You are on page 1of 5

PERLEMBAGAAN BADAN BERUNIFORM

(PERGERAKAN PUTERI ISLAM)


Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996

1. NAMA DAN ALAMAT

a) Nama Persatuan : Pergerakan Puteri Islam Malaysia


b) Alamat : Sekolah Menengah Kebangsaan Ceneh Baru,
24000 Kemaman, Terengganu.

2. MATLAMAT

a) Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara


seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
b) Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan setiap pelajar yang terlibat dalam
aktiviti badan beruniform.

3. OBJEKTIF

a) Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Puteri Islam)
dengan lebih terpimpin dalam menimba Ilmu berpersatuan dan memupuk semangat
bertanggungjawab dan disiplin diri.
b) Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia akan seberapa daya berusaha untuk
mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui
ujian-ujian kecekapan yang diikutiinya.

4. KEAHLIAN

a) Dibuka kepada semua murid perempuan sekolah ini.


b) Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan
c) Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan
mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

5. PENASIHAT

a) Pengetua hendaklah melantik seorang atau beberapa org guru sebagai penasihat.
b) Pengetua perlu menyimpan atau membuat ianya disimpan sebagai rekod berpesatuan.

6. GURU PENASIHAT

a) Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.


b) Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan
sesuatu aktiviti.
c) Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.
7. AHLI JAWATANKUASA

a) Dilantik semasa Mesyuarat Agung.


b) Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak
dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa.
c) Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
d) Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
e) Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
f) Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
 Pengerusi
 Naib Pengerusi
 Setiausaha
 Bendahari
 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

8. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

a) Pengerusi
 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa
ke semasa.
b) Naib Pengerusi
 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa
ke semasa.
c) Setiausaha
 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
 Mencatat kehadiran ahli
 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa
ke semasa.
d) Bendahari
 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.
 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa.
 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.
e) Ahli Jawatankuasa
 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa

9. KEWANGAN

a) Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa
Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 5.00 seorang setahun.
b) Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
c) Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan
besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
d) Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA
sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

10. KEHADIRAN/PENYERTAAN

a) Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh


persatuan sepanjang tahun.
b) Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian
kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

11. MENGENDALI MESYUARAT

a) Setiap mesyurat yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa hendaklah dihadiri oleh guru
penasihat.

12. PEMATUHAN PENGURUSAN

a) Pendaftar, guru besar atau pengetua boleh mengawal mana – mana persatuan sekolah
mematuhi peraturan, tentang pengurusan, aktiviti, keahlian atau yang selainnya
berkenaan dengan persatuan itu.

13. AKTIVITI

b) Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
c) Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

14. PERATURAN-PERATURAN

a) Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


b) Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
c) Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

15. KESALAHAN

a) Antara kesalahan yang dilarang semasa menjadi ahli kelab


 Salah laku jenayah
 Tingkah laku berunsur lucah
 Tidak kemas
 Tidak menepati masa
 Kurang sopan
 Melakukan kesalahan kecil

16. LARANGAN

a) Pelajar dilarang menyertai aktiviti yang tidak berkaitan dan menyalahi peraturan sekolah
dan hukum syarak

17. TINDAKAN DISIPLIN

a) Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak


mematuhi peraturan yang ditetapkan.
b) Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
 Amaran lisan
 Amaran bertulis
c) Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat
adalah muktamad.

18. PINDAAN PERLEMBAGAAN

a) Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.


b) Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa,Guru
Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
c) Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa
akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
d) Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.

19. PEMBUBARAN PERSATUAN

a) Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar


perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.Segala hutang wajib dijelaskan. Baki
kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

20. PERUBAHAN
jawatankuasahendaklahmengemukakanlaporanbertuliskepadapengetuatentangpeubaha
ndalamperlembagaandalamperaturanatauahlipersatuan.
Laporanituhendaklahdiserahkandalammasa 14
haridaritarikhperubahan.Pengetuaberhakmenerimaataumenolakperubahantersebut.

21. HAL-HAL LAIN

a) Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang


dijalankan.
b) Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Kelulusan Penolong Pendaftar PBB / KPA / KSP Sekolah

…………………………………………………………….
Pengetua Tarikh: ………………………….
Cop

You might also like