You are on page 1of 9

Bahagian B : Alam Sekitar Manusia (Pahang 2018)

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan taburan penduduk?[3]

-Taburan penduduk ialah agihan atau sebaran penduduk di atas ruang/permukaan bumi yang menghasilkan kepadatan
mengikut kawasan sama ada padat, sederhana, atau jarang.

(b) Huraikan tiga faktor yang menyebabkan bandar-bandar besar di Malaysia mempunyai kepadatan penduduk

yang tinggi.[6]

-Sektor ekonomi moden. Perkembangan sektor perindustrian akan meningkatkan kemasukan migrasi dari kawasan luar

bandar ke bandar.

-Proses Perbandaran /Urbanisasi. Penduduk tertumpu di bandar kerana kemudahan pendidikan tinggi, perubatan

moden, pusat perniagaan, kemudahan pengangkutan dan telekomunikasi canggih dan moden.

-Demografi /Kadar pertumbuhan penduduk semula jadi yang tinggi. Penduduk yang bermigrasi ke bandar merupakan

golongan muda yang berada pada peringkat umur subur dan mempunyai tahap kesihatan yang baik. Ini akan

meningkatkan kadar kelahiran dan mampu mengurangkan kadar kematian bayi.

-Peluang pekerjaan yang luas. Penduduk tertumpu ke kawasan bandar kerana terdapat pelbagai peluang pekerjaan.

Sektor perindustrian dan perkhidmatan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak.

-Kemudahan infrastruktur. Kemudahan pengangkutan yang lengkap meningkatkan darjah ketersampaian ke bandar.

Kemudahan telekomunikasi meningkatkan tahap perhubungan.

-Peluang pendidikan tinggi. Penduduk terutamanya golongan muda tertumpu ke bandar untuk menyambung pelajar ke

peringkat yang lebih tinggi.

(c) Bagaimanakah kepadatan penduduk yang tinggi di bandar-bandar besar boleh menjejaskan sumber alam? [6]

-Persaingan guna tanah. Persaingan guna tanah untuk kawasan petempatan, perindustrian, pengangkutan dan

perniagaan yang meningkat.Menyebabkan tekanan terhadap sumber tanah kerana saiz tanah semakin berkurangan.

-Aktiviti domestik /penduduk. Aktiviti pembuangan sisa domestik/sisa kumbahan /industri / pertambahan bilangan
kenderaan .Keadaan ini boleh menyebabkan pencemaran air/udara/bau.

-Pembinaan infrastruktur. Kepesatan sektor pembinaan petempatan dan infrastruktur menyebabkan banyak kawasan

berbukit dan tanah tinggi di potong, ditarah dan diratakan.Keadaan ini menyebabkan kejadian tanah runtuh, tanah

mendap dan banjir kilat.

2. (a) Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi keseimbangan daya tampung sumber alam di Malaysia.[13]

-Kuantiti dan kualiti sumber alam yang ada. Malaysia mempunyai sumber alam yang banyak seperti sumber tanah,
sumber mineral dan sumber hutan.Mampu menampung dan memenuhi keperluan penduduk.Sumber tanah yang luas

dan subur sesuai untuk aktiviti pertanian untuk menampung keperluan makanan penduduk.

-Tahap teknologi untuk penerokaan sumber. Teknologi yang tinggi membolehkan Malaysia meneroka stok sumber yang

tersimpan untuk menampung keperluan ekonomi dan penduduk.Teknologi juga berupaya untuk meneroka sumber-

sumber baru atau mempelbagai sumber alam sedia ada.

-Pengurusan sumber yang cekap melalui pemeliharaan dan pemuliharaan. Menitik beratkan langkah pemeliharaan dan

pemuliharaan dalam menguruskan sumber secara berkesan.Contohnya menguruskan sumber hutan secara lestari

melalui projek perladangan hutan dan rawatan silvikultur.Melalui langkah ini ia membolehkan sumber hutan dapat

dikekalkan.

-Kawalan jumlah penduduk. Memastikan sumber alam dapat memenuhi keperluan penduduk dan sumber dapat

digunakan dengan optimum.Ia boleh dilaksanakan melalui beberapa langkah secara terkawal seperti menggalakkan

kelahiran melalui rawatan percuma kepada ibu dan anak dan sebagainya.

