You are on page 1of 10

IJAZAH SARJANA MUDA KESIHATAN PERSEKITARAN

EH 2022 PENGURUSAN BEKALAN AIR

BEKALAN AIR DI KAWASAN LUAR BANDAR

Name : MOHAMAD SYAFIQ BIN SHAFIEI

NRIC/Passport No : 880923086331

Student No : 201405040068

Lecturer : RAJENDRAN A/L SAMIKANOO


PENGENALAN

Kawasan luar bandar merupakan kawasan yang mundur dan kurang


mendapat kemajuan dari sudut ekonomi, sosial dan politik berbanding
dengan kawasan Bandar
Begitu juga dengan aspek bekalan air, terutamanya dari segi
mendapatkan bekalan air yang bersih dan selamat untuk kegunaan
seharian.
Dalam pada itu keperluan dan kepentingan dalam penyediaan bekalan
air dikawasan luar bandar adalah merupakan satu langkah yang diambil
oleh kerajaan dalam menjadikan kawasan luar bandar mendapat
bekalan air yang bersih.
Menerusi Program Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling(BAKAS)
merupakan diantara program kesihatan yang mengutamakan
pencegahan asas merebaknya penyakit berjangkit kearah meninggikan
lagi taraf kesihatan penduduk luar Bandar.
Ia dapat dizahirkan melalui penggunaan sumber bekalan air yang
selamat dan kesihatan alam sekeliling yang sempurna.
Semenjak program BAKAS dilaksanakan, kekurangan berlakunya kes-
kes wabak dan penurunan kadar kes kejadian ketahap yang boleh
dikawal.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti pembinaan sistem bekalan
air secara Gravity Feed System (GFS),telaga dan tandas curah.

LOKASI KAJIAN

Kampung Redang Punggur terletak lebih kurang 40km dari Bandar


Teluk Intan ,mempunyai beberapa rumah yang tidak mempunyai
bekalan air bersih dari pihak Lembaga Air Perak.
Ini kerana tiada paip besar Lembaga Air Perak yang berhampiran rumah
mereka.
Berdasarkan maklumat dari Unit BAKAS, penghuni rumah
menggunakqn air dari di Parit Tali Air dihadapan rumah mereka bagi
urusan seharian.
Pada tahun 2011, rumah-rumah yang tidak mendapat bekalan air bersih
di Kampung Redang Punggur mendapat perkhidmatan Telaga Tiub
yang disediakan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak
.Semenjak dari itu mereka menggunakan air telaga tiub untuk
mandi,membasuh dan minum dan lain-lain.

SUMBER AIR

Sumber bekalan air telaga ini adalah air bawah tanah.

PROSES AGIHAN AIR

Bagi telaga tiub,pemilihan lokasi pembinaan telaga tiub hendaklah lebih jauh
dan lebih tinggi dari punca pencemaran.
Telaga jenis ini sebaik-baiknya digali sehingga menemui pasir kasar supaya
air yang diperoleh adalah jernih dan mencukupi.
Komponen-komponen untuk pembinaan telaga tiub adalah seperti berikut :
a) Telaga
Biasanya diperbuat daripada konkrit (telaga terbuka) atau PVC (telaga
tiub)
Mempunyai kedalaman yang berbeza-beza bergantung kepada jenis
tanah dan kuantiti serta kualiti air yang diperlukan.
b) Apron
Apron diperbuat daripada simen konkrit di sekeliling telaga samada
berbentuk empat segi atau bulat.
Ukuran minima bagi apron adalah 1 m panjang x 1 m lebar atau 1 m
jejari (radius).
c) Longkang Saliran
Berfungsi untuk mengalirkan air permukaan ke tempat yang sesuai bagi
mengelakan daripada berlakunya takungan air di sekeliling telaga
Mestilah daripada jenis konkrit bagi memastikan tidak berlakunya
resapan air.
Saiz yang biasa digunakan adalah di antara 150 mm hingga 225 mm
sepanjang sekurang-kurangnya 5 m.
d) Penutup Telaga
Biasanya diperbuat daripada konkrit atau dawai (wire mesh).
Penutup telaga berfungsi untuk melindungi bahan-bahan asing daripada
masuk ke dalam telaga.
e) Rangkaian Paip Retikulasi
Sistem untuk menyalurkan bekalan air kepada pengguna.
Ianya terdiri daripada dua jenis paip iaitu HDPE dan PVC.
Fitting yang digunakan terdiri daripada elbow, tee, female treaded
adaptor, male treaded adaptor, stopcock dan lain-lain.
f) Pam
Merupakan satu sistem peralatan mekanikal untuk mengepam air
Terdapat dua jenis pam yang digunakan iaitu pam letrik dan pam tangan.
g) Rumah Pam
Berfungsi untuk melindungi sistem pam daripada terdedah kepada
perubahan cuaca.
h) Tiang Tangki
Biasanya diperbuat daripada besi, konkrit atau kayu yang berfungsi
untuk menempatkan tangki ke tempat yang lebih tinggi.
Ianya direkabentuk untuk menampung beban tangki mengikut
keperluan.
i) Pelapik Tangki
Bergantung kepada jenis tiang tersebut. Ianya berfungsi untuk
memastikan bahagian bawah (lantai) tangki air berada dalam keadaan
yang baik dan stabil.
j) Tangki Air
Tangki air yang biasa digunakan adalah dari jenis HDPE yang terdiri dari
berbagai-bagai saiz bergantung kepada keperluan pengguna.
Ianya berfungsi untuk menyimpan air sebelum diagihkan kepada
pengguna.
k) Kepala Paip
Kepala paip yang biasa digunakan adalah dari jenis G.I dan PVC
Berfungsi untuk mengawal pengaliran air
PROSES PEMBINAAN TELAGA

