You are on page 1of 16

Kajian Laporan Kesan Kegiatan

Ekonomi Terhadap Alam


Sekitar (Tikam Batu)
Nama : Uh Guan Hong
Tingkatan : 3.3
Nama Guru Mata
Pelajaran : Pn.Chong
Yok Mooi

T. Tangan

T. Tangan

SENARAI KANDUNGAN
Bil

Aspek

Muk Markah
a Diperole
Sura
hi
t
1
/1
2
/1

1. Tajuk Kajian
2. Senarai
Kandungan
3. Pendahuluan
3
4. Objektif Kajian
4
5. Kawasan Kajian
5
6. Kaedah Kajian
6
7. Dapatan
7-11
8. Rumusan
12
9. Lampiran
1315
10 Rujukan
16
.

/2
/2
/6
/2
/24
/2
/3
/2

Pendahuluan
Bagi memenuhi Pentakfsiran Tingkatan 3 2014,
murid Tingkatan 3 dikehendaki menjalankan satu
kajian kes atau laporan tentang kesan kegiatan
ekonomi terhadap alam sekitar di suatu kawasan
terpilih. Kemudian hasilkan satu laporan (folio)
berdasarkan kajian tersebut.
Saya memilih Tikam Batu kerana menepati tema
kajian dan kawasan ini merupakan kampung
halaman saya. Di kawasan ini terdapat jalan raya
yang sibuk dan menjadi laluan utama untuk tamantaman berdekatan.
Saya menyiapkan kajian laporan ini dalam masa
lima minggu secara individu seperti yang
disyaratkan. Saya berharap agar kajian dan laporan

Objektif
Kajian
1. Menghuraikan jenis kegiatan ekonomi di
kawasan kajian.
2. Menghuraikan kesan kegiatan ekonomi
terhadap alam sekitar di kawasan kajian.
3. Menghuraikan langkah-langkah
penjagaan alam sekitar yang kreatif dan
inovatif serta boleh dilaksanakan untuk
mengurangkan kesan kegiatan ekonomi
terhadap alam sekitar di kawasan kajian.

Kawasan
Kajian

Kawasan kajian saya ialah


Tikam Batu yang terletak
didaerah Kuala Muda,
negeriKedah,Malaysia. Antara
lokasi berhampiran ialah
bandarSungai PetanidanKuala
Muda.
Antara kemudahan di sini
ialah Sekolah Kebangsaan
Tikam Batu dan Balai Polis
Tikam Batu. Ada jalan menuju
ke Pantai Merdeka. Beberapa
kampung tradisional yang
berasaskan sawah padi
terdapat di sini. Pada awal
penerokaan, aktiviti utama di

Kaedah
Kajian

Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian


yang berikut untuk menyiapkan folio ini :
1. Pemerhatian: Saya membuat
pemerhatian tentang kegiatan ekonomi
di Tikam Batu.
2. Temu bual: Saya menemu bual
penduduk di situ dan Penolong Pegawai
Daerah, Majlis Daerah Kuala Muda
untuk mengumpulkan maklumat
tentang Tikam Batu.

Dapat
an

Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati kegiatan


ekonomi yang utama di Tikam Batu ialah perindustrian.
Sebahagian penduduk bekerja di kilang Sony, kilang bateri
Yuasa, Leader Cable Industry Bhd, Shing King Industries (M)
Sdn Bhd dan lain-lain di Kawasan Perindustrian Tikam Batu.
Hal ini memberi kesan pencemaran udara dan jerebu. Kesan
daripada aktiviti-aktiviti perkilangan, telah menggalakkan
pembebasan bahan-bahan seperti karbon monoksida, karbon
dioksida, sulfur oksida, hidrokarbon dan lain-lain. Ini telah
menyebabkan komposisi ruang udara di persekitaran Gemas
tercemar dan teroksida. Pembebasan habuk terampai telah
menyebabkan fenomena jerebu terutama ketika udara kering.
Ini telah meningkatkan nilai IPU (Indeks Pencemar Udara) di
persekitaran Gemas.