*Kesimpulan

(b) Cadangkan langkah-langkah untuk mengawal kemusnahan alam sekitar fizikal akibat daripada penerokaan
sumber alam.[12]

-Penguatkuasaan undang-undang. Menguatkuasakan Akta Alam Sekeliling, 1974 yang bertujuan untuk menghalang

kemerosotan alam sekitar dan mempertingkatkan kualiti alam sekitar.

-Kawalan dan pemantauan. Kawalan dan pemantauan harus dilakananakan secara berkala dan berterusan.

-Hukuman dan denda. Hukuman dan denda yang setimpal perlu dijalankan secara telus dan tanpa memilih kepentingan

sesuatu pihak supaya dapat menjadi pengajaran kepada individu atau pengusaha lain.

-Laporan EIA. Semua projek pembangunan perlu mengemukakan laporan EIA untuk dinilai oleh pihak berkuasa sebelum

melaksanakan sesuatu projek.Tujuannya adalah untuk meminimumkan impak pembangunan terhadap alam sekitar.

-Melaksanakan pembinaan tembok/ gabion. Untuk menstabilkan cerun.

-Menanam tumbuhan tutup bumi. Menanam rumput di cerun bukit yang telah diteroka.

-Membina teres. Dapat mengurangkan larian air permukaan/ hujan yang menyebabkan hakisan.

-Penghutanan semula. Menanam semula kawasan hutan yang telah ditebang.

-Merawat sumber air. Memastikan sumber air yang tercemar dirawat terlebih dahulu sebelum dialirkan semula ke

dalam sungai/sistem saliran.

-Memasang alat penapis asap. Alat tersebut dipasang di cerobong asap kilang untuk menapis asap yang dilepaskan oleh
kilang.

-Kempen. Melaksanakan kempen kesedaran melalui media masa dan kerjasama NGO.

-Pendidikan. Pendidikan alam sekitar diterapkan di sekolah sama ada secara formal atau tidak formal sejak diawal

persekolahan.

3 Dengan merujuk kepada sesebuah kawasan desa yang sedang mengalami perubahan.

(a) Terangkan bukti yang menunjukkan kawasan desa tersebut telah mengalami kemajuan.[7]

-Perubahan fizikal. Guna tanah, bangunan, landskap dan lain-lain kawasan desa berubah.Contohnya, bangunan rumah

tradisional telah berubah kepada reka bentuk moden, kawasan terbiar dibina bangunan ternakan ayam telur/daging

secara komersial.

-Perubahan ekonomi. Sudah wujud kepelbagaian ekonomi.Penglibatan penduduk dalam ekonomi moden berjaya

meningkatkan produktiviti dan mempelbagaikan peluang pekerjaan.Mampu meningkatkan pendapatan, peningkatan

pendapatan telah meningkatkan taraf hidup dan tabungan penduduk.

-Perubahan sosial. Penduduk berpeluang melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.Tahap kesihatan dan

pemakanan juga bertambah baik dan dapat dilihat melalui penurunan kadar kematian kanak-kanak dan bayi.Selain itu,

pemilikan kenderaan dalam kalangan penduduk semakin meningkat dan gaya hidup moden mulai diamalkan, khususnya

dalam golongan orang muda.

-Perubahan teknologi. Pengenalan ekonomi moden mementingkan peningkatan produktiviti dan kecekapan

pengeluaran.Oleh itu, jentera moden. input moden dan teknik pengeluaran moden diperkenalkan di desa.Contohnya,

penggunaan jentera membajak dan menuai, baja kimia dan racun serangga dalam pertanian padi sawah.

-Perubahan infrastruktur dan kemudahan sosial. Projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan kini telah banyak

memajukan kawasan desa.Klinik kesihatan, sekolah rendah dan menengah, bekalan air paip dan elektrik sudah

dilaksanakan.

