You are on page 1of 6

Perlembagaan Kadet Polis

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SMK MUHIBBAH


90000 SANDAKAN SABAH

PERLEMBAGAAN PASUKAN KADET POLIS SEKOLAH
1. MATLAMAT
1.1. Membantu, mendedah dan memperkenalkan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan bakat kendiri
pelajar dalam bidang ilmu kepolisan.
1.2. Memenuhi keperluan kegiatan kokurikulum sekolah bagi merealisasikan misi dan visi sekolah untuk
melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai kemahiran, khususnya kepimpinan di kalangan pelajar.
2. OBJEKTIF
2.1. Memberi panduan dalam aspek pengurusan diri, pakaian, masa dan/atau lain-lain perkara seperti
yang termaktub dalam aktiviti tahunan Pasukan.
2.2. Membantu pengajaran dan pembelajaran kelas biasa selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran
dan Buku Panduan Tetap Pengurusan Aktiviti KoKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Buku
Perancangan Aktiviti Tahunan Sekolah.
3. KEAHLIAN
3.1. Keahlian DIBUKA kepada semua pelajar yang belajar di SMK Muhibbah, dari Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5.
3.2. Permohonan menjadi Ahli Pasukan Kadet Polis Sekolah adalah dengan cara mengisi borang
permohonan yang disediakan semasa Mesyuarat Agung yang Pertama.
3.3. Sebarang permohonan lain untuk menjadi Ahli Pasukan Kadet Polis Sekolah hendaklah melalui dan
mendapat kelulusan Pengetua melalui Guru Penolong Kanan KoKurikulum.
3.4. Keahlian boleh terbatal jika Ahli tidak hadir perjumpaan 3 kali berturut-turut tanpa menyatakan
sebarang sebab yang boleh dianggap munasabah.
3.5. Ketua Guru Penasihat boleh menambah bilangan Ahli jika difikirkan perlu dengan memohon
penambahan Ahli daripada Pengetua melalui Guru Penolong Kanan KoKurikulum.

4. GURU PENASIHAT
4.1. Guru Penasihat adalah terdiri daripada GURU yang mengajar di SMK Muhibbah.
4.2. Guru Penasihat mestilah yang telah dilantik oleh pihak sekolah dan mendapat surat kuasa merancang
dan/atau melaksana semua aktiviti Pasukan.
4.3. Salah seorang daripada Guru Penasihat mestilah dilantik sebagai Ketua Guru Penasihat oleh pihak
sekolah.
4.4. Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya mempunyai kuasa mutlak untuk merancang, melaksana
dan/atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu dan hendaklah berpandukan kepada Buku
Panduan Tetap Pengurusan Aktiviti KoKurikulum dan/atau Perancangan Aktiviti Tahunan Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
5. AHLI JAWATANKUASA
5.1. Ahli Jawatankuasa hendaklah dipilih dan/atau dilantik semasa Mesyuarat Agung yang Pertama dan
dibubarkan semasa Mesyuarat Agung yang Kedua.
5.2. Pemilihan Ahli JawatanKuasa hendaklah dibuat secara UNDIAN bagi Ahli yang hadir Mesyuarat Agung
sahaja.
5.3. Ahli JawatanKuasa hendaklah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong
Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan Ahli JawatanKuasa Tingkatan dari Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5.
5.4. Ahli JawatanKuasa boleh dilantik oleh Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya tanpa perlu
menunggu Mesyuarat Agung dijalankan dengan berpandukan surat kuasa yang telah diperturunkan
kepada Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya oleh Pengetua Sekolah.
5.5. Ahli JawatanKuasa yang ingin meletakkan jawatan mesti dan/atau boleh menghantar surat perletakan
jawatan kepada Guru Penasihat atau wakilnya dan tidak boleh dipilih dan/atau dilantik lagi sepanjang
tempoh sebagai Ahli Pasukan selepas perletakan jawatannya disahkan oleh Ketua Guru Penasihat atau
wakilnya.
5.6. Ahli JawatanKuasa yang melanggar Undang-Undang Awam dan/atau Peraturan dan Undang-Undang
Pasukan dan/atau telah dikenakan Tindakan Disiplin oleh Pengetua Sekolah akan dan/atau boleh
disingkirkan dari jawatan yang disandang.
5.7. Perkara 5.2 dan Perkara 5.4 hendaklah digunapakai bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.

