You are on page 1of 16

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYU ARA PASONG

JKR1632 KAYU ARA PASONG PONTIAN JOHOR

KERTAS KERJA PROGRAM DEMONSTRASI


LATIHAN KEBAKARAN BERSAMA JABATAN
BOMBA
(Fire Drill)

2019

( SETENGAH TAHUN PERTAMA )

TARIKH

29 APRIL 2019 ( ISNIN )

DISEDIAKAN OLEH
JAWATANKUASA PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH SKKAP
UNIT HAL EHWAL MURID SKKAP
1. PROGRAM : Persediaan untuk latihan kebakaran dan masa
kecemasan.

2. MATLAMAT : Memastikan semua murid dan kakitangan


sekolah dapat meninggalkan bangunan sekolah
di dalam tempoh lebih kurang 4 atau 5 minit
sekiranya berlakunya kebakaran dan
kecemasan.

3. AKTIVITI : Menjalani latihan pergerakan semua warga


sekolah ke tempat selamat (padang) melalui
laluan yang ditetapkan dengan teratur dan
selamat.

4. OBJEKTIF : Semua murid dan kakitangan sekolah tahu


laluan ke tempat selamat (padang) yang
ditentukan semasa berlaku kebakaran dan
kecemasan.

5. JANGKA MASA : Setengah tahun pertama 2019

29 APRIL 2019, ISNIN, JAM 9.00 pagi

6. SASARAN : Semua murid dan kakitangan sekolah

7. KOS : Tiada

8. SUMBER TENAGA : Semua murid, guru dan kakitangan sekolah

9. SUMBER KEWANGAN : Tiada

10.STRATEGI : - Menyediakan pelan laluan kecemasan

PELAKSANAAN - Menampal arahan Latihan Kecemasan di


semua bilik darjah, bilik-bilik khas.

- Menberi taklimat kepada semua murid dan


kakitangan mengenai Latihan Kecemasan
- Mengadakan Latihan
- Mengkaji perjalanan Latihan Kawad
kebakaran dan kecemasan
- Mengadakan latihan mengejut untuk
memastikan semua murid dan kakitangan
sentiasa bersedia menghadapi kecemasan

11. Penilaian - Semua murid dan kakitangan sekolah tahu


laluan ke tempat selamat

- Semua murid dan kakitangan sekolah dapat


mengosongkan bangunan seterusnya
berkumpul di tempat selamat dalam tempoh 4
hingga 5 minit.

12. KAWALAN - Kawalan dibuat oleh GPK HEM , guru-guru,


AJK Latihan Kebakaran dan Kecemasan
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KESELAMATAN
SEKOLAHDAN KAWAD KEBAKARAN TAHUN 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN KAYU ARA PASONG


82010 KAYU ARA PASONG, JOHOR

PENGERUSI
EN. MD YUSOF BIN MD YUNOS
(GURU BESAR)

TIMBALAN PENGERUSI
PN. NOROLNISA BINTI PONIRAN
(GPK HEM)

NAIB PENGERUSI
EN AZIMAN BIN A.WAHID (GPK 1)
TN. HJ ZULKARNAIN BIN MOHD
TOP@MOHD TAH (GPK KOKU)

SETIAUSAHA
EN. ZULKARNAIN BIN ABU BAKAR
(PENYELARAS)

AJK
EN NABIDON BIN KURISAH
EN. MOHD NASRAN BIN NI-AMAT
PN NUR AFIQAH BINTI MOHD NORDIN
SENARAI SEMAK BERKUMPUL MENGIKUT KELAS SEMASA BERKUMPUL

BIL NAMA GURU KELAS CATATAN / T/TANGAN


BIL MURID
PRA

1 BM

1 BR

2 BM

2 BR

3 BM

3 BR

4 BM

4 BR

5 BM

5 BR

6 BM

6 BR

WAJA
SENARAI SEMAK GURU DAN KAKITANGAN SK KAYU ARA PASONG

SEMASA BERKUMPUL.

BIL NAMA GURU / K TANGAN T / TANGAN


SENARAI SEMAK GURU DAN KAKITANGAN SK KAYU ARA PASONG

SEMASA BERKUMPUL.

BIL NAMA GURU / K TANGAN T / TANGAN


KAWAD DAN LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN

(1) BILA KEBAKARAN BERLAKU

Sesiapa iaitu samada murid guru atau kakitangan sekolah yang lain yang ternampak
kebakaran hendaklah memberitahu pihak pentadbir dengan segera supaya loceng
isyarat kecemasan dibunyikan secepat mungkin

(2) MEMBUNYIKAN LOCENG ISYARAT

Isyarat kebakaran iaitu bunyi loceng elektrik yang terus menerus selama 3
minit.Apabila bekalan elektrik terputus, isyarat adalah bunyi Loceng Manual yang
dibunyikan oleh kakitangan-kakitangan yang berada di pejabat.

