You are on page 1of 3

KELAB BOLA SEPAK

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KEMBANGAN


43300 Seri Kembangan, Selangor DarulEhsan.
Tel: (603)-89486358 Fax : (603)-89482117

‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’

PERLEMBAGAAN KELAB BOLA SEPAK SMKSK SESI PAGI 2022

1. NAMA KELAB
1.1 KELAB BOLA SEPAK SMK SERI KEMBANGAN (Sesi Petang)

2. ALAMAT
2.1 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KEMBANGAN
43300 SERI KEMBANGAN SELANGOR.

3. MATLAMAT:
3.1 Membantu, mendedah dan memperkenalkan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan bakat
pelajar.
3.2 Memenuhi keperluan kegiatan kokurikulum merealisasikan misi dan visi sekolah.

4. OBJEKTIF:
4.1 Memberi panduan dalam aspek pengurusan diri, pakaian, masa atau lain-lain perkara seperti
yang termaktub dalam aktiviti tahunan.
4.2 Membantu mengembangkan bakat dan potensi pelajar.

5. KEAHLIAN:
5.1 Keahlian dibuka kepada semua pelajar yang belajar di SMK Seri Kembangan, dari
Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5.
5.2 Permohonan menjadi Ahli Kelab Bola Sepak SMKSK adalah dengan cara mengisi borang
pemilihan kegiatan kokurikulum yang diedarkan kepada setiap pelajar semasa awal tahun.
5.3 Ahli Kelab akan diberi surat amaran secara bertulis jika tidak menghadiri perjumpaan tanpa
menyatakan sebarang sebab yang boleh dianggap munasabah.

6. GURU PENASIHAT
6.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada GURU yang mengajar di SMK Seri Kembangan.
6.2 Guru Penasihat mestilah yang telah dilantik oleh pihak sekolah dan mendapat surat
perlantikan sebagai guru penasihat.
6.3 Salah seorang daripada Guru Penasihat mestilah dilantik sebagai Ketua Guru Penasihat oleh
pihak sekolah.
6.4 Ketua Guru Penasihat atau wakilnya mempunyai kuasa mutlak untuk merancang, melaksana
atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu dan hendaklah berpandukan kepada
aktiviti kokurikulum tahunan sekolah.

7. AHLI JAWATAN KUASA


7.1 Ahli Jawatan Kuasa hendaklah dipilih dan/atau dilantik semasa Mesyuarat Agung yang
pertama.
7.2 Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa hendaklah dibuat secara UNDIAN oleh Ahli yang hadir semasa
Mesyuarat Agung sahaja.
7.3 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha,
Penolong Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan Ahli Jawatan Kuasa dari Tingkatan
1 hingga Tingkatan 5.
7.4 Ahli Jawatan Kuasa boleh dilantik oleh Ketua Guru Penasihat atau wakilnya tanpa perlu
menunggu Mesyuarat Agung dijalankan dengan berpandukan surat kuasa yang telah
diturunkan kepada Ketua Guru Penasihat oleh Pengetua Sekolah.
7.5 Ahli Jawatan Kuasa yang ingin meletakkan jawatan perlu menghantar surat perletakan jawatan
kepada Guru Penasihat.
7.6 Ahli Jawatankuasa yang melanggar Undang-Undang Awam atau telah dikenakan Tindakan
Disiplin oleh Pengetua Sekolah akan boleh disingkirkan dari jawatan yang disandang.

8. DERMA KEAHLIAN / SUMBER KEWANGAN:


8.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui DERMA KEAHLIAN yang telah ditetapkan dan
dipersetujui dalam Mesyuarat Agung.
8.2 Kelab boleh memperolehi sumber kewangan sampingan melalui aktiviti yang dirancang khas
dengan mengenakan yuran penyertaan yang minima.
8.3 Bagi lawatan luar atau aktiviti yang memerlukan perbelanjaan yang besar, sumber kewangan
boleh dipohon daripada pihak sekolah atau penajaan pihak swasta atau luar sekolah dengan
terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.

9. KEHADIRAN AHLI:
9.1 Ahli kelab dikehendaki menghadirkan diri 100% PENYERTAAN daripada aktiviti-aktiviti yang
telah dijalankan.
9.2 Kegagalan menyertai atau melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan dibuat
atau dilaksanakan boleh dikenakan tindakan disiplin.
9.3 Sebarang ketidakhadiran hendaklah dirujuk kepada Guru Penasihat atau wakilnya atau
Pengerusi Kelab.
9.4 Ahli yang tidak dapat hadir mesti menyerahkan salinan surat sakit doktor atau menulis surat
tunjuk sebab ketidakhadiran perjumpaan kepada Ketua Guru Penasihat Pasukan dan/atau
wakilnya.

