You are on page 1of 10

PENCEMARAN

UDARA DI NILAI

NAMA
MUHAMMAD AQASHAH BIN RADUAN
KELAS
3 CAIRO
MATA PELAJARAN
GEOGRAFI
GURU
CIKGU MATHANAGOPALAN A/L
LETCHUMANAN
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Mohd Said iaitu PN. SARINAH
BINTI HASHIM , kerana beliau telah memberi
kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja
khusus ini. Selain itu, kepada guru mata pelajaran
geografi saya cikgu MATHANAGOPALAN A/L
LETCHUMANAN. Saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kerana beliau telah banyak
memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami
sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga saya ucapkan


kepada ibu saya SALMIAH BINTI SARMAN dan
bapa saya RADUAN BIN UDIN, mereka telah
banyak memberi sokongan dan dorongan kepada
saya demi memastikan kajian ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya
PENDAHULUAN
Saya Muhammad Aqashah bin Raduan , murid
Tingkatan 3 Cairo di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’
Mohd Said, Nilai, Negeri Sembilan, telah diberi tugasan
oleh guru geografi saya, cikgu MATHANAGOPALAN A/L
LETCHUMANAN untuk menjalankan kajian tentang
Pencemaran Udara.
Saya memilih untuk menjalankan kajian Pencemaran
Udara di kawasan tempat saya tinggal iaitu di Bandar Nilai,
Negeri Sembilan . Saya memilih Bandar Nilai kerana ini
tempat ini merupakan tempat tinggal saya.Oleh itu,mudah
untuk saya menjalankan tugasan di sini.Saya juga
mendapati di Kawasan bandar ini mendapati berlaku
pencemaran asap kilang,pencemaran asap kilang dan
pembakaran hutan dan sampah secara terbuka.perkara ini
membolehkan saya membuat permehatian yang lebih
menyeluruh.
Masa yang diberikan kepada semua pelajar
menyiapkan kerja khusus selama 3 minggu .Oleh itu, saya
akan menggunakan masa 3minggu itu untuk mencari
maklumat-maklumat tentang pencemaran udara di Bandar
Nilai.
Konsep dan takrif pencemaran udara di Bandar Nilai

Munurut Wark dan Warner (1901), pencemaran udara


didefinisikan sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar
dalam atmosfera dalam kuantiti yang tertentu. Kehadiran gas,
cecair atau zarah yang terkandung dalam udara mengotorkan
atmosfera serta menjejaskan kehidupan manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan. Sebagai contoh, kandungan udara di Bandar
Nilai tercemar dengan gas-gas seperti karbon dioksida, karbon
monoksida, kloloflorokarban, plumbam serta habuk dan asap
yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Manusia
menjadi penyumbang utama kepada pencemaran udara di
Bandar Nilai terutamanya dengan membebaskan asap dari kilang,
kenderaan dan daripada pembakaran terbuka.
Punca pencemaran udara di Bandar Nilai
(Asap kilang)
Kilang-kilang di Kawasan perindustrian Nilai 3,
mengeluarkan asap hitam dan berjelaga. Ini merupakan
punca utama pencemaran udara di Bandar Nilai. Asap-
asap yang dikeluarkan daripada cerobong tanpa ditapis
menyebabkan gas-gas beracun seperti karbon dioksida
terdedah pada atmosfera. Pemilik kilang yang tidak
bertanggungjawab dalam menjaga ruang udara seperti
tidak memasang cerobong yang lebih tinggi menyebabkan
pencemaran udara di Bandar Nilai menjadi lebih teruk.
(Asap kenderaan)

Sejak kebelakangan ini. Kenderaan bermotor di Bandar Nilai


sangat banyak. Bahan api fosil yang dibakar semasa setiap
pergerakan dilakukan oleh kenderaan bermotor, akan
mengeluarkan asap yang sangat berbahaya kepada penduduk
setempat di Bandar Nilai. Asap ini menghasilkan karbon
monoksida dan menyebabkan ruang udara di Bandar Nilai
membimbangkan. Penggunaan diesel dan petrol berplumbum
merupakan punca pengeluarkan asap yang berbahaya.
(Pembakaran hutan dan sampah secara terbuka)

