You are on page 1of 8

1.

0 :PENGHARGAAN
Saya dapat menyiapkan folio Geograf saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada beberapa
pihak.
Sekalung budi kepada guru mata pelajaran Geograf Tingkatan 1 saya iaitu En.Jeyem yang telah memberikan
penerangan tentang format folio Geograf, dan memberi tunjuk ajar semasa proses pembuatan folio ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu ……………. dan ibu saya …………….. yang
senantiasa member dorongan, galakan, membantu mencari maklumat dan member bantuan kewangan
sepanjang saya menjalankan tugasan ini.
Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi maklumat berkaitan
dengan Setiawangsa.
Terima kasih di atas bantuan anda semua.

2.0 :PENDAHULUAN
Nama saya ............................ Saya adalah pelajar Tingkatan 1 __________ di Sekolah Menengah Kebangsaan
Puchong Perdana. Saya menjalankan kajian untuk folio Geograf Tingkatan 1 bertajuk “Masalah Pembuangan
Sisa Domestik Yang Tidak Terancang di Puchong Pderdana”
Saya memilih Puchong perdana sebagai kawasan kajian saya kerana Puchong Perdana merupakan sebuah
kawasan kediaman dan komersil yang sedang membangun . Selain itu, kawasan ini terletak berhampiran
dengan kawasan tempat tinggal saya dan sekolah saya terletak di kawasan kajian ini.
Saya mengambil masa selama empat (4) minggu untuk mengumpul maklumat untuk menyiapkan folio ini.
Menerusi kajian ini, saya telah mendapat banyak maklumat yang berguna tentang Puchong Perdana. Ini
merupakan suatu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan terutama semasa mengumpul dan
mendapatkan data serta maklumat untuk kajian ini.

3.0 :OBJEKTIF KAJIAN


Antara objektif kajian saya ialah:
 Mengenal pasti punca-punca atau faktor-faktor pencemaran udara di Puchong Perdana.
 Mengenal pasti kesan-kesan pencemaran udara di kawasan Puchong Perdana.
 Menghuraikan langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran udara di kawasan
Puchong Perdana.

4.0 KAWASAN KAJIAN


Nama Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah Puchong Perdana . Puchong perdana terletak di Daerah Petaling terletak di tengah-
tengah Lembah Klang iaitu bersempadankan Daerah Hulu Selangor di bahagaian Utara, Daerah Klang di bahagian
Barat, Daerah Gombak dibahagian Timur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bahagian Tenggara, serta
Daerah sepang dan daerah Hulu Langat di bahagian selatan. Daerah Petaling juga merupakan sebuah daerah
yang termaju di Negeri Selangor. Daerah Petaling ini ditubuhkan pada 1 Februari 1974. Daerah ini terletak di
tengah-tengah Lembah Klang. Pada 20 Jun 2006, Petaling Jaya telah diisytiharkan status Bandaraya.
Menurut cerita, pada masa lalu terdapat banyak pokok 'petaling' di kawasan ini. Oleh kerana banyaknya
pokok petaling yang tumbuh, maka tempat itu pun dinamakan Petaling. Walau bagaimanapun, pada masa kini
pokok petaling ini sudah pupus dan sukar didapati lagi.
Petempatan di Daerah Petaling bermula sebagai kawasan perlombongan bijih timah. Peneroka-peneroka
awal mendapati kawasan ini mempunyai prospek unutk berkembang walaupun pada masa itu kawasan ini masih
dipenuhi hutan belantara. Kawasan Petaling di mana aktiviti perlombongan bijih timah ini di jalankan dikenali
sebagai Petaling Tin yang meliputi kawasan-kawasan seperti Sungai Way, Subang Jaya dan Puchong. Pada masa
kini, Puchong Perdana telah berkembang dengan begitu pesat sekali .Terdapat kemudahan pengangkutan awam
seperti stesan MRT dan Lebuhraya Damansara –Puchong.Pentadbiran dan pemantauan keperluan awam
Puchong perdana adalah di bawah kawalan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPS).

