You are on page 1of 4

PERLEMBAGAAN

1. NAMA:
____________________________________________________________
2. OBJEKTIF PERSATUAN / KELAB
a. Menyatupadukan dan menjalin kemesraan antara ahli-ahli.
b. Menyemai perasaan cinta terhadap sekolah, negeri dan negara supaya wujud
negara sihat.
c. Membolehkan ahli-ahli mempunyai minat yang sama mengembangkan bakat
dan potensi mereka dengan sedaya upaya mereka.
d. Perseimbangan diantara perkembangan mental dan perkembangan sosial,
jasmani dan rohani murid.
e. Pengukuhan interaksi dalam kalangan murid sekolah.
f. Meningkatkan minat, bakat dan kemahiran murid dalam gerak kerja yang
diceburi.
g. Pengukuhan dan pengayaan perkara-perkara yang dipelajari dalam bilik
darjah serta peluasan pengalaman murid dalam bidang tertentu.
h. Pengisian masa lapang murid dengan berfaedah, memberi kegembiraan
serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan.
i. Peningkatan disiplin murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan
sikap positif selaras dengan Hasrat negara.
j. Peningkatan suasana dan persekitaran sekolah yang lebih menarik dan
menggembirakan murid.
k. Meningkatkan penglibatan Kerjasama dan sumbangan dua hala di antara
sekolah dengan ibubapa / waris / penjaga dan masyarakat setempat.

3. KEAHLIAN PERSATUAN / KELAB


a. Terdiri daripada murid sekolah yang sedang belajar dalam Tahun 4 hingga
Tahun 6.
b. Ahli-ahli adalah murid-murid yang telah diterima dan didaftarkan.
c. Mereka mesti menerima dan bersetuju kepada perlembagaan.
d. Mereka akan mengambil bahagian cergas menjayakan program-program
yang telah diatur.
4. YURAN KEAHLIAN
a. Setiap ahli akan dikenakan yuran sebanyak RM
_________ setahun atau RM ________ setiap kali perjumpaan.

5. PENTADBIRAN
a. Persatuan / kelab ini akan dikelolakan oleh satu jawatankuasa yang terdiri
daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha,
Bendahari, Penolong Bendahari dan ___________ orang AJK.
b. Pengerusi bertanggungjawab menjalankan dan mempengerusikan semua
mesyuarat dan memastikan ia berjalan dengan lancar.
c. Naib Pengerusi akan membantu Pengerusi dan mewakili Pengerusi semasa
ketiadaan Pengerusi.
d. Setiausaha bertanggungjawab mengendalikan urusan persatuan / kelab dan
menyimpan segala rekod keahlian, kegiatan, minit mesyuarat, laporan
tahunan dan segala surat persatuan.
e. Naib Setiausaha akan membantu Setiausaha dalam menjalankan tugas.
f. Bendahari bertanggungjawab memungut yuran, mengeluarkan resit serta
mengemaskini penyata kewangan.
g. Ahli Jawakuasa akan membantu Pengerusi mengatur kegiatan-kegiatan
persatuan/kelab ini secara bersungguh-sungguh.
h. Guru Penasihat hendaklah dihubungi oleh semua AJK berkenan untuk
mentadbir persatuan/kelab.

6. PERJUMPAAN / LATIHAN
a. Ahli-ahli persatuan /kelab ini akan bertemu pada setiap hari
________________ iaitu ___________ minggu sekali seperti yang ditentukan
oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Semua ahli MESTI menghadirinya.
b. Ahli yang tidak hadir ke suatu perjumpaan/latihan dikehendaki memberi
sebab-sebab kepada guru penasihat.
c. Masa perjumpaan / latihan akan diadakan pada jam ___________ hingga
__________pada hari ____________ di _____________________________.
d. Masa perjumpaan / latihan boleh dipinda dengan kebenaran Guru Besar atau
Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
e. Kekerapan perjumpaan / latihan boleh diperbanyakkan apabila ada
keperluan.
7. PERLETAKKAN JAWATAN ATAU MENARIK DIRI
a. Ahli-ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli biasa tidak dibenarkan berhenti kecuali
sebab-sebab yang tertentu yang telah diberitahu kepada Guru Penasihat.