Pembakaraan terbuka adalah aktiviti yang paling kerap


dilakukan oleh penduduk di Kawasan Nilai. Pembakarn hutan dan
sampah menyebabkan partikel-partikel zarah yang kotor
terampai di ruang udara. Tanpa disedari, di bandar Nilai, banyak
hutan-hutan telah dibakar untuk membangunkan pembangunan
untuk memajukan Kawasan Nilai. Pembakaran hutan
memusnahkan kehidupan flora yang merupakan asas untuk di
bandar Nilai akan menurun.
Kesan pencemaran udara di Bandar Nilai
(Jerebu)
Akhir-akhir ini, jerebu menjadi masalah utama yang dihadapi
oleh penduduk bandar Nilai. Hal ini disebabkan oleh pembebasan
asap kilang, kenderaan dan pembakaran hutan serta sampah.
Beberapa bulan ini, bandar Nilai mengalami Indeks Pencemaran
Udara (IPU) yang tidak sihat iaitu melebihi 100 unit. Ini dapat
dibuktikan melalui akhbar utusan Malaysia yang dikeluarkan
pada 25.06.2014. Akhbar tersebut menunjukkan bahawa Nilai
merupakan salah satu Kawasan yang mempunyai udara yang
tidak bersih dan tidak sihat. Selain itu, membuktikan bahawa
bandar Nilai merupakan kawasan yang udaranya sangat
berbahaya di Negeri Sembilan.

(Hujan asid)
Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur
dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya
menjadi asid sulfurik dan asid nitric. Hujan asid berlaku di bandar
Nilai adalah disebabkan oleh gas-gas beracun yang dikeluarkan
atau dibebaskan oleh kilang, kenderaan dan sebagainya. Ramai
dalam kalangan penduduk bandar Nilai tidak tau bahawa asid
yang terlalu pekat menyebabkan tumbuh-tumbuhan mati,
bangunan menjadi rapuh, kualiti tanah berkurang serta
merosakan kesihatan manusia .

(Masalah kesihatan)
Kesan yang paling bahaya daripada pencemaran udara ialah
masalah kesihatan terutamanya masalah pernafasan. Apabila
kita menghidu gas-gas seperti karbon monoksida, akan meracuni
sistem pengangkutan oksigen ke seluruh badan. Ini
menyebabkan penduduk di bandar Nilai menghadapi penyakit-
penyakit seperti lelah, asma dan sebagainya. Gas-gas yang lain
juga bahawa penyakit mereka masing-masing. Penduduk Nilai
menghadapi masalah-masalah kesihatan seperti ini tanpa dikira
usia.

Langkah-langkah mengurangkan pencemaran udara di


Bandar Nilai
(Penggunaan petrol tanpa plumbum)
Pengunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan
kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan yang
amat bahaya. Walaupun petrol tanpa plumbum agak mahal
daripada petrol berplumbum, tetapi sangat baik untuk udara dan
kesihatan manusia. Jika kita mengamalkan cara ini, dalam masa
akan yang singkat, kita dapat meningkatkan kualiti udara di
bandar Nilai. Hal ini kerana, petrul tanpa plumbum kurang
membebaskan gas-gas yang beracun seperti karbon dioksida.
Sebagai contoh, stesen minyak Petronas mempunya petrol tanpa
plubum yang boleh digunakan oleh penduduk di bandar Nilai
sebagai bahan api untuk kenderaan mereka.
(Pengunaan pengangkutan awam)
Penduduk di bandar Nilai menjadi lebih selesa menggunakan
kenderaan mereka sendiri. Jika mereka menggunakan
pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama, pencemaran
udara akan berkurang dan pada masa yang sama udara kita akan
menjadi bersih. Penduduk di bandar Nilai juga harus
memberitahu antara satu sama lain tentang penggunaan
pengangkutan awam agar kita dapat menghapuskan masalah ini
daripada terus berlaku. Pengangkutan awam seperti bas, dan LRT
di bandar Nilai boleh menangani masalah ini jika semua
penduduk di bandar Nilai memberi sokongan penuh mereka.
(Penguatkuasaa undang-undang)
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bandar Nilai harus
mengambil Tindakan yang keras terhadap mereka yang
melakukan kesalahan seperti membebaskan asap kilang dan
membuat pembakaran terbuka. Jika, pihak berkuasa seperti
Majlis Perbandaran Nilai mengambil Tindakan yang berat kepada
pesalah, penduduk di bandar Nilai yang lain akan mula berasa
takut untuk melakukan kesalahan. Pihak berkuasa juga
hendaklah mewajibkan semua kilang menggunakan cerobong
asap yang tinggi, memasang alat catalytic converter pada
kenderaan dan mengehadkan lesen untuk melakukan
pembakaran secara terbuka. Langkah ini akan memberi kesan
yang positif jika dilakukan segera.

You might also like