You are on page 1of 5

BACHELOR IN ENVIRONMENTAL HEALTH (HONS)

(City U Post Diploma Block Teaching Module)

BNEH 3163 ENVIRONMENTAL SAMPLING & ANALYSIS


Kajian Kualiti Air Di Loji Pembersihan Air Bandar Baru
Seri Iskandar

Assignment Semester 5

Members : 1) HASHIRAN BIN IBRAHIM (201405040059)


2) NORSARIZAL B. MOHD MOKHTAR (201405040069)
3) HASLIZA BINTI MOHAMMAD (201405040070)
4) MAZURIANA BT. MAT SIDEK (201405040052)
5) MOHAMAD SYAFIQ BIN SHAFIEI (201405040068)

Lecturer : ASSOC. PROF RODZIAH BT. ISMAIL


PENDAHULUAN
Air merupakan khazanah bumi yang sangat penting kepada kehidupan
manusia dan alam sekeliling. Bumi ini lebih 70 % daripadanya diliputi oleh air. Air
juga merupakan elemen yang sangat penting bukan sahaja untuk keperluan asas
tetapi juga untuk kepentingan sosio-ekonomi sesebuah negara.

Aspek penjagaan kualiti alam sekitar dan bekalan air adalah wajar diberi
sepenuh perhatian terutama dari segi pelepasan sisa kumbahan industri, kumbahan
kawasan perumahan dan perbandaran serta pencemaran dari tapak-tapak pelupusan
sisa pepejal dan sebagainya. Air mentah yang tercemar menunjukkan kemerosotan
kualiti air diterima oleh loji rawatan di mana akan mengakibatkan proses rawatan air
konvensional tidak mampu untuk menyediakan rawatan yang sempurna.

Analisa dan penilaian mesti dilakukan untuk mencari dan mengesan punca-
punca yang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan manusia dan juga
kepada alam sekeliling.

OBJEKTIF KAJIAN

- Menentukan tahap kualiti air terhadap parameter fizikal, kimia dan biologi
mengikut standard yang ditetapkan oleh Standard Air Minum Kebangsaan
- Membanding kualiti air air mentah dengan air terawat di Loji Pembersihan Air
Bandar Baru Seri Iskandar

LOKASI KAJIAN

Loji Pembersihan Air Bandar Baru Seri Iskandar di Kampung Senin, Bota
adalah merupakan komponen utama di dalam Rancangan Bekalan Air Bandar Baru
Seri Iskandar. Loji ini telah siap dibina dan mula beroperasi membekalkan air bersih
kepada pengguna pada bulan Jun 2001 sehingga kini. Buat masa ini , purata
pengeluaran air bersih dari loji ini adalah sebanyak 12 JLH. Air bersih dari loji ini
dibekalkan kepada pengguna-pengguna diseluruh kawasan Bandar Baru Seri
Iskandar , Felcra Nasaruddin , kawasan Bota Kanan , Lambor Kanan dan Pulau Tiga.
Jumlah bilangan akuan pengguna adalah sebanyak 5568 orang dan purata anggaran
penduduk yang mendapat bekalan air bersih adalah sebanyak 20000 orang.
PARAMETER PENGUKURAN KUALITI AIR

a) Bagi analisis fizikal, ia oleh dilakukan di lpangan atauin situ. Contohnya


warna, kekeruhan, suhu dan lain-lain
b) Bagi analisis kimia, contohnya adalah pH, keliatan dan lain-lain
c) Manakala bagi analisis biologi adalah seperti Total Coliform Dan E.Coli
Sampel air mentah dan air terawat diambil mengikut Standard Air Minum
Kebangsaan

METODOLOGI KAJIAN

a) Kajian Awalan
- Perlu dilakukan untuk mendapatkan maklumat bagi mengetahui
gambaran sebenar di kawasan kajian.
- Dibuat dalam bentuk bertulis tentang kawasan kajian
- Diperoleh dari buku, jurnal, Internet dan dari Lembaga Air Perak dan
pihak pengurusan loji.
b) Kajian di lapangan
- Di sini, maklumat seperti latar belakang dan masalah dapat dikenalpasti
dan juga memaparkan pencerapan data yang lebih tepat

LOKASI PERSAMPELAN

Di Loji Pembersihan Air Bandar Baru Seri Iskandar

PENGAMBILAN SAMPEL

- Pengambilan sampel dilakukan dengan kekerapan sebanyak 3 kali


- Dilakukan ketika cuaca baik
- Sampel air mentah dan air terawat diambil untuk membuat
perbandingan sebelum dan selepas proses rawatan air dijalankan
ANALISIS KUALITI AIR DI LOJI RAWATAN AIR KAMPUNG SENIN

- Mengikut Standard Kualiti Air Minum Kebangsaan di mana ia


mengandungi nilai minimum dan maksimum yang dibenarkan bagi air
mentah dan air terawat.
- Jika data diperolehi yang didapati kurang atau melebihi nilai yang
ditetapkan, maka ia dikatakan telah melanggar parameter yang
ditetapkan
- Maka dengan itu, keberkesanan proses rawatan air perlu
dipertingkatkan

PARAMETER AIR MENTAH AIR TERAWAT


Jumlah koliform +ve -
E. Coli +ve -
Kekeruhan (NTu) 10.03 0.91
Warna (Hazen) 40 5
pH 6.71 6.66
Baki klorin (Cl) - 2.46
Ammonia nitrogen (NH3) 0.08 0.02
Ferum (Fe) 0.93 0.15
Aluminium (Al) 0.01 0.01
Mangan (Mn) 0.26 0.15
COD 63.20 -
BOD 6.20 -

KESIMPULAN

Analisis kualiti air di Loji Rawatan Air Kampung Senin menunjukkan perbandingan
kualiti air mentah dan air terawat pada sebelum dan selepas menjalani proses rawatan
air. Keputusan analisis menunjukkan nilai yang posit dan berlaku proses penyingkiran
parameter selepas proses rawatan air. Ini bermakna, proses rawatan air berjalan
dengan baik dan lancar namun tindakan penambahbaikan harus dilakukan bagi
memastikan kualiti air yang akan dibekalkan adalah selamat dan bersih kepada
pengguna.
CADANGAN

- Pengambilan sampel perlu dilakukan secara berkala. Ini kerana


perubahan kualiti air dapat diperhatikan dengan lebih teliti
- Peralatan yang digunakan dalam kajian mesti dikalibrasi lebih kerap
bagi mengelakkan dari berlakunya ralat dan nilai yang kurang tepat dan
jitu.
- Kawasan loji perlu lebih dibersihkan dan dipantau selalu oleh pihak
pengurusan loji supaya tidak berlaku pelanggaran parameter.

RUJUKAN

1) Standard Kualiti Air Minum Kebangsaan, KKM, 2009


2) Laporan Tahunan Lembaga Air Perak, 2012

You might also like