You are on page 1of 2

RAIN WATER HARVESTING FABU UTM

15 February 2020

Disediakan oleh:
1. Phang Zhi Sern
2. Uh Guan Hong
3. Lee Kim Hong

ASPEK

1. Konsep Projek
FABU terdapat 64 tandas yang berfungsi, keadaan ini telah mendorong kepada
isu pembaziran air bersih untuk keperluan harian. Penggunaan air dalam
pembersihan kawasan FABU seperti pembersihan longkang juga memerlukan air
yang banyak sehingga kos pembiayaan amat tinggi. Jadi, pengurusan FABU
merancang satu projek untuk menggunakan air hujan sebagai air takungan yang
akan digunakan untuk penyiraman tumbuhan-tumbuhan yang berada di dalam
kawasan UTM dan pembersihan kawasan UTM.

2. Kaedah Pelaksanaan dan Penyelesaian


Untuk menubuhkan sistem Rain Water Harvesting di FABU UTM, pengurusan
FABU perlu menyediakan tangki simpanan air hujan yang besar dan mencukupi
agar dapat menampung keperluan harian di FABU. Sekurang-kurangnya satu
tangki simpanan air hujan yang berkapasiti 5000 liter perlulah didirikan di setiap
blok FABU. Setiap tangki air hujan disambungkan dengan palong melalui paip
penyampaian. Air hujan disimpan akan diagihkan untuk pelbagai penggunaan
luaran seperti pembersihan tandas dan kawasan UTM serta penyiraman
tumbuhan-tumbuhan.

1
3. Anggaran Kos
Anggaran kos untuk pelaksanaan projek ini adalah tidak melebihi RM5000 pada
fasa pertama. Bahan yang dicadangkan untuk tangki air hujan ialah hot dipped
galvanised steel kerana lebih menjimatkan kos.

Barang Kuantiti Harga (RM)


Tangki air hujan 20 4000
Palong 300
Paip PVC 400
JUMLAH 4700

You might also like