You are on page 1of 3

PERATURAN DAN TINDAKAN SEMASA

BERLAKUNYA KEBAKARAN DAN


KECEMASAN
A. LOCENG/ SIREN BERBUNYI
1) Loceng atau siren dibunyikan secara berpanjangan tanpa henti
selama beberapa minit.
2) Semua warga SKSKP4 dikehendaki bersiap sedia untuk tindakan
kecemasan dan kebakaran.
B. PENGOSONGAN BANGUNAN
1) Dapat mengosongkan keseluruhan bangunan dalam tempoh
tidak melebihi lima minit.
2) Guru Kelas/Guru Bertugas hendaklah memastikan setiap kelas
dan bilik-bilik khas di setiap aras telah dikosongkan.
3) Pengurus Kantin Sekolah perlu memastikan semua para
pekerjanya telah mengosongkan bangunan kantin.
4) Semua Pekerja Am Sekolah perlu bergerak pantas ke tempat
perhimpunan.
5) Memastikan semua punca elektrik telah ditutup.
C. PERGERAKAN KECEMASAN
1) Murid hendaklah beratur di hadapan kelas dengan kedudukan
murid perempuan di hadapan dan murid lelaki di belakang.
2) Guru-guru yang mengajar ketika itu hendaklah mengarahkan
murid-murid bergerak melalui laluan yang telah ditetapkan
seperti dalam Pelan Tindakan Kecemasan dan Kebakaran.
3) Murid-murid hendaklah berjalan cepat tanpa berlari.
4) Murid juga dilarang menjerit-jerit ketika itu.
5) Murid-murid tidak dibenarkan membawa sebarang barangan
ketika ke tempat perhimpunan.
D. BEKALAN ELEKTRIK
1) Guru Bertugas hendaklah menutup punca elektrik utama.

2) Guru dan ketua kelas hendaklah memastikan semua suis elektrik


telah ditutup.
3) Tutup semua pintu dan tingkap sebelum keluar dari kelas.
4) Pembantu Tadbir hendaklah memastikan semua suis elektrik di
pejabat telah ditutup sebelum keluar.
5) Kakitangan kantin perlu memastikan semua suis elektrik dan
dapur gas telah ditutup.
E. DOKUMEN PENTING
1) Pembantu Tadbir/Pegawai Operasi hendaklah membawa Buku
Jadual Kedatangan Murid, Buku Jadual Kedatangan Guru/Pekerja
Am ke tempat perhimpunan.
2) Guru kelas hendaklah mengambil Buku Jadual Kedatangan Murid
di tempat perhimpunan dan memeriksa jumlah kedatangan
murid dengan segera.
3) Guru kelas hendaklah memastikan jumlah kehadiran hari
tersebut sama seperti jumlah murid yang berhimpun.
4) Jika bilangan murid tidak mencukupi, laporkan segera kepada PK
HEM.
F. PERHIMPUNAN
1) Murid hendaklah beratur mengikut kelas seperti dalam
perhimpunan harian.
2) Guru meminta murid beratur mengikut susunan seperti dalam
Buku Jadual Kehadiran Murid.
3) Setelah selesai memeriksa bilangan murid di dalam kelas, semua
murid hendaklah duduk dalam keadaan yang senyap.
4) Guru bertugas dan Guru Unit Kebakaran/Kecemasan hendaklah
memberi segala bentuk arahan yang diperlukan ketika itu.
G. PERTOLONGAN KECEMASAN
1) Guru
Kecemasan
dan
Guru
Pertolongan
Kecemasan
(Jawatankuasa Kesihatan) hendaklah membawa peti pertolongan
kecemasan ke tempat perhimpunan.
2) Guru tersebut hendaklah melalui mana-mana laluan terdekat

untuk ke tempat perhimpunan.


3) Guru tersebut hendaklah membawa bersama kelengkapan yang
perlu dan memberikan pertolongan cemas kepada mereka yang
tercedera.
4) Menjerit meminta pertolongan sekiranya ada murid atau guru
yang terperangkap.
5) Sekiranya ada murid terbakar, ambil tindakan segera dan
arahkan murid untuk bergolek di atas lantai/rumput.

You might also like