You are on page 1of 2

TEKS TAKLIMAT LATIHAN KAWAD PENGUNGSIAN BANGUNAN (EVACUATION DRILL FOR SAFE SCHOOL)

Terima kasih saudara pengacara majlis Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera Yang Berusaha Tuan pengetua, penolong-penolong kanan, guru kanan, guru dan pelajar-pelajar sekalian. Saya, Cikgu ____________________, mewakili Jawatankuasa Keselamatan Sekolah memohon perhatian semua warga SMK TELUK BAYU, baik guru ataupun murid supaya dapat mengikuti taklimat ringkas tentang latihan kawad pengungsian bangunan yang bakal dilaksanakan pada minggu hadapan. Mengikut prosedur biasa Jabatan Bomba dan Penyelamat, sesebuah premis jabatan kerajaan mestilah mempunyai pelan keselamatan kebakaran dan mengadakan latihan mengikut pelan berkenaan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Akta Bomba memperuntukkan kuasa kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memastikan bahawa peraturan ini dipatuhi tanpa gagal. Maksudnya proses undang-undang boleh digunakan terhadap jabatan kerajaan yang cuai. Premis sekolah tidak terkecuali. 2 Konsep Latihan Sebenarnya banyak tahap latihan yang perlu dilalui oleh warga sekolah. Ini termasuk ujian masa dan simulasi kebakaran. Namun demikian latihan kali ini akan memberi fokus terhadap ujian masa dalam konteks pengungsian bangunan. Pihak sekolah mengharapkan kerjasama sepenuhnya dari seluruh warga sekolah sama ada pihak pengurusan, guru, kakitangan dan pelajar. Kejayaan kita memenuhi kehendak latihan akan menggambarkan bahawa SMK TELUK BAYU benar-benar merupakan sekolah selamat dan warganya mempunyai tahap kepekaan dan persediaan yang tinggi dalam menghadapi kemungkinan risiko kebakaran. 3 Maksud Pengungsian Bangunan Dalam bahasa yang mudah, pengungsian bangunan bererti bahawa para penghuni sesebuah bangunan keluar daripada bangunan berkenaan secara tenang dan teratur mengikut pelan laluan menuju tempat berkumpul dengan hanya membawa dokumen terpenting sahaja. Ringkasnya, sehelai sepinggang. Mengikut piawai latihan kebakaran, masa maksimum yang diambil untuk berkumpul di tempat yang ditetapkan ialah tujuh minit sahaja. 4 Modus Operandi Latihan Keselamatan Kebakaran SMK TELUK BAYU 2103 Pihak sekolah telah memutuskan bahawa latihan akan diadakan secara mengejut, iaitu bermula pada hari . Apabila deringan loceng secara berterusan dibunyikan pada waktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, semua aktiviti bilik darjah, makmal, bengkel dan seumpamanya hendaklah dihentikan. Guru yang sedang mengajar hendaklah mengarahkan pelajar beratur mengikut pelan laluan yang ditetapkan menuju tempat berkumpul. Hanya dokumen pengenalan diri yang perlu dibawa bersama-sama. Pelajar diingatkan supaya tidak bersenda gurau, bertolak-tolak atau berebut-rebut ketika bergerak, terutamanya apabila hendak menuruni tangga. Pelajar juga tidak dibenarkan menggunakan sebarang jalan pintas atau dengan sengaja menghilangkan diri dalam latihan ini. Tindakan disiplin boleh dikenakan terhadap mereka yang ingkar arahan. Untuk latihan kali ini pihak sekolah menggunakan padang sebagai tempat berkumpul. Pelajar dikehendaki bergerak menuju KE PADANG BERHADAPAN LALUAN BERBUMBUNG . Pelajar yang berada di tingkat atas bangunan hendaklah bergerak dan menuruni tangga yang mengarah ke tempat berkumpul sahaja. Semua guru juga perlu bergerak mengikut laluan pelan blok ketika itu. Patuhi pelan laluan yang telah disediakan di setiap kelas. Guru yang sedang mengajar tadi hendaklah mengawal pergerakan murid dan akan menyemak kehadiran pelajar di tempat berkumpul, serta melaporkannya kepada pegawai panggilan baris yang

seterusnya bertanggungjawab kepada pegawai insiden. Pegawai insiden ialah Tuan Pengetua, dan dibantu oleh Penolong Kanan HEM. Pegawai panggilan Baris (S/u Sekolah Selamat) akan menerima laporan lisan kehadiran setiap kelas, kemudian melaporkan jumlah kesemuanya kepada pegawai insiden. Setelah selesai, pelajar yang berkumpul dikehendaki mendengar ulasan dan penilaian latihan oleh tuan pengetua. Jika beliau tidak berpuas hati, latihan pengungsian bangunan berkenaan boleh diulangi serta-merta. Saya percaya warga SMK TELUK BAYU boleh melakukannya sekali sahaja, insya-Allah.

LOCENG KECEMASAN DIBUNYIKAN

P & P DIHENTIKAN SERTA-MERTA

GURU DALAM KELAS ARAH PELAJAR BERATUR

BERGERAK MENGKUT LALUAN KE TEMPAT BERKUMPUL

TEMPOH PERGERAKAN DICATAT OLEH PEGAWAI LATIHAN

SERAHAN BUKU DAFTAR PELAJAR DAN SEMAKAN OLEH GURU

PROSES MELAPOR KEPADA PEGAWAI INSIDEN

PENILAIAN LATIHAN OLEH TUAN PENGETUA

You might also like