You are on page 1of 3

Kesan pembandaran terhadap alam sekitar

Kebiasaannya pembandaran di negara sedang membangun sering membawa kesan buruk terhadap alam sekitar.
Antaranya ialah :
1.Pencemaran Alam Sekitar.
i) Pencemaran Air
Kegiatan perindustrian yang giat di bandar menyebabkan pencemaran air. Banyak sungai tercemar akibat
pembuangan sisa toksid dari kilang. Hidupan akuatik juga terancam kerana pencemaran sungai ini. Contohnya Sg
Klang dan Sg Gombak tercemar teruk kerana pembuangan sisa toksid dari kilang-kilang yang terletak di Lembah
Klang.
ii) Pencemaran Udara
Pertambahan kilang dan kenderaan bermotor menyebabkan pencemaran udara yang teruk di bandar-bandar
besar. Pembebasan asap kilang dan asap kenderaan menyebabkan kejadian jerebu yang teruk.
iii) Pencemaran Bunyi
Bunyi bising dari sektor pembinaan dan sektor pengangkutan menyumbang kepada pencemaran bunyi di
bandar-bandar besar. Keadaan ini menimbulkan gangguan kepada penduduk bandar untuk mejalani kehidupan
seharian.
2) Fenomena Cuaca
i) Hujan Asid
Kawasan perindustrian seperti di Lembah Klang sering dilanda hujan asid. Udara yang mengandungi gas
beracun seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan nitrogen oksida apabila bercampur dengan air hujan akan
turun sebagai hujan asid. Ini amat bahaya kepada hidupan seperti manusia dan tumbuhan.
ii) Penipisan Lapisan Ozon
Penggunaan gas kloroflorokarbon (CFC) telah menyebabkan berlakunya kebocoran lapisan ozon. Ini amat
bahaya kerana boleh membawa kesan buruk seperti menjejaskan hasil pertanian, penyakit barah kulit dan katarak
mata kepada manusia.
iii) Pulau Haba
Pembinaan bangunan pencakar langit dan dibina rapat-rapat serta berkaca menyebabkan terjadinya pulau haba
di bandar-bandar Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru. Suhu di pusat bandar-bandar ini lebih tinggi 2
hingga 3 darjah Celsius berbandar kawasan pinggirnya.
iv) Kesan Rumah Hijau
Gas-gas beracun yang menyeliputi atmosfera menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Fenomena ini
dipanggil kesan rumah hijau. Kesan yang paling teruk ialah pemanasan global yang menyebabkan pencairan ais di
kutub.
v) Banjir kilat
Jalan-jalan berturap dan bertar di bandar-bandar menyebabkan air hujan yang turun tidak dapat diserap.
Akibatnya dalam tempoh yang singkat (2 jam) akan berlaku banjir kilat. Keadaan ini sering berlaku di Kuala Lumpur
yang sering menyebabkan kerosakan harta benda seperti kereta kerana tidak sempat diselamatkan disebabkan
fenomena ini berlaku secara tiba-tiba dan cepat!
3) Kemusnahan hutan
i) Kepupusan flora
ii) Kepupusan fauna
iii) Kemusnahan habitat flora
iv) Kemusnahan habitat fauna
vi) Perubahan landskap