5.0 :KAEDAH KAJIAN


Kaedah kajian yang saya gunakan untuk menyiapkan folio ini ialah:
i) Pemerhatian
Selama menjalankan kajian ini, saya telah meluangkan banyak masa memerhati faktor,kesan dan langkah-
langkah mengatasi masalah pembuangan sisa domestik di Puchong Perdana. .
ii) Rujukan Buku Ilmiah
Saya telah menggunakan pelbagai sumber-sumber buku rujukan bagi memastikan mendapat fakta atau data
yang tepat dan terperinci. Saya juga merujuk kepada Kerja Lapangan Kajian Geograf Tempatan Tingkatan 2
abang saya untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai latar belakang kawasan Puchong Perdana.

iii) Melayari Internet


Dengan menggunakan teknologi yang sedia ada, saya telah melayari beberapa buah laman web untuk
mendapatkan lebih banyak lagi maklumat tentang kawasan kajian yang tidak boleh didapati melalui
pemerhatian. Antara maklumat yang berguna saya perolehi adalah mengenai latar belakang kawasan kajian dan
peta kawasan kajian serta maklumat mengenai kawasan Puchong Perdana.

6.0 : HASIL KAJIAN

6.1 Konsep Pencemaran Alam Sekitar


Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil daripada aktiviti
manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.
Contoh pencemaran alam sekitar pada masa kini ialah:

1.Pencemaran udara
2.Pencemaran air
3. Pencemaran bunyi
4. Pencemaran tanah

6.2 Pencemaran Udara di Sekitar Kawasan Puchong Perdana


Hasil pemerhatian saya sepanjang menjalankan kajian, salah satu pencemaran yang kerap berlaku di kawasan
Puchong Perdana ialah Pencemaran Udara. Banyak asap dan debu berterbangan di udara di kawasan Puchong
perdana disebabkan pelepasan asap yang berbahaya dari kenderaan seperti kereta, motosikal, van, lori, dan
bas, jerebu daripada kesan pembakaran secara terbuka, dan asap daripada serombong-serombong asap di
kilang yang berhampiran adalah antara pencemaran udara yang dikenali pasti berlaku di kawasan kajian.

6.3 Punca Pencemaran Udara di Puchong Perdana


Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara di Puchong perdana. Antaranya
ialah :

(i) Perkilangan
Terdapat kawasan perkilangan yang dikenali sebagai zon perindustrian Puchong Perdana yang beroperasi
berhampiran kawasan kajian. Pelepasan asap dari serombong-serombong asap di kilang-kilang berkenaan telah
menyebabkan pencemaran udara.

(ii) Kenderaan
Jumlah kenderaan yang keluar masuk setiap hari terutamanya pada hari bekerja di kawasan Puchong Perdana
memberikan kesan serius kepada alam sekitar, sekali gus menyebabkan pencemaran udara. Pencemaran udara
berlaku akibat pelepasan asap hasil pembakaran petroleum dan diesel.

(iii) Pembakaran Terbuka


Terdapat penduduk Puchong perdana yang melupuskan sampah sarap mereka dengan cara membakar sampah
merata-rata dan secara terbuka tanpa memikirkan perasaan orang lain dan akibatnya. Mereka suka membakar
semak samun yang berhampiran dengan tujuan supaya nyamuk berkurangan. Antara bahan yang paling banya
dibakar ialah plastik,kertas, dan daun-daun kering. Ada juga penduduk Puchong perdana yang membakar bahan
seperti tayar terpakai yang menyebabkan pencemaran udara dan pencemaran bau.