6. DERMA KEAHLIAN/YURAN/SUMBER KEWANGAN
6.1. Sumber utama kewangan Pasukan adalah melalui DERMA KEAHLIAN yang telah ditetapkan dan
dipersetujui dalam Mesyuarat Agung.
6.2. Pasukan boleh memperolehi sumber kewangan sampingan melalui aktiviti yang dirancang khas
dengan mengenakan yuran penyertaan yang minima.
6.3. Bagi lawatan luar atau aktiviti yang memerlukan perbelanjaan yang besar, sumber kewangan boleh
dipohon daripada pihak sekolah atau penajaan pihak swasta atau luar sekolah dengan terlebih dahulu
mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.
7. KEHADIRAN AHLI
7.1. Ahli Pasukan dikehendaki menghadirkan diri sekurang-kurangnya 70% PENYERTAAN daripada
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan/atau dibuat dan/atau dilaksanakan sepanjang tahun.
7.2. Penyertaan dan/atau penglibatan yang kurang daripada 70% adalah tidak layak untuk diberi Sijil
Kehadiran atau Sijil Penyertaan atau Sijil Kepujian.
7.3. Kegagalan menyertai dan/atau melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan/atau
dibuat dan/atau dilaksanakan sepanjang tahun boleh dikenakan tindakan disiplin dan/atau kehilangan
hak keahlian.
7.4. Sebarang ketidakhadiran hendaklah dirujuk kepada Guru Penasihat atau wakilnya atau Pengerusi
Pasukan.
7.5. Ahli yang tidak dapat hadir mesti menulis surat tunjuk sebab ketidakhadiran perjumpaan kepada
Ketua Guru Penasihat Pasukan dan/atau wakilnya.
8. AKTIVITI
8.1. Aktiviti yang dijalankan hendaklah dan/atau sebagaimana yang telah dirancang dan/atau dibincang
dan/atau disahkan dalam Mesyuarat Agung dan/atau Mesyuarat Ahli JawatanKuasa Induk.
8.2. Sebarang pindaan dan/atau perubahan aktiviti hanya dan/atau boleh dibuat oleh Ketua Guru
Penasihat dan/atau wakilnya serta mesti diumumkan untuk pengetahuan dan/atau semua ahli Kelab.
8.3. Sebarang aktiviti dan/atau rancangan yang bercanggah dengan Peraturan dan Undang-Undang
Sekolah dan/atau dan/atau Akta Pendidikan 1996 dan/atau Undang-Undang Awam adalah DILARANG
sama sekali.
8.4. Jika ahli Pasukan ingin menyertai aktiviti luar sekolah dan mempunyai kaitan dengan aktiviti Pasukan
mestilah mendapat kelulusan Pengetua Sekolah terlebih dahulu dan sebarang risiko yang berlaku adalah
atas tanggungjawab Ahli Pasukan sendiri.
9. MESYUARAT AGUNG
9.1. Suatu Mesyuarat Agung Pertama mestilah diadakan pada awal tahun dan/atau selepas mendapat
Surat Kelulusan Penubuhan Pasukan daripada Pengetua atau melalui Guru Penolong Kanan KoKurikulum.
9.2. Suatu Mesyuarat Agung Kedua mestilah diadakan pada akhir tahun dan/atau selepas mendapat Surat
Kelulusan Pembubaran Pasukan daripada Pengetua atau melalui Guru Penolong Kanan KoKurikulum.
9.3. Agenda dan/atau Perkara dalam Mesyuarat Agung hendaklah boleh dan/atau meliputi hal-hal seperti
berikut :-
9.3.1. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Pertama atau Kedua Pasukan.
9.3.2. Pembubaran Ahli JawatanKuasa Tahun Terdahulu Pasukan.
9.3.3. Pemilihan Ahli JawatanKuasa Tahun Terkini Pasukan.
9.3.4. Perkara Berbangkit Dari Minit Mesyuarat Pasukan.
9.3.5. Hal-hal Lain Pasukan.
9.3.6. Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Pasukan.
9.3.7. Agenda lain Pasukan jika difikirkan perlu.
9.4. Kuasa meluluskan usul dan/atau agenda dalam Mesyuarat Agung hendaklah dengan dan/atau
mendapat majoriti tidak kurang 2/3 daripada ahli Kelab.







