You are on page 1of 7

PEIA: Oil Palm Plantation YPJ i

Table of Contents

RINGKASAN EKSEKUTIF
Pengenalan
Satu Kajian Penilaian Kesan Terhadap Alam Sekeliling (EIA) telah dijalankan untuk
projek cadangan ladang kelapa sawit di PTD 394, Mukim Kambau, Sedili Besar,
Kota Tinggi, Johor. Projek ini melibatkan perladangan kelapa sawit di bahagian ke
timur Ladang Tunjuk Laut yang dimajukan oleh EPA Management Sdn Bhd/Johor
Corporation, terletak lebihkurang 8 km dari pekan Sedili Besar dan 25km dari
bandar Kota Tinggi. Tiada takat pengambilan air di hilir daripada tapak cadangan
projek.

Kepentingan Keperluan
Cadangan pembangunan projek adalah timbul akan kepentingan pembukaan
kawasan perladangan kelapa sawit baru bagi meningkatkan kadar ekonomi
Malaysia. Penghasilan minyak kelapa sawit Malaysia merupakan tertinggi di
dunia iaitu sebanyak 9 juta ton dihasilkan setahun. Pertambahan keperluan
bahan pembuatan berasaskan minyak kelapa sawit di Malaysia dan di dunia,
menjadikan perladangan kelapa sawit adalah penting selaras dengan keperluan
yang sentiasa meningkat. Selain dari itu, penggunaan minyak kelapa sawit
sebagai bahan bakar disel, bahan vitamin dan pelbagai produk oleo-chemical
membuka pasaran minyak kelapa sawit yang lebih luas. Oleh itu, industri
berasaskan kelapa sawit memerlukan penyertaan dan sokongan daripada pihak
swasta dan kerajaan bagi memenuhi permintaan minyak kelapa sawit dunia.

Penggerak Projek/Juruperunding
Penggerak Projek bagi cadangan projek ini ialah YPJ Plantation Management Sdn
Bhd. Dengan perancangan alam sekitar yang baik, adalah dijangkakan
penggerak projek berkemampuan menjalankan projek dengan efektif dengan
memenuhi segala keperluan sektor domestik dan dunia.

Penggerak Projek:
Mr. Mohd Sukri Ismail
Executive Director
YPJ Plantation Management Sdn Bhd
Km 17 Jalan Kulai - Kota Tinggi
Karung Berkunci 510
81900 KOTA TINGGI
Tel: 07-8978096; Fax: 07-8977980

Juruperunding EIA:
Assoc. Prof. Dr. Johan Sohaili
Department of Environmental Engineering
Faculti Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi Malaysia
81310 SKUDAI
Tel: 019-7609295; Fax: 07-5531512

Objektif dan Skop EIA


Tujuan laporan kajian kemungkinan EIA ini ialah untuk membentang penemuan
kajian EIA yang dijalankan pada tapak cadangan. Objektif utama dan skop kajian
adalah seperti berikut:-

Mengenalpasti pelbagai kesan terhadap alam sekitar yang mungkin timbul


dari peringkat pembangunan dan operasi projek. Data garisdasar alam sekitar
tempatan dan serantau berhubung aspek-aspek fizikal, biologi, kimia dan
antropogen di setiap tapak cadangan telah dikumpulkan. Kesemua ini akan

Prepared by Department of Environmental Engineering


For YPJ Plantation Management Sdn Bhd
PEIA: Oil Palm Plantation YPJ ii
Table of Contents

dikaji dan kesannya ke atas alam sekitar akan diberi pertimbangan yang
sewajarnya.

Membentang keperluan dan justifikasi cadangan projek. Penilaian akan


dibuat ke atas jangkaan kesan yang potensi kepada alam sekitar disebabkan
oleh projek tersebut.

Mencadangkan langkah-langkah tebatan yang sesuai untuk


mengurangkan, mengawal dan mencegah kesan-kesan jangka pendek dan
jangka panjang yang disebabkan oleh cadangan projek tersebut.