6.4 Kesan Pencemaran di Puchong Perdana


Kesan-kesan pencemaran udara yang telah dikenal pasti berlaku di kawasan kajian, antaranya adalah seperti di
bawah:

(i) Jerebu
Asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu di kawasan kajian.
Pelepasan asap kenderaan yang mengandungi gas toksik; iaitu karbon monoksida, nitrogen oksida, karbon
dioksida ini mencemarkan udara dan meningkatkan suhu atmosfera dan menyebabkan jerebu. Selain itu, gas ini
dapat juga mengancam dan menyerang tisu sistem pernafasan manusia, haiwan, dan tumbuhan.
ii) Suhu Meningkat
Pembakaran sampah, asap dari kenderaan dan jentera berteknologi tinggi telah menyebabkan gas karbon
karbon dioksida banyak terkumpul di dalam udara. Ini menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya
suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian
pemanasan global ini di kawasan Puchong Perdana.

(iii) Udara Tercemar


Udara tercemar di kawasan Puchong Perdana akibat daripada pembakaran sampah, asap daripada kenderaan,
dan gerai-gerai yang menjual ikan bakar. Kesannya penduduk sering mengalami permasalahan hidung seperti
resdung, asma, dan sebagainya.

6.5 : Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran udara di Puchong Perdana :

(i) Kempen Cintai Alam Sekitar


Kempen Cintai Alam Sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio, dan juga melalui `road show’ hendaklah dihayati
oleh penduduk Puchong Perdana supaya masyarakat lebih sedar pentingnya alam sekitar bagi memenuhi
keperluan hidup dalam keadaan yang bersih dan selamat. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan juga perlu
mengadakan kempen cintai alam sekitar dengan lebih giat lagi seperti `Cintailah Sungai Kita’, kempen kitar
semula, dan sebagainya. .

(ii) Petrol Tanpa Plumbum


Pengguna kenderaan bermotor di Puchong Perdana digalakkan menggunakkan petrol tanpa plumbum yang
dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan
masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi di kawasan Puchong Perdana dan juga dapat mengelakkan
masalah kesihatan seperti batuk dan selesema.

(iii) Catalytic Converter (Pengubah Pemangkin)


Pengguna kenderaan bermotor di Puchong Perdana juga digalakkan memasang alat catalytic converter di kereta
dan lori-lori yang berupaya menukarkan gas beracun seperti karbon monoksida dan nitrogren oksida kepada
bentuk gas yang tidak memudaratkan seperti karbon dioksida dan nitrogen sebelum ia dilepaskan ke atmosfera.
Ini akan mengurangkan kadar pengeluaran asap serta memastikan kenderaan terbabit memenuhi standard
kadar pelepasan yang dibenarkan.

7.0 : RUMUSAN
Memandangkan kawasan Puchong Perdana sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah
wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak
kerajaan sahaja, malah ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting
dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah
pencemaran, sudah tentu bumi akan dipanjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung
mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi kawasan
Puchong Perdana pada masa akan datang.

8.0 :RUJUKAN
Saya juga telah menggunakan beberapa kaedah rujukan untuk menyiapkan folio ini.

(i) Buku teks dan Buku Ilmiah

Hisham Azman bin Ibrahim, Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad, 2017. Geograf Tingkatan Satu, Era Visi Sdn.
Bhd.

(ii) Internet
· http://www.Puchong perdana.com.my/
· http://www.worldatlas.com/
· http://10zzggip.blogspot.com/p/pencemaran udara
· http://books.google.com.my/
5.0 :KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang saya gunakan untuk menyiapkan folio ini ialah:
i) Pemerhatian
Selama menjalankan kajian ini, saya telah meluangkan banyak masa memerhati faktor,kesan dan langkah-
langkah mengatasi masalah pembuangan sisa domestik di Puchong Perdana. .

ii) Rujukan Buku Ilmiah


Saya telah menggunakan pelbagai sumber-sumber buku rujukan bagi memastikan mendapat fakta atau data
yang tepat dan terperinci. Saya juga merujuk kepada Kerja Lapangan Kajian Geograf Tempatan Tingkatan 2
abang saya untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai latar belakang kawasan Puchong Perdana.

iii) Melayari Internet


Dengan menggunakan teknologi yang sedia ada, saya telah melayari beberapa buah laman web untuk
mendapatkan lebih banyak lagi maklumat tentang kawasan kajian yang tidak boleh didapati melalui
pemerhatian. Antara maklumat yang berguna saya perolehi adalah mengenai latar belakang kawasan kajian dan
peta kawasan kajian serta maklumat mengenai kawasan Puchong Perdana.

