
https://www.tarahap.xyz/2020/05/peningkatan-tamadun-yunani-dan-rom.html

You might also like