You are on page 1of 32

PERLEMBAGAAN BADAN BERUNIFORM

(PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA)


Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996

1. NAMA DAN ALAMAT

a. Nama persatuan : Pergerakan Puteri Islam Malaysia


b. Alamat : Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Jalan
Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan.

2. MATLAMAT

a. Menggalakkan kecerdasan dan kecergasan setiap pelajar yang terlibat dalam aktiviti
badan beruniform.
b. Menyediakan peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara
seimbang serta menyeluruh dalam aspek fizikal, rohani, emosi dan intelek.
c. Melatih dan memupuk bakat kepimpinan dalam diri pelajar melalui aktiviti badan
beruniform.

3. OBJEKTIF

a. Supaya ahli yang menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Puteri


Islam) akan lebih terpimpin dalam menimba Ilmu Berpesatuan.
b. Ahli-ahli dapat memupuk akhlak mulia, sikap bertanggungjawab dan mendisiplinkan
diri.
c. Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia akan berusaha sebaik mungkin untuk
melaksanakan segala aktiviti yang diceburi dengan sempurna.

4. KEAHLIAN

a. Terbuka kepada semua mahasiswa wanita Islam institut ini.


b. Permohonan menjadi ahli adalah melalui borang yang disediakan
c. Ahli-ahli mestilah menerima, bersetuju dan berpegang kepada Perlembagaan dan
akan mengambil bahagian secara aktif bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

5. PENASIHAT

a. Pengarah hendaklah melantik seorang atau beberapa orang pensyarah sebagai


penasihat persatuan.
6. GURU PENASIHAT

a. Penasihat adalah terdiri daripada pensyarah IPGKRM.


b. Penasihat haruslah memberi nasihat dan panduan dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.
c. Pensyarah penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli persatuan
semasa aktiviti dijalankan.

7. AHLI JAWATANKUASA

a. Dilantik semasa Mesyuarat Agung persatuan.


b. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang
tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa.
c. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara undian.
d. Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa sebarang
mesyuarat bersama ahli.
e. Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik yang ingin meletakkan jawatan harus
menghantar surat perletakan jawatan mereka kepada Guru Penasihat persatuan.
f. Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
Ahli Jawatankuasa (bilangan bergnatung kepada keperluan)

8. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

I. Pengerusi
Mengetuai dan mempegerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
pelaksanaan semua mesyuarat mengikut Perlembagaan.
Meneliti catatan minit mesyuarat persatuan serta memastikan segala keputusan
yang ditetapkan diambil tindakan yang sewajarnya oleh individu berkenaan.
Melaksanakan tugas-tugas lain yang telah diberikan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
II. Naib Pengerusi
Menolong pengerusi persatuan dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab
yang diberikan.
Mengambil alih tugas pengerusi untuk mempegerusikan mesyuarat semasa
ketiadaan pengerusi.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke
semasa.
III. Setiausaha
Menguruskan hal-hal surat menyurat persatuan.
Menyediakan melalui catatan serta menandatangani minit mesyuarat atau laporan
kegiatan-kegiatan yang telah dilaksanakan.
Meneliti kehadiran ahli persatuan dalam sebarang kegiatan atau mesyuarat.
Menyimpan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
Melaksanakan tugasan-tugasan lain jika diarahkan oleh Guru Penasihat dari
semasa ke semasa.
IV. Bendahari
Bertanggungjawab berkaitan dengan semua hal kewangan persatuan.
Menghasilkan dan menyimpan data kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.
Menyediakan Penyata Kira-Kira secara bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
Melaporkan kedudukan kewangan persatuan jika diminta oleh ahli dalam mesyuarat
ahli jawatankuasa.
Menyediakan Laporan Kewangan persatuan untuk tujuan audit dan dibentangkan
dalam Mesyuarat Agung.
Menjalankan tugas-tugas lain jika diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
masa.
V. Ahli Jawatankuasa
Membantu melaksanakan tugasan dalam segala kegiatan serta aktiviti yang
dilaksanakan.
Mempengerusikan biro berkenaan sekiranya dilantik.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
masa

9. KEWANGAN

a. Sumber utama dalam kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan
semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan bahawa kutipan sebanyak RM
10.00 seorang satu semester dilaksanakan.
b. Persatuan juga dapat memperolehi sumber kewangan melalui aktiviti yang
dijalankan.
c. Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar
akan dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
d. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu
mendapat kelulusan pihak pentadbir institut dan rekod perbelanjaan mesti
disediakan.