Konsep Dan Takrifan Sisa Domestik  Sisa domestik adalah:  Sisa buangan pepejal seperti sisa makanan,
botol, plastik, kertas dan bahan logam terpakai  Sisa buangan toksid seperti minyak masak/enjin, lebihan
racun rumpai/serangga dan hampas organik  Sisa domestik adalah dalam bentuk pepejal, cecair dan
separa pepejal  Majoriti sisa domestik berpunca daripada aktiviti harian manusia dan selebihnya dari
tindak balas semulajadi alam sekitar

Contoh Sisa Domestik  Plastik, kertas, sisa baki (sisa makanan, lampin pakai buang dan lain-lain)
 Lebihan minyak masak / enjin, lebihan racun rumpai / serangga, lebihan bahan kimia
perindustrian

KONSEP DAN TAKRIF SISA DOMESTIK Bahan sisa domestik ialah sisa buangan pepejal dan sisa buangan
toksid.Menurut Akta 672 , sisa pepejal didefinisikan sebagai apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh
sesuatu isi rumah,dan daripada jenis yang biasanya dihasilkan oleh mana – mana premis apabila dihuni
sebagai rumah kediaman ,dan termasuklah sisa taman. Bahan buangan toksid ialah bahan buangan yang
mengandungi sifat-sifat fizikal, kimia atau biologi yang memberi impak yang berbahaya kepada manusia
dan alam sekitar. Sisa domestik ini boleh menjejaskan kesihatan manusia dan membawa bencana alam
kepada dunia. Bencana Alam merupakan suatu peristiwa yang mempunyai kesan besar bagi populasi
manusia. Peristiwa bencana alam in boleh berupa banjir, gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, ribut,
kebakaran dan masih banyak lagi. Namun tidak semuanya disebabkan oleh alam. Ada beberapa
diantaranya terjadi kerana tindakan manusia itu sendiri, baik sengaja mahupun tidak sengaja. JENIS SISA
DOMESTIK Jenis sisa domestik yang terdapat di kawasan kajian ialah bahan buangan bukan organik.
Bahan buangan bukan organik ialah sisa yang sukar dilupuskan dan diuraikan.Bahan ini dihasilkan dari
sumber organik yang wujud secara semula jadi. Bahan buangan bukan organik terdiri daripada sisa
pepejal dan sisa cecair.Contoh sisa pepejal yang terdapat di kawasan kajian saya ialah tin ,plastik,besi
buruk,kaca dan sebagainya.Manakala sisa cecair pula ialah minyak masak. KESAN PEMBUANGAN SISA
DOMESTIK Melalui bahan buangan sisa domestik ini boleh berlakunya pencemaran air ,tanah,udara dan
bau.Terdapat pencemaran bau di kawasan kajian yang menyebabkan penduduk yang melalui kawasan itu
menutup hidung kerana tidak dapat menahan bau yang sangat busuk serta tidak menyenangkan
itu.Malah bukan itu sahaja ada segelintir penduduk di kawasan tersebut yang mengambil jalan mudah
dengan melakukan pembakaran terbuka untuk membuang sampah daripada kediaman mereka.
Pembakaran sampah ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara yang teruk. Tambahan lagi,
jika sampah sarap yang dibakar itu merupakan barangan plastik, akan menyebabkan pembebasan
bahanbahan pencemar atau gas-gas yang berbahaya seperti karbon dioksida, Sulphur, nitrogen dan
sebagainya daripada barangan plastik tersebut apabila dibakar. Seterusnya akan menyebabkan
pencemaran udara yang teruk serta dapat menjejaskan kualiti udara yang bersih akibat daripada
pembakaran terbuka yang dilakukan oleh sesetengah penduduk untuk menyelesaikan masalah sampah
sarap di kediaman mereka . Di samping itu, pembuangan sisa domestik yang tidak diurus dengan baik ini
akan memberi kesan buruk kepada kesihatan masyarakat di kawasan tersebut. Sisa-sisa pembuangan
juga boleh membawa pelbagai wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan- haiwan perosak seperti
tikus, lipas, burung gagak, lalat dan lain-lain sehingga menyebabkan penularan pelbagai wabak penyakit
kesan daripada pembuangan sampah sarap yang tidak teratur ini seperti demam denggi, taun, malaria,
keracunan makanan dan sebagainya. Misalnya, pembuangan sampah di dalam air boleh menyebabkan
pembiakan nyamuk Aedes di dalam air dan boleh menyebabkan penyakit deman denggi kepada
penduduk.Malahan

