You are on page 1of 16

UNIT 3: PEMBINAAN DAN

REKAAN UJIAN
ASAS PEMBINAAN UJIAN
Menentukan tujuan Ujian
Menyediakan Jadual Penentuan Ujian
Penulisan Item
Menilai semula soalan
Analisis Item/Soalan
Pemilihan Soalan Yang Bermutu
Susunan Soalan
Percetakan Soalan
ASAS PEMBINAAN UJIAN
Menentukan tujuan Ujian:
Adakah untuk tujuan formatif, sumatif atau diagnostik.

Menyediakan Jadual Penentuan Ujian:


Menentukan bidang cakupan ujian - kandungan yang perlu diuji serta menentukan
aras kemahiran atau jenis perlakuan yang diharapkan.

Penulisan Item:
Tentukan perlakuan yang akan diukur dengan merujuk kepada objektif pengajaran.

Menilai semula soalan:


Memperbaiki aspek-aspek seperti idea yang diuji, kemahiran yang diuji, format item,
pokok soalan, penyusunan ayat, struktur pilihan jawapan dan kunci soalan.
ASAS PEMBINAAN UJIAN
Analisis Item/Soalan
Mengetahui peratus pelajar yang dapat menjawab sesuatu item dengan betul,
keberkesanan pengganggu, kuasa diskriminasi soalan dan sejauh mana soalan
menepati objektif pembelajaran.

Pemilihan Soalan Yang Bermutu


Pemilihan soalan-soalan berdasarkan analisis item.

Susunan Soalan
Disusun mengikut aras kesukaran dan jenis item untuk mengelakkan kekeliruan,
memudahkan pelajar mengekalkan mental set, memudahkan guru memeriksa.

Percetakan Soalan
Kualiti kertas, ruang antara soalan, penggunaan gambar rajah
LANGKAH UMUM PEMBINAAN JPU
1) Tentukan skop/topik/masa ujian.

2) Anggarkan masa mengajar/wajaran bagi setiap topik.

3) Tentukan hasil pembelajaran yang ingin ditaksir serta arasnya.

4) Tentukan jenis ujian yang sesuai (objektif / subjektif).

5) Tentukan bilangan soalan bagi setiap topik. (masa jumlah


masa x jumlah markah).
CONTOH PEMBINAAN JPU
Subjek KPD 3016
BIL TOPIK PERUNTUKAN
MASA (JAM)
1 Kurikulum 3
2 Teori Dan Pendekatan Pembelajaran 6
3 Amalan Pengajaran Berasaskan Pendekatan Masteri 3
4 Amalan Pengajaran Berasaskan Pendekatan 3
Konstruktivisme/Inkuiri
5 Kemahiran Mengendalikan Pengajaran Berasaskan 3
Masalah, Kajian Kes, Dan Projek
6 Penaksiran, Pengukuran, Pengujian, Penilaian 6
7 Kesahan Dan Kebolehpercayaan 3
8 Pentafsiran, Penggunaan, Dan Pelaporan 3
JUMLAH MASA 30
CONTOH PEMBINAAN JPU
(OBJEKTIF) Topik Aras Rendah Aras Sederhana Aras Tinggi Bil Wajaran
Pengetahua Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Item Topik
n
Kurikulum Q1 Q2 2 3 jam
(10%)
Teori Dan Pendekatan Q3 Q4 Q5 Q6 4 6 jam
Pembelajaran (20%)
Amalan Pengajaran Berasaskan Q7 Q8 2 3 jam
Pendekatan Masteri (10%)

Amalan Pengajaran Berasaskan Q9 Q10 2 3 jam


Pendekatan (10%)
Konstruktivisme/Inkuiri
Kemahiran Mengendalikan Q11 Q12 2 3 jam
Pengajaran Berasaskan (10%)
Masalah, Kajian Kes, Dan Projek

