You are on page 1of 13

TITLE LOREM IPSUM

Sit Dolor Amet


BAHAGIAN C (40 MARKAH)
SOALAN 6
6(a) Terangkan fungsi petempatan dalam Foto 4. (4M)

- Pusat pengumpulan hasil pertanian, perikanan, industri hiliran serta pelancongan dan hasil pertanian serta ternakan ini
akan diproses sebelum dihantar ke bandar. Contohnya, padi, kelapa sawit, ayam daging, ternakan kambing dan sayur-
sayuran.

- Pusat penyediaaan pelbagai kemudahan asas iaitu bekalan air, elektrik dan jaringan pengangkutan. Contohnya, Kampung
Sungai Durian (Perak).

- Pusat pelancongan dan rekreasi dengan banyaknya kemudahan inap desa keunikan bentuk muka bumi seperti air terjun.
Contohnya, Morib (Selangor).

- Pusat penyediaan pelbagai kemudahan sosial seperti rumah ibadat, klinik kesihatan, sekolah dan perkhidmatan pos.
Contohnya, Kampung Dew (Perak).

- Pusat pengurusan dan pentadbiran. Contohnya, Jeli (Kelantan).

- Pusat kegiatan masyarakat di kawasan luar bandar dengan adanya balai raya. Contohnya, Kampung Chuar (Perak).

- Pusat perkhidmatan keselamatan dengan adanya pondok polis. Contohnya, Felda Teloi Timur (Kedah).
Petempatan bandar memainkan peranan penting dalam memberikan sumbangan terhadap
pembangunan sesebuah negara.

(b) Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? (6M)


- Membuka peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi seperti perindustrian, pertanian, perlombongan, perladangan, perikanan,
pelancongan dan sebagainya yang mampu meningkatkan taraf hidup penduduk. Contohnya, pemandu lori balak, pekerja kilang,
nelayan dan jurutera.
- Meningkatkan pendapatan kepada negara melalui aktiviti eksport ke luar negara hasil-hasil hutan seperti papan lapis dan perabot
seperti ke Jepun. Hal ini kerana hasil hutan negara mendapat permintaan yang tinggi daripada negara tersebut.
- Memajukan pusat pendidikan khususnya pusat pengajian tinggi memudahkan penduduk mendapat pendidikan dengan melanjutkan
pelajaran ke pusat pendidikan yang berprestij tinggi. Contohnya, Universiti Teknologi Petronas (Malaysia) dan Universiti Oxford
(England).
- Menyediakan kemudahan infrastruktur yang maju seperti bekalan air, elektrik, komunikasi, pengangkutan, pendidikan, dan kesihatan
kepada penduduk. Hal ini membolehkan penduduk mendapatkan perubatan, pendidikan dan sebagainya dengan mudah seperti
banyaknya hospital, sekolah dan universiti selain menggalakkan petempatan bandar. Contohnya, Kota Bharu (Kelantan) dan Sandakan
(Sabah).
- Memajukan kemudahan sistem pengangkutan, seperti jaringan lebuh raya dan perkhidmatan kereta api menyebabkan petempatan
yang terletak di laluannya membangun menjadi bandar kerana banyaknya kemudahan jaringan pengangkutan yang dapat
meningkatkan mobiliti penduduk. Contohnya, Gemas (Negeri Sembilan) dan Ayer Keroh (Melaka).
(C) Jelaskan kesan urbanisasi terhadap manusia dan alam sekitar di sesebuah negara. (6M)

