You are on page 1of 7

Punca-Punca Pencemaran Udara

Aktiviti pembangunan dan perindustrian

Perkembangan ekonomi dunia bergantung kepada industri-industri yang menghasilkan barang untuk dieksport atau untuk aktiviti perniagaan domestik. Namun, ini telah menambah buruk keadaan pencemaran udara dunia. Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar. Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habukhabuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.

Kenderaan motor

Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, motor, lori, kapal terbang dan sebagainya. Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk. Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia. Angka ini adalah 2 kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Manakala penggunaan kenderaan di jalan raya dijangka akan meningkat kepada 1 bilion pada tahun 2020, namum dijangka juga akan mencapai angka itu lebih awal.

Pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling tempat. Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan. Contohnya, masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi 'asap'.

Aktiviti harian manusia

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara. Apabila cecair penyejuk digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara dan ia

mampu menipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran udara.

Kesan-Kesan Pencemaran Udara

Menjejaskan kesihatan manusia

Akibat pencemaran berlaku, bahan cemar yang terperangkap di udara akan memasuki hidung atau mulut manusia dan seterusnya paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida adalah gas yang akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah. Hal ini menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah.

Memberi kesan kepada tanaman

Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Udara yang mengandungi bahan pencemar mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Hal ini menyebabkan tumbuhan menguning dan mati. Akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok pula, tisu-tisu tumbuhan akan reput. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan hasil keluarannya terancam.

Pembentukkan hujan asid

Hujan asid berlaku disebabkan proses penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awam dan turun bersama-sama dengan hujan. Hujan asid bukan sahaja memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur malah mengancam hidupan air. Hujan asid juga menghakiskan harta benda seperti pakaian, kertas dan bangunan-bangunan.

Kenaikkan suhu di bumi

Kenaikan suhu disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terlalu banyak dan terkumpul di dalam udara. Jadi, suhu di bumi meningkat dan persekitaraan kita menjadi panas. Fenomena ini menyebabkan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi. Banjir besar akan berlaku atas peningkatan paras air laut.

Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Udara

Penampalan ozon

Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja.

Memperkenalkan undang-undang

Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Wet scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sampai 90%.

Penggunaan teknologi

Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.

Kitar semula

Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.

Punca-Punca Pencemaran Bunyi Pembangunan Industri

Bunyi yang dikeluarkan dari kilang-kilang seperti jentera,mesin kilang serta pemprosesan dan pembuatan material boleh menggangu ketenteraman masyarakat setampat yang berhampiran kilang tersebut.

2) Kawasan Petempatan

Bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi (Jack Hammer) di tanam dalam tanah akibat pembinaan bangunan tinggi.Ini boleh merosakkan suasana masyarakat di kawasan tersebut.

3) Kenderaan

Kenderaan di jalan raya mengeluarkan bunyi hon boleh memekakkan pendengaran terutamanya di jalan sesak.Sejurus itu boleh menggangu ketenteraman masyarakat.

4)Aktiviti Manusia

Masyarakat memasang radio dan televisyen dengan volume yang kuat.

5)Kuari

Pemecahan batu-batu mengakibatkan penghasilan bunyi yang kuat menyebabkan pencemaran bunyi

Kesan-Kesan Pencemaran Bunyi

KESAN PENCEMARAN BUNYI TERHADAP MANUSIA

Bunyi yang tidak dikehendaki mampu membawa kesan negatif secara physiological. Pencemaran bunyi mampu merimaskan, memberi tekanan, menghilangkan pendegaran, gangguan tidur serta kesan buruk lain.Tekanan dan hipertansi adalah punca utama masalah kesihatan, di mana telinga berdengung menyebabkan mengalami masalah daya ingatan, serta serangan panik. Selain itu,kesan lain pula pencemaran bunyi mampu menyumbang kepada kesan kardiovaksular. Dimana boleh menyebabkan peningkatan statisik pada tekanan darah serta peningkatan kejadian arteri koronari. Pencemaran bunyi menyebabkan menjejaskan produktiviti. Dimana pekerja tidak dapat menjana idea untuk organisasi apabila pencemaran bunyi berleluasa sehingga menjejaskan pemikiran seseorang.