8. MESYUARAT AGONG TAHUNAN


a. Sekurang-kurangnya diadakan sekali dalam setahun.
b. Semua ahli MESTI hadir.
c. Mesyuarat Agong tergempar boleh diadakan jika perlu.

9. MESYUARAT JAWATANKUASA
a. Tiap-tiap mesyuarat AJK hendaklah dihadiri oleh Guru Penasihat

10. GURU PENASIHAT


a. Guru Penasihat persatuan / kelab, badan beruniform, sukan permainan
ditentukan oleh Guru Besat dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Segala
kegiatan hendaklah dijalankan mengikut arahan daripada Guru Penasihat.
b. Guru penasihat adalah wakil Guru Besar dan bertanggungjawab kepada
Guru Besar tentang kemajuan dan kemunduran persatuan / kelab.

11. AKTIVITI
a. Kegiatan atau aktiviti yang tiada kaitan dengan objektif tidak boleh dijalankan.
b. Persatuan / kelab tidak boleh bergerak di luar Kawasan sekolah dan setiap
kegiatan yang di adakan di luar Kawasan sekolah hendaklah mendapat
kelulusan Guru Besar.
c. Persatuan / Kelab tidak boleh berhubung terus dengan mana-mana pihak luar
tanpa melalui Guru Besar.
d. Peraturan yang melanggar peraturan sekolah mahupun undang-undang
negara tidak boleh dijalankan.
e. Kegiatan tidak boleh dijalankan tanpa kehadiran Guru Penasihat.
f. Penceramah/pembantu/jurulatih dari luar boleh dijemput setelah mendapat
persetujuan daripada Guru Besar.
g. Ahli-ahli yang ingin menyertai sebarang kegiatan dan aktiviti di luar sekolah
mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa / waris / penjaga.
12. PERANCANGAN AKTIVITI
a. AJK yang dipilih akan merancang kegiatan bersama-sama dengan Guru
Penasihat.
b. Setiap aktiviti hendaklah dilaporkan secara bertulis setelah sesuatu aktiviti
selesai dijalankan. Gunakan borang laporan aktiviti yang disediakan.

13. TATATERTIB DAN PAKAIAN


a. Semua peraturan sekolah adalah berkuatkuasa semasa aktiviti dijalankan
bagi semua unit kokurikulum.
b. Jika pakaian seragam diluluskan oleh Unit KOkurikulum maka pakaian
seragam itu mesti dipakai.
c. Pakaian yang menjolok mata adalah DILARANG.
d. Memakai selipar adalah DILARANG semasa aktiviti.

14. PENILAIAN KEAHLIAN


a. AJK dengan bimbingan Guru Penasihat akan menyediakan satu laporan
lengkap mengenai aktiviti sepanjang tahun.
b. Guru Penasihat hendaklah menyampaikan satu senarai murid yang mencapai
kecemerlkangan dalam aktiviti sepanjang tahun.
15. PENDAFTARAN PERSATUAN / KELAB
a. Persatuan / kelab hendaklah didaftarkan kepada Guru Besar.
b. Ahli-ahli dan Pasukan Badan Beruniform hendaklah didaftarkan kepada pihak
yang berwajib.
16. HAL-HAL LAIN
a. Peraturan dalam perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali mendapat
kelulusan daripada Guru Besar.
b. Pendaftaran persatuan /kelab hendaklah dibuat segera sebaik sahaja
Mesyuarat Agong dijalankan.
c. Segala laporan dalam buku laporan aktiviti hendaklah ditulis dengan TEPAT

Disahkan oleh ;

………………………………………………..
(PK Kokurikulum )

You might also like