10. KEHADIRAN/PENYERTAAN
a. Ahli persatuan dikehendaki menghadirkan diri dalam kesemua aktiviti yang
dilaksanakan oleh persatuan sepanjang semester.
b. Kegagalan menghadiri aktiviti sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab. Tindakan pemotongan markah kehadiran dalam penilaian
kokurikulum ahli berkenaan boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

11. MENGENDALI MESYUARAT

a. Setiap mesyuarat yang diadakan oleh ahli jawatankuasa hendaklah dihadiri


bersama oleh guru penasihat.

12. AKTIVITI

a. Dilaksanakan mengikut perancangan dalam Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Ahli


Jawatankuasa.
b. Sebarang pindaan terhadap aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan
disampaikan kepada pengetahuan ahli.

13. PERATURAN-PERATURAN

a. Peraturan institut adalah peraturan asas.


b. Peraturan khas yang telah ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
c. Ahli-ahli yang tidak mengikut peraturan dikenakan tindakan tatatertib.

15. KESALAHAN

a. Antara kesalahan yang dilarang semasa menjadi ahli persatuan:


Jenayah dan salah laku.
Perilaku lucah dan tidak sopan.
Tidak menepati masa.
Tiada kekemasan dalam kerja dan penampilan.
Melakukan kesalahan kecil.
Bertingkah laku tidak sesuai dengan imej persatuan.

16. LARANGAN

a. Pelajar dilarang mengambil bahagian dalam aktiviti yang tidak berkaitan dan
menyalahi peraturan institusi serta hukum syarak.

17. TINDAKAN DISIPLIN

a. Tindakan diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
b. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
Amaran lisan
Amaran bertulis
c. Rayuan secara bertulis kepada Guru Penasihat boleh dibuat oleh ahli yang tidak
berpuas hati terhadap tindakan.
d. Keputusan Guru Penasihat berhubung rayuan terhadap tindakan adalah
muktamad.

18. PINDAAN PERLEMBAGAAN

a. Setiap bahagian dalam perlembagaan ini sah sehinggalah ia dipinda.


b. Sebarang cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir institusi secara bertulis.
c. Mesyuarat khas perlu diadakan untuk membincangkan cadangan tersebut dan
meluluskannya jika perlu serta dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa.
d. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh
Pengetua/Pengarah.

19. PEMBUBARAN PERSATUAN

a. Kuasa akan diberi kepada Pengarah untuk membubarkan persatuan jika didapati
melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. Segala hutang wajib
dijelaskan. Baki kewangan akan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

20. PERUBAHAN

a. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan bertulis kepada Pengarah


tentang sebarang perubahan dalam perlembagaan atau peraturan atau ahli
persatuan.
b. Laporan hendaklah diserahkan dalam masa 14 hari dari tarikh perubahan.
c. Pengarah berhak meluluskan atau menolak perubahan tersebut.

21. HAL-HAL LAIN

a. Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap kegiatan yang


dijalankan.
b. Ahli-ahli haruslah sentiasa peka serta mengikuti aktiviti dengan penuh komitmen.
........................

