You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN PERSATUAN DAN KELAB

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABI


01000 KANGAR, PERLIS

1. Pelaksanaan

1.1. Semua persatuan dan kelab yang bergerak di Sek. Men. Keb. Abi adalah
tertakluk kepada perlembagaan ini mulai 1 JANUARI…………...
1.2. Semua Perlembagaan sebelum tarikh di atas adalah dengan sendirinya
terbatal.

2. Kuasa Penubuhan dan Pembubaran

2.1. Pengetua mempunyai kuasa dalam menubuh atau meluluskan penubuhan


sesebuah Persatuan atau Kelab di sekolah ini atas nasihat /pandangan
Penolong Kanan Pentadbiran/PK Hal Ehwal Murid dan PK Kokurikulum.
2.2. Pengetua mempunyai kuasa dalam membubarkan atau meluluskan pembubaran
sesebuah Persatuan atau Kelab di sekolah ini atas nasihat/pandangan PK.
Pentadbiran/PK Hal Ehwal Murid dan PK Kokurikulum.

3. Perlantikan dan Pemecatan Guru Penasihat

3.1. Pengetua atas pandangan Penolong Kanan Pentadbiran berkuasa


melantik mana-mana guru Sek. Men. Keb. Abi sebagai penasihat Kelab
atau Persatuan bagi setiap tahun.
3.2. Pengetua atas pandangan Penolong Kanan Pentadbiran berkuasa
memecat mana-mana guru-guru Sek. Men. Keb. Abi daripada menjadi
penasihat Persatuan atau Kelab bagi setiap tahun.
3.3. Semua perlantikan adalah merujuk kepada buku Senarai Tugas Guru yang
diedarkan setiap awal tahun.

4. Pendaftaran Ahli dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa


4.1. Keahlian hanya untuk pelajar-pelajar SMK. Abi yang masih menuntut di
sekolah ini.
4.2. Pendaftaran ahli dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa hendaklah merujuk kepada
dokumen pengurusan kokurikulum sekolah yang disediakan oleh pengurusan
sekolah.
4.3. Guru penasihat berhak memberi pertimbangan dan nasihat serta
mempengaruhi perlantikan Ahli Jawatankuasa yang akan dipilih bagi
menentukan pemilihan tidak berdasarkan populariti, tetapi berdasarkan
kemampuan dan keberkesanan kepimpinannya.
4.4. Pemilihan Ahli Jawatankuasa hendaklah mengikut kaedah demokrasi, iaitu
majoriti sebagai penentu.
4.5. Pengurusan Badan Beruniform adalah tertakluk kepada cadangan dan
peruntukan badan induk dari segi perlantikan AJK. Pengetua mempunyai hak
menerima atau menolak cadangan tersebut.

5. Kutipan Yuran

5.1. Jumlah yuran tahunan Persatuan dan Kelab adalah ditentukan dalam
Mesyuarat Agong
5.2. Persatuan dan Kelab berhak mengadakan kutipan tambahan jika terdapat
aktiviti yang memerlukan perbelanjaan yang lebih dengan syarat kutipan
tambahan dikenakan kepada ahli yang akan menyertai aktiviti sahaja.
5.3. Kutipan yuran hendaklah direkodkan oleh Bendahari
5.4. Rekod Kewangan Persatuan dan Kelab hendaklah disediakan oleh Bendahari
untuk diperiksa oleh guru penasihat mengikut masa yang tidak dijadualkan.
5.5. Untuk keselamatan, wang Persatuan dan Kelab dinasihatkan disimpan oleh
guru penasihat.

6. Aktiviti

6.1. Aktiviti luar kawasan sekolah mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran
pengetua dan ibu bapa.
6.2. Aktiviti luar negeri hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Jabatan
Pelajaran Negeri.

7. Larangan

7.1. Ahli Persatuan dan Kelab dilarang menjalankan sebarang aktiviti berbentuk
perjudian.
7.2. Merokok dan meminum minuman keras dilarang sama sekali semasa aktiviti
dijalankan terutama di luar kawasan sekolah.
7.3. Penceramah/Tenaga Pengajar luar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam
aktiviti persatuan tanpa kebenaran Pengetua atau Penolong Kanan.
7.4. Pengurusan alat muzik, penulisan, alat bunyian serta gambar yang tidak
bermoral tidak dibenarkan sama sekali.
7.5. Perkara atau identiti atau mesej perkauman serta isu sensitif dilarang
diperkenalkan atau dibincangkan dalam Kelab dan Persatuan.

8. Penambahan Peraturan

8.1. Penambahan peraturan dalam setiap Kelab dan Persatuan adalah dibenarkan.
8.2. Kebenaran ini adalah tertakluk kepada persetujuan Guru Penasihat dan tidak
bertentangan dengan peraturan sekolah seperti yang terdapat dalam buku
disiplin sekolah.

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan/Kelab Sekolah

…………………………………………

PENGETUA,

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABI

01000 KANGAR.

You might also like