- Kejadian pulau haba, kerana banyaknya bangunan-bangunan infrastruktrur yang dibina rapat-rapat, bercermin dan berkaca
menyebabkan suhu panas yang melampau kerana banyak haba terperangkap di atmosfera bumi. Contohnya, Kuala Lumpur
(Malaysia) dan Los Angeles (Amerika Syarikat).
- Pencemaran air, kerana pembandaran yang pesat menyebabkan sungai menjadi teruk tercemar kerana pembuangan sampah
sarap daripada domestic dan sisa kilang daripada kegiatan perindustrian ke dalam sungai. Ini akan mengakibatkan
kepupusan hidupan akuatik. Contohnya, Sungai Kim Kim (Johor Bharu) dan Teluk Tokyo (Jepun).
- Kejadian banjir kilat, kerana permukaan bandar yang tepu menghalang air hujan daripada meresap ke dalam tanah
disebabkan oleh aktiviti pembandaran yang pesat. Ini akan mengancam nyawa penduduk kerana kesihatan terjejas akibat
daripada hujan asid seperti demam panas, selesema dan sebagainya. Contohnya, Shah Alam (Selangor) dan Hanoi
(Vietnam).
- Wujud kawasan setinggan kerana kekurangan tanah dan kos tanah yang tinggi menyebabkan penduduk membina
petempatan di kawasan tanah rizab milik kerajaan secara tidak sah. Contohnya, bandaraya Kuala Lumpur dan Hong Kong.
- Wujud masalah sosial dalam kalangan penduduk kerana mengalami tekanan akibat pengangguran dan menyebabkan
kemiskinan. Hal ini kerana jumlah penduduk yang banyak menyebabkan berlakunya persaingan dalam mendapatkan
pekerjaan tertentu. Contohnya, vandalisme, penagihan dadah dan jenayah.
- Kemerosotan kualiti hidup, kerana kawasan setinggan yang sesak dan padat di bandar menyebabkan pelbagai penyakit
yang berbahaya mudah merebak sehingga boleh mengakibatkan kematian dalam skala yang besar. Contohnya, malaria,
denggi dan taun.
(d) Terangkan usaha yang boleh diambil untuk mewujudkan sebuah bandar yang mesra alam sekitar. (4M)

- Menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan denda yang tinggi kepada individu yang bertindak mencemarkan alam
sekitar yang dapat mengancam nyawa semua hidupan terutama kepada pemilik kilang yang degil dan ingkar kepada perintah
kerajaan. Contohnya, Akta kualiti Alam Sekitar 1974.
- Mengadakan kempen kesedaran alam sekitar, untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menjaga alam sekitar dengan
sebaik mungkin kerana banyak kesan buruk yang akan dialami sekiranya alam sekitar tidak dijaga. Contohnya, kempen “Hari
Tanpa Beg Plastik”.
- Memberi pendidikan alam sekitar kepada masyarakat dan murid di sekolah untuk bertindak melaporkan individu yang bertindak
melakukan kesalahan mencemari alam sekitar kepada agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS).
- Mengamalkan amalan pengangkutan lestari untuk mengurangkan pengeluaran asap kenderaan ke udara. Contohnya,
menggunakan kenderaan elektrik/hibrid dan berbasikal.
- Mewujudkan kawasan hijau dengan menanam lebih banyak tumbuhan hijau di kawasan bandar untuk mewujudkan suasana dan
udara yang segar kerana tumbuhan ini bertindak menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen semasa proses
fotosintesis. Contohnya, Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur dan Taman Botani, Putrajaya.
- Memasang penapis asap bagi kilang-kilang industri untuk mengurangkan pembebasan gas beracun ke udara yang boleh
mengakibatkan pelbagai fenomena cuaca dan iklim. Contohnya, gas beracun seperti sulfur dioksida dan ammnonia.
SOALAN 7
7(a) Nyatakan jenis-jenis migrasi dalaman di Malaysia. (4M)
- Luar bandar ke bandar
- Luar bandar ke luar bandar
- Bandar ke luar bandar
- Bandar ke bandar
(b) Berdasarkan pernyataan dalam keratan akhbar di atas, mengapakah Malaysia menjadi tumpuan pekerja asing? (6M)
- Banyaknya peluang pekerjaan yang dapat meningkatkan taraf hidup migran menyebabkan migran bermigrasi ke negara
yang dituju kerana banyaknya pekerjaan dalam sector pembinaan, perindustrian, pembalakan, pertanian, perladangan,
pelancongan dan sebagainya. Contohnya, bekerja sebagai pemandu lori balak, pengusaha kilang dan pengurus ladang.
- Kadar upah yang tinggi menyebabkan pekerja asing bermigrasi ke negara yang dituju kerana dapat menambah pendapatan
yang membolehkan pekerja asing menyara kos hidup yang tinggi. Hal ini kerana berlaku pertukaran mata wang asing yang
lebih tinggi di negara yang dituju berbanding negara asal. Contohnya, Indonesia dan Bangladesh.
- Banyaknya kemudahan infrastruktur yang lengkap dan maju yang membolehkan pekerja asing mendapat perkhidmatan kesihatan,
perubatan, pendidikan dan sebagainya yang memudahkan pergerakan penduduk. Contohnya, bangunan hospital, klinik, sekolah dan
universiti.
- Kestabilan politik menyebabkan pekerja asing bermigrasi untuk mencari perlindungan dan pekerjaan kerana negara yang dituju
terlindung dari serangan musuh, peperangan dan bencana alam. Ini membolehkan keselamatan negara terjamin berbanding negara
mereka. Contohnya, berlaku peperangan di Palestin dan Syria dan kemarau di Somalia menyebabkan penduduk berpindah ke Kenya dan
Tanzania.
- Banyaknya jaringan pengangkutan yang maju, yang dapat meningkatkan mobiliti penduduk kerana memudahkan pergerakan mereka
untuk ke satu tempat ke tempat yang lain dengan mudah dan cepat. Contohnya, lebuh raya, jalan raya dan jalan kereta api.
- Banyaknya kegiatan ekonomi yang maju seperti dalam sektor pertanian, perlombongan, perindustrian, pembalakan, perhotelan,
perladangan dan sebagainya yang dapat meningkatkan taraf hidup seterusnya mengelakkan berlakunya pengangguran yang berleluasa.
Ini kerana banyaknya tanah pamah yang rata memudahkan pembukaan kawasan baru untuk kegiatan ekonomi. Contohnya, pembukaan
ladang untuk aktiviti perladangan.
- (c) Kemukakan kesan positif migrasi antarabangsa terhadap negara yang dituju. (4M)
- Meningkatkan tenaga buruh, kerana perpindahan penduduk yang berlaku secara pesat masuk ke sesebuah negara yang dituju akan
mempercepatkan lagi proses pengeluaran produk dalam kegiatan ekonomi seperti perindustrian, pertanian, perladangan dan sebagainya
kerana terdapat tenaga buruh yang mahir dan separa mahir. Ini secara tidak langsung akan merancakkan ekonomi sesebuah negara
seterusnya memajukan kegiatan ekonomi negara. Contohnya, Indonesia mempunyai ladang kelapa sawit yang besar dan luas seperti di
Riau dan Jambi.
- Meluaskan pasaran barangan kerana kuasa beli meningkat dan pertambahan penduduk yang pesat menarik pelancong asing
untuk datang ke sesebuah negara seterusnya menarik pelabur asing untuk melabur yang dapat meningkatan mata wang
negara. Contohnya, Singapura, Arab Saudi dan Kanada.
- Kemudahan infrastruktur meningkat, untuk memenuhi permintaan penduduk yang semakin bertambah akibat migrasi
menyebabkan banyak bangunan infrastruktur yang maju dibina untuk memudahkan penduduk mendapat kemudahan.
Contohnya, kemudahan perubatan, kesihatan, pendidikan dan jalan raya.
- Taraf hidup imigran meningkat kerana pendapatan atau kadar upah tinggi yang diperoleh membolehkan imigran mendapat
perkhidmatan yang lebih baik dan seterusnya dapat menyara kos hidup yang tinggi akibat taraf hidup yang meningkat.
Contohnya, imigran dari Bangladesh, India dan Indonesia.
(d) Bagaimanakah usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk mengelakkan pergantungan kepada buruh asing bagi
membangunkan ekonomi negara? (6M)
- Menyediakan kemudahan insentif kepada penduduk tempatan dengan cara pihak kerajaan dan swasta memberikan kadar
upah yang lebih tinggi untuk mengurangkan emigrasi supaya bekerja dalam pelbagai sektor ekonomi seperti perindustrian,
pembinaan, perladangan, perlombongan dan pertanian. Contohnya, insentif asrama pekerja, kemudahan cuti bersalin dan
pemberian bonus.
- Meningkatkan kemahiran tenaga buruh tempatan dengan melaksanakan program pembangunan tenaga kerja tempatan untuk
mempertingkatkan kemahiran supaya tidak terlalu bergantung kepada pekerja asing yang mahir dalam pelbagai sektor
ekonomi. Contohnya, latihan yang diberikan termasuklah melalui Kolej Vokasional dan Institut Kemahiran MARA (IKM).
- Mengutamakan buruh tempatan dengan menggalakkan majikan untuk mengutamakan pengambilan buruh tempatan
berbanding buruh asing kecuali dalam sektor kritikal seperti perladangan dan pembinaan. Ini akan mengurangkan
pergantungan kepada buruh asing bagi membangunkan ekonomi negara. Contohnya, mengurangkan cukai keuntungan
kepada majikan yang mengambil buruh tempatan.
- Meningkatkan kadar upah buruh tempatan agar dapat menarik minat buruh tempatan untuk bekerja dalam pelbagai sektor
ekonomi supaya dapat meningkatkan kemahiran setaraf dengan buruh asing. Hal ini akan dapat meningkatkan taraf hidup
buruh tempatan kerana kadar upah yang tinggi. Contohnya, buruh tempatan dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa
dari aspek perkhidmatan.
- Menguatkuasakan undang-undang pengambilan pekerja asing, dengan memperketatkan proses pengambilan pekerja asing
dan tindakan tegas perlu diambil kepada mereka yang menceroboh masuk ke sesuatu negara secara haram seperti Malaysia.
Contohnya, meningkatkan operasi penguatkuasaan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan memberi permit yang terhad.
8(a) Jelaskan aktiviti manusia yang menyebabkan banjir di Malaysia. (4M)
- - Hujan lebat yang berterusan dalam jangka masa yang panjang telah menyebabkan banjir berlaku kerana kawasan-kawasan rendah
tidak dapat menampung limpahan air yang banyak dan ianya akan mengalir ke sungai lalu sungai yang cetek yang dipenuhi air akan
melimpah keluar ke kawasan daratan seterusnya berlakunya banjir. Contohnya, banjir di kawasan lembah sungai.
- - Sistem perparitan yang tidak efektif telah menyebabkan longkang tersumbat akibat daripada pembuangan sampah sarap yang
melampau dari penduduk di kawasan sekitar dan secara tidak langsung banjir akan berlaku kerana sistem perparitan yang kecil dan
cetek. Contohnya, bandaraya Kuala Lumpur dan Shah Alam (Selangor).
- - Sungai yang cetek dan pemendapan lumpur yang banyak telah mengakibatkan air hujan yang turun berterusan melimpah keluar dan
lumpur yang terhasil akibat tanah runtuh disebabkan oleh struktur tanah yang longgar telah melambatkan pengaliran air hujan dan
tidak mampu menampung air hujan yang turun dengan banyak lalu berlakunya banjir. Contohnya, banjir lumpur di Gunung Jerai
(Kedah) dan Sungai Klang, Kuala Lumpur.
- - Permukaan tanah berturap menyebabkan air tidak dapat diserap ke dalam tanah dan larian air permukaan bertambah. Ini akan
mendorong kepada fenomena banjir kerana banyak limpahan air yang tidak dapat ditampung oleh tanah kerana permukaan tanah
yang berturap dan tepu. Contohnya, negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang
sering dilanda banjir.