Mengenalpasti sebarang kesan khusus yang mungkin memerlukan kajian


mendalam untuk lebih memahami akan kesan-kesan tersebut terhadap alam
sekitar; lantas mengemukakan langkah-langkah tebatan yang sesuai untuk
disertakan ke dalam pembangunan projek.

Mematuhi sebarang peraturan untuk pengawasan alam sekitar semasa


pembangunan Projek.

Membantu pihak JAS dalam menentukan kesesuaian projek dari segi lokasi
dan fungsi berasaskan alam sekitar.

Menasihatkan pihak penggerak projek dari segi langkah-langkah lanjutan


berhubung alam sekitar yang mungkin perlu disertakan di dalam proses
persediaan dan pelaksanaan projek.

Menilai persepsi komuniti tempatan terhadap cadangan projek.

Seiring dengan kenyataan di atas, perkara berikut akan diberi


pertimbangan yang sewajarnya.

Memperkayakan persekitaran yang sedia ada.

Meninggikan nilai penggunaan tanah.

Menjanakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan


di samping mempertingkatkan kedudukan ekonomi di kawasan-kawasan sasaran.

Memastikan pembangunan yang mampan.

Pemilihan Tapak dan Lokasi


Pemilihan kawasan Sedili Besar ini adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria
pemilihan tapak dari aspek kejuruteraan, persekitaran dan ekonomi dan
berpandukan kaedah pemilihan yang terdapat di dalam Garis Panduan Jabatan
Alam Sekitar (JAS). Kriteria-kriteria pemilihan ini mengambil kira jarak dari
kawasan tadahan air, kemudahan laluan masuk, kesesuaian gunatanah,
kepadatan penduduk yang rendah dan ketiadaan kepentingan arkeologi, sejarah
mahupun budaya.

Lokasi
Tapak projek terletak di garisbujur 104 o 01 28.8T - 104o 30 2.1T dan
garislintang 01o 57 18.9U - 01o 56 14.6U, PTD 394, Mukim Kambau, Sedili
Besar, Kota Tinggi, Johor. Tapak cadangan projek terletak lebihkurang 8km dari
pekan Sedili Besar dan 25km dari Bandar Kota Tinggi. Tapak dapat dihubungi
melalui jalan Jota Tinggi Jamaluang diikuti jalan ke ladang kelapa sawit Ladang

Prepared by Department of Environmental Engineering


For YPJ Plantation Management Sdn Bhd
PEIA: Oil Palm Plantation YPJ iii
Table of Contents

Tunjuk Laut. Figure 2.1 menunjukkan plan lokasi cadangan projek. Tapak projek
dikelilingi oleh Ladang Tunjuk Laut diuruskan oleh EPA Management Sdn Bhd /
Johor Corporation di bahagian barat dan disempadani oleh hutan Sedili Besar
Malay Reserve di bahagian timur dan selatan sebagaimana Figure 2.2.
Disempadan utara bersempada dengan Sungai Temubor.

Huraian Projek
Cadangan projek melibatkan pembukaan tanah bagi tujuan perladangan kelapa
sawit merangkumi kawasan seluas 505.9833 hektar (1250.312 ekar) yang akan
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sebanyak 4 peringkat. Kilang
memproses kelapa sawit tidak dicadang dibina dalam tapak projek.

Persekitaran Semulajadi
Huraian berhubung Tapak Cadangan Projek adalah seperti beikut:

Topografi Kawasan rendah dan landai


Tanah Marang-Apek di atas tanah yang rata. Jenis berpasir mengandungi
jumlah zarah pasir yang banyak.
Hidrologi Kawasan ini adalah terletak dalam lembangan Sungai Sedili
Besar. Lebih daripada 70% kawasan tapak terletak di dalam sub-
lembangan Sungai Payong/Kambau.
Gunatanah Gunatanah sediada tapak adalah hutan balak yang ditebang
disempadani Sedili Besar Malay Reserve di sebelah timur, dan
Ladang Tunjuk Laut di sebelah barat. Tiada penempatan
penduduk dalam tapak projek kecuali 2 unit bangsal dimiliki
penanam sayur haram. Kawasan berpenduduk terdekat ialah
Kampong Telok Baharu 1 km ke selatan dan rumah pekerja
Ladang Tunjuk Laut 0.5 km ke barat.
Iklim Iklim khatulistiwa yang berciri panas dan lembap sepanjang
tahun. Ia dipengaruhi oleh angin monsun timurlaut (November
Mac) dan baratdaya (Mei September).
Kualiti Air Kualiti air yang ditemui untuk semua titik pensampelan di tapak
ini boleh dikelaskan dalam Kelas II. Beban organik digambarkan
dengan nilai BOD yang diukur, yang mana nilai BOD di kawasan
tapak adalah di antara 2.6 - 6.01 mg/L mg/L. Sementara nilai TSS
ialah antara 4 38.
Kualiti Zarah terampai : 5 - 21 gm3
Udara CO : 1.3 2.5 ppm
NO2 : <0.001 ppm
SO2 : <0.01 ppm
Paras Tahap bunyi bising pada siang hari ialah 40.2 - 57.2 dB(A). Punca
bunyi utama adalah daripada kenderaan penduduk di Kampong Telok
bising Baharu.
Trafik Trafik ke kawasan ini melalui Jalan Kota Tinggi Jamaluang diikuti
jalan k=ladang kelapa sawit Ladang Tunjuk Laut.
Ekologi Ecologi kawasan ini adalah kawasan hutan bekas tebangan balak,
hutan skunder dan semak.
Sosio- Projek ini dapat memberi sumbangan positif dari segi pekerjaan
ekonomi dan perniagaan.

Perundangan Alam Sekitar dan Piawai


Akta Kualiti Alam Sekeliling (EQA), 1974 (Akta 127) telah digubal untuk
mengawal perundangan alam sekitar di Malaysia dalam mentadbir,
menguatkuasa dan mengawasi garis panduan alam sekitar di samping

Prepared by Department of Environmental Engineering


For YPJ Plantation Management Sdn Bhd
PEIA: Oil Palm Plantation YPJ iv
Table of Contents

mencegah dan mengawal kesan-kesan ke atas alam sekitar. Perundangan alam


sekitar di bawah EQA, 1974 yang berhubung kait dengan projek industri berat ini
adalah seperti berikut :

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 1978


Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kepekatan Plumbum
dalam Gasolin Motor) 1985
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor)
1987
Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan
Kepada Alam Sekeliling) 1987
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005

Pengenalpastian dan Penilaian Kesan Alam Sekitar dan Langkah-Langkah Tebatan


Penilaian kesan-kesan alam sekitar telah dijalankan bagi 4 fasa pembangunan
projek iaitu fasa penyiasatan tapak, Penyediaan tapak, Penanaman dan
Operasi/penuaian. Penemuan utama telah diberi dalam Bab 4.

Fasa Kajian Penyiasatan Tapak


Beberapa tapak Projek telah diselidiki dalam mendapatkan data garisdasar untuk
menentukan kesan-kesan ketara untuk penilaian persekitaran seda ada. Pada
peringkat ini, kajian dalam aspek tanih, hidrologi, hidrogeologi, geologi dan
ekologi menunjukkan bahawa tiada kesan ketara ke atas alamsekitar. Laluan
masuk ke Tapak adalah melalui jalan sedia ada dan tiada denai baru dibuat pada
peringkat ini.

Fasa Penyediaan Tapak


Pembinaan menandakan suatu fasa yang tidak kekal dalam keseluruhan projek
dan kajian yang dijalankan mencadangkan agar:

Jentera berat yang bakal digunakan semasa fasa pembinaan untuk


pelbagai tujuan, dari pembersihan tapak dan kerja tanah sehinggalah kepada
pengangkutan anak pokok kelapa sawit dan pekerja dari dan ke tapak
penanaman. Takat hingar akan meningkat dengan banyak termasuklah
peralihan negatif dalam tahap kualiti udara di mana aktiviti-aktiviti melibatkan
penggunaan jentera berat. Kesan-kesn negatif ke atas hingar dan pencemaran
udara adalah dijangka.

