You are on page 1of 5

PERLEMBAGAAN

KELAB OLAHRAGA

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN


MOLEK,
PERSIARAN MOLEK UTAMA,
81100, JOHOR BAHRU,
JOHOR
PERLEMBAGAAN KELAB OLAHRAGA
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MOLEK, PERSIARAN MOLEK UTAMA,
81100, JOHOR BAHRU, JOHOR
PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta
Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan
(A):P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-peraturan (Perlembagaan)
Kelab Olahraga Sekolah Kebangsaan Taman Molek.

PERATURAN 1 Nama dan Alamat

a. Nama Kelab : Kelab Olahraga


Sekolah Kebangsaan Taman Molek

b. Alamat : Sekolah Kebangsaan Taman Molek


Persiaran Molek Utama,
81100, Johor Bahru,
JOHOR

PERATURAN 2 Matlamat

2.1 Memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani

2.2 Mencungkil minat dan bakat murid dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

PERATURAN 3 Objektif

3.1 Memupuk minat murid terhadap kelab Olahraga

3.2 Mencungkil bakat murid dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
3.3 Mengeratkan hubungan antara ahli kelab dengan AJK

3.4 Memupuk sifat kepimpinan seseorang murid sekiranya dilantik sebagai AJK

PERATURAN 4 Keahlian

4.1 Dibuka kepada semua murid tahun 4, 5 dan 6 yang belajar di SK Taman Molek

4.2 Ahli-ahli mesti menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian
dengan aktif bagi menjayakan tujuan ini.
PERATURAN 5 Guru Penasihat

5.1 Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2 Guru penasihat mempunyai kuasa untuk merancang, melaksanakan atau membatalkan sesuatu aktiviti
sekiranya perlu.

5.3 Guru penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama-sama dengan ahlu semasa aktiviti dijalankan.

5.4 Guru penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian kokurikulum.

PERATURAN 6 Ahli Jawatankuasa

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung

6.2 Ahli yang hadir dan ahli tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK

6.3 Pemilihan AJK secara undian

6.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan mesyuarat

6.5 AJK kelab hendaklah terdiri daripada :

1. Pengerusi
2. Naib Pengerusi
3. Setiausaha
4. Naib Setiausaha
5. Bendahari
6. Naib Bendahari
7. AJK Tahun 6 – 2orang (1 Lelaki, 1 Perempuan)
8. AJK Tahun 5 – 2orang (1 Lelaki, 1 Perempuan)
9. AJK Tahun 4 – 2orang (1 Lelaki, 1 Perempuan)

PERATURAN 7 Kewangan

7.1 Sumber utama kewangan kelab ialah melalui yuran kehalian

7.2 Kelab boleh memperolehi kewawngan melalui aktiviti yang diadakan.

7.3 Bendahari bertanggungjawab menjaga wang kelab dan berkuasa terhadap semua aktiviti kewangan kelab.

7.4 AJK yang menuntut wang untuk tujuan kelkab wajib menghantar resit kepada Bendahari

7.5 Segala perbelanjaan harus mendapatkan persetujuan daripada Pengerusi dan Bendahari
7.6 Bendahari wajib menghantar laporan kewangan dan akaun kelab kepada Pengerusi dan Juruaudit pada
setiap akhit bulan untuk disemak.

PERATURAN 8 Kehadiran / Penyertaan

8.1 Ahli kelab dikehendaki menghadairi semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.

8.2 Kegaalan berbuat demikian tanpa sebab sebanyak 3 kali boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan
hak keahlian kelab.

8.3 Ahli yang tidak hadir mengikuti aktiviti tetapi mempunyai alasan yang munasabah, boleh menulis surat
kepada Pengerusi.

PERATURAN 9 Aktiviti

9.1 Dijalankan seperti yang dirancangkan dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

9.2 Segala pindaan aktiviti yang dibuat oleh guru penasihat akan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

9.3 Aktiviti yang akan dijalankan oleh kelab adalah berdasarkan pembelajaran ilmu.

PERATURAN 10 Peraturan

10.1 Peraturan sekolah adalah peraturan asas.

10.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

10.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan hukuman tatatertib.

PERATURAN 11 Tindakan Disiplin

11.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan yang
ditetapkan.

11.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut :

11.2.1 Amaran lisan

11.2.2 Amaran bertulis

11.2.3 Gantung keahlian


11.2.4 Pecat keahlian

PERATURAN 12 Pindaan Perlembagaan

12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini adalah sah sehingga dipinda.

12.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat ahli jawatankuasa guru pemasihat atau pentadbir sekolah
secara bertulis.

12.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan
membincangkancadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

12.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh guru.

PERATURAN 13 Pembubaran Persatuan

13.1 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan
Falsafah Pendidikan Negara.

13.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

PERATURAN 14 Hal-hal Lain

14.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

14.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

14.3 Keselamatan ahli-ahli hendaklah sentiasa terjamin semasa aktiviti dijalankan.

You might also like