Faktor Mempengaruhi Pembandaran di Malaysia


Antara faktor-faktornya ialah :
1. Tanah pamah yang rata dan luas
~Memudahkan pembinaan bandar seperti Bandar Sunway di Lembah Klang.
~Memudahkan pembinaan kilang seperti di Gebeng, Kuantan dan Teluk Kalong, Terengganu.
2. Banyak peluang pekerjaan
~ Dari sektor pembuatan atau pelbagai kegiatan ekonomi (perdagangan/perniagaan) yang menggalakkan
kemasukan buruh/pekerja/penduduk ke bandar besar seperti Kuala Lumpur (Lembah Klang), Pulau
Pinang (Seberang Perai) dan Johor Bahru (Pasir Gudang).
3. Banyak sumber mineral
~ Perlombongan bijih timah menyebabkan wujudnya bandar Ipoh, Seremban dan Kuala Lumpur.
~ Perlombongan petroleum menyebabkan wujudnya bandar baru Kerteh, Miri dan Bintulu (gas asli)
4. Banyak pusat pendidikan
~ Pembukaan IPTA dan IPTS mewujudkan bandar baru.
~ Contohnya UKM menyebabkan berkembangnya Bandar Baru Bangi, UUM pula mewujudkan bandar
Sintok di Jitra, Kedah dan UPSI menggalakkan pembandaran di bandar Tanjung Malim, Perak.
5. Kemudahan kesihatan
~ Kemudahan kesihatan iaitu hospital pakar seperti Institusi Jantung Negara (IJN) dan Pusat Kanser
Negara (MAKNA) banyak terletak di bandar besar. Ini menggalakkan tumpuan penduduk untuk menikmati
perkhidmatan perubatan ini.
6. Dasar Kerajaan
~ peranan kerajaan mewujudkan bandar baru dengan fungsi tertentu juga menggalakkan pembandaran
di Malaysia.
~ Contohnya bandar Putra Jaya sebagai pusat pentadbiran negara dan bandar Cyber Jaya sebagai
bandar mutimedia negara.
7. Pertumbuhan penduduk tinggi
~ Kadar kelahiran tinggi
~ Taraf kesihatan baik
8. Perkembangan sektor pelancongan
~ Banyak lokasi pelancongan yang menarik tumpuan penduduk
~ Pelbagai kemudahan insfrastruktur disediakan menyebabkan lokasi pelancongan berubah wajah
menjadi bandar seperti Melaka.
9. Kemudahan pengangkutan banyak/ ketersampaian tinggi
~ Pembinaan jalan raya/lebuh raya meningkatkan mobiliti penduduk
~ Contoh : PLUS menghubungkan bahagian utara dan selatan Semenanjung Malaysia dan LPT pula
menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur dengan Pantai Barat melalui Lebuh raya Karak.

Langkah mengatasi kesan pembandaran


Antara langkah-langkahnya ialah :
~ menambah kawasan hijau untuk menyerdehanakan suhu
~ pasang alat penapis asap untuk merawat asap kilang.
~ kongsi kereta untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dan pengeluaran asap kenderaan.
~ merawat air supaya dapat digunakan semula untuk kegunaan bandaran dan industri.
~ membaiki sistem perparitan seperti membina SMART TUNNEL untuk laluan air ketika hujan lebat
bagi mengelakkan kejadian banjir kilat.
~ penggunaan petrol tanpa plumbum bertujuan mengurangkan masalah pencemaran udara.
~ pemasangan alat catalitic converter pada engin. Alat ini berfungsi sebagai penapis asap ekzos.
~ Kuat kuasa undang-undang seperti denda dan saman bagi pengilang yang menyebabkan
pencemaran udara dan pencemaran air. Juga tindakan saman oleh pihak JPJ terhadap pengguna jalan
raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya seperti pengeluaran asap hitam yang mencemarkan
udara.
~ Pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah melalui mata pelajaran Kajian Tempatan, Geografi dan
Sains. Juga melalui persatuan atau kelab seperti MNS dan WWF.
~ Kempen kesedaran alam sekitar yang dijalankan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Contohnya
MNS dan WWF yang menjalankan kempen, seminar dan ceramah bagi menyedarkan masyarakat
pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar.
~ Amalan kitar semula bahan buangan seperti kertas suratkhabar, kotak dan botol kaca.
~ Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam seperti bas dan LRT.
~ Wujudkan bandar baru/bandar satelit bagi mengurangkan kesesakan penduduk di pusat bandar.
Contohnya Petaling Jaya dan Subang Jaya.
~ Pindah kilang ke pinggir bandar dan wujudkan zon penampang bertujuan mengurangkan
pencemaran udara.

You might also like