You are on page 1of 1

981003-02-5862

1.0 Abstrak

PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PERNIAGAAN DALAM TALIAN DI KDU


KOLEJ, GEORGE TOWN, PULAU PINANG

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis barangan yang dijual oleh
pelajar melalui perniagaan dalam talian dan mengkaji faktor-faktor yang mendorong
pelajar terlibat dalam perniagaan dalam talian. Seterusnya, kajian ini dijalankan di
KDU Kolej, George Town, Pulau Pinang. Terdapat pelbagai kaedah kajian telah
digunakan. Antara kaedah yang digunakan dalan kajian ini ialah borang soal-selidik.
Kaedah ini digunakan untuk mendapat hasil daripada responden. Tambahan pula,
kaedah temu bual juga dilaksanakan untuk mendapat maklumat yang tepat daripada
responden. Bilangan responden dalam kajian ini ialah sebanyak 10 orang. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat banyak jenis barang dijual secara dalam talian dan
pelbagai faktor utama yang mendorong pelajar di KDU Kolej melibatkan diri dalam
perniagaan dalam talian. Kesimpulannya, kajian yang dijalankan telah tercapai dan
boleh merumuskan bahawa penjualan perniagaan dalam talian telah menjadi satu
trend dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

You might also like