You are on page 1of 8

Elorine Binti Kait

Ketua Penasihat BSMM


Sekolah Kebangsaan Kibabaig,
Peti surat 234,
Penampang,
Sabah.

Guru Besar, Rujukan : SKKB(PNG)


800/06/02/08
Sekolah Kebangsaan Kibabaig, Tarikh :23 Februari
2020
Peti surat 234,
Penampang,
Sabah.

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH 2020

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya, Cik Elorine binti Kait


berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21hb Mei 1998
P.U. (A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996
dengan ini memohon untuk menubuhkan PERSATUAN BULAN SABIT
MERAH Sek. Ren. Kibabaig, penampang mulai 25 Februari 2020

Bersama-sama ini disertakan :

i. Draf Perlembagaan
ii. Draf Aktiviti Asas
iii. Senarai Nama Jawatankuasa Penaja

Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai


dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan tugas

…………………………………………..
(ELORINE BINTI KAIT )
Ketua Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah
SK KIBABAIG
s.k
1. Fail Persatuan Bulan Sabit Merah
2. Fail Kokurikulum
DRAF PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN UNIT PAKAIAN SERAGAM, KELAB /PERSATUAN DAN


KELAB/PERMAINAN
UNIT PAKAIAN SERAGAM : BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

1. Nama dan Alamat


a) Nama persatuan : Bulan Sabit Merah Malaysia
b) Alamat : Peti Surat 234,
89500 Penampang, Sabah
2. Matlamat

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi


secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek.

3. Objektif

a) Mendedahkan ahli kepada kemahiran asas pertolongan cemas secara


berperingkat.

b) Ahli persatuan dapat mempelajarai beberapa aktiviti asas pasukan


beruniform seperti perkhemahan, kawad kaki dan khidmat
masyarakat.

c) Menjalankan aktiviti yang memberikan pengalaman dan pengajaran.

d) Memupuk semangat kerjasama di kalangan rakan sebaya dalam


persatuan.

e) Membiasakan dan menyediakan diri untuk memimpin persatuan.

4. Keahlian

a) Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

b) Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada


Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi
menjayakan tujuan persatuan ini.
5. Guru Penasihat

a) Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.


b) Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau
membatalkan sesuatu apabila difikirkan perlu.
c) Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa
aktiviti dijalankan.
6. Ahli Jawatankuasa

a) Dilantik semasa Mesyuarat Agung


b) Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa
manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab
layak dicalonkan sebagi Ahli Jawatankuasa.
c) Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
d) Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.
e) Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan, haruslah
menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
f) Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri : -

-Pengerusi
-Naib Pengerusi
-Setiausaha
-Penolong Setiausaha
-Bendahari
-Penolong Bendahari
-Ahli Jawatankuasa
-Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)
7. Tugasan dan Tanggungjawab Jawatankuasa

a) Pengerusi

i) Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab


atas kesempurnaan semua mesyuarat.
ii) Meniliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
iii) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari semasa ke semasa.

b) Naib Pengerusi

i) Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan


tangungjawab yang diberi.
ii) Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
iii) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari semasa ke semasa.

c) Setiausaha

i) Menguruskan hal-hal surat menyurat.


ii) Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan
kegiatan-kegiatan.
iii) Mencatat kehadiran ahli.
iv) Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
v) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari semasa ke semasa.

d) Penolong Setiausaha

i) Membantu setiausaha dalam menjalankan segla tugas dan


tanggungjawabnya.
ii) Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
iii) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari semasa ke semasa.

e) Bendahari

i) Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan


Persatuan.
ii) Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya.
iii) Menyediakan penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
iv) Melaporkan kedudukan keangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
v) Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan
dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

vi) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru


Pensihat dari semasa kesemasa.

f) Penolong Bendahari

i) Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan


Bendahari.
ii) Menjalankan tugas-tuagas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari semasa ke semasa.

g) Ahli Jawatankuasa

i) Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan


aktiviti yang dilaksanakan.
ii) Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
iii) Menjalankan tugas-tuags lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari semasa kesemasa

\
i) Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan
Kewangan tahunan dan bertanggungjawab keatasnya.
ii) Memastikan pengurusan kewangan diurus dengan betul.

8. Kewangan

a) Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang


diputuskan semasa Mesyuarat Agung.
b) Persatuan juga boleh memperoleh kewangn melalui aktiviti.
c) Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan
besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.
d) Semua pungutan/penyimpanan hendaklah dimasukkan ke dalam Akuan
Suwa sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Guru Besar.

9. Kehadiran/Penyertaan

a) Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan


oleh persatuan sepanjang tahun.
b) Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turu dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran
dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat
demikian.

10. Aktiviti

a) Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau


mesyuarat ahli jawatankuasa.
b) Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.

11. Peraturan-peraturan

a) Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


b) Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
c) Ahli-ahli yang melangar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

12. Tindakan Disiplin

a) Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan


tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

b) Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

- Amaran lisan
- Amaran bertulis

c) Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada Guru Penasihat peraturan secara bertulis
dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

13. Pindaan Perlembagaan

a) Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia


dipinda.

b) Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli


jawatankuasa.

c) Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan
meluluskannya jika perlu.

d) Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan


disahkan oleh Guru Besar.

14. Perbubaran Persatuan

a) Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati


melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

b) Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam


Mesyuarat Agung Tergempar.

15. Hal-hal lain

a) Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang


dijalankan.
b) Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.

….………………………. …………………………… ……………………..


(PHEONIX DIONYSIUS) (LAURA LEE YEN NIE) (ELORINE KAIT)
SETIAUSAHA PENGERUSI KETUA PENASIHAT
SK KIBABAIG SK KIBABAIG SK KIBABAIG

DISAHKAN PERLEMBAGAAN INI :

...................................
(PN SALMIAH ISHAK )
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SK KIBABAIG PENAMPANG
Senarai nama Jawatankuasa Penaja

PENAUNG EN GUSTIN GANGGANG@EDWIN GUSTIN


KETUA GURU PENASIHAT CIK ELORINE BINTI KAIT
GURU PENASIHAT 2. PN AINNI ULIN
3. PN ESTHER KALING
4. EN HERMAN EMRAN
5. EN JEREMY EGBERTUS
6. PN MOLLY HIEW
7. EN NICHOLAS LAICHIN
8. PN NURUSYAHIRAH ISMAIL
9. CIK RACHEL ELEANOR WONG
PENGERUSI LAURA LEE YEN NIE (6G)
PENOLONG PENGERUSI HENDRICK JALUT (6B)
SETIAUSAHA PHEONIX DIONYSIUS (6G)
PENOLONG SETIAUSAHA JSHERA JAZEL JAY JOHN (6D)
BENDAHARI DEEPANSIMHAN BIN ABDULLAH (5D)
PENOLONG BENDAHARI CINDY CLARE BONIFACE (5G)
AJK TAHUN 4 CLYVINCENT SONNY (4B)
AVNER ZIR SHALON (4D)
MANDY MILVO LUDDY (4C)
EDRICCA EVANESSA EDWARD (4G)
AJK TAHUN 5 ELLYSHALYN ALDRO JOHN GAISAH (5G)
MY HAMIRA DARENA JUE MUKTAR (5G)
DARELYN RUTHNATALIA DALE (5B)
CHERRY OCTAVIA HILARIUS (5C)
AJK TAHUN 6 NATALLIE ELLY DHORCAS (6G)
JADEN CISSIE ROSLE (6B)
JEREMY STEVE LIGADU (6C)
SHONNA SHAZZRINA AWAT (6D)

You might also like