You are on page 1of 16

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi Tingkatan 3 Puan Siti Zaliza bt .

Awang yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang tugasan menyiapkan kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya. Terima kasih kerana bersabar dengan kerenah saya. Ucapan terima kasih juga disalurkan kepada ibu dan bapa sayaEn. Baharin dan Pn.Masrurah yang telah memberikan banyak dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus Geografi ini. Jasa mereka akan saya kenang selamanya. Tidak lupa juga kepada rakan sekelas Aidil Akhbar dan Edieza Fariesya kerana sudi berkongsi maklumat memberi kerjasama bagi melengkapkan kerja kursus ini dengan sempurna terutamanya rakan-rakan sekelas saya dari Tingkatan 3 Ikhlas. Banyak pengalaman yang menyeronokkan telah saya perolehi.

Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menegah Rendah 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 3 diwajibkan menyiapkan kerja kursus Geografi di sekolah. Saya telah memilih tajuk Kajian Tentang Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Puchong Utama, Puchong, Daerah Petaling, Selangor .

Saya memilih pencemaran alam sekitar di kawasan Taman Puchong Utama kerana saya bersekolah di sini dan tinggal berhampiran. Di taman ini terdapat banyak kawasan petempatan yang yang begitu padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun. Selain itu juga terdapat jalan raya yang sentiasa sibuk yang menjadi laluan utama untuk taman-taman yang berhampiran untuk keluar ke lebuh raya. Semua ini bertepatan dengan tema kajian yang saya jalankan.

Objektif kajian dalam melaksanakan kajian ini adalah untuk :

Mengenal pasti konsep pencemaran alam sekitar di Taman Puchong Utama

Mengenal pasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Taman Puchong Utama

Mengenal pasti punca-punca pencemaran alam sekitar di Taman Puchong Utama

Mengenal pasti kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Taman Puchong Utama

Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan dan mengatasi kesan pencemaran alam sekitar di Taman Puchong Utama

Memupuk perasan cintakan tanah air dan rasa bersyukur kerana dilahirkan di negara Malaysia. Salah satu unsur patriotisme yang saya dapati semasa mengkaji kawasan Taman Puchong Utama ialah bekerjasama dan muafakat antara satu sama lain dalam sesebuah masyarakat khususnya penduduk Taman Puchong Utama.

Kawasan kajian saya ialah Taman Puchong Utama. Taman Puchong Utama merupakan sebuah projek perumahan yang telah dimulakan pada pertengahan tahun 1990an oleh Syarikat Hillcrest bagi menampung jumlah penduduk yang semakin pesat bertambah. Di sini terdapat rumah- rumah teres dan deretan kedai serta beberapa kemudahan awam seperti taman permainan dan padang bola. Keluasan Taman Puchong Utama adalah kira- kira 600 ekar. Pandang darat fizikal yang terdapat di kawasan kajian ialah kawasan tanah pamah yang rata. Suatu masa dulu, Taman Puchong Utama merupakan bekas kawasan ladang getah. Taman Puchong Utama terletak di antara Taman Puchong Perdana dan Bandar Bukit Puchong. Taman Puchong Utama adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya. Ia juga berhampiran dengan Putrajaya dan Serdang. Taman Puchong Utama terletak kira kira 25 kilometer dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur dan 20 kilometer dari Bandar Pentadbiran Putrajaya. Kedudukannya yang strategik ini menjadikannya kawasan yang padat dengan penduduk.

Semasa menjalankan kajian ini, saya telah mendapatkan maklumat dengan kaedah-kaedah berikut : 1. PEMERHATIAN: Saya telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan-kawasan perniagaan di Taman Puchong Utama dengan melihat sistem perparitan serta sistem pembuangan sampah. Saya juga memerhatikan kawasan perumahan dan padang permainan di Taman Puchong Utama.

2. RUJUKAN : Saya telah menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat lanjut tentang kawasan kajian. Buku atlas dan teks Geografi Tingkatan 3 juga menjadi bahan rujukan yang bermanafaat bagi saya.

6.1 KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang menyebabkan kemusnahan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem serta mengganggu alam sekitar. Di Malaysia, pencemaran yang berlaku ialah seperti pencemaran udara, air, bunyi dan tanah.

6.2 JENIS-JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR

6.2.1 Pencemaran Udara

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk, asap, kabus, wap dan gas (Karbon Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida, bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini. Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya . Kebanyakan jalan-jalan utama di sekitar Bandar Puchong Utama dicemari oleh asap-asap kenderaan. Kilang-kilang terutama dari kawasan berhampiran seperti Bandar Bukit Puchong juga menyumbangkan kepada pencemaran udara.

