You are on page 1of 5

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH,

SEK KEB KAYU ARA PASONG,


JKR 1632 KAYU ARA PASONG
82010 PONTIAN JOHOR

PERLEMBAGAAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH TAHUN 2019

1. NAMA RASMI KELAB


KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEKOLAH

2. ALAMAT SEKOLAH
Sek Keb Kayu Ara Pasong,
JKR 1632 Kayu Ara Pasong
82010 Pontian Johor
,

3. FALSAFAH KELAB

Kelab Ini berperanan serta bertanggungjawab melahirkan ahli yang kreatif dan
inovatif, mempunyai ketahanan diri, berani bersaing, prihatin terhadap bidang
yang diceburi, mempunyai wawasan dalam bidang ko-kurikulum dan juga
sahsiah, serta menggembelingkan kreativiti diri secara global demi
memartabatkan nama kelab dan sekolah di samping mempunyai keyakinan dan
kesedaran diri

4. MOTTO
‘MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI’

5. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENAJA:


a. En. Muhd. Nabill Fakhrie bin Md Rapee
b. Puan Faridatul Zaharah binti Zaini
c. En. Mohd. Zumairi bin Mohd. Nordin
6. MATLAMAT:

Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek


pencegahan jenayah.

7. OBJEKTIF-OBJEKTIF/TUJUAN-TUJUAN PERSATUAN DAN KELAB

i. Memupuk rasa patuh kepada peraturan sekolah dan undang-undang


Negara.
ii. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan
jenayah
iii. Menanam nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan pelajar, bahawa
pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah.
iv. Menyediakan garis panduan cara-cara pencegahan jenayah dan
menggalakkan mereka menjalankan aktiviti yang berfaedah.
v. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa,
negara dalam hal-hal pencegahan jenayah.

8. AKTIVITI:
Kalendar aktiviti hendaklah mengikut penggal dan siap mengikut tarikh yang
ditetapkan oleh pihak sekolah (Rujuk Lampiran 1)

9. AHLI JAWATANKUASA
i. Semua AJK akan dipilih pada Mesyuarat Agong
Pengerusi, Naib pengerusi, Setiausaha, Naib Setiausaha, Bendahari, Naib
Bendahari, Ahli Jawatankuasa, Pemeriksa kira-kira
ii. Syarat-syarat untuk menjadi AJK
Terdiri daripada kalangan murid yang dilantik melalui pemilihan dalam
mesyuarat agung tahunan
iii. Tugas-tugas AJK
(a) Pengerusi Mempengerusikan mesyuarat
yang diadakan
(b) Naib Pengerusi Memastikan semua kegiatan
dijalankan dengan baik
Membantu pengerusi dalam
menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberi
(c) Setiausaha Mencatat minit mesyuarat
Menyediakan laporan semester
dan tahunan
(d) Naib Setiausaha Membantu Setiausaha
menjalankan segala tugas dan
tanggungjawab yang diberi
(e) Bendahari Mengutip wang sumbangan
daripada ahli
Memastikan akaun sentiasa
dikemaskini
(f) Naib Bendahari Membantu bendahari
menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberi

iv. Hak-hak ahli:


(a) Ahli berhak mengundi untuk pemilihan ahli jawatankuasa
(b) Ahli boleh menyertai aktiviti-aktiviti persatuan
(c) Setiap ahli yang menghadiri mesyuarat atau perjumpaan yang
dianjurkan oleh persatuan hendaklah mengikut tatatertib mesyuarat
atau persatuan dan berpakain yang sesuai

10. MESYUARAT:
i. Mesyuarat Agong akan diadakan setiap tahun pada hari yang ditetapkan
oleh sekolah ataupun jika perlu pada hari dan masa yang ditetapkan oleh
Ketua Guru Penasihat
ii. Korum yang perlu untuk Mesyuarat Agong:
iii. Perlembagaan yang disahkan oleh Guru Besar
iv. Pemilihan jawatankuasa kelab
v. Perancangan aktiviti asas yang disahkan oleh Guru Besar
vi. Mesyuarat AJK hendaklah sekurang-kurangnya dua kali sepenggal
vii. Kuasa untuk memanggil mesyuarat AJK adalah di bawah Ketua Guru
Penasihat
viii. Koram yang perlu unuk mesyuarat AJK adalah dua pertiga ahli
ix. Setiap mesyuarat diminitkan dalam buku Buku Laporan Persatuan/ Kelab
oleh Setiausaha
x. Agenda mesyuarat hendaklah ditulis dipapan kenyataan sekurang-
kurangnya tiga hari sebelum mesyuarat.
xi. Laporan bertulis hendaklah dibuat untuk setiap aktiviti dalam Buku
Laporan Persatuan
xii. Laporan lawatan dan/atau Pertandingan Persatuan/Kelab hendaklah
disediakan dan satu salinan diserahkan kepada Penyelaras Kokurikulum
sekolah.

xiii. Tempat mesyuarat :


tidak terhad kepada mana-mana bilik atau dewan
xiv. Tempat perjumpaan untuk aktiviti :
Berpusat dalam kawasan sekolah

11. KEWANGAN
i. Mendapatkan sumber kewangan melalui yuran tahunan, derma dan
aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
ii. Jumlah yuran yang ditetapkan untuk setiap ahli adalah RM 6.00 setahun
sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa.
iii. Kuasa membelanjakan kumpulan wang hanya untuk perkara-perkara
yang perlu dan berfaedah bagi mencapai objektif aktiviti kelab.
iv. Bendahari tidak boleh menyimpan wang kelab dalam tangannya melebihi
RM 10.00 pada satu-satu masa dan wang selebihnya hendaklah
diserahkan kepada Guru Penasihat.
v. Setiap perbelanjaan wang kelab hendaklah dengan kelulusan
Jawatankuasa.

12. KEAHLIAN
i. Keahlian terbukan kepada semua murid
ii. Pelajar yang tidak menghadiri perjumpaan tidak akan dilucutkan keahlian
tatapi kehadiran akan mempengaruhi
iii. Markah kokurikulum tahunan pelajar

13. PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB


i. Pindaan perlembagaan kelab boleh diusulkan oleh ahli dan diluluskan
dengan mendapatkan persetujuan 2/3 ahli dalam Mesyuarat Agung
Tahunan atau Mesyuarat Agung Tergempar.
ii. Persetujuan Penaung, Penasihat dan Guru Penasihat Kelab adalah perlu
sebelum sesuatu pindaan perlembagaan kelab dilakukan.

14. LAIN-LAIN:

Kelab ini adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang
telah dan akan dikeluarkan oleh Kerajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan
Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing

= BERSAMA MENCEGAH JENAYAH =

You might also like