(3) MENGOSONGKAN BANGUNAN

1. Apabila loceng isyarat dibunyikan, murid-murid hendaklah menunggu guru


yang berada di dalam bilik itu.Guru itu akan memberi arahan untuk keluar dari
bagunan itu dengan selamat.

2. Murid-murid dari setiap kelas hendaklah disusun dalam dua barisan dan
kemudian meninggalkan bilik itu mengikut jalan yang ditentukan.

3. Semasa bergerak, murid-murid hendaklah senyap, tidak terburu-buru, tidak


berlari atau potong jalan.

4. Guru yang berkenaan akan mengiringi barisan murid-murid di kelas yang


tertentu lalu membawa mereka keluar bersama-sama.

5. Jika terdapat murid yang sakit dan tidak boleh bergerak sendiri, maka guru itu
hendaklah mengarahkan murid-murid yang lain membawanya keluar
bersama-sama.

6. Semua ketua darjah hendaklah menyediakan satu senarai nama murid-murid


di dalam kelasnya dan menyimpan di dalam loceknya setiap masa di sekolah
supaya ia dapat digunakan untuk mengambil kedatangan jika buku
kedatangan tidak dapat dicari pada masa kecemasan itu.
7. Murid-murid yang sedang mengadakan Pendidikan Jasmani di Gelanggang
bola keranjang sekolah pada masa itu hendaklah berhenti dan berkumpul di
hadapan guru mereka. Guru itu akan menyuruh murid-murid itu bergerak ke
tempat berkumpul.

8. Guru-guru dan pekerja-pekerja yang lain hendaklah keluar dari bangunan dan
bergerak ke tempat berkumpul dengan segera.

9. Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng
kecemasan berbunyi, mereka hendaklah pergi terus ke tempat berkumpul
dengan segera, kemudian berada bersama-sama dengan rakan-rakan
sedarjah.

10. Tiada seorang pun dibenarkan memasuki semula ke bangunan ini untuk
mengambil barang-barang seperti baju, buku dan lain-lain melainkan
mendapat kebenaran daripada Pegawai Bomba atau Guru Besar.

(4) KECEMASAN PADA WAKTU REHAT

1. Jika isyarat kecemasan berbunyi pada waktu rehat, maka murid-murid yang
berada di kantin hendaklah membiarkan makanan mereka di atas meja dan
berhenti bercakap. Kemudian mereka hendaklah bergerak ke tempat
berkumpul dengan teratur. Mereka harus mematuhi arahan-arahan daripada
guru-guru yang bertugas di situ. Pengawas-pengawas yang bertugas di kantin
hendaklah membantu guru-guru dengan mengarahkan murid-murid keluar dari
antin dengan teratur.

2. Murid-murid yang berada di tempat lain hendaklah bergerak ke tempat


berkumpul dengan tidak terburu-buru. Guru-guru yang tidak bertugas khas
pada masa itu hendaklah bergerak ke tempat perhimpunan bersama-sama
dengan murid-murid.

3. Pengawas-pengawas hendaklah memastikan tiada seorang pun berada di


bilik darjah berdekatan dengan tempat bertugas mereka sebelum mereka
meninggalkan bangunan itu.
(5) TEMPAT BERKUMPUL

Kawasan yang telah ditetapkan sebagai tempat berkumpul pada masa kebakaran
berlaku hendaklah diikuti dengan sepenuhnya supaya tindakan yang sewajarnya akan
diambil pada bila-bila masa.

(6) JALAN-JALAN YANG HARUS DIIKUTI

Pada masa kebakaran berlaku jalan-jalan dan pintu-pintu yang ditetapkan seperti
yang ditunjukkan dalam peta mesti diikuti oleh setiap orang murid.

(7) PANGGILAN BARIS

Setelah murid-murid dan kakitangan sampai di tempat berkumpul panggilan baris


akan dilakukan. Sebaik-baiknya nama-nama dipanggil mengikut susunan di buku
kedatangan murid-murid. Jika terdapat nama murid yang dipanggil itu tidak berada di
tempat berkumpul, maka kawan-kawan sedarjahnya hendaklah mencarinya dengan
segera.

LATIHAN KECEMASAN

Matlamat : Melatih dan memastikan bahawa murid-murid dapat bergerak dengan


beratur semasa kecemasan.

