You are on page 1of 1

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan rasa kesyukuran kepada Tuhan kerana saya telah menyiapkan
kerja kursus Pengajian Perniagaan kertas 4 (944/4) penggal 3 tahun 2018 yang bertajuk
“Kos Sara Hidup Di Kawasan Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah” dalam masa yang
telah ditetapkan oleh guru pembimbing iaitu Puan Khalijah binti Hashim yang merupakan
guru Pengajian Perniagaan di sekolah saya.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata
pelajaran Pengajian Perniagaan saya iaitu Puan Khalijah. Beliau telah meluangkan banyak
masa dalam memberikan tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja
kursus ini. Selain memberikan nasihat, Puan Khalijah juga sentiasa memberikan semangat
kepada saya untuk menjalankan tugasan ini dengan sebaik-baiknya.

Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih yang tidak
terhingga kepada Encik Idris Bin Osman yang merupakan pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Khir Johari, kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna dan teratur.

Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua
ibu bapa saya iaitu Encik Uh Chorng Von serta Puan Ng Bee Ping yang telah banyak
berkorban untuk saya dari segi tenaga, dorongan serta dari segi kewangan untuk
memastikan kerja kursus ini supaya berjalan dengan lancar.

Akhir sekali, di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
saya serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dalam
membantu saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Perniagaan ini.

Semasa saya menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan ini, saya telah
menghadapi banyak kesukaran dan cabaran, akan tetapi dengan berkat kesabaran dan doa
yang tidak putus ke hadapan Tuhan, dapat juga saya menyiapkan kerja kursus ini dengan
jayanya.

You might also like