Sebelum Pembinaan

Tapak Projek Pembinaan Telaga tiub dikenal pasti bagi memudahkan


pembinaan telaga jauh dari kawasan pencemaran.

Tapak cadangan pembinaan telaga

Air hujan digunakan untuk minuman


dan kegunaan harian Air yang ditakung di dalam bekas
plastik

minuman dan kegunaan harian


Semasa Pembinaan

Selepas tapak yang sesuai dipilih maka proses pembinaan dilakukan dengan
menggali tanah bagi mendapat punca air.

Persiapan untuk pembinaan telaga tiub pada tapak


yang telah dikenalpasti.
Proses penyambungan paip pada telaga tiub

Pam

Penutup Telaga

Telaga

Apron

Longkang saliran

Telaga yang telah siap dibina

Selepas telaga siap dibina maka tangki air akan dibina bagi memudahkan air
dari telaga tiub dipam ke dalam tangki simpanan kemudian diagihkan kepada
rumah pengguna

Tangki HDPE

Pelapik Tangki

Tiang Tangki
Gambarajah Skematik Telaga Terkawal Sambungan ke Rumah
PENYELENGARAAN

Bagi memastikan bekalan air telaga tiub bersih dan selamat maka
pengklorinan air (menggunakan serbuk atau tablet klorin) dilakukan 3 bulan
sekali dan juga pemeriksaan keadaan persekitaran telaga juga dilakukan
bagi memastikan tiada punca pencemaran.
Pemeriksaan persekitaran apron dan longkang saliran dilakukan sebulan
sekali supaya tiada takungan air dan jika apron dan longkang saliran pecah
maka pembaikian akan dilakukan.
Selain itu,pemeriksaan penutup telaga dilakukan 3 bulan sekali supaya ia
berkeadaan baik dan rangkaian paip retikulasi pula diperiksa 1 bulan sekali
bagi memastikan keadaan paip baik dan tidak bocor.
Pam elektrik yang membantu mengemapan air dari bawah ke tangki
simpanan diperiksa 1 bulan sekali bagi memastikan pam elektrik dalam
keadaan yang baik.
Disamping itu,tiang tangki,tangki simpanan dan kepala paip diperiksa bagi
setiap 1 bulan sekali

ANALISA KEPUTUSAN SAMPEL AIR

Pada tahun 2013 Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak menerima aduan dari
penghuni rumah yang menggunalan telaga tiub bahawa air yang digunakan
untuk mencuci ,memasak dan minum berkeadaan merah dan berminyak.
Siasatan dilakukan oleh pihak Jabatan Kesihatan dan sampel air telah diambil
Hasil dari siasatan makmal kimia mengesahkan bahawa air telaga tiub tersebut
mengandungi Ferum pada kadar yang tinggi.

PENAMBAHBAIKAN

Kandungan ferum pada kadar yang tinggi adalah disebabkan kawasan


sekitar telaga tersebut merupakan kawasan pertanian bagi tanaman pokok
kelapa sawit.
Penggunaan baja bagi mempercepatkan pertumbuhan kelapa sawit
menyebabkan baja tersebut meresap ke bawah tanah.
Untuk penambahbaikan dan membantu masyarakat kampung tersebut
mendapat bekalan air yang bersih maka pihak Pejabat Kesihatan Daerah
telah menulis surat kepada Jabatan Alam Sekitar mengenai aduan
pembuangan sisa baja ke persekitaran.
Akhirnya, masalah itu dapat diselesaikan.

KESIMPULAN

Bekalan air yang selamat dan bersih secara langsung meningkatkan taraf
kesihatan penduduk luar bandar.
Ini amat penting untuk menyalurkan bekalan air yang melibatkan faktor
kesempurnaan dari segi bau, rasa dan warna serta bekalan yang
mencukupi.
Justeru,dengan penyaluran sumber air bersih kepada masyarakat luar
bandar membolehkan pengawalan penyakit bawaan air dan makanan
dapat dikurangkan.

RUJUKAN

Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak,Unit Bekalan Air Dan Kebersihan Alam
Sekeliling
http://www.aboutcivil.org/construction-of-wells-drilling-methods.html
http://www.kibaran.com/2012/07/tubewell-drilling-water-treatment.html
http://asmic.akademisains.gov.my/download/relatednews/groundwater/Works
hop3/Paper2.pdf

You might also like