You are on page 1of 4

CONTOH 4

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai beberapa
objektif seperti yang berikut:
a) Saya dapat menjelaskan lokasi dan perkembangan Tamadun India dan Tamadun China
b) Saya dapat menghuraikan bentuk perluasan kuasa dalam Tamadun India.
c) Menghuraikan perkembangan pendidikan dalam Tamadun China.
d) Saya dapat menjelaskan kepentingan sistem pendidikan pada kemajuan Negara.
e) Saya dapat mencadangkan langkah-langkah mengelakkan perluasan kuasa berlaku
pada mana-masa kini.
KAEDAH KAJIAN
Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut:
a) Kaedah temuramah
Saya telah menemuramah orang sumber yang merupakan guru kelas tambahan saya
iaitu En. Bong yang arif tentang sejarah dunia.
b) Kaedah analisis dokumen
Saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku-buku teks, buku-buku rujukan,
dan laman sesawang.

LOKASI PERKEMBANGAN TAMADUN INDIA DAN CHINA


Tamadun awal China telah wujud kira-kira 4500 tahun dahulu.Ia berlaku di sekitar
Sungai Kuning atau Hwang.Tamadun ini berkembang pesat pada zaman Dinasti Shang (1766 -
1122 SM atau 1523 - 1027 SM).Bandar utama yang muncul ialah Anyang , Changan dan
Loyang.Anyang telah dijadikan ibu negeri Dinasti Shang.

Buku teks.

Tamadun India bermula tahun pada 2350 -3000 S.M di lembah sungai Indus dan
merupakan sebuah tamadun awal yang masih kekal sehingga ke hari ini. Tamadun India dapat
dibahagikan kepada beberapa tahap berlandaskan kepada zaman pemerintahan . Dari segi
lokasi, India boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu India Utara dan India Selatan.
Kedua –dua bahagian India tersebut mempunyai perbezaan segi aspek bahasa, budaya serta
amalan keagamaan. Tamadun India yang kaya dengan kepelbagaian budaya kesenian dan
cara hidup masyarakatnya telah mempengaruhi kehidupan masyarakat khususnya di sekitar
kawasan Asia Tenggara.

Buku teks.

Perluasan kuasa dalam Tamadun India.

Perluasan kuasa berlaku semasa pemerintahna Dinasti Maurya dan bermula pada
zaman pemerintahan Chandragupta Maurya. Kejayaan ini adalah disebabkan pasukan
tenteranya yang besar, iaitu 600 ekor gajah,1000 orang tentera berkuda dan 10000 orang
infanti. Beliau berjaya menguasai seluruh India Utara .

Anaknya, Bindusara, meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India.


Kaedah perluasan kuasa telah berubah apabila Asoka berkuasa. Asoka telah tidak
menekankan kekuatan ketenteraan sebagai asas untuk memperluas kuasa dan menekankan
dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk memperluas pengaruh dan kedudukan Maurya. Hal
ini dilakukannya dengan memberikanpenekanan kepada agama Buddha. Pda zaman
pemerintahan Asoka, seluruh India telah menjadi kawasan takluk empayar Maurya. Keadaan
tersebut berlaku akibat daripada kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga.

Perkembangan Pendidikan dalam Tamadun China

Pendidikan amat penting dalam Tamadun China. Masyarakat China sangat menghormati
golonga intelektual. Kerajaan bertanggungjawab menyediakan keperluan dan kemudahan
pendidikan seperti menyediakan rumah guru, rumah penaung yang kaya, rumah berhala dan
pondok. Di institusi pendidikan, terdapat ruang pemujaan Confucius di bilik darjah. Kanak-
kanak mula bersekolah semasa berumur 7 tahun. Pelajar membawa kerusi, buku, kertas,
pensel dan dakwat sendiri ke sekolah.
Sistem pendidikan Tamadun China terdapat sekolah menengah dan sekolah tinggi yang
menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan kerajaan. Sekolah-sekolah ini ditaja oleh
kerajaan, persendirian, golongan kaya dan pegawai kerajaan. Pada zaman Maharaja Wu Ti
dalam Dinasti Han (140-87 S.M), sekolah tinggi ditubuhkan di ibu kota dan menggalakkan
penubuhan sekolah-sekolah di provinsi dan daerah. Pada zaman Maharaja Yan Kuang dalam
Dinasti Sui, sekolah dan perpustakaan imperial telah ditubuhkan. Pada zaman Dinasti Ming,
kolej golongan belia dan universiti kebangsaan telah ditubuhkan pada peringkat pusat.Dalam
tamadun China, masyarakat menghargai pendidikan, matlamat utama pendidikan ialah lulus
peperiksaan awam. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap : Hsiu Tai, Tahap pertama
selaras dengan ijazah pertama, tahap kedua, Chun-Jen, setaraf dengan sarjana dan Chin Shih,
setaraf dengan doctor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini.

