You are on page 1of 1

SK SUBA BUAN , BAU |2024/2025

PERATURAN DAN TINDAKAN SEMASA BERLAKUNYA KECEMASAN / KEBAKARAN &


STESEN BERKUMPUL

A. LOCENG/SIREN BERBUNYI
1. Loceng atau siren dibunyikan secara berpanjangan tanpa henti selama beberapa minit.
2. Semua warga SK Suba Buan dikehendaki bersiap sedia untuk tindakan kecemasan.

B. PENGOSONGAN BANGUNAN
1. Dapat mengosongkan keseluruhan bangunan dalam tempoh tidak melebihi 5 minit.
2. Semua guru wajib menyelia dan memastikan setiap kelas, semua bilik-bilik khas dan tandas di
setiap aras dikosongkan.
3. Semua murid perlu bergerak pantas ke Stesen Berkumpul.

C. PERGERAKAN BILIK
1. Apabila mendengar loceng atau siren, murid hendaklah beratur dihadapan kelas dengan
kedudukan murid perempuan di hadapan dan murid lelaki di belakang.
2. Guru-guru yang mengajar ketika itu hendaklah mengarahkan murid-murid bergerak melalui laluan
yang telah ditetapkan seperti dalam pelan tindakan kecemasan dan kebakaran.
3. Murid-murid hendaklah berjalan cepat tanpa berlari ke arah stesen berkumpul.
4. Guru kelas hendaklah mengambil buku kehadiran murid dan memeriksa jumlah kehadiran murid
dengan segera.
5. Guru kelas perlu memastikan jumlah kehadiran hari tersebut sama seperti jumlah murid yang
berhimpun.
6. Jika bilangan murid tidak mencukupi, laporkan segera kepada guru bertugas.

D. TINDAKAN KETIKA TERPERANGKAP


1. Jangan panik. Anda perlu bertenang dan berfikir untuk mencari jalan keluar.
2. Jerit untuk meminta bantuan dan cuba untuk menarik perhatian orang lain.
3. Jika asap banyak, sila merangkak sambil menutup hidung dan mulut dengan kain.

D. PERHIMPUNAN
1. Murid hendaklah beratur mengikut kelas seperti dalam perhimpunan harian.
2. Murid hendaklah beratur mengikut bilangan di dalam kelas seperti dalam buku kehadiran.
3. Guru Kelas akan mengambil kehadiran bilangan murid.
4. Guru bertugas hendaklah memberi segala bentuk arahan yang diperlukan ketika itu.

E. PIHAK PENTADBIRAN SEKOLAH


1. Menghubungi pihak Bomba (994 atau 082-763444) dan Polis dengan segera.
2. Menghubungi pihak Hospital jika berlaku sebarang kecedaraan kepada murid dan warga sekolah.
3. Menghubungi penjaga/waris murid sekiranya berlakunya kecederaan.

You might also like