10. TINDAKAN DISIPLIN/TATATERTIB
10.1. Tindakan disiplin dan/atau tindakan tatatertib boleh diambil ke atas Ahli yang melanggar
dan/atau tidak mematuhi Peraturan dan Undang-Undang dan/atau Perlembagaan Pasukan seperti yang
telah diperakui dan/atau ditetapkan.
10.2. Tindakan disiplin dan/atau tindakan tatatertib adalah mengikut cara dan/atau kaedah berikut:-
10.2.1. Amaran Lisan
10.2.2. Amaran Bertulis
10.2.3. Digantung Keahlian
10.2.4. Dipecat Keahlian
10.3. Ahli yang telah dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak sebagai ahli Pasukan
sepanjang tempoh tindakan tersebut berlangsung dan/atau sehingga surat penarikan dan/atau
pembatalan tindakan disiplin dikeluarkan.
10.4. Rayuan terhadap tindakan disiplin dan/atau tindakan tatatertib yang telah dikenakan ke atas
Ahli boleh dilakukan dalam tempoh waktu tidak kurang daripada 2(Dua) minggu selepas surat tindakan
disiplin diserah dan/atau diterima oleh Ahli daripada Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya.
10.5. Penerimaan Rayuan adalah atas budi bicara Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya dan/atau
Pengetua Sekolah dan/atau wakilnya.
10.6. Ahli yang telah dikenakan tindakan disiplin dan/atau tindakan tatatertib Gantung Sekolah oleh
Pasukan dan/atau pihak sekolah juga secara automatik TIDAK BOLEH menyertai sebarang aktiviti Pasukan.
11. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG AM PASUKAN
11.1. Peraturan dan Undang-Undang Sekolah dan/atau Akta Pendidikan 1996 dan/atau Undang-
Undang Awam adalah Peraturan Am Pasukan.
11.2. Peraturan dan Undang-Undang Khas yang ditetapkan oleh Pasukan jika didapati bercanggah
dengan Peraturan dan Undang-Undang Sekolah dan/atau Akta Pendidikan 1996 dan/atau Undang-Undang
Awam akan TERBATAL dengan sendirinya dan tidak boleh digunapakai.
11.3. Ahli-ahli yang melanggar Peraturan dan Undang-Undang Pasukan akan dikenakan tindakan
tatatertib mengikut Perlembagaan Pasukan.

12. PINDAAN PERLEMBAGAAN
12.1. Mana-mana bahagian dari Perlembagaan Pasukan ini adalah sah sehingga ia dipinda.
12.2. Cadangan pindaan Perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, Ahli JawatanKuasa, Guru Penasihat,
dan/atau Pentadbir Sekolah secara bertulis.
12.3. Suatu MESYUARAT KHAS perlu diadakan oleh Guru Penasihat dan Ahli JawatanKuasa bagi
membincangkan sahaja cadangan tersebut.
12.4. Pindaan terhadap Perlembagaan hanya boleh diluluskan dalam Mesyuarat Agung Pasukan.
13. HAL-HAL LAIN
13.1. Setiap Ahli perlu MENGETAHUI, dan/atau MEMATUHI tanggungjawab masing-masing terhadap
Perlembagaan Pasukan dan/atau Peraturan dan Undang-Undang Pasukan.
13.2. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan/atau mengikut aktiviti Pasukan dengan penuh minat.
13.3. Perkara-perkara lain yang dibangkitkan dan/atau difikirkan perlu dari semasa ke semasa.

You might also like