(HANIS MUNIRAH BINTI ZULKIFLI)

Pendaftar Unit Beruniform,


Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar,
Jalan Sikamat,
70400, Seremban,
Negeri Sembilan.
LAGU PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira


Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkoban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

Berusaha mencari pengetahuan


Berbakti membuat kebajikan
Belajar mencapai kejayaan
Bersemangat penuh keimanan

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira


Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkoban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

IKRAR PUTERI

Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia, berikrar akan :

o Taat kepada allah, rasul, pemerintah, guru dan ibubapa

o Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak

o Membangunkan diri dengan sempurna

o Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri

o Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara


SULUH KATA PPIM

P - Patuh kepada Ibu bapa

U - Ugama/Agama berteraskan Al-quran dan Hadith

T - Taat Kepada Allah dan Rasul

E - Erat Ukhuwah Islamiyah

R - Rela Berbakti Kerana Allah

I - Iman dipupuk, ilmu dituntut

I - Insaf diri, ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali

S - Solat ditunai setiap waktu

L - Larangan Allah dijauhi


A - Akhlak mulia pengukuh iman

M - Muslimah, mukminah rakyat seperjuangan

PENAUNG: Pengetua

PENASIHAT: Penolong
Kanan KO

KETUA GURU
PEMIMPIN

GURU PEMIMPIN GURU PEMIMPIN GURU PEMIMPIN

PENGHULUWATI

NAIB PENGHULUWATI

KETUA PASUKAN 1 KETUA PASUKAN 2 KETUA PASUKAN 3

Ketua Kumpulan Ketua Kumpulan Ketua Kumpulan

Ahli 10-15 orang Ahli 10-15 orang Ahli 10-15 orang


JAWATANKUASA PPIM PERINGKAT SEKOLAH

JAWATANKUASA PPIM PERINGKAT DAERAH

PENGERUSI

PENGERUSI BERSAMA
(PEGAWAI
PENDIDIKAN
DAERAH)

NAIB PENGERUSI

SETIAUSAHA BENDAHARIWAKIL PEJABAT


KEHORMAT KEBAJIKAN
HAL
KEHORMATWAKIL
WAKILEHWAL
PEJABAT
PPD
WAKIL LPKI
MASYARAKAT
AGAMA
(BahagianISLAM
BELIAKOKO)
AJK 1AJK
AJK10
14
13
12
11
9
8
6
5
4
3
2
AJK 7

Catatan
AJK 1 11- Ahli jawatankuasa dipilh pada mesyuarat Agung Dwi Tahunan.
AJK 12 14 Ahli jawatankuasa dilantik oleh jawatankuasa Pentadbir Perhubungan Daerah
JAWATANKUASA PPIM PERINGKAT NEGERI
PENGERUSI

PENGERUSI BERSAMA
(PEGAWAI
PENDIDIKAN NEGERI)

NAIB PENGERUSI

SETIAUSAHA BENDAHARI
KEHORMAT KEHORMAT

AJK 1 AJK 2 AJK 3 AJK 4 AJK 5 AJK 8 AJK 9 AJK 10 AJK 11 AJK 12

AJK 6 AJK 13 AJK 14

WAKIL JPN WAKIL JBS WAKIL JKMPM WAKIL MAJLIS


WAKIL LPKI
(Bahagian KOKO) (Bahagian Belia) (Bahagian AGAMA ISLAM
Kebajikan) NEGERI

AJK 7
Catatan
AJK 1 11- Ahli jawatankuasa dipilh pada mesyuarat Agung Dwi Tahunan.
AJK 12 14 Ahli jawatankuasa dilantik oleh jawatankuasa Pentadbir Perhubungan Negeri.
JAWATANKUASA PPIM PERINGKAT INSTITUT / MAKTAB /
UNIVERSITI

PENGERUSI
Pn. Mona Liza bt Ali

PENGERUSI BERSAMA
(PENGARAH MAKTAB)
Tn. Hj Rosli Bin Yassin

NAIB PENGERUSI
Pn. Haryati bt Daud

SETIAUSAHA BENDAHARI
KEHORMAT KEHORMAT
Cik Halimah binti Said Pn. Rugayah bt Fairuz

AJK 1 AJK 2 AJK 3 AJK 5 AJK 8 AJK 9 AJK 10 AJK 11 AJK 12

AJK 6 AJK 13 AJK 14


AJK 4

AJK 7

WAKIL BAH.
JABATAN BELIA
WAKIL HEP PENDIDIKAN WAKIL JABATAN
SUKAN LKPI
ISLAM KEBAJIKAN

Catatan
AJK 1 11- Ahli jawatankuasa dipilh pada mesyuarat Agung Dwi Tahunan.
AJK 12 14 Ahli jawatankuasa dilantik oleh Jawatankuasa Pentadbir PPIM Perhubungan
Institut / Maktab / Universiti.
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN

PROSEDUR PENDAFTARAN

1. Senarai Nama Sekolah dan Ahli

Sekolah / Institusi (Senarai sekolah-sekolah berdaftar ikut Perhubungan Negeri)

Ahli Skuad Puteri

Ahli Seumur Hidup


2. Cara Menganggotai PPIM

Prosedur Penubuhan PPIM di Sekolah

I. Guru-guru pemimpin memaklumkan kepada Pengetua atau penolong Kanan Ko-


Kurikulum tentang penubuhan PPIM dan menerangkan tentang organisasi di peringkat
sekolah.

II. Menguruskan pendaftaran penubuhan PPIM sekolah dengan mengisi Borang Pendaftaran
Penubuhan PPIM secara online. Sila cetak sebanyak 4 salinan.

a. Salinan 1 kepada Setiausaha Perhubungan Negeri

b. Salinan 2 kepada Setiausaha Perhubungan Daerah

c. Salinan 3 kepada Jabatan Pendidikan Negeri

d. Salinan 4 untuk simpanan sekolah

# Tidak perlu menghantar salinan kepada Setiausaha Kehormat PPIM di Ibu Pejabat PPIM
Kebangsaan kerana pendaftaran penubuhan telah dilakukan secara online.

III. Ibu Pejabat PPIM akan menghantar Surat Pengesahan Pendaftaran, kepada Sekolah /
Kolej / maktab / Universiti dan salinan kepada:

a. Pengerusi Perhubungan Negeri

b. Setiausaha Perhubungan Negeri

c. Jabatan Pendidikan Negeri

IV. Sekolah juga akan menerima 'Kad perakuan Pendaftaran berserta Nombor Pendaftaran'.

CONTOH PERAKUAN PENDAFTARAN


PENDAFTARAN AHLI

A. Borang kebenaran Ibubapa

Sebelum didaftarkan kebenaran daripada ibubapa perlu diperolehi.

B. Borang Ahli

Guru Pemimpin perlu mengedarkan Borang Ahli kepada pelajar untuk diisi dan kemudian
disampaikan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri agar mendapatkan Nombor
Pendaftaran. Keratan borang hendaklah dikembalikan kepada sekolah. Setiap pelajar
dikehendaki memiliki kad ahli. (sila lihat contoh)

CONTOH KAD AHLI


C. Pendaftaran Pensyarah / Guru pemimpin dan ahli Luar Sekolah

Guru-guru Pemimpin dan Ahli-ahli luar sekolah perlu mendaftar menggunakan Borang
Permohonan Menjadi Ahli. Borang hendaklah disahkan oleh Perhubungan Negeri dan keratan
hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat PPIM. Bayaran sebanyak RM3.00 dikenakan bagi mendapatkan
Kad Ahli.

D. Senarai Nama-nama ahli

Senarai nama-nama ahli hendaklah disediakan dalam 3 salinan untuk dihantar seperti berikut:-

1 salinan kepada Setiausaha Kehormat PPIM di Ibu Pejabat PPIM Kebangsaan.

1 salinan kepada Setiausaha Perhubungan Negeri

1 salinan kepada Daerah

1 salinan untuk simpanan sekolah

# Tidak perlu menghantar salinan kepada Setiausaha Kehormat PPIM di Ibu Pejabat PPIM
Kebangsaan kerana pendaftaran ahli telah dilakukan secara online.
TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN

Memastikan mesyuarat
Memastikan ada Memastikan aktiviti
agung diadakan bagi
perlembangaan dan selaras dengan objektif
tujuan melantik ahli
peraturan. sekolah.
jawatankuasa.

Memastikan jawatankuasa
Merancang aktiviti Memastikan aktiviti
menjalankan tugas seperti
tahunan dengan berjalan mengikut jadual
terkandung dalam
kerjasama murid. yang ditetapkan.
perlembagaan.