-Pengangkutan dan komunikasi. Jalan desa telah dinaiktarafkan dari jalan tidak berturap kepada berturap bagi

meningkatkan tahap ketersampaian desa dengan bandar, peluasan perkhidmatan jalur lebar dan ASTRO memberi

kemudahan kepada penduduk desa berhubung dengan dunia luar.

(b) Huraikan kesan transformasi desa terhadap alam sekitar fizikal kawasan kajian.[8]

-Pencemaran air. Berlaku akibat daripada pembuangan sisa dan najis ternakan ke dalam sungai yang menyebabkan air

sungai tercemar dengan bakteria E-coli. Pembuangan sisa industri IKS seperti sisa kilang pemprosesan dan pembuatan
sos cili, kerepek pisang dan ubi kayu, mengecap batik.Penggunaan baja kimia dan racun serangga secara berlebihan

dalam aktiviti pertanian meningkatkan nilai keasidan air sungai.

-Pencemaran udara. Berlaku akibat daripada pembakaran jerami padi selepas musim menuai dan pembakaran sampah

secara terbuka yang sering dilakukan oleh penduduk desa.

-Pencemaran bau. Berpunca dari sisa longgokan sampah dan air sampah kilang seperti kilang memproses dan membuat

sos cili dan kerepak.Najis ternakan seperti ternakan ayam, lembu, kambing dan babi juga menyebabkan pencemaran

bau berlaku.

-Pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi bising pula berlaku dari jentera kilang yang beroperasi.

-Hakisan tanih dan gerakan jisim. berpunca daripada aktiviti tanaman semula getah di kawasan cerun bukit tanpa

tanaman tutup bumi menyebabkan hakisan larian air permukaan berlaku pada musim hujan.Cerun bukit juga

mengalami gerakan jisim kerana cerun bukit menjadi tidak stabil pada musim hujan.

-Gangguan ekologi kawasan desa. Berlaku disebabkan oleh hutan di sekitar desa ditebang untuk meluaskan kawasan

tanaman ubi kayu dan pisang. Kepelbagaian spesies flora dan fauna turut terjejas dengan penebangan hutan ini apabila

habitat musnah.

-Gangguan hidrologi setempat. Penebangan hutan akan mengurangkan susupan dan simpanan air tanih.Berlaku

peningkatan larian air permukaan.Berlakunya kejadian banjir.

(c) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan petempatan desa tersebut.[10]

-Bentuk muka bumi. Tanah pamah yang rata dan beralun sesuai untuk pembinaan petempatan dan aktiviti ekonomi.

Bebas daripada bencana alam seperti banjir.

-Berhampiran kawasan bandar. Dapat meningkatkan interaksi desa-bandar melalui mobaliti penduduk, barangan dan

perkhidmatan.

-Potensi sumber alam yang dimiliki. Sumber tanih yang subur sesuai untuk pertanian. Contohnya tanih aluvium sesuai

untuk tanaman padi sawah dan tanah laterit sesuai untuk tanaman kelapa sawit. Keindahan alam semula jadi dan

kepelbagaian biologi yang menggalakkan aktiviti ekopelancongan.

-Dasar kerajaan. Rancangan pemodenan desa/pembangunan in situ.Mewujudkan pusat pertumbuhan desa (PPD)

-Kemajuan sistem pengangkutan. Wujudnya jaringan dan sistem pengangkutan yang baik seperti jalan raya dan

landasan kereta api.Memudahkan pengangkutan dan pemasaran barangan.Darjah ketersampaian tinggi.

-Faktor kedinamikan/kesediaan penduduk. Mempunyai daya keusahawanan, minda terbuka yang dapat menyediakan
tenaga kerja untuk memajukan sumber-sumber ekonomi desa.Meluaskan saiz pasaran dan kuasa beli pengguna.

-Faktor teknologi. Teknologi moden dalam sektor pertanian seperti penggunaan jentera, teknik dan input moden yang

dapat meningkatkan produktiviti pertanian desa.Penggunaan teknologi dan peralatan moden dalam perusahaan kecil

dan sederhana (IKS).

-Faktor modal. Keupayaan modal untuk mengerakkan sektor ekonomi desa khususnya PKS.Penyediaan modal oleh pihak

kerajaan dan institusi kewangan seperti skim kredit mikro di bawah PKS, pinjaman oleh AgroBank.

