You are on page 1of 1

KEGIATAN EKONOMI PADA ZAMAN PRASEJARAH SANGAT BERGANTUNG KEPADA ALAM PERSEKITARANNYA. BINCANGKAN.

Zaman prasejarah ialah zaman yang belum ada rekod bertulis tentang kehidupan manusia dan masyarakatnya. Zaman ini juga dikenali sebagai zaman batu. Pengkaji sejarah membahagikan zaman prasejarah kepada tiga zaman iaitu zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik dan Zaman Neolitik. Kehidupan pada zaman ini dikesan daripada bukti arkeologi seperti fosil dan peralatan yang diperbuat daripada batu. Keadaan persekitaran sangat mempengaruhi kegiatan ekonomi manusia dan masyarakat prasejarah. Pada zaman Paleoli i!, manusia mendapat makanan melalui kegiatan

memburu binatang, menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Pada Zaman Neoli i!, manusia telah mula menghasilkan sumber makannya sendiri tanpa terlalu bergantung kepada sumber alam sekitar. Manusia pada zaman ini telah mula bercucuk tanam dan menternak binatang. Namun manusia, masih bergantung kepada kesuburan tanah secara smulajadi untuk mereka bertani. Kawasan pertanian mereka tertumpu di lembah lembah sungai yang terdiri daripada tanah lanar.

You might also like