Langkah-langkah :

1. Loceng terus-menerus dibunyikan.


2. Guru-guru yang sedang mengajar dikehendaki membawa murid ke tempat
berkumpul.
3. Guru-guru menyemak dan memastikan kehadiran murid di tempat berkumpul.
4. Guru-guru yang tiada kelas(free period)dikehendaki meronda kelas untuk
memastikan tidak ada murid yang tertinggal dalam kelas.
5. Kalau berlaku kecemasan pada waktu rehat, murid-murid boleh terus bergerak
ke tempat berkumpul. Guru darjah akan memastikan kehadiran murid.
6. Murid-murid tidak perlu mengambil beg sekolah semasa keluar dari kelas.
7. Murid-murid hendaklah berdisiplin semasa keluar dari kelas.
Prosedur Kawad Kebakaran
PROSEDUR KAWAD KEBAKARAN
Setiap sekolah hendaklah menjalankan kawad kebakaran dan kecemasan
disekolah masing-masing.
Kawad kebakaran tersebut hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sekali
di dalam masa setahun.

Diantara tujuan utama diadakan kawad kebakaran dan kecemasan di


bangunan-bangunan adalah:
a. Supaya pelajar yang terancam boleh bertindak dengan tenang dan
teratur
b. Supaya jalan keluar dan tangga keselamatan (routes of escape)
digunakan mengikut kaedah yang dirancang.
c. Supaya tindakan pengosongan bangunan dilaksanakan dengan cepat
dan teratur.
d. Melatih AJK Pengurusan Krisis yang dilantik menjalankan tugas
dengan sempurna dan mengikut prosedur.
e. Supaya dapat menguji keupayaan bertindak serta kekesanan alat-
alatan kebombaan dan kecemasan pada sesebuah bangunan tersebut.

Langkah-langkah Pencegahan Kebakaran


Pemastian alat pemadam api dan saluran bantu mula dalam keadaan
sempurna.

Guru-guru kelas mengumpul dan merekod pelajar yang selamat/tidak


selamat..

Notis-notis arahan dipaparkan pada papan kenyataan.


Laluan Kecemasan

a. Pemastian laluan kecemasan yang sedia ada mencukupi untuk


mengatasi sebarang kecemasan dan tidak dihalangi.
b. Tempat perhimpunan yang selamat.
c. Semua penghuni terlibat - kaedah menyelamat penghuni cacat/cedera
hendaklah diadakan.
d. Semua aktiviti latihan direkodkan.

Persediaan-persediaan berikut hendaklah dipastikan bagi menjalankan


kawad kebakaran:

1. Mewujudkan Jawatankuasa bertindak di setiap bangunan/bahagian


dan melantik AJK Pengosongan Bangunan dan Penolong-
Penolongnya.
a. Sebagai tanda pengenalan/pengecaman, AJK Pengosongan
Bangunan hendaklah memakai topi/helmet yang bewarna merah
umpamanya.
b. Bertanggungjawab kepada semua penghuni semasa pengosongan
bangunan sehingga dipastikan keadaan bangunan selamat untuk
dihuni semula atau sehingga tanggungjawab tersebut diambilalih oleh
pegawai pasukan perkhidmatan samaada yang berkaitan kebakaran
atau lain-lain kecemasan.
c. Memastikan bantuan pertolongan cemas pertama diberikan, jika perlu.

2. Menyediakan pelan lantai (floor plan) dan rancangan tindakan.


Tindakan Sewaktu Menjalankan Latihan
Bunyikan loceng kecemasan
TINDAKAN MEREKA/PENGHUNI YANG MENDENGAR AMARAN
‘MENGOSONGKAN BANGUNAN’
a. Keluar dari bangunan mengikut pintu yang paling dekat dan
selamatkan diri dengan seberapa cepat yang boleh

b. Laporkan diri di tempat perhimpunan dan pastikan nama anda


dipanggil semasa perbarisan.

c. Semasa mengosongkan bangunan TIDAK dibenarkan:-


i. Berhenti atau berpatah balik untuk mengambil barang-barang.
ii. Pintas memintas atau tolak menolak antara satu sama lain.
iii. Jangan bergurau senda atau melawak.
iv. Jika terdapat penghuni yang sakit, cedera atau cacat, bantu mereka
untuk keluar dari bangunan.
v. Hanya selepas bangunan anda diisytiharkan selamat, barulah anda
boleh masuk semula ke dalam bangunan dengan teratur.
d. Guru Tingkatan, panggil baris dan periksa kehadiran pelajar masing-
masing di tempat perhimpunan dan lapor kepada AJK Pengosongan
Bangunan.
e. AJK Pengosongan Bangunan laporkan kepada Setiausaha
Pengurusan Krisis/Pegawai Bomba faktor masa, cara-cara
pengosongan/ menyelamat dijalankan/ulasan.
Penutup