-Kemudahan infrastruktur/ Kemudahan sosial. Kemudahan asas yang lengkap seperti jalan raya, bekalan elektrik, dan

bekalan air.Kemudahan sosial – sekolah, klinik kesihatan, rumah ibadat, tempat rekreasi dan pusat perniagaan.

Bahagian B

1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pola taburan penduduk? [3]

(b) Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi ketidakseimbangan taburan penduduk di Malaysia.[6]

(c) Jelaskan tiga kesan kepadatan penduduk terhadap pembangunan ekonomi kawasan bandar.[6]

2. (a) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kelahiran yang tinggi di sesebuah negara. [12]

(b) Bincangkan bagaimana pertumbuhan penduduk yang meningkat memberi kesan positif kepada sosioekonomi

sesebuah negara ?[13]

3. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pola pembandaran? [3]

(b) Jelaskan peranan bandar dalam pembangunan sesebuah negara.[10]

(c)Huraikan kesan proses pembandaran yang pesat terhadap sosioekonomi sesebuah negara. [12]

Bahagian B

1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan transformasi desa ?[3]

-Transformasi desa ialah perubahan sosio ekonomi desa dari segi saiz dan fungsi atau peranan desa .

(b) Apakah yang dimaksudkan dengan sumber alam ?[3]

-Sumber alam ialah sumber semulajadi atau sumber asli yang terdapat dalam persekitaran fizikal yang dihargai,

bermanfaat dan digunakan oleh manusia .Contohnya, sumber hutan (sumber yang boleh diperbaharui) dan petroleum

(sumber yang tidak boleh diperbaharui).

(c) Apakah yang dimaksudkan dengan ketidakseimbangan pembangunan ? [3]

-Aras pencapaian kemajuan sosio- ekonomi yang tidak sama rata dalam sesebuah negara.

(d) Apakah yang dimaksudkan dengan kepadatan penduduk?[3]


-Jumlah penduduk yang mendiami di dalam satu-satu kawasan

-Diukur bagi setiap kilometer persegi

-Jumlah penduduk dibahagi dengan keluasan kawasan

(2) Apakah yang dimaksudkan pertumbuhan penduduk?[3]

- Perubahan jumlah penduduk

-Dalam sesebuah Negara

-Dalam tempoh tertentu

-Sama ada bertambah/berkurang/sifar

(f) Nyatakan komposisi aliran migrasi. [3]

- Jantina

-Umur

-Taraf pendidikan

(g) Namakan empat jenis aliran migrasi dalaman yang berlaku di Malaysia. [4]

-Migrasi Desa – Bandar

-Migrasi Bandar – Bandar

-Migrasi Bandar – Desa

-Migrasi Desa – Desa

(h) Jelaskan tiga petunjuk berlakunya proses transformasi desa di Malaysia. [6]

-Perubahan landskap fizikal – perubahan guna tanah.

-Mempelbagaikan kegiatan ekonomi – pertanian, perindustrian, perniagaan.

-Peningkatan taraf hidup – pendapatan, pemilikan barangan, gaya hidup moden.

-Peningkatan teknologi – teknologi tradisional kepada teknologi moden.

-Peningkatan pengangkutan dan telekomunikasi – jalan raya, berturap, stesen pemancar.

-Peningkatan kemudahan sosial – klinik, sekolah, hospital, bank, pusat kemahiran, balai polis, stesen

minyak, pejabat pos, pusat khidmat masyarakat.

(i) Jelaskan kesan transformasi desa terhadap unsur-unsur cuaca dan iklim setempat.[6]

-Peningkatan suhu mikro – kesan pembangunan industri dan penempatan, peningkatan bahangan suria.

-Pengurangan kelembapan udara – mengurangkan proses perpeluhan atau pembebasan wap air ke udara.
-Tekanan udara menjadi rendah – peningkatan suhu di kawasan desa.

-Kurang litupan awan – kekurangan proses perpeluhan, kerpasan.