Saya juga mendapati beberapa kampung tradisional yang


berasaskan sawah padi terdapat di sini. Antaranya ialah
Kampung Padang Limau, Kampung Permatang Durian, Kampung
Padang Tok Chik, Kampung Simpor Besar, Kampong Tambang
Simpor, Kampung Teluk Wang Kechil, Kampung Pokok Kabu,
Kampung Pantai Kapas, Kampung Kepala Bukit, Kampung Pulau
Sepom, Kampung Padang buluh dan Kampung Tanjung Rambai.
Kampung Padang Buluh terletak di hujung pekan Tikam Batu
yang menghala ke Sungai Petani. Aktiviti utama di sini adalah
penanaman padi. Kampung ini terdiri daripada 20 buah rumah
yang mempunyai pertanian sendiri. Dalam apa jua bidang
pertanian, baja dan racun serangga adalah satu keperluan untuk
memastikan tanaman yang dihasilkan lebih berkualiti.
Penggunaan baja dan racun serangga yang berlebihan telah
membawa kesan pertumbuhan rumpai di kawasan sungai dan
terusan yang menjejaskan hidupan air seperti ikan. Sesetengah
baja kimia menjadi racun kepada manusia dan binatang
ternakan apabila bercampur dengan air.

Kegiatan perikanan juga terdapat di Tikam Batu. Kampung


Bukit Kecil, Simpor, Tikam Batu mempunyai kolam pembenihan
ikan yang dilengkapi dengan 17 buah kolam konkrit bersaiz 20
kaki x 100 kaki x 2 kaki. Kesan menjalankan aktiviti perikanan
pertamanya ialah kepupusan fauna dan flora lautan. Kegiatan
akuakultur telah menyebabkan kepupusan kawasan paya bakau
di tepi pantai.

Langkah-langkah penjagaan alam sekitar yang perlu


diambil untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi di
Tikam Batu ialah mengadakan kempen. Kempen kesedaran
diadakan melalui media massa seperti surat khabar,
televisyen dan radio untuk menyedarkan syarikat
perindustrian bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Syarikat perlu mengikut peraturan dan undang-undang yang
telah ditetapkan oleh kerajaan. Syarikat perindustrian perlu
mengamalkan etika-etika yang betul untuk mengelakkan
berlakunya pencemaran alam sekitar. Syarikat tidak harus
memikirkan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan
tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar.
Selain itu, penguatkuasa undang-undang juga merupakan
langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi di
Tikam Batu. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 adalah
perundangan yang menyeluruh tentang alam sekitar. Projek
yang mungkin menjejas alam sekitar mesti menjalankan
EIA(Penilaian Kesan Alam Sekitar). Akta Perikanan 1985
mengawal kegiatan perikanan supaya tidak pupus.

Di samping itu, penyelidikan dan pembangunan dapat


mengurangkan kesan ekonomi di Tikam Batu. Agensi yang
giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R & D)
seperti SIRIM dan institusi pengajian tinggi tempatan.
Universiti Malaya menghasilkan plastik mesra alam daripada
minyak kelapa sawit dan bahan semula jadi untuk
mengeluarkan bakteria biopolimer yang dikenali sebagai PHA.
MPOB menghasilkan kaedah pengeluaran veneer daripada
batang sawit. MARDI (Institusi Penyelidikan dan
Pembangunan Pertanian Malaysia) mencipta benih dan
kaedah baru menanam padi dan buah-buahan.
Akhir sekali, Tikam Batu boleh memperkenalkan satu
hukuman kepada perosak alam sekitar terutamanya syarikat
perindustrian. Hukuman tersebut ialah sesiapa yang
mencemarkan alam sekitar akan didenda makan 20 lada kecil
dan tidak boleh minum air sebelum makan semua lada kecil.
Jika perosak tidak mahu atau gagal menjalankan hukuman ini,
dia perlu membayarkan sebanyak RM200000 kepada Majlis
Perbandaran Tikam Batu.

Rumus
an

Selepas menyiapkan kajian ini, saya lebih


memahami kesan kegiatan ekonomi
terhadap alam sekitar di Tikam Batu. Selain
itu, dalam kajian ini saya juga dapat
mengetahui betapa pentingnya langkah
penjagaan alam sekitar. Dalam proses
mencari maklumat, pengetahuan saya
tentang alam sekitar semakin bertambah
lagi.
Akhir sekali, saya ingin bersyukur kerana
dapat menyiapkan kes kajian ini dengan
lancar dalam tempoh masa yang diberikan.

L
A
M
P
I
R
A
N

Rujuka
n

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tika
m_Batu
2. http://wikimapia.org/878877/Tika
m-Batu

You might also like