- (b) Terangkan kesan kejadian banjir terhadap manusia. (6M)


- - Nyawa manusia terancam kerana banjir menyebabkan penularan pelbagai penyakit terutamanya penyakit bawaan air disebabkan
oleh takungan najis yang keluar bersama-sama limpahan air dan bertaburan di merata-rata tempat. Contohnya, taun, malaria dan cirit-
cirit.
 Kemusnahan harta benda kerana banjir menenggelamkan rumah, menghanyutkan barangan dan merosakkan barang-barang berharga
yang lain seperti kereta, barang- barang elektrik dan barang perhiasan diri sehingga boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada
penduduk.
 Aktiviti ekonomi terjejas menyebabkan penduduk tidak dapat menjalankan aktiviti ekonomi seperti perindustrian, pertanian.
penternakan, perlombongan. perikanan dan sebagainya. Hal ini akan menyebabkan taraf hidup penduduk menurun kerana mereka tidak
memperoleh pendapatan dan menyebabkan mereka menganggur maka berlakunya kadar kemiskinan yang tinggi dalam kalangan
penduduk.
 Kerosakan tanaman, akan menyebabkan penduduk tidak dapat melakukan kegiatan pertanian dan penternakan kerana kekurangan sumber
makanan seperti padi dan rumput kepada haiwan ternakan contohnya lembu, kerbau dan kuda. Ini kerana banjir yang berlaku telah
menenggelamkan kawasan kebun dan ladang sehingga berlakunya kerosakan tanaman dan haiwan ternakan mati. Ini akan
mengakibatkan kerugian yang besar kepada petani dan penternak kerana terpaksa menanggung kerosakan yang dialami. Contohnya,
Bandaraya Kuala Lumpur.