Merancang strategi untuk


peningkatan Memastikan pengurusan Memastikan minit
kecemerlangan pasukan kewangan dan harta mesyuarat dan laporan
unit berunifom/ kelab/ benda/ peralatan diurus aktviti disediakan dan
persatuan dan dengan baik. difailkan.
sukan/permainan.

Mengurus penyerahan
Bertanggungjawab
Mendaftarkan pasukan ahli-ahli dalam kegiatan di
memberi bimbingan dan
unit berunifom, kelab/ peringkat sekolah/ zon/
tunjuk ajar serta galakan
persatuan dan permainan. daerah/ negeri dan
kepada ahli-ahli.
kebangsaan dengan baik.

Mengiringi ahli dalam Bertanggungjawab


Menandatangani buku
lawatan atau projek yang mencatat penglibatan dan
kehadiran ahli.
dijalankan. pencapaian ahli.

Menghadiri perjumpaan
Memastikan papan Memastikan tidak ada
atau mesyuarat yang
kenyataan digunakan unsur subversif tersebar di
berkaitan dengan unit
sepenuhnya. kalangan ahli.
yang diwakili.

Mencadangkan nama ahli


Menjalankan tugas-tugas
yang layak menerima sijil Bekerjasama dengan pihak
yang diarahkan oleh Guru
penghargaan kepada sekolah dalam menjayakan
Besar dari semasa ke
jawatankuasa kokurikulum sesuatu program
semasa.
sekolah.
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN

Mengetuai dan
Meneliti catatan minit
mempegerusikan
mesyuarat persatuan
semua mesyuarat Melaksanakan tugas-
serta memastikan
dan tugas lain yang telah
segala keputusan
PENGERUSI bertanggungjawab diberikan oleh Guru
yang ditetapkan
atas pelaksanaan Penasihat dari
diambil tindakan yang
semua mesyuarat semasa ke semasa.
sewajarnya oleh
mengikut
individu berkenaan.
Perlembagaan.
PENGURUSAN BUKU LOG / FOLIO / LAPORAN AKTIVITI

I. BUKU LOG
Biodata
Falsafah PPIM
Matlamat PPIM
Objektif PPIM
Logo PPIM
Bendera PPIM
Moto/cogan kata PPIM
Lagu Puteri
Ikrar Puteri
Suluhkata PPIM
Struktur Organisasi
Persediaan Tatacara
Perjumpaan dan Penutupan
Asas kawad kaki
Asma Ul Husna
Tasbih kifarah
Doa perjumpaan/penutupan
Doa-doa harian
Rukun Islam
Rukun Iman
Zikir Munajat
Aktiviti-aktiviti yg dijalankan

KANDUNGAN
BUKU LOG
PPIM
II. CONTOH LAPORAN AKTIVITI

CATATAN AKTIVITI

TARIKH : 20 Jun 2017 MASA : 8:30-9:30

MINGGU: MINGGU 2 TAJUK : PERLEMBAGAAN


PERTUBUHAN

NAMA GURU PEMIMPIN :

1. Pn. Erana binti Seman

PENGISIAN AKTIVITI :
BIL. AKTIVITI CATATAN GURU
PEMBIMBING
1. Tatacara Perjumpaan dan memulakan
perjumpaan.
2. Kata alu-aluan Guru Pemimpin

3. Membincangkan Perlembagaan Pertubuhan :


a. Prinsip Asas
b. Perlembagaan
c. Lambang, Cogan Kata, lagu
dan bendera.
d. Peringkat Sekolah
Membincangkan Misi dan Visi PPIM,
matlamat, objektif PPIM, lagu Puteri,
motto, ikrar dan Asmaul Husna.
TUGASAN :

1. Menyediakan nota dan laporan struktur organisasi.

2. Menghafal lagu Puteri dan memperkasakan istiadat tatacara perjumpaan.

3. Merujuk jadual bertugas tatacara perjumpaan PPIM.


PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN

Baju Kawat Baju Pemimpin

Baju Puteri Baju Riadah


TAKWIM DAN RANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI

CONTOH RANCANGAN TAHUNAN SEKOLAH (PUTERI BONGSU)