UNCA LAMBAKAN SISA PEPEJAL

Sisa pepejal merupakan bahan buangan yang paling mudah


didapati dan paling banyak dihasilkan. Hal ini terjadi kerana
pertambahan sumber atau punca terhasilnya sisa pepejal tersebut. Antara
punca yang menyebabkan bertambahnya sisa pepejal ialah:

1. Pertambahan jumlah penduduk

Jumlah penduduk yang semakin bertambah menyumbang kepada


penghasilan sisa pepejal. Mengikut laporan Rancangan Malaysia
Kesembilan[1], jumlah sisa pepejal yang dijana di Semenanjung
Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001
kepada 19,100 tan metrik sehari pada 2005. Jumlah ini dianggarkan akan
meningkat kepada 30,000 tan sehari pada tahun 2020. Secara puratanya,
pada masa ini seorang warga Malaysia menjanakan sebanyak 0.8
kilogram sisa pepejal sehari[2]. Jika dikira dengan jumlah penduduk
Malaysia kini, sememangnya faktor pertambahan penduduk menjadi
salah satu punca terbesar dalam penjanaan sisa pepejal negara.

1. Sosio ekonomi dan gaya hidup penduduk Malaysia


Kini, kebanyakan penduduk di negara ini memiliki pendapatan di tahap
sederhana tinggi dan memiliki taraf hidup yang semakin meningkat
terutamanya yang tinggal di kawasan bandar. Boleh dikatakan setiap
keluarga mempunyai rumah kediaman sendiri berikutan dengan
lambakan rumah mampu milik yang dibina oleh para pemaju
perumahan. Apabila banyak rumah dibina dan berpenghuni, maka
penghasilan sisa pepejal domestik juga semakin bertambah. Secara
puratanya komposisi sisa pepejal isi rumah di Malaysia ialah 45% bagi
sisa makanan, 24% bagi plastik, 7% kertas, 6% logam, 3% kaca dan
15% lain-lain sisa pepejal isi rumah[3]. Komposisi sisa buangan pepejal
dijana daripada aktiviti harian daripada kediaman, perniagaan, institusi
dan tempat rekreasi yang dirancang serta tidak dirancang seperti
rumahrumah setinggan dan premis lain yang diusahakan secara haram.
Gaya hidup masyarakat yang suka membazir juga menyebabkan
pertambahan sisa pepejal. Masyarakat kini lebih suka membuang bahan
buangan daripada mengitar semula atau menggunakan semula barang
tersebut. Contohnya, botol kicap, tin minuman, kotak dan sebagainya
akan dibuang selepas bahan tersebut habis dimakan. Di samping itu,
bilangan suri rumah sepenuh masa yang semakin berkurangan juga
menyumbang ke arah pertambahan sisa pepejal kerana mereka tiada
masa untuk mengasingkan sisa pepejal di rumah mereka dan sibuk di
tempat kerja. Hal ini kerana purata kaum wanita yang berpendidikan
tinggi dan mempunyai kerjaya sendiri semakin meningkat yang
menyebabkan mereka sukar meluangkan masa menguruskan sisa pepejal
isi rumah.