(c) Cadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk meminimumkan kesan banjir pada masa hadapan. (4M)
 Menguatkuasakan undang-undang alam sekitar dengan mengenakan denda yang tinggi kepada sesiapa yang bertindak membuang
sampah merata-rata tempat yang boleh mengakibatkan longkang tersumbat agar pencemaran alam sekitar dapat dibendung. Contohnya,
Akta kualiti Alam Sekitar 1974.
 Menjalankan kempen kesedaran alam sekitar kepada pengusaha kilang dan seluruh penduduk untuk memberi kesedaran alam sekitar agar
mereka tidak melakukan pembuangan sampah-sarap yang boleh menyusahkan pengaliran air sungai akibat sampah-sarap yang padat.
Contohnya, kempen Sayangi Sungai Kita.
- Melaksanakan pendidikan alam sekitar seperti Sains dan Geografi dari peringkat tadika sehingga peringkat IPTA kepada murid-murid di
sekolah dan universiti serta kepada masyarakat untuk bertindak melaporkan kesalahan yang berlaku seperti perbuatan yang menyebabkan
pencemaran alam. Contohnya, melaporkan kepada agensi kerajaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS).
- Memasang perangkap sampah untuk memastikan laluan air lancar dan menyekat sisa sampah daripada terus terampai di kawasan laluan
air yang seterusnya dapat mengakibatkan sungai dan longkang tersumbat. Contohnya, di Sungai Klang, Kuala Lumpur.
- Mendalamkan dasar sungai yang cetek untuk menampung kuantiti air yang banyak. Ini dapat mencegah daripada berlaku limpahan air
yang boleh menenggelamkan kawasan darat dan mengancam nyawa manusia. Contohnya, Sungai Gombak, Kuala Lumpur.
(d) Wajarkah kerajaan mengenakan tindakan terhadap pihak yang melakukan penerokaan hutan secara haram di Malaysia? Beri alasan
anda. (6M)
Wajar

- Mengekalkan keseimbangan ekosistem, kerana pokok menghasilkan oksigen dan bertindak menyerap karbon dioksida. Ini
juga penting kerana keseimbangan ekosistem akan terganggu jika populasi flora dan fauna terjejas akibat aktiviti
penerokaan hutan yang dijalankan. Contohnya, pokok menghasilkan dan membebaskan oksigen melalui proses fotosintesis.
- Menggalakkan ekopelancongan, kerana keunikan tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar di negara kita menarik
perhatian pelancong. Ini juga dapat menyumbang kepada pembangunan negara dan menggalakkan perkembangan
industri pelancongan di negara kita. Contohnya, Taman Negara, Pahang

- Menjamin sumber bekalan yang berterusan, kerana pengurusan sumber hutan dan pembangunan yang lestari
diamalkan untuk keperluan manusia pada masa hadapan. Contohnya, penghasilan papan daripada kayu balak
melalui kegiatan pembalakan.

- Kelangsungan sumber air bersih, kerana hutan merupakan kawasan tadahan air yang bersih kepada manusia. Ini
juga kerana hutan menyimpan air bawah tanah yang banyak kerana litupan kanopi hutan menghalang pancaran
matahari daripada terus sampai ke lantai tanah dan dapat mengelakkan berlakunya krisis air. Contohnya,
Empangan Semenyih, Selangor.

- Mencegah hakisan, kerana banyaknya akar tumbuh-tumbuhan yang kuat yang bertindak mencengkam tanih
daripada berlakunya gerakan jisim seperti kejadian tanah runtuh. Ini penting untuk mencegah daripada berlaku
tanah runtuh yang boleh memberi risiko kepada hidupan termasuklah manusia dan hidupan liar. Contohnya, akar
banir bertindak mencengkam tanih dan mencegah hakisan tanah berlaku.

You might also like