Penaksiran, Pengukuran, Q13 Q14 Q15 Q16 4 6 jam


Pengujian, Penilaian (20%)
Kesahan Dan Kebolehpercayaan Q17 Q18 2 3 jam
(10%)
Pentafsiran, Penggunaan, Dan Q19 Q20 2 3 jam
Pelaporan (10%)
JUMLAH ITEM 5 5 5 1 2 2 20 30 jam/
Wajaran (%) 25% 25% 25% 5% 10% 10% 100%
CONTOH PEMBINAAN JPU (SUBJEKTIF)
Topik Subtopik Aras Rendah Aras Sederhana Aras Tinggi Kewaja Bilang Jumla
Pengeta Kefaha Aplikasi Analisis Sintesis Penilai ran an h Skor
huan man an Topik Item (2)
(1) (3)
Penaksiran, Definisi penaksiran,
pengukuran, pengujian, Q1a 6 jam 2 20
pengujian, pengukuran, dan
penilaian penilaian.
Tujuan dan teknik
membina ujian dan
Q1b
penaksiran alternatif
Mengaplikasikan
pengetahuan di atas Q2b
Q2a
semasa membina
unit pengajaran
Kesahan dan Definisi kesahan
kebolehpercayaan dan
Q3a 3 jam 1 10
kebolehpercayaan
Konsep kesahan
dan Q3b
kebolehpercayaan
Pentafsiran, Analisis dan Q4a
penggunaan, dan pentafsiran skor
Menambah baik Q4b 3 jam 1 10
pelaporan
pengajaran
Pelaporan Q4c
JUMLAH 12 5 40
jam
KEPENTINGAN JPU
Kertas ujian dapat digubal secara sistematik.

Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran


adalah terjamin.

Taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang.

Ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran.

Aras kesukaran item dapat dikekalkan. (5:3:2)


TAKSONOMI BLOOM
PENGETAHUAN
Menekankan proses mengingat.

Menghendaki pelajar mengingat kembali/ mengenal fakta,


istilah, strategi menyelesaikan masalah/peraturan.

Kata kerja: definisikan, padankan, huraikan, kenal pasti,


labelkan, tuliskan, namakan, pilih, nyatakan, gariskan.

Contoh: Namakan Perdana Menteri Amerika yang ke - 5.


KEFAHAMAN
Memahami sesuatu perkara yang telah dipelajari dan
menterjemahkan ke dalam ayatnya sendiri.

Pelajar mungkin dikehendaki menukarkan/ meminda/


menyatakan semula/ menyambung/ perkaitan/ pertalian
antara bahagian.

Kata kerja: tukarkan, pertahankan, asingkan, bezakan,


anggarkan, terangkan, panjangkan, rumuskan, ramalkan.

Contoh: Terangkan kronologi bagaimana Malaysia boleh


mencapai kemerdekaan.
APLIKASI
Menggunakan pengetahuan dan kefahaman kepada
masalah/ situasi baru (berbeza dari apa yang dipelajari).

Menggunakan peraturan/prinsip/prosedur/formula untuk


menyelesaikan masalah.

Kata kerja: Tukarkan, kirakan, tunjukkan, pindahkan,


gunakan, modifikasikan, operasikan, demonstrasikan,
kembangkan, hasilkan, hubungkan, selesaikan,
organisasikan, sediakan

Contoh: Selesaikan 3x + y = 5 , di mana x = 4.


ANALISIS
Mengenal pasti pertalian antara idea, mencari persamaan/
perbezaan antara fakta, pendapat, andaian/ rumusan.

Memecahkan sesuatu perkara kepada bahagian-


bahagiannya dan mengenal pasti hubung kait antara
bahagian-bahagian berkenaan.

Kata kerja: Pecahkan, simpulkan, gambar rajah, bezakan,


tunjukkan, bahagikan, asingkan, hubungkan.

Contoh 1: Berapa lama masa yang diambil untuk tiba di


destinasi tersebut?
SINTESIS
Mengumpulkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian tertentu
supaya ia dapat menunjukkan suatu pola/ struktur yang jelas.

Menyatukan maklumat, pengetahuan dan kebolehan


daripada bahagian-bahagian yang telah dipelajari untuk
membentuk suatu yang baru.

Kata kerja: kategorikan, susunkan, bentukkan, ciptakan,


rumuskan

Contoh: Susun semula proses fotosintesis yang betul.


PENILAIAN
Mempertimbangkan nilai/ makna terhadap suatu kaedah,
idea atau produk.

Pelajar perlu menyatakan asas kepada pertimbangannya


sehingga membuat keputusan sedemikian.

Kata kerja: taksirkan, persamaan, bezakan, terjemahkan,


kritik, pertahankan, rumuskan, sokong, sahkan.

Contoh: Pada pendapat anda, apakah yang dimaksudkan


dengan alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke
pangkal lengan?

You might also like