Kebakaran atau apa-apa kecemasan di bangunan-bangunan boleh


berlaku pada bila-bila masa dan keadaan tanpa diduga.Kebakaran dan
kecemasan boleh meragut nyawa, mencederakan dan memusnahkan harta
benda.Latihan kawad kebakaran dan kecemasan adalah merupakan suatu
langkah persediaan atau berjaga-jaga bagi menghadapi segala kemungkinan-
kemungkinan yang mungkin berlaku. Di dalam apa jua keadaan sekalipun,
perlu dingatkan bahawa menyelamat nyawa adalah lebih penting daripada
menyelamat harta benda.

DISEDIAKAN OLEH :

…………………………………….

EN. ZULKARNAIN BIN ABU BAKAR


PENYELARAS PENGURUSAN
KESELAMATAN SEKOLAH

DISEMAK OLEH :

DISAHKAN OLEH :
Panduan Latihan Kawad Kecemasan

1. PERATURAN-PERATURAN SEMASA MENGOSONGKAN BAGUNAN OLEH


MURID-MURID

Apabila mendengar isyarat/loceng kecemasan, peraturan-peraturn berikut hendak


dipatuhi:

1.1 Berhenti daripada membuat semua kerja.

1.2 Berdiri di sisi meja tanpa megemas alt-alta persekolahan dan buat barisan.

1.3 Berjalan menuju ke tempat berkumpul dengan cepat, senyap dan tanpa
kekecohan.

1.4 Jangan berlari atau bertolak-tolak antara satu sama lain.

1.5 Apabila sampai di tempat berkumpulan, buat barisan mengikut darjah masing-
masing.

1.6 Murid-murid yang berada di bilik lain seperti di tandas, perpustakaan, kantin dan
pejabat hendaklah bergerak terus ke tempat berkumpul mengikut darjah masing-
masing tnapa balik ke bilik darjah.

1.7 Bila berkumpul di kawasan selamat, murid-murid mesti mengawal disiplin diri
dan sentiasa mematuhi arahan guru-guru.

2.UNTUK PERHATIAN GURU

Kalau ternampak kejadian kebakaran:

2.1 Bunyikan loceng isyarat yang paling dekat sekali dengan kita.

2.2 Lawan api itu dengan alat-alat pemadam api yang ada, jika api itu kecial dan
tidak mengancam keselamatan diri.

2.3 Keselamatan murid-murid adalah yang paling diutamakan daripada yang lain-
lain.
3.BILA MENDENGAR BUNYI LOCENG

3.1 Guru dan kakitangan yang bertanggungjawab/bertugas hendaklah menghubungi


bomba dengan segera.

3.2 Pengosongan bangunan hendaklah dilakukan dengan segera.

3.3 Murid-murid, kakitangan/guru yang berada di mana-mana sahaja dalam


bangunan sekolah hendaklah bergerak ke tempat berkumpul dengan segera.

3.4 Guru-guru yang berada di dalam kelas mesti dengan segera memberi arahan
kepada murid-muridnya beratu dengan senyap dan membawa mereka ke tempat
berkumpul.

3.5 Guru penyelaras Jawatankuasa Kecemasan hendaklah membawa Buku Daftar


Kedatangan ke tempat berkumpul supaya guru-guru dapat mengambil kedatangan
murid-murid.

3.6 Jika terdapat murid-murid yang berada di dalam tandas semasa berlakunya
kecemasan, guru harus membawa murid-murid itu ke tempat berkumpul dengan
segera.

4.MENGOSONGKAN BANGUNAN

4.1 Semua penghuni hendaklah keluar ke tempat yang selamat (tempat berkumpul)
yang telah ditetapkan dengan cepat, licin dan tanpa kekecohan.

5.TUGAS GURU YANG BERADA DI BILIK DARJAH/ PERPUSTAKAAN/ BILIK TV/


BILIK GURU/ KANTIN SEMASA BERLAKU KEBAKARAN.

5.1 Pastikan semua murid telah keluar dari tempat-tempat tersebut.

5.2 Pastikan semua tingkap dan pintu telah ditutup sebelum meninggalkan tempat-
tempat tersebut.

5.3 Tutup semua kuasa elektrik.

You might also like