3.Kutipan sampah/sisa yang tidak tepat pada masa

Pada Oktober 1994, Kerajaan menyarankan kepada syarikat swasta


untuk membuat tawaran bagi penswastaan pengurusan sisa pepejal bagi
meningkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal. Kerajaan Persekutuan
telah menggubal akta untuk memindahkan tanggungjawab pengurusan
sisa pepejal daripada Pihak Berkuasa Tempatan kepada kerajaan pusat.
Pada tahun 2007, Kerajaan Persekutuan telah mewartakan Akta
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672). Namun
begitu, masalah lambakan sisa pepejal ini berlaku apabila terdapat
beberapa syarikat swasta yang bertanggungjawab melakukan kutipan
sisa dan bahan buangan ini dari rumah ke rumah telah gagal
menjalankan tugas mereka mengikut jadual. Kadang kala, sisa pepejal di
kawasan perumahan lambat dikutip pihak berkenaan dan menyebabkan
sisa pepejal semakin bertambah dan berselerakan di jalanan dan
membawa kesan yang buruk kepada alam sekitar dan imej negara.
Masalah ini sering berlaku di kawasan perumahan pangsa dan taman
perumahan. Antara syarikat konsesi yang diberi tanggungjawab
menguruskan kutipan sisa pepejal ialah Alam Flora Sdn Bhd, Southern
Waste Management Sdn Bhd dan Environment Idaman Sdn Bhd.

1. Pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik

Seperti yang diketahui umum, kebanyakan sisa pepejal memberi kesan


yang negatif kepada alam sekitar. Pencemaran daripada sisa pepejal
terjadi akibat pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik. Hal ini
termasuklah kaedah pengurusan sisa pepejal yang tidak mapan juga
menjadi ancaman kepada alam sekitar. Contohnya, kaedah pengurusan
bahan buangan menggunakan kaedah “open dumping”. Kaedah ini
adalah kaedah konvensional yang dilakukan secara meluas di Malaysia
dan masih dipraktikkan. Kaedah “open dumping’ ini ialah kaedah di
mana semua sisa pepejal yang telah dikutip daripada rumah dan
bangunan akan dilepaskan atau dibuang di suatu kawasan pelupusan
sampah secara terbuka. Kaedah ini adalah tidak teratur dan terdedah
kepada pencemaran bau serta membawa kepada pembiakan serangga
dan makhluk perosak seperti tikus yang boleh menyebabkan pelbagai
penyakit. Pihak Berkuasa Tempatan masih belum mahir dalam mengurus
dan merancang perkhidmatan bandar terutamanya cara pungutan sisa
buangan, bilangan pengangkutan ditambah pula dengan kos tenaga
bururh yang tinggi.

1. Sikap masyarakat yang tidak prihatin

Disebalik semua punca pertambahan sisa pepejal yang telah


dibincangkan, punca yang paling kritikal ialah sikap masyarakat sendiri
yang tidak prihatin terhadap alam sekitar. Sikap masyarakat yang tidak
ambil peduli terhadap alam sekitar menyebabkan mereka membuang
sampah sewenang-wenangnya tanpa berfikir tentang kesannya terhadap
alam sekitar. Segala kempen alam sekitar yang dianjurkan oleh pihak
kerajaan mahupun bukan kerajaan tidak diendahkan. Sikap ini
seharusnya dihakis dalam diri setiap manusia kerana sikap tidak prihatin
inilah yang menyebabkan alam sekitar terancam. Sikap malas
masyarakat untuk mengitar semula menjadi penyumbang utama
pertambahan sisa pepejal isi rumah.
ShareShare MALAYSIA - PUNCA LAMBAKAN SISA PEPEJAL

 LikeMALAYSIA - PUNCA LAMBAKAN SISA PEPEJAL

 Comment

 ShareShare MALAYSIA - PUNCA LAMBAKAN SISA PEPEJAL

You might also like