BIL TARIKH BIDANG / AKTIVITI OBJEKTIF CATATAN

1 Januari Pengenalan PPIM

1. Mesyuarat Agung / Perlantikan -Mengenali dan mencintai

AJK pasukan yang disertai

2. Pengenalan Latar belakang


dan

Sejarah PPIM

3. Pengenalan Uniform PPIM

(Baju Kurung, T-Shirt, Baju

Kawad & Lencana)

2 Januari Pengenalan PPIM -Membantu proses

-Lagu PPIM Lafaz Ikrar PPIM, pembangunan diri secara

- Logo PPIM dan Suluhkata bersepadu dari segi


spiritual,
PPIM
emosi, sosial dan fizikal.

3 Februari Pengenalan PPIM - Ahli Puteri dapat melaksana

- Tatacara PPIM kan Tatacara PPIM


- Menaikkan Bendera
- Asas Kawad Kaki -Mendisiplinkan diri dalam

unit beruniform

4 Februari Kesihatan dan Pembangunan


Diri
-Membentuk identiti Puteri
- Penampilan Diri (pakaian dan
ke arah keperibadian mulia.
Kebesihan)

- Penjagaan Diri (Jamani, Kuku,


Mata, Telinga, Rambut dll.

5 Mac Kesihatan dan Pembangunan -Mengetahui maksud


Diri
pemakanan seimbang
-Makanan Seimbang
-Mengamalkan makanan
-Penyakit Berjangkit (Tibi,
Seimbang dalam kehidupan
Denggi, Malaria, AIDS dll.
-Sentiasa menjaga
kebersihan

diri

6 Mac Kerohanian - Memahami, menghayati


dan
-Tatacara berwuduk
melaksanakan perintah
-Niat Solat Fardhu Allah
- Membaca Ayat-ayat suci berlandaskan syariat.
Al-Quran

7 April Keluarga Dan Masyarakat -Mengeratkan silaturrahim

-Salasilah Keluarga dalam masyarakat

-Tanggungjawab kepada jiran


dan

masyarakat

8 April Kemahiran -Melengkapkan diri dengan

-Memasang Cadar kemahiran asas dalam

-Membersihkan kasut dan membentuk wanita


stoking
muslimah.
-Gubahan bahan terbuang

9 Mei Kemahiran -Malatih dan membentuk ahli

-Menyediakan sarapan puteri supaya berdikari


(sandwich)

@ Minum petang
10 Mei Keluarga dan Masyarakat -Mnghargai kemudahan

-Kemudahan Awam (Tandas, awam.

Tong Sampah @ Tempat- -Memupuk semangat kerja


tempat
sama sesama ahli
Awam

-Gotong royong

(ikut kesesuaian masa)

11 Jun Kerohanian -Mencintai sirah Rasulllah

Riwayat Hidup Rasullullah SAW - Beriman dan berakhlak

(Kelahiran, ibu bapa murni berlandaskan


wafat,putera
prinsip-prinsip Islam
puteri baginda)

-Ciri-ciri akhlak mulia

12 Jun Kemahiran -Memberi pendedahan

-Asas Jahitan ( Jelujur, Kia, pengetahuan dan


kemahiran
Sembat dll)
asas jahitan

13 Julai Pertolongan Cemas -Memahami tentang asas-


asas
-Asas Pertolongan Cemas
pertolongan cemas
-Cara menjaga alatan
merbahaya

14 Julai Rekreasi dan Aktiviti Luar -Membangunkan semangat

-Perkhemahan (kawasan berpasukan dan kerjasama


sekolah)
sesama ahli
-Mencari Harta Karun

15 Ogos Alam Sekitar -Mencungkil kreativiti murid

-Buku Skrap (tumbuh-tumbuhan)


-Melukis Poster

16 Ogos Pertolongan Cemas -Memahai tentang cara

-Cara menggunakan anduh rawatan yang sepatutnya


PPIM ditubuhkan awal tahun 1960-an LKPIM diilhamkan oleh YMM Tunku
oleh Lembaga Kebajikan
-Cara Perempuan
membalut luka Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri
Islam Malaysia (LKPIM). Agong yang pertama.

