You are on page 1of 4

6.

0 Masalah Pembangunan Masyarakat

6.1. Kesesakan Lalu Lintas


Kesesakan lalu lintas merupakan isu terutama di George Town. Kesesakan
lebih tiga jam pada waktu puncak di sebelah pagi itu menyebabkan orang ramai tiba
lewat di pejabat dan sekolah, malah terdapat aduan menyatakan ada yang terlepas
penerbangan. Masalah kesesakan lalu lintas yang berlaku ini adalah berpunca
daripada pelbagai faktor, antaranya adalah berpunca daripada pemandu itu sendiri.
Mereka masih tidak mahu menghormati peraturan jalan raya walaupun peraturan itu
telah pun ditetapkan oleh pihak kerajaan. Mereka juga tahu denda yang akan
dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan jalan raya. Namun tanpa segan
silu mereka memandu dengan sesuka hati dan melanggar peraturan lalu lintas yang
telah ditetapkan itu. Sikap mereka yang sering melanggar peraturan ini akan
menyebabkan berlakunya kemalangan seterusnya secara automatik berlaku
kesesakan di jalan raya. Selain daripada itu, punca lain yang menyebabkan
berlakunya kesesakan lalu lintas ini adalah disebabkan oleh taraf hidup tinggi di
George Town. Taraf hidup masyarakat yang terlalu tinggi di George Town di
samping memiliki kestabilan ekonomi, membolehkan seseorang yang bekerja itu
mampu memiliki kenderaan sendiri. Biasanya kenderaan yang dimiliki sendiri adalah
bertujuan untuk kemudahan mereka ke tempat kerja. Tetapi masalahnya, terlalu
ramai mereka yang bekerja memiliki kenderaan secara persendirian, sehinggakan
tanpa disedari ia telah menambahkan lagi jumlah kenderaan di atas jalan raya dan
sekali gus menyebabkan berlakunya kesesakan. Tambahan pula, George Town
merupakan destinasi pelancongan yang terkenal. Keadaan ini menyebabkan ramai
pelancong dari luar negeri atau luar negara akan berkunjung ke George Town
terutamanya pada masa cuti dan seterusnya mendatangkan lagi masalah kesesakan
lalu lintas.

6.2. Kawasan yang padat


Kawasan George Town yang kecil dan penuh dengan bangunan, penduduk
dan kenderaan merupakan salah satu isu yang serius. Kepadatan bandar disebabkan
oleh peluang pekerjaan yang banyak dalam sektor kerajaan dan swasta. Sektor
ekonomi di kawasan ini menawarkan gaji yang lumayan di samping mempunyai
pelbagai insentif. Kemudahan yang lengkap dan kepelbagaian hiburan juga
mendorong kepada masalah kepadatan di George Town. Selain itu, aktiviti-aktiviti
perindustrian menarik migrasi ke George Town dan menjadikan kawasan tersebut
padat. Hal ini telah menyebabkan George Town menemukan maksimum
pembangunan yang bermaksud tiada lagi banyak ruang yang boleh berkembang atau
membangun. Dalam keadaan ini, penawaran masih tidak boleh menampung semua
permintaan di George Town.
7.0 Langkah Mengatasi Masalah Pembangunan Masyarakat

7.2. Kesesakan Lalu Lintas

Cadangan mengenakan caj bagi kenderaan bukan berdaftar di Pulau Pinang yang
masuk ke negeri ini perlu bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang
makin kronik. Rakyat dan individu luar yang bekerja di Pulau Pinang boleh diberikan
pengecualian dengan pelaksanaannya boleh dibuat menggunakan teknologi RFID (Radio
Frequency IDentification). Cadangan ini juga adalah bagi menggalakkan penggunaan
pengangkutan awam selepas Pulau Pinang kini dilaporkan menerima kemasukan lebih 1
juta kenderaan. Cadangan tersebut dilihat lebih praktikal berbanding rancangan
pembinaan lebih banyak lebuh raya yang akan menyebabkan kesesakan trafik lebih teruk
dalam jangka panjang.

Selain itu, Kerajaan negeri Pulau Pinang juga boleh mengkaji pembinaan sistem
Autonomous Rail Rapid Transit (ART) dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik
di Pulau Pinang. ART merupakan produk daripada China Railway Construction
Corporation. Pembinaan ART merupakan satu pilihan yang bagus berbanding LRT
(Sistem Transit Aliran Ringan). Ia lebih 'eco friendly' iaitu lebih menjimatkan kos
berbanding dengan LRT yang memerlukan kos sehingga RM400 juta. Pembinaan ART
juga mengambil masa yang lebih cepat kerana tidak menggunakan landasan. Cadangan
ini dapat mengurangkan penggunaan kenderaan individu dan seterusnya menyelesaikan
masalah kesesakan jalan raya di Pulau Pinang.

7.3. Kawasan Yang Padat

Kawasan yang padat di George Town boleh diatasi dengan mengubah corak ekonomi
kawasan lain di Pulau Pinang. Sebenarnya, Pulau Pinang masih terdapat banyak lagi
ruang dan kawasan yang boleh dibangunkan seperti Seberang Perai. Untuk
mengurangkan aliran penduduk ke George Town, kawasan Seberang Perai boleh
digalakkan untuk membangunkan dalam sektor industri. Dengan ini kawasan Seberang
Perai akan dimajukan. Usaha-usaha memodenkan ekonomi Seberang Perai dibantu
dengan pinjaman kewangan oleh kerajaan negeri serta khidmat nasihat oleh badan-badan
tertentu. Dengan proses memodenkan ekonomi Seberang Perai, penduduk di sana akan
melibatkan dalam sektor-sektor ekonomi moden ini dan mewujudkan peluang bagi
mereka untuk memajukan ekonomi diri sendiri. Kerajaan Pulau Pinang yang
mengutamakan projek pembangunan dan perkembangan di George Town dicadangkan
mengalihkan perhatian dan sumber kepada kawasan Seberang Perai. Dalam keadaan ini,
sesetengah buruh dan syarikat yang asalnya beroperasi di George Town mungkin akan
beralih ke kawasan Seberang Perai dan seterusnya menyelesaikan isu kawasan George
Town yang padat itu.

You might also like