KESAN PENCEMARAN BUNYI TERHADAP ALAM SEKITAR

Bunyi bising memberi kesan buruk kepada haiwan. Ia menyebebkan tekanan serta meningkat risiko kematian dan menganggu haiwan berhubung terutamanya berkaitan dengan pembiakan dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada kehilangan pendengaran sementara atau kekal Selain itu, kesan bunyi boleh memusnahkan habitat yang disebabkan bunyi bising. Sebagai contoh,pencemaran bunyi menyebabkan kematian speseis paus tertentu akibat terdedah kepada sonar tentera yang kuat.

Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Bunyi

Penggunaan Teknologi

Terdapat pelbagai strategi mengurangkan pencemaran bunyi antaranya ialah penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan raya, menghadkan berat kenderaan,mengunakan kawalan trafik agar tidak mengalami tekanan brek dan pecutan bagi kenderaan.

Selain itu,pelaksanaan model computer bagi buyi jalan,mampu menangani topografi dan operasi trafik serta pengurangan hipotesis tempatan.Kos pembinaan pengurangan bina adalah sederhana tertakluk pada penyelesaian pada tahap perancangan projek laluan jalan.

Pengeluaran bunyi dari kapal terbang dengan menghasilkan enjin jet yang lebih senyap yang dilakukan pada 1970-an dan 1980-an.Strategi ini membawa pengurangan terhad.Bagi pihak pengurusan operasi,seperti menukar laluan penerbangan dan tempoh masa penggunaan landasan telah membuktikan memberi kebaikan penduduk berhampiran lapangan terbang.

B)Pendidikan

Melalui pendidikan memberi kesedaran serta membentuk sikap positif terhadap alam sekiar terutamanya dari peringkat rendah lagi.Melalui pendidikan mereka dapat mengetahui pencemar alam dari segi kesan-kesan negative terhadap alam sekitar dan manusia. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum bersepadu sekolah rendah KBSR dalam matapelajaran alam dan manusia.

Seterusnya pada peringkat menengah melalui dalam kurikulum bersepadu sekolah menengah KBSM khususnya dalam matapelajaran sains.Masyarakat juga mengetahui mengenai alam sekitar melalui penyiaran media serta kempen.

C)Tanggungjawab bersama

Kerajaan patutlah memainkan peranan seperti mengetat undang-undang untuk melindungi alam sekitar.Rondaan oleh pegawai alam sekitar perlu diperbanyakkan. Pengusaha kilang haruslah mendapatkan nasihat mengenai alam sekitar sebelum memulakan operasi.Selain itu,pengguna perlu mementau persekitaran sekiranya terdapat pihak tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar perlu segera membuat aduan agar pencemaran bunyi diatasi.

D)Pameran,pertandingan dan kempen alam sekitar

Pameran perlulah diadakan secara berkala disetiap kawasan tertentu dengan mengedar risalah tenteng punca dan kesan pencemaran bunyi terhadap alam sekitar serta manusia. Selain itu, kerajaan perlulah mempamerkan slaid-slaid berkaitan pencemaran bunyi agar dapat menyedarkan masyarakat serta mengajar masyarakat melindungi alam sekitar. Mengadakan pertandingan kuiz tentang pencemaran untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai alam sekitar terutamanya di peringkat sekolah.

E)Pendedahan media massa

Penyiaran isu-isu berkaitan alam sekitar supaya masyarakat peka dan berhati- hati untuk melindungi alam sekitar daripada tercemar.Pihak media turut menyiarkan isu-isu terkini di akhbar dan majalah untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat .

You might also like