17 September Rekreasi dan Aktiviti Luar -Mengisi masa lapang


dengan
-Permainan Tradisional
aktiviti yang berfaedah.
- Melukis Poster

18Kurikulum
September Kemaskiniaktiviti
adalah berbentuk buku log untuk -Memenuhi syarat pensijilan
penilaian
keagamaan dan khidmat Puteri Bongsu
masyarakat Keanggotaan hanya untuk pelajar
yang bersifat memberi bantuan Puteri Bongsu sekolah menengah.
kepada golongan miskin.
19 Oktober Alam Sekitar -Mengaplikasi pengetahuan

- Projek Taman Puteri melalui aktiviti yang


dijalankan
- Pengedaran Udara yang baik

(projek)

- Lawatan (ikut kesesuaian


masa)
Pelancaran rasmi pada 17 Jun
201981oleh
Oktober Kerohanian
DYMM Raja Permaisuri -Memperkukuhkan iman
Agong Ke 6, Almarhummah Ke
- Rukun Iman / Rukun Islam Bertempat akhlak
dan memperbaiki di Dewan Canselor Tun
Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku
Abdul Razak, Universiti Kebangsaan
Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan
- Sifat Panglima
20 Malaysia.
binti Almarhum Tengku
Perang, Tengku Muhammad
Rahimahallah

Pada Hari Puteri 1988, anugerah


Piala Pusingan disumbangkan oleh Puteri Cemerlang dan Piala Pusingan
DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku bagi Anugerah Tokoh Puteri telah
Bainun. diiktiraf oleh Majlis Pentadbir
Kebangsaan PPIM
SEJARAH UNIT BERUNIFORM PPIM

Pada 11 September 1993, PPIM


bergerak sebagai Pertubuhan 23 November 1996, Skuad Puteri
Beruniform dalam Ko-Kurikulum dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri
(GERKO) di semua maktab perguruan Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
di seluruh Malaysia.

8 April 2000, PPIM dilancarkan di Tujuannya meluaskan penglibatan


institusi pengajian tinggi oleh Y.A.Bhg. remaja dan wanita lepasan sekolah
Datin Seri Endon Mahmood dalam kerja-kerja khidmat masyarakat
(Allahyarhamah) di Universiti Islam seperti bantuan kepada mangsa
Antarabangsa. banjir dan program ziarah hospital.

Y.A.Bhg. Toh Puan


Norashikin Ismail
dilantik sebagai Yang
DiPertua PPIM
Pertama.

Perasmian Darul Puteri telah


Awal 2004, di bawah kepimpinan disempurnakan oleh Seri Paduka
Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Baginda Raja Permaisuri Agong
Tumin (Allahyarhamah), ibu pejabat Tuanku Fauziah binti Almarhum
PPIM berpindah ke Darul Puteri. Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos
2005.

24 Mac 2007 - kekosongan jawatan


Yang Dipertua diisi oleh Y.Bhg. Datin
Hajah Badiah Abdul Manan hingga
kini.
RUJUKAN

Aizar Md Jaman, & Latifah Mahaluddin. (n.d.). Pengenalan Pergerakan Puteri Islam Malaysia.

Azizan Baharuddin. (n.d.). Pengenalan dan Falsafah Kurikulum Pergerakan Puteri Islam Malaysia.

Buku Panduan Pergerakan Puteri Islam Malaysia. (2017, Januari 20). Dicapai pada 6 Julai, 2017,
dari https://www.pendidik2u.my/buku-panduan-pergerakan-puteri-islam-malaysia/

Izani Zakaria. (2009). Pergerakan Puteri Islam Malaysia. Seri Kembangan, Selangor: Content Plus.

PUTERI. (2013, 2 Oktober). Dicapai pada 6 Julai, 2017, dari http://www.puteri-islam.org.my/

Ramli Wan Mohamad, R. W. (1992). Ilmu Puteri Islam. Shah Alam: Fajar Bakti.

You might also like