10. AKTIVITI:
10.1 Aktiviti yang dijalankan hendaklah sebagaimana yang telah dirancang atau ditetapkan oleh guru
penasihat.
10.2 Sebarang pindaan dan perubahan aktiviti hanya boleh dibuat oleh Ketua Guru Penasihat atau
wakilnya serta mesti diumumkan untuk pengetahuan ahli kelab.
10.3 Jika ahli kelab ingin menyertai aktiviti luar sekolah dan mempunyai kaitan dengan aktiviti kelab
mestilah mendapat kelulusan Pengetua Sekolah terlebih dahulu dan sebarang risiko yang
berlaku adalah atas tanggungjawab ahli kelab sendiri.

11. MESYUARAT AGUNG:


11.1 Satu Mesyuarat Agung Pertama mestilah diadakan pada awal tahun
11.2 Agenda atau perkara dalam Mesyuarat Agung hendaklah boleh atau meliputi hal-hal seperti
berikut:

11.1 Pemilihan Ahli Jawatan Kuasa.


11.2 Perkara berbangkit dari minit mesyuarat kelab.
11.3 Hal-hal lain Pasukan.
11.4 Penanguhan Mesyuarat Agung Tahunan.
11.5 Agenda lain Pasukan jika difikirkan perlu.

12. TINDAKAN DISIPLIN/TATATERTIB:


12.1 Tindakan disiplin atau tindakan tatatertib boleh diambil terhadap ahli yang melanggar atau tidak
mematuhi peraturan dan Undang-Undang atau Perlembangaan kelab seperti yang diperakui
dan ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin atau tindakan tatatertib adalah mengikut cara atau kaedah berikut:
2
12.2.1 Amaran Lisan
12.2.2 Amaran Bertulis

12.3 Ahli yang telah dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak sebagai ahli kelab
sepanjang tempoh tindakan tersebut berlangsung atau sehingga surat penarikan atau
pembatalan tindakan disiplin dikeluarkan.
12.4 Rayuan terhadap disiplin atau tindakan tatatertib yang telah dikenakan keatas ahli boleh
dilakukan dalam tempoh waktu tidak kurang daripada 2 (Dua) minggu selepas surat tindakan
disiplin diserah atau diterima oleh ahli daripada Ketua Guru Penasihat atau wakilnya.
12.5 Penerimaan Rayuan adalah atas budi bicara Ketua Guru Penasihat atau wakilnya atau
Pengetua Sekolah atau wakilnya.
12.6 Ahli yang telah dikenakan tindakan disiplin atau tindakan tatatertib Gantung Sekolah oleh pihak
sekolah juga TIDAK BOLEH menyertai sebarang aktiviti kelab.

13. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG AM KELAB:


13.1 Peraturan dan Undang-Undang Sekolah atau Akta Pendidikan 1996 atau Undang-Undang
Awam adalah Peraturan Am Pasukan.
13.2 Peraturan dan Undang-Undang Khas yang ditetapkan oleh Pasukan jika didapati bercanggah
dengan Peraturan dan Undang-Undang Awam akan TERBATAL dengan sendirinya dan tidak
boleh diguna pakai.
13.3 Ahli-ahli yang melanggar Peraturan dan Undang-Undang Pasukan akan dikenakan tindakan
disiplin mengikut Perlembagaan Pasukan.

14. PINDAAN PERLEMBAGAAN:


14.1 Mana-mana bahagian dari Perlembagaan Pasukan ini adalah sah sehingga ia dipinda.
14.2 Cadangan pindaan Perlembagaan boleh dibuat oleh Ahli, Ahli Jawatan Kuasa, Guru Penasihat,
atau pentadbir sekolah secara bertulis.
14.3 Suatu  MESYUARAT KHAS perlu diadakan oleh Guru Penasihat dan  Ahli Jawatan Kuasa bagi
membincangkan  cadangan tersebut.
14.4 Pindaan terhadap Perlembagaan hanya boleh diluluskan dalam Mesyuarat Agung.

15. HAL-HAL LAIN:


15.1 Setiap ahli perlu MENGETAHUI atau MEMATUHI tanggungjawab masing-masing terhadap
Perlembagaan Pasukan atau Peraturan dan Undang-Undang kelab.
15.2  Ahli-ahli  hendaklah   sentiasa  peka dan mengikuti  aktiviti dengan penuh minat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh.

………………………… ………………………….
(En. Mohammad Azwan Yaacob) (Puan Rosyatina Ab Razak)
Guru Penasihat PK Kokurikulum SMK Seri Kembangan

You might also like