6.2.2 Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan yang dihasilkan oleh mesin, haiwan atau manusia sehingga menyakitkan telinga. Bunyi ini mengganggu aktiviti dan keseimbangan kehidupan manusia atau haiwan. Di Puchong Utama, kebanyakan pencemaran bunyi berpunca daripada sistem pengangkutan seperti kenderaan dan kerja-kerja pembinaan rumah dan bangunan.

6.3 PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR 6.3.1 Pembakaran terbuka

Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan semak samun. Kegiatan seumpama ini juga berlaku di kawasan kilang-kilang dan tapak pembinaan berdekatan dengan kawasan ini. Asap yang dibebaskan oleh pembakaran terbuka menjadi salah satu punca pencemaran alam sekitar. 6.3.2 Sampah sarap

Terdapat juga sebilangan masyarakat yang membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di kawasan rumah pangsa. Bilangan penduduk yang semakin bertambah memburukkan lagi keadaan. Sampah dilonggokkan di tepi jalan dan kawasan lapang yang terbiar. Sampah ini pula tidak diambil oleh pihak yang berkenaan dan dibiarkan berminggu-minggu sehingga mengeluarkan bau yang sangat busuk. Ini menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan penduduk yang tinggal di sini. 6.3.3 Kenderaan

Pembangunan yang pesat di kawasan Taman Puchong Utama telah menyebabkan bilangan kenderaan yang terdapat di kawasan ini semakin bertambah. Pertambahan bilangan kenderaan telah menyumbang kepada pelepasan asap yang mengandungi bahan pencemar seperti sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrogen oksida dan plumbum. Hal ini telah menyebabkan keadaan udara di kawasan ini mengalami pencemaran dan memberi kesan terhadap penduduk di kawasan ini. Selain itu, bilangan kenderaan yang semakin bertambah juga menyumbang kepada berlakunya pencemaran bunyi. Kenderaan tersebut mengeluarkan bunyi bising yang mengganggu kehidupan penduduk di kawasan ini. 6.3.4 Pembinaan

Pembangunan yang pesat di kawasan Taman Puchong Utama menyebabkan kerja-kerja pembinaan rumah dan bangunan banyak dijalankan di kawasan ini. Pembinaan yang dilakukan ini menghasilkan bunyi bising kesan daripada penggunaan peralatan dan mesin. Di samping itu, pembinaan juga telah menyebabkan udara tercemar kerana habuk yang dikeluarkan semasa pembinaan dijalankan.

Penerapan Nilai Sebagai ahli masyarakat di taman ini, kita hendaklah sentiasa perihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Menjadi tanggungjawab kita untuk mengamalkan sikap menyayangi dan menjaga kebersihan alam sekitar kerana alam sekitar yang bersih akan menghasilkan penduduk yang sihat.

6.4 KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR 6.4.1 Hujan asid

Pencemaran udara yang berlaku di kawasan Taman Puchong Utama telah menyebabkan berlakunya hujan asid di kawasan ini. Peningkatan bilangan kenderaan bermotor dan kilangkilang yang mengeluarkan asap dan habuk telah mencemarkan alam sekitar. Bahan-bahan tercemar yang terdapat di atmosfera ini akan bercampur dengan air hujan dan menghasilkan hujan asid. Hujan asid akan menyebabkan tanih menjadi berasid dan tidak subur untuk pertanian. Hujan asid juga boleh merosakkan dinding bangunan dan menambahkan paras keasidan air larian. Kajian menunjukkan air hujan di sini mempunyai nilai pH kurang 5.6. 6.4.2 Jerebu

Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan. Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada. 6.4.3 Suhu meningkat

Pembakaran terbuka dan penggunaan kenderaan bermotor telah menyebabkan kandungan karbon monoksida, karbon dioksida dan nitrogen oksida bertambah di atmosfera. Pertambahan gas rumah hijau ini telah menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau dan seterusnya meningkatkan suhu di kawasan ini.

6.4.4 Bau busuk

Pembuangan sampah di tepi jalan raya dan di kawasan lapang oleh penduduk yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan bau busuk di sekitar kawasan Taman Puchong Utama. Udara busuk ini boleh mengganggu aktiviti harian penduduk. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kedatangan lalat yang menghurungi sampah-sampah tersebut. Selain itu, terdapat juga sampah yang dibiarkan selama berminggu-minggu dan tidak diangkat oleh pihak yang berkenaan. Hal ini telah menyebabkan sampah tersebut mengeluarkan bau yang sangat tidak menyenangkan.

6.4.5 Penyakit

Pencemaran alam yang berlaku di kawasan ini boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan penduduk di kawasan ini menghidap penyakit yang berkait dengan pernafasan akibat menghidu udara yang tercemar. Antara penyakit yang sering terjadi ialah asma dan gangguan pernafasan. Pencemaran bunyi pula boleh menyebabkan gangguan psikologi, pekak dan kesan buruk kepada ibu yang mengandung.