Hakisan tanah juga ketara di tapak semasa peringkat penyediaan tapak.


Kesan negatif juga nyata pada masa penyediaan tapak apabila tanah yang
dibiarkan terdedah akan terhakis. Oleh yang demikian, suatu sistem saliran dan
kawalan hakisan perlu dibina.

Aktiviti-aktiviti penanaman di tapak projek akan menjana peluang


pekerjaan. Walaupun menguntungkan, adalah bijak untuk mengambil langkah
berhati-hati demi mengelakkan konflik sosio-ekonomi sekiranya buruh asing
dibawa masuk. Namun begitu, konflik ini akan diatasi oleh faedah ekonomi yang
bakal dinikmati oleh komuniti dan kerajaan secara keseluruhannya termasuk
peluang-peluang pekerjaan.

Untuk hidupan liar, kesan secara langsung ialah penghijrahan serta merta
haiwan liar yang sedia ada ke tempat yang kurang terganggu iaitu di kawasan
hutan sekitarnya.

Prepared by Department of Environmental Engineering


For YPJ Plantation Management Sdn Bhd
PEIA: Oil Palm Plantation YPJ v
Table of Contents

Kumbahan manusia dan sisa tumbuhan akan terjana. Tapak pelupusan


yang sesuai perlu dikenal pasti untuk pelupusan sisa tumbuhan yang dijanakan.
Sisa-sisa ini kemudiannya akan dikumpulkan dan dibawa ke tapak pelupusan
yang sah.

Langkah-langkah tebatan yang bakal dilaksanakan oleh YPJ Plantation


Management Sdn Bhd telah dibincangkan dalam Bab 4.

Fasa Penanaman
Aktiviti semasa penanaman melibatkan kesan seperti berikut:

Fasa penanaman melibatkan pengangkutan anak pokok sawit daripada


kawasan tapak semaian di tapak projek menggunakan jentera pengangkut
termasuk membawa masuk dan keluar pekerja di dalam tapak.

Penggunaan baja organik terhadap pokok, sekiranya tumpah ke alur air


akan meningkatkan kadar beban organik di dalam air sungai.

Fasa Operasi/Penuaian
Penemuan utama bagi fasa operasi adalah seperti berikut:

Pengawasan alam sekitar pada peringkat ini adalah diperlukan.

Tiada kegagalan projek dijangkakan semasa fasa operasi.

Plan Kotengensi
Pelan kotengensi, prosedur keselamatan dan pelan tindakan kecemasan
dipertimbangkan bagi memastikan operasi perladangan kelapa sawit ini tidak
menimbulkan sebarang masalah kemalangan yang serius. Prosedur keselamatan
di kemukakan bagi meminimumkan kesan kemalangan sekiranya ada dan
diberikan masing-masing dalam Bab 7.

Plan Tindakan Kecemasan


Plan tindakan kecemasan ketika penanaman dan penuaian akibat kebakaran dan
operasi telah dibincangkan dalam Bab 7. Plan tersebut menjelaskan secara
terperinci prosedur merangkumi tanggungjawb pegawai berkaitan ketika
kecemasan.

Kesan Alam Sekitar Yang Ketara dan Langkah-Langkah Tebatan Serta


Kesan Tertingal
Penemuan berkenaan kesan-kesan alam sekitar yang ketara, langkah-langkah
tebatan dan kesan-kesan baki telah berikan di Bab 5.

Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP)


Suatu EMP telah disediakan seiring dengan peraturan dan syarat-syarat oleh JAS.
EMP telah dibincangkan secara terperinci dalam Bab 6. Ia juga menggariskan
strategi serta tindakan yang perlu diambil untuk melindungi alam sekitar semasa
fasa pembinaan dan pelaksanaan pembangunan projek khususnya semasa kerja
pembersihan biojisim dan kerja tanah di mana kemusnahan alam sekitar akan
berlaku. Ini dapat dicapai dengan mengenalpasti kesan potensi dan
mencadangkan langkah tebatan, peredaan dan pembaikan, membentuk piawai
dan prosedur yang sesuai untuk mengawal dan mengawasi kesan-kesan

Prepared by Department of Environmental Engineering


For YPJ Plantation Management Sdn Bhd
PEIA: Oil Palm Plantation YPJ vi
Table of Contents

kemusnahan terhadap alam sekitar di samping menyediakan suatu program


pengawasan kesan ke atas ksetiap komponen alam sekitar yang efektif.

Penutup
Kesimpulannya, walaupun terdapat kesan negatif yang timbul dari pembangunan
projek, namun faedah yang bakal diperolehi dapat mengatasi kerugian akibat
kemusnahan alam sekitar. Pembangunan mampan sentiasa diutarakan dalam
ekonomi sumber dan walaupun projek ini bercorak 100% komersial. Hasil kajian
EIA ini menunjukkan untuk kebanyakan keadaan, pembangunan cadangan projek
ini tidak akan mengakibatkan sebarang kesan buruk lanjutan terhadap alam
sekitar

LOCATION OF THE PROJECT SITE


YPJ PLANTATION MANAGEMENT SDN

DEPARTMENT OF ENVIRONMENTAL
ENGINEERING, FACULTY OF CIVIL
BHD, 30 JALAN KOTA TINGGI

ENGINEERING, UNIVERSITI
PROJECT PROPONENT:

CHECKED:
FIGURE 2.1:
PROPOSED OIL PALM PLANTATION AT

EIA-053/YPJ/F2.1
DRAWING NO:
PTD 394 MUKIM KAMBAU, SEDILI

TEKNOLOGI MALAYIA
81900 KOTA TINGGI

EIA CONSULTANT:
PRELIMINARY ENVIRONMENTAL

FAX: 07-8977980
TEL: 07-8978096
BESAR, KOTA TINGGI, JOHOR
IMPACT ASSESSMENT FOR A

81310 SKUDAI

NOT TO SCALE

N
DATE:

SCALE
DRAWN:
PROJECT:

Prepared by Department of Environmental Engineering


For YPJ Plantation Management Sdn Bhd
PROJECT:
PRELIMINARY ENVIRONMENTAL
IMPACT ASSESSMENT FOR A
PROPOSED OIL PALM PLANTATION AT
PTD 394 MUKIM KAMBAU, SEDILI
Table of Contents

BESAR, KOTA TINGGI, JOHOR


PEIA: Oil Palm Plantation

For YPJ Plantation Management Sdn Bhd


LADANG TUNJUK LAUT
PROJECT PROPONENT:
YPJ PLANTATION MANAGEMENT SDN
BHD, 30 JALAN KOTA TINGGI

Prepared by Department of Environmental Engineering


81900 KOTA TINGGI
TEL: 07-8978096
FAX: 07-8977980

PROJECT
SEDILI
EIA CONSULTANT:
DEPARTMENT OF ENVIRONMENTAL
ENGINEERING, FACULTY OF CIVIL

RESERVE
ENGINEERING, UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYIA
81310 SKUDAI

MALAY
SITE BESAR KAMPONG
SEDILI
TELOK
BAHARURESERVE
BESAR MALAY
FIGURE 2.2:
TOPOGRAPHICAL LANDUSE WITHIN
PROJECT SITE SHOWING
SETTLEMENT AREA AND ROAD
NETWORKS

DRAWN: CHECKED:

DATE: DRAWING NO:


YPJ

EIA-053/YPJ/F2.2
vii

SCALE
1:14000

Source: Jabatan Pemetaan negara, 1997


Source: Jabatan Pemetaan negara, 1997

You might also like