You are on page 1of 2

KATA SENDI

1. Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.


2. Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
3. Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat
ayat.
4. Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, ke, dari, daripada, kepada,
pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara,
untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.

PENGGUNAAN KATA SENDI

KATA SENDI PENGGUNAANNYA AYAT CONTOH


di  Digunakan untuk tempat. 1. Pertandingan itu diadakan di Taiping.
 Dieja terpisah daripada kata nama 2. Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.
atau frasa nama yang mengikutinya.

ke  Digunakan untuk tempat, masa dan 1. Mereka akan ke Ipoh esok.


benda konkrit tidak bernyawa 2. Din menunggu Siha dari pagi hingga ke petang
 Dieja terpisah daripada kata nama 3. Pinggan itu dihempaskannya
atau frasa nama yang mengikutinya. ke lantai.
 Tidak boleh digunakan di hadapan 4. Cik Bedah ke surau.
kata nama atau frasa nama yang
merujuk manusia atau binatang.

dari  Digunakan untuk arah, tempat atau 1. Bola itu ditendang dari penjuru padang.
masa. 2. Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi.
3. Ely datang dari Selangor.

daripada  Digunakan untuk orang, 1. Surat itu saya terima daripada


perbandingan, asal kejadian, benda Fiqah.
abstrak, pertentangan, dan untuk 2. Pensel ini lebih panjang
menunjukkan keanggotaan. daripada pensel itu.
3. Ukiran itu diperbuat daripada perak.
4. Yang dikatakannya berbeza
daripada yang diamalkan.
5. Kumpulan perompak senjata api itu
terdiri daripada enam belas orang anggota.

Kepada/ akan/  Digunakan selepas kata adjektif 1. Devi suka akan rambutan.
terhadap yang menyatakan perasaan atau 2. Hanim amat sayang akan/
sikap. kepada ibunya.
3. Kita mesti hormat akan/
kepada/ terhadap ibu bapa.

bagi/untuk  Digunakan untuk menentukan 1. Derma untuk / bagi mangsa banjir


sesuatu yang dibezakan daripada sedang dipungut.
yang lain. 2. Hadiah ini untukmu.

pada  Digunakan untuk masa, manusia, 1. Peah tiba pada pukul lapan malam.
binatang, benda abstrak, dan benda 2. Tiket bas itu ada pada Hanim.
konkrit tertentu. 3. Pada pendapat saya, cerita itu benar.

demi  Digunakan dihadapan jkata nama 1. Rakyat Malaysia mesti


atau frasa nama yang membawa bersatu demi kesejahteraan negara.
maksud tujuan 2. Demi kepentingan bersama, marilah
kita berdamai.

tentang  Digunakan untuk menyatakan 1. Menteri-menteri itu


makna berkenaan dengan berbincang tentang masalah negara.

seperti/  Digunakan untuk membawa 2. Pemuda itu berlagak seperti/


umpama/ maksud perbandingan umpama/ laksana/bagai orang berada.
laksana/ bagai atau makna persamaan dengan 3. Suaranya merdu seperti/
yang lain. umpama/ laksana/bagai
buluh perindu.

dengan  Digunakan untuk menyatakan 1. Izzat bermain dengan Hazwan.


maksud bersama- 2. Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.
sama atau serta, bandingan setara, 3. Nani belajar dengan tekun.
keterangan cara, dan penggunaan 4. Nora menulis dengan pensel.
sesuatu sebagai alat.

sejak/  Digunakan untuk membawa 1. Milah sentiasa gembira sejak/


semenjak maksud semenjak suaminya pulang dari perantauan.
penanda waktu atau
masa.

oleh  Digunakan selepas kata kerja 2. Kuih ini dibuat oleh Nadiah.
pasif yang berawalan di dan ter- 3. Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh kata-
kata ketua mereka.

hingga/  Digunakan untuk menyatakan had 1. Anggota-anggota polis


sampai masa, waktu atau tempat tertentu. berkawal hingga/ sampai larut malam.
2. Midah belajar hingga/sampai
peringkat universiti.

dalam/  Digunakan untuk menyatakan 1. Dalam hal ini, kita semua setuju
antara pengertian tempat yang tidak 2. Mereka berbincang antara adik- beradik
mempunyai ruang atau jarak.

You might also like