2 (a) Usaha-usaha yang boleh dijalankan untuk menyeimbangkan taburan penduduk di Malaysia. [10]

- memindahkan lokasi industri ke kawasan luar bandar

- membina pusat-pusat pengajian tinggi di luar bandar

- mengadakan rancangan pembangunan wilayah

- memodenkan sektor pertanian

- menyediakan kemudahan bandar di luar Bandar

(b) Mengapakah kerajaan memajukan sektor perindustrian di kawasan luar Bandar ? [15]

- menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk desa

- menyeimbangkan pembangunan wilayah di antara kawasan bandar dengan luar bandar

- dapat membangunkan sumber-sumber yang ada di luar bandar

- pembangunan infrastruktur

- membangunkan sektor lain

-membandarkan desa

3 (a) Terangkan proses pembandaran menyebabkan berlakunya peningkatan suhu .[10]

- peningkatan jumlah kenderaan – pembesan gas karbon dioksida

- kekurangan tumbuhan hijau- kurang gas oksogen

- bahan binaan konkrit, jalan berturap[ daya seraph aba yang tinggi

- susunan bangunan yang rapat ; kurang pergerakan udara, udara terperangkap

- pembakaran terbuka di tapak pelupusan sampah

(b)lima peranan Bandar dalam pembangunan Negara (15)

- pusat pemasaran- permintaan yang tinggi di Bandar. Pasaran hasil pengeluaran desa

- peluang pekerjaan – banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai sector perkilangan, perkhidmatan

- pusat pemodenan – kadar celik ICT, penggunaan pengangkutan moden LRT, Komuter

- pusat perkhidmatan social ; pendidikan, kesihatan, telekomunikasi

-pusat pembauran inovasi ; penyebaran pemodenan dan inovasi ke luar Bandar dalam bidang ict,
teknologi, komuniklasi dll

3(a) Huraikan bagaimanciri a kualiti sumber manusia yang mempengaruhi pembangunan sosio-ekonomi di sesebuah
negara. (10)

iii1. Pendidikan.

iii2. Kemahiran.

iii3. Tahap kesihatan.

iii4. Kebolehkerjaan dari segi fizikal dan mental – budaya kerja positif, mobiliti buruh.

iii5. Sikap positif – tahap kepimpinan, berkomunikasi, integriti, mudah menerima perubahan.

(b) Jelaskan kesan tumpuan dan kepadatan penduduk terhadap alam sekitar fizikal di sesebuah kawasan
[15 Markah ]

i. Tekanan terhadap sumber tanah;

• Persaingan guna tanah untuk petempatan, perindustrian,pembandaran,infrastruktur,pertanian dan sebagainya


meningkat.

• Kesannya saiz tanah secara relatifnya menjadi semakin sempit,

• Ruang tanah menjadi padat dan tepu bina.

• Harga tanah semakin mahal.

ii. Kepupusan atau kehabisan sumber alam sekitar fizikal;

• Kehabisan sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti sumber mineral: bijih timah, bijih besi, emas dan lain-
lain.

• Kepupusan sumber hutan – sumber kepelbagaian biologi iaitu fauna dan flora.

• Kepupusan sumber marin .

• Tanih tandus – kemerosotan kualiti (tanih menjadi semakin tidak subur)

iii. Pencemaran alam sekitar fizikal;


• Pencemaran udara – jerebu.

• Pencemaran air.

• Pencemaran sampah sarap.

• Pencemaran bau dan bunyi.

• Pencemaran sisa toksid yang berbahaya.

iv. Kerosakan dan kemusnahan alam sekitar fizikal;

• Tanah – hakisan, tanah runtuh dan tanah mendap.

• Air – kemusnahan kawasan tadahan, banjir- banjir kilat dan banjir lumpur.

• Ekosistem – kerosakan ekosistem daratan dan akuatik, kemusnahan habitat dan rantaian makanan.

v. Kesan positif. Pembangunan sumber alam meningkat;

• Sumber tidak terbiar membazir seperti sumber tanah dimajukan sepenuhnya.

• Tenaga kerja/buruh yang cukup untuk menjana dan membangunkan sumber alam.

• Permintaan terhadap sumber bertambah – pasaran sumber luas.

• Produk sumber alam boleh dipelbagaikan.

You might also like