Kepentingan sistem pendidikan dalam kemajuan Negara

Pendidikan sememangnya penting dalam pembangunan negara. Pendidikan merupakansalah satu


tunjang utama dalam pembangunan sesebuah negara. Peningkatan kualitipendidikan berkait rapat dengan
pembangunan atau kemajuan sesebuah negara. Kepentinganpendidikan terhadap pembangunan negara
Malaysia adalah dapat melahirkan sebuah negarayang maju. Kemajuan sesebuah negara tidak dapat dicapai
tanpa adanya para cerdik pandai.Dengan pendidikan maka lahirlah para cerdik pandai. Hal ini secara langsung
telahmemperlihatkan perkaitan antara pendidikan dengan pembangunan sesebuah negara. Apabilalahirnya
para cerdik pandai maka segala pentadbiran dan pengurusan negara dapat di uruskandengan baik dan para
cerdik pandai inilah bakal menaikkan nama negara Malaysia.
Kepentingan ilmu pengetahuan yang seimbang dari sudut rohani dan kemahiran kinimenjadi satu
keperluan yang amat mustahak bagi sesebuah negara. Tanpa ilmu pengetahuanyang seimbang, keupayaan
untuk memajukan negara adalah sukar dan akan menjejaskan jugasegala rancangan dan dan kemajuan yang
telah dirancang. Keadaan ini memperlihatkankepada kita betapa pentingnya pendidikan dalam membangunkan
negara Malaysia. Bangsayang tidak berilmu akan ketinggalanMelalui pendidikan juga juga dapat melahirkan
modal insan yang berkualiti. Modal insanyang berkualiti boleh menjadi tenaga kerja dalam membangunkan
negara Malaysia. Tenaga-tenaga mereka amat diperlukan dalam proses membina dan melahirkan sebuah
negaraMalaysia yang maju, hebat serta berdaya saing dengan negara-negara lain. Negara yangmempunyai
rakyat yang mempunyai ilmu akan maju dari segala aspek termasuk politikekonomo dan sosial. Melalui
pendidikan ilmu dapat dipelajari dan ilmu dapat digunakan untukpembangunan negara Malaysia

.Pendidikan juga merupakan satu jambatan kepada kemajuan sesebuah negara.Semakin tinggi ilmu
seseorang itu maka seseorang itu lebih berpeluang untuk mendapatpekerjaan yang lebih baik dan dapat
mengubah nasib keluarga. Melalui pendidikan corak hidupdapat di ubah daripada miskin ke lebih senang. Orang
yang berlatarkan pendidikan yang tinggimereka mempunyai peluang untuk menjawat jawatan tinggi dan secara
langsung dapatmeningkatkan pendapatan mereka. Peningkatan pendapatan yang diperolehi oleh
merekasecara tidak langsung memberi manfaat kepada negara Malaysia iaitu meningkatkanpendapatan
negara Malaysia. Berdasarkan huraian-huraian tersebut, jelaslah bahawapendidikan memainkan peranan yang
penting dalam pembangunan negara Malaysia. Tanpapendidikan seseorang itu dianggap jauh ketinggalan
daripada arus pemodenan.
mencadangkan langkah-langkah mengelakkan perluasan kuasa berlaku pada
mana-masa kini

Sebagai seorang warganegara Malaysia, saya akan berusaha sepenuh hati dan daya
untuk m e m p e r t a h a n k a n p e r p a d u a a n n e g a r a y a n g s e d i a a d a d e n g a n m e n g a m a l k a n
k e r j s a m a a n t a r a rakyat yang berbilang kaum agar negara sentiasa aman.S a y a j u g a a k a n
s e n t i a s a m e n g h a y a t i s e j a r a h p e r j u a n g a n t o k o h - t o k o h t e r d a h u l u b a g i meningkatkan
kesedaran dalam diri serta meningkatkan rasa syukur dan perasaan cinta kepada negara yang
menebal.Seterusnya sebagai pewaris bangsa, saya akan berusaha melengkapkan diri dengan
ilmu pengetahuan terutama ilmu berkaitan sains dan teknologi agar dapat mengangkat kedududkannegara
sebaris dengan negara maju yang lain.M a l a h a n , s a y a a k a n m e m p e l a j a r i i l m u k e p i m p i n a n
b a g i m e m b e n t u k d i r i m e n j a d i pemimpin yang berilmu untuk menerajui negara dengan baik,
dengan kebijaksanaan dan ilmuy a n g t i n g g i m e m b o l e h k a n k i t a m e m i l i h y a n g m a n a b a i k
d a n m a n a b u r u k u n t u k p e n t a d b i r a n negara.

RUJUKAN

1. http://cikguizatulhanim.blogspot.my/2015/11/peranan-bagi-mengelakkan-negara-
dijajah.html

2. http://khadijahmahamad.blogspot.my/p/blog-page_29.html

3. https://www.tes.com/lessons/peyjByIqV4IbMw/sejarah-tingkatan-1-buku-teks

You might also like