You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LUKUT

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)


PERLEMBAGAAN PASUKAN UNIT BERUNIFORM PENGAKAP

Nama Pasukan Unit


Nama unit beruniform ini ialah Pengakap.
Beruniform

1. Melatih ahli unit beruniform supaya melibatkan diri dalam kegiatan berorganisasi.
2. Memupuk dan membentuk sahsiah diri dari segi mental, fizikal, rohani dan emosi.
3. Menyatupadu dan menjalinkan kemesraan antara ahli-ahli unit beruniform.
4. Melatih dan membina keyakinan diri, bakat kepimpinan dan kebolehan yang sedia ada
untuk melahirakan individu yang berketrampilan.
5. Mengisi masa lapang ahli dengan berfaedah , memberi kegembiraan serta membina
Objektif Unit kesihatan dan kesejahteraan diri.
Beruniform 6. Memperluaskan pengalaman ahli dalam bidang-bidang tertentu menerusi peningkatan
prestasi melalui aktiviti-aktiviti terancang.
7. Meningkatkan disiplin diri melalui penyemaian dan pemupukkan nilai dan sikap
positif, selaras dengan hasrat Rukun Negara.
8. Menyemaikan perasaan cinta terhadap sekolah, negeri, dan Negara supaya wujud
warganegara yang sihat.

1. Terbuka kepada semua murid Tahap 2.


Keahlian
2. Murid-murid yang telah diterima dan didaftarkan.

Yuran Yuran keahlian ialah RM8.00 setahun.

1. Unit beruniform ini akan dikelolakan oleh sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada
murid-murid sekolah ini yang menjadi ahli unit beruniform ini.
2. Pemilihan jawatankuasa adalah melalui pengundian terbuka.
3. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada:
Ahli Jawatankuasa a. Seorang Pengerusi
b. Seorang Naib Pengerusi
c. Seorang Setiausaha
d. Seorang Bendahari
e. Tiga orang AJK

1. Mesyuarat agung tahunan hendaklah diadakan pada awal semester persekolahan.


2. Pemilihan jawatankuasa baru hendaklah diadakan.
3. Laporan tahunan dan laporan kewangan hendaklah dibentangkan (jika ada)
Mesyuarat Agung
4. Maklumat mesyuarat agung beserta agendanya hendaklah disampaikan kepada ahli
melalui notis yang dipaparkan pada papan kenyataan atau pengumuman di
perhimpunan sekolah dua minggu sebelum tarikh mesyuarat tersebut.
1. Masa / Hari perjumpaan / latihan : 2.00 ptg hingga 3.00 ptg
2. Tempat perjumpaan : Dewan SK Lukut
3. Masa, hari serta tempat perjumpaan / latihan boleh dipinda dengan kebenaran guru
Perjumpaan / Latihan besar. Pembatalan perjumpaan / latihan juga boleh dilakukan setelah mendapat
kebenaran daripada guru besar.
4. Kekerapan perjumpaan / latihan boleh diperbanyakkan apabila ada keperluan projek /
pertandingan dan sebagainya.

1. Guru penasihat akan dilantik oleh guru besar.


2. Guru penasihat ditugaskan untuk mengendalikan segala pengurusan dan perancangan
Guru Penasihat aktiviti-aktiviti unit beruniform.
3. Guru penasihat adalah wakil guru besar dan bertanggungjawab kepada guru besar
tentang kemajuan / kemunduran unit beruniformnya.

1. Setiap ahli akan menghadiri semua aktiviti yang dirancangkan.


2. Ahli-ahli yang melanggar peraturan unit beruniform ini dengan tidak hadir kegiatan /
Kewajipan Ahli perjumpaan sebanyak 50.% daripada jumlah kegiatan / perjumpaan tanpa sebab-
sebab yang munasabah, tidak akan diberi sijil dan tidak akan dituliskan keahliannya
dalam Sijil Berhenti Sekolah.

1. Kegiatan yang tidak ada kaitan dengan objektif unit beruniform mahupun yang tidak
diluluskan oleh guru besar tidak boleh dijalankan.
2. Kegiatan yang melanggar peraturan-peraturan sekolah mahupun undang-undang
negara tidak boleh dijalankan.
3. Persatuan ini tidak boleh bergerak di luar kawasan sekolah tanpa kebenaran daripada
guru besar.
Larangan
4. Persatuan ini tidak boleh berhubung terus dengan mana-mana pihak di luar sekolah
tanpa kebenaran guru besar.
5. Kegiatan tidak boleh dijalankan jika tiada guru penasihat yang dilantik oleh pihak
sekolah hadir sama.
6. Penceramah / pembantu dari luar sekolah boleh dijemput setelah mendapat persetujuan
daripada guru besar sekolah.

You might also like