Penerapan Nilai

Secara umumnya, melalui penyelidikan ini saya sedar betapa perlunya saya dan penduduk Taman Puchong Utama bersatu padu untuk menjadikan Taman Puchong Utama sebagai sebuah bandar yang selesa, cantik dan bersih. Keprihatinan, semangat kerjasama dan sikap bertanggungjawab perlu ada agar masalah pencemaran alam dapat dikurangkan demi kesejahteraan hidup dan kebaikan kita bersama.

6.5 CADANGAN MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

6.5.1 Menguatkuasakan Undang-undang

Undang-undang perlu dikuatkuasakan bagi mengawal kegiatan pihak yang melakukan pencemaran. Jabatan Alam Sekitar perlu menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada dengan lebih tegas bagi memastikan alam sekitar kita terjaga. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Peraturan Kenderaan Bermotor (Kawalan Asap dan Gas) 1977 dan Arahan Kualiti Alam Sekitar (Penilaian Impak Alam Sekitar) 1987 hendaklah dilaksanakan dengan tegas dari semasa ke semasa dan individu atau syarikat yang terlibat dengan aktiviti yang mencemarkan alam sekitar perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. 6.5.2 Kempen

Kempen ialah aktiviti mempengaruhi orang ramai supaya mempercayai, mempelajari dan mengamalkan sesuatu amalan yang baik di samping meninggalkan amalan yang buruk. Kempen dijalankan untuk mengingatkan orang ramai supaya jangan mencemarkan alam sekitar, menerangkan kesan pencemaran dan menunjukkan cara-cara mengurangkan pencemaran seperti menjalankan kitar semula. Aktiviti kempen boleh dilaksanakan oleh badan sukarela dan organisasi bukan kerajaan (NGO) seperti Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Penyelidikan Alam Sekitar (ENSEARCH). Kempen boleh dilakukan melalui radio, televisyen, akhbar, poster dan laman web. Antara kempen yang boleh dijalankan ialah kempen kitar semula, Cintai Sungai Kita dan Bumi Hijau. 6.5.3 Penggunaan petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

6.5.4 Penggunaan Alat Catalyc Converter

Penggunaan alat Catalyc Converter pada kenderaan membantu mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan karbon monoksida di udara. Alat ini bertindak sebagai penapis supaya gas dan asap yang dibebaskan oleh ekzos kenderaan kurang mencemarkan alam sekitar.

Penerapan Nilai Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah di Taman Puchong Utama, setiap pihak perlu bersikap jujur dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi demi memastikan usaha ke arah meningkatkan taraf hidup masyarakat tercapai. Masyarakat harus berganding bahu ke arah negara yang bersih.

Kajian yang saya jalankan menunjukkan Taman Puchong Utama adalah sebuah kawasan yang pesat membangun dan keadaan ini telah menyebabkan pencemaran berlaku kesan daripada peningkatan bilangan penduduk di kawasan ini. Antara jenis pencemaran yang berlaku di kawasan ini ialah pencemaran udara dan pencemaran bunyi. Antara punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran ini ialah pembakaran terbuka, pembuangan sampah sarap, pembinaan dan bertambahnya bilangan kenderaan yang terdapat di kawasan ini. Pencemaran yang berlaku di kawasan ini telah memberi kesan buruk terhadap alam sekitar dan penduduk yang tinggal di kawasan ini. Antara kesan yang disebabkan oleh pencemaran di kawasan ini ialah kejadian hujan asid, jerebu, serangan penyakit, peningkatan suhu dan bau busuk. Keadaan ini mestilah dibendung dengan segera supaya alam sekitar kita dapat dijaga demi generasi yang akan datang. Antara langkah yang boleh dijalankan untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar ialah dengan menguatkuasakan undang-undang, mengadakan kempen, menggunakan petrol tanpa plumbum dan kenderaan di kawasan ini digalakkan menggunakan alat catalyc converter untuk menapis asap kenderaan. Sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, sikap prihatin dan sayangkan alam sekitar perlu ditanam dalam diri masingmasing supaya masalah pencemaran yang berlaku di negara kita dapat diatasi.

. I n t e r n e t - Pencemaran Alam Sekitar http://smkpuchongutama1.com/blog-akademik/kerja-kursus-geografi-tingkatan-3-tahun-2011 O r a n g S u m b e r : - Encik Lim Koh Wien , 47 tahun, Taman Puchong Utama A k h b a r : -Min g g u a n Ma la ys ia , 1 4 Fe b ru a ri 2 0 1 0 , h a la ma n 14 , 1 5

ANTARA PENCEMARAN PENCEMARAN YANG TERDAPAT DI KAWASAN KAJIAN SAYA

You might also like